Friday, August 29, 2014

Hidup ini indah, raikan keindahan


Hidup bagaimana yang kita inginkan

Teks: Masayu Ahmad
www.akademibekerjadirumah.com

Alhamdulillah menikmati tenang pagi, nyaman menyapa. Anak-anak bangun awal pagi. Melainkan Ammar. Biasa cuti begini saya melengahkan diri. Mahu pejam mata dan lupakan sebentar segala tugasan surirumah.

Pagi ini bersarapan nasi kerabu air tangan bonda. Tidak ada nikmat melainkan setiap pagi kita bangun, dan di sisi kita ada keluarga tersayang. Alhamdulillah.

Perlu ke kita keluar rumah

Teks: Masayu Ahmad

Jika kita lihat perkembangan hari ramai yang berusaha untuk berniaga. Berniaga adalah salah satu cara untuk ketika berusaha dengan matlamat menjana pendapatan dengan kebergantungan kita kepada Allah.

Model bisnes untuk wanita

Juga kita melihat perkembangan sejak akhir ini, ramai yang teruja untuk hadir pelbagai program bisnes, seminar, atau apa sahaja untuk tujuan menambah kenalan, jaringan dan sebagainya.

Suka saya memetik salah satu buku, dunia akhir zaman, nanti saya masukkan di sini rujukan hadisnya ya.  Apa yang disampaikan ialah menjadi satu kegilaan dunia akhir zaman ramai yang berlumba lumba dan ada percampuran dalam lelaki dan wanita bergaul bebas. Ini juga mereka lakukan atas dasar bisnes.

Kita kembali kepada niat asal kita mahu bekerja dari rumah, kita keluar pula ke percampuran yang lain. Apa pilihan kita?

Sekiranya bisnes kita itu ada pakar rujuknya wanita, maka jadikan mentor utama kita adalah wanita. Sekiranya ada peluang untuk kita belajar secara online, maka usahakan untuk belajar secara online. Sekiranya mentor atau kelas itu ada lelaki, kita usahakan untuk datang bersama suami sebagai peneman dan pendamping.

Sekiranya ia sangat memerlukan kehadiran kita untuk masyarakat, maka niat kita keluar untuk menyampai ilmu dan atas usaha berkongsi akan ilmu. Mohon perlindungan agar kita terhindar dari fitnah dunia akhir zaman.

nota larut malam

Salam kasih sayang

Bebas dan gembira

Teks: Masayu Ahmad
www.akademibekerjadirumah.com
www.janawangdirumah.com
www.masayuahmad.com



Assalamulaikum w.b.t
Terkini saya sedang mengemaskini web www.akademibekerjadirumah.com iaitu laman web rasmi. Web tersebut akan memuatkan berkenaan senarai kelas di abdr

1.Kelas Asas Blog Dan Penulisan
Pilihan Yuran 1 dan Yuran 2

2. Kelas Asas Blog, Fanpage, Mula Bisnes Online
-Produk sendiri
-Produk dropship ABDR

Pilihan Yuran 3 Yuran 4 Yuran 5

3. Kelas Asas Blog Penulisan Kreatif
Yuran RM250

4. Kelas Beriklan Mudah.My
Yuran RM250


5. Kelas Asas Wordpress
Yuran RM250


6. Kelas Penulisan Ebook Pertama
Yuran RM750


7.Kelas Akaun
i. Kelas Akaun Online
ii. Kelas Akaun Kumpulan Kecil (4 hingga 6)
iii. Seminar/ Bengkel Akaun (15 hingga  30)
Semak yuran di sini:http://kelasonlineurusakaunbisneskecil.blogspot.com/


Pakej Yuran ialah:

Yuran 1: RM150
Bonus 1 Ebook Rujukan: Ebook Asas Blog Dan Penulisan

Ini adalah ebook rujukan, wajib.

Yuran 2: RM180
Bonus 3 ebook.

1. Ebook Asas Blog Dan Penulisan
2. Ebook Mula Bisnes Butik Online Dan Offline.
3. Ebook Super Wahm Super Mom

Yuran 1 Dan Yuran 2 adalah pilihan untuk Kelas Asas Blog Dan Penulisan.

Yuran 3: RM200
Bonus 4 ebook rujukan.

1. Ebook Asas Blog Dan Penulisan
2. Ebook Mula Bisnes Butik Online Dan Offline
3. Ebook Super Wahm Super Mom
4. Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes

Yuran 4: RM250
Bons 5 ebook rujukan:

1. Ebook Asas Blog Dan Penulisan
2. Ebook Mula Bisnes Butik Online Dan Offline
3. Ebook Super Wahm Super Mom
4. Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes
5. Ebook Rahsia Khidmat Pelanggan Online


Yuran 5: RM300

Iaitu untuk daftar dua kelas serentak
-Kelas Asas Blog Dan Penulisan
-Kelas Asas Blog, Fanpage mula bisnes online.
-Bonus 4 ebook rujukan.

1. Ebook Asas Blog Dan Penulisan
2. Ebook Mula Bisnes Butik Online Dan Offline
3. Ebook Super Wahm Super Mom
4. Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes

Yuran 6: RM400
-Kelas Asas Blog Dan Penulisan
-Kelas Asas Blog, Fanpage, Mula Bisnes Online
- 6 Ebook rujukan

1. Ebook Asas Blog Dan Penulisan
2. Ebook Mula Bisnes Butik Online Dan Offline
3. Ebook Super Wahm Super Mom
4. Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes
5. Ebook Rahsia Khidmat Pelanggan Online
6. Ebook Jejak Aliran Tunai




Senarai ebook.

1. Asas Blog Dan Penulisan-http://ebookasasblog.blogspot.com/
2. Mula Bisnes Butik Online/ Offlinehttp://mulabisnesbutik.blogspot.com/
3. Super Wahm Super Mom-http://superwahmsupermom.blogspot.com/
4. 101 Idea Home-Based Bisnes-http://101ideahomebasedbisnes.blogspot.com/
5. 101 Idea Bisnes Makanan-http://101ideabisnesmakanan.blogspot.com/
6. Panduan 44 Hari Berpantang Tradisional Dan Moden-http://panduanpantangtradisionalmoden.blogspot.com/
7. 44 Resipi Berpantang Tradisi Melayu-http://resepiberpantang.blogspot.com/
8. Rahsia Khidmat Pelanggan- http://khidmatpelangganonline.blogspot.com/
9. Rahsia Bisnes Khadijah- http://rahsiabisnessitikhadijah.blogspot.com/
10. Jejak Aliran Tunai-http://urusalirantunai.blogspot.com/

Senarai buku:

1. Jana RM Dari Rumah







Wednesday, August 27, 2014

Apa matlamat hala tuju Akademi Bekerja Di Rumah

Teks: Masayu Ahmad

Apa perjalanan dan catatan saya di sini kalian sudah boleh baca dan baca, baca dan hadam banyak kali. Seeloknya bacalah bermula dari bawah iaitu entri pertama saya sehingga kini.

Tidak ada kisah yang hebat sangat, ia adalah kisah biasa-biasa seorang surirumah yang dulu pernah bekerja.

Nanti sambung ya ;)

Monday, August 18, 2014

Fokus kepada keindahan, kesyukuran, ketenangan

Teks: Masayu Ahmad

Bangun pagi seperti biasa, saya marathon sekejap untuk Arif, Hakim, Aiman dan en.suami. Kemudian sambung golek bersama Ammar. Seronoknya anak menyusu, dengan dingin pagi yang nyaman memang ralit jika sambung tidur.

Iya, kadangkala saya layan juga mood bermasalan waktu pagi bersama anak. Usai memandikan Ammar kami sambung lagi.



Pagi sekarang sudah kembali suasana sejuk, sejak sebelum puasa yang lepas, saya memulakan projek 100 pokok serai. Bukan saya yang tanam en.suami yang usahakan. Juga saya mula mengalihkan pasu-pasu tidak terurus untuk memasukkan daun pandan. Laman sebelah penuh pokok pandan yang tumbuh subur menghijau.

Selalukan kita kalau membeli di pasar keperluan dapur kunyit, serai, daun pandan. Sepatutnya tidak perlu beli hanya tanam sahaja. Kita selalu membeli dan tidak mahu memuahkan kerja di dapur.

Saya memang tidak rajin berkebun, akan tetapi saya suka melihat pokok hijau dan tanaman herba. Mungkin juga kesibukan harian. Namun sekarang ambil juga masa sedikit untuk mengalihkan pasu-pasu bunga milik mertua. Nampaknya dia suka, kerana kudratnya tidak lagi membolehkan menguruskan rumah tangga. 

Laman belakang saya mahu penuhkan dengan tanaman herba, berdikit buat sambil membuang peluh waktu pagi. 

Lakaran keindahan

Jika jika penuhkan fikiran kita tentang keindahan maka fokusnya juga akan terbias perkara yang indah. Begitu juga fikiran dan diri kita. Kita berhak menikmati kehidupan yang ada, walau sangat jauh dari matlamat mahukan semua yang bagus-bagus sahaja dalam kehidupan.

Jika sekarang kita rasa tertekan, rasa banyak ujian dan cabaran. Mulakan dengan perkara yang kecil. Contohnya sudah sangat jemur dengan keadaan dalam rumah. Alihkan dengan menukar cat yang kita suka, sekiranya kita belum mampu memiliki rumah idaman.

Matlamat berada di rumah.
Juka bagi wanita, ibu dan isteri sudah tentu mahukan kediaman idaman, dapur idaman, juga laman menghijau. Memenuhi citarasa suri yang mengimpikan tidak perlu berkejaran keluar untuk bekerja. Mula usahakan ke arah. Lakukan secara sambila dan berperingkat. Insya-Allah kita boleh dan kita capai apa yang kita mahu.

Buat gambaran jelas dalam fikiran
Buat dengan jelas apa matlamat kewangan, kehidupan dan keluarga yang kita mahu. Lakukan dan berusahalah sehabis baik.

Salam kasih sayang















Disiplin kewangan sebelum berhenti kerja

Teks: Masayu Ahmad
Baca naskah wajib ini www.janawangdirumah.com


Berhenti kerja dan bermula dari rumah, modelnya tidak sama untuk seorang lelaki bujang, seorang wanita bujang, seorang suami, seorang surirumah dan seorang wanita bekerjaya yang mahu bermula semula bekerja dari rumah.

Saya hanya sentuh dua sasaran sahaja.
-Wanita yang sudah pun bergelar surirumah dan tidak ada pengalaman bekerja.
-Wanita bekerjaya yang mahu kembali ke rumah


Satu disiplin yang perlu dilatih semula adalah disiplin kewangan
-penyelerasan hutang
-latih tubi jana pendapatan
-latih tubi tabungan
-latih tubi pengurusan modal

Sumber ebook: Jejak Aliran Tunai

Saturday, August 16, 2014

Musim buah kembali

Teks: www.masayuahmad.com
Baca naskah wajib ini dahulu ya www.janawangdirumah.com


Musim buah sudah pun datang berkebetulan penghujung puasa dan musim raya. Namun rambutan di laman atuk tidak menjadi tahun ini. Begitu juga buah duku manis yang berada di sebelah tingkap SOHO saya.

Minggu sudah, Mok Jah jiran sebelah menghantar satu plastik rambutan kuning yang gebu dan bulat. Seakan tahu hati saya mengidam mahu makan rambutan kuning. Seru dalam hati petang sudah sampai.

Niat dan Allah perkenankan jika ia kebetulan rezeki kita. Tetapi, takkanlah semuanya mahu niatkan, perlulah usaha,

Friday, August 15, 2014

Coretan malam hari

Teks: Masayu Ahmad

Lama saya tidak menulis panjang di sini, rindu tidak bertepi. Dua anak Ammar 7 bulan dan Arissa sudah 4 tahun lena. Lenalah anak. Laju masa deras meninggalkan kita, kadangkala tercungap dibuatnya. Sepanjang puasa saya mengambil tempoh bertenang dan fokus akan hal surirumah sahaja. Sementelah pula keadaan bonda mertua saban hari semakin bersisa.

Dia tidak lagi sepenuhnya memasak. Bulan puasa saya mengambil sepenuhnya tugas ini. Semoga Allah memberi usia yang diberkati dan ruang masa dan tenaga untuk saya berbakti.

Kadangkala apabila melihat penuhnya tugasan surirumah, terlintasa rasa penat dan mula bisikan halus. Lantass segera istigfar, bahawa inilah senarai tugasan harian yang Allah beri peluang kepada kita wanita buat sehabis baik.

Hakim: Ibu, abe dapat nombor 32
Ibu: hehe bakpo tak cukup kuota terus nombor 35
Hakim: hehe
Ibu: Abe walau berada dalam kelas paling bijak sekalipun, ia kedudukan tidak bijak nasib baik subjek quran masih kekal 100 markah berterusan, itu sahaja pengubat hati ibu

Saya akui tahun ini saya membuatkan Hakim terlepas pandang dalam sisi perhatian seorang ibu. Sejak hamil dan bertambah ahli baru. Ya mulai bulan ini Hakim perlu diletak pada perhatian paling atas.

Minggu lepas saya singgah di pusat baru, tahfiz aulad, akan mendaftar Hakim di sana, iaitu untuk sesi malam bermula jam 8.00 malam hingga 10.00 malam.

Perjuangan yang satu ini insya-allah tekad mahu anak-anak hafaz quran. Hakim dan Arif sudah menunjukkan hafazan yang baik, hanya saya ibu yang kurang sempurna ini perlu menambahbaik pemantauan untuk anak-anak. Insya-Allah. Maafkan segala kekurangan ibu yang anak-anak. Ibu perlu kembali memasuki trek pematauan dan mahu singgah di sekolah untuk pantau semula persekolahan Hakim.

Sebetulnya ibu tidaklah menekankan sangat, asalkan mereka masih menerima dan belajar dalam keadaan seronok Pilihan utama adalah pendidikan agama untuk asas yang kukuh. Hakim terlebih gembira dan riang ria sehingga jatuh begitu mendadak. Ibu perlu segera berjumpa guru kelas, adakah betul kenyataan Hakim di atas.

Latih tubi pendapatan harian

Teks: Masayu Ahmad

Lama saya tidak berceloteh panjang di sini, memang rindu untuk menulis. Menulis dan menerobos sisi kehidupan sibuk.

Ammar sudah menangis, saya sambung lagi ya.

Wednesday, August 13, 2014

Latih tubi pendapatan bersih RM100 sehari

Teks: Masayu Ahmad
Baca naskah wajib ini dahulu, www.janawangdirumah.com


Sebelum letak jawatan, sebelum hantar surat kasih sayang, buat latih tubi pendapatan RM100 sehari bersih.

1. Latih tubi RM100 bersih
2. Latih tubi RM100 bersih
3. Latih tubi RM100 bersih

Sekiranya belum dapat, belum berjaya, lupakan dahulu hasrat untuk berhenti. Jadi fokus sekarang adalah latihan di atas ya.

Di akademi melalui rakan niaga/ pengurus online, inilah saya tekankan. Daftar dan usahakan dahulu balik modal, kemudian masuk fasa latih tubi pendapatan bersih harian RM100 sehari. Selagi tak dapat selagi itu buat latihan. Buat latihan ini dahulu sebelum fikir wang juta jutaan.

Pandai urus yang kecil sebelum urus yang besar.

Sunday, August 10, 2014

10 ciri wanita sukses bekerja dari rumah

Teks: Masayu Ahmad

1. Fokus

2. Tahu matlamat bekerja dari rumah

3. Tahu matlamat kewangan

4. Tahu dan pandai buat wang

5. Pandai buat wang bijak urus wang

6. Kekal di hadapan untuk selesaikan matlamat

7. Kekal bertenaga dan disiplin

8. Tidak mudah terpedaya dengan kuasa 'Malas'

9. Tidak mudah putus asa

10. Tahu untuk selesaikan matlamat apabila sudah mula

Saturday, August 9, 2014

Paksa diri untuk berjaya

Teks: Masayu Ahmad

Apa yang mendorong kita untuk capai matlamat, tentulah pada paksi mahu berjaya, mahu bebas kewangan, mahu capai matlamat dalam usaha kita. Tidak kira walau apa pun bidang, kita mahu sukses di sini mahupun kehidupan selepas kematian.

Kemahuan saya sangat tinggi untuk melihat buku lebih banyak terbit di pasaran, manuskrip berulang kali ditolak itu adalah cabaran kecil. Sehinggalah mata saya terbuka luas dan mula mencari jalan lain, iaitu Allah memberi peluang ia masih boleh dikongsikan melalui ebook.

Jalannya lebih singkat dan pantas, hanya selesaikan penulisan, siapkan cover dan terus dapat dijual. Itulah cantiknya perjalanan. Dan ebook ini boleh dikongsi dengan lebih ramai suri.

Saya masih dengan fokus menerbitkan lebih banyak ebook siri mula bisnes iaitu rujukan khusus buat suri yang mahu bekerja dari rumah berdasarkan jenis bisnes yang boleh dilakukan di rumah.

Ammar sudah menangis saya sambung nanti ya
www.akademibekerjadirumah.com
There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin