
Teks & Foto: Masayu Ahmad
Kata-kata Hakim yang membuatkan saya terkedu. Biasanya sudah penat bermain kejar mengejar suruh pakai baju, membuatkan saya naik angin sekejap. Jadi saya biarkan saja budak seorang ini yang suka sangat tidak mahu pakai baju.
Hakim lebih suka tidak berbaju. Apa tidaknya, aktif sana ke mari, lari sana sini. Mahu tidak berpeluh badannya. Hakim suka mengusik, jika dia tahu ibu tidak suka.
Jadinya saya buat tidak tahu sahaja kalau tak mahu marahkan anak. Saya diam-diam depan komputer buat kerja. Hakim datang.
"Minta maaf ibu." Ambil tangan saya salam dan cium.
Sejuk hati saya. Mana entah dia dapat ayat itu. Biasa akan terikut mana-mana rancangan tv yang dia tengok. Itulah penangan tv yang saya rasa bagus untuk Hakim. Satu contoh yang saya tidak suka, dia suka buat gaya Hagemaru jelir lidah. Jadinya sudah terikut-ikut. Saya buat aksi mahu potong lidah jika dia ulang lagi aksi sebegitu. Saya perlu cari alternatif agar Hakim tidak terikut gaya Hagemaru itu.
salam masayu,
ReplyDeletetentu amat terharu dibuatnya bila anak sekecil hakim datang meminta maaf dan mencium tangan.
alhamdulillah... bila anak berbuat baik, banyakkanlah kita mendoakannya dan biar dia dengar agar dia makin banyak berbuat baik slps ini kerana dia tahu yang ibunya amat gembira bila dia baik.
bab menjelir lidah ni rasanya kebanyakan anak2 kecil akan terikut2 kartun atau watak yg mereka tonton, haa... tu ibunya kena pandai psikologi tu.
wasalam kak chik, suka sangat apabila Hakim belajar sesuatu yang baru, tapi yang negatif turut diserap sama, nak kena belajar banyak psikologi la gamaknya bila nak latih n didik anak-anak ni
ReplyDeletemacam anak-anak saya, kalau saya tak suka, lagi diaorg usik saya...hahahaha...
ReplyDeletecomelnye hakimmmm... sami kalu kena marah dia akan dtg tersengih2 patu touch breast i.. cemana tuh?
ReplyDeletemama nurin
ReplyDeletekalau dah suka usik-usik, saya lari buat tak layan
Ely
ReplyDeletehaha, pandai samy cari port sensitif, kecik2 dah pandai bergurau
huhuhu...aku yg baca pon rasa sejuk hati....ko yg dgr lagi ler kan?
ReplyDeletebagus hakim! moga adik2 pon ikut jejak abg
vogue
ReplyDeleteitulah,, moga2 mantain lah ayat tu kat mulut dia