Monday, December 28, 2015

Surirumah inspirasi

Teks: Masayu Ahmad

Panduan asas baca ini dahulu ya www.janawangdirumah.com
Lebih banyak rujukan ada di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop


Apabila kita sudah tekad buatlah sampai selesai. Sama juga apabila bermula tahun baru banyak angan-angan yang kita mahukan. Tetapi berapa lama kita boleh bertahan sehingga ia tercapai.

Ia jadi angan-angan kerana usaha yang sedikit, bertangguh dan cepat putus asa.

Manakala ia menjadi matlamat apabila kita tahu kita akan sampai ke sasaran cepat atau lambat.


www.masayuahmad.com

Friday, December 25, 2015

Matlamat 2016 insya-Allah ;D

Teks: Masayu Ahmad
Baca persediaan asas www.janawangdirumah.com
Lebih banyak rujukan ada di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop



Assalamualaikum w.b.t

Berbaki seminggu sahaja lagi, anak-anak akan kembali rutin persekolahan. Semua persiapan ala kadar sahaja. Baju sekolah Hakim dan Aima masih baru, hanya Arif persalinan baru kerana tahun lepas dia tidak mendapat pakaian baru. JUga kerana sudah dilantik pengawas sekolah.


Tahun 2016, insya-Allah saya akan kembali fokus kepada manuskrip dan lebih banyak terbit dalam versi fizikal. Alhamdulillah.

Fokus saya masih tetap sama, iaitu menerbitkan buku-buku siri mula bisnes dan juga siri panduan atau rujukan untuk surirumah. Ini tetap sama seperti dahulu. Juga latihan untuk surirumah secara online terus menerus. Alhamdulillah atas sambutan.

Untuk 2016 ini saya menjangkakan saya ada lebih banyak ruang masa menulis. Sebelumnya lima tahun ini berselang seli menjaga dua mertua dan anak-anak.

Arissa tadika 6 tahun Hakim, Arif dan Aiman pula akan pulang jam 5 petang. Jadi tinggal saya dengan Ammar sahaja di rumah.

Ruang ini saya perlu gunakan sepenuhnya untuk menulis lebih banyak karya. Perlu melepasi 20 naskah pertama kemudian selesaikan sasaran 100 naskah. Insya-Allah.

Segalanya atas izin Allah. Satu sudah ada giliran terbita dan satu lagi saya perlu menyelesaikan lagi sebelum dihantar untuk penilaiaan.

Dan menyerahkan tiga lagi manuskripa.

Moga ALlah izinkan dan permudahkan segala urusan.

Dan tiga lagi impian yang perlu segera saya lunaskan untuk tahun 2016. Saya sasarkan fasa pertama 2016 saya sudah capai.

Untuk surirumah sekalian, moga 2000 penyertaan lagi untuk tahun 2016. Insya-Allah.

Sunday, December 20, 2015

Apa yang kita perjuangkan ;)

Teks: Masayu Ahmad

Berbaki 11 hari sahaja lagi kita akan melangkah masuk ke tahun baru 2016. Semak balik sepanjang tahun 2015. Apa yang jelas dalam matlamat yang sudah kita capai dan belum.

Insya-Allah tahun hadapan adalah tahun ke empat kumpulan sokongan ABDR melangkah dan terus melangkah. Ini antara kejayaan pasukan, bukan kejayaan peribadi. Kumpulan ini berkumpulnya para suri yang berimpian mahu kembali berada di rumah. Selamat berjuang dan selamat melangkah kembali ke daerah paling membahagiakan.

Momen 2015

Banyak peristiwa yang meninggalkan buat diri saya secara peribadi. Antaranya berkampung di hospital bersama Ammar dan kembalinya ke rahmatullah kedua ibu bapa mertua.

Inilah momen paling mneinggalkan kesan.

Insya-Allah 2016 ini saya lebih fokus kepada anak-anak dan juga menyiapkan lebih banyak manuskrip. Insya-Allah. Sasaran keahlian 2000 ahli masih menjadi fokus ABDR.

Alhamdulillah.


www.masayuahmad.com
www.akademibekerjadirumah.com/shop

Wednesday, December 16, 2015

Perjuangan yang belum selesai

Teks: Masayu Ahmad


Hujan rintik pagi ini mengiringi hari pagi yang indah. Apa pun yang berlaku dan berlalu, kita lepaskan dengan penuh keredhaan. Ketentuan Allah diterima dengan hati lapang.

Alhamdulillah, saya mahu fokus kepada 20 ebook dan lagi 20 ebook baru untuk tahun 2016.

Selepas kesukaran pastinya ada kemudahan. Masa yang ada ini saya mahu selesaikan pula impian sendiri sebelum menutup mata.

Semalam satu hari bawa anak-anak ke kedai buku, kemudiannya kami makan tengahari di luar. Malam juga begitu. Saya ambil masa untuk berehat.
 Juga mengambil masa untuk mengemaskini beberapa lagi urusan rumahtangga.

Kemudian saya bermula perjuangan menyelesaikan tugasan menulis yang mahu saya sudahkan insya-Allah. Minggu ini perlu menyempurnakan apa yang diperlukan editor. Harapnya dua manuskrip ini dapat diterbit dengan pada awal tahun hadapan. Apa pun saya sudahkan yang terbaik pada pihak saya dan yang lain saya serahkan pada yang menyelesaikannya. Saya tidak mahu tunggu lagi, kali ini saya akan sudahkan. Insya-Allah.

Sehidup semati

Selepas ma dibawa ke hospital terus dimasukkan ke ICU. Doktor sudah mengesahkan jantung sudah 'berhenti' selama setengah jam.
Dalam keadaan panik kami fikir ma memerlukan oksigen kerana dia juga penghidap asma.
Esoknya semua sudah siap siaga atas saranan doktor.
Jam 2 petang atuk pula dibawa ke hospital. Ketika ma 'nazak' di ICU, atuk dimasukkan 'wad kecemasan'.
Jam 7.40 30 November 2015 ma pergi. Pergi ke negeri kekal abadi.
Kami menyempurnakan urusan jenazah.
Ketika keranda diturunkan dari rumah, panggilan dari hospital pula atuk berada dalam keadaan kritikal.
Usai selesai urusan arwah ma. Kami menyambung urusan atuk yang masih kritikal di ICU.
Jam 8.30 10 Disember 2015, Allah lebih menyayangi dan masanya kami menerima ketentuan ini. Atuk sudah dijemput Ilahi.
Pusara bonda dan ayah mertua disemadikan bersebelahan.
Moga Allah mengampuni, melimpahi rahmat dan menempatkan di kalangan orang-orang beriman. Bertemu di Jannah.

Perjuangan

Salah satu alasan utama kenapa saya mahu pulang ke kampung?
Salah satunya kerana arwah mek, saya tidak berkesempatan dan arwah dijemput Ilahi saya tidak ada di sini.
Kerana itu, saya hanya ada tiga peluang sahaja lagi.
Alhamdulillah saya menggunakan kesempatan lima tahun ini sebaiknya.
Berbaki satu peluang sahaja lagi yang perlu digunakan sebaik-baiknya.
Saya puas kali ini, walaupun bakti ini tidak sehebat ibu bapa menjaga kita. Tidak sehebat mereka menjaga dan membesarkan kita.
Sebelum itu tanya diri sendiri. Jika betul bersedia, perlu sedia fizikal dan mental.
Insya-Allah, Allah permudahkan segala urusan.
Sekiranya merasakan agak mencabar, cepat cepat istigfar.
Kerna, kita juga akan melalui hari tua.
Santuni mereka dengan baik, Insya-Allah.
Menjaga anak dan menjaga orang tua pada masa yang sama kalian mahu bekerja di rumah. Ia adalah tiga posisi yang berbeza.
Banyaknya saya melawan arus, sekiranya urusa ibu bapa melanggar urusan kerja. Saya tangguhkan dahulu urusan kerja.
Kemudian barulah menyamung tugasan.
Insya-Allah saya berkongsi dari masa ke semasa.
Bukanlah kerana saya hebat, kerana masa yang ada tidak lama.
Selepas kesukaran, Allah berikan kemudahan.

Sehidup semati

Teks: Masayu Ahmad

2015 bakal meninggalkan kita tidak lama lagi. Ia sudah tentunya meninggalkan kesan yang mendalam buat diri saya sekeluarga.


Pada cuti pertama persekolahan saya merancang untuk pulang ke kampung tok ayah, memandangkan sudah dua bulan tidak balik. Juga kerana kesihatan tidak mengizinkan.


Kebetulan pula en.suami perlu ke Kuatan atas urusan kerja. Jadi anak-anak sudah tidak tidak sabar untuk pulang ke rumah tok ayah.

Usai pagi en.suami turun, seperti biasa saya sudah pun mengemas dahulu dan memasak untuk bonda dan ayah mertua.


Tidak sebagaimana selalu saya turun begitu sahaja dan tidak pula bersalaman dan memohon maaf sebagaimana biasa.

Di pertengahan jalan saya memang merasa satu kepelikan dengan sikap saya sendiri.

Anak-anak sebagaimana biasa sangat gembira kerana sudah lama ibu tidak bawa berjalan jalan.

Juga sebagaimana mana biasa sudah memaklumkan kepada ipar bahawa perlu balik esok hari untuk sarapan mok dan atok.

Seminggu kami berada di rumah tok ayah.

Usai kami pergi sudah menerima mesej atuk sudah tidak sihat dan tidak lalu makan.

Aduhai, ayahanda pula tidak sihat, jadi saya bertahan dahulu untuk menjaga ayah dan ipar menyambung tugas menjaga ke dua nya.

Namun seminggu ini bonda mertua pula demam dan tidak sihat. Sehinggalah petang Jumaat barulah saya pulang.

Rutin biasa, pada petang ini memandikan ayahanda mertua. Esoknya juga berpagi saya mandikan, menyuap dan memberi makan ubat.

Selama lima tahun ini hanya tiga kali ayah mertua sakit begini dan memerlukan bantuan untuk mandi dan urusan yang lain.

Sabtu itu bonda mertua tidak mahu ke rawatan dialisis seperti biasa, katanya dia masih demam.

Arwah bercerita, selepas saya pergi, malam itu dia bersiap untuk makan malam.

"Ma, sudah siapkan makan malam. Datang ke bilik dan atuk sudah tiak mahu bangun. Tidak ada selera."

Pada pagi Sabtu itu saya sempat menyuapkan 10 sudu nasi berlauk ikan tenggiri yang dibawakn kak yah yang datang menziarah.

Saya lihat ma yang tidak lalu makan dan mukanya agak sembab.

Malamnya doktor sudah datang ke rumah dan didapati bacaan kencing manis ayah mertua sudah tinggi dan tidak dapat dibaca. Saranan doktor agar segera dibawa ke hospital.

Sekitar jam 3 pagi saya terjaga kerana dikejutkan kak wani (biras).

Ketika saya keluar dari bilik, ma baru keluar dari bilik air.

"Allah, Allah, Allah."

Saya sempat menyambut tubuh ma dan rebah dalam ribaan.

Sudah kebiruan dan peluh merecik.

Bersambung.











Wednesday, December 9, 2015

Satu catatan kenangan

Teks: Masayu Ahmad

Hujan masih merintik di luar dan suasana di rumah ini agak riuh dengan anak-anak yang bermain. Sudah seminggu arwah bonda metua meninggalkan kami semua. Meninggalkan kami bersama memori yang masih basah.

Ayah mertua masih di ICU dan masih ditidurkan.

Hari yang sama mereka dihantar ke wad, namun bonda mertua kembali dengan mata sudah terpejam rapat dan senyuman selamat tinggl.

Lima tahun kami menyemai kasih. Saya kira peninggalan arwah mek dahulu adalah momen penyebab keputusan untuk saya kembali berhijrah, dan pulang untuk merai hari tua tiga yang masih ada. Kini kami akan menumpukan sepenuhnya tok ayah dan atuk.

Inilah nilai masa yang tidak ada galang ganti. Saya tidak mengejar populariti, malah lebih selesa jauh dari hiruk pikuk dan perlumbaan manusia.

Dua bulan berehat, dan kini kembali menyambung tugasan yang masih belum selesai. Insya-Allah.

Terima kasih Allah atas peluang untuk pulang berkhidmat dan berbakti. Saya puas.

Kembali mengenang catatan diri, apa yang bakal dibawa apabila kematian menjemput. Sedikitnya amal dan kita sama-sama menongkah arus untuk kekal berada di rumah dan bersedia untuk hari kematian.

Itu sebaik baik motivasi dalam kehidupan. Kerna dunia ini bakal berakhir, negeri akhirat kekal abadi.

Salam sayang, mohon maaf sekiranya ada salah dan silap saya sama ada saya sedar, secara langsung dan tidak langsung.

www.masayuahmad.com
www.akademibekerjadirumah.com/shop

Tuesday, December 8, 2015

Bonda mertua dalam kenangan al fatihah

"Ibu kenapa mok tok sey kecek dengan cha?"
"Ibu, esok kita pergi kubur mok. Cha nok oyak, mok, mok, ni Ammar dan Cha mari. Mok bangunlah kita balik rumah naik kereta."
;(
Bonda mertua tersayang Allahyarhamah Che Shawiah Che Mat telah dijemput Illahi, jam 7.40 malam bersamaan Isnin, 30. November 2015.
Semoga arwah ma bersemadi dengan tenang, dilimpahi rahmat, diampuni dosa dan berada di kalangan beriman.
Al Fatihah.
Ayahanda mertua masih kritikal di ICU. Mohon doa teman agar dipermudahkan urusan.
Kami redha atas ketentuan Illahi.




Saya memang tidak sempat berkhidmat untuk arwah mek, hanya sempat memandikan, mengafankan dan menemani hingga jenazah ke liang lahad.
Lima tahun selepas pulang berhijrah, kami sepenuhnya menjaga arwah ma.
Arwah seorang penghidap buah pinggang kronik selama 11 tahun.
Tiga kali seminggu perlu rawatan dialisis.
Dari jam 9 pagi pulang jam 3 petang. Keesokannya akan rebah dan demam.
Namun kekuatan dan semangatnya itulah membuatkan beliau umur panjang.
"Sampai bilo keno cuci ni ma."
"Sampai habis nyawa."
Ayat ini saya ingat dan selalu bermain di kotak fikiran. Ma tidak makan ikan. Lauknya hanya ikan bilis, telur. daging. Jika mahu masak ayam perlu dimasukkan asam jawa.
Juga kerabu perut dan gulai daging yang dimasukkan terung. Nasi kerabu daging bakar paling digemarinya.
Setiap pagi saya bertanya dahulu.
"Ma nok makan apa hari ini?
Itulah rutin.
Dua tahun kebelakangan ini kesihatan semakin kurang konsisten. Ma tidak lagi memasak.
Juga pasar pagi setiap Jumaat sejak tiga tahun sudah tidak lagi menjadi rutin ma.
Jam 3 pagi. Ma ke bilik air sebelum rebah dia sempat menyebut Allah, Allah, Allah,
Saya sempat sambut dan ma rebah di pangkuan.
Peluh menitik di dahi, ma sudah kebiruan.
...
Khidmat akhir saya memandikan dan mengafankan ma bersama kakak ipar dan biras yang lain.
Ciuman di pipi ma, kain putih menutup wajah ma yang tersenyum manis sebagai ucapan selamat tinggal.
Keranda diusung keluar dan air mata ini tidak menahan dari terus mengalir. Ma sudah pergi meninggalkan kami.
Terima kasih ma, kerana memberi peluang untuk saya berkhidmat.
Ma, mertua idola tidak ada galang ganti. Kuat semangat dan tidak pernah berputus asa.
There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin