Wednesday, January 30, 2013

Kisah Wahm terhebat!

Teks: Masayu Ahmad

Selamat datang Februari terhebat, apa terbaru dari saya, nantikan kemunculan ebook ini ya ;)



Bina kepakaran bekerja dari rumah-tips wahm, soho

Teks: Masayu Ahmad
Saya sudah dan ramai yang sudah bekerja dari rumah, kalian bila lagi, mula buat persediaan dari sekarang, www.janawangdirumah.com


promosi terkini e-iqra klik di sini ya http://e-iqra-belajarqurandantajwid.blogspot.com/

Hari ini sudah 31.Januari.2013, ada dua manusrip yang akan diterbitkan untuk Februari 2013, satunya ebook wahm,soho satu lagi 30 tips sihat ibu hamil dan pantang. Saya sedang fikir mahu pilih yang mana dahulu ;)

Hari terakhir Januari 2013, akan menyusul dua ebook yang akan diterbitkan Februari 2013

1. Ebook kisah sukses wahm, soho
2. Ebook 30 tips sihat dan ibu hamil dan pantang.

Saya sedang memilih gambar untuk cover dua ebook ini, alhamdulillah untuk ebook terbitan sendiri ini saya mempunyai pasukan editorial dan pereka grafik profesional, semuanya adalah rakan-rakan dalam bidang penerbitan.

 Apa kepakaran saya?

Saya graduan Universiti Sains Malaysia, bidang Komunikasi Mass, pengkhususan kewartawanan. Jadi sudah lebih kurang 11 tahun dalam bidang ini.

Menjalani latihan praktikal sebagai wartawan kedet di Karangkraf, majalah dewan kosmik. Kemduannya habis belajar saya terus bekerja di majalah Mingguan Wanita.

Antara ruangan tetap saya kendalikan bahagian cerpen/puisi, ruang diet sihat, ruangan kecantikan dan banyak lagi. Selepas Mingguan Wanita saya sempat bertugas di Majalah Rapi untuk terbitan pertama dan kedua.

Kemudian menyambung atau mencari angin baru sebagai Pegawai penerbitan, yang ini banyak fokus kepada penulisan usahawan-usahawan luar bandar. Banyak juga informasi di sini yang mana saya suka mencari dan menyelongkar kisah-kisah kejayaan usahawan luar bandar yang bukan calang-calang, ada ramai yang sudah bergelar jutawan.

Saya meneruskan minat dalma bidang penulisna sudah tentu informasi wahm dan soho dan pada masa yang sama saya masih mengekalkan minat dalam penulisan kesihatan dan kecantikan.

Jadi 2013 adalah masanya untuk saya terbitkan manuskrip yang beratur yang sudah lama diperam.
















Tuesday, January 29, 2013

Prestasi bulan pertama 2013-tips sahm, wahm, soho

Teks: Masayu Ahmad


Tidak sah jika tidak menulis, dan sudah beberapa hari saya ponteng dari menulis, aduhai masa. Sebagaimana cekap saya merancang, bijak lagi masa yang berlari pantas. Jadi strateginya sekarang aktiviti atau tugasan saya perlu ke depan melebih masa.

Seawal jam 8.00 pagi semua sudah hilang ditelan harmoni pagi. Arif dan Aiman sudah dihantar en.suami, Hakim sudah pergi sekolah bersama Pok Sid.
Betapa masa pantas berlalu, namun saya tetap bersyukur diberi peluang melahirkan anak-anak ini, diberi peluang melihat perkembangan mereka. Semalam saya membelek catatan lama di blog ini, ketika mereka bertiga ini masih kecil, banyak keletah yang mencuit hati. Rupanya saya tidak banyak menulis tentang Arissa.

Ya, puteri ini sudah 2 tahun dan sudah dua tahun juga kami berada di bumi Kelantan, alhamdulillah atas kasih sayang dan rahmat Allah. Arissa sekarang juga sangat petah dan sudah ada mulut. Paling dia suka ayat ini

"Tok cey, tok cey". Maksudnya tok sey, tok sey atau tak nak.

"Omey, omey." Comel, comel dan kepala mula lentuk kiri dan kanan. Arissa anak yang mudah dijaga sebenarnya.

Arissa juga berjaya mendapat susu ibu selamat dua tahun. Alhamdulilah, dia juga penceria suasana buat atok dan mok.

Pagi ini semek ini masih lena ketika abang-abang sedang menyerap ilmu di sekolah.

Semalam berbincang dengan suami, pantas masa berlalu, tahun depan Arif akan sekolah, jadi Hakim, darjah 3, Arif darjah 1, Aiman 6 tahun, Arissa 4 tahun.

2014

Hakim darjah 4, Arif darjah 2, Aiman darjah 1, Arissa 5 tahun

2015

Hakim Darjah 5, Arif Darjah 3, Aiman Darjah 2, Arissa 6 tahun

2016
Hakim Darjah 6, Arif Darjah 4, Aiman Darjah 3, Arissa darjah 1

Hehe, semua sudah sekolah dan tahu berikutnya 2017 Hakim sudah mula sekolah menengah. Aduhai sekejap sahaja anak-anak sudah membesar dan kita usianya semakin meningkat.

Saya belum daftar sekolah Arif, minggu depan, insya-Allah.


Apa terbaru?

1. Bagi yang akan dan ingin memulakan butik online/offline, sudah boleh mendapatkan ebook panduan mula bisnes butik/online offline. Terdapat dua bonus iaitu, pertama buku percuma, ada tiga pilihan, dan bonus ke dua, dropship borong, kalian sudah boleh mula kedai online 24 jam sahaj. Singgah di sini untuk keterangan lanjut,http://mulabisnesbutik.blogspot.com/
Bagia yang belum mendapatkan ebook panduan bekerja dari rumah. ebook ini percuma sahaja jika membeli ebook panduan butik. Jadi, RM59 sahaja uantuk dua ebook, tawaran ini masih sah sehingga saya tamatkan bila-bila masa sahaja.

2. Terdapat banyak judul pakej menarik yang boleh dibeli di kedaibukuonline, lihat di sini ya, sudah ada 30 pakej, termaasuk motivasi, bisnes dan agama. Akan lebih banyak menyusul, insya-llah shopping cart akan menyusul juga. Singgah di sini http://www.facebook.com/KedaiBukuOnlineDotCom


2. Insya-Allah akan menyusul ebook  ke dua, untuk tahun ini, saya sedang menyusun dan memilih gambar untuk dijadikan cover. Nantikannya.











Monday, January 28, 2013

Surirumah yang disayangi Allah

Teks: Masayu Ahmad

Banyak kali saya menulis dan kemudian simpan sahaja sebagai draf, hari ini barulah rasa bermula semula hari sibuk. Dua hari lepas berada di rumah ayahanda kerana beberapa minggu ini dia demam. Alhmadulillah rutin kembali seperti biasa, cuma saya perlu lebih kerap baik.


Friday, January 25, 2013

Kembalikan tenaga untuk ibu super sibuk-tips sahm, wahm

Teks: Masayu Ahmad


Salam Sabtu yang harmoni, sudah masuk 26.1.2013. Semalam mahu menulis tetapi dek kepenatan saya tangguh hingga hari ini.

Semalam ramai di rumah mertua, jadi masak memasak secara berjemaah. Saya siapkan menu siakap asam pedas, ada ipar yang masakkan ayam masak kicap, ada juga sayur goreng bersama sotong, ikan gelama, ikan sepat goreng juga ulaman. Memang berselara makan ramai-ramai. Usai petang sambil menjempur anak-anak dari kelas al-quran kami tersu balik ke rumah ayahanada.

Saya sedang mencari dan menyelit masa bagaimana untuk pulang lebih kerap ke rumah ayah. Menu malam semalam sayur pucuk niding dan ubi stelo, ikan gelama kering dan ikan kerisi, juga ayam goreng untuk kanak-kanak riang. Pagi ini saya masakkan nasi lemak, ayam masak pedas, ulaman timun batang.

10 tips untuk gaya hidup lebih sihat.

1. Saya memetik satu artikel yang dibaca pagi ini, gaya hidp rakyat Malaysia cenderung kepada gaya hidup tidak sihat, stress, kurang rehat, banyak kerja, tidak jaga pemakanan termasuk berkolesterol yang cenderung kepada penyakit darah tinggi. Justeru kembali seimbangkan diet dan gaya hidup.

2. Susun semula menu sihat dan menu menyelerakan. Ada dua perbezaan menu sihat yang sedap dan menu sihat selalunya kita trpaksa makan. Contohnya teh o kurang manis tidka berapa enak berbanding teh tarik. Tetapi yang lebih baik adalah meminum air kosong.

3. Menikmati makanan yang menyelerakan memberikan impak kita rasa tenang, rasa bertenaga dan rasa gembira. Jangan hindari makanan ini, contohnya nasi lemak. kek coklat, teh tarik. Nikmati dalam skala yang lebih baik iaitu jangan terlalu kerap tetapi selang seli dengan gaya pemakanan sihat.

4.Rai keluarga dengan makanan yang enak yang digemari. Sesi makan adalah satu terapi, tambahan pula dengan kesibukan rutin menyebabkan kita suka mmesak dan menjamu dengan makanan yang berselera. Terapi gembira adalah salah satu cara mengurangkan stress. Cuma ibu perlu bijak memilih menu sihat, nasi ayam sudah tentu lebih baik denga  gulai kari ayam.

Bersambung





Thursday, January 24, 2013

Tentang kasih sayang

Teks: Masayu Ahmad

Dari pagi usai saya masuk dapur, sudah siap lauk ikan goreng pedas dan nasi juga sudah masak. Memandangkan hari ini cuti maulidurrasul, lalu saya maskkan sup tulang, telur goreng yang dimasukkan daun kesum (dihiris halus) dan juga ikan gelama kering.

Sambil memasak diselang seli dengan mengamas, sana sikit sini skit, siapnya jam sudah 1.30. 1,58 saya ke sekolah Hakim, hari ini ada penyampaian bantuan awal sekolah, Tan Sri Anuar Musa yang datang. Jam 5.30 majlis baru selesai, sampai di rumah usai solat asar rehat sekejap. Masuk ke dapur dan itulh baru saya menjamah makan tengahari. ;)

Wednesday, January 23, 2013

Wanita-wanita hebat dikasihi Muhammad

Teks: Masayu Ahmad


Semalam ketika membelek beberapa buku wanita-wanita yang dikasihi rasulullah beberapa senarai yang perlu baca antaranya.

1. Siti Khadijah

2. Siti Aisyah

3. Fatimah

 Juga kisah lain wanita hebat di zaman Rasulullah s.a.w Maryam. Asiyah isteri kepada firaun. Banyak teladan yang boleh diambil daripada senarai wanita-wanita di atas. Saya akan masukkan dalam entry seterusnya agar kita sama-sama memperoleh manfaat.

Salam maulidurrasul, banyakkan salawan ke atas Muhammad s.a.w, semoga meneruskan amalan sunnah dan juga mendapat rahmat dan syafaat di akhirat kelak.

Namanya pun usahawan, usaha pun luar biasa ;)

Teks: Masayu Ahmad

Hari ini usai selesai segala urusan, saya singgah membeli goreng pisang untuk anak-anak. Sampai sahaj di rumah, lauk semua sudah siap dimasak, sayur masak lemak, ikan goreng, saya cuma masak nasi sahaja. Menu petang ada mee goreng. Terima kasih Ma.. ;)


Tuesday, January 22, 2013

Rahsia kasih sayang Allah


Nota iklan: Bab 12, Ebook Panduan Mula Bisnes Butik Online Offline.
Klik di sini untuk keterangan lanjut,http://mulabisnesbutik.blogspot.com/



“Walaupun kita gagal sekali, atau sukar mendapatkan pinjaman bank, perlu istiqamah dan terus buat sahaja (just do it!). Jangan fikirkan apa-apa. Usahakan apa yang ada. Ini penting untuk bina reputasi dan lama-kelamaan kita akan membina kredibiliti dan kepercayaan.”
Tips Ali Hassan (pemilik Butik Al-Ikhsan)
- Apa sahaja yang berlaku, usahawan perlu sabar.
- Perbaiki kelemahan.
- Jangan malu bertanya kepada pelanggan apa yang mereka tidak puas hati, biar mereka “komplen”.
Sudah boleh dapatkan Ebook ini dengan tawaran harga RM100, bayar RM50 sahaja, sehingga satu tarikh mungkin harga akan kembali kepada yang asal, lihat di sini untuk maklumat lanjut.http://mulabisnesbutik.blogspot.com/

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah atas kurniaan hari ini. Cuaca sangat segar sekali, semalam hujan hari ini nyaman bangat.
Menu pagi nasi berlauk gulai ikan ala kelate. Semalam saya pulang lebih awal, asar di rumah, kemas pakaian, dan sambung siapkan manuskrip. Usai asar saya terus masak nasi, fikiran mahu buat nasi goreng kampung dan goreng keropok. Petang semalam pun hujan juga, fikir saya tentu anak-anak lapar.

Singgah juga membeli keropok ikan, beli tiga dapat empat, maksudnya percuma satu. Saya meredah hujan, pemanduan lancar walau hujan lebat, sekejap je pun 2 minit dah sampai. Anak-anak sudah bersedia di muka pintu, tak sabar nak balik rumah.

Sampai di rumah, Arif buka bekal pagi tadi mee goreng, masih ok. Saya segera panaskan kuali dan goreng keropok ikan. Yang ini segar sebabnya setiap hari dibuat jualan. Satu pinggah, Hakim datang dan menatang ia ke ruang tamu. Saya panaskan air, untuk teh o panas.

Kemudian ambil bawang dan campurkan bahan kisar, masukkan lengkuas. Panaskan dapur sebelah, gabungkan bahan kisar santan, asam gelugur. Masak dengan api perlahan.

Sambil itu saya masak lagi keropok untuk en.suami. Teh o panas sudah siap, selesai keropok, saya panaskan kuali, mahu masak nasi goreng pula. Selesai keropok ikan, saya sambung keropok keping, nanti boleh makan dengan nasi goreng.

Gulai sudah mendidih, sudah boleh masukkan ikan, ikan tongkol dan kepala ikan siakap. Masukkan daun kesum untuk aroma harum dan rasa yang lebih enak.

Bersambung nasi goreng, masukkan ikan bilis, kacau sebati, masukkan nasi, kangkung, dan telur, goreng dengan penuh kasih sayang ya. 

Usai selesai, saya segerakan bawa sepinggan untuk anak-anak, jam sudah 6.30 jadi semua sudah selesai.

Saya ke dapur panaskan minyak, mertua menyambung tugas goreng ikan, sambil minum petang. En. suami pulang semua sudah siap.

Semuanya selesai serentak.

1. Menu petang keropok ikan dan teh o panas

2. Nasi goreng kampung dan keropok keping

3. Nasi putih, gulai ikan aroma daun kesum, ikan goreng, ulam untuk menu malam

4. Gulai dibuat banyai sekaligus untuk menu sarapan pagi esok.




















Wanita yang disayangi Allah

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah, pecutan menulis dari jam 4 hingga 5, sebelum itu sempat sidai kain, hujan, jadi banyak kain yang basah. Kembali melihat senarai, ok, saya masih lagi disiplin dengan masa dan sasaran setakat ini iaitu 22.1.2013. Moganya kekal semangat dan kegigihan ini.

Untuk reward bulan ini, insya-allah kebetulan pula, akan bawa anak-anak berjimba-jimba sambil melepas lelah barang seketika. Saya sedang menyiapkan satu lagi manuskrip, menyambung semula senarai manuskrip yang bersusun tahun sudah tidak dapat saya siapkan. Tahun ini lebih banyak senaai yang akan diterbitkan. Terima kasih Allah atas idea-idea yang tak pernah padam, malah sentiasa mengalir laju.

Berikut kepuasan untuk saya bekerja dari rumah ;)

1, Kita punya pivasi sendiri, suka hati kita mahu buat di mana tanpa arahan siapa-siapa.

2. Saya seronok waktu begini boleh fokus dengan baik sekali, kerana anak-anak sudah ke sekolah. Bermula jam 5, 6, 7, 8. 9 saya perlu kembali menyarung jersi surirumah, tukang masak dan pemandu.

3. Setakat ini alhamdulillah, dapat mengikuti perkembangan anak-anak. Sebetulnya tahun ini barulah masa saya lebih seimbang untuk anak-anak. Itu pun pecutan sebelum Hakim ke sekolah. Mulai tahun depan Arif sudah darjah 1, jadi tugas lebih berganda. Tumpuan juga lebih kepada Haki, 24 hb ini ada mesyuarat PIBG, tahun lepas memang saya tidak dapat hadir. Tahun ini, jika menjelang tengahari memang saya ke sekolah bawa bekal untuk anak.

Sambil menunggu Hakim, saya menyudahkan kembali bacaan buku ini, Wanita Juga Boleh Berbisnes, Berguru Dengan Khadijah. Buku ini saya bagi percuma sahaja dengan setiap pembelian Ebook Panduan Mula Bisnes Online Offline

Muka surat 79, 80

 Sekalipun wanita telah dijamin nafkahnya melalui pihak lain (suami atau wali), tidak bererti Islam tidak membenarkan wanita bekerja untuk mendapatkan harta atau wang. Islam membolehkan wanita untuk memiliki harta sendiri. Bahkan wanita juga boleh berusaha mengembangkan hartanya agar semakin bertambah.

Allah berfirman "...Bagi lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi wanita ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan." (An-Nisaa':32)


Paling penting, wanita tetap terikat dengan ketentuan Allah (hukum syarak) yang lain ketika dia bekerja. Ini bermakna, wanita tidak boleh menghalalkan segala cara dalam segala keadaan ketika bekerja. Wanita juga tidak boleh meninggalkan kewajipan apapun yang dibebankan kepadanya dengan alasan waktunya sudah habis untuk bekerja atau dia sudah penat bekerja sehingga tidak mampu lagi untuk melakukan tugas yang lain.

Justeru wanita perlu lebih mengutamakan tugas utamanya daripada bekerja kerana hukum bekerja bagi wanita adalah mubah. Melalui hukum ini, wanita boleh memilih untuk bekerja atau tidak. Apabila seorang mukmin atau muslimah mendahulukan perbuatan yang mubah, dan mengabaikan perbutan wajib, bererti dia telah berbuat maksiat (dosa) kepada Allah.

Oleh kerana itu tidak sepatutnya bagi seorang Muslimah mendahulukan kerjanya dengan mengabaikan tugas utamanya sebagai ibu dan pengurus keluarga. Juga tidak layak baginya, mengutmakan kerja sementara dia melalaikan kewajipan-kewajipan yang lain seperti tidak mengenakan tudung jika keluar rumah, tidak menunaikan solat lima waktu dan lain-lain.
                                                     http://mulabisnesbutik.blogspot.com/
Dapatkan buku bonus percuma dengan pembelian ebook mula bisnes butik
Klik di sini untuk keterangan lanjut: http://mulabisnesbutik.blogspot.com/





























Monday, January 21, 2013

Apa idea bisnes/ kerja dari rumah? Saya keliru, Puan R-tips wahm, soho

Teks: Masayu Ahmad

Selesai sudah pecutan jam 7 hingga 8.30.
Pagi ini mertua menyediakan mee goreng, jadi itulah bekal untuk kanak-kanak riang. Sampai di rumah kemaskan ruang tamu, jemur kain dan sekarang ini masa sekejap untuk online. Jam 12.30 pecut semula ke sekolah dan kemudian singgah zuhur, bersambung hantar barang. Itulah harian saya.


Email Puan R
Saya menerima email Puan R yang keliru tidak tahu mahu pilih yang apa bisnes/kerja yang boleh diusahakan. Ok, salah satunya, senaraikan apa yang kalian minat. Contoh

1. Saya minat tulis buku, jual buku.

2. Tulis buku pula fokus kepada kajian bisnes kecil dan idea bisnes dari rumah.

Dua dari minat di atas saya kembangkan pula kepada

1. Pendapatan pasif

2. Pendapatan aktif



Pentingnya pendapatan pasif
1. Ia berbentuk royalti buku atau ebook, kita bersusah payah sekali, tetapo hasilnya insya-allah sepanjang masa sehingga kita pejam mata. Jadi saya perlu kembangkan dan banyak buku agar saya boleh pencen cepat, juga persediaan sebelum apa-apa iaitu kudrat saya tidak megizinkan lagi, tinggal dua tahun lagi saya perlu siapkan 30 minima buku. (Tetapkan matlamat ini secara realistik)

Apa pula pendapata aktif.

1. Pendapatan ini boleh menampung perbelanjaan harian, persekolahan anak-anak, juga untuk kelangsungan hidup. Kenalpasti apa pendapatan aktif kalian. Contoh saya ialah menawarka jualan buku dan juga dropship.

Sambilan atau sepenuh masa

1. Sangat penting bagi kalian yang masih bekerja boleh lakukan secara sambilan. Boleh mulakan apa sahaja selepas kalian sudah membuat kajian dan sasaran pelanggan, atua nama lain perancangan bisnes/perniagaan. Buat ringkasan dan boleh mula bila-bila masa sahaja menggunakan medium blog atau facebook. Buat beberapa kedai serentak, dan lihat yang mana sangat laju dan kalian boleh urus dengan baik.

Apa terbaru?

Kini sudah boleh mendapatkan Ebook Panduan Mula Bisnes Butik Online Offline, klik di sini untuk keterangan lanjut. http://mulabisnesbutik.blogspot.com/















Setelah membaca panduan dan informasi persediaan bekerja dari rumah. Ramai yang keliru mahu mula yang mana.


Saturday, January 19, 2013

Catatan terhebat surirumah ;)-super terapi

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah, sudah masuk minggu ke tiga bulan Januari 2013. Berikut adalah senarai saya hari ini

1. Kemas rumah, lipat kain

2. Hantar bekal Hakim

3. Sunting manuskrip bulan Februari

4. Urusan dropship online

5. Penghantaran buku dan barang-barang seperti biasa



Berikut senarai perlu buat

1. Latihan menulis Hakim, tulisannya tidak cantik, jadi saya sebagai ibu perlu berusaha agar Hakim rajin buat latihan menulis.

2. Reward bulan Januari- alhamdulllah


Apa terbaru?

Kalin sudah boleh dapatkan ebook panduan mula bisnes butik online/offline

Ini baru betul SUPER MAK!

Teks; Masayu Ahmad

Bermula awal pagi hingga sekarang, aduhai hari rasnaya saya mencapai 90% tugasan. Sangat cemerlang. Apa yang lebih cemerlang Ebook Panduan Mula Bisnes dapat diterbitkan secara rasmi 19.1.2013. Ia sangat cemerlang kerana saya mematuhi KPI untuk tahun ini buat pertam kali, iaitu satu buku atau ebook sebulan.

Buku ini sudah lama sebenarnay dihantar ke penerbit A, kemudia saya tanya pula penerbit B, kedua-duanya setuju untuk diterbitkan. Akan tetapi kerana terlalu lama menunggu, saya memecah tradisi baru menerbitkan dahulu kemudian baru hantar kepada penerbit. Alhamdulillah, sudah saya tunjukkan cover buku, ramai pula yang mahu terbit hehe, jadi Masayu Ahmad terbitkan dahulu sendiri sementara menunggu versi cetak, kita baca dulu versi ebook ya. Dapatkan di sinihttp://mulabisnesbutik.blogspot.com/2013/01/butik.html , terdapat tiga pilihan dua bonus.

Untuk bonus pertama kalian boleh memilih sama ada buku a, b, atau c, nyatakan dalam borang pesanan apa buku yang kalian mahu. Manakala bonus kedua adalah layak menyertai dropship borong yang bernilai RM50. Jadi Harga ebook ini adalah RM100, kalian hanya bayar RM50 sahaja. Tawaran ini sah sehingga saya akan tarik bila-bila masa sahaja dan harga akan naik diluar jangkaan kalian.

Alhamdulilah hari kedua dilancarkan sudah pun beberapa orang yang memilikinya. Saya katakan mereka ini adalah yang suka merebut peluang. Alhamdulillah. Jangan lupa dapatkan ebook ini, klik di sin untuk keterangan lanjut

http://mulabisnesbutik.blogspot.com/2013/01/butik.html

Kepala sudah berat, jadi salam kasih sayang, saya beransur rehat dulu, esok kita sambung lagi perjuangan.









Hari yang hebat buku ke 4, sudah terbit secara rasmi ;)

Teks: Masayu Ahmad

Segala puji hanya pada Allah maha pemberi rezeki, maha pengasih lagi maha penyayang. Tidak catatan terindah hanya pada Allah. Catatan terindah hari ini, alhamdulillah akhirnya terbit juga buku saya yang ke-4. Insya- Allah tahun ini lebih konsisten 'anak-anak' saya yang saya kandung, saya belai, saya pupuk dengan kasih sayang dapat dilahirkan akhirnya.

Sejak tahun lalu 2012 banyak manuskrip yang tertangguh. Insya-Allah tahun ini penulisan saya kembali lancar, senarai manuskrip yang perlu disegarkan semula sudah pun beratur.

Kalian sudah boleh memiliki ebook Panduan Mula Bisnes Butik Online/ Offline mulai malam ini, alhamdulilah.

Bakal menyusul juga, Super Wahm, Super Mom, urus masa, urus tenaga, urus rumah tangga, khusus untuk kalian yang bergelar isteri, suri di rumah dan juga suri yang bekerja di luar rumah. Alhamdulillah.


Sudah Terbit 19.1.2013 Panduan Mula Bisnes Butik Online Offline

Teks: Masayu Ahmad

Anda sudah boleh memiliki ebook Panduan Mula Bisnes Online Offline mulai
                                                           19.1.2013
                          Tempah sekarang, klik di sinihttp://mulabisnesbutik.blogspot.com/

Thursday, January 17, 2013

Masakan kasih sayang-tips sahm, wahm

Teks: Masayu Ahmad

Salam kasih sayang, Jumaat yang mulia. Hujan rintik membasahi bumi, segar sekali. Nampaknya musim hujan sudah reda, minggu ini sudah panas terik, tetapi pagi ini masih turun. Masih ada sisa-sisa tempias musim tengkujuh.

Rancang menu hujung minggu

1. Selalu tidak cukup masa untuk memasak. Apa pilihan yang ada beli atau masak. Beli memang mudah tunjuk dan bawa pulang, tetapi nikmatnya lain.

2. Fikirkan memasak itu mudah untuk merai keluarga. Pilih menu yang simple sahaja.

3. Memasak adalah salah satu cara mengikat kasih sayang keluarga. Suri kini dan dulu jauh beza, namun rahsia air tangan itulah pengikat kasih.

4. Rancang menu seminggu.

5. Pilih masakan mudah untuk satu hari jika hari bekerja. Contohnya saya dan mertua memasak hanya waktu pagi untuk sarapan dan menu tengahari. Satu lauk dan sayur sudah cukup.

6. Menu malam pilih yang mudah dan sihat. Contohnya ikan singgang dan ikan goreng, ikan masak kicap. Mudah dan cepat.

7. Tetapkan rutin yang sama setiap hari. Lama-kelamaan sudah menjadi kebiasaan.

8. Hari minggu masakan adalah istimewa untuk sarapan dan tengahari.

9. Rancang apa masakan dan senaraikan masakan untuk sebulan.


Apa terbaru?

klik di sini untuk keterangan lanjut http://mulabisnesbutik.blogspot.com/

 Dapatkan naskah ini RM50 sahaja


Bagi pembelian/ tempahan awal sebelum 20.2.2013
akan mendapat sebuah buku percuma:

BONUS 1

Wanita Juga Boleh berbisnes Berguru Dengan Siti Khadijah atau Orang Islam Harus Kaya


BONUS 2
Dropship Borong (bernilai RM50)





Ebook ini akan mula terbit secara rasmi pada 20

 Februari 2013!

Bayar di sini RM100

RM50 sahaja


Pakej 2:

Bagi yang sudah membeli ebookwww.janawangdirumah.com atau sudah mendapatkan buku Jana RM Dari Rumah, kalian hanya perlu bayar
RM40 sahaja

Klik di sini untuk membuat tempahan awal ebook ini
Bayar di sini RM40 sahaja


Singgah sini untuk keterangan lanjut: http://mulabisnesbutik.blogspot.com/









Merai anak-anak-tips sahm, wahm

Teks: Masayu Ahmad

Tidak seronok jika tidak menulis di sini. Hari sudah petang, saya pulang awal jam 2 sudah menjemput anak-anak. Sebelum itu singgah membeli keropok lekor untuk menu petang.

Aiman sampai di rumah, sesudah selesai menikmati segelas teh o panas hilang. Saya mencari-cari Aiman kerana kelibatnya tiada. Rupanya sudah lena. Saya angkat Aiman. Kemudian mandikan Arisa, si kecik ini tidak mahu tidur. Dia mengacau-ngacau mok yang sedang baring. Hakim dan Arif masih lagi aktif. Saya menyudahkan dua bakul kain. Alhamdulillah, kebetulan elektrik terputus jadi, manfaatkan untuk siapakan benda lagi. Berbalik tajuk di atas, berikut beberapa tips untuk anak seronok. Raikan mereka.

1. Untuk tahun 2013 azam saya tidak mahu marah-marah anak-anak, terutama ketikan waktu pagi. Aiman bangun, bangun, Aiman budak hebat, mahu sembahyang subuh. Budak hebat mudah bangun pagi. Aiman terpisat-pisat, mengangguk-angguk. Senang bangunkan Aiman sekarang, saya dukung dan mandikan. Mudahnya sekarang, en. suami uruskan tiga ini Haki, Arif dan Aiman. Usai mandi saya pakaikan baju dan segerakan apa-apa keperluan mereka. Jam 8 tinggal Arissa sahaja yang masih bergolek sakan. Lena.

2. Selaunya juga saya mengemas tempat kerja, saya kemaskan sekali tempat belajar mereka. Anak-anak juga punya citarasa. Jadi saya selalu ubah SOHO merangkap tempat belajar anak-anak juga. Anak teruja, kita suka, mereka jug asyik untuk berada di sekitar kita.

3. Masak apa yang mereka suka. Semalam Hakim mahu kari. Kari, kari, kari. Jadi tak ada kari saya maskkan gulai ikan kuning. Makan bertambah juga Arif walau tak ada kari. Apa yang penting air tangan. Tinggal bersama mertua saya perlu nyah jauh-jauh perasaan malas memasak. Ini juga satu nikmat anak-anak bukan sahaja boleh makan air tanga saya, tetapi nenek mereka. Alhamdulillah.







Wednesday, January 16, 2013

Terapi hujung minggu-tips saham, wahm, soho

Teks: Masayu Ahmad


Hari ini sudah 17.1.2013, maksudnya akan berakhir minggu ke dua untuk bulan Januari 2013. Pantas dan pantas masa berlalu. Hari ini Khamis jadi biasanya saya senaraikan aktiviti berikut untuk Khamis, Jumaat, Sabtu

Rutin super Khamis
1. Selesaikan segala aktiviti mendobi pakaian
2. Selesaikan terus untuk kegunaan seminggu hadapan
3. Selesaikan mengemas rumah
4. Rai anak-anak dan pulang lebih awal
5. Anak-anak diberi rehat lakukan aktiviti kegemaran mereka

Jumaat penuh barakah
1. Biasanya saya masak menu istimewa, nasi lemak, nasi berlauk
2. Pagi mertua akan ke pasar pagi, beli lauk pauk dan sayur
3. Biasanya menu istimewa jumaat sup tulang, kerabu. ikan percik
4

Bakal terbit: Super Wahm Super Mom, urus masa, urus tenaga, urus rumahtangga


Tuesday, January 15, 2013

Rutin tenang dan fleksibel-tips wahm, soho

Teks: Masayu Ahmad
Insya-Allah tahun ini saya memasuki tahun kelima bekerja dari rumah. Kalian bila lagi? www.janawangdirumah.com

Hari ini sudah 16 Januari 2013, laju sungguh masa bergerak. Jadi Masayu Ahmad juga perlu pantas luar biasa. Sudah jam 7.50 pagi. Berikut rutin saya setiap hari.

1. Jam 4,5,6 dan 7 adalah masa untuk menulis. Bangun lebih awal adalah lebih bugar. Menyiapkan kerja berat awal pagi memang mudah.

2. 7 dan 8 pagi, biasanya saya akan selesaikan kanak-kanak riang, usai selesai Hakim, Arif dan Aiman, uruskan juga pakaian suami.

3. Menjelang jam 8 pagi saya menyusu, mandikan dan menyuapkan Arissa. Kadangkala saya memasak pagi, atau bergilir dengan mertua untuk sarapan.

4. Jam 8 juga menulis di blog, dan berselang seli menjawab/mengurus pasukan dropship. Juga selesaikan mana-mana yang bertatus segera.

5. Jam 9 selesai menghantar Arissa, selalunya jika Arissa tidak makan dirumah, saya suapkan dia di taska. Arissa sudha kenyang, bersih dan wangi saya tinggalkan dengan hati lapang. Saya singgah sebentar untuk minum atau jika tidak awla pagi sudah minum atau sarapan di rumah. Biasanya saya makan berat seperti nasi, jadi akan dapat bertahan sehingga malam. Untuk tengahari saya makan makanan yang boleh membantu badan dari rasa lapar seperti kurma.

6. Jam 10 masanya menguruskan http://www.facebook.com/KedaiBukuOnlineDotCom dan juga pasukan dropship online.

Saya menawarkan tiga pilihan dropship, buku, produk sunnah dan terbaru dropship borong.

7. Jam 12.30 saya ke sekolah menghantar bekal dan beg sekolah untuk sesi KAFA sebelah petang. Biasanya masa ini saya temankan Hakim makan tengahari dan sambil itu bertanya apa perkembangan di sekolah. Saya tinggalkan Hakim apabila nampak dia sudah selesai, bersalaman dan saya terus pecut.

7. Biasanya selesai jam 12 saya bergerak untuk penghantaran barang sama ada di skynet, pejabat pos atau gedex.

8. Sebelum zuhur, saya berada di Masjid A, saya recaj tenaga sebentar, kemudian menyambung urusan. Sama  ada urusan online, pengurusan stok, temujanji dan sebagainya.

9. Jam 4 saya bergerak balik, Asar di Masjid B, menjemput kanak-kanak riang, saya perlu lewatkan kerana Arif dan Aiman solat asar berjemaah di PASTI.

10. Jam 5 hingga 7 saya banyak luangkan masa untuk anak-anak, juga terus masuk dapur untuk menu malam, sambil siapakan makanan petang. Anak-anak selalunya lapar. Semalam gorengkan naget, keropok keping, roti dan teh o panas.

11. Setelah cuti sekolah bermula Jam 8 hingga 10, saya fokus temankan anak-anak menyiapkan kerja sekolah mereka. Setelah mereka tidur, barulah saya fokus semula dengan urusan online.

12. Buat senarai baru untuk hari esok.


Terkini dari saya






Ebook Panduan Mula Bisnes Butik Online/ Offline

Pre Order RM50 Sahaja

Tinta Pengarang





Bab 1: Pengenalan bisnes

1.1 Ringkasan bisnes butik

1.2  Rangkaian industry butik

1.3  Ciri-ciri butik


Bab 2: Kemahiran
2.1 Kenali bakat, hobi kepada bisnes
2.2 Kemahiran dalam bisnes
2.4 Ambil peluang bisnes secara online
2.5 Kuasai kaedah promosi sepanjang tahun

Bab 3: Barang mentah/ Sumber bekalan (15 muka surat)
3.1 Fokus produk (niche)
3.2 Sumber pemborong produk, senarai pembekal, lokasi
3.3 Peralatan kelengkapan butik (jenis produk, jualan borong, runcit, pembekal produk)
3.4 Panduan produk dan khidmat pelanggan

Bab 4: Modal (15 muka surat)
4.1 : Modal Untuk Bisnes Skala Kecil
4.2 : Contoh Kaedah Kumpul Modal
4.3 : Strategi Pengurusan Modal
4.4: Sumber Pinjaman

5.1  Mengenalpasti sasaran pelanggan
5.2  Panduan khidmat pelanggan
5.3  Kemahiran khidmat pelanggan
5.4  Cara menjual kepada setiap pelanggan

Bab 6: Pendaftaran bisnes
Bab 7: Pengurusan bisnes (10 muka surat)
7.1 : Pentadbiran
7.2: Operasi- pengendalian stok, pameran di butik, pengurusan pekerja, kaedah jualan
7.3: Pengurusan Kewangan
7.4: Panduan Pengurusan Profesional

Bab 8: Harga tawaran (11 muka surat)
8.1 Kaedah penentuan harga
8.2 Contoh penentuan harga
8.3 Mempelbagaikan jualan- konvensional dan online
Bab 9:  Promosi/pemasaran (16 muka surat)
9.1 Kaedah promosi & pemasaran
9.2 Strategi promosi butik
9.3 Strategi promosi butik
9.4 Tip promosi dan pemasaran

10.1: Bisnes yang ada kaitan dengan bisnes butik
10.2: Jaringan usahawan- forum online, persatuan
10.3: Organisasi yang perlu disertai usahawan                       

Bab 11: Pengalaman bisnes
11.1 Alasan perlu buka butik
11.2  Pengalaman bisnes 1, Abaya Elegen, Norhaniza Taib
11.3 Pengalaman bisnes 2: Ely Suhaili Punari

Bab 12 Motivasi bisnes (14 muka surat)
12.1Kelangsungan bisnes
12.2 Aliran pendapatan berganda
12.3  Lapan prinsip sukses
12.4 Tip bisnes orang Cina
 Dapatkan naskah ini RM50 sahaja



Bagi pembelian/ tempahan awal sebelum 20.2.2013
akan mendapat sebuah buku percuma:

Wanita Juga Boleh berbisnes Berguru Dengan Siti Khadijah


atau pilih bonus buku ini



Ebook ini akan mula terbit secara rasmi pada 20 Februari 2013

Bayar di sini


Pakej 2:

Bagi yang sudah membeli ebookwww.janawangdirumah.com atau sudah mendapatkan buku Jana RM Dari Rumah, kalian hanya perlu bayar
RM40 sahaja

Klik di sini untuk membuat tempahan awal ebook ini
Bayar di sini RM40 sahaja


Juga singgah di sini http://mulabisnesbutik.blogspot.com/

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin