Setiap nama anak yang saya pilih mempunyai maksud yang sama. Naufal bermaksud tenang, Hakim bermaksud bijaksana atau berpengetahuan. Begitu juga maksud yang sama untuk Arif. Tetapi untuk Aiman, saya tidak sempat untuk menyenaraikan maksud yang sama. Sehingga saat kelahiran anak ketiga, saya dan suami masih tercari-cari nama yang sesuai.
Nama anak adalah gelaran, dan setiap panggilan adalah ibarat doa. Sebaik-baik nama adalah nama yang ada maksud dan seeloknya maksudnya itu mampu diserap oleh si anak. Harapan saya anak-anak boleh berada dalam keadaan tenang dalam apa jua cabaran, masalah dan mampu menanganinya dengan rasional. Juga matang dalam fikiran dan boleh menyerap ilmu agama, akedemik dan sebagainya dengan baik sehingga usia menginjak dewasa. Harapan setiap ibu bapa juga agar anak-anak sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka sama ada ketika masih hidup mahupun ketika sudah beralih ke alam lain.
Nama pula tidak boleh canggih sangat, nantikan orang-orang tua di kampung tergeliat lidah pula mahu menyebutnya. Ditambah pula loghat Kelantan, nama lain bunyi panggilannya lain. Rushdan jadi sede, yusran jadi sere, haikal jadi eka, mariam jadi mek ye. Nasib baik ayu tak jadi aye, masih kekal sebagai ayu gitu.Jadi Hakim kekal dipanggil Hakim, begitu juga Arif kekal dipanggil Arif. Aiman pulak kadang-kadang tersasul dipanggil Iman atau Yeman oleh abang-abangnya.
Saya sukakan nama Akil bermaksud akal fikiran dan berpengetahuan. Tetapi jiran sebelah rumah sudah ada. Adam pula nama anak saudara dan anak teman rapat. Haziq juga sudah ada pada nama anak saudara. Hingga saat mengisi borang kelahiran, saya suruh suami tulis. Letak sajalah Aiman. Mudah dan senang ingat. Adik saya pernah bertanya.
Adik: Apa pulak nama anak mu ni. Naufal apa pula kali ini.
Saya: Belum tahu lagi?
Adik: Letak sahaja Naufal Bijaksana.
Saya: Kenapa pula? Belum faham gurauannya.
Adik: Lengkaplah slogan Tuan Hakim yang Arif Lagi Bijaksana.
naufal bijaksana hehhehe..
ReplyDeletedulu time pegnen i dh ckp kat papi.. i nak nama sami' maksud pendengar. kadang sami tu buat dek je i slalu ckp 'mami dh bg nama betol nih nih tapi sami xnak dgr ckp mami' hahahaha.. dan i ckp kat papi.. if dpt baby girl i nak nama maryam.. semoga sesuci maryam nanti..
sedap nama maryam.. kalau loghat kelate,, depa panggil mek ye..
ReplyDeletenasib baik ely bukan org kelate
saya suka nama Iman.. utk nama anak2 perempuan.. Iman apa tak tahu lagi..
ha ha serius gekal bab
ReplyDeletehakim arif bijaksana
saya pun setuju bab nama senang n ringkas
my adib tok dia panggit
"mat adib" hu hu tak suka ada mat kat depan
wah salah tulis, gelak gelak (lawak loo) ha ha
ReplyDeletehihihi
ReplyDeletetulah sambil tulis pun saya senyum sorang2 (perasan kelakar sorang2)
yeahhh...naufal rawwwkkk!!! hahahaha
ReplyDeletegeliga adik ko mek....
dia memang mcm tu
ReplyDeletesuka sgt buat lawak cerdik...