Saturday, June 30, 2012

Tips super mak-doa minda separuh sedar


Alhamdulillah perjuangan hari ini diteruskan. Kanak-kanak riang sudah ke sekolah, jadi saya ada masa sehingga jam 6 petang untuk memecut. Sebelum itu saya mahu kongsi senarai kerja dahulu


Hakim
1. Perlu semak semula, ada latihan buku Hakim yang ibu tidak semak, jadi mulai minggu ini semuanya perlu disemak semula. 
2. Ibu perlu selalu berada bersama Hakim siapkan kerja sekolah. Semalam tidak mahu buat latihan Bahasa Melayu-katanya tidak apa. Jadi mulai minggu ini perlua tukar, tidak boleh latihan perlu dibuat.
3. Ibu perlu jadualkan semula sesi mengaji quran untuk Hakim, bacaannya semakin lancar, jadi 6 bulan dalam 2012 ini Hakim perlu khatam quran. Jadi hari Jumaat dan Sabtu sesi jam 2-3 petang. Malam hari setiap hari, ada satu lagi sesi yang sedang ibi carikan untuk Hakim. Apa pun Hakim memang best.

Arif
1. Tidak ibu sangka kertas ujian Bahasa Arab, Jawi, Bahasa Inggeris, Matematik mendapat 100 markah, yang lain dalam 90 dan ke atas. Aduhai Arif, dia memang tekun dan suka selongkar dalam kotak cari buku untuk dibaca. Jadi ibu perlu lebih peka perkembangan Arif. Ibu mahu semua sambung belajar tahfiz sains, jadi sama-sama kita berusaha ya Ariff.

Aiman
Aiman, selalu bawa buku dan quran untuk baca sama-sama. Bacaan untuk solat alhamdulillah semua lancar. Memang bagus anak-anak yang diasuh PASTI. 

Tugas Ibu

1. Cari jadual semula untuk sesi mengaji kanak-kanak riang.
2. Susun semula semua jenis buku dan latihan yang sesuai untuk Hakim, Arif, Aiman dan Arissa
3. Kita akan mulakan selewatnya bulan Ramadhan ini, insya-Allah.

Kerja rumah tangga

1. Mahu sisihkan mana-mana barang yang ok, akan disedekahkan.
2. Mahu jual apa-apa barang, rasanya banyak yang tidak perlu setakat ini. Mahu ruang yang lebih minima dan saya perlukan masa yang lebih praktikal untuk mengemas. Jadi yang lebih penting akan diutamakan.

Kedai Buku Online
1. Ada satu lagi sesi penting.
2. Senarai buku akan dimuat masuk setiap hari, insya-Allah

Hari ini
1. Siapkan iklan Sekolah Swasta Abadi
2. Jadual semula penulisan buku dan ebook

Impian ibu


Kita tidak ada pembantu rumah, tetapi masa yang ada adalah untuk keluarga, urus kerja rumah, menulis dan kedai buku online. Ini adalah pilihan terbaik untuk ibu. Akan tetapi akan ia lebih menarik jika ia berada dalam halaman yang segar dan menghijau, ini adalah contoh. Ibu lebih sukakan ruang terbuka, sambil urus hal  rumah tangga, sambil semak kerja sekolah anak-anak. Tahun-tahun akan datang lebih sibuk, apabila Aiman dan Arif mula bersekolah, ibu perlu bersedia dari sekarang. Ini adalah doa untuk minda separuh sedar, insya-allah ibu sangat yakin, dan akan berusaha ke arah itu. Amin.

Ini antara impian yang diletakkan dalam minda separuh sedar sudah berjaya, kalian perlu yakin dan tetapkan matlamat dari sekarang.

1. Mahu kerja dari rumah alhamdulillah- sudah
2. Mahu tulis dan terbit ebook dan buku-sudah
3. Mahu hijrah pindah ke Kelantan-sudah
4. Mahu Kedai Buku Online http://www.facebook.com/KedaiBukuOnlineDotCom- sudah
5...........................
6..........................
7..........................
8........................
9........................
10...........................

Ada enam lagi yang perlu saya selesaikan tahun ini 2012. Insya-Allah, amin-amin


Buku pilihan hari ini

RM20 termasuk pos, klik di bawah untuk membeli










Bersedia dengan apa sahaja kemungkinan

Teks: Masayu Ahmad

"Mok doh nok meninggal," kata Hakim pada saya.

"Ish, siapa cakap?" Tanya saya.

"Tadi mok cakap kat abang." Jawab anak kecil jujur.

Menderu perasaan sedih dalam hati

"Tak baik abang cakap macam itu. Doakan mok sihat dan panjang umur,"kata saya lagi.

Minggu ini mertua kurang sihat, tiga hari kami di Langkawi tidak dikhabarkan. Aduhai, aduhai, itulah orang tua, tidak mahu menyatakan dan kita dibuat rasa serba salah. Semalam dibawa ke klinik, sendi bawah pada lutut berpunca dari saraf. Saya tidak bertanya lanjut, tetapi mendoakan yang baik-baik sahaja.

Selalunya, dia rajin menyediakan sarapan pagi. Saya akur dengan kerajinannya memaak, walau sakit belakang, walau sakit itu dan ini. Dia buat dengan sabar dan istiqamah. Mana mahu cari lagi contoh yang baik di depan mata. Jadi, saya perlu lihat dan cermin diri, perlu lebih rajin dan lebih sabar.

Moganya, Allah beri kesihatan yang baik untuk saya. Kesihatan yang baik, agar dapat menguruskan segalanya dengan baik, dengan hati ikhlas. Moganya Allah beri kesihatan yang baik buat mertua, asalkan selera makannya ok, itu sudah baik untuk saya.

Bersambung

5 gaya hidup wanita cemerlang

Teks: Masayu Ahmad

Salam kasih sayang, saya sudah kembali ke negeri Cik Siti Wan Kembang, alhamulillah
Untuk minggu ini saya mahu terapi minda. Jadinya dua buah buku, salah satunya 5 Gaya Hidup Wanita Cemerlang.

Kita teliti apa pandangan Prof.Madya Dr Harlina Haliza Siraj tentang buku ini.

Saya tertarik melihat bagaimana penulis menghuraikan tentang siapa itu 'wanita berinisiatif' dan 'wanita beremosi'. Contoh-contoh yang diambil juga meliputi setiap zaman dan tempat, mengambarkan betapa meluas kajian dan penyelidikan oleh seorang penulisa yang bertanggungjawab, yang mahu memastikan hanya fakta yang tepat yang dijadikan bahan analisis agar pembaca beroleh maklumat dan pengetahuan yang segar, bugar dan membangkitkan semangat.

Benar, semangat pembaca pasti bangkit selepas membaca beberapa helai muka surat dari buku ini. Pembaca akan melalui satu pengalaman dan perjalanan kembara ilmu yang memanfaatkan semua pengetahuan asas yang sememangnya sudah ada dalam diri kita semua, untuk memahami dan menelusuri topik perbicangan mengenai potensi wanita yang dianugerahkan Allah s.w.t





Wednesday, June 27, 2012

Cuci 4 U-Kisah inspirasi

Jutawan senyap vs jutawan bising

Teks: Masayu Ahmad


Salam kasih sayang, sudah jam 9.20 pagi, ramai sudah yang sudah berpagi-pagi keluar mencari rezeki, ramai sudah yang berpagi-pagi di depan komputer, ramai sudah yang berpagi-pagi di FB. Apa pun teruskan untuk perjuangan hari ini.

Ok, saya suka salah satu dalam petikan buku Dato'Rusly, ketika beliau bekerja sebagai pegawai bank, beliau suka melihat angka-angka yang besar dan ingin tahu siapa pemilik akaun tersebut. Beliau berusaha untuk mendampingi mereka.

Nyata, sekali wang simpanan yang besar adalah hasil simpanan pendapatan yang disimpan konsisten setiap hari. Dan, kebanyakannya adalah dari pemilik bisnes.

Perisik rahsia

Saya suka menemuramah mereka yang sedang mendaki, dan yang paling penting adalah pemilik bisnes jutawan yang jujur lagi rendah diri.

Apa yang menariknya penulis seperti saya, rasa sangat  teruja terhadap sikap jutawan senyap yang sangat banyak di sekeliling kita. Mungkin, mudah kita menjejaki usahawan sukses yang selalu dikongsi melalui internet, tetapi bagaimana pula yang masih 'low profile' yang tidak ada langsung kisahnya disiarkan di media. Inilah tugas yang saya suka, kadangkala apabila mereka bercerita, tidak sedar sebenarnya memberikan tips-tips bisnes yang tidak ramai orang tahu. Akan tetapi, tugas saya semula menapis dan  mengenalpasti mana-mana tips yang bagus untuk diambil, dicatat dan dipersembahkan semula dalam bentu tulisan. Ini juga sebagai  amanah, melalui penulisanlah agar ia dapat dimanfaatkan semula di dalam blog dan mana-mana buku dan ebook tulisan saya. Semoga Allah memberikan saya kesihatan yang baik, untuk meneruskan tugas ini.Insya-Allah.

3 tips berikut yang boleh diamalkan untuk bisnes sukses- (rahsia jutawan senyap dan juga jutawan bising)

1. Sedekah, sedekah, sedekah, setiap hari dan sudah tentunya penuh keikhlasan.

2. Mentor-siapa mentor kita, Nabi Muhammad, Siti Khadijah adalah carta paling utama, seterusnya pilihan mentor kita mengikut bida. Memandangkan kita adalah usahawan wanita yang bekerja dari rumah, pilih usahawan yang tersohor dalam sejarah Islam,kemudian pilih mentor bekerja dari rumah yang sudah berjaya, piliha pula bidang apa penulisan, jualan barang bayi, masakan, kek cawan dan banyak lagi.

3. Susun strategi mengikut matlamat-buat pelan tindakan besar, pecahkan tindakan kecil mengikut sasaran masa. Semakin singkat kita mampu mengejar masa semakin cepat kita berada pada laluan betul untuk mencapai matlamat.

Buku pilihan minggu ini, saya masih menelaah buku ini. Saya syorkan buku ini kepada kalian, ia mengupas tentang pilihan wanita bekerja, bisnes, bekerja mengikut saranan Islam, tips bekerja dari rumah dan ia sangat relevan atau sesuai untuk wanita dan bisnes.


Wanita juga boleh berbisnes, berguru kepada Khadijah.

Wanita sering dihadapkan pada dua sudut ekstrem yang sama-sama menjerumuskan mereka pada keadaan yang wajib untuk memilih. Di satu sudut, ia harus berada di rumah, mengurus anak-anak, mengelap lantai, mencucui pakaian keluarga dan tidak boleh keluar rumah. Akibatnua hak-hak mereka sebagai hamba Allah tidak dipenuhi. Mereka tidak mendapatkan pendidikan yang baik, pergaulan yang semestinya serta potensi diri yang terkekang. 
Di sudut lain, kita menyaksikan para wanita berkeliaran bebas tanpa ikatan. Waktu kerja dari pagi hingga malam, membuat mereka tidak pernah mempedulikan anak-anak. Apabila gaji meteka jauh lebih besar daripada laki-laki, membuat mereka kadang ego dan kehilangan rasa hormat terhadap suami.
Islam memberikan begitu banyak panduan tentang orbit wanita dalam sistem kehidupan. Menurut tuntunan Rasulullah s.w.t, Islam sebagai agamat yang amat memerhatikan masalah keseimbanga, menegaskan bahawa perempuan adalah pendambing lelaki dalam usaha menegakkan kalimah Allah s.w.t. Jika hendak diumpakamkan, perempuan dan laki-laki laksana dua bintang yang berad apada orbit yang berbza. Namun keduanya memiliki peranan yang sama dalam menentukan keseimbangan sejagat.

Beli Buku Online: Menjadi Secantik Aisyah Puteri Rasulullah

Beli Buku Online: Menjadi Secantik Aisyah Puteri Rasulullah: Semenanjung RM10 Sabah/ Sarawak RM12

Beli Buku Online: Menjadi Secantik Aisyah Puteri Rasulullah

Beli Buku Online: Menjadi Secantik Aisyah Puteri Rasulullah: Semenanjung RM10 Sabah/ Sarawak RM12

Petang yang harmoni

Teks: Masayu Ahmad


Sudah petang jam 4.43, oh sudah rindu pula anak teruna di kampung. Padahal baru saja satu hari. Meraung juag si Hakim, tadi ketika saya menghubungi.

"Abang rindu ibu, cepat lah balik."

"Ya, ya nanti ibu cepat balik.

"Cepatlah balik," sambil selang seli suara kasar Hakim bercampur sendu air mata drama.

"Iya, nanti esok akan sampai hadiah Hakim, tunggu ya," saya pujuk Hakim. Semalam sudah order ipad kanak-kanak untuk Hakim. Moga ia boleh reda perasaannya sepeningalan ibu, ayah, arissa, aiman dan arif.

Semalam pun beberapa kali tersedar, aduhai teringat pula akan anak. Itulah hati ibu. Dua lagi sedang lena tidur, Arif kurang sihat. Mungkin malam nanti baru keluar ambil angin luar.

Banyak lagi dalam senarai yang belum selesai, moganya dapat selesai dengan baik. Juga setiap minggu saya akan masukkan buku-buku baru yang terkini.

Arissa masih ada di sisi menemani ibu, tadi mahu solat, dia duduk sebelah angkat takbir dan sujud, aduh adik memang comel, tersentuh lagi melihat gelagat Arissa.

Memang lambat dia bertatih, usia sekarang sudah cecah setahun setengah, belum berani jalan laju-laju, baru dua tiga langkah. :D

Bersambung lagi...

Tuesday, June 26, 2012

Teruskan rutin-tips wahm

Teks: Masayu Ahmad



Bersiaran secara langsung, terus dari Langkawi ;D. Hari ini teruskan rutin bekerja seperti biasa dalam suasana berbeza. Banyak yang perlu diselesaikan, insya-allah lebih banyak buku akan mula dimuat naik di dalam kedai buku online.

Bagi yang baru bergelar wahm terdapat beberapa isu yang akan mula mereka keliru, atau situasi berikut

1. Setelah beberapa bulan berada di rumah, sudah mula berasa bosan. Tidak ada kawan untuk berjimba-jimba.

2. Rasa putus asa kerana tidak dapat menjana kewangan.

3. Semangat turun dan naik, ada waktu rasa seronok ada waktu rasa kecewa.

Jawapan saya

1. Sangat penting untuk kita menetapkan matlamat asal berada di rumah. Matlamat untuk menjaga keluarga dan pada masa yang sama masih dapat menjana pendapatan. Tidak kira secara sambilan atau sepenuh masa.
Memang ya, jika kalian tidak pandai atau kreatif menikmati suasana baru, akan mudah bosan. Jadi libatkan diri dalam kumpulan usahawan, jejaki kumpulan dalam bidang yang sama, bina persahabatan dalam bisnes dan wujudkan lebih banyak ruang untuk hadir seminar ilmu percuma atau berbayar. Jika ada wang lebih, pilih hari-hari tertentu untuk terapi diri merawat diri di spa, sertai kelas aerobik dan sebagainya. Apa yang penting jangan tepu dalam rutin yang sama.

2. Rasa putus asa apabila anda tidak dapat menjana wang sebagaimana orang lain. Jalan paling selamat ialah jangan berhenti kerja dahulu, sehingga ada sudah merancang dengan teliti, sudah ada bisnes yang dijalan secara sambilan.

Bersambung, Arissa sudah gigit paha saya, mahu menyusu dahulu ;P



Monday, June 25, 2012

Berjimba, kerja, cuti-tips wahm soho


Salam kasih sayang

Ok, rasa segar semula selepas mandi. Saya perlu mula berkemas, kemas beg untuk lima hari, Langkawi dan Penang. Berkemas rumah dan dapur, tinggalkan dalam keadaan baik. Berkemas untuk Hakim, kerana Hakim tidak ikut sama.

Apa yang seronok sebagai wahm, soho

1. Kita pilih waktu kerja yang kita suka

2. Kita pilih hari cuti kita suka

3. Kita boleh gabungkan cuti dan kerja

4. Kemana-mana sahaja atau dimana sahaja, boleh buat kerja.

5. Fleksibel masa, kerja, bersama keluarga

6. Apa yang seronok, pada masa orang lain kerja, kita boleh bercuti dengan riang ria. Orang lain cuti kita boleh kerja bila-bila masa. Orang lain cuti kita juga boleh cuti.

Tips

1. Senaraikan semua sekali bahan kerja yang ingin dibawa

2. Senaraikan barang-barang yang perlu dibawa

3. Senaraikan aktiiviti untuk kanak-kanak riang

4. Senaraikan aktiviti anak-anak yang tinggalkan di rumah. Kenalpasti jadual sekolah, barang, pakaian, siapa yang hantar dan pulang, siapa yang jaga.

Buku pilihan hari ini

Klik di sini untuk membeli http://nilamberkat-kedaibukuonline.blogspot.com/2012/06/wanita-juga-boleh-berbisnes.html

Sunday, June 24, 2012

Tinggalkan anak di rumah-tips wahm, soho

Teks: Masayu Ahmad



Ramadhan sudah tidak lama lagi, jadi untuk bulan puasa, saya singkatkan masa di luar rumah, hanya 6 jam sahaja. Selebihnya banyakkan masa di rumah. Semalam Aiman demam, hari ini beransur kebah, sebelum keluar tadi saya carikan Aiman nasi kapit dan sate.

Sudah mahu makan. Aiman hari ini tidak ke sekolah. Jadi tinggal sahaja di rumah dengan atuk.

Tips tinggalkan anak di rumah- untuk wahm & soho

1. Ketika masih tinggal di Kuala Lumpur dahulu, saya tinggalkan mereka dengan jiran sebelah atau di taska. Tanya berapa jam dan kesesuaian bayaran mengikut persetujuan pengasuh dan penjaga taska.

2. Sediakan peralatan, pakaian dan makanan yang secukupnya.

3. Kini lebih baik, kerana berada dengan mok dan atuk, pastikan dahulu anak-anak sudah dimandikan dan ada makanan, mainan, buku-buku yang cukup bersama mereka.

4. Jika waktu-waktu tertentu, saya tinggalkan Arissa bersama pengasuh untuk separuh hari, agar mok dapat berehat. Jika benar-benar darurat baru saya tinggalkan.

5. Pastikan anak-anak sudah kenyang.

6. Tetapkan masa berapa jam berada di luar, dan gunakan masa sebaik mungkin dan balik awal jika kerja atau urusan dapat disiapkan awal waktu.

Salam kasih sayang

Beli belah banyak pilihan buku motivasi, agama, bisnes, bacaan awal untuk kanak-kanak. Jemput singgah di

http://nilamberkat-kedaibukuonline.blogspot.com/ atau di sinihttp://www.facebook.com/KedaiBukuOnlineDotCom

saya sedang memasukan lebih banyak buku yang pastinya bermanfaat untuk dibaca


http://nilamberkat-kedaibukuonline.blogspot.com/2012/06/jika-ingin-cepat-kaya-perbanyakkan.html


http://nilamberkat-kedaibukuonline.blogspot.com/2012/06/jika-ingin-cepat-kaya-perbanyakkan.html

Beli Buku Online: Diari Hamil

Beli Buku Online: Diari Hamil: - Buku (idea asal oleh  Kamaruddin Mamat ) ini merupakan panduan lengkap kepada bakal ibu. Mendedahkan perkembangan semasa bayi serta...

Beli Buku Online: Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah

Beli Buku Online: Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah: Semenanjung RM19.50 Sabah, Sarawak RM21.50 Ada yang mengatakan perkahwinan ibarat pertaruhan. Ada pula yang mengatakan perkahwina...

Beli Buku Online: Mengapa Rasullah Tidak Pernah Sakit

Beli Buku Online: Mengapa Rasullah Tidak Pernah Sakit: Semenanjung RM19.90 Sabah, Sarawak RM 21.90 Membongkar rahsia dan formula kesihatan Rasulullah yang halal, mudah, luar biasa da...

Saturday, June 23, 2012

Beli Buku Online: Jika Ingin Cepat Kaya, Perbanyakkan Sedekah Mu

Beli Buku Online: Jika Ingin Cepat Kaya, Perbanyakkan Sedekah Mu: RM15 ISBN: 9675984244 Pengarang :Nurul Mubin  Penterjemah : Nur Faizah Penyunting/Editor : Dr.Mohd.Puzhi Usop

Super Mak- tips fleksibel

Teks: Masayu Ahmad


Salam kasih sayang, hari yang penuh aktiviti sudah bermula. Seawal  pagi begini 6,7,8 saya akan mula

1.Menggosok pakaian Hakim dan en.suami. 
2. Kemudian menyusu dan mandi, dan suapkan Arissa.
3. Menyusun barang-barang Arif, Aiman dan Arissa
4. Mandikan Aiman, pakaikan dan suapkan.
4. Mandikan Arif, pakaikan dan suapkan.
6. Lari sebentar jemur pakaian
7. Kemaskan dapur, cuci pinggan mangkuk
8. Kemaskan ruang tamu, kemaskan bilik tidur.
9. Biasanya kalau rajin lipat kain dahulu
10. Akan mandi semula dan pakai baju.
11. Bergerak hantar kanak-kanak riang
12. Selesai di situ dan rasa lega di dalam kereta.

Jam 9, 10, 11, 12
Urusan kerja
1. Kalau ada temujanji untuk iklan saya akan terus ke tempat kejadian
2. Jika tiada akan terus ke 'port'
3. Akan mula mellihat semula senarai
4. Mula selesaikan satu persatu

Jam 1, 2, 3, 4

1. Hantar buku-buku
2. Kadangkala awal pagi kadangkala waktu petang
3. Update page iklan
4. Update, blog, iklan, fb dan sebagainya
5. Saya biasanya makan pada jam 11 iaitu untuk sarapan dan makan tengahari terus
6. Saya akan minum susu kambing, kopi jam 2, jadi perut tidak lapar sampai ke petang

Jam 5,6,7,8

1. Biasa saya akan sampai awal ke rumah sebelum Asar, mandi dan solat kemudian pecut ambil kanak-kanak.
2. Atau solat asar dahulu dari mana-mana tempat dan pecut ambil kanak-kanak
3. Bersambung dengan tugas jam 6, 7,8, yang saya sudah kongsi pada entri sebelumnya

Tips

1. Malam hari biasanya, sambil buat kerja rumah, sambil itulah menulis entri, update buku, iklan dan kerja-kerja rutin

2. Saya tidak meletakkan rutin yang sama, kadangkala ia ditukar pada apa yang menjadi keutamaan minggu tersebut, contohnya jika banyak untuk kerja iklan, makan minggu itu adalah berkaitan iklan

3. Jika mood menullis sedang mengebu, maka minggu itu saya menulis.

4. Begitu juga dengan urusan rumahtangga, jika rajin akan lipat setiap hari, ada masa sekali seminggu, ada masa berselang hari. Ada masa saya lakukan pagi hari, petang atau malam.

5. Kata kunci di sini adalah fleksibel dan kita tidak tepu melakukan kerja atau rutin yang sama.

Buku di bawah mungkin boleh dijadikan salah satu bacaan kalian

Klik di bawah untuk pembelian





Friday, June 22, 2012

Beli Buku Online: Suri Wanita Teladan Zaman Rasulullah

Beli Buku Online: Suri Wanita Teladan Zaman Rasulullah: RM 14.00 ISBN-13:  978-967-366-073-5   Tarikh Terbit:  28 Jun 2011 Jumlah Muka Surat :  155 Mereka juga dikenali sebagai gener...

Urus, wang, keluarga, masa, kerjaya-tips wahm, soho

Teks: Masayu Ahmad


Salam kasih dan sayang, alhamdulillah atas nafas hari ini, semalam saya berkesempatan hadir seminar DAO, ramainya usahawan, dewan penuh sampai belakang, perlu duduk kerana tidak cukup kerusi. Kalau tak silap saya 23,000 yang mendaftar secara online. Banyak ilmu yang dikutip.

Bersyukur, 

Ini antara tips asas, untuk menjadi usahawan yang berjaya, kalau kita tidak dapat bersyukur dengan apa yang kita ada pada hari ini, tak usahlah berangan menjadi usahawan yang berjaya. Lagi pula mereka yang bersyukur adalah meraka yang sentiasa berusaha mendapat yang terbaik dalam mengejar matlamat. Akan tetapi tetap rasa syukur dan redha jika tidak dapat, alihkan semula apa yang tidak dapat itu dengan syukur dengan apa yang ada berbanding dengan orang lain yang masih banyak kekurangan. Juga, teruskan momentum berusaha untuk mencapai matlamat.

Bersedekah
Semakin banyak kita bersedekah, semakin murah rezeki. Maksudnya, Allah mahu melihat kita bagaimana kita boleh mengurus rezeki dengan baik. Adakah kita semakin kedekut atau bertambah pemurah. Semakih ikhlas dan pemurah, insya-allah pemilik rezeki akan bagi lagi, lagi dan lagi. Kerana Dia tahu siapa layak mendapat dan mengurus rezeki dengan baik. Dalam bahagian rezekita kita, sudah tentu ada hak orang lain. 

Hari ini

Kanak-kanak masih tidur, semalam satu hari juga bekerja. Pun begitu sebelum keluar jam 11, saya mask nasi lemak daun pandan, udang goreng pedas, telur rebus, cekodok (digoreng kakak ipar), dan juga teh o panas, hidangan pagi Jumaat. Jam 1 balik, kemudian jam 2.40 keluar lagi bersama en.suami untuk hadir seminar.

Hari ini belum memasak sarapan lagi, kain sudah sedia untuk dilipat, digosok, mungkin petang balik sekejap rumah ayahanda.

Semalam nasib baik Arissa sangat baik, sebab pengasuh ada urusan. Jadi Arissa ditinggalkan bersama mok, Arissa mula tidur jam 1.30 hingga 4 petang. Maksudnya hanya 2 jam sahaja jarak selepas dia bangun menunggu saya balik.

Tak apa  dik, nanti kita bercuti ibu ganti semula ya.

Rutin hari ini, selain pos buku-buku yang ditempah, saya akan memuat naik buku-buku yang belum lagi disenaraikan di http://nilamberkat-kedaibukuonline.blogspot.com/. Banyak lagi sebenarnya stok yang belum saya siarkan, insya-Allah beransur-ansurlah ya. Sebelum itu singgah dahulu. Ok untuk pilihan hari ini, adalah buku di bawah terbitan Al-Hidayah Publisher. Saya ada menulis tips-tips sebegini dan dimasukkan dalam manuskrip, tetapi apabila melihat stok buku ini, hati sangat gembira. Jadi kalian sudah boleh mendapatkannya.

Klik di bawah ini untuk pembelian.
http://nilamberkat-kedaibukuonline.blogspot.com/2012/06/kumpulan-tips-aktiviti-suri-rumahtangga.html

Thursday, June 21, 2012

Nasi lemak buah bidara

Teks: Masayu Ahmad


Salam kasih dan sayang. Ahamdulillah untuk hari, pagi Jumaat yang segar dan bugar. Insya- Allah petang saya akan mengikuti seminar oleh DAO. Semoga lebih banyak ilmu yang saya dapat cerap dan praktik.

Masa, kerjaya, bisnes, keluarga

Bersambung, mahu menyusu Arissa dahulu ;D


Beli Buku Online: Kutemui Cinta-Nya

Beli Buku Online: Kutemui Cinta-Nya: Sebuah novel yang menceritakan tentang pengalaman seorang pemuda yang mencari penawar untuk menyembuhkan penyakitnya. Sehinggakan dia te...

Super mama super!

Teks: Masayu Ahmad
Penaja:http://nilamberkat-kedaibukuonline.blogspot.com/2012/06/super-wife-super-mom-super-women.html

Klik di sini untuk pembelian

"Ibu Aiman nak berak," laung Aiman dalam bilik air. Padahal memang 'sedang' berak pun.

"Ibu, ibu, nak nasi telur kicap," mohon Arif pula, sambil mengesel-gesel badannya di belakang ibu.

"Ya, ya, ya, sabar, ibu menyusu Arissa," padahal ibu baru sahaja baring mahu menyusu dan baru mahu melepaskan penat seketika.

Ini adalah tempoh masa kritikal setiap hari, jam 6 hingga 8 malam. Mahu atau tidak selepas sampai di rumah jam 4 atau lima, saya akan mandi dulu, kemudian asar dan kemudian pecut dan ambil kanak-kanak.

Biasanya lima minit Arissa mahu menyusu dahulu, kerana sudah rindu akan susu ibu. Kemudian sampai rumha, terus masuk dapur. Semalam goreng kan keropok dan bancug teh o panas.

Selesai menu petang, akan pecut pula menu untuk malam, masak nasi, masak lauk. Selesai di situ akan suapkan Arissa. Kanak-kanak riang bertiga akan dimandikan ayah mereka. Juga kain baju akan diuruskan en.suami.

Saya akan rehat ketika jam maghrib hingga isyak. Jika anak-anak semua tidur saya, masa itulah saya sambung kemaskini tugasan untuk hari berikutnya.

Inilah catatan super mama super, jam 5,6,7,8

Dalam fikiran terkini, saya merancang untuk menghantar kanak-kanak riang mengaji pada waktu mala. Jadi al-quran sebagai terapi tidur. Hakim sekarang tidak mahu untuk diajar, mahu tapi mengada-ngada, tiba-tiba menguap, lapar, mengantuk dan ada sahaja alasannya. Ibu perlu tukar rentak baru untuk anak-anak.Mungkin  selepas pulang dari Langkawi mereka akan terokai semual 'agenda' ibu yang baru.

Saya masih menanti proses buku supermama ideal tulisans sendiri. Namun disebabkan suka melihat cover buku di atas, makanya saya masukkan dalam senarai jualan dalam Kedai Buku Online. Ada satu lagi buku yang sesuai untuk kalian yang memang super seperti saya ;D

Salam kasih sayang

Terima kasih kalian yang berurusan dengan saya hari ini. Saya suka anda gembira, dan saya gembira apa yang saya kongsi ini bermanfaat.

Inilah syurga saya

                                        http://www.facebook.com/KedaiBukuOnlineDotCom


Wednesday, June 20, 2012

Super wife, super mom, super women

Tempah dan beli di sini

Tempah dan beli di sini


Beli Buku Online: Diari Hamil

Beli Buku Online: Diari Hamil: - Buku (idea asal oleh  Kamaruddin Mamat ) ini merupakan panduan lengkap kepada bakal ibu. Mendedahkan perkembangan semasa bayi serta...

Beli Buku Online: Diari Hamil

Beli Buku Online: Diari Hamil: - Buku (idea asal oleh  Kamaruddin Mamat ) ini merupakan panduan lengkap kepada bakal ibu. Mendedahkan perkembangan semasa bayi serta...

Motivasi & Inspirasi

Teks: Masayu Ahmad
Penaja:

             http://nilamberkat-kedaibukuonline.blogspot.com/2012/06/nota-kewangan-nota-motivasi.html

Salam kasih sayang, hari yang bermakna, penuh tugasan dan perjuangan. Insya-Allah dalam minggu ini saya akan mula memasukkan senarai buku-buku, dalam pelbagai genre, kanak-kanak,motivasi, bisnes, motivasi islami.

Juga kalian boleh melihat dan sudah boleh mula membuat tempahan dan pembelian. Penghantaran adalah setiap hari. Saya menggunakan dua medium ini, jemput singgah di sini http://www.facebook.com/KedaiBukuOnlineDotCom dan http://nilamberkat-kedaibukuonline.blogspot.com

kedai buku online ini akan dinaikkan taraf sehingga shopping cart yang lebih mesra pengguna boleh digunakan, akan diuar-uarkan di sini.

Terima kasih kerana memberi insiprasi dan semangat kepada saya, trafik di sini setiap hari alhamdullah, terima kasih kerana kalian sudi menjadi blog yang tidak seberapa ini menjadi persinggahan.




Beli Buku Online: Riba & Isu Kewangan Semasa

Beli Buku Online: Riba & Isu Kewangan Semasa: Umum telah pun mengetahui bahawa agama Islam amat tegas dalam amalan riba – iaitu amalan yang keji dan tergolong dalam salah satu dosa...

Beli Buku Online: Madinah Munawwarah: Kelebihan dan Sejarah

Beli Buku Online: Madinah Munawwarah: Kelebihan dan Sejarah: Buku “Madinah Munawwarah: Kelebihan dan Sejarah” ini mendalami sejarah asal usul dan ketamadunan pembinaan pusat perkembangan agama Is...

Beli Buku Online: Nota Kewangan Nota Motivasi

Beli Buku Online: Nota Kewangan Nota Motivasi: Buku ini adalah buku ketiga hasil tulisan Dr. Irfan Khairi selepas N ota Jutawan, Nota Motivasi  dan  Nota Jutawan, Nota Perniagaan ....

Beli Buku Online: 101 Rekreasi Hati

Beli Buku Online: 101 Rekreasi Hati: Buku berkonsepkan  komik  ini dipetik daripada buku  300 Hadis Bimbingan  karya Dr. Zahazan Mohamed dan Ustaz Ahmad Hasan Mohd ...

Tuesday, June 19, 2012

Berita baik untuk pembaca blog sekalain!

Teks: Masayu Ahmad
Penaja:http://www.facebook.com/KedaiBukuOnlineDotCom


Allahuakbar, rasa mahu menitis mata ketika menulis entri ini. Alllahuakbar, hanya Allah sahaja yang tahu tentang perjuangan saya selama ini, semalam ada dua khabar sukacita, hari ini dua lagi. Allahuakbar, apabila saya bercerita tentang rezeki dan berserah 100 peratus kepadanya, inilah namanya nikmat. Tidak mampu saya bicara panjang, sedangkan hati ini berbunga-bunga dan rasa bahagia jauh dari lubuk dalam.


Buat pembaca budiman, dan juga kalian yang selalu berkunjung ke sini, insya-allah lebih banyak buku dan pilihan. Saya sedang memilih-milih buku, dalam setiap kategori, agama, motivasi, kanak-kanak, bisnes dan dari pelbagai pilihan penerbit. Insya-Allah, jemput singgah di http://www.facebook.com/KedaiBukuOnlineDotCom dan juga di sini ya, http://nilamberkat-kedaibukuonline.blogspot.com/.

Salam kasih sayang



Monday, June 18, 2012

Bebas, tidak terikat, fleksibel-tips wahm & soho

Teks: Masayu Ahmad


                                  Promosi Pra Ramadhan RM240 termasuk kos penghantaran
Klik pautan di bawah untuk membeli
                  http://panduanbacaquran.blogspot.com/2012/03/pen-al-quran-digital-al-iman.html

Apabila kita memilih bekerja sendiri, terdapat banyak kebaikan dan manfaat.

1. Kita boleh tentukan apa jenis kerja yang kita suka.

2. Kita boleh tentukan berapa jumlah wang yang kita mahu dan sasarkan. Tetapi ingat jumlah rezeki yang sebenar adalah dari Nya. Apabila kita berlapang dada dalam keadaan ini, insya-Allah sangat mudah untuk kita tempuhi hari-hari sukar dan rasa sangat menikmati rezeki apabila berganda-ganda banyaknya datang dari pelbagai penjuru tanpa di sangka-sangka.

3. Kita boleh tentukan berapa jam mahu uruskan kerja A, berapa jam untuk kerja B, berapa jam untuk kerja C.

4. Kita boleh meneroka seluas-luasnya kemahiran bisnes, pengalaman bisnes, ilmu baru. Ini sudah tentunya rajin ke seminar, bengkel atau apa sahaja. Tidak kira percuma atau berbayar.

5. Kita tidak kisah berapa jam sehari untuk bekerja, kerana semangat, keterujaan berada dalam 'zon seronok' kerana hasilnya nanti kita yang akan raih.

Jangan lupa ebook www.janawangdirumah.com baru anda yang baru mencari informasi bekerja dari rumah.

Singgah di sini, http://www.facebook.com/KedaiBukuOnlineDotCom akan lebih banyak buku dan ebook akan menyusul.


Semangat mengebu-gebu

Teks: Masayu Ahmad

Salam kasih dan sayang. Alhamdulillah untuk segala perjalanan usia hingga hari ini. Sukanya saya kerana masih di sini, masih diberi kesedaran untuk mencari ilmu dan berkongsi ilmu. Masih ada ibu bapa yang boleh diingati jasanya, dan tempat untuk berkasih sayang.

Sukanya saya, kerana Allah masih beri ujian-ujian kecil agar segera saya kembali memohon dan meminta kepadanya. Sukanya saya, kerana selalu diberi kelapangan dada dan hati yang tenang.

Memang benar apabila kita mula rasa resah gelisah, kembalilah mengadu kepada empunya pencipta, ia lebih berbaloi-baloi

Ah Soo lagi

Semalam saya terserempak dengan Ah Soo lagi, kali ini nampak dia menganyuh basikal dan menghala ke lorong kecil. Pakaiannya masih yang sama dan basikalnya nampak tiada barang-barang kutipan seperti biasa. Saya sangat ingin mendekati dan berbual dengan dia. Mungkin satu hari nanti.

Saya pernah terserempak dengan Ah Soo pada malam, saya singgah di Wakaf Che Yeh, pada masa itu saya agak tergesa-gesa, jadi tidak sempat untuk berbual dan berkenalan. Mungkin lain kali saya akan ambil kesempatan seperti itu.

Promosi e-iqra Pra Ramadhan RM100 sahaja (harga asal RM120 termasuk kos pos)


Klik di sini untuk pembelian

Sunday, June 17, 2012

Percuma, berbayar, ilmu dan mentor-inspirasi

Salam kasih sayang


Sudah jam 2.14, alhamdulillah atas dipermudahkan urusan hari ini  saya mahu kongsi, apa yang sudah dikongsi di facebook, mahu disiar dan disimpan di sini, agar kita dapat ambil pengajaran dan ilmu.


Dapat kita lihat, orang yang berjaya, tidak malas, tidak putus asa dan sentiasa belajar dan belajar. Insya-Allah Jumaat ini jika tidak ada aral saya akan hadir untuk sesi bersama DAO. Sudah lama untuk pergi, ada sahaja halangan.


Juga saya suka dan mahu mencerap lebih banyak ilmu yang positif daripada sesiapa sahaja yang sudah sukses, dan tidak sombong. Apa yang lagi penting dapat saya kongsikan nanti di sini juga untuk kalian.












Sumber:http://www.facebook.com/AlumniDrAzizan/posts/10150857116851091
Macamana pemikiran negatif saya mula berubah? 

Dulu, saya benci masuk seminar dan saya rasa seminar ni semua tipu dan skema. Pada awal tahun 2001, saya hadir satu talk percuma oleh seorang lelaki dan usahawan namanya Roger Kinopasek dari Singapura. Dia berkongsi tentang pengalaman hidup dia daripada bankrap beberapa kali dan jadi jutawan dalam bisnes construction dalam masa yg pantas selepas belajar drpd kesilapan dia dan bagaimana saya pun boleh ubah hidup saya dgn belajar dari kesilapan dia yang bernilai jutaan ringgit, masa tu dia mempromosikan program lanjutan 3-hari dia yang berharga RM5k lebih. Saya sangat sangat sangat nak masuk kelas advanced tu tapi mana saya ada duit masa tu. Hidup saya ibarat baru baru lepas "kena langgar trellar", banyak hutang, nama blacklist dan saya sangat sedih masa tu tapi saya nekad utk ubah juga hidup saya. 

Saya guna walaupun sedikit teknik yg dia ajar masa tu dan dalam masa 8 bulan, saya berjaya bina perniagaan saya dalam bidang pengiklanan dan pemasaran projek pertama saya ialah HSBC, kemudian Standard Chartered. Tp bila saya dah ada duit utk masuk kelas advanced tersebut, kelas tu dah tak ada. Saya teruskan bisnes saya dan bermula hari tu saya nekad utk berniaga dan pada masa yg sama sentiasa cari jalan dan masa utk belajar dan menuntut ilmu utk meningkatkan ilmu serta pengalaman diri saya dan nilai diri saya. Dalam masa 7 tahun, saya berjaya membina satu organisasi perniagaan yg besar di Malaysia dengan projek-projek seperti TM, TMNet (Masa tu), Digi, Celcom, WWF dan lain-lain dibawah naungan prinsipal saya sehinggalah saya meninggalkan organisasi tersebut utk bina empayar perniagaan saya sendiri pada tahun 2008. 




                                                  Promosi Pra Ramadhan, hanya RM100
Klik di sini untuk tempahan dan pembelian,


Dan alhamdulillah hari ini selepas 4 tahun dibawah Richworks Group of Companies, kami mempunyai syarikat agensi pengiklanan saya sendiri yg berdaftar utk iklan tv, radio, akhbar dan majalah, saya mempunyai syarikat pengurusan korporat yang menguruskan pendaftaran syarikat, pendaftaran trademark/ pattern, akaun & percukaian, event management, training & coaching business, design house, IT & Online business, properties, call center, beauty & wellness business dalam & antarabangsa serta investment holdings. 

So, jika ada orang kata, orang kaya yang kaya mana ada masuk seminar dan belajar, saya nak beritahu yang sebab tu hidup anda tetap sama dan "biasa-biasa". Takkan nak tunggu abang billionnaire Tan Sri Syed Mokhtar datang rumah nak ajar bagaimana nak dapat projek-projek kerajaan? Takkan nak tunggu abang Vincent Tan datang rumah ajar bagaimana nak buat bisnes francais? Takkan nak tunggu abang YTL datang rumah ajar bagaimana nak dapat projek Bakun? Atau tunggu abang Bill Gates datang dapur tunjuk rahsia perniagaan dia? Mereka berjaya dengan cara mereka, kita bina cara kita ikut cara atau formula yang telah terbukti berjaya. 

Sebab tu, saya memang belajar dan gunakan ilmu yang saya belajar dari seminar-seminar yang saya hadir dari mereka yang sudi nak ajar dan terbukti telah sangat sangat sangat berjaya! Saya adalah student yang bagus yang hadir kelas di Malaysia sehingga Australia, US, Singapore dan South Afrika. Saya belajar dari world best guru seperti Bob Proctor, Brian Tracy, Harv Eker, Robert Kiyosaki, Tony Robbins, Terry Winchester dan ramai lagi, saya juga ambil masa utk berguru serta menuntut ilmu dari mursyid dan guru2 agama serta kerohanian yg hebat. 

Siapa kata menuntut ilmu tu membazir sebenarnya memang membazirlah hidup mrk. 

Hari ni, selain dari menguruskan bisnes, saya banyak beri masa utk share ilmu dan pengalaman saya. Kerana saya tahu, ramai yg dah billionnaire pun tak ada masa nak share dengan orang lain bagaimana mereka membina perniagaan mrk, anda hanya jumpa org seperti Tony Fernandes, Richard Branson, Prof Muhaya yg ada kerjaya mrk sendiri tapi beri sedikit masa utk share rahsia kejayaan mrk dan prinsip hidup mrk. Apatah lagi ilmu berniaga. Saya invest banyak untuk ilmu tetap saya dapat lebih berjuta kali ganda menggunakan ilmu tersebut. Cuba tanya diri sendiri, ko ada? Ko ada sikap macam tu? Sentiasa nak perbaiki diri sendiri? 

Sebab tu, bagi yg belum pernah hadir free talk saya, cuba baca di marketingpower.com.my, bacalah kisah jatuh bangun mrk yg dah hadir seminar saya dan belajar sesuatu dari mereka. Dan jika nak hadir untuk tengok sendiri apa yang bagus sangat tentang klinik usahawan saya, hadirlah free, daftar di marketingpower.com.my. Sedikit ilmu yg anda amalkan, mungkin merubah hidup anda dan keturunan anda selama-lamanya! Hidup saya berubah menjadi positif kerana ilmu dan syukur kerana Allah swt menunjukkan jalan. Orang Melayu akan terus layu tanpa ilmu di dada dan pemikiran yang betul diminda serta iman yang kuat dihati! -DAO-

Promosi Pra Ramadhan RM100 e-iqra, belajar tajwid




Klik link dibawah untuk tempahan dan pembelian



Ulasan Jana RM Dari Rumah.wmv

Berenang-renang ketepian

Teks: Masayu Ahmad


Alhamdulillah untuk hari ini, anak-anak mudah bangun dan mudah ke sekolah. Tiada lagi menangis dan merengek, mengamuk dan sebagainya.Saya sebelum harinya, berkata kepada en.suami pesan pada anak-anak bangun pagi dan pergi sekolah, jangan banyak kerenah.

Juga, saya berpesan pada kanak-kanak riang, tolong lah ibu, esok tidur awal bangun awal, pergi sekolah awal. Alhamdulillah hari ini anak-anak bangun dengan baik sekali.

Berkata baik-baik, niat dalam hati, praktik baik-baik, menjadi. Apabila kita stress anak-anak juga stres. Apabila kita tenang, anak-anak juga tenang.

Tempahan dibuka Promosi Pra Ramadhan

Kos pos percuma. Klik di bawah untuk tempahan naskah Al-quran Digital

http://panduanbacaquran.blogspot.com/2012/03/pen-al-quran-digital-al-iman.html


Thursday, June 14, 2012

Siapa yang layak?


Teks: Masayu Ahmad



Siapa yang layak

Salam kasih dan sayang, pada petang Jumaat yang mulia. Menu istimewa hari ini sup tulang, kerabu nangka, ikan kering dan manisan serawa durian dimakan bersama roti.
Banyak betul perkara yang mahu dikongsi. Pada masa saya membasuh pinggan mangkuk, melantun-lantun bergayutan di kepala. Sekarang tinggalkan sebentar tulang yang masih ada atas api, tunggu empuk dahulu sebelum dijadikan sup.

Orang yang layak
Banyak yang saya salami dan ambil iktibar, apabila membaca kisah-kisah kejayaan usahawan yang berjaya. Dalam apa bidang sekalipun, mereka ini terus-terusan suka berusaha dan tidak kenal erti putus asa. Ia menjadi darah daging dan tidak pula berhenti di tengah jalan, selain meneruskan perjuangan.
Selesai satu ujian, mereka akan alami satau ujian pula. Pada ujian halangan seterusnya menjadikan mereka lebih kreatif dan lebih tegar. Itulah antara yang saya sebut dalam entri yang lepas, selepas kita menemui satu kunci, kita akan mendapat kunci yang baru. Kemudian apabila berada di puncak, sudah mencapai matlamat, kita akan membaling kunci itu kepada meraka yang lain. Mereka yang sedang mendaki dan menyelesaikan kunci demi kunci.

Sedia berkongsi
Orang kaya yang sebenar juga, suka berkongsi. Berkongsi cara atau panduan yang dilalui sebelumnya, kepada mereka yang ingin berjaya sepertinya. Dia tidak kedekut ilmu, malah berkongsi dan memanfaatkan apa ilmu sedia ada dan pada masa yang saya masih meneruskan perjuangan sehinggalah tamat garisan dan beralih ke alam lain.


Mana satu pilihan

Teks: Masayu Ahmad

Salam kasih sayang, sekarang ini rakyat Malaysia memang suka bercuti-cuti, dalam negara mahupun luar. Jika ada cuti hujung minggu sekalipun, atau disambung dengan cuti umum, kemeriahan dapat dilihat terutama di pusat bandar, wakaf che yeh dan tempat-tempat lain juga.

Homestay atau guest house

                                                http://www.xpresszoom.com/nahdiguesthouse

Bersambung..

Wednesday, June 13, 2012

Segar bertenaga

Teks: Masayu Ahmad


Sedap pula susu kambing guarana cappucino. Memang dah lama tak minum kopi, dalam minggu ini hampir setiap hari saya minum. Saya makan jam 11 dan kemudian jam 12 baru minum kopi. Memang super segar. Jadi kalau malam hanya makan bersama Arissa sahaja. Jam 1 waktu rehat begini, tak perlu sibuk-sibuk pergi makan. Kalau ada urusan pun saya siap siaga makan dan solat. Waktu tengahari hanya santai menulis blog dan urus apa yang belum selesai. Mata juga terpacak badan juga bugar.

Tidak elok juga minum berterus, saya perlu selang seli. Minum ais sudah kurangkan dan minggu ini berjaya tidak minum teh ais kaw.




Konsisten

Teks: Masayu Ahmad

\\
                                                http://www.xpresszoom.com/dinibatik

Balik petang semalam, ada kerabu nangka dan gulai tempoyak ikan patin. Sangat sedap dan sedap lagi kerana ia masakan kasih sayang dari mertua. Jika hari Rabu begitulah. Berselang giliran, pagi jika saya sempat saya masak, selalunya tidak ;P. Petang saya cuba sedapa upaya untuk menyiapkan makan malam. Harapnya ia konsisten.

Alhamdulillah hari ini berjaya awal dari semalam. Saya kembali berada di 'port' saya. Minggu ini kanak-kanak riang banyak memberi 'warna warni' waktu pagi. Hari ini lebih awal. Insya-Allah minggu depan saya akan hantar lebih awal.

Penangan cuti sekolah dua minggu menyebabkan Aiman dan Arif sukar untuk bangun pagi. Itu semua kembali kepada saya, saya yang mencorak, jadi sekarang saya perlu pilih corak lain pula agar anak-anak suka bangun pagi.

Anak-anak tidak salah, saya yang salah. Jadi walau geram, saya perlu istigfar banyak-banyak. Bersyukur kerana Allah memberi tanda 'kesabaran' sebagai ujian kepada kita sebagai 'ibu' untuk lebih banyak istiqamah menangani hal anak-anak.

Promosi para ramadhan- Kos penghantaran percuma, RM240 sahaja

Klik di sini untuk tempahan naskah


Kembali kepada tajuk, konsisten. Konsisten di sini bermaksud konsisten, menjual, meneruskan kerja, hobi, menjana wang, sabar, menabung atau apa sahaja.

Sangat penting dalam apa sahaja untuk mencapai matlamat, selepas kita tahu dan jelas dalam matlamat kita perlu konsisten dalam urusan kita. Ini bukan saya kata, tetapi kebanyak buku-buku motivasi, rahsia sukses menyatakan hal yang sama.

Seronok, tekun dan semangat

Kita pilih kerja yang kita suka dan seronok, ia akan menjadi sebati. Kita memilih jenis kerja atau bisnes bukan kerana ikut-ikutan tetapi pilih kerana kita suka melaksanakannya.

Saya sendiri setiap hari perlu konsisten menulis, walau sedikit, saya perlu menulis. Ia ibarat wang, simpan sedikit sedikit lama-lama jadi bukit.

Salam kasih sayang

Jika mahu bekerja sendiri dan bebas, boleh mulakannya dari sekarang, mungkin panduan ini bermanfaat untuk kalian, klik di sini untuk membeli, www.janawangdirumah.com.

Tuesday, June 12, 2012

Banglo untuk dijual

Aset & Hartanah Kelantan: Banglo untuk dijual: Hubungi Tn.Hj Adnan: 019-9128372 Alamat: No.1, Taman Damai  Kadok, 16450 Kota Bharu Kelantan

Cuti-cuti Kelantan: D' Mampir Guest House

Cuti-cuti Kelantan: D' Mampir Guest House: Sumber: http://www.xpresszoom.com/dmampirguesthouse Lokasi di Bandar Satelit Pasir Tumboh                ...

Meniti senja




Teks: Masayu Ahmad

Jam sekarang 7.53 pagi, kanak-kanak riang masih lena tidur, Arissa, Aiman dan Arif. Hakim sudah ke sekolah. Rutin pagi ini mengerakan urusan lipat kain. Sudah selesai. Alhamdulillah.

Ketika awal membina rumah tangga, kita selalu membayangkan semua mahu sempurna dan selesa. Mahu rumah besar, lapang untuk anak-anak bermain, dapur besar untuk memasak dan banyak lagi. Ia semua bicara atas kehendak kita.

Iktibar dari pengalaman

Saya ingin menyorot kembali seorang warga emas, yang mahu menjual banglonya yang besar, mempunyai lima bilik, ada dua rumah berasiangan satu dapur basah dan satu lagi kediaman bilik, parkir yang luas dan halaman yang luas.

Masuk ke dalam rumahnya tersergam cantik. Tetapi itu semua tinggal kenangan. Anak-anak semua sudah berjaya dan sukses, masing-masing sudah mempunyai kediaman sendiri. Kini, tinggallah warga emas itu bersama isteri baru. Isteri muda itu adalah seorang yatim.

Banglo itu mahu dijual atas dasar, mudah jika sekiranya dia sudah tiada lagi. Apabila dijual kelak banglo tersebut, dia dan isteri akan berpindah di rumah yang lebih kecil hanya tiga bilik dan kediaman yang lebih sederhana. Ia lebih sesuai kediman ketika di hujung usia.

Kita, ketika muda-mua begini mahu yang besar dan wang yang banyak sahaja. Semalam ketika saya singgah di sebuah kedai buku, saya mencapai sebuah buku bertajuk urus harta sebelum kematian. Banyak perkara yang dikongsi dan ia sangat bersesuaian untuk dibaca dan difahami. Sangat penting untuk urus sebaik mungkin, agar tidak ada pergaduahan kelak. Si mati sudah dikuburkan, harta pula yang menjadi perbalahan.

Kehidupan di kala senja

Apabila usia, sudah merangkak ke asar, kemudian magrib dan isyak, tidak dapat tidak perlu menghitung apa  bekalan yang akan dibawa kelak. Kita selalu sahaja sibuk dengan aktiviti mencari wang, wang,wang, tetapi keseimbangan hal-hal lain juga perlu diambil kira.

Kehidupan yang sederhana mungkin lebih bermakna. Saya suka melihat ayahanda dan arwah emak, pagi dan petang bergendong motosikal ke masjid. Sebelum subuh bunyi motor dan ia menjadi peneman halwa telinga sehingga tidak lagi kedengaran enjin motor. Usai pulang masjid, selalunya bersarapan bersama. Jika tidak mereka akan singgah di kedai makan mok cik mek di tepi sungai, dan kemudiannya menghabiskan masa di pesisir pantai. Aduhai memang rapat mereka berdua. Berbonceng motor ke sana ke mari.

Saya suka suanana pagi begitu, dan sudah tentu sekali ayahanda. Saya suka, ayah seorang yang setia, tidak lagi emak selain arwah. Memang setia. Cerita ini terakam dalam memori tatkala ayahanda bercerita.

Apa yang paling penting, ayahanda berdoa ketika berada di depan kaabah.

"Tunggu aku kiah (rokiah) di pintu syurga," saya membayangkan berjujuran air mata ayahanda ketika mendoakan demikan. Apatah lagi ketika berkongsi cerita, terlihat jelas sorok rindu akan arwah isteri tercinta.

Betapa beruntungnya arwah kerana ayah begitu sayang dan sentiasa rindu akan masa lalu. Betapa untungnya juga kerana dia lah satu dan terakhir. Untungnya arwah, pemergiaan juga atas redha seorang suami dan segala-galanya dilepaskan baik oleh ayahanda.

Aduhai, saya sebagai anak masih berusaha menutup kekurangan yang ada. Berusaha membantu mengisi kekosongan dan kesunyian ayahanad sebaik mungkin, walaupun kadangkala saya akur ada keterbatasan waktu dan kudrat, tetapi kepada Allah jua saya bermohon dan berhajat.

Salam kasih sayang

Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, angkatlah darjatku, berikan aku rezeki yang halal lagi berkat, berilah aku petunjuk, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.


Jemput singgah kedai buku online saya ;D
http://www.facebook.com/KedaiBukuOnlineDotCom

Monday, June 11, 2012

Aura pagi

Teks: Masayu Ahmad


"Aiman comel, bangun, bangun, sudah pagi," ibu memulkan sesi kejut mengejut.

"Tak nak pergi sekolah, tak nak pergi sekolah," sambil pejam mata.

"Tak boleh man, kena pergi sekolah, budak pandai kena pergi sekolah," pujuk ibu lagi.

"Tak nak lah ibu, Aiman nak tinggal dengan atuk."

Ibu angkat dan peluk Aiman.

"Tak nak pergi sekolah ibu," sambil pejam mata, badan sudah dalam dokongan ibu.

"Iman kena pergi sekolah, semalam sudah janji mahu pergi sekolah,"pujuk lagi.

"Tak nak mandi."

"Ok, ok, tak payah pergi sekolah, tapi kena mandi dulu,"pujuk ibu lagi.

Aiman akur, buang pakaian dan kemudian ibu angkat Aiman ke bilik mandi. Sekali lagi adegan mengada-ngada.

"Nak mandi dengan air panas."

"Yelah, yelah."

Usai air panas dan sejuk bercampur. Aiman sudah ok, berendam dalam besen biru. Ibu biarkan Aiman sambung menyusu Arissa. Setiap hari begitulah abang Aiman.

"Ibu, ibu, nak basuh kepala." Aiman jerit panggil nama ibu.

"Ya, ya, ya." Ibu bergegas kembali kepada Aiman. Jirus air, gosok sabun dan bilas.
Usai selesai naik ke atas.

"Tak nak pakai baju sekolah."

"Tak apa, nanti Aiman ikut ibu pergi kerja."

Aiman pakai baju sekolah. Kadang-kadang mood angin, dia pakai dan kembali berbogel.

Ibu biarkan Aiman seketika. Arissa sudah siap dan wangi, semua beg sudah masuk dalam kereta. Sekarang giliran Arif pula untuk dikejutkan. Akan berlaku adegan yang sama.

Semuanya akan selesai selepas enjin kereta dihidupkan. Aiman akan gegas pakai baju.

"Ibu, ibu tunggu. Jangan tinggal Aiman!"

Sampai di PASTI. Lagi sekali drama swasta bersambung.

Tetapi apabila jejak sahaja kaki ke tanah. Aiman dan Arif akan laju sahaja masuk kelas.

Alahai anak. Tidak sah waktu pagi kalau ibu tak mandi dua kali. Sepanjang tempoh ini, Arissa paling mudah untuk diuruskan. Usai mandi, makan, menyusu dan berpakaian, dia akan mula lambai tangan kepada atuk dan mok.

"Bai, bai." Arissa dah nak ke sekolah.



Saya memang comel

                                                  Setiap hari saya nangis sebab nak dokong dengan ibu
                                                          Saya suka ibu peluk saya setiap hari.
Aiman suka sekolah, cuma Aiman mahu manja-manja.

Salam kasih sayang

http://www.facebook.com/KedaiBukuOnlineDotCom

Sunday, June 10, 2012

Kelansungan bisnes

Teks: Masayu Ahmad


                                                http://www.xpresszoom.com/wanbudgetinn

Alhamdulillah atas urusan hari ini dipermudahkan. Tadi ada temujanji dengan pemilik Wan Budget Inn, saya tanyakan perkhabarn hotel bajet milik Cikgu Wan Ismail.

Alhamdulillah, setakat ini setiap hari ada yang menginap di hotel milik beliau. Cuti sekolah yang sudah juga ada peningkatan tempahan bilik.

Lega sekali saya mendengarnya. Perbualan kami juga berkisar, bagaimana untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan sedia ada. Saya ada majukan supaya lebih banyak bilik untuk individu dan keluarga. Maksudnya bilik yang dijadikan 'hostel' diubahsuai semula.

Cikg Wan bersetuju dengan saya, kerana dalam fikirannya juga sedang dan ingin membuat renovasi semula agar dijadikan pertambahan bilik. Lokasi hotel ini sangat strategi, dekat denga KB Mall, Tesco dan hanya 10 minit sahaja ke Pusat Bandar. Juga berdekatan dengan lokasi Masjid Kampung Sireh.






There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin