Wednesday, January 29, 2014

Hari 4 pantang, terus berjuang

Hari ke 4 pantang, insya-Allah

Rasa lebih bertenaga dan segar, mulakan dahulu dengan air zam-zam, kurma, jus etsrak delima. Banyak mahu menulis,

Saya mulakan inspirasi pagi ini dengan perkongsian nota, sumber fb


APA YANG PERLU DIPELAJARI DARI PRINSIP NIAGA ORANG CINA?

Imbas kembali sebelum saya mula membuka perniagaan bidang logistic dan warehouse di Hong kong, Shanghai dan Guangzhou. Saya perlu berguru dengan mentor yang berjaya disana.
Walaupun banyak ilmu yang diperolehi, kita sebagai seorang muslim mempunyai etika, tanggungjawab dan perlu menilai halal dan haram, apa yang dibolehkan atau diharuskan dalam setiap urusniaga.

Saya kagum sekali dengan prinsip-prinsip niaga mereka yang :

1) Sanggup berkerja tanpa mengira waktu (tidak berkira tentang waktu)

2) Melakukan sesuatu bersungguh-sungguh dan bukan hangat-hangat taik ayam

3) Menerima kegagalan pertama sebagai pemberi semangat, kegagalan ke 2 dijadikan pengajaran dan kegagalan seterusnya menguji kecekalan dan ketabahan

4) Menentukan matlamat sebelum melakukan sesuatu (jangka panjang)

5) Lebih menekankan budaya "siapa cepat dia dapat"

6) Mempunyai jaringan yang kuat menyokong asas perniagaan peruncitan dan amat sukar digugat kerana kemantapannya

7) Jarang mempunyai sikap untuk menjatuhkan orang lain malah sentiasa bantu membantu dan mengambil barangan dari dari rakan-rakan niaga yang lain jika barangan yang diminta oleh pelanggan tidak ada atau kehabisan stok

8) Suka kepada pembentukan persatuan dan setia mewarisinya sejak turun temurun.

9) Menganggap berniaga itu suatu seni adalah cukup halus dan tidak memadai mempelajarinya secara teori sahaja. Berniaga perlu praktikal dan menuntut seseorang supaya selalu bersikap fleksibel.

10) Setiap peniaga perlu mempunyai daya ketahanan yang tinggi, mental yang kuat dan jiwa yang teguh dengan pendirian.

Ingatlah, bagi mendapatkan ikan yang besar, kita perlu menyediakan umpan yang bermutu dan alat pancing yang baik!

perjuangan hari ke 2,3 pantang

sudah 29.1. 2014

Hari ke-3

Alhamdulillah, hari ke tiga berpantang-detoks, rawatan dalaman dan luaran
-pagi in saya mulakan dengan air zam-zam (selawat dan niat untuk pemulihan dalaman, estrak jus delima untuk kecut peranakan/rahim juga sangat memudahkan penghadaman setiap pagi, kurma untuk tenaga dan banyakkan susu ibu
-mandian tersak/ air mandian, paling mudah ialah campuran serai wangi dan daun pandan wangi, rebus dan campur dengan air biasa
-hari ini akan bermula sesi urut tradisional, pilih awal pagi, kerana tenaga tukang urut juga masih bagus. Kita juga dapat hasil urutan maksima. Urutan saya bermula jam 9 hingga 10 pagi, insya-allah.
Pilihlah bersalin alami/norma ia membantu kita cepat pulih dan sihat.
Baca lagi di sini Panduan Lengkap 44 Hari Berpantang Tradisional, Moden

hakim; ibu bila ibu boleh masok
arif; ibu nok make gapo, sayo wak mari sini ike bakar ko sup
aiman; ibu mari sayo urut, sie ibu sakit
www.janawangdirumah.com


Sarapan-kurma, air zam-zam,milo panas
Menu: nasi panas, ikan bakar, lada hitam
Ubatan: estrak jus delima, habiskan ubatan hospital
rawatan: Urut tradisional dan tungku (batu sungai balut daun kadok/daunlengkuas)
Baca lagi: Panduan Lengkap 44 Hari Berpantang Tradisional, Moden
tak sabar nak mula buka sauna, ok ke tidak, kita tengok macamman

Monday, January 27, 2014

Naufal Ammar 27.1.2014, putera ke 4, kelahiran ke 5 alhamdulillah.;)


Alhamdulillah, bayi sudah selamat ;) kelahiran ke 5. Sejak beberapa malam akhir sudah merasakan kontraksi kecil. Tetapi ia biasa kerana posisi bayi sudah berada di bawah. Saya memang sudah sedia bila-bila masa sahaja. Sebetulnya sudah tidak sabar dan mahu selesaikan secepatnya. Kali ini jangkaan doktor bayi agak besar sekitar 3.5 hingga 3.7.

Ya, akhirnya lahir 3.6, memang kiranya paling besar berbanding abang-abang dan kakak. Hari kelahiran seawal 7 pagi saya sudah mengalami tanda, rasa ada air mengalir. Ketuban sudah pecah. Tetapi saya lakukan rutin seperti biasa, memandangkan selalunya proses fasa 1 fasa 2 kontraksi dan bukaan saya memang lambat 10 hingga 24 jam. Lain orang lain pengalaman ye tak.

Saya selesaikan dahulu menggosok pakaian seminggu anak-anak sekolah, lipat kain satu bakul. Kemas rumah dan selesaikan dahulu mana yang patut.

Sarapan pagi nasi berlauk terakhir sebelum berpantang. Kemudian sambung lagi mengemas. Air turun lagi dan lagi, kontraksi biasa-biasa sahaja. Saja sebenarnya melengah-lengahkan masa sebelum melapor diri. Jam 10 pagi barulah turun dan singgah ambil stok air zam-zam dan kurma buat bekal.

Sampai di hospital masih keadaan riang gembira sebab nanti adik sudah mahu keluar, saya sudah mahu kosongkan perut. Makan lagi apa yang mahu makan. Sekitar jam 2 kontraksi semakin kerap sekitar 5 hingga 10 minit setiap kali. Bukaan baru 3 cm jauh lagi perjalanan. Jadi tunaikan solat zohor dan doa banyak-banyak agar kali ini dipermudahkan.

Kontraksi makin kerap, ketuban juga mencurah keluar antara jam 4 hingga 8. Selang waktu ini memang keadaan saya sudah tidak boleh tidur. Bak kata misi, tu dia eh dok berbaris ke sana ke sini. Hehe, aduhai memang ya. Begitulah saya hingga jam 10 malam barulah masuk ke medan perjuangan.

Saya memang sudah sudah mahu menggunakan 'entonoks' sebagai pelega. Di sini memang saya tabik pada kalian yang sukses untuk kelahiran alami. Memandangkan saya sepanjang hari 12 jam tanpa hentri kontraksi, jadi saya gunakan ini untuk rehat dan mengumpul tenaga.

Walaupun dalam proses khayal itu minda saya memang fokus mahu keluar bayi secepat dan sebaiknya.Ada banyak kali cubaan sebenarnya. Saya dapat merasakan proses peringkat demi peringkat perjalanan gerakan itu turun dan turun. Tetapi dalam keadaan kepala ting tong itu, cubaan pertama dan ke dua, tersekat habis tenaga, seingat saya cubaan kali ke 3 lahirlah Ammar. Perjalanan agak mudah, syukur kerana suami di sisi dan juga luka adalah minima. Kerana sasaran saya tanpa perlu episiotomi perbincangan dengan doktor semasa dalam bilik bersalin. Koyakan minima dalam anggran 5 peratus sahaja, kerana saya dapat rasakan saya sihat selepas itu.

Ada sedikit 'sakit rengat', dan saya sudah bersedia dengan keadaan ini. Alhamdulillah, hari ini hari ke dua 28.1.2014. Terima kasih Allah atas anugerah ini, terima kasih Allah atas amanah ini, di usia 35, usia perkahwinan 9 tahun, lima kelahira.

Arissa tidak ada kerana sehari sebelum bersalin sudah dibawa pergi ibu saudara. Saya sudah tidak sabar untuk berurut dan bertungku. Menu semalam tentunya sudah bermula ikan bakar, kurma, air sua. Pagi ini saya akan mulakan dengan estrak jus delima untuk mempercepatkan pengecutan rahim. Alhamdulillah. Terima kasih atas doa kalian.

Dapatkan panduang lengakap 44 hari berpantang di sini ya




Saturday, January 25, 2014

Usahakan untuk sentiasa tenang dan nyaman

Teks: Masayu Ahmad
baca naskah ini www.janawangdirumah.com

Sudah dinihari alhamdulillahm tiba-tiba mata sejak semalam tidak mahu lelap. Kali pertam berpisah dengan Arissa, adeh saya sudah mabuk rindu si jantung hati. Gelisah tak sudah, nangis ke atau tidak. Tidak pernah sebenarnya berpisah, siang dan malam, 24 jam berkepit dengan saya.

Namun sekejap cuma, saya perlukan masa begini dan fokus untuk jaga kesihatan. Tidak ada lagi nyanyian

"Ibu cuk anga, ibu cuk anga, lallalalal."
"Apo ni, apo ni, apo ni." Sibuk mengulang itu dan ini sambil tunjuk buku kulit keras miliknya.

Betulah kan hati seorang ibu, pun begitu saya sabarkan sahaja. Ruang ini diguna sepenuhnya untuk menulis dan menyiapkan manuskrip. Ada beberapa cabaran lagi untuk 2014 yang saya perlu teruskan.

Apa kesudahan kita akhirnya?
Beberapa hari ini ibu mertua kurang sihat, ia adalah refleksi diri saya untuk muhasabah. Apa yang saya perjuangka sekarang? Adakah berbaloi. Ya, sangat berbaloi melihat keuzurunan dua watak ini di depan mata, menginsafkan saya.

Ada ke nanti anak menantu sudi jaga saya? Ada ke nanti anak cucu yang sanggup jaga saya?

Teringat semula apa yang diperkatakan suami siang tadi, selepas kami pulang sambutan Maulidurrasul di tadika Aiman.

"Kata ustaz, sapa suka jaga bayi tua, bagi makan bayi tua, mandikan bayi tua, basuh berak bayi tua. Semua tak suka, ia tak sama bayi muda, semua orang suka."

Itu sebab saya kembali menginatkan apa kata arwah emak, kalau boleh mahu pergi dalam keadaan masih sihat, tanpa perlu menyusahkan anak-anak.

Tambahnya lagi, risaunya nanti siapa sanggup jaga ayah, kerana ayah garang. Tetapi alhamdulillah Allah beri kesihatan yang baik buat ayah.

Dan juga, Allah berikan masa dan tenaga yang baik untuk saya menjaga dua mertua, walaupun bukan terbaik, tetapi saya cuba jadi menantu terbaik.

Apa yang saya mahu kongsikan

Dua di atas adalah perbezaan, ketika anak masih kecil ketika mahu jaga yang terbaik, berpisah sekejap pun rindu-rinduan. Gelisah dan kalau boleh mahu bawa balik semula pada masa itu juga. Bagaimana pula dengan keadaannya perasaan yang sama kita pada dua orang tua. Adakah kita gelisah sebab rindukan mereka? Adakah kita gelisah kerana tidak tahu apa perkhabaran mereka, sudha makan, sudah tidur, sakit, penat dan sebagainya. Ya, orang tua selalunya tidak menceritakan keuzuran mereka kerana tidak mahu menyusahkan anak-anak, tetapi kita kelak juga bakal menjadi warga tua. Jadi semak semula, apa yang berlalu sekarang adakah orang tua kita kesunyian atau sakit. Keberkatan, rezeki dan kasih saynag ada pada mereka ketiak mereka masih hidup dan ketika ini rezeki luas terbentang selagi mana kita pandai menjaga kebajikan dan kasih saynag mereka.

Salam kasih sayang ;)

Latihan dan konsisten itu penting

Sumber:http://lennybonifacejubilee.blogspot.com/2014/01/ulasan-kelas-asas-blog.html
Alhamdulillah.
Sekali lagi, Alhamdulillah, saya telah mencapai 44 entri. Diberikan kelapangan oleh Allah dan juga digerakkan hati saya olehNya untuk berusaha pada tugasan ini. Alhamdulillah.

Saya ingin menceritakan sedikit pengalaman di dalam kelas Asas Blog ini. Kelas yang dilakukan secara online adalah sesuatu yang memang suatu kelainan bagi saya. Saya sangat suka belajar dan paling suka sekiranya ada guru mengajar di depan saya. Namun, kelas kali ini secara online. Maka, sangat mencabar daya tahan diri kita. Bayangkan, kalau ada cikgu depan mata, kita akan buat kerja kan. Jika cikgu tiada, kita tak buat kerja rumah. Senario biasa kan. Tetapi, di kelas Asas Blog ini, kita tak bertemu dengan guru pun. Tak nampak guru pun. Jadi semuanya atas nawaitu kita, kehendak kita, keazaman kita untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.

Jujur saya katakan, saya pun liat juga nak siapkan tugasan. Mana nak fikir tugasan, mana nak fikir bisnes Shaklee saya, mana nak fikir anak kecil saya, mana nak fikir kerja hakiki, mana nak kemas rumah... Banyak kan nak difikirkan? Tetapi akhirnya, setelah saya 'tune' pemikiran saya, saya akhirnya berjaya menyusun-atur agenda harian saya. Bukan senang ya. Bukan sehari dua punya kerja. Tetapi hari-hari kena 'tune' minda kita. Sekarang saya tengah 'tune' minda pulak untuk membuat jualan tinggi bagi bisnes Shaklee saya.

Benarlah kata lagu "Jika kau fikirkan kau boleh.." (tak ingat tajuk lagu). Tetapi itulah dia. Kita yang harus set-kan minda kita untuk mencapai kejayaan. Kita harus percaya kita boleh, dan harus berusaha mencapai kejayaan. Tak kira apa status kita di dunia ini.

Berbalik kepada kelas Asas Blog, saya ingin mengucapkan jutaan penghargaan kepada mentor/guru saya Nurzahwani Mohd Nor, atas segala tunjuk ajar yang diberikan. Hanya Allah dapat membalasnya. Mentor-mentor/guru-guru di Akademi Belajar dari Rumah, adalah guru-guru yang berdedikasi dan berusaha membantu golongan ibu-ibu, isteri-isteri, wanita-wanita untuk mencapai cita-cita mereka, untuk berjaya. Pokok pangkalnya adalah nawaitu dan kesungguhan pelajar untuk mencapai kejayaan.

Kelas Asas Blog ini adalah peluang yang keemasan untuk golongan surirumah untuk mencari pendapatan sampingan cuma dari ruangan selamat di rumah sendiri. Usah difikirkan ketakutan atau kerisauan anda dalam menyertai kelas online di Akademi Bekerja dari Rumah. In shaa Allah semua dapat diselesaikan dengan lancar. Berdoa banyak-banyak moga-moga Allah permudahkan usaha kita, wanita-wanita yang ingin bekerja dari rumah untuk membantu kewangan keluarga

Friday, January 24, 2014

Mula dari sekarang


Jujurnya sebelum ini memang saya pernah mempunyai blog sendiri tapi tiada isi kandungan yang berkualiti kerana blog yang dihasilkan dulu sekadar untuk cuba-cuba sahaja. Dulu saya sangat kagum dengan rakan-rakan yang pandai menulis dan menjadikan blog mereka cantik dengan gadget-gadget yang menarik tambahan lagi sekarang telah lahir ramai 'selebriti' blog yang popular seperti Fatin Liyana dan Hanis Zalikha. Memang sebelum ini pernah bercita-cita untuk jadi blogger popular seperti mereka tapi apakan daya tahap kepakaran dalam penulisan kreatif sangatlah lemah.

Saya juga mempunyai masalah yang sangat berat iaitu sukar untuk berkongsi kisah hidup kepada orang lain, inikan pula perlu buat karangan mengenai kisah hidup dan disiarkan diinternet untuk tatapan satu dunia serta mengharapkan lebih ramai yang akan baca kisah hidup kita.

Pada 10/10/2013 bermulalah perjalanan hidup saya sebagai penulis blog secara serius serta mempunyai hala tuju yang jelas. Pada hari tersebut saya telah mendaftarkan diri sebagai pelajar kepada cikgu dalam penulisan blog iaitu Pn. Zaila Mohamad. Kelas yang diadakan sangat flexible, tiada waktu-waktu tertentu yang ditetapkan. Kak Zaila juga merupakan cikgu yang sangat peramah dan beliau akan menjawab kesemua soalan dengan penuh komitmen. 

Pada permulaan kelas memang terlalu banyak soalan yang saya tanyakan kepada kak Zaila. Beliau juga pasti akan menjawab sehingga saya betul-betul faham. Masalah utama yang saya hadapi semestinya cara penulisan yang betul. Untuk entri yang pertama memang sangat banyak kesalahan yang saya lakukan. Kata nama diri yang sesuai pun diajar oleh kak Zaila. Cara penceritaan serta isi kandungan juga penting. Cara-cara untuk masukkan gadget-gadget utama dan sesuai dengan blog kita juga diajar. Kini saya tahu bahawa blog yang cantik tidak semestinya akan menarik minat pembaca untuk ikuti blog kita tetapi isi kandungan yang menarik dan mudah difahami itu yang penting.


Wednesday, January 22, 2014

Jimat belanja, tingkat pendapatan, tingkatkan tabungan

Teks: Masayu Ahmad
Saya melihat kiri kanan jalanraya, ada banyak gerai-gerai dan kedai yang baru tumbuh. Juga saya melihat ada sebuah kedai yang berdikit-dikit dibina oleh pemiliknya sejak 4 tahun lalu. Ada dua sisi yang saya lihat, yang kedai baru cepat siap itu adalah yang bergerak pantas mengambil faktor semasa ekonomi. Semua orang mahu berlumba-lumba. Manakala kedai yang tidak siap-siap itu, mengambil masa yang lama namun ia tetap konsisten.

Dua dia atas masih punya risiko berjaya atau gagal. Sama ada yang terlalu laju itu gagal, atau yang lambat itu juga gagal. Atau yang cepat itu berjaya dan yang lambat juga berjaya.

Bagusnya kita gabungkan

1. Biar lambat tetapi tetap konsisten, lambat untuk susun semula strategi.
2. Biar cepat bertindak tahu situasi bila perlu cepat dan bila boleh diperlahankan.
3. Untuk sukses ada banyak ukuran dan ia tertakluk kepada empunya diri. Orang yang gagal tidak semestinya gagal dan terus gagal, orang berjaya pula tidak semestinya tidak pernah merasa gagal.

Jom kita teruskan momentum hari ini, agar kita tidak pernah gagal isi masa yang ada untuk lakukan yang terbaik. Baca naskah ini apabila sudha sedia mahu kerja dari rumah www.janawangdirumah.com

Tuesday, January 21, 2014

Terapi buat wanita, syoknya bekerja di rumah

Teks: Masayu Ahmad
sudah sedia bekerja dari rumah, baca naskah ini www.janawangdirumah.com

Pagi sekarang memang sejuk kan, status di fb juga kebanyakan berkongsi suasana dingin dan sejuk. Perubahan cuaca dunia.
Alhamdulillah pagi sekarang agak santai, saya banyak berada di rumah dan meneruskan fokus menulis. Banyak deretan manuskrip untuk disiapkan. Kontraksi tipu-tipu sudah bermula, tetapi tidak tahu bila yang betul-betul.

Urusan pagi juga sukses, anak-anak diurus en.suami dengan baik sekali. Saya hanya membantu keperluan kelengkapan mereka. Malam semalam sebelum tidur, lihat deretan tiga beg sekolah di muka pintu. Alhamdulillah, anak-anak mudah dan sudah mula pandai mengurus sendiri keperluan mereka.

Arissa juga sekarang semakin manja, agaknya sudah tahu tidak lama lagi status bongsunya akan berada garis penamat.

Kelas online masih berlangsung seperti biasa, Untuk keterangan lanjut boleh lihat sebelah ya, klik di situ baca kelas pilihan dan pilih pakej yuran. Kalian juga boleh pilih guru mana kalian mahu sertai dan daftar, selain boleh daftar juga melalui sahaj.

Apa sebenarnya produk yang ditawarkan akademi bekerja di rumah?
Ya, saya terangkan sekali lagi agar kalian faham. Produk informasi iaitu pakej mula bisnes mengikut bidang/bisnes. Kita ada pakej mula bisnes makanan, pakej mula bisnes butik online/offline, pakej mula bisnes di rumah. Salah satu ebook yang ada setiap pakej ialah ebook asas blog dan penulisan. Saya berkongsi cara paling asas puan-puan boleh mulakan, iaitu mula dengan apa yang ada, Yuran dikenakan untuk kalian belajar buat blog, asas penulisan dan mula bisnes online. Ia sangat asas untuk belajar buat borang tempahan. Kita juga belajar bina asas trafik, tanpa perlu mengeluarkan modal. Iaitu salah satunya menulis secara konsisten, itu sebab saya tekankan menulis selama 44 hari secara konsiste. Ia syarat wajib untuk memberi kebiasaan kepada kita untuk kekal fokus dan mahir menulis.

Kepakaran dan keunikan
Selepas mendaftar juga, setipa pelajar akan dianalisa melalui 8 soalan. Kerana keperluan, keunikan setiap orang adalah tidak sama. Itu sebab kita dapat lahirkan banyak blog informasi dan jelas arah tuju penulisannya. Setiap blog ada fokus penulisannya, jadi selepas fokus menulis, sudah tentu blog yang sentiasa ada entri baru sudak disinggah pembaca.

Berapa lama mengambil msa
Ia tertakluk kepada kalian, tidak ada paksaan. Paling laju menyiapkan tugasan adalah dalam masa 10 hari sahaja. Maksudnya memang boleh siapkan cepat.

Bagaimana pula blog boleh menghasilkan pendapatan
Kita sudah ada banyak produk inforimasi pakej mula bisnes, sama ada dijual pakej atau pun dijual secara berasingan. Juga kita sedang pelbagaikan tawaran kelas secara online.

Semua ini akan dipamerkan dan dipromosikan di blog kalian, hanya copy paste, semua bahan sudah disedikan. Dan pakej ini akan bertambah dari masa ke semasa. Sebab itu saya perkenalkan rakan niaga/pengurus online. Faham ke apa yang saya maksudnya ini.

Boleh mendaftar dengan saya melalui pn.masayu@gmail.com atau https://www.facebook.com/masayu.ahmad


Alhamdulillah selamat datang pelajar 33 baru Januari 2013, 382 blog, 21 kelas 13 guru online dedikasi bertugas. Sertai kami kelas online berikut
1. Kelas Asas Blog & Penulisan
2. Kelas Asas Blog & Fanpage Mula Bisnes
3. Kelas Mudah.com
4. Kelas Penulisan Kreatif
5. Rakan Niaga/Pengurus Online
6. Kelas Akaun Bisnes Kecil

Monday, January 20, 2014

Semua orang sibuk, jejak masa fleksibel ;)


Ulasan Pelajar Kelas Blog Bisnes - Nur Sayyidah

Ulasan Pelajar Kelas Asas Blog Bisnes

Guru Online : Anys Idayu Hj Zakaria
Protege : Nur Sayyidah Yahya  
Sumber : http://sayyidahyahya.blogspot.com/search/label/Ulasan%20Kelas


Kelas Asas Membuat Blog : Dari kaca mata saya
Hari ini merupakan hari kedua sesi persekolahan pada tahun 2014. Belum terlewat rasanya untuk saya mengucapkan selamat tahun baru. Pertambahan tahun ini bermakna usia kita juga bertambah. Mogo tahun ini kita semua menjadi seorang hamba ALLAH yang lebih baik dari semalam. Moga amalan kita makin bertambah dan kita berubah ke arah yang lebih baik. InsyaALLAH.
Sesungguhnya perancangan ALLAH adalah yang terbaik untuk kita dan kita sebagai hambaNYA haruslah berusah untuk mencapai apa yang dirancang dan berserahlah kepadaNYA. Saya merancang untuk selesaikan semua tugasan dalam kelas Belajar Asas Blog bersama cikgu Anys sebelum tahun 2014 menjelma. Tetapi malangnya saya tidak dapat selesaikan semua tugasan tersebut seperti yang dirancang. Moga saya terus diberi kekuatan untuk selesaikan semua tugasan ini.
Sesungguhnya saya tidak pernah terduga untuk menyertai kelas ini. Tapi itulah yang telah tersurat untuk saya. Perkenalan saya dengan cikgu Anys Idayu Zakaria adalah dirancang oleh ALLAH. Saya mengenali cikgu Anys di blog Akedemik bekerja di rumah. Blog ini amat menarik minat saya kerana perkataanbekerja di rumah sungguh dekat dengan hati saya. Sebab itulah impian saya…bekerja dari rumah…mogo impian ini di makbulkan oleh ALLAH.
Impian saya untuk membuat blog kerana saya begitu teruja untuk memulakan bisnes Shaklee bagi membolehkan saya mencapai impian saya untuk bekerja dari rumah. Di kelas asas membuat blog ini saya diajar tentang cara-cara untuk membina blog bermula dari awal sehingga saya berjaya menghasilkan blog walaupun saya bukanlah seorang yang mahir IT. Teknik-teknik yang digunakan amatlah mudah difahami. Sekiranya terdapat persoalan, saya boleh menghubungi cikgu Anys pada bila-bila masa. Cikgu Anys adalah seorang yang mudah mesra dan sabar melayani setiap pertanyaan saya.
Kelas ini amatlah mesra kelurga…kerana saya tidak perlu keluar tinggalkan keluarga untuk hadir ke kelas…cukup sekadar luangkan sedikit masa di depan PC. Segalanya dilakukan secara dalam talian. Sungguh mudah. Tidak dinafikan, untuk membina satu blog kita boleh belajar sendiri berpandukan internet, tetapi belajar tanpa guru amatlah berlainan dengan belajar dengan seorang guru yang mahir. Dengan adanya seorang guru kita dapat menghasilkan satu blog yang menarik dan dapat bertukar-tukar pandangan.
Kata kunci penting yang diajar oleh cikgu Anys adalah gunakan nama penuh sendiri seperti yang tertera di IC untuk hasilkan blog dan email bagi memudahkan proses penjenamaan diri. Kepada semua yang ingin membina blog untuk perniagaan ataupun sekadar untuk berkongsi ilmu, bolehlah berhubungi n cikgu Anys. Percayalah anda tidak akan rugi mempelajarinya. Semoga ilmu yang kita ada dapat dikongsikan dengan orang yang memerlukan

Sunday, January 19, 2014

Mahu hebat di mata siapa?

Teks: Masayu Ahmad

Salam pagi Isnin penuh semangat. Mula baca naskah ini dahulu jika sudah sedia bekerja dari rumah www.janawangdirumah.com

Berbalik topik di atas, kita sekarang berlumba-lumba untuk hebat pada mata siapa? Kembali apa fitrah dan tugas kita di sini, kita akan muhasabah sendiri. Saya tidak mahu hebat pada siapa-siapa, cukuplah dapat menyebarluas ilmu dan kemahiran, cukuplah dapat membantu surirumah sekalian keluar dari zon dan mampu membantu ekonomi keluarga tanpa pelru bekejaran ke sana ke sini.

Masa makin suntuk kiamat makin mendekat
Saya tidak layak untuk membei tazkirah, kerana saya juga banyaknya compang-camping sana sini. Alhmdulillah tika ini anak-anak sudah makin membesar dan melihat perkembangan mereka, saya cukup tekad menjadi ibu terbaik.

Banyaknya kelemahan yang ada, saya mahu jadi ibu yang penuh model buat anak-anak. Saya perlukan dari diri sendiri dahulu. Besarnya amanah ini.

Dedikasi buat suami
 Menjejaki tahu ke ke 9 dan bakal menimang cahaya mata ke lima. Betullah kata orang membina keserasian rumah tangga itu adalah satu proses berterusan. Tersentuhnya hati saya apabila en.suami menghulurkan segelas minuman dikala saya kepenatan malam hari. Tersentuh dan terharunya hati saya apabila dia menguruskan urusan rumah tangga dan anak-anak dengan baik sekali. Ini hadiah terbaik buat saya, di saat perjuangan dalam kehidupan yang semakin tegar.

Ketika menanti hari-hari kelahiran ke lima ini, kami lebih serasi. Melayan sahaja keinginan saya ke sana dan ke sini, mahu makan itu dan ini. Ia adalah hadiah paling mengujakan buat isteri. Mengurus anak-anak dengan baik sekali. Memang betul, isteri apabila suami faham apa yang dikehendaki, ia satau ransangan luar biasa untuk kita melakukan terbaik buat keluarga. Alhamdulillah atas kurniaan Allah buat saya.

Minggu sudah kami membeli satu mesin kecil untuk menjahit lencana. Terharunya semalam en.suami cuba jahitkan tetapi tidak berjaya. Saya kemudiannya selesaikan juga, baju dan lencana Arif. Kesanggupan kecil itu, saya lihat satu pergorbanan en.suami buat anak-anak dan faham akan sibuknya saya.

Memandangkan juga Arif dilantik ketua kelas, jadi kami perlu juga membantu dan mendorong Arif selalu. Saya ini kadangkala isteri dan ibu yang culas. Allah berikan suami yang penyabar dan membantu. Alhamdulillah.

Saturday, January 18, 2014

Berkarya penuh cinta luahan kasih sayang

Teks: Masayu Ahmad9978875784038e74
mula baca naskah ini jika serius mahu bekerja dari rumah www.janawangdirumah.com seperti saya...

Ampunkan saya, asyik tersekat sahaja kan. Hari ini pulang ke rumah ayahanda, pulang jumpa kak lah tukang urut. Sudah tempah siap-siap untuk tungku dan urut selama sepuluh hari. Saya mahu 30 hari sebenarnya, tetapi tidak boleh berlama-lama di sana, kerana anak-anak sekolah.

Sebelum pulang singgah di restoran nasi ulam di Pengkalan Chepa, ramai pelanggan macam selalu, masih teringin makan ikan keli percik. Jadi tadi makanlah puas-puas. Tarikh baru bersalin sudah diberikan doktor, pun begitu saya bersedia bila-bila masa sahaja.

Tugasan menyusun seperti biasa, untuk tahun ini tegar saya menyiapkan seberapa banyak manuskrip lagi 13 dan mahu selesaikan sasaran peribadi 30. Kemudian kejar lagi 100 manuskrip insya-allah. Apabila kita lakukan sesuatu dengan penuh minat, ia tidka menjadi masalah. Juga fasa ini juga membantu rakan niaga menjana pendapatan melalui produk akademi iaitu produk informasi, iaitu dengan katalain menjana pendapatan dari blog, facebook dan penulisan. Hasil dari kelas itu juga sudah 4 ebook terbit oleh protega yang telah bersungguh mengikuti apa yang saya ajar. Kelas ebook ekslusif mungkin akan bermula April, mungkin setiap bulan. Kelas ini saya ajar terus siapkan 5 bab dengan latihan menulis secara tegar, dan siapkan ebook pertama kalian. Bagi yang berminat pm saya dahulu saya masukkan dalam grup dan dari sana saya akan berikan jadual kelas offline ini ya. Saya buka bagi yang betul-betul berminat dan latihan ini adalah tegar sekali, bayar tulis dan siapkan. Ebook saya pertama yang ini www.janawangdirumah.com, sudah memberikan pendapatan bulanan tetap kepada saya, ia bulan ke dua sudah pun pulang modal iaitu RM200 semasa saya hadir kelas ebook. Tetapi mereka tidak mengajar teknik penulisan, mereka ajar peluang menjana wang melalui ebook. Kelas saya nanti ialah teknik siapkan ebook pertama dan teknik pemasaran mudah melalui blog. Itu saya tekankan mulakan apa yang ada. Ebook buat sekali makannya sampailah sekarang. Alhamdulillah, ia adalah pendapatan pasif.

Thursday, January 16, 2014

Selongkar motivasi dan rutin aktif wahm

selongkar motivasi dan rutin aktif-tip wahm
Sangat penting menyatakan dengan jelas status berada di rumah, bukan semata mengurus rumahtangga, tetapi masa yang sama masih bekerja. Ini perlu agar kita tidak dihubungi dan diganggu pada waktu utama dan ketika sibu. Wajar memberi persepsi bahawa boleh dihubungi pada wkatu tertentu, mungkin selesa jam lima petang atau temujanji pada hujung minggu, ia terteakluk pada jenis kerja/bisnes yang dilakukan.
www.janawangrumah.com

Tuesday, January 14, 2014

Kuasa fokus ada pada, berapa banyak kita abaikan masa setiap hari.

Teks: Masayu Ahmad

Ini masalah biasa pemula wahm

1. Semangat ketika mula, goyah ketika sedang mula.
2. Bersemangat cuba banyak perkara baru, sudah hilang fokus apabila nampak peluang baru. Sudah keliru.
3. Hanya fokus ketika bersemangat, sudah hilang daya apabila fokus hilang kemana.
4. Semangat juang sebentar sahaja, kemudia kembali berkeluh kesah.
5. Ada matlamat, tetapi hilang selepas hilang punca.

Solusi...saya sambung nanti ya. ;)

Monday, January 13, 2014

cabar diri keluar dari zon selesa

Teks: Masayu Ahmad
Sudah sedia bekerja dari rumah, baca naskah ini dahulu ya www.janawangdirumah.com

Alhamdulillah, banyak yang selesai minggu ini, penuh rutin antara perkara utama selesai sudah urusan anak sekolah. Saya masih menanti kelahiran ke lima, jantina bayi masih lagi berteka teki. Ketika beli belah asyik pilih warna pink, tetapi warna paling selamat saya beli yang tema purple.

Alhamdulillah perjalanan dan perdaftaran kelas online masih berjalan seperti biasa, kami menerima pendaftaran baru setiap hari. Boleh daftar terus melalui saya dan juga melalui guru online bertugas. Amanah untuk berkongsi teknik menjana wang melalui blog, penulisan dan facebook nampaknya sudah jelas. Ada yang sudah capai RM1K sebulan, RM3K sebulan. Sekarang fasa seterusnya untuk saya bantu rakan niaga yang sudah mendaftar mendapatkan sekurangnya Rm100 harian, kemudian kekalkan momentum pendapatan RM1k, 3k, dan 5K. Boleh atau tidak? Ya boleh insya-Allah, asalkan kalian betul-betul mahu fokus.

Produk akademi adalah produk informasi, iaitu kelas online, pakej iklan SOHO dan pakej ebook mula bisnes. Untuk 2014 saya akan cuba lengkapkan seberapa banyak pakej mula bisnes. Ia khusus untuk ebook rujukan berdasarkan temuramah saya secara langsung dengan usahawan online dan juga usahwan offline. Ini keterujaan saya sejak dari dahulu dan alhamdulillah latihan penulisan bisnes ini sudah dimulakan sejak 10 tahun dahulu. Tahun ini saya teruja untuk berkongsi judul-judul yang sudah saya senaraikan untuk siapkan satu persatu sejak 4 tahun lalu. Tinggal lagi hanya selesaikan dengan selesaikan cover. Juga untuk fokus tahun ini lebih banyak terbit sebagai versi fizikal kerana itulah matlamat utama saya.

Masa kini lebih seimbang, kerana 13 guru online sudah mula mendapat rentak dan juga mereka semakin memahami SOP akademi. Jadi seterusnya saya mahu bantu kalian, khusus surirumah, tanpa perlu keluar rumah, menjual produk informasi. Untuk keterangan lanjut kalian boleh klik gambar di sebelah ya, logo akademi bekerja di rumah, atau sebarang pertanyaan boleh terus pm saya di fbhttps://www.facebook.com/masayu.ahmad

Dalam pantang ini saya menyelsaikan ebook paling saya sayang, 44 resipi berpantang, insya-Allah. Lama sudah diperam ebook ini, kali ini juga yang ini saya mahu terbitkan versi ebook dan juga versi fizikal. Insya-Allah. Tak ada masalah apa pu, dalam pantang jaga diri juga, bersama susunan buku yang siap sedia ditelaah. Kan mudah semua hujung jari. Selagi mana kita teruja dengan apa yang dilakukan, ia menjadikan kita terus bergerak dan ia gabungan minat, pengalaman dan keterujaan luar biasa. Itu salah satu faktor utama untuk kita bertahan dalam apa sahaja bidang.

Saturday, January 11, 2014

Konsisten itu perlu untuk berjaya

Teks: Snh Nurulhusna
Teruja apabila didedahkan dengan dunia blog semasa di Kelas Asas Blog dan Penulisan, lantas saya mengintai untuk menempatkan diri di Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif pula. Kedua-dua kelas ini kedengaran seperti serupa namun 'udara'nya berlainan sekali. Memang tidak bosan kerana kedua-duanya punyai keistimewaan yang tersendiri. Seandainya ada rezeki dan kemampuan, mahu saja saya bolot rekod mendaftar semua kelas yang ada di ABR. Tamakkan ilmu tidak mengapa rasanya!

Masih terkial-kial di Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif yang dianjurkan oleh Akademi Bekerja di Rumah namun usaha tetap usaha. Saya tidak pandai menulis, dan kelas-kelas ini untuk menjadikan saya terbiasa dengan aktiviti menulis kerana sejarah telah membuktikan, orang-orang yang berjaya terdiri daripada penulis. Saya ingin berjaya, jadi teori yang mudah, hendak berjaya mesti menulis. Tulis apa? Mungkin sesuatu yang boleh menaikkan motivasi saya sendiri dan dalam masa yang sama boleh dikongsikan dengan insan lain di samping menggalakkan saya memburu ilmu. Jikalau tiada 'input' manakan pula hendak keluar 'output'nya.

Dengan menulis juga membuatkan saya berfikir beberapa kali sebelum menyasar dalam tindakan mahupun kata-kata. Syukur Alhamdulillah, salah satu ciri yang dikesan dalam kelas online ini ialah mesra pelajar dan contoh yang diberikan amat mudah difahami. Saya amat kagum kerana kebanyakan penulis yang berpengalaman dalam penulisan pun masih mendaftar untuk belajar di kelas di bawah kelolaan Cikgu Monalita Mansor.

Blog Tentang Masa ini sekadar perkongsian, jauh sekali untuk tunjuk pandai. Penulis masih lagi berkelana dan berkembara ilmu dan amalan untuk hijrah ke arah Rabbul 'Izzati. Biarlah ilmu yang sedikit ini tersebar dan menjadi saksi di akhirat kelak. Semua dengan IzinNya.
Sumber:http://tamsilankehidupan.blogspot.com/2014/01/kenapa-saya-mendaftar-di-kelas.html

Monday, January 6, 2014

Bergabung dengan surirumah lain secara online


Jujurnya sebelum ini memang saya pernah mempunyai blog sendiri tapi tiada isi kandungan yang berkualiti kerana blog yang dihasilkan dulu sekadar untuk cuba-cuba sahaja. Dulu saya sangat kagum dengan rakan-rakan yang pandai menulis dan menjadikan blog mereka cantik dengan gadget-gadget yang menarik tambahan lagi sekarang telah lahir ramai 'selebriti' blog yang popular seperti Fatin Liyana dan Hanis Zalikha. Memang sebelum ini pernah bercita-cita untuk jadi blogger popular seperti mereka tapi apakan daya tahap kepakaran dalam penulisan kreatif sangatlah lemah.

Saya juga mempunyai masalah yang sangat berat iaitu sukar untuk berkongsi kisah hidup kepada orang lain, inikan pula perlu buat karangan mengenai kisah hidup dan disiarkan diinternet untuk tatapan satu dunia serta mengharapkan lebih ramai yang akan baca kisah hidup kita.

Pada 10/10/2013 bermulalah perjalanan hidup saya sebagai penulis blog secara serius serta mempunyai hala tuju yang jelas. Pada hari tersebut saya telah mendaftarkan diri sebagai pelajar kepada cikgu dalam penulisan blog iaitu Pn. Zaila Mohamad. Kelas yang diadakan sangat flexible, tiada waktu-waktu tertentu yang ditetapkan. Kak Zaila juga merupakan cikgu yang sangat peramah dan beliau akan menjawab kesemua soalan dengan penuh komitmen. 

Pada permulaan kelas memang terlalu banyak soalan yang saya tanyakan kepada kak Zaila. Beliau juga pasti akan menjawab sehingga saya betul-betul faham. Masalah utama yang saya hadapi semestinya cara penulisan yang betul. Untuk entri yang pertama memang sangat banyak kesalahan yang saya lakukan. Kata nama diri yang sesuai pun diajar oleh kak Zaila. Cara penceritaan serta isi kandungan juga penting. Cara-cara untuk masukkan gadget-gadget utama dan sesuai dengan blog kita juga diajar. Kini saya tahu bahawa blog yang cantik tidak semestinya akan menarik minat pembaca untuk ikuti blog kita tetapi isi kandungan yang menarik dan mudah difahami itu yang penting.

Setelah mendaftar dalam kelas blog ini, secara automatiknya saya berada dalam Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR). Pada mulanya saya tidak faham apa kaitannya ABDR dengan blog. Setelah berkomunikasi dan berkenalan dengan beberapa orang ahli ABDR baru saya faham bahawa kebanyakan penulis blog yang berada dalam ABDR adalah suri rumah yang sesetengahnya pernah bekerja serta memegang jawatan tinggi dan mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah. Mereka menggunakan pelbagai medium untuk memasarkan hasil kerja mereka dan salah satu caranya adalah melalui penulisan blog. 

Di Akademi Bekerja Dari Rumah, setiap ahli akan memberi sokongan antara satu sama lain kerana tidak semua wanita yang bekerja dirumah akan dipandang tinggi oleh orang diluar sana. Diharap melalui perkongsian perjalanan hidup bekerja dari rumah melalui blog ini akan membantu dan memberi garis panduan kepada para wanita yang ingin mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah sahaja.

Sunday, January 5, 2014

Siapa layak bekerja dari rumah

Siapa yang layak menjana pendapatan dari rumah?Sesiapa pun boleh, lelaki, wanita, suri rumah, mereka bekerjaya, pelajar. Boleh dilakukan secara sambilan atau sepenuhnya. Namun, kelebihannya sudah tentu untuk wanita atau lelaki yang mahu lebih fleksibel dan tidak terkongkong.


Bagaimana pula jika tidak berjaya menjana pendapatan?
Ok, semuannya atas perancangan dan usaha, tetapi tidak semua orang akan berjaya dengan apa yang dirancang. Katakanlah dalam tempoh setahun hingga dua tahun kalian gagal mengusahakan apa-apa pendapatan. Apa langkah seterusnya?

Bekerja secara sambilan
Bekerja secara sambilan, dengan niat untuk menyimpan modal atau menambah kekurangan kewangan. Ini adalah kerana keperluan sokongan kewangan sentiasa ada. Kalian bebas menentukan jenis kerja yang sesuai yang boleh dilakukan secara sambilan.


Kembali bekerja
Anda rasa putus asa dan memerlukan sumber kewangan sama ada untuk modal atau untuk membayar hutang piutang. Tidak salah untuk bekerja dengan niat untuk mengumpul modal tanpa perlu membuat pinjaman atau berhutang.

Sasaran dalam jangka masa pendek
Jika keinginan untuk kembali bekerja, boleh disasarkan untuk beberapa tahun sahaja. Katakanlah anda mahu mendapatkan modal dalam jumlah tertentu dalam tempoh tertentu. Jadi boleh kembali bekerja dengan niat asal tersebut. Apabila matlamat jangka pendek sudah selesai, kalian boleh meneruskan usaha menjana pendapatan dari rumah.

Meluaskan rangkaian (networking)
Katakanlah anda adalah suri rumah yang tidak pernah bekerja dan tidak mempunyai apa-apa pengalaman luar. Jadi tidak salah untuk bekerja dalam tempoh tertentu untuk membina rangkaian kenalan dan jaringan dalam bidang yang anda akan fokus ketika bekerja sendiri kelak.

Saturday, January 4, 2014

Hari hebat setiap hari

Teks: Masayu Ahmad
www.janawangdirumah.com- baca naskah ini apabila sudah sedia ya

Menanti detik kelahiran ke lima, insya-allah. Doakan saya dipermudahkan segala, melahirkan dengan mudah dan tidak ada apa-apa masalah.

Sungguh cantik perjalanan ini, alhamdulillah, dua kelahiran selepas saya meletak jawatan penghujung tahun 2008. Selepas melahirkan Arissa kami berpindah ke Kelantan. Alhamdulillah rezeki Allah, Dia sahaja yang tahu selebihnya kita usaha luar biasa.

Perjuangan setiap hari
Saya gembira dengan perkembangan kelas online di akademi bekerja di rumah, kini ia menghampiri 400 blog iaitu penyertaan sejak dimula pertengahan suku ke 2 tahun 2013. 13 ebook diterbitkan. Insya-Allah tahun 2014 adalah tahun saya memantapkan pakej kelas yang sentiasa mendapat sambutan suri. Salah satunya kelas akaun percuma bagi yang menyertai rakan niaga/pengurus online akademi. Alhmadulillah. Sujud syukur.

Walaupun makin dekat melangkah ke 'bilik perjuangan', saya masih kental di sini, Allah berikan ini jalan, permudahkan perjalanan ini agar lebih ramai suri mampun menjana pendapatan walau hanya berada di rumah. Itu matlamat utama saya dan itu perjuangan saya sejak mual berhenti kerja sehingga kini.

Sebelum saya melangkah, kalian masih mendaftar setiap hari, klik pada logo sebelah kanan itu Akademi Bekerja Di Rumah, pilih pakej dan yuran kemudian hubungi mana-mana guru pilihan, mereka sedia membantu kalian.

Ampun maaf di atas segala kekurangan dan salah silap saya sekiranya ada terkasar bahasa, atau ada apa-apa yang belum saya lunaskan boleh berhubung terus dengan suami saya- 017-9144513. Insya-Allah

Doakan Allah permudahkan kelahiran kelima ini-insya-Allah, terima kasih atas ukhwah ini.

SubhanAllah, Alhamdulillah, AllahuAkbar. ;)
Masayu Ahmad
6.48, 4.1.2013

Friday, January 3, 2014

Jualan pertama secara online memang teruja

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog fan page mula bisnes? Buat jualan pertama. Terutama bagi yang kali pertama berjualan online.
Alhamdulillah saya baru sahaja balik daripada pejabat pos bagi penghantaran pos laju ke Sabah. Inilah kali pertama saya menerima pelanggan secara online. Sebelum ini pelanggan hanya sekitar tempat tinggal jadi pengalaman untuk pos barang kurang.

Semestinya saya sangat bersyukur kerana mungkin ini adalah permulaan langkah kemajuan saya ke arah lebih baik. Walaupun semasa menguruskan sistem pos tadi menghadapi masalah tapi saya masih lagi bersemangat untuk menguruskannya. Segalanya masalah itu mematangkan kita.

Menjelang Tahun 2014 ini saya ingin memasang azam untuk memperbaiki hidup dengan lebih baik. Bukan bermakna kehidupan saya sebelum ini tidak memuaskan tapi ingin yang lebih baik lagi.

Tahun 2013 adalah tahun yang banyak rezeki selain dari kewangan. Yelah.. bukan ke setiap masalah itu juga rezeki. Apapun semoga kehidupan kita pada masa hadapan lebih baik dari tahun-tahun yang lalu.

Setelah saya memahami cara menjahit, inilah tudung berdagu yang sebenar. Moga usaha ini mendapat keberkatan Ilahi untuk menambah pendapatan saya dan sekaligus dapat membantu keluarga dan mereka yang memerlukan. Aamiiin.


Mahu menambah ilmu dalam dunia blog? Mahu membina fanpge bisnes?
Kami menawarkan 6 kelas secara online.

Guru Online Mie Normi

357 blog, 21 kelas 13 guru online dedikasi bertugas
Kami menerima pendaftaran setiap hari
1. kelas asas blog dan penulisan
2. kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas belajar iklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas akaun bisnes kecil wahm/soho

Alhamdulillah, terima kasih atas penyertaan semoga bermanfaat.

LAMAN SENI JAHITANKU
angiefarhana.blogspot.com
There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin