Tuesday, July 28, 2015

6 asas persediaan bekerja di rumah

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah, baru dapat bersiaran dengan baik. Boleh mula dapatkan persediaan asas di sini www.janawangdirumah.com

Juga lebih banyak rujukan di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop

Apa khabar kalian, masih berhari raya?

Saya di sini mula memasuki fasa ke dua untuk tahun ini. Moganya lebih banyak ebook dan buku dapat saya selesaikan.

Lebih ramai yang mengambil manfaat atas apa saya kongsikan di sini.

Perjuangan tidak pernah berakhir dan kita akan ditanya kelak dengan masa dan rezeki yang kita perolehi ke mana kita agihkan ia semula.

Selagi belum menutup mata, maka selagi itulah kudrat masa dan tenaga juga ilmu perlu disampaikan secara berterusan.

Baik saya mahu ulangkaji semula asas persediaan bagi kalian yang baru mahu memasang matlamat mahu bekerja di rumah. Ada beberapa poin saya kongsikan di fb, jadi saya lanjutkan semula di sini.

Jangan bermula dengan 3 berikut.

1. Memulakan bisnes dengan berhutang untuk menjadikan modal perniagaan.

2. Memulakan bisnes dengan membuat pinjaman.

3. Memulakan bisnes dengan modal yang sangat besar iaitu 1K dan ke atas.


Mulakan dengan asas berikut.

1. Mula dengan menabung. Wujudkan tabungan modal. Latih diri untuk disiplin menambung setiap bulan.

2. Mulakan dengan mengambil peluang bekerja secara sambilan. Contoh pilih dua hari dalam seminggu untuk bekerja dan belajar. Contoh berminat memulakan bisnes roti, boleh belajar bekerja di kedai roti atau kilang roti. Wang gaji bekerja sambilan ini disimpan sebagai modal.

3. Latih diri untuk belajar dan urus wang dengan betul sejak dari mula. Pengurusan kewangan adalah salah satu paling asas. Beli buku panduan kewangan, sertai komunit bijak urus wang dan sebagainya. Hadir mana-mana kursus pengurusan kewagan peribadi, keluarga dan juga untuk bisnes skala kecil.


Nantikan sambungan ya
www.masayuahamad.com



Tuesday, July 14, 2015

Maaf Zahir Dan Batin

Teks: Masayu Ahmad


Baca persediaan asas di sini www.janawangdirumah.com

Lebih banyak rujukan boleh lihat di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop


Alhamdulillah sudah sampai ke penghujung Ramadhan. Tahun ini lebih tenang dan mendamaikan. Saya tidak mengambil aktiviti berat tetapi lebih banyak fokus kepada anak-anak.

Insya-Allah bermula raya ke 5 saya akan aktif semula untuk selesaikan 6 bulan lagi untuk tahun 2015.

Lebih menekuni untuk selesaikan ebook dan juga manuskrip. Juga untuk kelas belajar bina kedai online, di Kelantan juga saya akan mula menerima pendaftaran.

;)

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin. Kita rai kesyukuran walau di mana sahaja berada.


Thursday, July 2, 2015

Design kematian

Teks: Masayu Ahmad
Baca naskah wajib di sini www.janawangdirumah.com

Lagi sumber rujukan www.akademibekerjadirumah/shop


Salah satu matlamat kehidupan yang saya mahukan ialah mendirikan sebuah rumah ngaji untuk penduduka kampung. Walau bukan satu kampung sekurangnya sekitar rumah arwah mek. Meneruskan perjuangan mek dalam menyampaikan ilmu al-quran.

Cepat atau lambat saya masih berusaha ke arah itu. Semestinya diri sendiri dahulu menambah ilmu dan menyampaikan kembali ilmu. Isyarat ini sudah beberapa kali sangat jelas berlegar dalam minda.

Tekadnya tahun ini saya mahu sambung lagi pengajian dalam al-quran.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Menetaplah di rumah dan janganlah mempamerkan dan kecantikan kamu kepada orang asing seperti mana wanita jahiliah." Surah al-Ahzab:33.
...
Ia peringatan yang jelas, sering bermain di fikiran. Ia juga peringatan yang jelas akan prinsip dan matlamat saya sejak dahulu.
Mendoakan lebih ramai suri kembali dan kita memakmurkan rumah dengan ilmu dan kasih sayang.
Salam Jumaat barokah, Ramadhan 16.


Matlamat yang jelas juga adalah mahu lebih ramai suri kembali ke rumah. Perjuangan yang satu ini masih terpasak dalam perjuangan. Ia jelas agar saya tahu apa tujuan saya dan apa akal yang dikurniakan Allah. Kembali berbakti kepada masyarakat. Kita berjuang setiap hari untuk mencapai matlamat diri. Tetapi sedar atau tidak matlamat sebenar kita dilahirkan.

Meraih ketenangan

Salam Jumaat Barokah Ramadhan 16.

Kembara perjuangan setiap hari

Teks: Masayu Ahmad


Jumaat barokah, salam Ramadhan ke 16. Pantas masa menyusur. Moga ini bukan Ramadhan yang terakhir dan kita mahukan Ramadhan yang terbaik berbanding semalam. Insya-Allah.

Tahun ini tahun ke lima jugalah merai Ramadhan bersama orang tua, sama ada sebelah suami dan sebelah saya. Moganya kesempatan ini saya menggunakan sebaiknya masa yang ada. Masa yang tidak banyak.

Jika dulu mertua selalu bangun memasak, Ramadhan kali ini keuzuran kian menyusut. Namun kadangkala beliau bangun juga sekadar duduk dan menemani di meja makan. Sambil itu saya hanya memanaskan lauk dan juga masak nasi.

Menu yang sama sahaja, saya memasak ganda dua. Satu untuk berbuka dan sebahagian lagi untuk sahur. Kebanyakan menu adalah untuk memenuhi selera orang tua.

Ma (panggilan saya kepada mertua) sudah saban tahu menjalani dialisis, ternyata beliau antara paling lama. Masih kuat walaupun ke dua belah pinggang sudah rosak. Iai penghidap buah pinggang tahap 5.

Lauknya hanyalah bersumberkan ikan bilis, telur itik, telur. Menu biasanya adalah telur goreng, sambal ikan, sambal daging, telur itik masin yang direbus. Juga kepelbagaian kerabu. Juga ikan pekasam atau masin. Juga bersumberkan daging. Jika mahu masak ikan perlu dimasukkan asam jawa, atau ikan rendaman asam jawa.
There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin