Pages

Pages

Wednesday, March 3, 2010

Cabaran wanita bekerja di rumah

Sangat banyak cabaran yang perlu ditangani sekiranya anda mahu bekerja di rumah. Tentu sekali anak-anak kecil yang sentiasa mahukan perhatian hampir seluruh hari.

Ketika menulis entri ini Aiman mengoyang-goyang muka saya. Mulut diketap geram. Setiap kali mahu melihat skrin dihadang oleh kepala saya ke kiri dan ke kanan. Situasi Aiman duduk cantik di hadapan dan di atas meja. Puas dihalang saya, namun saya mahu juga berkongsi di sini.

Aiman masih berusaha dan akhirnya terlentok kepala atas bahu.

Ayat biasa saya jika mahu mula bekerja, mohon dahulu persetujuan.

Ibu: Aiman ibu nak kerja, boleh?

Aiman: Tak uleh, tak uleh. Sambil mulut muncung marah.

Gaya lain

Ibu Aiman nak tito, nak tito

Ibu nak susu, nak susu

Ibu, nak atas, nak atas (Main kat atas)

Ibu, nak andi, nak andi (Mandi)

Ibu, tak best (gaya ini perlu dengan mulut muncung)

Ibu, nak A Chi, nak A Chi (ABC)

Ibu, utan, utan (bukan-bukan)

Selesai saya siarkan entri ini. Sudah ada dengusan halus. Aiman sayang sudah lena tidur. Alahai anak, gaya dan keletahmu tetap ibu terhibur. Sementara di ruang tamu, abang Hakim dan Arif sedang galak menyusun benteng dengan sofa.

3 comments:

  1. salam..

    betul tu kak..penuhh dgn cabaran..mcm sy ni ade 2 ank kecik kategori baby (2 thn lebih dan sorang lg 6 bln)

    baru nk tumpu sikit,yg ni mintak susu.baru nk start balik,yg tu pulak nak nenen..apa yg boleh sy cakap,work-at-home ni perlukan OBSES yg tinggi dan semangat yg jitu

    sambil2 tu..jemput join giveaway saya..kaftan chantekk utk dimenangi :)

    ReplyDelete
  2. mmg tinggi cabarannye... kene prepare mentally..

    ReplyDelete
  3. ummie hanie

    ya, memang betul2 kena sabar

    saya kadang2 terbabas juga marah anak, minta maaf semula

    'ibu minta maaf ya' lepas tu depa peluk saya balik tanda 'dimaafkan'

    maya amir

    apapun tetap mencabar

    kalau cabaran mental di pejabat boleh dikawal, insya-allah cabaran dengan anak-anak cabaran kasih sayang sahaja

    lebih pening dengan anak daripada pening kerenah teman

    ReplyDelete