Sunday, June 29, 2014

Ramadhan terindah, alhamdulillah

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah, alhamdulillah. Ramadhan terindah saya kira, lama tidak menulis di sini, tuntutan demi tuntutan, tugasan bersilih ganti. Alhamdulillah atas kesibukan ini. Maksudnya kita ada kerja yang kita boleh lakukan, harapannya adalah ia adalah tugas yang bermanfaat dan boleh dituai di hari akhirat.

Sedar tidak sedar perjalanan saya di blog ini, rupanya baru saya tersedar bahawa saya hanya mohon 1 tempayan air sahaja. Namun sepanjang perjalanan Allah sudah bagi 4 tempayan air. Saya tidak sedar, akibat rasa terlampau mahu akan 1 tempayan tadi dan tidak memandang 3 tempayan lagi yang sudah pun di isi.

Akademi Bekerja Di Rumah
www.akademibekerjadirumah.com

Inilah tempayan yang penuh berisi yang datang bersama amanah.
ABDR kini adalah satu kumpulan sokongan suri rumah, iaitu khusus buat surirumah atau suri bekerjaya yang mempunyai impian untuk kembali ke rumah.

Kita memberi latihan dalam fokus utama iailah surirumah bermula dengan apa yang ada dan paling asas iaitu blog sebagai tapak titik mula.

Tapak titik mula untuk memperkenalkan diri kepada pembaca dan bakal pelanggan. Sejak penghujung 2008, boleh lihat entri pertama saya dan ia masih terpahat di situ. Alhamdulillah.

Arissa sudah menangis, nanti saya sambung ya.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin