Sunday, April 29, 2012

Serlakan keunikan WAHM & SOHO

Serlahkan keunikan

Kediaman yang dijadikan guest house, juga salah satu pendapatan pasif dan aktif.


Uniknya bisnes dari rumah

Apabila telah memutuskan untuk mengusahakan bisnes dari rumah, secara tidak langsung andang sudah bergelar usahawan. Walaupun masih baharu dalam keusahawanan, peluang meneroka terbuka luas asalkan bijak mengambil peluang.

Usahawan Online

Jika anda sangat malu untuk bersemukan dengan pelanggan dan lebih gemar bekerja dengan meminimakan urusan dengan masyarkat, usahawan online adalah salah satu pilihan. Usahawan hanya boleh berhubung dengan pelanggan melalui perbualan onlin, email dan laman sosial (facebook)

Kesibukan fleksibel

Salah satu manfaat menjadikan  pejabat di rumah adalah menikmati gaya hidup mengikut pilihan sendiri. Walaupun kadangkala berada dalam zon sibuk, tetapi usahawan boleh mengenal pasti daripada awal masa sibuk dan masa kurang sibuk.

Juga fleksibel menentukan jadual kerja mengikut kemahuan sendiri. Apabila berada dalam keadaan 'tugas serentak' iaitu urusan rumah tangga dan keluarga, anda sudah mula mengasah kepakaran dalam 'melakukan tugas serentak' atau multitasking.

Terdapat beberapa tips membantu apabila berada dalam situasi sibuk ...baca lagi dalam buku Jana Rm Dari Rumah muka surat 184, 187

Dapatkannya di PWTC sekarang di Dewan Tun Dr. Ismail, Kumpulan Karangkraf sempena pesta buku antarabangsa yang sedang berlangsung.

Juga pilihan melalui link di bawah

Mall Karangkraf-klik link di bawah untuk membeli
http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=2581

Alaf 21-Klik link di bawah untuk membeli
http://www.alaf21.com.my/prodDetails.asp?idpr=537

Saturday, April 28, 2012

Haba panas, bunyi guruh di langit

Teks: Masayu Ahmad


Bau aroma kesum bersatu dengan patin dan tempoyak. Memang sedap, ada pula sambal ikan yang dicampur dengan mangga muda. Satu juga teh o panas. Balik dari kerja, saya ke dapur, aduhai memang menggoda. Sambil meriba Arissa, satu suap Arissa, satu suap saya pula.

Hari ini pulang dengan perasaan tenang dan hati cukup lapang. Alhamdulillah matlamat bulan ini tercapai 99 peratus. Tahniah buat diri sendiri. Dua hari lagi masuk sudah bulan Mei, makanya saya perlu menekan gear dua dan melihat pula senarai matlamat yang perlu lunas tahun ini.

Sekarang sedang berlangsung Pesta Buku Antarabangsa 12 di Kuala Lumpur, jangan lupa singgah di Karangkraf dan dapatkan buku Jana RM Dari Rumah.

Petang tadi ketika menghala pulang saya menemu Ah Soo lagi, penuh basikalnya kiri dan kanan. Nanti juga ada kesempatan saya akan snap gambar Ah Soo.

Mukanya nampak gelap, panasnya bekerja di bawah terik matahari. Ah Soo tidak ada tempat kerja berhawa dingin. Kerjanya bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

Dia tidak ada mobil yang ada penghawa dingin. Hanya basikal, dikayuh ketika turun mencari rezeki, pulang semula dengan membawa hasil bahan buangan kitar semula. Itulah dunia Ah Soo.

Bersambung...

Thursday, April 26, 2012

Rumah di atas, operasi bisnes di bawah-perkongsian SOHO


Dalam buku mahupun ebook, saya ada sentuk pilih bidang dan belajar, belajar, belajar dalami dan kuasai hingga menjadi pakar. Jadi pakar dalam salah satu cabang bidang yang dipilih. Saya teruja untuk berkongsi seorang lagi usahawan muda yang saya temui semalam, Edayu 26 tahun yang kini sudah mempunyai kedai jahit milik sendiri. Operasinya di bawah di atas adalah kediaman. Ini juga adalah konsep SOHO. 

Apa yang menariknya kepakarannya adalah mengubah suai semula jeans, dan juga menjahit pakaian wanita dan lelaki. Mempunyai lima orang pekerja. Kata Edayu, dia sudah bermula ketika usia 15 tahun, ibunya seorang tukang jahit mempengaruhi dan mendorong minatnya. 

Selepas 10 tahun, saya melihatkan banyak yang terbentang luas yang sedang diusahakannya. Ini dia salah satu usahawan yang rendah diri, mudia belia, gigih, tekun. Memang satu hari nanti Edayu akan menjadi usahawan yang sukses. Apa yang dia perlukan dari saya adalah menerokai pemasaran internet. Selain menggunakan perkhidmatan iklan, inilah salah satu cara saya mengutip maklumat yang banyak dan belum dikutip. Jadi inilah tugas saya untuk berkongsia dengan kalian. A

Ambil semula semangat Edayu, tekun dan sabar berusaha. Dia rajin menyertai kursus-kursus yang dianjurkan agensi berkaitan. Dan kini bisnesnya semakin berkembang baik. Mari kita contohi anak muda ini.

                                                    http://www.xpresszoom.com/edayurepair

Pagi yang segar udara yang nyaman


Jam sekarang sudah 8.17 pagi, selesai sudah empat rutin pagi ini memasak sarapan, mengemas dapur, menyapu dan menguruskan Arissa. Arissa sudah bangun pagi, mandi, sarapan dan sekarang sudah dibuai oleh mok.

Sarapan hari ini saya masak gulai kuning kelate ikan tenggiri, ditambah timun dan lada besar. Makan bersama nasi panas. Satu teko air teh o panas. Sekarang boleh mengadap sebentar menyiapkan pc ini. Lantai juga sudah disapu. Nanti mahu sambung melipat tiga bakul besar pakaian minggu ini.

Minggu ini saya tidak balik ke rumah ayahanda, kerana kakak yang tinggal di rantau panjang sudah pulang. Esok puteri Arora juga akan balik. Jadi ia memenuhi jadual, dan tidak membiarkan ayah kesunyian.

Beruntung anak ramai

Untuk juga beranak ramai kerana ada giliran, dan ia memudahkan sebenarnya. Orang ini lakukan itu dan orang ini lakukan itu. Ia bersambung-sambung. 

Walaupun kita pernah mendengar ' ibu bapa boleh menjaga anak sembilan orang, anak-anak belum tentu boleh menjaga ibu bapa'.

Jadi di tangan kita untuk menentukan pilihan yang mana. Adakah kita anak yang hanya dijaga dan dibesarkan oleh ibu bapa atau anak yang tidak mahu dan sengaja tingga berjauhan dengan ibu bapa. Tinggal berjauhan tidak mengapa, asalkan ada strategi mengurus ibu bapa walau kita tidak bersama mereka.

Keberkatan kehidupan

Terus terang saya katakan, sejak berada di sini, niat awal mahu menguruskan mereka, Allah selalu memudahkan urusan saya. Bohong, jika saya mudah dan dipermudahkan selalu. Sebelum dipermudahkan saya juga seperti kalian melalui cabaran kehidupan.

Namun ia seumpama perahu yang dioleng ombak, sebelum selamat sampai ke destinasi ada ombak besar, ombak kecil, tangkapan besar, tangkapan kecil, hujan, ribut. Tetapi redah sahaja dengan usaha, doa dan tawakkal.

Akhirnya dapat juga mudik di muara. 

Salam kasih sayang

Apa pun yang kita lakukan hari ini, pasang ini memberi manfaat kepada diri dan orang lain. Utamakan dan dahulukan ibu bapa, pasti ada barakah dalam kehidupan.

Jangan lupa dapatkan  panduan bekerja dari rumah www.janawangdirumah.com


Tuesday, April 24, 2012

Berpagi-pagi itu indah


Teks: Masayu Ahmad

Assalamualaikum w.b.t

Salam kasih sayang, berpagi-pagi itu indah. Semalam sewaktu tidur saya senaraikan senarai tugasan untuk hari ini. Jadi pagi ini jam 7 pagi sudah hantar Arissa, juga tiga lagi en.suami yang urusakan. Terima kasih en.suami kerana memahami saya.

Sebelum itu saya singgah dahulu 'port' baru yang agak sesuai juga dengan saya. Masih tiada pelanggan, saya yang pertama. Suasana tidak sibuk, jadi meneruskan momentum menyelesaikan tugasan pagi ini.

Sangat bugar dan segar kerana berjaya selesaikan. Jam sekarang 8.30 jadi saya perlu bergerak lagi untuk selesaikan urusan seterusnya.

Sangat penting kita berpagi-pagi dan selesaikan urusan yang penting dahulu sebelum tugasan yang lain.

Tips untuk hari ini

Jana RM Dari Rumah

Muka surat 111

- Setiap wanita mempunyai tanggungjawab yang sentiasa memerlukan perhatian dan ditangani. Apabila setiap hari anda konsisten boleh mengikuti jadual yang ditetapkan secara disiplin, maka malam hari memberi ruang kepada minda dan badan untuk berehat sepenuhnya.

-Tuliskan. Anda boleh menulis senarai kerja anda di Google Calender, diari,, buku nota, sehelai kertas atau apa sahaja gajet terkini. Apa pun yang anda pilih, pastikan memudakan diri untuk merujuk, menandakan dan yang paling penting memudahkan.

-Jangan membuat senarai kerja yang terlalu berat untuk diikuti. Ini membuatkan anda semakin tertekan apabila melihat senarai kerja tersebut. Buat senarai mengikut kemampuan dan prestasi diri sendiri.

Monday, April 23, 2012

Perjalanan dan perjuangan

Salam kasih sayang

Malam sudah mengintai jam 10.36, bersamaan 23 April 2012. Alhamdulillah atas kurniaan kesihatan, limpahan nikmat yang tidak terhitung. Aduhai jiwa menulis sudah kembali datang. Untuk rekod saya, saya sudah menyudahi lebih 10 manuskrip dalam tempoh 3 tahun ini. Dengan kata lain setahun lebih kurang 3 manuskrip. Ada yang masih dinilai dan ada yang sedang menunggu terbitan.

Tugasan yang ada di tangan, ebook masih tidak disudahkan penyuntingannya dan juga dua manuskrip yang berstatus segera juga tergantung juga. Makanya saya istiharkan semula kesegaran jadual kerja penulisan. Ini adalah jiwa dan cinta hati. Makanya ke hulu ke hilir masih bersama manuskrp. Saya perlu memuktamadkan semula susun atur jadual menulis.

Saya suka mengorek rahsia peniaga-peniaga kecil. Sambil berborak, menemuramah atau membeli. Saya mencari satu sisi penting iaitu cetusan motivasi.

"Mokcik tidur lepas isyak, jam dua pagi sudah bangun untuk siapkan semuanya,"

Nah! Itu dia ayat motivasi terbaik yang saya dapat ketika berpagi-pagi ke pasar pagi di Wakaf Aik. Aduhai segera kekaguman saya datang. Teringat pula ayat mak cik nasi kerabu di Hulu langat.

Lebih kurang begini.

"Mokcik tidur jam 10, jam tiga pagi sudah bangun,"

Cuba kalian perhatikan berapa jam dua mak cik ini tidur, hanya lima jam sahaj. Lima jam sahaja!. Mereka memasak dan memasarkan sendiri produk mereka. Nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, gulai ayam, gulai ikan, dan bermacam menu lagi.

Kudrat orang tua jika dibandingkan kudrat orang muda seperti kita dan seperti saya. Saya andaikan jika saya produktif seperti dua mak cik ini. Ini anggaran kiraan, bangun jam 3 pagi, hingga 8 pagi, saya selesaikan 1 bab bersamaan 10 muka surat, 2 mukasurat 1 jam. Makanya 10 hari sudah siap 100 muka surat dan lebih kurang sebulan boleh siap 1 buku.

Maksudnya 12 bulan 12 buku. Ya, 12 buku. Saya suka mencongak 12 buku setahun, 1 buku sebulan. Produktif memang produktif. Jadi, makanya kepada saya sendiri dan kalian yang mahu mengambil iktibar makcik 50 tahun dan saya masih 30-an, jika bekerja dengan kadar begitu dalam masa 10 tahun, rasanya usia 40 tahun saya boleh senyum.

Tetapi tidak begitu, usia yang singkat ini aturannya terus berjuang dan nikmati perjalanan.

Salam kasih sayang, mari kira susun semula jadual tugasan dalam apa jua bidang.

Jangan lupa beli www.janawangdirumah.com

Friday, April 20, 2012

Menu kasih sayang


Di atas adalah menu semalam, kari terung yang dicampur lada, carrot dan tomato, ikan tenggiri goreng dan ayam goreng kasih sayang. Walau selera ayahanda kurang, tetapi habis juga satu pinggan. Alhamdulillah.

Pagi hari Jumaat saya berpagi-pagi ke Pasar Pagi Wakaf Aik, aduhai banyak menu enak dan juga makanan tradisi yang mengiurkan. Jadi saya hanya pilih dua tepung boko ubi kayu dan juga ketupat manis.



Jadual sekarang sudah terbahagi dua, minggu bekerja berada di rumah mertua, malam Khamis hingga Sabtu berada di rumah ayahanda. Begitulah seterusnya, walaupun ia tiada dalam perbincangan dan mesyuarat. Tetapi itulah rutin sekarang, terima kasih en.suami kerana sangat membantu saya atas aturan jadual giliran ini.


Alhamdulillah, minggu ini en.suami cuti seminggu, kebetulan pula PASTI cuti jadi Arissa, Aiman dan Arif dijaga ayah mereka. Pagi tadi juga Hakim lewat, tepat jam 7.30 sampai di sekolah.Tiga pengawas bertugas sudah menunggu di pintu masuk sekolah.

Apakan tidak jam 7 memecut laju dari rumah ayahanda. Jadinya lain kali saya perlu pecut awal lagi untuk memastikan Hakim berpagi-pagi ke sekolah. Hari ini Sabtu, ada cuti ganti untuk cuti Raya Haji.

Wednesday, April 18, 2012

Kenangan dulu-dulu

Sumber gambar FB

Saya cukup seronok melihat gambar di atas, ia mengimbau kembali kenangan zaman persekolahan masa kecil. Sangat berbeza situasi anak-anak sekarang.

Stokin hanya 1, biasanya menjelang hujung minggu, sudah hitam dihujung itu dan kadang kala ia sudah tembus dan terkeluar jemari kaki iaitu ibu jari. Penggal persekolahan baru, barulah bertukar stokin dan kasut baru. Jika tidak pakailah sehingga habis tempoh setahun.

Bezanya anak-anak hari ini, Hakim baju sekolah sudah empat, tiga baju putih dan 1 baju sukan. Kasut ada dua pasang dan stokin ada lima pasangm bertukar setiap hari.

Itu tentang pakaian, bagaimana pula dengan subjek yang perlu dipelajari. Anak-anak hari ini lebih maju, perlu laju. Kerana pendidikan awal sudah bermula dari perut ibu. Ramai ibu yang berpendidikan tinggi, makanya situasi pendidikan juga berbeza dan ia semakin baik untuk kanak-kanak.

Saya melihat subjek Bahasa Arab Hakim, aduhai, ia sama dengan apa yang saya belajar semasa usia 13 tahun, tetapi kini anak-anak usia 7 tahun sudah belajar. Makanya saya perlu kembali ulangkaji bersama Hakim. Mungkin Pesta Buku kali ini saya perlu meneroka lebih banyak buku-buku yang sesuai untuk anak-anak.

Bersambung.

Jangan lupa dapatkan ebook www.janawangdirumah.com




Monday, April 16, 2012

Anak dara sudah 1 tahun 4 bulan

Arissa wajah iras abang Arif



Setiap orang ada satu kisah

Teks: Masayu Ahmad


Setiap orang ada satu kisah, kisah saya begitu, kisah si A begini, kisah si polan begitu. Cerita duka gembira, sedih, kecewa.

Jika kita dengar atau baca kisah-kisah orang berjaya, mereka juga ada kisah atau sisi hidup yang mana merasa gembira, duka, saat-saat dilanda musibah. Jika kita baca pula kisah orang yang tidak berjaya, mereka juga merasai perkara yang sama ada waktu sedih, gembira, duka. Jadi apa bezanya? Tiada yang berbeza kerana kita semua hamba Allah yang sudah ada percaturan kisahnya.

Tinggal lagi jangan kita memilih untuk terus pilu, mengapa menerima dugaan begini, begini, begini.

Ada satu kata-kata yang menarik perhatian saya. Saya lupa baca di mana. Lebih kurang begini ayatnya.

"Jika kita menjadi orang lain, maka kita tidak tahu mereka mengalami nasib lebih malang daripada yang kita alami."

Jadi lebih baik diri sendiri dan berbahagialah dengan aturan kehidupan, tetapi pilihan tepisan yang membuatkan kita sentiasa bersyukur setiap hari walau apa keadaannya,.

Jadi kesimpulannya:

Berbahagialah kita kerana kita sudah menyandang surirumah sepenuh masa

Lagi bahagia dan bersyukur kerana kita pandai menjana kewangan walau berada di rumah

Lagi dan lagi bahagia apabila banyak peluang baru untuk kita tambah rezeki

Lagi bahagia dan lagi besyukur apabila kita bergelar surirumah, ada banyak pilihan dan peluang menjana pendapatan dan dapat pula mengurus keluarga

Salam kasih sayang

www.janawangdirumah.com

5 Idea bisnes skala kecil

1. Butik Kiosk

                           http://www.xpresszoom.com/businesses/clothing-accessories/terkini-batik

2. Makanan tempatan
          http://www.xpresszoom.com/businesses/food-dining/serunding-daging-ikan-ayam-zaliha-ismail


3. Produk Kesihatan & Kecantikan

  http://www.xpresszoom.com/businesses/health-care-products-or-services/kosmo-cosmetic-spa

4. Rawatan bekam

http://www.xpresszoom.com/businesses/health-medicine/pusat-rawatan-tradisional-bekam

5.Keropok Losong

Sunday, April 15, 2012

Terapi ketika berkerja


Apa terapi terbaik ketika bekerja. Walaupun bekerja dari rumah, kita boleh memilih jenis terapi terbaik. Salah satunya mempunyai ruang kerja yang kemas dan teratur. Beberapa kali ke pameran perabot, sekarang ini mata saya suka melihat latar warna putih.

Ia memberi impak luas, bersih dan selesa. Juga bertambah seronok jika pada bahagian depan ruang bilik itu adalah landskap hijau atau panorama tenang seperti di bawah.


Boleh mula berangan dari sekarang, sebelum itu buat persediaan dahulu, www.janawangdirumah.com

Saturday, April 14, 2012

Tiga lagi idea bisnes untuk WAHM & Soho

1. Bisnes kaftan & batik


Hubungi: Noraini Ismail, 013-9840706,

2.Buka salun atau spa

Hubungi: Siti Zahirah (eyra) +6017-9312180

3. Pengedar pakaian umrah & haji

Che Hamat Che Pa
Telephone
+012-9928126

Friday, April 13, 2012

Jana pendapatan dengan homestay

Saya berikan 10 contoh homestay, mungkin kalian boleh menjana idea dari 10 contoh di bawah.

Ziza Guest House

Sumber: http://www.xpresszoom.com/zizaguesthouse

2. Rumah Tumpangan Haji Adnan

 Sumber:http://www.xpresszoom.com/businesses/accomodation/rumahtumpangan-hj-adnan

Villa Baitul Ihsan

 http://www.xpresszoom.com/villabaitulihsan

Rumah Tumpangan Ehsan

http://www.xpresszoom.com/rumahtetamuehsan

Bagaimana membuat keputusan bekerja dari rumah?



Maya Amir
Boleh buat ulasan bagi seseorang yang sakit, terpaksa berhenti
 kerja kerana keadaan kesihatan yang sangat-sangat merosot, tetapi keadaan kewangan adalah tidak stabil, tetapi tidak ada pilihan lain. Macam mana ya?


Dalam kes Maya di atas saya melihatkan keputusan yang diambil adalah berdasarkan situasi semasa. Ini juga sama dengan keputusan yang telah saya ambil dahulu. Situasinya berbeza, anak yang selalu tidak sihat.
Cumanya selepas itu barulah saya mengali info-info bekerja dari rumah. Dua tahun sebelum berhenti, saya sudah mula membuat persediaan awal, iaitu masih lagi dan akan meneruskan aktiviti menulis.


Situasi Maya Amir


1. Terpaksa berhenti kerja kerana kesihatan merosot- Maya perlu mencari peluang menjana pendapatan yang baru dan pada masa yang saya perlu mengambil kira faktor kesihatan. Wang penting dan kesihatan juga sangat-sangat penting. Jadi usahakan sekarang fokus kepada jenis pendapatan yang tidak memberi kesan kepada kesihatan.


2. Kewangan tidak stabil- Umum mengetahui kerja dua orang lebih baik dari hasil seorang. Tetapi, Puan Maya masih ada suami untuk sumber yang pertama.


3.Tidak ada pilihan lain- Sekarang tidak ada pilihan lain, memang secara rasminya Maya bekerja dari rumah. Cari peluang yang boleh membantu jana pendapatan. Ini tidak mudah dan ia memang memberi cabaran besar kerana faktor kesihatan. Pun, begitu, kembali kepada Allah, diberikan sesuatu ujian dan hikmah yang mungkin kita tidak ketahui. Ujian kesakitan kerana Allah mahu Puan berehat di rumah dan ada lebih masa bersama keluarga.
Punca rezeki juga dari Allah, insya-allah tetapkan hati, rezeki ada di mana-mana. Gali semangat baru dan peluang baru. Mana tahukan rezeki yang akan datang lebih lumayan.

Minggu yang tenang

Teks: Masayu Ahmad

Untuk tahun 2012, hari ini rasanya rehat yang paling nikmat. Tidur di tengahari pada waktu cuti hujung minggu. Kebetulan adik ipar dan kakak ipar pulang, Jadi rumah mertua meriah. Sehari sebelum itu, pada cuti pertabalan Agung, saya pulang untuk melihat rumah ayah.

Ayah selamat kembali dengan keadaan sihat dan suara yang ceria sekali.
Ini langkah ketika keluar dan mencari adik. Anggapan pertama adik, agaknya ayah akan berkerusi roda. Rupanya jalannya laju, lebih cergas berbanding hari dia bertolak ke sana.

Saya menelefon, dari sini dan ada getar dari suaranya.

"Alhamdulillah ayah sihat, semua boleh dilakukan dengan sempurna, badan juga makin sihat" kata-katanya itu berselang air mata kesyukuran.

Alhamdulillah, inilah wajah kesayangan saya. Baki usia walau ayah mahupun saya, saya usahakan yang terbaik agar hari-hari tuanya lebih bermakna. Moga ayah diberikan kesihatan dan keberkatan dalam kehidupan.

Rindu lagi pada ayahanda kerana masih berada di Penang di rumah abang, mungkin Selasa baru pulang ke sini.

Wednesday, April 11, 2012

Mengapai pelangi


Maya Amir
Boleh buat ulasan bagi seseorang yang sakit, terpaksa berhenti
 kerja kerana keadaan kesihatan yang sangat-sangat merosot, tetapi keadaan kewangan adalah tidak stabil, tetapi tidak ada pilihan lain. Macam mana ya?
Ok, saya biarkan dahulu soalan di atas. Saya bukanlah kaunselor atau pakar.

Tetapi apa yang saya kongsikan di sini adalah maklumat berdasarkan pengalaman 

untuk dikongsi dengan lebih ramai lagi.Jadi soalan di atas, saya akan cuba setakat mana 

yang saya mampu dari sudut pandangan pengutip maklumat dan perkongsian pengalaman. 

Bagi rakan-rakan pembaca yang ingin memberi sokongan kepada Maya Amir saya alu-alukan.



Ah So yang rajin


Sebelum itu saya mahu ceritakan satu perihal seorang wanita yang sudah berusia berbangsa Cina. 
Banyak kali terserempak dengan saya pagi atau petang. Saya namakan dia, Ah So. 
Jika berjumpa waktu pagi, dia akan berpagi-pagi mengayuh basikalnya, bersetentangan dengan saya. 
Kayuhannya, kayuhan semangat, semangat menyempurnakan harinya untuk mencari rezeki. 
Pada pandangan dan anggapan mata kasar saya, dia mungkin sebatang kara, hanya ada sebuah basikal
dan tempat tinggal. Sumber rezekinya hanya satu, mencari kotak-kotak dan plastik-plastik.

Usai petang menjelang
Usai petang, sekali lagi saya akan terpandang dia melintas jalan besar, membawa kotak-kotak,
 kertas yang dikumpul dan diletakkan di belakang dan kiri kanan basikal. Kali ini dia tidak mengayuh. 
Saya melihat rutinnya, dan dia begitu bersemangat dengan apa yang dilakukannya.
Mungkin itulah satu-satunya sumber rezeki Ah So, itu sahaja yang dia boleh lakukan. 
Bersambung..

Sunday, April 8, 2012

Meredah awan

Teks: Masayu Ahmad



Assalamualaikum w.b.t

Lama tidak membebel di sini, dalam sibuk ke sana ke sini, urus itu dan ini dan kini saya memulai memasuki trek baru. Insya-Allah sudah mulai masuk tempoh bertenang dan menyelesaikan tugasan satu persatu. Alhamdulillah atas apa juga cabaran yang silih berganti digantikan dengan hikmah yang tidak disangka-sangka.

Itulah kehidupan, redah sahaja apabila hujan, rehat sekejap apabila penat. Alhamdulillah anak-anak sudah sihat, saya kembali rutin baru. Mahu melihat semula susunan manuskrip yang tidak disentuh dan mula menyenaraikan semula atau membuat senarai semak yang baru.

Sebelum itu saya mahu kongsikan dilema sahabat kita, sebelum saya mengulas atau memberi pandangan, sahabat-sahabat sekelian boleh juga memberikan idea atau sebarang dua kata.

Assalamualaikum w.b.t
Saya perlukan pendapat. Saya masih bekerja dan secara sambilan membuat tempahan kek, coklat dan door gift.
Sekarang dalam dilema kerana hati sudah tidak sepenuhnya bekerja lagi, melainkan mahu menguruskan anak-anak, suami dan bisnes. Suami juga bekerja sendiri dan bisnes masih belum stabil.
Setiap hari memberontak untuk tidak pergi bekerja namun digagahkan juga apabila memikirkan kewangan keluarga yang saya tanggung bagi membantu suami
Bagaimana saya hendak melunaskan dan meningkatkan lagi pendapatan bisnes, agar saya dapat melakukan apa yang betul-betul saya minat dan di samping kewangan keluarga tidak terjejas.

http://hasfardelights.blogspot.com/

Asfaziahtun Binti Zakaria

Ini ulasan saya:

Ada dua keutamaan kenapa ramai wanita sangat mahu bekerja dari rumah.

1. Menjana pendapatan

2. Mengurus keluarga

Terdapat 4 perkara penting yang perlu difikirkan Asfaziahtun

1. Suami bekerja sendiri dan masih belum stabil- saya kira, puan Asfaziahtun perlu merancang semula niat untuk berhenti kerja dan berbincang dengan semua apa risiko berkaitan kewangan sekiranya berhenti kerja.

2. Kewangan keluarga yang ditanggung bagi membantu suami- Ini juga perlu difikirkan kerana, berhenti kerja dengan perancangan yang kukuh dan juga mempunyai tabungan yang cukup sekurang-kurangnya 2 tahun, sebelum bisnes benar-benar stabil.

3. Bekerja secara sambilan membuat tempahan kek, coklat dan door gift.- Puan, fokuskan semula untuk mula fokus menerima tempahan dan jadikan ia sebagai bisnes yang lebih profesional.

4. Hendak melunaskan dan meningkatkan lagi pendapatan bisnes- Promosi, promosi, promosi, pemasaran, khidmat pelanggan, pemasaran dan banyak lagi. Ini adalah berterusaan dan gali ilmu baru setiap hari.

Saya selalu berkongsi, lakukan secara sambilan kerja atau bisnes yang dipilih semasa anda masih bekerja dan selepas pendapatan itu sudah stabil barulah mula meletakkan tempoh atau tarikh untuk berhenti kerja.

Saya petik dari buku Jana RM Dari Rumah mukasurat 205-206

Persediaan asas kewangan bermula daripada persediaan mengurus pendapatan dan perbelanjaan isi rumah. Anda perlu mengetahui semua punca sumber pendapatan dan aliran wang keluar iaitu perbelanjaan isi rumah.

Persediaan ke dua ialah mengumpul modal secara konsisten di dalam tabung khas

Ada dua jenis tabung khas, pertama tabung untuk menampung perbeleanjaan sekurang-kurangnya 12 bulan selepas notis tamat perkhidmatan.

Tabung khas kedua adalah sebagai modal yang bersumberkan simpanan sendiri tanpa perlu berhutang. Matlamat di sini adalah untuk memastikan anda bebas hutang dan mampu mengusahakan bisnes dengan risiko yang kecil.

Banyak lagi tips dalam buku Jana RM Dari Rumah dan www.janawangdirumah.com



Wednesday, April 4, 2012

Siapa pesaing bisnes?

Teks: www.masayuahmad.com

                                                      Kota Kurma lokasi di Kota Bharu
                                               Sumber:http://www.xpresszoom.com/kotakurma

Teks: Masayu Ahmad

Acapkali apabila menemui atau menerumamah pemilik bisnes kecil, saya bertanya apa cabaran dalam dunia bisnes yang diceburi. Antara yang disebut dan dikongsi adalah bagaimana bertarung untuk meneruskan kelangsungan bisnes, persaingan antara peniaga yang memiliki bisnes yang sama dan juga modal.

Kelansungan bisnes

Pemilik Kota Kurma memilih untuk memilih untuk menjual produk-produk timur tengah, iaitu seperti kurma, buah tin, air zam zam dan banyak lagi. Katanya sebelum memiliki kedai kecil seperti di atas, beliau adalah penjaja kecil yang menjual dalam program-program ceramah. Selepas 10 tahun barulah dia memilih untuk menjual di kedai seperti di atas.

Apa yang saya maksudkan di sini, memulakan bisnes bunyinya macam indah, dan kebanyakan orang mahu dan suka untuk memulakan bisnes. Tetapi dalam 10 orang yang memulakan bisnes berapakah berjaya meneruskan kelangsungan bisnes dalam tempoh yang lama pada masa-masa hadapan.

Mungkin ada yang separuh jalan, ada yang membuka cawangan baru, ada yang mencuba bisnes baru dan sebagainya. Sebagai usahawan setiap hari ada cabaran dan setiap hari perlu menambah ilmu baru agar sentiasa bermotivasi untuk meneruskan kelangsungan bisnes.

Salam kasih sayang

Jangan lupa mendapatkan panduan bekerja di rumah www.janawangdirumah.com

Sunday, April 1, 2012

Peluang bekerja dari rumah- Content Manager

Berniaga baju pasang untuk Hari Raya


Pada mereka yang ingin berniaga baju pasang sempena hari raya tahun ini, kami ada menyediakan ready made baju kurung untuk penjenamaan (re-branding) stok kain kami dari Indonesia dan Vietnam dan di import hanya untuk beberpa meter untuk setiap design. Ini untuk memastikan stok kami ekseklusif.

Jemput datang ke butik kami di Section 10 untuk pilihan kain..dan jemput ke kedai jahit kami di Section 28, Shah Alam untuk tempahan jahitan. minima order 20pasang pelbagai saiz dan warna.

hubungi kami : 012-647 6788 atau email blackredsec28@gmail.com untuk sebarang pertanyaan.

Zamara Buang

lovely tropicalspa.wmv





Salam kasih sayang

Kali ini saya ingin berkongsi satu lagi spa yang dimiliki dan diurus oleh wanita muda, iaitu Ira, berusia 24 tahun. Sudah lima tahun melibatkan diri dalam bidang kecantikan. 

Lovely Tropical Spa bukan sekadar menawarkan rawatan kecantikan, malah yang berminat untuk mendapatkan kursus kecantikan, boleh juga dilakukan di sini.
Beliau disokong sepenuhnya oleh ibunya.

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin