Pages

Pages

Tuesday, April 13, 2010

Kurangkan aksesori di blog jika mahu berjualan

Teks: Masayu Ahmad


Dalam beberapa panduan untuk mendapatkan trafik juga membina rangkaian melalui blog, saya dapati banyak blog yang ada potensi tetapi terlalu banyak aksesori. Saya hanya menegur di sini sekadar pemandangan sebagai seorang yang suka singgah dengan kadar kelajuan yang tinggi.

Saya akan mula jemu dan tidak sempat baca jika blog tersebut:

1. Terlalu cantik dan terlampau banyak aksesori, jadi untuk menunggu entri yang seciput cuma saya perlu mengambil masa. Jadi kadangkala memang tidak sempat membaca dan meninggal jejak.

2. Terlalu banyak iklan. Mungkin tujuan sebenar tuan empunya blog untuk menjana pendapatan daripada aktiviti atau memeriahkan dunia blog, tetapi pilihlah hanya beberapa iklan sahaja. Kadangkala lebih banyak iklan daripada entri.

3. Pilih dua atau tiga warna asas sahaja. Cuba anda bayangkan memasuki sebuah rumah yang penuh warna-warna, serabut sungguh mata memandang. Cuba pula memasuki rumah yang mempunyai dekorasi yang sederhana sahaja, jiwa mudah tertarik dan rasa seronok untuk berkunjung.

4. Elakkan pemilihan warna terang seperti merah, hijau dan kuning sebagai warna untuk menulis (warna asas untuk perkataan). Pilih warna hitam dengan latar blog yang lebih lembut.

Sekadar pandangan saya, namun setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza.

6 comments:

  1. sangat setuju!!

    terima kasih kerana menulis tentang isu ini, dah lama terfikir tapi tak mampu nak tulis dengan baik seperti yang kak masayu buat ni

    tqvm ya :)

    ReplyDelete
  2. salam masayu...terima kasih kerana berkongsi info yang bagus ini...insyaallah kak ima akan berusaha kearah yang lebih baik...

    ReplyDelete
  3. setuju juga
    serabut kalau blog 'berat'
    mood nak baca pun lari

    ReplyDelete
  4. salwa

    terima kasih salwa, saya selalunya suka jejak dan singgah, tetapi disebabkan masalah begini, sangat jarang tinggalkan jejak

    nanti salwa boleh sambung pula buat ulasan di blog salwa

    kak ima

    terima kembali, sama-sama ambil manfaat, saya pun bukan pakar sangat sekadar apa yang dirasakan perlu sahaja

    hida

    tetapi kalau bukan tujuan berjualan, untuk seorang diri rasanya boleh saja

    ReplyDelete
  5. Mas, adakah blog saya terlalu berserabut?

    Please comment... saya takkan ambil hati

    Saya memang dalam proses nak buat blogshop yg ringkas sahaja, kekangan masa menyebabkan asyik tertangguh sajer...

    ReplyDelete
  6. wan

    serabut tu tidaklah, mungkin wan boleh kurangkan mana yang perlu, sebab masa saya tunggu sepenuhnya, ambil masa juga

    input dalam blog wan sangat berinformasi, tidak ramai yang boleh menulis dengan sebaik wan
    harap membantu ya ;D

    ReplyDelete