Monday, March 24, 2014

Siang yang tegar

Teks: Masayu Ahmad
baca naskah ini dahulu jika sudah mahu merancang kerja dari rumah www.janawangdirumah.com

Selamat bercuti-cuti kalian walau di mana sahaja berada, saya masih di rumah. Cuaca panas sekarang ini, rasa mahu bawa juga anak-anak, akan tetapi saya lebih suka ketika di penghujung cuti. Ketika tidak ramai orang bersesak di jalan raya, ketika tidak berebut dan dalam keadaan yang panas.

Saya suka suasana lengang dan selesa. Itulah saya dan saya kekal begitu. Alhamdulillah.  Baru saya lebih bertenaga sihat dan cergas. Hari ini juga saya recaj diri, golek tidur di sisi Ammar. Kini sudah mencecah usia 2 bulan. Sungguh pantas masa berlalu, Ammr semakin gebu dan bolat. Tetapi tidak banyak kerenah menjaganya, hanya sedar apabila lapar dan dahaga sahaja, selebihnya dia tidur dan golek-golek. Sungguh bayi yang mudah untuk dijaga.

Sunday, March 23, 2014

Seberapa hebat kita mahu?

Teks; Masayu Ahmad

Baca naskah ini dahulu www.janawangdirumah.com

Alhamdulillah untuk hari hebat, dalam minggu ini saya kurang sihat, pun begitu masih boleh meneruskan rutin seperti biasa. Alhamdulillah, mahu tidak demam melihat 'tarikh mati kita manuskrip bulan ini. Apa pun kepenatan atau apa sahaja itu adalah 'fikiran negatif' yang menolak kita kepada  alasan demi alasan.

Saya tidak sudak beralasan selagi mana saya boleh bangun dan selesaikan.

Selesa kita tahap mana?
Apabila melihat cuaca panas, dan lihat pula buruh kasar bekerja keras membanting tulang empat kerat. Kudrat dikerah untuk rezeki sekeluarga. Panas mentari membakar tubuh, panas mentari juga memberi kelelahan yang mungkin pada kita kasihan mata memandang, tetapi berat lagi bahu memikul.

Jadi, saya sangat malu, kerana jika saya tidak berusaha dan berkongsi 'amanah' ini, ia umpama ketukan dari Pemberi, dan akan disoal kelak apa yang sudah saya lakukan sepanjang usia ini di dunia. Saya takut akan pengakhiran saya fakir di sana.

Selagi mana nafas diberi peluang jasad perlu bangkit untuk terus berjuang. Ya Allah permudahkan usaha ini, permudahkan agar lebih ramai suriruamh dapat menikmati selesannya saya berada di rumah. Selesanya saya mampu bekerja dan anak-anak masih bersama.

Sebagaimana pernah saya berkongsi, tahun ini saya lebih fokus kepada penulisan buku dan juga perkembangan anak-anak. Ya, tahun ini saya sudah ramai dibantu dan pembantu. Sama ada pembantu online mahupun pembantu offline. Saya kira mereka ini datang tidak sekelip mata. Sebagaimana juga usaha kita 'amanah' atas rezeki ayng kita terima, Allah akan menilai bagaimana kita menguruskannya. Sama ada sanggup berkongsi kembali dengan orang lain, atau hanya pasak mahu simpan sahaja dalam tempayan di rumah.

Saya andaikan seberapa banyak rezeki yang Allah bagi, ia datang bersama satu amanah dan tanggungjawab berat, iaitu ikhlasnya kita mahu berkongsi dan berbagi dengan orang lain. Selagi mana kita masih atau rasa sukar untuk berkongsi, begitulah juga Pemberi, ia berada setakat itu sahaja dan tersekat-sekat.

Sekian dulu, saya mahu sambung bertarung manuskrip malam ini. Sebelum itu hari ini tengahari dan malam menu nasi arab Mandy, alhamdulillah berjaya juga akhirnya.


Friday, March 21, 2014

Setiap hari perlu hebat dan bersemangat

Teks: Masayu Ahmad
Baca naskah ini dahulu www.janawangdirumah.com jika sudah sedia pasang matlamat kerja dari rumah

Nanti saya sambung ya

Siapa usaha dia yang dapat hasil

http://zailamohamad.blogspot.com/2014/03/bagaimana-mahu-menjadi-surirumah-yang.html
Teks : Zaila Mohamad

Assalamualaikum,

Saya mahu kongsikan email yang saya terima semalam yang berbunyi begini :


Cikpuan. 

Didoakan cikpuan sihat sejahtera. 

Saya menembusi ruang Google lalu saya berjumpa dengan laman blog cikpuan yang bekerja dari rumah. Maka, saya ambil alamat emel cikpuan untuk saya hubungi. 

Serba sedikit tentang saya, Pn XXX . Berumur 28 tahun, sudah bernikah dan ada seorang anak kecil berusia 2 tahun 1 bulan. Saya sudah berhenti kerja pada tahun 2010. Kenapa? Kerana saya bernikah dengan suami yang oada masa itu masih melanjutkan pelajaran di Australia. Selama 3 tahun di sana, saya hanya menjadi penulis artikel pada masa senggang, tidak dapat bayaran yang tinggi. 

Sekarang sudah hampir 9 bulan saya pulang ke Malaysia, saya masih belum ada pekerjaan dan saya amat tertekan dengan hutang PTPTN yang belum terlunaskan. 

Buat masa ini, saya menjadi ejen Dropship beberapa kumpulan perniagaan Muslimah tetapi tidak dapat mencapai sasaran keuntungan. Sudah 2 bulan saya ikuti kumpulan dropship, saya hanya dapat kumpul pendapatan sebanyak RM100. 

Saya graduan dalam bidang bahasa. Dahulu bekerja sebagai editor dan penulis sebuah syarikat penerbitan swasta. Menulis secara freelance dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (selama berada di Australia). Saya amat cintakan bidang penulisan tetapi cinta saya kepada suami dan anak membatasi segala-galanya. 

Saya berdoa mahu menjadi ibu dan isteri yang sentiasa ada di rumah, sentiasa ada apabila diperlukan. Dalam pada masa yang sama, saya tertekan tidak bekerja dan tidak dapat bayar hutang PTPTN. 

Saya mohon jasa baik cikpuan untuk membantu, memberi penerangan kepada saya, bagaimana saya boleh ikut serta cikpuan dan kumpulan bekerja dari rumah? 

Semoga urusan cikpuan dipermudahkan Allah SWT. 

Sekian, 

Terima Kasih. 

Jawapan saya :

Waalaikumussalam puan,

Alhamdulillah, ada juga yang berminat untuk bekerja di rumah dan sentiasa mahu berada bersama anak-anak. Sedikit penjelasan dari saya mengenai apa yang saya lakukan sekarang ini. Sebenarnya saya merupakan seorang blogger dan peniaga online sejak tahun 2009 lagi. Dulu saya suka mengabadikan kisah kehidupan saya di dalam blog dan dalam masa yang sama saya juga suka berniaga secara dalam talian. Tahun 2012 saya melepaskan jawatan saya dan menumpukan sepenuh perhatian saya kepada keluarga. Namun begitu saya masih lagi menjalankan perniagaan online saya tetapi dihadkan hanya pada hari cuti sahaja.

Tahun lepas saya menyertai Akademi Bekerja Di rumah dengan menjadi guru online bagi mengajar mereka yang memerlukan khidmat saya untuk belajar berniaga melalui blog & fanpage. Alhamdulillah, terus terang saya cakap saya sudah mula mempunyai pendapatan yang tetap antara sekitar RM1,000 ke RM3000 sebulan (atau lebih bergantung kepada usaha). Untuk mendapat pendapatan yang tetap melalui hanya bekerja dari rumah bukanlah suatu perkara yang mudah juga, tetapi jika kita tahu caranya Insya Allah senang sahaja. Puan boleh baca entri saya yang ini : http://zailamohamad.blogspot.com/2014/03/tips-buat-surirumah-bekerja-pelbagaikan.html

Apa yang puan boleh lakukan sekarang adalah dengan mendaftar kelas belajar blog & fanpage bersama saya sekarang. Yuran bermula dari RM150-RM300. Saya cadangkan agar puan mengambil pakej RM200 di mana secara automatik puan dapat menjadi Rakan Niaga kami dan boleh mempromosikan produk Akademi Bekerja Di Rumah bersama saya. Caranya cukup senang sahaja, bina sebuah blog & fanpage dan setiap hari boleh promosikan produk kami iaitu pakej kelas online, ebook dan juga ruangan pengiklanan. Tidak perlu keluar rumah pun cuma hanya perlu luangkan sedikit masa untuk berada di hadapan komputer melakukan kerja-kerja pemasaran secara dalam talian. Insya Allah kita sama-sama usahakan untuk mendapat pendapatan sebanyak RM100 sehari. Sudah ada di kalangan ahli alumni ABDR yang berjaya melakukannya juga. 

Saya doakan semoga puan jelas dengan penerangan saya. Jika ada apa-apa kemusykilan boleh email atau terus hubungi saya di facebook/Zaila Mohamad. Insya Allah saya akan cuba membantu sedaya upaya saya.

Sehingga bertemu lagi. Assalamualaikum.

Wednesday, March 19, 2014

Realistik dan berpijak di bumi nyata

Teks: Masayu Ahmad
pn.masayu@gmail.com

Baik, ada yang bertanya.

1. Boleh ke berjaya bekerja dari rumah?
2. Boleh ke gagal?
3. Boleh ke meneruskan kelangsungan hidup?
4. Bagaimana cabaran?
5. Bagaimana dengan mengurus hutang?

Ok, baik dalam apa jua bidang pun, ada yang gagal ada yang sukses. Namun perkara yang paling mudah adalah cari siapa mentor dalam bidang yang kalian mahu ceburi. Contoh bisnes makanan, siapa? Bisnes butik, siapa?

Mengantuk pula saya, nanti saya sambung esok ya...;) atas saya sudah letak email bagi yang mahu berhubung. Juga ada beberapa email yang belum sempat saya jawab. Maafkan kekurangan saya, nanti saya usahakan jawab segera. Sekarang ini dalam masa 10 hari sedang bertarung 4 manuskrip serentak. Sudha rsa mahu demam pula.

Makan, minum, tidur semua manuskrip. Itu tidak mengapa kerana inilah dunia saya. SOHO juga ada sentuhan baru, nanti saya kongsikan. Juga satu almari baru penuh buku. Tahun ini walau apapu mahu selesaikan 30 manuskrip. Insya-Allah.

Kelas online masih berjalan seperti biasa, juga saya sudha buka kelas offline di Kota Bharu, belum lagi besar-besar, atas kapasiti saya yang belum lagi boleh ke sana ke mari, AMmar masih kecil masih belum cukup 2 bulan dan saya sedar diri akan keadaan saya.

Pun begitu boleh terus menghubungi jika mahu sertai mana-mana kelas online. Barisan pasukan guru online sentiasa membantu.

Monday, March 17, 2014

Apa itu Akademi Bekerja Di Rumah?

Sumber: http://haryatidulbahri.blogspot.com/2014/03/akademi-bekerja-di-rumah-abdr.html
Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)
  • ABDR merupakan satu kumpulan sokongan ataupun satu kelompok khususnya para suri yang bekerja di rumah. 
  • Sehingga kini, ABDR adalah gabungan antara 400 blog peserta ABDR, 21 kelas dan 13 guru online yang berdedikasi.
  • Operasi ABDR adalah 100% secara online (atas talian) dengan menawarkan kelas online untuk menjana pendapatan dari rumah melalui platform blog dan fanpage niaga di Facebook.
  • Kelas online yang dijalankan adalah berbentuk tutorial. Setiap protege (peserta) akan dibekalkan Ebook belajar asas blog sebagai rujukan utama. Protege akan dimasukkan dalam group kelas online di laman facebook dan komunikasi antara protege dan guru online adalah secara one to one (personal coaching). Nota dan tutorial bergambar juga disediakan di dalam group kelas online tersebut.
  • Jadual kelas online adalah fleksibel mengikut masa dan kesediaan protege sendiri untuk mula kelas.
  • Peserta ABDR adalah di kalangan yang mempunyai pelbagai latarbelakang pendidikan dan pengalaman.

Apa Yang Ditawarkan Dalam ABDR?
  • Kelas online asas blog dan penulisan
  • Kelas online asas blog dan fanpage mula bisnes
  • Kelas online iklan di mudah.my
  • Kelas online penulisan kreatif
  • Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO
  • Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
  • Tempahan Blog Bisness/ Blog Penulisan
  • Ruang Iklan di Soho Directory
  • Bengkel offline: Branding Yourself & Business Strategies oleh Pn Khairunnisa Hamzahara yang turut akan menyentuh pembelajaran asas membina blog sebagai salah satu teknik branding perniagaan dan perkhidmatan.

Siapa yang boleh sertai ABDR?
  • Suri rumah sepenuh masa yang ingin menjana pendapatan dari rumah.
  • Suri rumah yang bekerja dengan majikan dan ingin menjana pendapatan sampingan dari rumah atau sememangnya sudah menjalankan perniagaan kecilan secara sampingan.
  • Peserta bukan sahaja fokus kepada suri rumah, malah sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan dari rumah boleh menyertai ABDR.

Kelayakan dan syarat untuk menyertai ABDR?
  • Memiliki Ebook Asas Blog kerana ebook ini merupakan buku rujukan utama dalam kelas yang di anjurkan oleh ABDR.
  • Sertai mana-mana kelas, asas blog dan penulisan atau kelas asas blog dan fanpage untuk bisnes.
  • Perlu menguasai modul dan analisa pelajar.
  • Perlu aktif dan blog sudah melepasi syarat yang sudah ditetapkan.
  • Pemantauan adalah minima dan berdasarkan garis panduan Modul Guru Online.
  • Aktif, berdikari dan mudah untuk diberi panduan dan tunjuk ajar.
  • Arahan seterusnya adalah di dalam kelas dan saringan di peringkat awal.

Bagaimana untuk menyertai ABDR?

1. Untuk sertai ABDR, sahabat semua boleh terus hubungi: 
2. Ataupun guru online yang bertugas:
3. Melalui protege dan rakan niaga ABDR (boleh lihat logo ABDR di blog mereka untuk memastikan mereka adalah ahli ABDR). 


Kelebihan menyertai ABDR
  • Setelah tamat melakukan kesemua tugasan, protege boleh mula menggunakan blog dan fanpage niaga di facebook sebagai platform untuk menjana pendapatan dari rumah. 
  • Jaringan networking antara rakan akademi yang bergabung dalam ABDR juga kebanyakannya terdiri daripada kalangan surirumah dan suri bekerjaya.
  • Boleh berkenalan dan bertukar pandangan, pengalaman dan kemahiran antara rakan akademi.
  • ABDR sebagai kumpulan sokongan untuk suri yang bekerja dari rumah mendapatkan semangat, motivasi dan sebagainya.
  • Pertukaran antara blog rakan akademi juga dapat membantu menarik traffik ke blog.
  • Protege ABDR yang telah berjaya menyiapkan tugasan secara automatik akan menjadi Rakan Niaga ABDR dengan menjual produk dan perkhidmatan digital ABDR secara online.
  • Sekiranya protege ABDR tidak ada lagi produk, protege juga adalah layak untuk menjual produk dan perkhidmatan digital ABDR seperti ebook digital, kelas online dan tapak pengiklanan maya di soho directory.
  • Protege ABDR juga layak menjadi pembantu kelas dan guru online sekiranya melepasi standard yang ditetapkan oleh ABDR.
  • Penulisan protege ABDR yang baik berpeluang untuk mendapat perhatian majalah atau suratkhabar tempatan dan juga boleh menghasilkan ebook atau buku penulisan sendiri.
  • macam-macam lagi kelebihan ABDR, yang pasti ianya mampu membantu protege menjana pendapatan di rumah.
Kepada sahabat semua, sekiranya anda berminat dan sudah bersedia, jom sertai kami di ABDR dan berani melakukan perubahan dalam kehidupan anda. Moga perkongsian berkenaan ABDR ini dapat memberi panduan kepada sahabat semua yang mahu menjana pendapatan dari rumah. Jadikan ABDR ini sebagai platform untuk kita berubah dan melangkah keluar dari kehidupan biasa kita.

Tegar mendayung arus

Disebabkan bertalu tanya mahu kelas ebook, jadi saya sudah buka pendaftaran kelas penulisan ebook pertama. Siapa yang mahu kelas ini
-mahu tulis perkongsian bisnes
-mahu tulis panduan untuk agen/ rakan bisnes kalian
-mahu tulis apa yang kalian suka baca

Syarat ketat adalah di bawah
-kelas online selama 30 hari
-perlu siapkan mengikut arahan
-sudah mula wajib siapkan
-tidak siap saya geduk (saya cikgu garang)
-perlu jawab dahulu 8 soalan analisa
-perlu sediakan 10 buku minima untuk hasilakan 1 ebook atas tajuk yang sama
-sedikan 1 buku nota khusus

Bonus 1
-Cover ebook bernilai RM150

Bonus 2
-4 ebook rujukan bernilai RM200

Sudah sedia dan habis fikir baru pm saya, perlu jawab analisa saringan dulu. Bagi yang betul-betul mahu tulis dan siapkan baru pm ya. Boleh juga melalui barisan guru online.

Wednesday, March 12, 2014

Hidup berkasih sayang

Teks: Masayu Ahmad
baca naskah ini dan khatam dulu jika kalian sudha mua pasang matlamat mahu kerja dari rumah
www.janawangdirumah.com

Assalamualaikum w.b.t

Sekian lama berkurun, sudah berdikit-dikit memasuki rentak rutin. Hari ini sudah memasuki SOHO. Ammar sungguh baik sekali, bukan anak yang banyak kerenah, bukan bayi yang suka bangun malam. Alhamdulillah saya masih mampu tidur awal dan bangun awal. Tidur yang cukup dan rehat yang cukup.

Dengan tambahan amanah, lima anak syurga sekarang dan juga jadual mula diisi untuk sepanjang tahun.

AllahuAllah
Cantiik sungguh perancangan buat saya, setelah mendaki, menurun, berlurah, berenang. Sekarang cantuman petak-petak 'puzzle' mula bercantum dan hampir selesai lagi baki 10%.

Terima kasih Allah atas anugerah ini, terima kasih Allah atas kurnia ini. Ia tidak terjadi dalam tempoh satu hari, dua bulan, atau setahun. Ia berlaku bertahun, menyelami ke dasar, berehat di tubir dan menikmati awan berarak.

Alhamdulillah
Saya selalu meletakkan minda, saya adalah seorang yang suka bekerja dari rumah dan kekal begini. Meneroka ilmu dan berkongsi. Jika keluar sekalipun atas dasar menuntut ilmu dan berkongsi ilmu.

Hakim anak bertuah
Tahun lepas Hakim berjaya menjadi pembaca terbanyak untuk  waki pelajar tahun dua. Jadi tahun ini saya cabar dia untuk mengguilinya lagi. Tujuannya kerana mahu Hakim leka dengan buku bukan leka dengan membuang masa. Tujuan lain mahu dia berusaha dan mendapat 'reward' atas usahanya. Saya selalu mmeberikan reward dalam bentuk RM. Kemudian membawa anak-anak sendiri ke pejabat pos, mereka sendiri mengambil borang dan beratur untuk menyimpan wang.

Juga wang itu digunakan membeli buku yang mereka suka. Mengajar anak nilai usaha, nilai reward dan nilai sukakan ilmu.

Alkisah lagi si Hakim dia memang 'kreatif akalnya'. Dia tunjukkan saya dia sudah banyak baca, ok saya suka dan seronok. Sekali esoknya dia tunjuk lagi, dalamnya bukan catatan isi, tetapi lakaran gambar ia memenuhi ruang ringkasan buku. Aiseh abang, patutlah cepat siap.

Seminggu kemudian
"Ibu, abang dah siap"

Saya tumpang bangga dan teruja. Sekali saya belek, aiseh patutlah cepat siap, ibu pun dah tertipu sama.

Dia tulis kembali buku nilam tahun lepas dan salin semula. Hahahhahhaha.

"Ini gaya siapa pun boleh siap bang, satu hari pun dah siap."

Moral
Lakukan sesuatu perkara yang kita tidak suka atau pun kita suka, dengan cara paling kreatif dan mudah.















Tuesday, March 11, 2014

Sudah mula kita selesaikan!

Ebook 44 Resipi sihat Berpantang (dapatkan ebook ini percuma) dengan terma dan syarat.

Bahagian 1: Menu Nasi
1. Nasi Herba
2. Nasi Goreng Lada Hitam
3. Nasi Ulaman Herba Ikan Bakar
4. Bubur Nasi Ulam


Bahagian 2: Ikan
5. Ikan Bilis Herba Istimewa
6. Ikan Bilis Lada Hitam
7. Ikan Gelama Panggang
8. Ikan Kembung Bakar
9. Ikan Parang Masak Pindang
10. Ikan Selar Panggang
11. Ikan Selar Rebus Halia
12. Ikan siakap Kukus Halia
13. Ikan Tenggiri Singgang
14. Sup Ikan Haruan
15. Ikan Tenggiri Kukus Istimewa
16. Sup Ikan Merah
Bahagian 3: Daging
17. Daging Lada Hitam
18. Singgang Daging


Bahagian 4: Ayam
19. Ayam Organik Bakar
20. Ayam Organik Bakar Halia Muda
21. Ayam Organik Lada Hitam
22. Ayam Organik Masak Tomato
23. Bergedel Tempe Istimewa
24. Sup Bebola Tauhu
25. Sup Bebola Tenggiri


Bahagian 5: Sayuran/Ulaman
26. Kailan Bertauhu
27. Kerabu Pegaga
28. Pisang Kebatu Rebus
29. Sawi Lada Hitam
30. Sawi Rebus
31. Tauhu Sayur Campur
32. Sup Sayur Campur
33. Sup Ayam Organik
34. Tempe Goreng Istimewa
35. Tumis Sawi Herba
36. Halwa Halia

Bahagian 6: Minuman Herba
37. Air Halia Muda
38. Air Kunyit
39. Air Rebusan Pegaga
40. Jus Halia Kurma
41. Rebusan Manjakani


Bahagian 7: Minuman Kesihatan/ Penambah Susu Ibu
42. Jus Lobak Merah
43. Jus Lobak Merah dan Saderi
44. Jus campuran lobak dan tembikai susu

Bahagian 8: Sarapan/Menu Petang


Bahagian 9: Tips Sihat Ibu Berpantang
-Tip makanan Sihat Ibu Berpantang
-Info Herba/ Ulaman untuk Ibu Berpantang
-Diari Menu Sihat 44 Hari Pantang
-Apa Kata Pakar/ Perbidanan

PM untuk pertanyaan lanjut. Tawaran ini bakal berakhir 30.3.2014

Boleh juga membuat pembelian ini melalui rakan niaga Akademi Bekerja Di Rumah. Mereka adalah pengedar sah.







Urus masa urus tekanan

Tips urus masa/tekanan suri kerja dari rumah
Kata suri K
"Saya kelam kabut tidak tahu mahu fokus yang mana. Anak-anak mula menangis kelaparan, kerja banyak yang mahu buat tetapi tidak selesai. Pendapatan juga turun dan naik. Saya hilang fokus."

-Ada lima check point harian untuk kita berhenti lelah dan bertenang sekejap
-Sebelum anak-anak bangun, kita perlu bangundahulu. Mulakan apa boleh selesai.
-Sebelum bagi anak-anak makan, kita dahulu perlu kenyang
-Sebelum beli untuk anak-anak, reward diri sendiri dahulu
-Buat senarai malam hari 1 hingga 20
-Pilih yang berat untuk diselesaikan pada jam awal pagi

Itu dulu.
Pakar motibasi mak jemah
MasayuAhmad.com
Baca naskah ini dulu, perkongsian sebenar ibu-ibu bekerja dari rumah
http://superwahmsupermom.blogspot.com/

Monday, March 10, 2014

Selagi kita usaha, hasilnya tetap ada

Teks: Masayu Ahmad

Dua hari lagi tempoh pantang tamat. Namun hari ini saya sudah memulakan jadual, sudah kembali mengemas SOHO. Banyak juga, berdikit-dikit menyelesaikan tugasan, sentiasa ada.

Alhamdulillah, stok 50 buku Jana RM Dari Rumah sudah sampai, ada lagi 100 buah sahaja dalam gudang. Saya perlu order lagi buat stok, ambil ke semuanya, Dan mula buat susulan untuk cetakan lagi, kerana permintaan kiri dan kanan. Rakan niaga online dan juga barisan offline.

Alhmadulillah, Allah kurniakan ilham demi ilham.

Inilah yang saya mahukan, salah satu matlamatnya. Ok, saya mahu tidur dulu.

Ya Allah terima kasih atass segala kasih sayang dan ujian. Ya Allah terima kasih atas rezeki dan limpahan rahmat. Berikan nikmat yang aku terima ini kepada surirumah lain, sebagaimana yang kau berikan pada ku.

Agar lebih ramai yang dapat bekerja dari rumah tanpa perlu keluar rumah. Kau berikan jalan kepada mereka Ya Allah.

SubhanaAllah, Alhamdulillah, AllahuAkbar...;)



Esok saya sambung ya..
baca dulu yang ini

www.janawangdirumah.com

Sunday, March 9, 2014

Dilema, keliru, fokus lintang pukang

Dilema, keliru, fokus lintang pukang.

Eh, orang lain dah berhenti kerja sudah boleh kerja dari rumah. Aku pun mahu juga. Mereka boleh aku pun boleh. Nak jual apa ya, jual online, mahu buka butik online lah. 
-Bulan pertama lihat baju kanak-kanak cantik. Mula jual pakaian kanak-kank.
-Bulan ke dua lihat baju hamil cantik gatal tangan buat page baru lagi mahu jual baju hamil. Putus asa sebab laku 2 helai sahaja.
-Bulan ke tiga mahu jual buku. Sebab nampak macam best aje orang lain jual.
-Bulan ke empat mahu jual kek pula. Sebab nampak macam laku.
-Bulan 5, 6, 7, 8, 8, 10, 11, 12. Cukup setahun ada 12 bisnes.
Hasilnya dua hengget sehari, 4 hengget sehari. Kekallah begitu sampai setahun. Lepas itu menangis-nangis mahu kerja semula, sebab tak ada hasil kerja dari rumah.

Inilah masalah ramai wanita yang kononya semangat mahu kerja dari rumah. Tetapi tidak ada fokus. Hasil kajian kes yang datang, sama sahaja, apabila mereka selesai berkongsi saya boleh asingkan, ini kategori
a. Belum sedia
b. kekal gagal
c. Tidak tahu apa-apa wahm, sahm soho- sebab nak google pun malas
d. sukses- dia tahu nak capai matlamatnya sejak hari pertama mahu letak niat berhenti kerja

Juruletih Surirumah.
MasayuAhmad.com ;P
Sudah sedia baca ini dulu sampai lebam www.janawangdirumah.com
penat ai tulis tau


Mahu buka butik online atau offline, baca pula yang inihttp://mulabisnesbutik.blogspot.com/
Mahu tahu cabaran sebenar bekerja di rumah rujuk pula naskah ini http://superwahmsupermom.blogspot.com/
Mahu tahu 101 idea bisnes dari rumah, boleh dapatkan yang ini http://ebookasasblog.blogspot.com/
Mahu tahu 101 idea bisnes makanan, boleh pula dapatkan yang ini http://101ideabisnesmakanan.blogspot.com/
Inilah antara tugas saya berkongsi dan mencari informasi bekerja atau bisnes dari rumah, saya mahu berkenalan dengan kalian, maklumkan apa permasalahan di sini ya https://www.facebook.com/masayuahmaddotcom
Mahu mula mempromosi diri dan bisnes mula dengan kelas blog, penulisan atau bina blog/fanpage bisnes sertai pula kami di sinihttp://akademibekerjadirumah.blogspot.com/
Iklankan bisnes kalian di sini http://sohodirectory.blogspot.com

Thursday, March 6, 2014

Travelog suri...nota motivasi

Teks: Masayu Ahmad

www.janawangdirumah.com

Saya tidak degil dengan penolakan, cuma saya degil untuk mencuba sehingga berjaya. Berlarik di trek matlamat jauh dan dekat, cepat atau lambat, lemah atau putus asa, gembira atau sukacita. Saya gemar bertenang-tenang sahaja. Mungkin juga faktor usia dan pertambahan bilangan anak. Mungkin juga jumlah urat yang putus juga sudah banyak.

Jadi kita rai setiap perjalanan seusia dengan kematangan. Belajar setiap hari. Alhamdulillah, lima hari lagi selesai sudah jangka masa pantang 44 hari. Tempoh betul-betul pantang adalah 30 hari sahaja. Selebihnya saya tidak enak melihat mertua kepenatan memasak. Jadi dengan langkah sopan saya memasak dan melangkah tertib. Kadang-kdang terkandas juga kesopanan itu.

Alhamdulillah untuk anugerah hari ini. Bangun pagi anak-anak masih ke sekolah. Hari ini saat suasana dan cerita tidak cukup air, kami masih nikmat menikmati. Saat ibu-ibu lain kepenatan dan berkejaran, saya wajar di sini menikmati hari-hari melihat proses anak-anak membesar.

Apa yang saya kongsikan di sini adakah peluang yang sama yang kalian boleh sertai sebagiaman saya. Sudah tentu boleh. Blog ini satu yang mahal buat saya, kerana saya tidka berhenti di sini. Kerana blog ini kita bersaudara, berjumpa kenalan, berhubungan, bersilaturrahim. Malah saya ucapkan tahniah bagi yang sudha memulakan langkah. Inilah peluang yang saya kongsikan, bagaimana penulisan di blog boleh membantu sama meningkatkan ekonomi keluarga.

macamana tu

Kalau mahu terbit buku ambil masa kan, ebook juga sama. Setelah meneliti blog demi blog, rupanya majoriti memang boleh menulis. Nah tinggallagi hanya promo sahaja produk informasi dan kelas online. Semua ini ilham Allah bukan untuk saya seorang. Jika sudha bersedia, mulakanlah langkah pertama, sekurangnya kita menulis sesuatu yang bermanfaat. Bonus kedua Allah berikan pula rezeki kewangan melalui penulisan, mungkin melalui iklan yang disiarkand i blog mungkin juga perkongsian yang membawa RM ke akaun. Ini sudah saya nyatakan dan kongsikan. Alhamdulillah sudah ada yang menjana konsisten RM1k sebulan, juga ada yang mencecah RM3k, maknanya jika usaha  yang sama kalian juga boleh. Jika sudah bersedia dan mahu bersama saya, saya buka dengan tangan terbuka. Akan tetapi apabila bermula pastikan kalian konsisten dalam usaha itu sahaja. Ini hanyalah peluang dan ruang, selebihnya terpulang pada diri kita sendiri.

Salam kasih sayang

Wednesday, March 5, 2014

Beroperasi sepenuhnya di rumah tanpa perlu keluar rumah


Beroperasi sepenuhnya di Rumah

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Taknak keluar rumah, dan mahu beroperasi sepenuhnya di rumah.
contoh pengurus online/guru online
Semua servis dan produk kami adalah digital
Kelas pula kelas online
Kalau rajin boleh buat sendiri, kalau tak rajin boleh upah, siap dalam tempoh 3 hari sahaja. Bagi surirumah yang belum buat apa-apa, boleh sertai kami. Sebaiknya belajar buat kedai online, (kalau dah pandai seberapa banyak kedai pun boleh buat) belajar cari rm1, RM10, RM100 harian.

Ini contoh kedai online
http://qasehgoldbangi.blogspot.com/

Ini pula contoh blog rakan niaga akademi,
http://nurirmasurianimdyusoff.blogspot.com/,

Ini contoh blog penulisan
http://kuazue.blogspot.com/

Akademi Bekerja Di Rumah menawarkan kelas berikut. Pilih kelas mana yang mahu kalian turut serta :
1. Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 340 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.
2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
 
3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.
4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.
5. Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. 3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.
 
6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.

1. Apa yang dipelajari dalam Kelas asas blog dan penulisan a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih 100 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f. Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.


2. Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adlaah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjayaa yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabaila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
h. Untuk mula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari.

Tuesday, March 4, 2014

101 Idea Home-Based Bisnes

Miliki ebook ini dengan harga bonus! Tawaran ini terhad sehingga tamat tempoh promosi.
Harga sebenar R100

Harga promosi sekarang RM50 sahaja. Bayar di sini, saya mahhu 2 ebook harga promosi
http://www.kedaibukuonline.biz/index.php/tempahan (lepas bayar isi borang ini ya)
pn.masayu@gmail.com

Bab 1: 101 Idea Home-Based Bisnes

Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal

Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat

Bab 4: Strategi Pemasaran Online

Bab 5: Strategi Pemasaran Offline

Bab 6: Operasi Dari Rumah

Bab 7: Khidmat pelanggan Online

Bab 8: Produk Digital vs Produk Fizikal

Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah

Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah

Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses


Bayar di sini Bayar di sini, RM50 (pn.masayu@gmail.com)

Ringkasan Bab Ebook Asas Blog

Bab 1: Analisa & Penentuan Blog

Bab 2: Langkah Demi Langkah

Bab 3: Blog Bisnes

Bab 4: Rancang Penulisan

Bab 5: Jenis Entri Penulisan

Bab 6: Penulisan Berpengaruh

Bab 7: Tips Penulisan

Bab 8: Motivasi Menulis

Bab 9: Asas Suntingan

Bonus 1: Teknik Blog Siapkan Ebook



101 Idea Home-Based Bisnes

Menjual sarapan pagi
Jika kita imbas kembali, ketika kita kecil dahulu, bisnes masakan pagi atau sarapan pagi adalah pilihan popular bagi surirumah. Ini kerana ia adalah paling mudah untuk dilakukan. Selain jenis menu berat, sarapan pagi juga boleh berkaitan dengan kuih-muih tradisi.
Bisnes makanan sarapan pagi adalah paling ideal bagi kalian yang suka memasak. Sama ada memilih masak di rumah dan letak sahaja beberapa lokasi, contoh di beberapa kedai makan, stesyen minyak dan sebagainya. Pilih hanya beberapa menu sahaja, sarapan nasi lemak, nasi gorneg, nasi berlauk, bihun goreng, mee goreng.

Boleh juga hanya buka gerai yang berdekatan dengan rumah. Bisnes ini biasanya hanya beroperasi jam 7 hingga 10 pagi sahaja.

Untuk tujuan promosi masih boleh menggunakan platform facebook dan blog untuk tujuan promosi. Sediakan khidmat pesanan dan penghantaran produk, bagi nilai tambah bisnes ini. Contohnya bagi yang berminat untuk tujuan membawa ke pejabat, boleh tempah secara online dan mengambil tempahan ini di lokasi berdekatan rumah atau dari rumah pemilik bisnes.

Terma dan syarat yang wajib adalah, membayar terlebih dahulu dan pengesahan tarikh. Ini untuk mengelakkan usahawan rugi dan masalah pembatalan tempahan saat akhir.

2. Jualan menu tengahari
Ini boleh dilakukan oleh surirumah yang tinggal di kawasan bandar-bandar besar. Perkhidmatan menu tengahari berdasarkan pakej makanan. Sediakan juga promosi melalui blog, laman web dan facebook.

Surirumah boleh menyediakan kepelbagaian menu mengikut hari, contohnya,
Isnin- Menu Barat
Selasa- Hidangan ala carte
Rabu -Nasi lauk kampung
Khamis- Nasi Arab
Jumaat- Nasi tomato

Di atas adalah contoh sahaja. Boleh pelbagaikan pakej, penghantaran ke sekitar pejabat atau lokasi 'pengambilan'.

Order perlu dibuat beberapa hari sebelum, atau sediakan borang tempahan yang lengkap. Suri yang mahu buat operasi ini perlu membuat kajian kawasan terlebih dahulu untuk mengetahui maklumbalas awal pelanggan.


3. Membekal makanan bajet pelajar
Sekiranya berada di persekitaran kolej, universiti, pusat pengajian. Ini juga salah satu cara untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Buat menu dan pilihan bajet untuk pelajar. Selalunya pelajar suka untuk mendapatkan makanan.

Pilih satu lokasi penghantaran makanan pada masa sekian-sekian. Boleh juga mengambil beberapa pelajar sebagai pekerja sambilan, iaitu menjalankan promosi sekitar kediaman pelajar dan mendapatkan tempahan. Gunakan sepenuhnya kemudahan teknologi dan penyebaran promosi melalui facebook dan blog.



1.      4. Katering kecil-kecilan
Ini juga kategori bisnes kecil yang boleh dijalankan operasinya dari rumah. Manakala tempahan adalah berdasaran lokasi yang ditempah pelanggan. Kebanyakan masyarakat kini semakin sibuk dan tidak sempat untuk menyediakan sendiri. Katering kecil-kecilan boleh difokuskan kepada kategori majlis keraian, majlis jamuan pagi, majlis perpisahan, rumah terbuka musim perayaan, majlis aktiviti seminar untuk syarikat, jabatan kerajaan dan sebagainya.
Pemilik bisnes boleh menyediakan pakej yang sesuai, berdasarkan bilangan tempahan 50, 100, 200 dan sebagainya mengikut bilangan orang yang akan dirai.
Bakal pelanggan perlu bertemu dahulu, atau membuat perbincangan awal, untuk menentukan harga. Kos modal termasuk penyediaan bahan memasak, kos penghantaran, alatan yang digunakan, kos pekerja dan sebagainya. Bisnes katering kecilan ini juga sangat sesuai bagi surirumah yang mempunyai bakat memasak. Boleh mulakan dengan sekitar kawasan perumahan terlebih dahulu, dan mula kembangkan lagi promosi sekitar kawasan pejabat.

5. Bisnes kek dan roti
Bisnes kek dan roti, adalah salah satu bisnes pilihan popular di kalangan wanita. Sebagai permulaan bagi wanita yang mahu memulakan bisnes ini boleh mencari kursus kemahiran iaitu kursus asas yang ditawarkan oleh usahawan yang mengadakan kelas atau juga anjuran kolej.
Sebagai permulaan boleh dilakukan dirumah dan menerima tempahan berskala kecil. Kek dan roti juga sesuai dijadikan tempahan untuk majlis keraian, hari jadi, majlis doa selamat, pertunangan dan juga perkahwinan.

Dapatkan lebih banyak idea di sini dan keterangan dalam Bab 1 ebook ini.

Bab 1: 101 Idea Home-Based Bisnes

Bisnes Makanan

1. Bisnes Sarapan Pagi
2. Jualan Menu Tengahari
3. Membekal/Menjual Menu Bajet Pelajar
4. Katering Kecil-Kecilan
5. Kek Dan Roti
6. Pek Rempah Ratus/  Resipi Mudah Suri Rumah
7. Makanan Sejuk Beku
8. Makanan Tradisi
9. Pelbagai Kerepek/ Keropok Pilihan Popular
10. Kelas Masakan
Bisnes Kreatif


Keterangan lanjut ada juga di sini http://101ideahomebasedbisnes.blogspot.com/

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin