Pages

Pages

Wednesday, January 13, 2010

Cuci mata jom, aduhai buat hati saya tak tenang



Teks: Masayu Ahmad
Ini agak warna warni, memerlukan pembantu jika selalu selerak. Jika kalian suka konsep ini, kena pastikan betul-betul anak-anak berdisplin mengemas bilik. Kalau bilik cantik tapi asyik tongkang pecah sudah tidak cantik lagi. Sangat sesuai untuk Arif dan Hakim (saja je mak dia koya).

Hakim, Arif dan Aiman ;D. Tiba masanya kelak mereka akan suka bilik sendiri. Konsep rumah ku syurgaku.





Saya suka degnan tema warna ini, tiga warna asas sahaja, nampak tenang dan relaks sahaja, bukan saja anak, dengan emak pun mahu tumpang lena kalau bilik secantik ini.


Saya kan pengemar hijau, aduh sejuk mata memandang, ruang sempit digunakan sepenuhnya. Bijak menata agar semua ruang digunakan semaksima mungkin.

Ini pun saya suka, sesuai untuk dua beradik.

Hijau dan putih, kalau pandai atur ruang, memang akan nampak luas dan kemas, minimakan barang-barang degan hanya hadkan barang yang perlu sahaja. Contohny hanya lima buah buku pada satu masa, buku yang lain simpan dalam kotak atau dalam laci. Jika masuk barang baru, barang yang dikira tidak dipakai boleh disedekah atau disimpan. Barulah bilik sentiasa kemas dan tidak banyak barang. Tips ini saya ambil dari rancangan Oprah, nanti saya masukkan lebih banyak tips untuk kekalkan ruang yang kemas dan bersih.

Untuk Arif dan Hakim lagi, sangat cantik dan warna warni.



Yang ini untuk Aiman, sejuknya.

10 comments:

  1. suka dengan rona hijau dan putih... sesuai sgt tuk boy

    ReplyDelete
  2. cantek2..sy gemarkan semuanya...

    lepas dok umah senriik baru leh hias cantik mantik ni..skrg masih menyewa..rumah naik tiang aje baru..hikhik

    ReplyDelete
  3. gulp beshnyeee... yg hijau tu sami ade kusi tuh.. bleh la amik idea nk deco bilik dia nanti

    ReplyDelete
  4. saya pon tak suka banyak2 kaler sangat. semak otak. hehehe. kena hok lembut2. menenangkan.

    ReplyDelete
  5. wah..walaupun anak2 masih kecil saya pun dah mula berangan-angan bila tengok gambar2 ni :). kalau di Malaysia ni mana nak cari perabot mcm ni dengan harga yang berpatutan ye ?

    ReplyDelete
  6. MashaAllah cantik-cantik semuanya. Semua kakchik suka. Kalau disuruh pilih memang akan keliru dan kena fikir lama.

    ReplyDelete
  7. ;D Betapa bagus suri di malaysia, memang semua suka yang cantik, bersih kemas dan bergaya.

    Wan Anie

    sama lah kita, hijau warna feveret

    Anin

    salam perkenalan

    ya, tinggal di rumah sendiri lebih berbaloi untuk deko,deko,deko

    ReplyDelete
  8. Ely,

    wah, hijau lah ye bilik sami lepas ni..

    dah deko jangan lupa share2 ye

    Comeybelako

    betul lah tu, saya ni pun suka yang simple jah

    tak suka hias rumah penuh macam muzium

    ReplyDelete
  9. hayatizain

    salam perkenalan, terima kasih tinggalkan jejak

    rasanya perabot macam ni kat ikea banyak pilihan, tetapi beli masa ada diskaun lah baru berbaloi-baloi

    kak chik

    betulah kak chik, tak tahu nak pilih mana satu

    kalau ada tiga anak boleh pilih tiga kaler, baru puas hati

    wanorhaslina

    unggu, tu girl pun boleh, boya pun boleh,, taklah asyik pink aje kan

    ReplyDelete