Monday, August 27, 2012

Sejuk nyaman segar bugar pagi nan indah

Teks & foto: Masayu Ahmad


Assalamualaikum w.b.t

Salam kasih sayang, udara pagi ini sangat nyaman, cuaca molek. Arissa, Arif dan Aiman masih nyenyak tidur. Hakim sudah ke sekolah, en.suami juga sudah ke tempat kerja. Ibu, sudah memulakan rutin hari. Masih ada tiga bakul kain mahu dilipat. Sejak lepas raya, saya bagi peluang anak-anak tidur. Ibu masih menyesuaikan diri dengan tugasan baru, tambahan tugas sedia ada.

Tempahan keropok keping sudah dibuka

RM20 untuk 1 kilo termasuk pos, skynet untuk semenanjung, pos daftar untuk sabah dan sarawak.

Bersambung...


Sunday, August 26, 2012

Medium terbaik mempromos bisnes

Dimanakah medium atau apakah cara terbaik untuk mempromosikan bisnes?

Sebenarnya tiada satu medium yang terbaik untuk mempromosi semua jenis bisnes. Ia bergantung kepada produk, harga, pelanggan dan juga wang yang anda sanggup laburkan dalam promosi.

Sebagai contoh, medium promosi menjual suplemen kesihatan adalah berbeza dengan medium mempromosi menjual buku. Bagi menjual suplemen kesihatan, berkemungkinan medium terbaiknya dengan meletakkan iklan dalam majalah kesihatan. Manakala, untuk menjual buku medium terbaik mungkin dengan meletakkan poster di kedai-kedai buku.

Tanya diri anda sendiri
Apakah cara paling efektif untuk mempromosikan produk kepada pelanggan yang betul-betul berminat dan mempunyai keupayaan membeli daripada anda.

Pelbagaikan media untuk memastikan jawapan anda. Teruskan mencuba setiap medium promosi dan bandingkan hasil jualan setiap cara tersebut sehingga anda jumpa medium promosi yang memberi pulang terbaik.

Sekiranya tidak cuba tidak tahu.

Sumber: Nota Jutawan Nota Perniagaan


Suasana syawal

Teks: Masayu Ahmad

Tahun ini kononnya mahu tema warna coklat, tapi tema dah kelaut, memandangkan baju raya Aiman dibeli sehari sebelum raya. Apakan tidak, masa saya banyak dihabiskan ulang alik ke hospital, tup-tup dah nak habis puasa.

Saya mengambil  kesempatan ini untuk mengucapka Selamt Hari Raya maaf zahir dan batin, kalau di sini kemeriahan seminggu pertama, jalan raya juga nampaknya sudah seperti biasa. Kesesakan memang luar biasa apabila menjelang musim cuti sekolah dan perayaan.

Alhamdulillah untuk tahun ini, raya pertama saya di rumah mertua, memandangka tidak ada orang jadi tidak sampai hati pula meninggalkan mereka berdua. Menu pagi nasi ayam dan mee kari. Tak sempat pula nak merasa mee kari.


Raya keempat buat reunion rakan-rakan sekolah. Setiap tahun alhamdulillah, dapat ketemu rakan-rakan lama. Masing-masing dah sibuk, jadi kalau nak menjejak satu rumah ke satu rumah memang payah kan, saya suka jumpa satu tempat dan sembanglah sampai lebam. Jumpa kawan-kawan, boleh jadi satu terapi kita boleh sembang macam muda-muda dulu.

Senangnya buat 'port luck' kerana saya tak nak habiskan masa di dapur urus itu dan ini. Rakan-rakan juga mudah berkira, masing-masing pakat bawa makanan dan makan ramai-ramai. Selalunya juga memang banyak dan tak berhabis pun nak makan.

Semek ini sudah besar, jadi sekarang pergerakan saya makin mudah dan empat bulan terakhir ini, semoga dua lagi perancangan besar saya dipermudahkan Allah.





Thursday, August 9, 2012

Peluang mula bisnes dari rumah, modal minima-Panggilan 20 orang pertama

Assalamualaikum w.b.t

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, setelah beberapa hari tidak berkongsi, hari ini saya umumkan berita baik.

Ok, bagi kalian yang mahu mulakan bisnes dengan modal yang minima, RM50, RM100, RM200, RM300 dan berapa sahaja ada di tangan.
-Muslimah sahaja
-Modal minima
-Ada internet
-Usaha gigih, cekal, sabar, istiqamah,segalanya yang positif, tahan diuji,jujur,

                                          http://www.facebook.com/groups/455789487785216/ (Wahm,Sahm,Soho)

Di tangan saya ada banyak produk, kesihatan, kecantikan,servis,makanan,produk harian. Kalian boleh dapatkan secara borong dengan modal minima. Saya akan terangkan satu persatu sehingga kalian berjaya ;D.
Ini setelah saya fikir dan menerima banyak email berkenaan tidak tahu mahu mula dan tidak ada produk. Memandangkan hubungan terus saya dengan banyak pembekal, jadi masanya saya menjadi perantara untuk kalian memulakan sesuatu dari sekarang.

1.Langkah pertama, baca dan dapatkan dahulu panduan asas bekerja/bisnes dari rumah. Baca salah satu ebook www.janawangdirumah.com atau dapatkan buku Jana RM Dari Rumah. Bagi yang sudah memilikinya boleh terus ke langkah berikut.
Boleh beli buku jana rm dari rumah di sini sekarang sedang promosi harga RM12.75 sahaja
http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=2581- klik sini untuk beli
2. Langkah kedua, add saya di facebook http://www.facebook.com/masayu.ahmad
3. Langkah ketiga sertai grup http://www.facebook.com/groups/455789487785216/ (Wahm, Sahm, Soho)

Selesai semua di atas, SILA MESEJ (PM) DI FB



\








Grup ini adalah khusu untuk kalian yang baru bermula, yang sudah sukses memborong di luar negara rasanya tidak perlu lagi.Matlamat saya adalah memberi peluang langkah awal untuk kalian untuk bermula. Jika sudah ada modal besar maka selepas itu kalian boleh terbang ke mana-mana.

Jadi mari kita bermula sekarang, salam 21 Ramadhan, semoga lebih ramai suri ummah menjana pendapatan dan membantu ekonomi keluarga dan diri sendiri.




Wednesday, August 8, 2012

SInggah di sini ya

                                        http://www.facebook.com/groups/389376217758581/
                                                 (Wahm, Sahm, Soho, Small Business)


Di atas adalah link (group wahm, sahm, soho, small business) sudah banyak bulan saya create akaun grup ini, setelah berfikir panjang, masanya, kalian boleh klik untuk masuk ke grup.

Apa matlamatnya
- saya mahu berkenalan kalian yang selalu singgah di sini
-saya mahu temuramah kalian yang sudah berjaya bekerja di rumah
-saya mahu berkenalan dengan pemilik/ usahawan
-walaupun sudha banyak platfrom dan kumpulan yang lain, tidak salah untuk saya menambah bilangan sedia ada agar lebih ramai yang mengambil manfaat
-kalian yang sudah bermula dari awal, saya mahu temuramah dan masukkan di dalam mana-mana buku atau ebook saya. Jadi adalah bagus saya menemuramah pembaca blog atau buku saya, sebagai penghargaan
-sama-sama memeriahkan ya

Masayu Ahmad

Monday, August 6, 2012

Beli Buku Online: Promosi Ogos, beli E-iqra percuma pakej panduan so...

Beli Buku Online: Promosi Ogos, beli E-iqra percuma pakej panduan so...: Percuma pakej panduan solat Hanya RM120, pos percuma

Mengenali 5000 pelanggan pertama

Teks: Masayu Ahmad


Saya ada terbaca tentang perihal seorang jutawan yang berkongsi tentang mengenali 1000 pelanggan pertama dan ia sangat membantu dalam bisnes. Ini bermaksud berkenalan 1000 pelanggan pertama, dan menjaga hubungan khidmat pelanggan agar pelanggan ini bertukar kepada pelanggan tetap atau ulangan pembelian.

Kelangsungan bisnes dan khidmat pelanggan

Sangat penting untuk kita menjaga etika khidmat pelanggan. Bagaimana untuk menarik 1000 hingga 5000 pelanggan tetap. Ok, saya kongsi caranya berdasarkan apa yang saya lakukan sekarang dan sumber pembacaan tentang khidmat pelanggan.

5000 yang suka akan kita

Kita sendiri adalah platform terbaik sama ada orang suka atau tidak. Gunakan sepenuhnya face book sebagai cara untuk berkenalan dengan kawa baru, bakal prospek dan menjaga hubungan dengan kawan sekolah, kawan pejabat. Ok, face book cara terbaik, jangan kita tambah kawan baru (add friend) tetapi biarkan mereka yang mahu berkenalan dengan kita. Jadi secara tidak langsung kita akan mengenali 5000 pertama yang boleh berkongsi dengan kita.

Cari sasaran yang 'tepat

Bagaimana mencari sasaran tepat? Tiga cara yang masih saya kekalkan ialah melalui perkongsian di blog, facebook peribadi, fanpage. Ia sangat membantu meningkatkan pertambahan 'like' kepada 'liked'. Iaitu mereka ini yang boleh menerima apa sahaja perkongsian.

Bagiaman mana pula tidak ada blog dan tidak pandai menulis? Kalian semua sudah terbukti pandai menulis dan sudah tentu pembaca saya ini kebanyakannya adalah berpendidikan tinggi. Buat satau blog peribadi, ia adalah catatan harian, kongsikan perkara yang memberi motivasi melalui anda baca, dengar dan sebagainya. Kalian juga sekali sekala berkongsi tentang produk dan perkhidmatan. Pamerkan apa kepakaran. Dalam 100, mesti ada 20 orang yang suka. Dalam 1000, pasti ada 200 yang suka, dalam 10,000 pasti ada 2,000 yang suka. Kita fokus kepada yang suka kita, yang tidak suka, biarkan mereka.

Jangan paksa

Setiap hari dalam email ada sahaja yang mengajak untuk 'like' iklan, fanpage dan sebagainya. Jadi, saya juga begitu, akan 'like' mana-mana page yang saya suka. Akan tetapi jika kalian memang suka datang sini dan tegar membaca blog saya, sudilah menjemput saya, saya akan sokong juga kalian.

Ada juga tanpa kenal dan tidak segan silu, memberi salam dan terus sahaja, mohon 'like' dan 'share'. Sangat penting membina perhubungan terlebih dahulu, kemudiannya barulah berkongsi. Saya ambil ini sebagai pengajaran juga, kerana saya dahulu juga agak terburu-buru. Apabila rakan sudah mengenali kita dan yakin, insya-allah akan membeli dengan kita.



  • Wah... terima kasih kak! :') Terharu saya. Baik, nanti saya promoRM35. Masih berpatutan dengan botol dan cara penghantaran yang sungguh selamat. 
  • Tapi mak saya tanya, mana akak dapat air zamzam tu? Dia macam takut 
    saya main beli entah air apa, hehe. Tapi saya yakin dengan akak.


      • Assalamualaikum Masayu.... alhamdulillah dgn izinNya jua akhirnya buku yg dipesankan hari tu dah slamat sampai jap tadi.Trima kasih akak ucapkan.Semoga perniagaan Masayu bertambah maju dan sukses slalu.Amin.... emm...akak beli ya... bukunya.
    • August 1
      Masayu Ahmad
      • waalaikumsalam w.b.t, alhamdulillah lega hati mendengarnya, ya saya jual, moga bermanfaat buku-buku yang dibeli, terima kasih atas doa. Selamat menunaikan ibadah puasa, ;D




Rezeki jadi luas kalau...

Banyak hari saya tidak berkongsi apa-apa di sini, jadi malam ini kebetulan jumpa perkongsian ini di fb, saya siarkan semula di sini, sebagai tatapan dan iktibar. Ya betul, saya kalau susah hati atau ada sedikit dugaan, saya segera singgah mana-mana masjid dan berkongsi rezeki apa yang ada, insya-allah kemudiannya Allah memudahkan apa sahaja yang diusahakan. Insya-Allah.

(Matlamat jangka pendek saya sekarang ialah menyegerakan shopping cart untuk buku online, juga shopping cart untuk http://www.facebook.com/pages/Gedung-Serbanika-Online/344503088959718 sebelum akhir tahun 2012-insya-allah)

Saya teringat pesan rakan saya seorang yang berjaya. Katanya: "Kalau kau rasa kau kesempitan rezeki, duit tak cukup, harta rasa tak banyak, masa itulah masa paling sesuai untuk bersedekah." Dia menyambung "Kalau kau sudah senang setelah sempit, banyakkan lagi sedekah kau itu pada masa tersebut. Nescaya Allah akan meluaskan pintu rezeki"

Saya berpegang pada pesanan ini. Setiap kali saya sempit, bila buka wallet ada rm2 saya sedekahkan rm1. Kalau ada rm40 saya sedekahkan rm10. Kalau ada lebihan saya sedekahkan sedikit. Kalau ada rakan susah nak pinjam duit, saya pinjamkan dengan niat kalau dia bayar alhamdullilah, kalau tak saya anggap saya sedekah. 

Alhamdullilah, rezeki Allah permudahkan setakat ini dan harapnya pada masa akan datang. Itu juga amalan kawan saya. Pernah suatu hari rakan saya seorang jurutera baru sahaja accident kereta. Dalam masa yang sama kena saman polis. Lepas tu duit dia hilang. Kena pulak sakit pergi hospital dan keluar beberapa ribu. Saya pesan kat dia, mungkin Allah nak pesan agar dia memberi sedikit harta yang Allah berikan kat dia. Alhamdullilah lepas dia bersedekah, saya nampak kehidupan dia nampak mudah dan rezeki dia nampak luas.



Tapi kita kena ingat. Rezeki luas tak bermakna akan jadi kaya raya terus. Kadang, bak kata mak saya, rezeki luas nie macam makan seperti biasa, tapi rasa lebih kenyang dan puas. Gaji seperti biasa, tapi seolah-olah cukup. Dan paling utamanya kadang-kadang bantuan datang dari sumber yang kita sendiri tak sangka.

"Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredaan Allah (ikhlas). Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup, sedangkan kamu sedikit pun tidak akan dianiaya." (Surah al-Baqarah, ayat 272).

Hadis dari Abu Hurairah yang diriwayatkan Al-Bukhari bahwa seseorang berkata kepada Nabi saw., "Sedekah yang mana yang lebih utama itu?" Nabi bersabda, "Engkau bersedekah dalam keadaan senang ( sha hih) dan berkeinginan (harish)."

Dalam riwayat Ibnu Hibban dan Hakim dari 'Uqbah ia mendengar Rasulullah bersabda, "Setiap orang bernaung di bawah perlindungan sedekahnya hingga ditetapkan hisab (perhitungan) di antara manusia di yaumil akhirat."

saya bukan yg terbaik utk memberikan nasihat hanyalah sekadar memperingatkan sesama insan betapa Maha Pengasihnya Allah kepada hamba-hambaNya yang bertaqwa..........

Sekadar utk berpesan. Semoga ada manfaat.
assalamualaikum wrmt ..

Saturday, August 4, 2012

Dua minggu lagi

http://gedungserbanikaonline.blogspot.com/2012/08/telekung-sulam-indonesia-rm55-termasuk.html

Salam kasih sayang, cepat sunggu masa berlalu, lagi dua minggu Ramadhan akan sampai ke penghujung. Jalan raya sangat sibuk hari ini, seperti Hari Raya pula. Ramai yang pulang ke kampung untuk berbuka puasa bersama kelurga.

Juga sana sini kemeriahan lagu raya, di pusat beli belah, sempena cuti begini ramai yang mengambil kesempatan untuk membeli keperluan raya. Kami sekeluarga belum beli apa-apa, sebab dah tahu mana tempat yang sesuai jadi, lambat-lambat pun tak apa ;D

http://gedungserbanikaonline.blogspot.com/- jemput singgah ada jubah kanak-kanak, sarung wudhuk, telekung sembahyang vietnam, indonesia dan Malaysia.

Perkongsan untuk hari ini

Nabi Muhammad s.a.w telah merintis bisnesnya jauh sebelum baginda dilantik menjadi Rasul. Pada waktu itu baginda menjadi pembekal dan kemudiannya setahap demi setahoa bisnesnya berkembang dan memasuki peringkat demi peringkat iaitu sebagai self employee, business owner dan investor.

Sehingga ketika diangkat menjadi rasul, baginda sudah berada pada kedudukan financial freedom (kebebasan kewangan). Pada waktu ini baginda belum lagi memikul tugas yang berat dan mempunyai banyak waktu untuk memikirkan masyarakat, melakukan uzlah di ga Hira dan selanjutnya menerima misi kerasulan.

Mukasuar 67, buku: Wanita Juga Boleh Berbisnes, Berguru Kepada Khadijah





Thursday, August 2, 2012

Promosi ala Rasulullah

Konsep Promosi Satu Pelaburan


Daripada Abu Hurairah, berkata

"Sumpah yang diucapkan untuk melariskan perniagaan akan menggagalkan keuntungan."
(Direkodkan hadis muslim)

Hadis ini menerangkan konsep promosi sebagai salah satu pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tinggi daripada segi keuntungan pada masa hadapan. Ini disebabkan oleh promosi mempunyai satu sinergi yang kuat bagi meningkatkan jualan dan melalui penjenamaan yang konsisten

Dalam hadis ini, beliau memberi amaran bahawa kaedah promosi yang salah bakal membawa padah kepada prestasi jualan sesebuah produk. Terdapat bebarapa strategi promosi yang diaplikassikan oleh Muhammad semasa menyampaikan dakwah Islam

mukasurat 214

Strategi Gerila: Teladan Perang Badar al-sugra

Nabi melakukan sasaran pemasaran

Sumber: Buku Jejaj Bisnes Rasul


Apa itu sasaran? Maksudh sasaran adalah proses pemilihan golongan sasar dan menyesuaikan dengan pasaran berdasarkan matlamat syarikat dan sumber yang terhad.

Kenapa kita perlu kepada sasaran? Kemahuan manusia berbeza mengikut umur, geografi dan iklim, taraf hidup dan sebagainya. Kehadiran suatu produk mestilah menepati kemahuan sebahagian kelompok konsumer. Dengan ini, penjual dapat fokus kepada sesuatu produk dengan menawarkan kualiti dan solusi kepada pengguna. Nabi juga pernah menasihatkan para sahabat supaya berbicara berdasarkan tahap intelektual dan penerimaan audiens.

Bagaimana membuat sasaran? Aplikasi Fitting Strategy adalah cara terbaik iaitu pihak penjual dapat menempatkan produk berdasarkan saiz pasaran, pertumbuhan pasaran, keunggulan kompetetif dan situasi persaingan.

Mukasurat 201

Baca lagi dalam buku ini

klik di sini untuk dapatkan naskah

atau singgah sini


Bagaimana Nabi membangun prospek

Penaja:


Nabi Muhammad seorang yang bijak dalam menggunakan peluang yang ada, perjalanan bersama bapa saudaranya, Abu Talib digukan sebaik-baiknya bagi melakukan kajian kepada masyarakat setempat, Dengan itu, lebih mudah bagi beliau menyampaikan dahwak selepas dilanti rasul.

Kajian perlu dilakukan bagi memperoleh maklumat dan data yang lengkap. Kajian adalah kajian yang dilakukan terhadap sesuatu perkara bagi mengumpul maklumat yang lengkap dan bertujan memperoleh penemuan-penemuan baru.

Kajian kepada proses bisnes

Nabi Muhammad mula mempelajari seleko belok perdagangan daripada bapa saudaranya, Abu Talib. Disebabkan kasih sayang yang tinggim Abu Takib pernah mengatakan bahawa." Aku membawa Muhammad bersama bagi berdagang kerana kami tidak pernah berpisah selama ini."

Sejak daripada itu Muhammada dibawa bersama bagi berdagang ke Syam dan sebagainya. Muhammada juga mempelajari proses dan prosedur perdagangan dengan teliti.






Senarai pemborong


Berapa ramai di sini pemborong tak kira barang apa?
 ·  ·  · May 21 at 4:27pm
There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin