Wednesday, August 14, 2013

Ketupat daun palas

Teks: Masayu Ahmad

Lamanya saya tidak bersiaran, atas beberapa sebab urusan luar yang tak perlu saya kongsikan di sini. Sudah syawal, Ramadhan sudah berlalu pergi. Saya masih bersama susunan tugas seperti biasa, tambah pula internet kali ini buat hal, itu yang banyak berdiam diri.

Kelas online
1. Asas blog dan penulisan
2. Asas blog dan fan page (bisnes) berjalan seperti biasa.

Raya tahun ini biasa-biasa sahaja, tetapi ada juga ruang dan kesempatan bertemu sanak saudara dan rakan taulan, Alhmadulillah. Terima kasih kepada rakan baik yang sudah lama tidak ketemu, datang mencari dan mahu juga berjumpa saya.

Saya ini ibaratnya masih berada dalam gua, selagi beberapa tugasan penting yang belum siap dan selesai, saya masih dalam malas pula keluar. ;P

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin