Pages

Pages

Thursday, April 22, 2010

Teringin


Ya ketika ini saya sangat kemaruk makan makan mangga muda dan colek. Tiba-tiba hari ini juga mahu minum air asam boi. Dua menu ini adalah sangat-sangat jarang saya makan. Alahai, agak-agak kenapa ya. En. suami dengan baik hati membelikan mangga muda, nenas dan buah jambu.

Jadi saya sentias ada benda masam di dalam peti ais. Sejak lepas kebah demam, selera saya telah bertukar begitu drastik sekali. Apa sahaja andaian, saya masih mengatakan mungkin ada sesuatu atau hanya sekadar lidah kelat orang demam. Saya baru siap air asam boi yang sangat segar apabila dihirup. Jom minum bersama saya. Gambar di atas hasil carian google semata. Sekadar mahu berkongsi dengan kalian selera saya yang kemaruk yang tidak boleh diandaikan saya sendiri. ;D

11 comments:

  1. nak air asam boi
    ckettt..hehe

    asal teringin ni
    kak ayu??

    ReplyDelete
  2. ambil lah banyak pun zatil...

    entahlah, akak pun tak tahu kenapa ;)

    ReplyDelete
  3. sedapnya mangga dengan colek tuh...terliur dibuatnya... ;)

    ReplyDelete
  4. huishhh antara pilihan org pegnen nih :P.. tapi saya mmg faveret mende masam.. sedap nye...

    ReplyDelete
  5. syahida

    sekali sekala pekena colek memang best

    ely

    ya ka? (buat-buat tanya ;P)

    ReplyDelete
  6. Ayu...baru je borak pasal pegnent...entah-entah...dah ada. hehheeh.Jgn makan nenas muda tuh....bahaya!

    KakSue

    ReplyDelete
  7. kak sue

    entah ler..;P

    Aiman pun dah manja luar biasa sejak dua menjak ni

    perut saya ok, perut tebal, nenas masak,,jangan risau

    ReplyDelete
  8. salam mas. kakchik rasa, semuanya tanda-tanda orang mengandung. kalau benar, alhamdulillah...

    tapi kakchik yg tak mengandung ini pun selalu makan mempelam muda tu, kat tepi pagar berlambak.

    ReplyDelete
  9. kak chik

    aduhai

    tapi saya rasa mcam tidak

    gelak sorang-sorang saya

    ReplyDelete
  10. baik cek, ada berita gembira kut.... :D

    bestnya asam boi

    saya paling suka asam boi apple kasturi kena buat sendiri sebab xde org jual.... yummy!

    ReplyDelete
  11. wan

    itulah, saya pun masih belum berkira-kira untuk cek

    tak apa tunggu dan lihat sahaja

    tiada apa-apa rasanya ;D

    ReplyDelete