Saturday, May 31, 2014

Apakah kita letih dengan ujian?

Teks: Masayu Ahmad
www.janawangdirumah.com


Tenang anak-anak bergelimpangan ketiduran. Alhamdulillah atas segala cabaran dan kasih sayang. Apa pun kita kembali kepada aturan Allah.;) Banyak inbox dan email yang bertanyakan tentang peluang bekerja dari rumah. Namun hari ini saya tidak mahu bicara yang ini saya mahu santai sahaja.

Melepaskan kesibukan saban hari buat seketika. Terima kasih kepada kalian, saya tidak ada upaya dengan masuk tahun ke lima, sudah beroperasi lebih setahun kelas secara online dan kini sudah pun 750 pendaftaran menghala 1k keahlian yang menyertai akademi bekerja di rumah ABDR. Apa pun saya berterima kasih kepada penggerak, terutama barisan guru online yang sama-sama berusaha dan bekerjasama. Ia tidak terjadi satu malam, satu hari. Blog akademi saya hanya create dan namakan sahaja, rupanya ia adalah doa yang realisasikan Tuhan. www.akademibekerjadirumah.com sudah pun bermula ;)

Pernahkan saya rasa penat?
Ada sesekali saya juga diuji, pun begitu saya melihatkan ia adalah teguran dari Tuhan, agar saya kembali ke trek. Kembali istigfar, kembali muhasabah diri. Saya yang tidak sempurna, sudah tentu ada masa penat. kecewa, tidak puas hati. Namun saya lempar jauh-jauh perasaan itu. Jalan juang itu tidak mudah, ia sentiasa ada masam manisnya.

Keterujaan saya

Keterujaan saya dalam penulisan, membuatkan kita tenggelam dengan apa yang kita baca dan kita tulis. Itu menjadikan kita berada dalam dunia sendiiri. Meneroka ilmu memberikan sentuhan magnet membuatkan kita ketagih dan ketagih. Ketagih dalam timbunan buku, dan menyebabkan kita rasa ralit dan apabila sedar oh sudah jauh mengelamun dalam barisan perkataan.

Apabila sedar, seolah diketuk bahawa ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Bukanlah nanti apabila mati, ia mati yang sia-sia.

Bersambung

Sunday, May 25, 2014

Hebat dan teruja setiap hari


Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah, sinar pagi sudah 26.5,2014. Pantas dan pantas masa bergerak. Sudah kembali cuti sekolah tidak lama lagi. Pun begitu saya masih fokus untuk selesaikan ebook terkini bulan ini dan mula bergerak untuk manuskrip ke dua untuk dihantar kepada editor.

Guna masa yang ada, guna masa dengan sebaiknya. Apabila kita sibuk, kita tidak ada masa untuk memikirkan perkara keluh kesah. Suka apa yang kita buat, buat apa yang kita suka. Bagi kalian yang masih ragu untuk bekerja di rumah, bacalah naskah ini dahulu sebagai langkah awal www.janawangdirumah.com

Tips Menulis: Curi Masa Menulis
Semua orang hanya ada masa 24 jam sahaja, tidak lebih tidak kurang.
Curi masa 5 hingga 10 minit setiap hari untuk menulis di blog
Jadikan tabiat buka FB selepas bangun tidur, tahan dahulu, update entri baru di blog barulah update fb.
Lakukan setiap hari, jadikan rutin.
Ambil masa 5 hingga 10 minit sahaja sehari jadikan tabiat.
Sumber rujukan asas ebook asas blog dan penulisan.
Alhamdulillah selamat datang pelajar baru Mei 2014. Bergabung dengan kami 700 blog, 11 guru online dedikasi bertugas. Boleh sertai mana-mana kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog mula bisnes
3. Kelas asas blog penulisan kreatif
4. Kelas asas blog iklan mudah.my
5. Kelas penulisan ebook pertama
6. Kelas akaun wahm soho online dan offline
7. Kelas borong telekung solat
8. Kelas wordpress
9. Pendaftaran pengurus online
10. Pendaftaran projek duit raya
11. Tempahan iklan bersama kami
12. Tempahan blog bisnes- siap 3 hingga 5 hari.
Alhamdulillah www.akademibekerjadirumah.com

Al-kautsar

Di padang masyhar ada sebuah telaga bernama haudl yang mengandungi dua pancuran air yang berasal dari al-kautsar iaitu sebuah telaga di syurga Airnya lebih putih daripada susu, lebih dingin dari ais dan lebih manis dari madu serta lebih harum dari kasturi. Siapa yang meminumnya tidak mungkin haus lagi. Orang yang boleh meminumnya hanyalah orang yang kyusuk dalam solat.

Di akhirat Allah menghitung setiap perbuatan manusia. Manusia tidak boleh

Hijrah dan rezeki

http://wanrohaniahwanabdullah.blogspot.com/


Mulanya Di Sini

Assalamualaikum wrt wbt

Salam perkenalan dari saya Wan Rohaniah Wan Abdullah. Dua minggu lepas saya telah membaca satu ebook berkenaan mencapai impian. Terdapat satu soalan yang bertanya "Apakah senario satu hari dalam hidup anda yang anda impikan?". Seperti biasa, setiap kali saya membaca buku motivasi yang mempunyai aktiviti, saya pasti akan melakukan aktiviti yang disarankan dan saya catatkan pada jurnal peribadi saya. Dan saya telah mencatat bahawa saya ingin sekali menjana pendapatan hasil dari penulisan saya. Salah satu medium yang akan saya gunakan adalah blog. Apa yang akan saya tumpukan dalam blog saya adalah segala pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang saya ada hasil dari kerja saya sebagai pensyarah selama lebih 15 tahun dan ilmu yang saya perolehi dari penglibatan saya dalam bisnes multilevel selama dua tahun. 

Saya telah pun berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa dari tahun 2011, selepas melahirkan anak saya yang ke 8. Memang ramai yang bertanya kenapa mahu berhenti kerja. Jawapan saya mudah sahaja, kerana ingin menumpukan perhatian kepada anak-anak saya. Ya, anak saya 8 orang, 5 lelaki dan 3 perempuan. Saya merasa berpuas hati dengan keputusan saya untuk berhenti kerja. Namun begitu, bagi seseorang yang pernah bekerja, saya tetap ingin menjana pendapatan sendiri. Saya banyak mendengar mengenai SAHM dan WAHM dan saya ingin sekali menjadi seperti mereka. Saya mendaftar dengan affiliate dan juga dengan dropship untuk medapatkan produk untuk dijual. Akan tetapi, saya tidak tahu bagaimana cara untuk melakukannya. Di saat saya tercari-cari bagaimana untuk melakukannya, saya terjumpa dengan blog Puan Masayu Ahmad yang bercerita mengenai Panduan Bekerja Di Rumah. Dari blog tersebut, saya dibawa pula ke laman facebook beliau dan sekaligus ke Akademi Bekerja Di Rumah. Saya masih tidak tahu bagaimana untuk memulakannya sehinggalah saya terbaca post dari Puan Anys Idayu mengenai kelas ABDR. Dan dari situlah mula segalanya sehingga tercipta blog Laman Perkongsian Pembangunan Kendiri ini.

Saya memang minat membaca dan menulis. Saya sentiasa pastikan yang saya akan ada bahan bacaan setiap masa. Banyak ebook dan newsletter yang saya langgani semata-mata untuk dijadikan bahan bacaan. Dan setiap kali membaca, saya akan mencatat pula apa yang dibaca dengan pendapat saya sebagai tambahan. Dan sebagai seorang yang pernah menjadi pendidik, tak dapat tidak saya sentiasa teringin untuk berkongsi apa yang saya baca dengan orang ramai. Atas sebab itulah juga saya telah membina 3 blog yang berasingan mengikut fokus topik bacaan saya iaitu kesihatan, motivasi atau pembangunan kendiri dan catatan pengalaman sendiri. Akan tetapi, dengan adanya 3 blog ini saya menghadapi masalah untuk membuat entri yang konsisten. Tambahan pula saya tidak begitu pandai menggunakan ayat dan bahasa yang sesuai kerana terlalu biasa menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara ketika mengajar di kolej dahulu. Saya ada melawat blog mereka yang terkenal seperti Encik Zamri Mohamad dan seumpamanya dan saya berimpian ingin menulis seperti mereka juga. Tulisan mereka sedap dibaca. Penggunaan ayat yang bersahaja tetapi menarik. 

Saya berpegang kepada prinsip "Belajar adalah seumur hidup". Dan setiap individu pasti ingin sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik. Harapan saya, dengan ilmu yang saya perolehi hasil pembacaan saya disamping pengalaman berhadapan dengan pelbagai kerenah anak-anak, pelajar, rakan sekerja serta masyarakat sekeliling akan dapat memberi motivasi dan semangat kepada sesiapa yang membaca blog ini. Begitu juga pengalaman yang saya perolehi hasil dari penglibatan saya dengan bisnes multilevel yang banyak menekankan kesihatan dan kecantikan akan saya curahkan di blog ini untuk perkongsian. 

Sekian, terimakasih.

Friday, May 23, 2014

Hijrah dan tawakkal

Teks. www.masayuahmad.com

Baca naskah wajib ini dahulu www.janawangdirumah.com bagi yang baru dan mahu bekerja dari rumah.

Assalamualaikum w.b,t

Salam kasih sayang

Nanti saya sambung tajuk di atas ya

ini rumah baru www.akademibekerjadirumah.com

Alhamdulillah atas segala nikmat dan rahmat ;)

Sunday, May 18, 2014

Mereka membawa bersama harapan, emosi dan bebanan kewangan

Teks: Masayu Ahmad
baca naskah wajib ini dahulu www.janawangdirumah.com

Alhamdulillah, nampaknya sudah dapat pengasuh Ammar. Apakan tidak tugas ibu berpusing lagi 360 darjah.
Ibu suka kerana tempat ii hanya Ammar sahaja bayi. Hihi, memang suka. Dua kali suka kerana ada Aiman bersama.

Sebenarnya, jadual saya sangat fleksibel berdasarkan apa urusan yang perlu diselesaikan. Mungkin hanya sekejap sahaja, ia juga akan berubah-ubah.


Bekerja di rumah, hati mahu hati batu


Total Pageviews setakat saya menaip entry ini pada jam 9.55pm hari Ahad 18 Mei 2014 ialah 3530. Jumlah tersebut sudah cukup memberangsangkan kerana blog ini baru sahaja berusia sebulan lebih.
Pastinya ia hasil daripada jaringan Bloggers Akademi Bekerja di Rumah kerana kami saling berkongsi link blog di blog/facebook/fanpage masing-masing. Jika hanya seorang sahaja berkongsi link blog, rasanya blog saya ini tidak mampu mencapai Total Pageviews sebanyak ini. Inilah salah satukelebihan menjadi Ahli Akademi Bekerja di Rumah. Networking - Networking - Networking!
Kenapa 44 entry yang perlu pelajar ABDR siapkan?
Ia bertujuan untuk melatih dan mendisiplinkan diri agar sentiasa update blog. Bukankah kita digalakkan melakukan pengulangan sesuatu perkara itu sebanyak 40 atau 44 kali supaya ia menjadi tabiat kita? Itulah konsep yang diterapkan oleh Pengasas.
Walaupun saya tidak update blog ini setiap hari, namun saya masih update blog personal saya iaitu www.ayurashid.com. Jadi, tidak menjadi masalah kepada saya untuk mendisiplinkan diri untuk update blog. Lagi pun, blog adalah minat saya. Saya menjadikan minat saya sebagai medium untuk membina rangkaian perniagaan dan mempromosikan produk yang saya jual.
Di samping itu juga, blog adalah tempat untuk saya berkarya, kerana saya sangat meminati bidang penulisan. InsyaAllah, saya akan mengambil kelas Online Asas Penulisan pula kerana saya mempunyai matlamat untuk menghasilkan eBook dan cerpen kelak. InsyaAllah, apabila anak semakin membesar saya lebih dapat fokus kepada minat saya pula.
Dalam entry akan datang, saya akan kongsikan Review saya tentang Akademi Bekerja di Rumah. Semoga Review tersebut memberi manfaat kepada semua
Singgah di sini untuk baca lagi: http://rahayu-abdulrashid.blogspot.com/2014/05/akhirnya-entry-ke-44.html?spref=fb
Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih kurang 600 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f. Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia

Sunday, May 11, 2014

Segalanya dengan izin Allah

Teks: Masayu Ahmad
pn.masayu@gmail.com
 Baca naskah wajib ini dahulu jika sudah mula yakin mahu bekerja dari rumah www.janawangdirumah.com

Alhamdulillah, hanya puji bagi Allah, Tuhan sekalian makhluk. Allahuakbar, Allah maha besar, segalanya dari Allah.

Rasa gembira melihatkan perkembangan sahabat-sahabat akademi, terutama barisan hadapan guru online sudahpun menjana pendapatan bersih 4 angka sebulan. Saya kembalikan ini kepada kalian dengan usaha dan komitmen tanpa putus asa.

Juga para suri yang sudah menjadi rakan niaga atau pengurus online Akademi Bekerja Di Rumah. Iaitu kalian belajar mengaktifkan blog melalui penulisan yang kalian suka untuk ditulis. Macam mana kita mahu tahu, ia adalah berdasarkan 8 soalan analisa. 8 soalan ini sangat penting kerana setiap orang tidak sama tujuan dan matlamatnya.

Kerana setiap orang ada cerita dan pengalaman masing-masing, kerana setiap orang ada kemahiran yang boleh dikongsi. Tinggal sahaja lagi bergabung dengan kami dan mula menjana pendapatan aktif harian.

Kenapa tidak dapat hasil? Kerana kalian tidak sungguh-sungguh dan tidak mahu buat sehingga selesai, ibarat sudah mula membina tangga, kemudian tangga belum siap sudah sibuk bina rumah lain di sebelah. Terpandang jiran mahu buat banglo, dengan segera merobohkan apa yang ada dan mula semula. Kemudian sudah rasa macam tidak tahu punca, ubahsuai lagi. Begitulah seterusnya sehingga penat dan sudah habis masa.

Fokus, komitmen

Dua ini sahaja yang saya mahu jelaskan, agar kalian tahu apa matlamat. Sudah tahu jalan ini, mahu buat jalan baru. Jika mahu bekerja dari rumah perlu belajar dari mereka yang sudah kedepan menebang pokok dan menebas hutan.

Tetapi kadangkala hati kita ini akan dipalu dengan pelbagai hawa yang pelbagai, sedangkan ia tidak sesuai dengan kita, tetapi sesuai dengan orang lain Sangat penting apabila sudah mula belajar untuk selesaikan. Apabila sudah mula belajar untuk fokus. Apabila sudah mula belajar untuk berusaha luar biasa.

Saya sangat kecewa orang yang usaha separuh jalan, sudah semangat mahu mula. Tetapi mudah roboh dengan hanya ditiup angin alasan yang bertompok-tompok keras.

Kadnagkala sikap kita yang cepat mahu jalan pintas. Cepat mahu cepat. Semua perkara datang dari Allah, saya hanya perantara sahaja. Saya suka berkongsi orang yang bersedia mahu mengisi gelas yang kosong. Bukan kerana saya tahu, akan tetapi mahu berkongsi apa yang sedikit ini agar kalian boleh lakukannya dengan hanya 1 tahun sahaja, tanpa perlu laluan yang panjang.

Boleh sertai dan daftar sebagai pengurus online kami dan mula pada bila-bila masa. Boleh pilih guru mana yang kalain suka, klik pada logo Akademi Bekerja Di Ruamh di sebelah.

Wednesday, May 7, 2014

Alhamdulillah untuk Iryani Ahmad


Kelas Menulis Ebook - Lahirnya ebook Bersalin Alami

Bismillah

Alhamdulillah. Akhirnya selesai juga. Pada tahun lepas, saya masuk kelas coaching menulis ebook secara online. Sepatutnya, saya mesti siap menulis ebook dalam tempoh 100 hari. Tapi saya dah ambil masa 1 tahun untuk siapkannya! Haha

Dalam kelas online ini, saya tak pernah lagi berjumpa guru saya. Haha. Semuanya secara online. Saya dikehendaki menulis setiap hari 2 entri. 2 entri maknanya 2 artikel sepanjang 2 mukasurat dalam microsoft word. Entri pertama tentang catatan harian. Catatan harian ialah diari kita. Dari sinilah, kita melatih menulis dengan laju. Selepas 44 hari, insyaAllah idea mengalir laju. Baik untuk penulisan catatan harian atau untuk tajuk ebook.

Menulis memang semangat. Macam menulis diari tapi berdasarkan topik yang difokuskan. Wajiblah ada pengetahuan atau pengalaman berdasarkan topik tersebut. Tulis apa yang kita minat sahaja!

Penulisan untuk ebook,tulis sahaja dulu apa yang kita tahu tentang tajuk tersebut. Kemudian, baru difokuskan kepada bab yang lebih kecil. Saya dilatih untuk tulis dalam 4 bab sahaja dulu. Dalam setiap bab seharusnya ada 10 subtopik. Subtopik inilah entri yang ditulis dalam bentuk entri blog. Jika sudah hampir siap, semua entri ini akan dipindahkan ke blog lain yang diprivatekan. Tujuannya supaya entri dapat diperbaiki dengan menambah fakta dari sumber rujukan. 

Penulisan ebook wajib mempunyai buku rujukan. 

Tajuk ebook saya pula dah bertukar sampai 3 kali! Dasyat kan? Sebab turun naik semangat tadi. Haha. Tapi, tak kira. Saya mahu buat sampai selesai. Semua tajuk tu memang saya minat. Semuanya dah tulis separuh. InsyaAllah kalau ada orang nak baca, bolehlah akan datang saya terbitkan juga. Tajuknya ialah Mula Bisnes Coklat. Lagi satu tajuk ialah Berubat dengan Makanan Sunnah.

Kelas ebook ini dibuka semula pada tahun ini. Oh, ya. Sebelum terlupa berbesar hati mahu kenalkan guru yang mencurahkan ilmunya kepada kami. Beliau adalah Puan Masayu Ahmad. Beliau tidak ambil ramai pelajar. Edisi Terhad. Sesiapa yang berminat mahu belajar secara online dalam tempoh 1 bulan hari sudah dapat hasilkan ebook, sila hubungi beliau di sini >> http://naufalsayang.blogspot.com.

Paling best, ilmu pengetahuan saya dalam kedua-dua tajuk ebook yang tak siap tu pun bertambah. Terkini, akan terbit lagi satu. Kali ini saya akan bagi percuma sahaja. Istimewa buat sesiapa yang telah membeli dan menulis review ebookBersalin Alami. Penulisan sulong, Ebook Bersalin Alami. Jemput layari blog ini untuk tahu dengan lebih lanjut.http://bersalinalami.blogspot.com

Sunday, May 4, 2014

Sudah mula kita wajib selesaikan

Teks dan foto; Masayu Ahmad

baca naskah ini dahulu www.janawangdirumah.com jika sudah sedia mahu bekerja dari rumah.

Alhamdulillah, tika ini 7.25 petang. Anak-anak sudah ke tempat mengaji, tinggal Arissa 4 tahun dan Ammar 4 bulan. Sementara menanti azan maghrib

Bersambung...

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin