Sunday, February 22, 2015

Tekad dalam perjuangan

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah, sudah kembali kepada rutin biasa. Jalan raya sudah kembali lenggang, perantau sudh kembali ke destinasi.

Sudah berada penghujung bulan Februari, saya sudah mula menukang manuskrip seterusnya. Harapannya rentak ini adalah berterusan.

Membuat keputusan berhenti kerja

Banyak email yang saya terima berkaitan dengan notis berhenti kerja.

1. Buat persediaan sekurang-kurangya 3 tahun ke hadapan.

2. Buat dahulu secara sambilan dan fokus kepada satu perkara. Tetapi kebanyakan kita tidak dapat fokus kerana timbunan maklumat.

3. Fokus kepada usaha menjana pendapatan dari sumber online. Asingkan sumber pendapatan ini dan tidak diambil.

4. Buat sasaran dan biarkan pendapatan hasil tersebut berupaya sama dengan gaji daripada kerja sedia ada.

5. Jika mampu berada 'zon zero hutang' ia adalah satu nilai tambah yang sangat membantu.

6. Usahakan untuk berada dalam kelompok yang betul

Ok, minggu ini masih lagi promo ebook 44 resipi pantang iaitu RM30. Beli ebook 44 resipi pantang, dapat bonus ebook panduan rawatan berpantang.


                                            http://resepiberpantang.blogspot.com/


. Harga selepas 30 Mac 2015 kembali kepada RM60 untuk dua ebook.

Saturday, February 21, 2015

Melawan arus atau mengikut arus?

Sudah terbit dan dapatkan harga promosi klik di sinihttp://resepiberpantang.blogspot.com/


Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah, selamat bercuti bagi kalian yang sedang bercuti. Saya setia di sini sebagaimana biasa. Masih ada tugas yang belum selesai, Insya-Allah. Cuti ini hanya fokus kepada keluarga dan aktiviti penulisan sahaja. Cabaran penulisan kali ini agak getir juga saya naikkan sedikit cabaran untuk diri sendiri.

Ok, bagi yang mahu mendapatkan naskah ebook 44 resipi berpantang, masih lagi harga promosi sehingga 30 Mac sahaj. Harga promosi beli 1 ebook dapat 1 lagi ebook bonus. Harga kembali kepada biasa selepas 30 Mac 2015 iaitu RM30 sahaja untuk satu naskah.

Monday, February 16, 2015

Persediaan sebelum berhenti kerja

Teks: Masayu Ahmad
www.masayuahmad.com
www.akademibekerjadirumah.com

Puan Lina (bukan nama sebenar)
Saya berasal dari Terengganu, menetap di Selangor. Kerana sukar mendapat pengasuh anak-anak, mereka dijaga keluarga di Terengganu.
Jadi saya berulang-alik setiap minggu. Saya adalah penjawat awam. Sejak hamil anak ke tiga saya mencari peluang yang sesuai untuk saya bermula dari rumah.
Tetapi komitmen kewangan kami suami isteri sangat tinggi.

Bagaimana saya boleh berhenti kerja dan mendapat pendapatan sama seperti sekarang?

Jawapan.

Email di atas adalah contoh-contoh email yang kerapkali singgah di inbox facebook saya ataupun singgah di email.

Persediaan berhenti kerja dan solusi.

1. Kenalpasti dahulu jenis bisnes atau pekerjaan.

Sebelum kita memutuskan untuk berhenti kerja dan memulakan secara sepenuh masa. Kenalpasti dahulu apa yang kita mahu usahakan. Sama ada bekerja atau mengusahakan bisnes.

Kenalpasti apa minat, kemahiran, kepakaran yang boleh kita usahakan berdasarkan apa bidang yang mahu kita ceburi. Contohnya kita ada kemahiran sebagai akauntan, apakah peluang-peluang yang boleh kita terokai.

Sekiranya kita berminat dalam bisnes, apa pula bisnes atau bidang yang mahu kita aktifkan sebagai sumber pendapatan dengan hanya bekerja dari rumah.

2. Kenalpasti tarikh jangkaan kita mahu menghantar notis.

Berapa lamakah kita mengambil persediaan sebelum masa yang sesuai menghantar notis kepada majikan. Ia bergantung kembali kepada persediaan kewangan dan juga persediaan asas kita sebelum berhenti kerja. Letak tarikh yang jelas bilakah masa kita mahu berhenti kerja. Contohnya tiga tahun atau lima tahun akan datang. Jadi buka satu buku matlamat dan letak tarikh tersebut dengan jelas.

3. Bermula secara sambilan sebelum sepenuh masa.

Ketika kita masih lagi bekerja, sangat disarankan kita sudah pun bermula dengan melakukan usaha ini secara sambilan. Bagusnya ia adalah sumber pendapatan ke dua atau sumber persediaan sebelum kita berhenti kerja. Apabila mengusahakan sumber ke dua ini, sangat disarankan kita tidak mengambil satu sen pun dari bisnes atau sumber perndapatan tersebut. Biarkan ia bergerak dan berkembang dalam satu akaun yang berasingan.

4. Persediaan kewangan.

Secara realistik, tulis semua matlamat kewangan yang perlu kita uruskan semasa masih lagi bekerja. Matlamat kewangan ini harus jelas sama ada dari segi pengurusan hutang, perbelanjaan, pelaburan, tabungan dan sebagainya.

Perbincangan suami isteri akan hal ini dapat membantu memberi matlamat yang baik dalam kata putus. Mungkin selepa sini salah seorang yang akan bekerja dan seorang lagi sebagai usahawan sepenuh masa. Mungkin juga suami isteri mahu lakukan secara bersama-sama. Beli buku-buku pengurusna kewangan. Hadir mana-mana seminar atau bengkel kewangan peribadi mahupun untuk bisnes sebagai persediaan asas.

Juga boleh mendapatkan rundingan pakar kewangan untuk mendapatkan  sesi konsultasi yang khusus untuk capai matlamat kewangan yang diperlukan sebelum berhenti kerja.

5. Berbincang dengan pasangan.
Ambil satu ruang yang khusus berbincang dengan jelas apa matlamat untuk berhenti kerja dan apa perancangan selepas berhenti kerja. Cabaran sebelum berhenti kerja itu ada pelbagai, tetapi cabaran selepas berhenti kerja juga tidak dapat dijangka. Namun begitu sekiranya bersama-sama membuat persediaan sejak dari mula, ia sangat membantu untuk suami isteri bertoleransi dengan cabaran yang akan datang.

6. Minta pandangan rakan-rakan.

Jangan minta pandangan rakan-rakan yang masih bekerja. Tetapi dengar dan minta pandangan rakan-rakan yang sudah terlebih dahulu berhenti kerja 5 hingga 10 tahun ke hadapan. Mereka sudah pun melepasi tahap persediaan dan menikmati perasaan 'pekerja bebas sepenuh masa'.

Fokus kepada pandangan yang membina dan juga membuat penyesuaian berdasarkan masalah yang kita hadapi. Kerana  setiap orang tidak sama masalah kewangan dan juga persediaan.

7. Bebas hutang

Bebas hutang atau zero hutang adalah salah satu matlamat kewangan yang sangat baik. Sekiranya mampu mencapai zero hutang ketika masih lagi bekerja, maka ruang dan perasaan ketika menghantar notis perletakan jawatan itu adalah lebih lapang. Kita hanya fokus kepada sumber pendapatan, pelaburan dan tabungan sahaja. Tanpa perlu lagi memikirkan hutang piutang hidup kita jauh lebih tenteram.


8. Mulakan latihan menyimpan.

Walaupun impian bekerja dari rumah atau impian berhenti kerja kita melihat satu peluang yang seronok. Tetapi disiplin berkaitan kewangan perlu dimulakan sejak belum berhenti kerja. Jika ketika kita masih bekerja kita berada dalam 'zon selesa' kerana kita tahu berapa jumlah yang kita dapat setiap bulan. Tetapi apabila kita sudah tidak lagi bermajikan kita disarankan untuk lebih berhemah dan berjimat cermat.

Mulakan latihan menyimpan ini sejak dari kita masih bekerja lagi. Contoh membiasakan untuk mengumpulkan sejumlah modal untuk bisnes. Katakanlah kita peruntukkan RM100 sahaja dari pendapatan ketika masih bekerja. Maka kita simpan RM100 itu secara konsisten dalam tabung modal. JIka setahun kita mendapat RM1200, maka dalam tempoh tiga tahun kita akan mendapat RM3600. Untuk bisnes kecilan, RM500 hingga RM1000 adalah sangat cukup untuk memulkan bisnes kecil-kecilan. Mulakan disiplin ini sejak dari kita masih bekerja lagi.  Fokus kepada tabung modal, apabla kita mengambil wang dari tabung tersebut, kita mengantikannya semula.


9. Fokus untuk capai matlamat kewangan.

Salah satu matlamat utama sebelum bersedia menghantar notis perletakan jawatan ialah, kita tahu apa matlamat kewangan. Tidak kira sama ada mencapai zon bebas hutang, pelaburan, tabungan, pengurusan dan sebagainya, jadikan ia salah satu matlamat yang perlu diambil perhatian serius.

10. Kenalpasti pendapatan aktif dan pasif.

11. Fokus menambah ilmu baru.

12. Mencari kumpulan sokongan.

13.


















Saturday, February 14, 2015

Keterujaan kita dengan apa yang diusahakan

Minggu ini dalam saya memasuki untuk naskah seterusnya. Ok, masih lagi promosi ebook di bawahnya dengan harga RM30 sahaja untuk dua ebook.


Beli 1 dapat 1 lagi ebook bonus.



Ebook bonus




tawaran ini sehingga 30 Mac 2015

Harga selepas ini RM60 untuk 2 ebook.


Bayar di sini dan isi borang di bawah


pn.masayu@gmail.com

Langkah 1: Boleh buat pembayaran ke salah satu akaun di bawah

Maybank- 164276514288 (Masayu Ahmad)

Sila sms (017-9144513)

CIMB- 03030003802208 (Rushdan Abdullah)

Langkah 2: Isi borang ini


Langkah 3: Emailkan ulasan ebook 44 resipi ke masayu2010@gmail.com, kami akan email ebook bonus


Tawaran ini harga promosi ini bakal tamat 30 Mac 2015



Ebook 44 Resipi sihat Berpantang
Tinta Pengarang
Bahagian 1: Menu Nasi
1.     Nasi Herba
2.     Nasi Goreng Lada Hitam
3.     Nasi Ulaman Herba Ikan Bakar
4.     Bubur Nasi Ulam

Bahagian 2: Ikan
5.     Ikan Bilis Herba Istimewa
6.     Ikan Bilis Lada Hitam
7.     Ikan Gelama Bakar
8.     Ikan Kembung Bakar
9.     Ikan Parang Masak Pindang
10.                        Ikan Selar Panggang
11.                        Ikan Selar Rebus Halia
12.                        Ikan siakap Kukus Halia
13.                        Ikan Tenggiri Singgang
14.                        Sup Ikan Haruan
15.                        Sup Ikan Merah

Bahagian 3: Daging
16.                        Daging Lada Hitam
17.                        Singgang Daging

Bahagian 4: Ayam
18.                        Ayam Organik Bakar
19.                        Ayam Organik Bakar Halia Muda
20.                        Ayam Organik Lada Hitam
21.                        Ayam Organik Masak Tomato
22.                         Sup Ayam Kampung

Bahagian 5: Sayuran/Ulaman
           23.Kailan bertauhu
24. Kerabu Pegaga
25.Pisang Kebatu Rebus
26.Sawi Lada Hitam
27.Sawi Rebus
28.Sup Sayur Campur
29.Tempe Goreng Istimewa
30.Tumis Sawi Herba
31.Halwa Halia

Bahagian 6: Minuman Herba
32. Air Halia Muda
33. Air Kunyit
34. Air Rebusan Pegaga
35. Jus Halia Kurma
36. Rebusan Manjakani

Bahagian 7: Minuman Kesihatan/ Penambah Susu Ibu
37. Jus Lobak Merah
38. Jus Epal dan Strawbery
39. Jus campuran lobak dan tembikai susu
40. Jus epal dan limau nipis.
41. Jus campuran lobak dan tomato.
42. Jus Celery
43. Jus tomato segar.
44. Shake orange

Bahagian 8: Sarapan/Menu Petang
Bahagian 9: Tips Sihat Ibu Berpantang

Friday, February 13, 2015

Perginya Murrabi mengadap Illahi

Teks: Masayu Ahmad

Hari ini Kelantan berduka, Malaysia berduka. Perginya ulama, murrabi yang dikasihi dan dihormati. 
Selepas menerima berita akan kematian, air jernih mengalir. Sehari ini mengikuti perkembangan demi perkembang.

Kepada ALlah kita datang kepada ALlah kita kembali,

Kita yang masih ada bersisa masa ini perlu meneruskan dan menyebarkan seberapa banyak manfaat.

Masa sudah terlalu singkat.

Sangat singkat untuk mengeluh dan berduka nestapa. Kita rancang kematian kita dari sekarang.






Alhamdulillah, sudah terbit ebook 44 resipi berpantang. Ebook ini sangat dekat dihati saya kerana saya mula merancang ebook ini ketika masih baru hamilkan ARissa dalam kandungan usia 2 bulan.

Persediaan memasak 20 resipi pada sesi pertama adalah, jam 8 pagi dan selesai 12 tengahmalam.

Pada ketika itu dalam keadaan mabuk dan saya meneruskan dengan ilitizam menerbitkan naskah ini dalam versi digital dan juga naskah bercetak.

Juga versi kali ini adalah dua ebook iaitu

1. Ebook 44 resipi berpantang.

2. Ebook panduan 44 hari rawatan berpantang tradisional Melayu dan Moden.

Terima kasih kepada respon pembeli yang mahukan juga dalam versi bercetak. Insya-Allah.

Harga istimewa dua ebook ini ialah RM30 sahaja dibuka sehingga Mac 2015. Khusus untuk 500 pembeli pertama sahaja. Dan saya sudah pun menerima email ulasan ebook ini. Insya-Allah.

Kalian yang mahu memiliki dua ebook ini boleh mula melakukan pembelian sekarang utuk harga istimewa ini

Klik di sini untuk mendapatkan naskah kalian.


http://resepiberpantang.blogspot.com/









Ulasan Ebook 44 Resepi Berpantang Tradisi Melayu

Oleh : Khadijah Maskam

Alhamdulillah, saya berjaya khatam Ebook 44 Resepi Pantang Tradisi Melayu. Selain dari resepi yang menarik dan mudah untuk dicuba, elemen yang paling penting yang saya perolehi dari ebook ini adalah kepentingan makanan yang sihat sepanjang proses berpantang.

Ebook 44 Resepi Pantang Tradisi Melayu ini bukan sahaja memaparkan resepi-resepi berpantang malah penulis turut berkongsi tentang persediaan sebelum bersalin, iaitu ketika tempoh kehamilan, persediaan sebelum ke hospital dan juga selepas bersalin iaitu rawatan sepanjang berpantang dan serba sedikit tips untuk pengurusan masa dan penyesuaian diri untuk “first-time-mommy”. Banyak tips dan informasi yang dikongsikan untuk membantu bukan sahaja ibu dalam berpantang malah sesuai untuk suami, ibu atau ibu mertua yang bertanggungjawab membantu sepanjang proses berpantang.

Kebiasaannya kita acapkali dihidangkan dengan mitos-mitos dari ibu atau nenek kita tentang betapa ketatnya dan bosannya berpantang akibat menu yang terhad. Seringkali dihidangkan dengan menu yang sama ketika berpantang 44 hari dengan alasan untuk cepat sembuh dan sihat, walhal kaedah berpantang yang terlalu ketat boleh mengakibatkan ibu-ibu dalam berpantang mengalami keletihan dan kelesuan akibat kekurangan nutrisi dalam makanan.

Resepi yang terdiri dari pelbagai sumber hidangan termasuk daging dan ikan mampu memikat selera ibu berpantang di samping membekalkan khasiat yang cukup untuk mempercepatkan proses pemulihan tenaga luaran dan dalaman ibu dalam tempoh berpantang.

Khasiat yang dibekalkan oleh makanan herba dan rempah ratus seperti halia muda yang umum tahu akan kebolehan dan khasiatnya dalam membuang angin dalam badan, kunyit dan pegaga yang berfungsi sebagai agen pengecutan dan penyembuhan luka, serta lada hitam yang berfungsi untuk memanaskan badan dan mampu menyingkirkan lemak berlebihan akibat proses kehamilan selama 9 bulan.

Ebook 44 Resepi Pantang Tradisi Melayu memaparkan pengolahan resepi menggunakan herba dan rempah yang sangat penting untuk ibu berpantang serta memberikan idea-idea hebat dalam penyediaan menu berpantang. Kini, ibu-ibu di luar sana tidak perlu risau dan ragu lagi menu apa yang perlu disajikan untuk ibu-ibu berpantang kerana ebook ini telah memberikan panduan yang lengkap cukup untuk sepanjang tempoh berpantang.

Saya syorkan sahabat di luar sana terutama yang bakal bersalin tidak lama lagi untuk segera mendapatkan ebook ini kerana banyak informasi dan tips berguna untuk persediaan berpantang anda. Bagi mereka yang dalam fasa menurunkan berat badan, anda juga dialu-alukan untuk mendapatkan ebook ini kerana resepi-resepi ini kesemuanya terdiri dari menu rendah lemak dan kolestrol tetapi apa yang penting dapat membekalkan tenaga yang diperlukan badan kita seharian.

Terima kasih kepada pihak ABDR kerana memperkenalkan ebook yang sangat menarik dan bermanfaat.

Tuesday, February 10, 2015

Monday, February 9, 2015

Mula bisnes kek dan roti, bakal terbit ;)

Bakal terbit!

Assalamualaikum w.b,t

Jam sekarang tepat 10.04 pagi. Baru selesai kisah pagi. Drama hari ini baik dan ok sahaja. Selesai anakanda bertiga. Mandikan anakanda Ammar, menyusu. Bersambung melayan Arissa. Mertua pagi ini mahu makan nasi kerabu. Jadi usai selesaikan Arissa, Ammar masuk buai.

Untuk hari ini mok tidak ada rutin dialisis. Ia berselang hari. Jadi saya segera belikan dahulu sebungkus nasi berlauk dan kerabu.
Hantar dahulu ke rumah. Dalam kereta Arissa mahu makan nasi. Jadi kami singgah dahulu di kedai nasi daun pisang. Ini lokasi berpagi untuk saya bertenang selepas selesai urusan. Hantar Arissa dan ada drama pagi ini. Agaknya sudah kenyang.

Biasanya turun dan salam. Hari ini menangis pula. Saya angkat dan lihat dia menangis kemudian naik ke atas.

Balik dan duduk menyelesaikan entru ini.

Ok baik di atas bakal terbit ebook mula bisnes kek dan roti. Ini insya-Allah khusus untuk kalian yang bakal atau dalam bidang ini. 20 usahawan yang ditemuramah yang sudah pun melangkah ke hadapan. 20 kisah inspirasi moga membantu kalian sebagai panduan. Jangan beli sekarang, ia bakal terbit insya-ALlah.

Bangun dan bangkit, bangun dan berusalah capai apa sahaja impian kita. Jika mhau suirumah berpendapatan, ia masih boleh dilakukan walau kita berada di rumah. 











Saturday, February 7, 2015

Bertahan dan mendaki :)

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah, atas segala nikmat yang Tuhan berikan. Nikmat kesihatan dan kasih sayang.

Mula memasuki minggu ke 2 bulan Februari insya-ALlah.

Pagi ini bangun dengan perasaan sangat mendamaikan. Anak-anak bangun dan mahu ke sekolah dengan perasaan terjua. Arissa juga sudah makin pandai menguruskan diri.

Usai selesai tiga beradik, saya memandikan Ammar. Kemudian keluar mencari sarapan nasi dagang sebagaimana yang dimahukan bonda mertua.

Singgah sebentar di PASTI. Mahu menyuap Arissa seperti biasa, tetapi tidak mahu. Saya tinggalkan bekal dan pulang.

Singgah sebentar menikmati 'masa pagi sendiri' bersama teh tarik dan air suam. Alhamdulillah permulaan pagi yang baik.

Cuaca dii sini sudah sejuk dan saya suka keadaan ini.

Kembali ke meja kerja, sebagaimana biasa meneruskan dengan senarai 20 wajib selesai. Biasanya sebelum tengahari 10 yang pertama perlu selesai.

Alhamdulillahm kita bangkit dan kita tahu apa matlamat yang kita mahu selesaikan.

Wednesday, February 4, 2015

Memaknai kehidupan

Teks: Masayu Ahmad


Saya bangun pagi ini dengan perasaan banyak perkara belum selesai. Saya bangun pagi ini, jika esok tarikh kematian apa yang sudah saya kongsi kepada masyakarat. Saya lihat pagi ini dengan apa yang sudah saya dapat dan apa pula yang sudah saya sumbangkan.

Hidup bukanlah kerana sekadar hidup, hidup adalah apakah yang bakal berlaku selepas hari pertama kita menutup mata. Hitam atau putih. Kejayaan atau kesengsaraan.

Melihat anak-anak makin membesar, amanah terpikul semakin mencabar. Melihat dua susuk tubuh keuzuran, lafaz syukur kerana Allah masih memberi peluang untuk memberi masa untuk menjaga mereka.


Tiada tv

Saya sudah lama mahu tidak ada tv di rumah. Tetapi kadangkala kerana mungkin juga mok mahu tengok rancangan ustaz kazim, atau rancangan keagamaan. Tidak ada pun rancangan yang sesuai untuk anak-anak yang sedang membesar.

Dulu pernah ada ASTRO dan rancangan itu setiap hari menjadikan anak-anak ketagih. Ketagih dan ketagih. Apabila berpindah saya memang gembira, ASTRO sudah lama tidak ada.

Biarlah menggunakan pendekatan tradisi. Tidak ada gajet juga tidak mengapa. Zaman yang dikatakan serba maju ini, sungguh sukar untuk kita berjuang mendidik anak-anak. Sudah tentu ia bermula dari rumah.


Tuesday, February 3, 2015

Arissa sayang

Usai selesai abang-abang ke sekolah. Ammar mengambil giliran mandi dan menyusu.
Kemudian Arissa sudah bangun dan kami keluar untuk menikmati sarapan bersama. Ibu ngeteh dengan Arissa menikmati nasi berlauk daun pisang.
Sambil kami berbual dan Arissa kini sudah makin gembira ke sekolah.
Cium pipi kiri, cium pipi kanan.
"Esok sa dah kena pergi dengan ayah ya."
"Ya lah."
Mata ibu menemani tiap gerak langkah Arissa disambut mok cik pengasuh. Terkedek-kedek melangkah dan mula menapak ke tingkat atas.
Arissa pengarang jantung buah hati. Sayang macammana pun ia pinjaman sementara. Pinjaman bukan ditatang dan dimanja. Ditatang dan disemai dengan amanah.
"Sa nok jadi apo."
"Sa nok jadi cikgu ngaji."
Ibu senyum mekar.
Travelog suri, nota motivasi.

Sunday, February 1, 2015

Hujungnya ada cahaya

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah apa khabar kalian pembaca budiman. Banyak hari juga saya tidak menulis di sini. Hampir tiga hari demam, hari ini alhamdulillah menikmati segar dan nikmatnya cuaca.

Sesekali tumbang namanya kita perlu rehat. Berterusan bekerja dan kita lihat tanpa sedar tidak perasaan kesihatan juga perlu dijaga.

Saya suka akan pagi subur dan segar. Pagi sejuk dan nyaman. Berdikit bangkit semula menyelesaikan tugasan rumahtangga, penulisan dan juga bisnes. Mana yang sudah diagihkan saya agihkan.

Esok mahu bertandang balik ke rumah ayahanda dan tentu sekali juga berurut kampung. Selalunya seminggu sekali atau sebulan sekali saya berurut. Kitakan orang perempuan banyak dawai yang sudah putus. Perlu jaga juga atau servis badan.

Untuk pendaftaran kelas offline di Kota Bharu, kami sudah buka pendaftaran bagi kalian yang mahu belajar terus secara offline. Insya-Allah. ;)

www.janawangdirumah.com

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin