Tuesday, October 30, 2012

Masa fleksibel-tips wahm, sahm, soho

Teks: Masayu Ahmad


Ada banyak beza antara wahm, sahm, soho, tetapi ada banyak persamaan juga iaitu dari segi pengurusan masa. Ada masa kita boleh bergelar wahm, bertukar sahm, aktif bersoho. Maksudnya tiga topi ini kenalpasti dan sesuaikan penggunaan masa dan jadual kerja.

Wahm
Memang sudah difahami statusnya boleh bekerja dari rumah, tetapi tidak semestinya tidak boleh bekerja diluar rumah.

Jangan terikat apabila bergelar wahm,kita akan menyandang dan mahu gelaran itu sampai bila-bila. Jadikan ia fleksibel berdasarkan perkembangan bisnes atau kerja  kita dari masa ke semasa.

Usahawan sepenuh masa

Apabila kita sudah ada peningkatan dalam pengurusan bisnes dari rumah atau pun bisnes sudah pun makin berkembang, ada yang akan berhijrah dari kedai online ke kedai fizikal. Ada juga dari kedai fizikal ke kedai online. Tetapi matlamat yang sama masih boleh bekerja di mana-mana sahaja, dan kebebasan sebenar masih 
boleh urus dan ada pejabat dari rumah.

Ubah kebiasaan

1.      Jangan terkongkong dengan gelaran ‘wahm’ apabila mahu mengembangkan bisnes sedia ada.  Kadangkala wahm juga perlu keluar rumah untuk mendapatkan idea baru, urusniaga baru, pelanggan baru dan sebagainya.

2.      Boleh juga mempunyai beberapa ‘port’ atau pejabat, saya sendiri mempunyai tiga tempat khusus untuk bekerja, satu di rumah, satu lagi di port ‘B’ dan satu lagi di ‘C’. Lokasi ini berbeza untuk urusan penulisan atau bisnes. Jadi jangan terikat, ubahsuai dan kenalpasti mengikut keperluan.

3.      Ubahsuai juga masa untuk kerja dan rehat. Biasanya hari minggu sangat penting bersama anak-anak. Pada masa ini juga perlu member perhatian yang banyak kepada kerja urusan rumah tangga. Jadi alih semula hari cuti, contohnya Jumaat, jadi Sabtu dan Ahad bekerja seperti biasa, iaitu urusan rumah tangga dan keluarga. Maka jadikan Isnin sebagai cuti untuk melepaskan lelah. Jadi jangan terikat dengan kebiasaaan ubah kebiasaan ini mengikut keperluan.


Bagi yang baru mahu memulakan usaha bergelar wahm, buku wajib baca Jana RM Dari Rumah, langkah demi langkah asas sebelum bermula, beli di karangkraf mall, kerana dengan saya stok sudah habis

Harga promosi sekarang RM12.75 sahaja

atau bacaan ini


Apa yang terkandung di dalam ebook ini ialah :-
  • Bab 1: Pendahuluan & Konsep 
    Merupakan bahagian pendahuluan dan mengandungi pandangan dari wanita-wanita yang telah menjalankan perniagaan dan juga pekerjaan dari rumah. Juga turut menyentuh konsep=konsep bekerja di rumah serta jenis-jenis sumber kewangan apabila bekerja di rumah.
  • Bab 2: Masalah Mencentus Motivasi 
    Sedikit pencetus motivasi, iaitu, kisah benar dan pengalaman saya sendiri yang membuatkan saya berkobar-kobar untuk bertukar status dari pekerja di pejabat kepada suri rumah yang bekerja di rumah.
  • Bab 3: Matlamat Bekerja Di Rumah 
    Antara matlamat-matlamat yang boleh anda gunakan untuk memacu semangat anda bekerja di rumah.
  • Bab 4: Mengapa Anda Perlu Bekerja di Rumah
    6 sebab kukuh mengapa anda perlu bertindak sekarang dan mula bekerja dari rumah.
  • Bab 5: Mengapa Gagal Untuk Sukses Bekerja Di Rumah 
    10 sebab mengapa ramai yang gagal untuk bekerja dari rumah. Kenalpasti faktor ini dan elakkan ia dari berlaku pada diri anda.
  • Bab 6: Panduan Persediaan Sebelum Bekerja Di Rumah 
    9 persedian yang perlu anda ketahui sebelum anda memutuskan untuk berhenti kerja di pejabat dan mula bekerja di rumah.
  • Bab 7: Pelan Perancangan dan Bertindak 
    Contoh pelan perancangan dan bertindak untuk anda bekerja dari rumah.
  • Bab 8: Rahsia Kejayaan & Motivasi 
    13 Rahsia kejayaan untuk bekerja dari rumah.
  • Bab 9: Mencari Idea Bekerja Di Rumah 
    7 faktor yang perlu dipertimbangkan apabila mencari idea bekerja di ruma



Monday, October 29, 2012

Surirumah tanpa pembantu rumah! Tips wahm, sahm, soho


Teks : Masayu Ahmad

Kalau dengar super mak, super mama, atau super bibik, mana satu pilihan kalian. Hihi, tentulah semua cakap sudah biasa jadi super mak. Buka sahaja mata dah jadi super mak. Memandangkan ramai wanita kita adalah bekerja, tidak kira di rumah atau luar rumah, mahu atau tidak perlu juga jadi 'super'.

Berdasarkan pengalaman sendiri, ketika anak masuk tiga saya mula mengambil pembantu rumah, yang pertama Indonesia, ke dua Malaysia dan paling yang tahan lama Thailand. Akan tetapi dengan pelbagai warna warni kehidupan yang saya lalui bersama pembantu tersebut, selepas anak ke empat, saya tidak lagi menggunakan khidmat pembantu rumah.

Sementelah lagi selepas itu saya pula bergelar wah, sahm, soho. Apo ko namo pulak wahm, sahm, soho ni, jadi kalian cari sendiri.

Banyak penglaman manis, tunggang langggang, terbang, super tak super kalau tak ada pembantu rumah. Tetapi yang penting sekali bagaiman kita suami isteri bertoleransi.  Ada kejadian saya keluar untuk seminar 2 hari 1 malam. Ini paling lama saya tinggallah, saya boleh membayangkan keadaan di rumah macam mana, kerana semuanya seorang lelaki dewasa bersama tiga kanak-kanak riang. Ha,ha, boleh tak bayangkan selepas saya kembali ke rumah keadaan rumah permai dan indah (terbalikkan suasana ini).

Tetapi tak apa, sebab rasa lama tinggalkan walhal satu hari aje pun, kita rindui momen-momen bersama anak-anak dan suami, yang lain belakang kira.

Juga sangta berbeza persepsi, surirumah tradisional seperti mertua dan arwah emak.Juga suami tradisional seperti ayah.

Nah selepas bergelumang semula, tanpa bibik dan bekerja dari rumah, maka selepas kembali berhijrah ke  Kelantan, tu dia ehhh, saya perlu jadi  surirumha tradisional pada pandangan mata ayah dan mertua. Pada masa yang sama berwajah wahm, sahm, soho. Jadi macammana kekdahnya saya perlu bertukar 'super' dalam banyak kejadian.

Ada banyak ketika 'lembik' juga. Tetapi hanya kepada Alllah segala bantuan diminta dan sokongan 200 peratus suami yang tidak berbelah bahagi.

Alhamdulillah sekarang ini masih lagi boleh diurus dengan baik. Namun mertua masih tidak tahu dan saya tidak akan bagi tahu apa itu wahm, sahm, soho.

Jadi kalian yang masih berada di rumah sendiri, cuba pandang ke depan, nikmati dan hargai peluang yang ada. Jadikan hari-hari adalah hari kasih sayang.

Urus stress dengan super gembira

1. Rai diri sendiri dengan mengatakan pilihan ini adalah terbaik untuk diri kita. Ada banyak pro dan kontra mempunyai pembantu rumah antaranya kos sara hidup meningkat, tiada privasi dalam rumah, juga kebergantungan kita kepada orang lain.

2. Jadikan urus rumahtangga sebagai tanggungjawab bersama, agihan semula kerjasama dalam bentuk agihan tugasan untuk suami, isteri dan anak-anak.

3. Mula semula sesuaikan diri untuk tidka bergantung kepada orang lain, fokus urusan rumahtangga adalah mudah bukannya remeh temeh dan malas untuk selesaikan rutin sama setiap hari.

4. Jika jemu selang selikan aktiviti. Sentiasa susun jadual atau urusan rumahtangga mengikut kesukaan. Jika mahu tetapkan rutin yang sama terpulang kepada suri. Contohnya saya tidah meletakkan rutin menjemur kain pada awal pagi. Kadang-kadang jam tujuh pagi dan kadang-kadang pula jam 10 pagi.

5. Bagi suri yang bekerja dari rumah, rancang aktiviti kerja atau bisnes dan sesuaikan pula dengan keperluan rumah tangga. Contohnya seperti saya awal pagi adalah untuk menulis dan jam 10 hingga 4 untuk bisnes. Jam 4 dan ke atas untuk rumah tangga dan anak-anak. Sesuaikan aktiviti kerana bekerja atau bisnes dari rumah adalah fleksibel.





(klik link untuk dapatkannya)

Sunday, October 28, 2012

Travelog suri dari rumah

Teks: Masayu Ahmad

Hari ini dari jam 8 hingga 10 malam, selesai saya membaca travelog kehidupan abadi, perjalanan menuju masa, masya- allah ia sangat menyantun hati saya. Serap dan kemas dalam layar kota minda Ia bermua di Dundee dan ia kembali semua ke Dundee, perjalanan pengalaman isteri, suri rumah, wanita bekerjaya, dalam tempoh tiga tahun menjelajah ke luar negara  bersama suami Prof.Kamil.

Helaian demi helaian hingga bab akhir, habis saya baca selama 2 jam, berselang seli melayan kanak-kanak riang. Nah ia membawa pespektif berbeza namun ada persamaan tentang kisah suami isteri, anak-anak, dunia kerjaya, suri rumah, keluarga orang tempatan dan orang asing 'mat salih' dan 'minah salih'. Ia terungkap dalam catatan kenangan seorang wanita bermula dari kanak-kanak kampung yang menyimpan angan-angan di keluar negara. Angan-angan itu menjadi realiti dari udara kampung berpindah ke udara mengeluarkan kepulan asap. Bagi saya yang tidak pernah menjejak kaki ke sana, dapat membayangkan jalan cerita kisah 'benar' Roza Roslan dan suaminya Prof. Kamil. Ia lebih banyak menceritakan sisi kisah isteri, kisah yang penuh motivasi dan juga pengajaran dalam erti kata lain bersyukur dalam apa juga keadaan.

mukasurat 59 Travelog Kehidupan Abadi

Kami asyik menyaksikan askar Diraja Istana Buckingham bertopi tinggi dan menutup mata berkawad menukar giliran. Malah berbangga kerana dapat menabur jagung kepada merpati yang mengerumuni Trafalgar Square. Juga terpesona melalui Westminster Abbey dan beberapa tempat menarik yang lain.

Kami menaiki bas persiaran. Bas merah dua tingkat. Di sana sini pondok-pondok telefon berwarna merah amat memikiat. Ia bagaikan gambar yang pernha dilihat dalam poskad.

Sampai di Tower of London (castle yang besar) mata saya terpaku melihat jambatan gantung yang masyur tersergam indah di sisi. Saya fikir ia adalah London Bridge sehinggalah pemandu pelancong menyatakan bahawa jambatan itu dinamakan Tower Bridge.

Tiba-tiba saya mengimbau kenangan beberapa tahun yang lampu. Teringat kepada sekeping poskad yang dikirim oleh seseorang, yang tertulis di atasnya "Greetings From London".

"Ya Allah! Subhanallah sampai juga aku di sini."

Bab 2, mukasurat 71

Anggun Bergaya

Persiapan terakhir sebelum meninggalkan Scotland. Sekiranya diterbalikkan, persiapan sebelum kembali ke tanah air, Malaysia.

Saya menyediakan sepasang sut hitam buat suami. Sara memakai gaun kembang berjahit smoking di dada berjenama Laura Ashley. Azrai kelihatan comel sekali dengan dungari denim berjenama Osh Kosh.

Saya memakai sut berseluar berwarna hitam sedondon warna beh jenama Bally. Saya rapikan lagi dengan  mengikat sehelai skraf sutera buatan Itali di leher. Keronsang mewah berkilau bertatah kristal menambah gaya.

Muka surat 77

Selamat kembali ke Malaysia

Ia satu perasaan yang unik. Terasa Scotland yang ditinggalkan hanya menjadi satu cebisan kenangan yang sudah lama berlalu. Namun ia indah. Tersangat indah.

Kami mengemas diri di dalam bilik air berhampiran dengan tempat mengambil bagasi. Kami menyarung semula sut supaya kelihatan seperti orang baru pulang dari luar negara. Saya ikat semula skarf di leher dan sematkan kerongsang di atasnya.

Ah, menawan!

Anak-anak masih memberontak enggan berpakaian sebagaimana yang dihajati. Namun mereka akur melihat saya mula menyinga! Nada perlahan namun gigi dikertap dan mata saya jegil tajam.

"Pakai stoking dan jaket...Pakai!"

Apabila selesai urusan mengambil bagasi, kami cepat-cepat menuju ke balai ketibaan. Abah dan emak kelihatan melambai-lambai kami.

Kami bersalaman dan berpelukan.

Ramainya manusia panasnya suasana. Kami menggelupur kepanasan. Peluh menitik, merecik ke seluruh badan. Terasa bahang yang sangat membara. Suami sibuk, berulang alik menguruskan bagasi dan kelihatan mula menanggalkan sut.

Saya?
Masih dengan sut sedondon mempertahankan gaya walau peluh menyimbah mengalir terasa dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Anak-anak?
Saya biarkan sahaja emak menanggalkan pakaian dan kasut mereka. Hanya tinggal seluar sekeping tanpa baju. Pipi mereka merah menyala.

Travelog Kehidupan Abadi, perjalanan menuju dewasa

Bukan sekadar Respi RM35
Travelog Impian Abadi RM19
Travelog Kehidupan Abadi RM19
Pos RM10
Jumlah RM83 (Semenanjung)

Sabah Sarawak
RM37+21+21+ RM15 (pos)
Jumlah RM94

Bayar di sini http://kedaibukuonline.biz/index.php/tempahan 
 

Saturday, October 27, 2012

Berkorban kerjaya demi keluarga-wahm, sahm, soho

Teks: Masayu Ahmad

Majalah Mingguan Wanita, bilangan 1510, halaman 97

Sekitar empat tahun lepas, Ogos 2008 saya telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Ia sudah lama dalam perancangan dan fikiran. Apatah lagi dorongan kuat itu salah satunya adalah kerana Hakim setiap tahun, dan dalam setahun banyak kali berulang alik dan dimasukkan wad.

Hakim adalah sebab utama saya berhenti kerjaya, bertukar haluan untuk bekerja dari rumah. Tidak banyak kumpulan sokongan pada masa tersebut tentang panduan bekerja dari rumah. Yang ada adalah sumber di internet dan juga web dari negara-neraga maju yang sudahpun terkehadapan tentang bekerja dari rumah.

Tidak sekadar itu, ketika hamil anak ke dua saya sudah menetapkan matlamat mahu bekerja dari rumah. Selepas Hakim berterusan masuk wad, keluar masuk, saya sudah bertekad dan tidak menoleh ke belakang.

Ketika usia anak ke tiga enam bulan, saya memegang status wanita bekerja dari rumah. Pun, begitu pandangan dan penerimaan masyarakat pada ketika itu masih belum begitu terbuka tentang status wanita bekerja dari rumah.

Juga atas dorongan diri dan usaha inilah saya memberi dan mengutip banyak info bekerja dari rumah dan mula menulis tentanya di blog dan facebook. Saya mula mempunyai rakan-rakan maya (online) yang juga mempunyai tujuan yang sama, meninggalkan kerjaya dan memulakan kerja atau bisnes dari rumah.
Jadi saya abadikan blog ini, diari wanita bekerja dari rumah http://naufalsayang.blogspot.com/ (Panduan Bekerja Di Rumah, Wahm, Sahm, Soho)

Ia bukan sekadar catatan harian, malah juga saya berkongsi info terkini kepada wanita lain di luar sana yang ingin mencari peluang bekerja dari rumah.

Jadi pengorbanan awal saya, sebagai wanita bekerjaya, bukan sekadar pengorbanan kosong, ia adalah tambah nilai untuk keseimbangan keluarga dan kerjaya. Walau masih di rumah, saya masih punya pendapatan sendiri.

Hikmah daripada pengorbanan

Kerana dugaan anak sakit dan kerapkali ke hospital, hikmahnya saya dapat menyiapkan juga buku Jana RM Dari Rumah terbitan Grup Buku Karangkraf. Kerana ini jugalah impian saya untuk menjadi penulis sepenuh masa telah dapat direalisasikan.

Juga Kedai Buku Online yang telah menjadi idalam juga, telah beroperasi http://www.facebook.com/KedaiBukuOnlineDotCom.

Perkara yang paling membuatkan saya gembira, kerana dapat kembali berhijrah ke kampung tanah kelahiran. Kembali menjaga orang tua dan juga kedua mertua. Harapan saya lebih ramai yang dapat kembali bekerja dari rumah dan ia bukan sekadar berkorban kerjaya, kerana lebih banyak manfaat yang diperolehi jika kita melihat pengorbanan asal adalah titik tolak kepada matlamat yang lebih realistik.

Ini buku pertama saya



Ini pula ebook pertama masih berkisar panduan bekerja dari rumah khusus untuk wanita, lelaki pun boleh baca, boleh beli di sini www.janawangdirumah.com.

Ini pula pilihan pakej mula bisnes atau buku-buku yang sesuai jika kalian mahu dan mula merancang bekerja atau bisnes dari rumah

Pakej mula wahm, sahm, soho

Semenanjung: RM77.00+ RM10 pos (Jumlah RM87)
Sabah sarawak RM84 +RM15 (Jumlah RM99)
Bayar di sini: http://www.kedaibukuonline.biz/index.php/tempahan




Sup tulang vs daging goreng kunyit

Teks: Masayu Ahmad
Sumber foto: tanya sama pakcik google


Petang nyaman begini, memang enak kalau letak kepala di bantal yang lembut dan gebu. Udara nyaman, cuaca molek, sana sini banyak undangan makan-makan, jenuh perut. Saya tidak kemana-mana memandangkan Arissa dan Aiman masih tidak sihat. Maka, kami berada di rumah mertua sahaja. Ada beberapa undangan, tetapi kami tidak pergi. Tambahan pula esok en.suami out station, maka misi mengemas belum selesai lagi.

Itulah, beraya di sini memang meriah dengan daging, semestinya di tempat kalian juga kan. Hari raya pertama, menjelang tengahari, sekejap, bunyi hon motor, sekejap bunyi orang memberi salam. Plastik berisi daging bertukar tangan, sekejapan sahaja peti ais sudah penuh dengan daging. Sekejapan juga ada yang menjemput makan kenduri, majlis biasa pada hari raya aidil adha. Satu kampung menunya daging.

Soalan Arif menarik perhatian saya,

"Ibu, bakpo pok cik bagi daging. Semua orang beri daging."

Saya ketawa sendiri. Teringat pula kisah semasa hamil kepada Aiman, kami beraya di Kuala Lumpur, tidak pulang kerana sarat dan sudah sampai hari. Saya mahu makan daging segar korban. Maka mencarilah saya di masjid ke masjid, oh rupanya perlu kupon. Kami tidak layak. Jadi segan dan tidak mungkin saya masuk dan meminta, kerana keadaannya tidak sama di kampung ;) kalau mahu makan memang ada jamuan, tetapi saya segan kerana tidak membantu sama. Mencari pula di tepi jalan. Nasib baik ada yang menjual daging segar, itu pun bukan orang kita. Payah benar mencari ketika benar-benar mahu.

Nah, semalam tidak termakan kerana banyaknya daging. Tengahari saya masakkan daging goreng kunyit, tambah menu acar mentah (adunan timun batang dan kobis). Semua licin. Malam sebelum balik rumah mertua, saya masak lagi, usai mengemas kami berangkat pulang. Sampai di rumah mertua, tu dia, keadaan yang sama penuh dengan daging juga. Betapa mewahnya kita rakyat Malaysia, mati kerana makan. Badan juga rasa tidak sihat kerana asyik makan daging sahaja ;)

Rumah sendiri ada yang 'korban daging', adik beradik, jiran tetanttag, semua ada bahagian untuk diagihkan, jumlahnya jadi banyak apabila setiap orang memberi. Menu sup tulang, singgang, goreng kunyit dan gulai kawah, menu seminggu pada musim raya korban begini. Lembu terkorban isinya daging, manusia terkorban kerana banyaknya makan dan penyakit pula bertandang, jadi berpada-pada saat kemewahan begini. (Ingatan buat diri sendiri.



Thursday, October 25, 2012

Alunan takbir bergema bersahutan- catatan suri di pagi indah


Allahuakbar, Allhaukbar, Allahukbar

Hening subuh disambut segar dengan alunan zikir, takbir dan tahmid. Celik mata, alhamdulillah atas rezeki nafas hari ini. Meraikan aidil adha bersama keluarga. Sehari sebelum membuat persiapan untuk mertua. Sehingga malam usai selesai mengemas di rumah mertua, saya bertolak balik pula rumah ayah.

Pagi ini masak gulai ayam kelate dan ayam goreng. Juga ketupat daun palas serunding daging. Kanak-kanak pagi ini Arif dan Hakim sudah ke masjid bersam ayah. Alhamdulillah. Cuti begini, saya tidak cuti mahu memecut menyiapkan manuskrip. Sudah banyak yang tertangguh. Insya-allah, insya-allah saya cabar diri sendiri dalam lima hari ini menyiapkan ada lima tugasan yang perlu disiapkan dalam lima hari,

Pun begitu, kedai http://www.facebook.com/KedaiBukuOnlineDotCom tetap beroperasi seperti biasa, tempahan diterima setiap hari 24 jam tanpa cuti. Jadi miliki buku idaman, kami akan masukkan lebih banyak judul dari penerbit terkemuka di Malaysia, Karangkraf, PTS, Telaga Biru, Galeri Ilmu dan banyak lagi. Dari bacaan awal hingga kitab agama, terjemahan dan sebagainya.

Pelanggan juga boleh mengemukakan buku apa yang ingin dibeli, jika tidak ada boleh cadangkan, saya akan masukkan stok tersebut. Insya-Allah


Sehari sebelum Aidil adha

Teks: Masayu Ahmad

Ketika ini berbondong-bondong jutaan umat manusia sedang wukuf di Arafah. Ya, Allah, jemput aku, seluruh umat Islam ke sana, ke rumah suci, sudah tidak ada peluang tahun ini. Jemputlah untuk tahun-tahun akan datang. Ya Allah permudahkan perolehan rezeki, permudahkan segala urusan, permudahkan agar dapat datang ke sana, ke makkah, ke madinah, ke tanah suci.



Wukuf di Arafah
Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang kedua tetapi yang utama dari rukun-rukun haji itu. Itu adalah berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Dari Abdul Rahman bin Ya'mur r.a katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w menyuruh seorang penyeru menyerukan : "Haji itu ialah "Arafah". Barang siapa datang pada malam tanggal sepuluh, sebelum terbit fajar, bererti dia telah mendapatkan Arafah" (Riwayat - Ahmad dan Ashabus Sunan)
WAKTU WUKUF 
Apabila tiba 8 atau 9 Zulhijjah, setelah berihram (bagi mengerjakan haji secara tamattu') maka berangkatlah untuk berwukuf di Padang Arafah. Arafah letaknya di luar Tanah Haram dan jauhnya dari Mekah lebih kurang 12 batu atau 18 kilometer.

Masa yang wajib berada atau berwukuf di Arafah ialah di awal waktu Zuhur pada 9 Zulhijjah, hingga sebelum fajar pada hari Nahar, iaitu 10 Zulhijjah, tetapi tidak semestinya berada di Padang Arafah itu sepanjang masa yang tersebut kerana sahlah berhenti disitu walaupun sebentar sahaja pada masa di antara Zuhur 9 Zulhijjah hingga sebelum fajar 10 Zulhijjah.
Masa yang sebaik-baiknya ialah sebahagian dari kesembilan dan sebahagian malam kesepuluh. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Rasulullah s.a.w berrsabda "Barangsiapa dapat berada di Arafah sebelum terbit fajar (pada hari yang kesepuluh Zulhijjah maka dapatlah haji itu"
Sumber: http://www.al-azim.com/haji/rukun_wukuf.htm
ri umat Islam yang mengerjakan haji melakukan wukuf di Arafah.

- Hari Arafah hari istimewa.
Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada satu hari dimana Allah Taala paling ramai membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah." (Sahih Muslim)

- Pujian Allah bagi orang yang wukuf di Arafah.
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya Allah SWT. memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penduduk langit dan berkata kepada mereka : “ Lihatlah kepada hamba-hambaKu yang datang kepadaKu.“.(HR Ahmad)

- Digalakan berpuasa kepada yang tidak menunaikan haji.
Rasulullah saw. ditanya mengenai puasa pada hari Arafah. Rasulullah saw.mengatakan, Dikaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (HR Muslim)

Wednesday, October 24, 2012

putu halba dan hujan

Teks;Masayu Ahmad

yang ini ada rupa versi dulu likat, padat dan sedap, adunan tepung ubi kayu dan nisan

ini versi putu piring tapi masi ubi kayu dan nisan


Esok sambutan Aidil Adha, insya-Allah. Hari ini cuaca sangat cantik bolehlah menjemur pakaian seberapa banyak yang mungkin. Kemas rumah. Anak-anak sudah semakin ok, tinggal Aiman masih lagi batuk dan lemah. Pun begitu urusan kerja tidak terganggu. Hanya hari ini perlu fokus mengemas rumah ;).

Semalam ketika pulang singgah di tepi jalan membeli putu halba. Sukar mahu jumpa putu halba versi zaman kanak-kanak riang. Yang ada versi putung piring. Tak apa saya beli juga mahu rasa dan menikmati. Memang tidak sama.

Nasi dagang
Mertua memesan belikan ikan aya, halia dan asam limau. Itu pesanan untuk hari ini, kerana esok mahu masak nasi dagang dan gulai ikan. ; Jadi itulah menu pagi raya, selain tengahari daging dan sewaktu dengannya akan memenuhi peti ais. Biasanya akan penuh seminggu.

Tuesday, October 23, 2012

Jutawan juga bermula tanpa modal


Ramai jutawan yang lahir daripada pendekatan bootstrap apabila ingin memulakan bisnes termasuk irfan khairi. Dengan menggunakan kaedah bootsrap, anda lebih berhati-hati dengan wang yang dilaburkan. Anda juga akan lebih mempelajari daripada usaha bisnes sendiri.
Ia juga akan memaksan anda menggunakan inovasi dan kreativiti dalam menguruskan bisnes. Mulakan secara kecil-kecilan. Kembangkan bisnes perlahan-lahan dengan ilmu dan pengalaman yang dikumpulkan melalui bootstrap.

Microsoft dimulakan tanpa menggunakan wang, Bill Gates. Pada asalnya, Microsoft mendapat penaja kerana ia adalah idea yang hebat.
Irfan Khairi sdn.bhd dimulakan tanpa modal sendiri. Bermula dengan penulisan buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar (tidak menggunakan modal, hanya ilmu) dan diterbutkan oleh syarikat lain. Keuntungan royalty digunakan untuk mengembangkan syarikay.
Jadi, sekiranya mempunyai idea yang hebat, bukakan minda idea hebat tidak perlukan modal, idea hebat menarik modal dengan sendiri.

Personaliti dalam bisnes
Bisnes yang ada sentuhan ‘personaliti’ lebih mendapat sambutan berbanding sebaliknya. Contohnya Rahsia bisnes internet, personaliti Irfan Khairi, True Wealth adalah Azizi Ali.
Tidak kira bisnes kecil ketengahkan personality.
Kalau dengar wahm,sahm, soho ingat saya ya-Masayu Ahmad

Sumber buku: Nota motivasi nota jutawan
beli dan bayar di sini

Bisnes tanpa modal- sertai saya

Bagi kalian yang berminat

-suka baca buku
-suka buku
-mahu jual buku

Komitmen
- ada komputer dan internet
-suka belajar, bermotivasi, tidak putus asa

Sertai saya

Kedai Buku Online Network memerlukan kalian seperti di atas.
- Dropship
-Tanpa modal
-Penyertaan terbuka bagi yang berada luar kelantan

syarat wajib perlu baca buku Jana RM Dari Rumah atau ebook www.janawangdirumah.com


Mesej saya di fb nyatakan minat,http://www.facebook.com/masayu.ahmad

Bagi kalian yang sudah dan ada keinginan merancang bekerja/bisnes dari rumah ini antara buku-buku awal sebagai permulaan. Buku wajib baca

Pakej untuk sahm, wahm, soho
\

Semenanjung: RM77.00+ RM13 pos laju (Jumlah RM90)
Sabah sarawak RM84 +RM15 pos domestik (Jumlah RM99)
Bayar di sini: http://www.kedaibukuonline.biz/index.php/tempahan



Sunday, October 21, 2012

Travelog suri rumah



Segala-galanya indah di Dundee, Scotland. Kediaman kami berada di tingkat satu bangunan tiga tingkat. Tingkap utamanya menghadap laut. Di seberang laut terletak lokasi popular, Kelab Golf St, Andrew. Ia dihubungi oleh sebuah jambatan yang dikenali sebagai Tay Bridge.

Jambatan itu dapat dilihat secara jelas daripada tingkap rumah kami. Malah, sayup-sayup mata terpandang tulisan TESCO sebelum bergerak ke arah jambatan itu. Ia pandangan yang cantik dalam suasana yang redup dingin.

Ketika kami memasuki rumah, kelihatan ramai pekerja universiti sedang bekerja, Mereka menukar tikar getah lantai. Pantas mereka bekerja. Seorang pekerja perempuan separuh umur datang membersihkan lantai, mencuci tandas, serta menghantar bantal dan cadar. Beliau memperkenalkan dirinya sebagai Katie.

"Saya datang seminggu sekali bagi mengemas rumah ini," kata Katie. Wah, saya ada pembantu rumah!

Bab 2, Suri rumah, muka surat 5
 Travelog Kehidupan Abadi, perjalanan menuju dewasa

Beli pakej Roza Roslan


Travelog Impian Abadi RM19
Travelog Kehidupan Abadi RM19
Pos RM10
Semenanjung : Jumlah RM83 

Sabah Sarawak
RM37+21+21+ RM15 (pos)
Jumlah RM94

Dapatkan pakej ini, bayar di sini http://www.kedaibukuonline.biz/index.php/tempahan

Cuti sekolah-tips wahm, sahm,soho

Teks: Masayu Ahmad

Baru sampai rumah mertua, berehat sekejap, Arissa lelap, saya pun terlelap juga. Keletihan dan rasa segar semula apabila dapat rehat. Tiga beradik berjimba-jimba dalam bilik air.

Khamis ini ramai yang akan pulang kerana sambutan raya Aidil Adha, dan beberapa minggu lagi akan menyusul cuti sekolah.

Saya urusan kerja masih seperti biasa, tetapi masih menyusun aktiviti kanak-kanak riang. Salah satunya saya sudah berkongsi dalam entri yang lepas.

1. Menyusun semula atau deko semula bilik soho untuk menjadikan bilik aktiviti.

2. Menyusun kotak-kotak berupa buku bacaan.

3. Mengasingkan kotak buku-buku latihan yang masih boleh dibuat oleh kanak-kanak riang. Mana-mana buku yang masih ok, perlu diberi nafas baru, kerana mereka masih boleh menggunakannya.

4. Aktiviti mengaji quran interaktif.

Malam hari Hakim akan ke kelas mengaji quran seperti biasa, cuma untuk Arif dan Aiman masih pilih beberapa tempat lagi.


                              RM99.60 termasuk pos laju Semenanjung, Sabah Sarawak
Bayar di sini
http://kedaibukuonline.biz/index.php/tempahan

Friday, October 19, 2012

satu lagi kunci

Teks: Masayu Ahmad

Hari ini berada di rumah ayah. 20.10.79, iaitu 33 tahun yang lepas saya dilahirkan ;). Tiada dan jarang menyambut hari lahir, kerana ia bukan acara atau budaya dalam keluarga. Pun begitu fb dan trend sosial hujung jari kini memudahkan kenalan mengucapkan dan menghadiahkan doa panjang umur, murah rezeki. Alhamdulillah, terima kasih.

Satu lagi kunci semalam saya dapat. Apa kuncinya, ia adalah beberepa kunci sebelum ini yang diberikan tuan empunya pemilik. Jadi moga saya dapat mengguruskannya dengan baik dan penuh amanah.

Alhamdulillah, masih upaya meneruskan perjuangan, tugas tergalas perlu diselesaikan. Moganya usia 33 ini saya lebih matang, lebih bertenaga menguruskan cabaran, lebih suka berusaha, lebih banyak amal, lebih persediaan untuk mati, lebih dalam apa sahaja kebaikan.

Alhamdulillah atas pencapaian saya setakat usia 33 tahun
singgah sini
Perkongsian terus dari saya http://www.facebook.com/masayuahmaddotcom
Kedai buku idaman sudah pun dimiliki http://kedaibukuonline.biz/
Boleh juga beli di sini http://www.facebook.com/KedaiBukuOnlineDotCom
Juga barangan sunnah di sinihttp://www.facebook.com/pages/Gedung-Serbanika-Online/344503088959718
Juga di sini blog terawal saya http://masayuahmad.blogspot.com/
Juga terbaru dari saya http://wahmsahmsoho.blogspot.com/

Thursday, October 18, 2012

Tips belajar bermain-untuk anak-anak wahm, soho

Teks: Masayu Ahmad

Pagi yang tenang, hujan masih turun, suasana redup dan segar sekali. Hari ini Jumaat, semua bercuti. Hujung minggu dan awal permulaan musim tengkujuh dan juga cuti sekolah. Saya? Masih bersama deretan tugas seperti biasa.

Ubah suasana segar

Saya sedang ubahsuai semula soho, beri mood segar dan suasana ceria untuk anak-anak. Apabila musim cuti banyak aktiviti perlu dibuat agar anak-anka tidak bosan. Saya guna pendekatan apa yang mereka suka bukan saya suka.

Ok, saya sudah dapat beberapa idea untuk ubahsuai, ia masih mengekalkan bajet ciput/minima iaitu guna apa yang ada dan tambah apa yang murah dan masih guna sentuhan segar atau baru. Tidak perlu buang duit untuk beli perabot baru.

Pembelajaran interaktif

Bukan kerana saya menjual, tetapi manfaat yang saya mahu kongsi. Sejak ada e-iqra hakim dan arif sudah mula dan kurang aktif dengan game di internet. Kalua balik sekolah terus masuk bilik dan dengar/main e-iqra. Ia satu teknik pembeljaran warna warni sama sepert belajar www.starfall.com ia seperti itu. Cuma manfaatnya adalah anak-anak mendapat pendedahan lebih awal mudah belajar quran dan tajwid, ada soalan dan kaedah jawab yang seronok, bergambar dan warn warni. Ada masa kelak memang saya mahu siapkan video anak-anak sendiri ya. Bersabar, e-iqra pelaburan paling baik untuk ulangkaji quran dan tajwid. Ia bukan sekadar untuk anak-anak tetapi seisi keluarga juga.

Tema warna
Tema warna pilihan saya, adalah biru dan pink. Ia untuk 3 kanak-kanak lelaki dan seorang bayi perempuan. Nanti saya akan kongsi sebelum dan selepas ubahsuai. Apabila bekerja dari rumah, bukan sekadar kita, anak-anak juga mahukan ruang mereka yang santai dan seronok.






Wednesday, October 17, 2012

Hujan dan teh panas

Teks: Masayu Ahmad

Awal tengkujuh sudah mula menampakkan diri. Pagi ini subur tanah disimbah hujan, nyaman suasana dengan udara sejuk dan segar. Anak-anak sudah pun berada di tempatnya seawal jam 8 pagi. Semua bangun  bersemangat.

Jam sekarang 10.30, hujan masih renyai dari awal pagi. Alhamdulillah atas kurniaan rezeki kesihatan dan kasih sayang. Bugar pokok keliling rumah disentuh hujan. Pagi ini saya masih di rumah, selepas zuhur baru mahu keluar menghantar barang.

Alhamdulillah atas rezeki Allah. Banyak saya mahu kongsikan sejak pagi tadi, tetapi disebabkan beberapa perkara sangkut pula.

Ok, untuk para pembeli setia buku online, kini ada beberapa pakej promosi yang menarik untuk dimilki. Pakej promo untuk menjimatkan kos pos.

Pakej mula bisnes dari rumah

                     Semenanjung: RM77.00+ RM10 pos (Jumlah RM87)
                     Sabah sarawak RM84 +RM15 (Jumlah RM99)

Bisnes tanpa modal

Teks: Masayu Ahmad


Salam kasih sayang, sudah 18 Oktober 2012, aduhai sungguh pantas masa berlalu. Anakanda Hakim selesai juga peperiksaan akhir tahun. Tahun ini masih tahun berjimba-jimba Hakim. Mana taknya, saya belikan banyak buku latihan untuk latih tubi, tidak mahu dibuatnya. Diberi alasan, "tak apa bu, sene jah, abe biso doh". Adeh sakit jantung. Bak kata en.suami, ala darjah satu aje pun Uhuk.

Saya sebetulnya bukan mahu meletakkan sasaran nombor 1, tetapi saya mahu menitipkan perasaan bahawa dalam hidup ini, apa-apa pun perlu berusaha dan kerja keras. Bukan ambil mudah semua perkara.

Disebabkan juga itulah, Hakim dengan penuh keyakinan ke sekolah pada malam hari tidur dengan lena. Tidak mengapalah anak, nikmatilah kehidupan zaman kanak-kanak. Tetapi saya masih memantau, alhamdulillah subejk agama, arab, jawi dia sangat ok. Saya gembira akan hal itu. Sejak sebelum puasa saya sudah menghantar Hakim untuk belajar mengaji malam, dan apa yang saya suka di situ  ada ulangkaji untuk subjek tambahan seperti akhlak, jawai, tajwid dan sebagainya. Mudah, sekiranya mahu sambung aliran tersebut jika ke tingkatan 1 nanti.

Pantan masa berlalu ibarat cengkaman pedang

Masa sekarang sangat laju, tak terjangkau dek akal. Iya, kita sudah berada di akhir zaman, dengan pelbagai huru hara terutama di negara-negara Islam di tanah arab sana. Ya Allah bantulah mereka. Takut juga memikirkan apa yang berlaku di zaman anak-anak kita dewasa dan hari tua mereka kelak. Jadi sekarang, saya perlu memberikan ilmu agama terbaik, sebagai bekalan di sini dan di sana. Moganya, saya mampu melunaskan tanggungjawab ini dengan baik.

Bisnes tanpa modal

Oh, ya saya masih lagi membuka peluang kepada kalian yang berada di luar Kelantan.
Suka baca buku dan mahu menambah pendapatan. Hanya promo dan dapat komisyen. Saya suka mereka yang suka berusaha, komitmen dan ingin mencari pendapatan sampiangan/sepenuh masa. Kalian mestilah perlu ada komputer, internet, kecintaan terhadap buku yang tinggi. Boleh sertai saya, add saya di facebook
http://www.facebook.com/masayu.ahmad, tinggalkan mesej ya, katakan berminat.

Promosi pakej
Klik di sini untuk beli


Harga pakej
RM99.60 termasuk pos laju Semenanjung
pos daftar sabak sarawak
Bayar sini


Semenanjung: RM77.00, S&S: RM84.00. Postage - RM10.00 & SS RM15.00



Sunday, October 14, 2012

Salam kasih sayang

Teks: Masayu Ahmad

Terpaku sebentar tidak tahu mahu memulakan apa, ya, ini perkhabaran, bahawa beberapa hari lagi, saya akan tunjukkan satu lagi web buku yang memudahkan pembelian kalian. Insya-allah.

Sebelum itu mahu promi juga, senarai buku wajib baca bagi yang mahu mula bekerja/bisnes dari rumah.



beli di sini http://www.facebook.com/photo.php?fbid=471545676201378&set=a.471244229564856.101475.325713544117926&type=1&theater


Thursday, October 11, 2012

Setiap hari mulakan dengan super seronok-wahm,sahm,soho

Teks: Masayu Ahmad


Hari indah bermula lagi, salam Jumaat yang terhebat. Selawat ke atas junjungan nabi Muhammad s.a.w. Bugar pagi ini dengan deretan tugas yang setia dan sedia untuk diuruskan. Pun begitu seperti biasa menjengah di dapur kasih sayang. Bihun goreng, keropok, karipap teh o panas sajian pagi ini.

Bagi yang mencari-cari bacaan sesuai untuk memulakan bisnes atau kerja dari rumah, di bawah adalah bacaan asas sebelum bermula. Labur dalam ilmu dan insya-allah idea mencurah-curah datang.

10 keseronokan bergelar wahm, sahm, soho

1. Kita tentukan apa yang kita mahu dan apa matlamat mahu capai 2,3,4,5 tahun dari sekarang.

2. Sema proses anak-anak membesar kita ada bersam meraikannya.

3. Boleh bercuti di mana-mana dan bila-bila masa. Untuk capai tahap di mana-mana perlulah kerja keras dulu kan. Jadi perlu rancang dari sekarang.

4. Anak sakit kita ada, anak gembira kita ada, pendek kata kita ada bila-bila masa anak-anak memerlukan ibu mereka.

5. Kita tidak terikat dengan siapa-siapa, hanya perlu mengikut panduan yang sudah ada dalam quran dan sunnah. Jadi pilihan terbaik ikut apa yang 'majikan' sebenar mahukan.

6. Kita boleh keluar dari kebiasaan yang orang lain semua terlibat sama, kesesakan trafik, hidup dalam tekanan, berpusu-pusu di pasaraya apabila masa gaji, bercuti pada masa orang lain juga cuti (jadi dah tak ada privacy)-pilihan di tangan kita sendiri.

7. Berkerja dari rumah memang indah, lebih indah kita juga maish boleh bekerja di luar rumah pilih mana sahaja lokasi idaman hati.

8. Mengapa masih keliru sedangkan sudah ramai yang sukses, jadi jangan buang masa.

9.Jika gagal pastinya perlu ada persediaan yang rapi, sekarang ini sudah banyak pilihan dan peluang bekerja dari rumah.

10. Baca buku jana rm dari rumah atau ebook ini www.janawangdirumah.com, saya sudah buktikan, jadi kalian juga sudah tentu boleh!


                                                            Semenanjung: RM77.00, S&S: RM84.00. Postage - RM10.00 & ss RM15.00

Tuesday, October 9, 2012

Kematian dan huru hara kiamat


Teks: Masayu Ahmad

Sudah lama tidak membebel di  sini, semalam ketika sibuk menyusun buku dan kemaskini buku-buku di web dan kedai online. Saya menarik dua buah buku huru hara hari kiamat, satu terbitan al-hidayah dan satu lagi terbitan pts.

Terpaku juga di meja kerja, satu helai demi satu helai, walau kita tidak menjangka kematian bila, dan bila juga kiamat, tetapi amat pasti ia akan berlaku. Cuma saat ini merasakan sangat merasakan jika Allah tarik nikmat umur yang ada, saya memang sangat cetek bekalan. Aduhai, aduhai, jadi saya letakkan buku-buku hari kiamat, alam kubur di atas meja. Ingat untuk saya setiap hari.

Buat yang terbaik segera selesaikan

Ada atau kita pernah baca, bekerja seolah-olah mahu hidup lama dan beribadah seperti sudah mahu meninggal. Ramainya kita bekerja seperti tak mahu mati, rasa seronok mengejar dan lupa akan kematian di hujung tanduk sahaja sebenarnya. Saya tujukan ini kepada diri sendiri, betapa sangat sedikit persediaan kita kematian menjemput.




Sunday, October 7, 2012

Kisah petani dan cangkul



Ini adalah satu kisah contoh seorang petani berhaya yang telah melakukan pekerjaan bertaninya dengan penuh semangat dan dirinya telah melakukan kerja itu dalam jangkamasa yang lama. Suatu hari si petani ini mendengar sebahagian orang di kampungnya pergi meningalkan aktiviti pertanian mereka demi mencari intan.

Di mana, ada seorang daripada orang kampung mereka yang mendapatkan intan, dan hal ini menjadikannya seorang yang kaya raya.

Kemudian fikiran si petani berjaya ini berkobar dan kemudian dirinya menjual ladangnya dan pergi ikut bersama orang sekampungnya melakukan pencarian intan.

Lelaki ini terus melakukan usaha pencarian selama tiga belas tahun untuk mencari intan, namun dirinya tidak mendapat apa-apa. Hingga suatu ketika dirinya berasa putus asa dan tidak dapat merealisasikan impiannya. Dia mendapati dirinya berada di tengah lautan, menjadi makanan bagi ikan-ikan di lautan.

Sedangkan petani baru yang telah membeli ladang milik si petani pertama tadi, bekerja dengan sekuat tenaga untuk bercucuk tanam di ladang barunya. Suatu ketika dirinya menemukan suatu sinar di ladang tersebut, dan tatkala dipungutnya dirinya mendapati sesuatu tersebut adalah sepotong intan kecil.

Kemudian dirinya berusaha menggali ladangnya tersebut penuh semangat, lalu dia menemui intan kedua dan ketiga. Sungguh menakjubkan, ternyata di ladang barunya terdapat intan

Sumber buku

Saturday, October 6, 2012

Berakhir sudah siri jelajah Pok Mat

Utara

Wajah ini menyimpan banyak cerita sukar diungkap. Wajah ini dibawa dua anak lelaki ke utara, mengambil angin segar. Bermula di Kedah dan jelajah sekitar utara. Jadi Mok Yu boleh berehat sebentar dari rutin, bukan berehatpun, boleh sebentar dan kebetulan banyak urusan lain. Urusan memang tidak pernah habis kan.


Hanya dengan masa yang berbaki, tidak tahu siapa pergi dahulu, moganya diberi Allah kesempatan kami, adik beradik berusaha terbaik menjaga kebajikan ayah.


Selatan
Momen ini mengingatkan saya ketika awal perkahwinan bawa arwah mek dan ayah ke putrajaya. 


Selesai sudah perkahwinan Puteri Arora yang mana ayah suka akan air tangannya, hampir sama dengan arwah mek. Jelajah temerloh sebelum pulang semula ke Kuala Lumpur. Hari ini akan kembali ke ke Kelantan.

Alhamdulillah sudah berminggu ayahanda mengambil angin segar, hari ini akan kembali. Jadi Masayu Ahmad sila jemput pok mat jam sebelas, nanti lupa pula.



Friday, October 5, 2012

8 sebab seronoknya memegang status wahm,sahm, soho

Teks: Masayu Ahmad


Apa seronoknya bekerja dari rumah. Saya senaraikan 8 kegembiraan berikut.

1. Saya masih tidak terikat dengan siapa-siapa. Hanya terikat dengan majikan sebenar, yang membenarkan saya dilahirkan di muka bumi. Jadi walau di rumah atau di luar rumah saya masih ada aturan dengan majikan yang sebenar. Tetapi saya tidak terikat dengan manusia yang mengarah itu dan ini. Saya masih boleh melakukan apa sahaja agar tidak melanggar aturan dan sudah ada peraturan buat isteri dan wanita bekerja. Sama ada di dalam rumah mahupun luar rumah. Buat pilihan yang mengembirakan 'Majikan sebenar' bukannya mengembirakan 'manusia'.

2. Saa masih boleh mengawal dan urus masa dengan kadar semasa sibuk, kurang sibuk atau semasa super sibuk. Apabila super sibuk dengan urusan kerja, keluarga, orang tua dan anak-anak, ambil masa untuk fokus bertenang, mula susun rutin dan lakukan dengan hati lapang.

3. Raih pendapatan dengan cara kita mahukan. Berapa banyak peluang yag ada di muka bumi ini untuk mencari rezeki. Malaysia adalah negara yang banyak sumber, cari peluang tersebut ia ada di mana-mana, asalkan kita rajin berusaha dan tidak putus asa. Hanya orang malas sahaja yang mencipta alasan, sama-sama berubah dan tentukan pilihan yang kita mahukan.

4. Bila-bila masa sahaja saya boleh ubahsai soho saya. Ketika rajin menggebu menulis, saya boleh fokus menulis, ketika kanak-kanak riang mahukan perhatian, saya ubahsuai semula mengikut keperluan iaitu saya dan anak-anak masih boleh bersama dalam suasana yang kami sukai.

5. Kita yang tentukan pilihan bukan orang lain. Ketika membuat keputusan berhenti kerja, saya mengikut kata hati dan naluri, sudah tentulah ia adalah hasil usaha selama ini yang mula fokus untuk bekerja dari rumah.

6. Tinggalkan kebiasaan ramai orang. Saya tidak suka kesesakan lalu lintas, kesesakan ketika membeli belah di pasaraya. Saya sukakan suasana yang lengang, dan jalanraya yang tenang. Ubah dan pilih cara ini. Juga seronoknya membawa anak-anak bermain di taman permainan ketika tidak ramai orang.

7. Boleh merasai ketenangan di kampung dan bercuti pada bila-bila masa. Betapa ramai orang yang sangat sukar mendapat cuti ketika anak sakit. Betapa ramai orang hanya tunggu hujung tahun semata-mata mahu bercuti, sedangkan kita boleh pilih dan ubah cara biasa itu. Lakukan perkara-perkara biasa dengan sentuhan luar biasa. Walau bercuti masih boleh membuat kerja atau rutin harian.

8. Pilih yang terbaik untuk kehidupan. Hiduo hanya sekali, jangan rugi dengan melakukan perkara yang meningkatkan tekanan kehidupan. Anak-anak juga membesar sekali sahaja, jadi masanya untuk merai semasa proses mereka membesar.

Salam kasih sayang, sesiapa yang belum lagi membuat persediaan bekerja dari rumah. Boleh mulakan hari ini.

www.janawangdirumah.com

Buku wajib baca untuk usahawan di rumah

Beli di sini

yang ini


http://www.facebook.com/photo.php?fbid=438128519543094&set=a.429807340375212.91437.325713544117926&type=3&theater

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin