Teks: Masayu Ahmad
Assalamualaikum w.b.t
Bertenang dan terus fokus apa yang kita mahukan. Alhamdulillah atas segala nikmat dan rahmat. Alhamdulillah atas segala ujian dan kasih sayang Allah.
Ketika kita bersedih, kita ada ALlah, ketika kita gembira kita senantiasa ingat itu hadiah dari Allah. Kita mahu hidup yang tenang dan lapang. Kita juga mahu anak-anak yang boleh membesar dengan suasana gembira dan bebas di usia mereka.
Berpagi tadi berpagi menghantar anak-anak jam 6.30 pagi. Suasana pagi yang segar. Kami melalui jambatan dan di bawahnya aliran anak sungai. Sekolah anak-anak bersebelahan dengan suasana lapang padi. Ia sangat bugar waktu pagi.
Fokus apa yang kita mahukan
Saya selalu menyebut fokus dan fokus. Fokus saya adalah menulis dengan keadaan tidak ada ganguan pada masa yang saya mahukan. Fokus saya juga dalam aktiviti menulis itu saya dapat membaca dan menghadam ilmu baru bersumberkan buku-buku ataupun nota yang saya suka baca.
Membaca dan menghadam menjadikan kita mengaktifkan diri dengan ilmu baru. Mengeluarkan semula nota dan menulis semula. Ia satu aktiviti hobi dan boleh menjana pendapatan.
Kalau kita selalu baca beri, beri, dan beri. Berilah sebanyaknya dan ia akan kembali sebagai rezeki. Tetapi bagaimana caranya?
Ketika kita memberi, kita sudah tidak pandang lagi atau ungkit atau ingat. Kita beri dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan.
Ia adalah pembuka pintu rezeki. Insya-Allah
No comments:
Post a Comment