Sunday, January 29, 2012

15 tips kuasai pemasaran- Dr. Azizan Osman

Salam Kejayaan & Kekayaan Masayu

15 Idea "Bagaimana Meningkatkan Pendapatan Anda DUA KALI GANDA Dan Menarik Lebih Ramai Pelanggan Dalam Masa Yang Singkat!"
 
Perniagaan anda boleh hidup atau "mati" bergantung kepada kemampuan jualannya! 
Anda mungkin mempunyai produk atau perkhidmatan terbaik dan paling "power" di dunia atau anda mungkin boleh buat kek yang paling hebat di seluruh galaksi, tapi jika tiada orang yang membeli atau tidak ramai orang yang datang untuk membeli kek anda, ia mungkin akan menyebabkan perniagaan dan pendapatan anda hanya "nyawa-nyawa" ikan.
Untuk meningkatkan jualan, anda perlukan strategi pemasaran yang bagus. Anda perlu belajar bagaimana menarik perhatian orang ramai atau pelanggan kepada anda atau perniagaan anda serta membuat mereka gembira untuk membeli daripada anda.

Sebagai perunding strategi pemasaran sejak tahun 2001, saya telah berjaya membantu ramai usahawan mengubah senario perniagaan mereka dan pada masa yang sama mengubah kehidupan mereka daripada "biasa-biasa" kepada "luar biasa" dengan menggunakan strategi pemasaran serta idea pemasaran yang mudah. 

Idea yang saya berikan ini adalah sebagai "PERMULAAN" untuk anda belajar menjadi pakar pemasaran untuk perniagaan anda sendiri.

Bila saya kata yang sekiranya anda kuasai pemasaran, anda akan menarik "ramai gila" pelanggan kepada anda, ia adalah benar!

Bila saya kata yang sekiranya anda kuasai pemasaran, anda akan menarik "ramai gila" pelanggan yang "berkejaran" untuk menggunakan produk atau perkhidmatan anda juga, ia adalah benar!

Itulah yang berlaku kepada saya dan ramai pelanggan korporat atau individu yang telah menggunakan teknik-teknik pemasaran yang saya ajarkan. Apatah lagi bila anda akan belajar "live" daripada saya dalam Klinik Usahawan Dr. Azizan Osman - Seminar Marketing Power saya nanti.
Ini adalah senarai 15 idea pemasaran luar biasa, anda tidak akan tahu keberkesannya sehingga anda mencuba:-
50) Kongsikan apa yang anda tahu dengan orang lain: Apa yang anda tahu tentang perniagaan anda kadang-kadang merupakan maklumat yang sangat bernilai kepada orang lain. Tetapi bukanlah maklumat rahsia perniagaan anda, tetapi maklumat umum atau informasi yang mungkin berguna kepada orang lain. Berikannya secara percuma. Tuliskan artikel di blog, laman web atau laman sosial anda seperti FACEBOOK, kongsikan kepada orang lain tentang apa yang anda tahu tentang bidang yang anda lakukan.
Contohnya, jika anda di dalam bidang takaful atau insuran, kongsikan kepada orang lain tentang asas perancangan kewangan yang betul, kesilapan ramai pelanggan anda sebelum ini dan bagaimana untuk merancang plan pencen mereka atau mungkin pelan kewangan pendidikan anak-anak mereka.
Jangan risau jika ada orang lain yang akan meniru anda, anda ada ilmu dan pengalaman yang tersendiri, orang lain belum tentu mempunyai ilmu atau pengalaman yang sama.
49) Mencipta suasana yang sesuai dengan tema semasa: Ini adalah teknik yang digunakan biasanya di pusat membeli-belah. Jadikan tema semasa sebagai dekor atau cara anda berpakaian untuk melayan pelanggan. Contohnya, tahun baru cina, anda mungkin memakai baju "cheong-sam" serta memberikan hadiah limau mandarin kepada pelanggan anda. Jika bulan ramadhan, anda berikan hadiah kurma atau voucher berbuka puasa kepada pelanggan anda. Kadang-kadang anda boleh melihat kepada trend filem yang terkenal dan laris di panggung wayang dan jadikan ianya tema kepada suasana perniagaan anda. 
Contohnya, jika anda membuka kedai runcit dan ketika itu ditayangkan filem "Harry Potter" di panggung wayang, anda mungkin boleh hias sedikit kedai anda mengikut konsep filem tersebut dan anda mungkin boleh memakai skaf kepada seperti tukang sihir di dalam filem "Harry Potter" pada hari tertentu dan ini akan menarik ramai anak-anak yang akan "menarik" ibu-bapa mereka untuk ke kedai agar dapat melihat anda. Apa lagi? Bila mereka dah datang ke kedai anda, tawarkanlah sesuatu kepada mereka, mungkin pembelian harga istimewa?
Atau anda boleh dapatkan sedikit mainan "Transformers" dan hadiahkan kepada anak-anak pelanggan anda apabila anda menziarahi mereka. Bila pelanggan gembira dengan anda, mereka akan beli apa sahaja yang anda tawarkan!

48) Berikan kad diskaun atau voucher percuma: Ini adalah cara paling mudah dan murah untuk membuat pelanggan setia kepada anda. Contohnya anda mempunyai perniagaan mencuci kereta, berikan tawaran setiap 6 kali mencuci di kedai anda, mereka akan mendapat 1 kali percuma! Ini juga cara anda untuk menunjukkan yang anda menghargai mereka.

47) Perkhidmatan pelanggan yang luar biasa : Ingat, tidak ada yang lebih hebat daripada kata-kata positif daripada pelanggan. Perkhidmatan pelanggan yang hebat adalah senjata yang paling "power" dalam menghadapi persaingan dalam perniagaan. Jangan anggap disebabkan anda masih berniaga kecil-kecilan dan anda tidak perlu senyum dengan pelanggan, menjawab telefon dengan cepat sebelum 3 kali bunyi telefon, melayan pelanggan dengan mesra dan tenang. Jika anda tidak dapat lakukannya ketika perniagaan anda masih kecil, sampai bila pun perniagaan anda tidak akan menjadi besar!

46) Lancarkan pertandingan atau cabutan bertuah: Cara yang paling mudah untuk anda mendapatkan "database" pelanggan dan dapatkan maklumat pelanggan agar dapat digunakan tawaran kempen pemasaran di masa depan. Gunakan sistem SMS, blog, laman web, FACEBOOK atau siarkan dalam akhbar untuk memaklumkan kepada mereka tentang kempen anda. Anda boleh pelajari semua teknik ini dengan lebih terperinci di dalam program "Seminar Marketing Power" saya nanti.

45) Tambah maklumat baru di laman web anda: Anda sebenarnya tidak perlu bimbang tentang strategi SEO (Search Engine Optimization) untuk meningkatkan ranking laman web anda dalam enjin carian seperti Google dan Yahoo. Apa yang anda perlu lakukan adalah sentiasa menambah informasi terkini atau aktiviti terkini setiap minggu atau sekerap yang mungkin. Anda akan terperanjat melihat ranking laman web anda meningkat dalam masa yang singkat.

44) Blog: Sekiranya anda merasakan yang anda tidak mahir menulis untuk laman web, apa kata gunakan Blog. Ia adalah cara percuma dan mudah untuk anda berkongsi kepakaran anda. Blog yang bagus akan membuatkan anda popular dan mempunyai pengikut dalam bidang kepakaran anda. Teknologi blogging yang paling banyak digunakan hari ini adalah seperti Blogger atau WordPress kerana ianya adalah percuma.

43) Maksimakan penggunaan kad perniagaan anda: Adakah anda biasa menerima kad perniagaan yang hanya menulis nama seperti "Ali bin Ahmad, pengurus, Syarikat Ali Bersaudara....?" Tapi anda tidak tahu apakah perniagaan Ali bin Ahmad? Gunakan kad perniagaan anda untuk menyampaikan maklumat atau mesej tentang apakah jenis perniagaan anda atau apakah kepakaran anda supaya mudah untuk pelanggan merujuk kepada anda bila diperlukan nanti.
Tips tambahan: Biasakan memberi 2 keping kad perniagaan apabila memperkenalkan diri kepada orang lain dan katakan yang anda sengaja berikan 2 kad untuk mereka berikan kepada orang lain yang mungkin perlukan perkhidmatan anda. Ini adalah cara pemasaran yang paling mudah dan berkesan kerana orang lain yang akan menolong mempromosikan perniagaan anda.

42) Maksimakan jenama (Branding) menggunakan alatulis perniagaan anda : Letakkan nama syarikat atau perniagaan anda serta kepakaran anda di atas semua kepala surat (Letter Head), sampul surat (Envelope), Kad Hari Raya, Sampul Duit Raya, T-Shirt atau uniform syarikat anda atau di alatulis seperti pen yang tertera jenama syarikat anda. Ia cara mudah untuk menyampaikan mesej kepada orang lain tentang perniagaan anda dan anda dilihat seperti syarikat "besar punya".

41) Rakamkan video anda di YouTube: Mendiang Steve Jobs, CEO kepada syarikat gergasi Apple INC, menggunakan YouTube setiap kali Apple melancarkan produk baru mereka dan ianya mendapat liputan yang paling meluas dengan kos yang paling rendah. Jangan lupa untuk linkkan video anda dengan laman web anda serta kongsikan di laman sosial anda seperti FACEBOOK.

40) Melaburlah untuk mendapatkan kredibiliti daripada pihak ketiga : Sekiranya ada cara untuk anda mendapatkan akreditasi atau kelayakan professional di dalam industri yang anda ceburi, pastikan yang anda melabur untuk mendapatkannya. Ia mungkin tidak murah tetapi sebagai pelaburan jangka panjang, ia akan membantu menambah nilai perniagaan anda serta meningkatkan kelayakan kepakaran anda. 

39) Mempromosi ketika pelanggan sedang menunggu atau sedang menunggu di talian:Sekiranya anda perlu meminta pelanggan menunggu atau menunggu di talian telefon sebelum ianya disambungkan kepada pihak yang berkenaan, pastikan yang mereka yang sedang menunggu diberikan bahan bacaan yang membantu mempromosikan perniagaan anda. Sekiranya di talian, pastikan mereka mendengar rakaman yang mempromosikan produk atau perkhidmatan anda dan bukannya hanya mendengar lagu-lagu atau muzik yang tidak membantu menambah nilai perniagaan anda.

38) Berikan hadiah percuma yang lain dari yang lain: Hadiah pen yang dicetak dengan logo syarikat mungkin membosankan dan orang mudah dilupakan. Apakata cuba berikan sesuatu yang berbeza, seperti seluar dalam yang berlogokan syarikat anda contohnya, atau topi santa claus berlogo, atau mungkin sabun yang mempunyai logo syarikat anda yang buat mereka mandi "bersama-sama" anda setiap hari?

37) Minta dan gunakan testimonial pelanggan: Manusia lebih yakin bila mereka membaca pengalaman orang lain yang mendapat pengalaman yang bagus menggunakan produk atau perkhidmatan anda. 

36) Berikan jaminan wang dikembalikan: Sekiranya anda yakin dan percaya dengan produk atau perkhidmatan anda, berikan jaminan anda. Tawarkan pemulangan wang jika mereka tidak berpuashati dengan apa yang anda berikan kepada mereka. Anda akan menarik lebih ramai orang untuk mencuba produk atau perkhidmatan anda dan biasanya mereka tidak akan meminta wang untuk dipulangkan sekiranya ianya bagus untuk mereka.
Demi Kejayaan Perniagaan Anda,
Dr. Azizan Osman
Mentor Kekayaan & Kejayaan
P.S: 35 Tips Percuma seterusnya akan menyusul 5 hari lagi.

Kelebihan operasi skala kecil

Sumber: Buku Jana RM Dari Rumah
Mukasurat 84 & 85

Beli di sini:http://www.facebook.com/photo.php?fbid=325716217450992&set=a.325715677451046.72662.325713544117926&type=1&theater

Tidak perlu menyewa pejabat

Boleh menjadikan salah satu ruang atau bilik sebagai operasi pejabat. Bukan sahaja bebas daripada membayar sewa, malah anda sangat beruntung berad di pejabat di rumah sendiri.

Tidak memerlukan pekerja


Terdapat jenis bisnes yang tidak memerlukan bantuan pekerja, anda boleh melakukannya sendiri. Memandangkan operasinya kecil, jadi penjimatan masih berlaku kerana tidak perlu mengeluarkan kos upah.

Elakkan menghadiri mesyuarat yang kurang penting
Sudah semestinta sebagai pemilik, anda mahu sasaran pendapatan bulanan. Bagi perkara-perkara yang kurang penting, anda tidak perlu menghadirinya. Hanya fokus kepada perkara yang boleh memberi kesan kepada peningkatan pendapatan syarikat. Baca lagi dalam buku Jana Rm Dari Rumah, beli di sini
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=325716217450992&set=a.325715677451046.72662.325713544117926&type=1&theater

Iklan seminit

Bagi mereka yang ingin menjual produk batik, boleh mengubungi En. Suhaimi untuk mendapatakn batik secara borong. Pasaran batik sentiasa ada, kerana fabrik ini dipakai ke tempat kerja oleh kakitangan Kerajaan, majlis rasmi dan juga boleh dijadikan sebagai hadiah.
                          Sumber: http://www.xpresszoom.com/businesses/terkini-batik


Saturday, January 28, 2012

Selagi mana kita berusaha, Allah pasti memberi rezeki

Teks: www.masayuahmad.com

Salam pagi Ahad yang semangat. Bermula sudah rutin bekerja. Usai jam 6 hingga 8.30 selesai sudah urusan anak-anak. Jika Ahad, Selasa dan Khamis sudah masak untuk sarapan esoknya, contoh gulai ayam atau gulai ikan Kelantan. Jadi pagi saya hanya pecut, masak nasi, masak air.

Lipat kain, separuh 'gunung everest' sudah selesai, mandikan Aiman, Aiman tidur semula. Selesaikan Hakim, semak segala keperluan sekolah, juga sekarang hanya bawa air sahaja untuk bekal. Dibantu en.suami, Hakim ke sekolah, selesai dahulu di situ.

Selesaikan Arif, mandikan Arissa suapak sarapan. Saya pecut lagi semua keperluan anak-anak masuk dalam kereta. Kemudian pecut kemas remas 5 minit. Giliran saya untuk bersiap. Layan dahulu kerenah Aiman waktu pagi, semua selesai. Sekarang jam 9.48 buat temujanji dan sudahkan beberapa senarai untuk hari ini.

Itu sahaja rutin super duper wanita bekerja dari rumah dan juga di luar rumah. Terapkan keikhlasan dan niatkan hanya kerana Allah dan ia pastinya memberi kita semangat juang untuk hari ini.

                                                 http://www.xpresszoom.com/serundingzaliha-2

Serunding keluaran Zaliha Ismail,dihasilkan secara tradisional. Terdapat tiga pilihan iaitu serunding ayam, daging dan ikan. Menurut puan Zaliha, penghasilan serunding ini sudah berada di pasaran selama 30 tahun. Beliau mewarisi bisnes penghasilans serunding dari nenek dan emak. 
Pelanggan boleh terus ke kedai milik beliau dan boleh menghubungi terus no telefon 013-9130009 untuk tempahan serunding. 
Serunding dihasilkan setiap hari dan ia adalah sedap dan berkualiti. Selain itu, jika kedai milik puan Zaliha.

Friday, January 27, 2012

Sedang berlangsung Karnival Karangkraf- Datang beramai-ramai


                                         Dapatkan buku Jana RM Dari Rumah dengan harga diskaun.

Menulis ibarat bercucuk tanam

Teks: Masayu Ahmad

Salam kasih sayang, hujan turun membasahi tanah. Suasana tenang dalam hening petang. Sesekali terdengar perbualan Aiman dan Arif yang masih aktif. Dua lagi Hakim dan Arissa masih lena diulit dingin hujan. Ibu masih meneruskan perjuangan hari ini. Harapnya dapat meneruskan semangat menyiapkan manuskrip tergendala.

Kanak-kanak ini tidak mahu tidur petang Jumaat yang indah ini. Banyak aktiviti yang perlu dipelbagaikan agar tidak bosan. Semua bekadaran tidak lebih 10 minit.

Usai tadi, saya siapkan seteko teh o panas dan juga ada roti gebu buat hidangan menu petang. Berbalik kepada tajuk yang asal. Pilih jenis kerja atau bisnes yang memberikan kita keseronokan dan minat. Asah dan latih. Pekerjaan ibarat bercucuk tanam, ada yang cepat mendapat hasil dan ada pula yang lambat.

Dalam apapun haruslah kita menanam segala mak nenek nilai positif agar hasilnya manis dan enak untuk dinikmati.

Thursday, January 26, 2012

Salam pagi Jumaat 27 Januari



Salam kasih sayang. Tidak banyak masa yang tinggal untuk Januari. Alhamdulillah, saya mahu kongksikan senarai kerja yang wajib siap hari ini.

1. Edit buku.
2. Edit ebook
3. Temujanji Kedai Kek Ummi-Online Directory.
4. Siapkan manuskrip buku Islami kanak-kanak
5. Update entri di Panduan Bekerja Di Rumah
6. Update entri http://cuti-cutikelate.blogspot.com/
7.Update http://www.facebook.com/masayuahmaddotcom
8. Update http://www.facebook.com/pages/Cuti-Cuti-Kelantan/294707003899163
9. Juga terima kasih tidak terhingga kepada kalian yang sudah sertai saya di Kedai Buku Online, ebook sedang dikemas kini dari masa ke semasa, ada sedikit masa lagi sebelum saya mulakan dengan buku-buku fizikal.http://www.facebook.com/pages/Kedai-Buku-Online/325713544117926?sk=wall

Sebetulnya perkara 1 dan 2 saya selalu bertangguh, jadi saya jadikan keutamaan agar ia menjadi rutin menyelesaikan perkara tersebut dahulu sebelum bergerak dengan rutin yang lain.

Apa perlunya 'to do list' di atas,

Sangat perlu, ia adalah bermula dengan mencapai matlamat pecahan gerak kerja suku tahun, bulanan dan harian. Nyatakan, tulis dan buat.


Salam kasih sayang. Masa adalah emas, gunakan sebaiknya agar kita tidak menyesal kemudian hari ;D.

Wednesday, January 25, 2012

Homestay-pendapatan pasif, pendapatan aktif


                                        Sumber:http://www.xpresszoom.com/zizaguesthouse-2

Kebanyakan pemilik homestay yang menggunakan khidmat periklanan saya, saya kategorikan kepada dua. Iaitu pemilik di kalangan pesara dan kategori ke dua golongan muda atau suami isteri yang melabur, membina rumah dan mula menjadikan ia sebagai homestay.

Bagi pesara kerajaan atau swasta mereka menggunakan wang simpanan mereka untuk membina dari awal, atau mengubahsuai semula rumah sedia ada dan dijadikan penginapan tumpangan.

Umum kita ketahui rumah adalah contoh pelaburan jangka masa panjang dan ia semakin meningkat nilainya.

Pendapatan aktif
Untuk mendapatkan pendapatan aktif pemilik homestay perlu berterusan mempromosi rumah tumpangan. Pendapatan lumayan pada musim cuti perayaan, cuti umum, cuti sekolah. Pada masa ini kalangan penginap akan menempah dari awal.

Pendapatan pasif

Sudah tentu bagi kediaman yang sudah habis dibayar, mempunyai pendapatan aktif sekiranya mendapat tempahan harian berterusan sepanjang tahun. Pendapatan tersebut boleh disimpan dan dilabur semula. Nilai aset seperti rumah dan tapak tanah akan meningkat mungkin satu kali, dua kali atau lebih. Inilah yang dikatakan pendapatan pasif.

Tuesday, January 24, 2012

Tips kekalkan motivasi untuk Wahm & SOHO

Sumber: Buku Jana RM Dari Rumah, muka surat 152-153


Pelbagaikan Hari Anda

Setiap kali bangun daripada tidur sudah banyak senarai yang menanti untuk diselesaikan termasuklah mengurus anak-anak sekolag dan menyediakan sarapan pagi. Tukar kebiasaan ini. Sesekali anda membeli sarapan dan menghantar anak-anak sekolah.

Atau mulakan hari dengan melakukan senaman dan menghirup udara suasan segar pagi. Jangan lakukan kebiasaan yang sama setiap hari, ubah jadual dan ini memberi mppd segar kepada minda dan fizikal

Ubah kedudukan Pejabat di Rumah

Pejabat di rumah maksudnya anda tentu sekali sepnanjang masa dan tahun berada di tempat yang sama. Anda perlu keluarkan idea kreatif dengan menukar atau mengubah tempat kerja. Jika ada beberapa pilihan bilik, buat gaya dan sentuhan idea baru. Ini sangat membantu memberi anda rasa bertenaga semula apabila berpindah pejabat baru, walau hanya bilik di tingkat atas rumah.

Dapat buku Jana RM Dari Rumah di sini: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=325716217450992&set=a.325715677451046.72662.325713544117926&type=1&theater

Sumber:http://www.facebook.com/pages/Kedai-Buku-Online/325713544117926?sk=wall

Monday, January 23, 2012

Diari seorang penulis


Sebetulnya untuk dalam beberapa bulan ini banyak manuskrip yang sedang saya pulun dan masih lagi dalam proses. Ada dua manuskrip buku kanak-kanak masih dalam penilaian editor, satu manuskrip super mamaideal dalam penilaian kali ke dua. Di tangan masih ada ebook panduan bisnes online (saya rahsiakan dahulu tajuknya) dalam proses 90 peratus sudah siap, tinggal sahaja tambah gambar dan habiskan cepat proses suntinga. Dua ebook baru dalam proses susun bahan yang juga sudah diberi laluan oleh penerbit ebook. Juga satu buku kanak-kanak Islami yang saya sudah terbabas-babas dari trek. Harapnya cuti ini saya dapat melunaskan terlebih dahulu manuskrip buku kanak-kanak ini. Sudah malu sama puan pengetua.

Saya suka menulis dan inilah cara saya menggunakan bakat yang ada dan berkongsi ilmu bermanfaat. Juga terbaru saya sudahpun memulakan langkah yang banyak kali tertangguh untuk Kedai Buku Online, mohon sokongan kalian untuk sertai saya:

Akan menyusul kelak kedaibukuonlinedotcom. Inilah antara impian saya yang masih tertangguh sejak tahun lalu. Asalnya saya setelah pindah ke Kelantan, saya akan mencari rumah yang sesuai khusus untuk tujuan ini. Berdasarkan situasi semasa yang tidak membolehkan saya berpindah, jadi saya ubah semula plan B, mulakan dahulu di http://www.facebook.com/pages/Kedai-Buku-Online/325713544117926?sk=wall. Jangan lupa tekan like ya.

                                           Inilah impiannya, saya akan mulakan gerak langkah tahun ini.

Apabila ia sudah ada, makanya saya perlu laju melunaskan manuskrip-manuskrip yang masih beratur panjang. Saya perlu lebih fokus tahun ini agar lebih banyak buku tulisan saya diterbitkan.Insya-Allah. Stok buku akan mula ditambah mengikut kesesuaian. Kerana fokus saya adalah menjual buku-buku siri mula bisnes, motivasi bisnes, buku perancangan kewangan. Jenis buku adalah berdasarkan apa yang banyak saya kongsikan di sini, selain tujuan utama adalah menjual terus buku-buku saya kepada pelanggan di sini. Saya tahu ramai yang telah dan sudi berurusan dengan saya. Inilah yang membuatkan saya perlu lebih gigih menulis dan menyiapkan lebih banyak manuskrip.

Setakat ini dahulu, hari sudah petang saya perlu menyelesaikan manuskrip ;D.


Sunday, January 22, 2012

Kembangkan peluang jana pendapatan sedia ada

Teks: www.masayuahmad.com

Ok, pernah entri-entri sebelum ini saya mengatakan banyak pilihan kita mencari peluang fleksibel cara kita bekerja. Apa maksudnya tu?

Maksudnya, jika kita masih sayang kerja yang sedia ada tidak perlu kita memikirkan untuk berhenti kerja. Cuma , jika ada pilihan bekerja dari rumah kita usahakan untuk wujudkan peluang baru kerja di rumah atau SOHO khusus untuk menambah pendapatan, kembangkan bisnes keluarga, langkah berjaga-jaga dan sebagainya.

Alasan lain bagi yang bekerja dari rumah sepenuh masa, tidak dapat tidak akan merasa bosan dan kadangkala akan terlintas di fikiran untuk bekerja di luar rumah.

Ok, ini juga atas pengalaman saya sendiri, selepas 4 tahun saya bekerja dari rumah, muncul pula peluang baru iaitu bekerja di luar rumah. Peluang ini pula pilihan jam kerja fleksibel dan terpulang pada saya untuk menentukan berapa pendapatan yang saya mahu, asalkan saya berusaha untuk mencapainya.

Mulai Disember 2011 sehingga kini, saya menyediakan khidmat periklanan di online directory khusus untuk bisnes skala kecil. Ia sangat berkait rapat dengan kerja penulisan yang saya lakukan sekatang. Iaitu saya juga sedang menyiapkan manuskrip-manuskrip khusu untuk panduan bisnes skala kecil, soho dan bekerja dari rumah. Ia adalah sepuluh dalam satu. Pengalaman bekerja sebagai wartawan digunakan sepenuhnya, nilai tambah nya saya boleh tambah ilmu baru bagaimana menguasai periklanan dan carian di google, video di youtube, mengenali dan temuramah ramai jutawan usahawan bisnes skala kecil dan banyak lagi.

Kembangka apa yang sedia ada

Pernah juga dalam entri sebelumnya, saya kongsikan info tentang gunakan kepakaran yang ada dan kembangkan. Contohnya buat tuisyen dari rumah dari situ boleh kembangkan jadi pusat tuisyen atau penceramah atau bengkel khusus untuk bakal-bakal guru tuisyen.

Ok, saya berhenti dahulu Arissa comel sudah menangis.

Selamat berhujung minggu dan Selamat Tahun Baru China


Assalamualaikum w.b.t

Salam kasih sayang, selagi hayat dikandung badan selagi itulah masa untuk berjuang. Untuk kehidupan di dunia lebih-lebih di akhirat.

Alhamdulillah sudah kembali ke kampung ayahanda. Menjenguk ayahanda di kampung sebelah Bachok. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 50 minit. Jalanraya penuh sesak dengan perantau yang pulang ke Kelantan. Selamat kembali dan bercuti.

Di status FB, kebanyakan pemanduan mengalami kesesakan jalanraya. Berhati-hati ya. Ia seakan lumrah apabila cuti panjang, cuti sekolah dan cuti perayaan jalanraya akan menjadi luarbiasa dengan kehadiran kenderaan. Kepadatan di bandaraya akan mula melimpah ke jalan raya. Nampaknya ia fenomena biasa apabila tiba waktu-waktu begini.

Apa yang saya mahu sampaikan sebenarnya?

Berapa banyak setiap hari kita membuang masa di jalanraya- lima atau enam kali seminggu?
 Ulang alik ke tempat kerja.

Berapa jam setiap hari masa terbuang untuk tempoh ulang alik ke tempat kerja?
Pengalaman saya dahulu pergi kerja satu jam balik kerja satu jam-maksudnya dua jam sehari. Tidak termasuk hal-hal lain. Maksudnya dalam lima hari seminggu bekerja sebanyak 10 jam dibuang begitu sahaja.

Berapa kali pula dalam setahun anda pulang ke kampung?
Raya Aidlilfitri, Raya Aidiladha, Tahun Baru China, Cuti Hujung Tahun.
-Pengalaman biasa saya, jika biasanya 8 jam, atau 10 jam atau kadangkala 16 jam. Darabkan pula berapa kali perjalanan dalam setahun.

Apa yang saya mahu sampaikan?

Kita memang perlu balik kampung, tambah pula jika masih mempunyai orang tua. Saya mahu kongsikan banyak masa saya kini lebih terarah untuk menggunakan sisa-sisa masa yang ada bersama orang tua. 16 jam pulang ke kampung, saya gantikan 1 jam sahaja perjalanan bila-bila masa sahaja ke rumah ayahanda. Jika ada kecemasan pula, masiha ada kesempatan untuk tindakan segera.

Apakah tiada alternatif lain?


Masanya untuk membuat pilihan, berhijrah ke luar banda atau pinggir banda. Memulakan bisnes atau kerja dari rumah dengan mempunyai masa yang lebih fleksibel. Sangat pentingnya fleksibel kita boleh merancang aktiviti sepanjang tahun lebih awal. Ketika orang lain sedang beratur menyelesaikan persekolahan anak-anak, kita sudah selesai. Ketika orang lain masih kesesakan jalan raya, kita masih ada pilihan menyelesaikan rutin harian dengan lebih santai dan tidak terkejar-kejar. Banyak lagi yang ingin saya kongsikan.

Mulakan persediaan bekerja dari rumah, dapatkan ebook www.janawangdirumah.com. Saya boleh, anda juga sudah tentu boleh. Jika tidak sekarang mungkin dua tiga tahun lagi. Ketika anak-anak sudah mula bersekolah anda sudah berlapang dada kerana rutin tidak lagi sesak nafas setiap pagi. Mula merancang dari sekarang.

Salam kasih sayang
www.janawangdirumah.com



Friday, January 20, 2012

Dua bayi mati tersedak susu

KUALA LUMPUR 19 Jan. - Dua bayi lelaki yang ditinggalkan di sebuah pusat asuhan di Taman Permata, Ampang, di sini meninggal dunia hari ini dipercayai akibat tersedak susu.

Dipercayai kejadian yang menimpa bayi malang yang berusia tiga bulan setengah dan tujuh bulan itu berlaku kira-kira pukul 1 tengah hari.
Difahamkan tragedi itu dikatakan berlaku selang 10 minit apabila bayi berusia 3 bulan itu dihantar ke sebuah poliklinik di Taman Permata untuk diberi rawatan kecemasan.
Menurut bapa kepada salah seorang bayi, Mohd. Faizal Jaafar, 32, dia dimaklumkan tentang kematian anak bongsunya Muzaffar, tiga bulan daripada isterinya yang menerima panggilan dari pusat asuhan.
"Isteri yang bekerja di Bukit Antarabangsa diminta untuk hadir ke poliklinik itu kira-kira pukul 3 petang dan sesampai di sana dia dimaklumkan bahawa anak kami telah meninggal.
"Saya ketika itu berada di Kedah atas urusan kerja dan baru sahaja sampai di sini kira-kira pukul 8 malam tadi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Tambah beliau, Muzaffar adalah anak bongsu daripada dua beradik dan dia baru sahaja ditinggal di pusat asuhan berkenaan tidak sampai sebulan.
Sementara itu, datuk kepada mangsa, Abdul Aziz, 51, pula berkata, dia tidak menyangka kejadian seperti itu akan berlaku kerana cucunya yang bernama Hariz baru 14 hari ditinggalkan untuk dijaga di pusat jagaan terbabit.
Katanya, dia dimaklumkan tentang kejadian oleh anak perempuannya kira-kira pukul 4 petang tadi.
"Cucu saya yang bernama Hariz dimaklumkan kepada kami telah tersedak susu ketika ditinggalkan di situ.
"Namun saya sangsi kerana kejadian itu turut berlaku kepada seorang lagi bayi di situ selang beberapa minit," katanya di HKL.
Ujarnya, cucunya sebelum ini dijaga oleh neneknya tetapi diletakkan di pusat jagaan itu atas faktor kesihatan isterinya itu.
Tambah Abdul Aziz, mereka sekeluarga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika ada unsur cuai dalam kejadian itu.
Arwah Muzaffar akan dikebumikan di Tanah Perkuburan AU5 manakala arwah Hariz disemadikan di Tanah Perkuburan Hulu Klang esok pagi.
Kedua-dua bayi malang itu telah dibawa ke HKL untuk dibedah siasat dan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan kejadian.

Thursday, January 19, 2012

Mansya Lighting, konsep SOHO

Sertai saya di sini: http://www.facebook.com/pages/Kedai-Buku-Online/325713544117926?sk=wall

Salam kasih sayang, antara persediaan awal bekerja dari rumah adalah mula meletakkan matlamat dari sekarang bila akan bermula untuk bekerja dari rumah dan membuat pilihan jenis bisnes untk diusahakan. Bisnes skala kecil sangat sinonim dengan pengusaha bekerja dari rumah. Mulakan langkah awal dengan mendapatkanwww.janawangdirumah.com.

Fasa ke dua selepas proses penubuhan bisnes sangat penting melalui proses pengukuhan dan kelangsungan bisnes. Promosi dan pemasaran sangat berkait rapat. Pengiklanan di internet adalah salah satu cara untuk mempromosi secara berterusan. Gunakan sepenuhnya kaedah pemasaran di facebook, blog, website, miniwebsite, twitter dan banyak cara lagi.

Ini adalah contoh perkhidmatan periklanan yang saya usahakan bagi pemilik skala kecil, contohnya periklanan di online directory, klik di sini http://www.xpresszoom.com/mansyalighting-2.

Ok, saya mahu kongsikan sedikit tentang Mansya Lighting.




Inilah contoh pemilik SOHO (smaal office home office), kediaman yang dijadikan sebagai pusat operasi untuk jualan lampu dan kipas hiasan. Rumah depan digunakan sepenuhnya setiap ruang sebagai tempat pameran barang-barang jualan. Manakala di belakang adalah kediaman pemilik. Ianya berada di tepi jalan, tetapi ia juga mempunyai keunikan tersendiri. Pengusahanya menjalankan bisnes ini secara sepenuh masa. Anda juga boleh melihat lebih banyak pilihan barangan di fanpage: http://www.facebook.com/pages/Mansya-Lighting/238947786130335

Ok, itu sahaja dahulu perkongsian saya, akan lebih bnayak lagi pemilik SOHO yang akan saya kongsikan.

Sunday, January 15, 2012

Apa perlunya kita berhijrah ke luar bandar atau pinggir bandar?



Berapa ramai antara kita yang akan kembali ke kampung halaman atau ke negeri sendiri. Penghijrahan bukan sekadar mencari satu kelainan tetapi keluar dari bandaraya yang semakin padat.

Antara kata-kata menarik daripada seorang teman suami yang menjadi pemaju perumahan, harga rumah di Kuala Lumpur semakin tinggi. Untuk mendapatkan sebuah rumah teres sekurang-kurangnya 500 k, 700 k atau mencecah 1 juta.

Bandaraya seperti Kuala Lumpur bukan sekadar kepadatan penduduk, malah kesesakan jalan raya semakin menjadi-jadi. Jadi apa pilihan yang ada. Pilihan sekarang mulai membuat persediaan bisnes dari rumah, merancang pendapatan pasif dan aktif, mencari peluang ke tempat yang lebih harmoni.

Tidak mudah dan tidak susah. Tidak mudah jika kita tidak benar-benar bersungguh-sungguh dan tidak susah jika kita benar-benar mahu berhijrah.
                                   sumber: http://www.xpresszoom.com/keropoklosongmahadi-2

Bisnes skala kecil dan bekerja sendiri adalah salah satu pilihan. Saya berkongsi pengalawan Wan Mahadi Wan Abas, pengusaha keropok lekor. Beliau menceritakan pengalaman 16 tahun di bandaraya Kuala Lumpur, akhirnya pulang ke negeri sendiri. Memulakan usaha bisnes kecil dan kini mula mendapatkan hasil. Selain kehidupan yang lebih harmoni, tiada kesesakan trafik, suasana kampung pinggir bandar, dan juga amat sesuai untuk membesarkan anak-anak.

Tahu sahaja lah kan suasana bandaraya sekarang, kes sosial, jenayah yang menjadi-jadi, juga lambakan warganegara luar yang macam-macam rupa. Jadi mula merancang dari sekarang untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik untuk anak-anak. Mulakan dengan membawa panduan bekerja dari rumah, www.janawangdirumah.com.

Pandangan artchetak.com tentang buku Jana RM Dari Rumah




Jana RM Dari Rumah



Pada 22 November 2009, www.artchetak.com berpeluang muncul di segmen Bekerja Dari Rumah di rancangan Apa Kata Wanita di TV1. Sejak itu, dari semasa ke semasa, saya menerima e-mail dari wanita-wanita, terutamanya kaum ibu yang berhajat untuk mula berniaga secara kecil-kecilan dari rumah. Dengan pengalaman yang amat cetek, rasanya saya bukanlah sumber terbaik untuk memberi nasihat. Yang boleh cuma sekadar pandangan yang tak seberapa berdasarkan pengalaman sendiri.

Agak sukar untuk mendapatkan bahan bacaan yang ditujukan khas kepada kaum wanita bagi isu memulakan perniagaan dari rumah. Kebanyakan yang berada di pasaran adalah di import dari negara barat. Walaupun secara amnya, boleh digunapakai, tetapi masih perlu buku rujukan tulisan anak tempatan.

Alhamdulillah, pada Mei 2010, buku bertajuk Jana RM Dari Rumah berada di pasaran. Buku hasil tulisan Masayu Ahmad, di tulis khas untuk kaum wanita, para ibu bekerja khasnya yang berhajat untuk bertukar kepada status bekerja dari rumah.

Jana RM Dari Rumah bukan sahaja memberi pelbagai idea jenis perniagaan yang boleh di jalankan di rumah, malah, menjelaskan pelbagai perkara yang berkaitan. Terdapat panduan-panduan bagaimana untuk mengurus masa, cabaran bekerja dari rumah, pengurusan pemasaran, persaingan dan kewangan turut diterangkan.

Bekerja dari rumah tidaklah semudah yang disangka. Sesiapa yang memasang niat, perlu mendapat maklumat apa yang bakal dihadapi. InsyaAllah semuanya ada di dalam buku ini, begitu juga panduan motivasi diri sekiranya apa yang dirancang tidak membuahkan hasil.

Buku yang berharga RM15 ini boleh dibeli secara online di MPH Online atau Karangkraf Mall.


Sumber:http://artchetak.blogspot.com/2010/05/jana-rm-dari-rumah.html

Sunday, January 8, 2012

Beli di sini, terdapat 4 saluran yang mudah

Teks; Masayu Ahmad

Jika anda masih belum memiliki buku Jana RM Dari Rumah, miliki ia melalui beberapa saluran berikut. Selain boleh mendapatkannya di MPH, Popular Books Store, juga kedai-kedai terpilih.

1. Melalui Mall Karangkraf, klik pautan di bawah:


http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=2581

Anda ingin berjaya memegang status bekerja dari rumah? Tanpa mengira sama ada anda lelaki atau wanita. Jika anda memang mempunyai pekerjaan tetap, pelajar atau suri rumah sepenuh masa, buku ini membantu anda mengenal pasti apakah perkara yang boleh lakukan di rumah bagi menghasilkan kewangan. Asas-asas persediaan dan penyelidikan sebelum bekerja dari rumah, testimoni yang sudah sukses bekerja dari rumah serta rangkaian yang perlu anda dampingi sebagai penyokong usaha bekerja dari rumah. Miliki buku panduan terhebat untuk sukses menyandang kerjaya dari rumah. Untung mental dan spiritual!

2. Melalui kedaibuku.com.my, klik pautan di bawah:

http://www.kedaibuku.com.my/index.php?page=shop.browse&option=com_virtuemart&Itemid=3
Buku ini membantu anda untuk mengenal pasti persediaan bekerja dari rumah melalui kaedah 4 W+ 1H iaitu:


a. Apa persediaan asas sebelum memulakan kerjaya atau bisnes dari rumah.

b. Bilakah masa yang sesuai untuk bekerja dari rumah?

c.Apakah anda ingin melakukan bisnes atau jenis pekerjaan apa yang boleh menghasilkan pendapatan dari rumah?

d. Apakah produk dan perkhidmatan, sekiranya memilih bisnes dari rumah?

e. Pengurusan bisnes, rancangan bisnes, operasi, pemasaran & sasaran pelanggan.


3. Melalui MPH Online, klik pautan di bawah untuk membeli

http://www.mphonline.com/books/nsearch.aspx?do=detail&pcode=9789675711015

Dalam buku ini, menerangkan bagaimana untuk mencari idea dan peluang kerjaya yang sesuai berdasarkan idea dan peluang kerjaya yang sesuai berdasarkan minat kepakaran, pengalaman dan pendidikan. Gabungan empat faktor ini adalah analisis awal untuk mencari profesion yang sesuai untuk dilakukan di rumah.



Antara kupasan yang perlu anda baca dan fahami iaitu:

Analisis sama ada memilih untuk bekerja atau mengusahakan bisnes

Kaedah mengenai pasti persediaan bekerja dari rumah melalui kaedah 4W+1H iaitu apa, bila, dimana, siapa dan bagaimana

Asas-asas persediaan dan penyelidikan sebelum bermula bekerja dari rumah

Testimoni yang sudah sukses bekerja dari rumah

Rangkaian yang perlu anda dampingi sebagai penyokong usaha bekerja dari rumah


4. Melalui Alaf21, klik pautan di bawah untuk membeli:

http://www.alaf21.com.my/prodDetails.asp?idpr=537

Jika ke MPH atau Popular boleh lah dapatkan buku ini sebagai persediaan awal untuk kalian bermula bekerja dari rumah. Tidak kiralah sepenuh masa atau secara sambilan. tidak kira juga kalian sudah bekerja atau suri rumah. Jadikan sebagai buku manual, langkah demi langkah untuk bermula.

Nantikan buku seterusnya untuk kesinambungan buku ini.

Serunding asli

Serunding Zaliha
                                          http://www.xpresszoom.com/serundingzaliha-3

Saturday, January 7, 2012

Hari ke 4 persekolahan

Teks: www.masayuahmad.com

Alhamdulillah minggu ini berjalan dengan lancar. Sudah masuk minggu ke 2 persekolahan dan hari ke-4 kanak-kanak menuntut ilmu. Nampaknya saya sudah ok dengan jadual baru. Hakim sudah tahu tanggungjawab sendiri, basuh kasut sendiri.

Hari ini juga masak nasi goreng udang sebagai bekal. Juga bawa bekal minuman. Masih kekal minum air yang dibawa sahaja.

Singgah di blog http://cuti-cutikelate.blogspot.com/

               http://cuti-cutikelate.blogspot.com/2012/01/ziza-guest-house-penginapan-bajet-di.html

Thursday, January 5, 2012

Email pembaca: Iklan menaip di rumah

Saya kongsikan satu email yang diterima dari pembaca blog ini, puan Halimah yang berad di utara tanah air. Sebelum saya menjawab email ini, mungkin ada mana-mana pembaca yang ingin berkongsi maklumat sebagaimana persoalan puan Halimah kepada saya.




Sedang saya meneroka internet, aya terbaca blog puan.

Saya tertarik dengan isu menjana pendapatan dair rumah. Saya amat berminat sekali. Memang saya seorang suri rumah yang berkerja di sektor swasta. Namun pendapatan masih kurang memuaskan memandangkan anak makin bertambah dan bersekolah..

Saya ingin bertanya pandangan atas dasar seorang wanita dan juga ibu. Saya bukanlah seorang yang minat berniaga seperti membuat kuih, menjahit, menjual kerongsang dan sebagainya. Saya lebih tertumpu atau suka perkara yang berkaitan penyelidikan, menaip, berkaitan internet dan sebagainya.


Banyak iklan yang diiklan dalam internet seperti menaip di rumah. Adakah ini dipercayai? Adakah puan berpengalaman dalam hal ini. Memandangkan saya di utara tanah air, rasanya kami kekuarangan info berbanding di kota raya.
Apa-apa pun saya berterima kasih, jika puan berminat berkongsi info. Sekadar bertukar pandangan, dalam menambah ilmu pengetahuan


Puan Halimah, Utara tanah air.

Bekerja dari rumah, saya sudah kalian bila lagi?

                                                                  www.janawangdirumah.com


"Keunikan bekerja di rumah berbanding kerja makan gaji sangat memberi kepuasan, terutama dalam mengimbangi urusan kerja dan rumahtangga. Lebih fleksibel dalam menjalankan perniagaan. Tidak perlu terkejar-kejar untuk ke kedai atau pejabat. Tidak perlu ada waktu tertentu untuk keluar dari rumah. Hanya akan keluar untuk temujanji, membeli barang atau stok, atau pergi ke bank untuk menyimpan duit. Itu pun kurang juga kerana kebanyakan pelanggan boleh membayar secara online.”

Wardi Othman,
Pemilik Tadika & Bisnes Aksesori Online

Wednesday, January 4, 2012

Nasi putih dan gulai ayam kasih sayang

Teks; www.masayuahmad.com


Alhamdulillah hari ini badan rasa cergas dan saya lebih cekap mengurus kanak-kanak riang awal pagi. Hari ke tiga masih berjaya saya siapkan bekal anak-anak, gulai ayam kasih. Hari pertama nasi dan roti, hari ke dua nasi goreng dan roti telur. Harapnya berkekalan momentum memasak untuk bekal anak-anak. Walau penat rasa berbaloi anak-anak setiap hari minta makan itu dan ini. Saya cuba lunaskan, agar mereka sentiasa bersemangat ke sekolah dan membawa aura kasih sayang saya terus dalam makanan yang dimasak setiap hari.

 Aiman dan Arif kepenatan, bangun agak lambat 6.30 baru saya kejutkan. En.suami mandikan anak-anak, kemudian giliran saya pakaikan baju Hakim, Arif dan Aiman. Usai solat subuh, Hakim dihantar en.suami, Arif dan Aiman minum susu dan dihantar oleh saya sendiri. Kemudian saya pecut kerana jam 9 sudah ada temujanji dengan pelanggan. Alhamdulillah dipermudahkan urusan hari ini.

Tuesday, January 3, 2012

Sempena tahun baru buat persediaan bekerja dari rumah

Kini, kita berada di zaman teknologi, ia memberikan satu nafas baru kepada golongan ibu untuk tinggal di rumah dan menjana pendapatan seperti mana yang dilakukan oleh ibu-ibu kita pada zaman dahulu.

Pada zaman dulu, memang tidak dinafikan, berapa sangatlah pendapatan yang boleh diperolehi dengan mengambil upah menjahit baju? Membuat kuih? Ataupun menganyam tikar? Pendapatannya terbatas disebabkan pasarannya yang kecil, iaitu, pelanggannya hanyalah dari sekitar-sekitar orang di kampung sahaja.

Tetapi kini, teknologi internet, menjadikan aktiviti tersebut kembali relevan dan beranjak kepada satu tahap yang baru. Tempahan baju dan tempahan kuih kini tidak lagi hanya tertakluk kepada pasaran setempat sekitar kampung sahaja, tetapi ianya mampu menjangkau ke luar daerah, negeri mahupun negara.

Aktiviti menjana pendapatan di rumah juga kini lebih banyak, jika dulu, golongan ibu lebih terkenal dengan aktiviti "mengambil upah jahit", tetapi kini, aktiviti lebih moden seperti khidmat pembantu maya (virtual assistant), tempahan sulaman, tempahan kuih & kek, kraftangan, percetakan, penulisan, jual beli saham dan bermacam-macam lagi aktiviti yang menguntungkan, boleh dilakukan oleh golongan ibu dengan hanya duduk di rumah.

Ianya bukan sahaja dapat membantu meningkatkan pendapatan ekonomi keluarga, malah, institusi keluarga juga menjadi lebih terjamin dan kukuh.

Buat persediaan dari sekarang:
                                                      
                                                    http://www.janawangdirumah.com/



Hari ke 2 persekolahan

4 Januari 2012

Alhamdulillah, rutin agak ketat awal pagi, saya berjaya juga siapkan bekal untuk anak-anak. Semalam nasi
putih dan ayam goreng, serta biskut. Hari ini nasi goreng dan roti telur.

Arif dan Aiman seronok pergi tadika, nampak keletihan jam lapan semua sudah terlelap. Aiman di ruang tamu dan Arif di sofa. Aduhai anak-anak ibu. Puncak pagi seawal jam lima Arissa sudah bangunkan saya, susukan dia dan kemudian mandikan. Sebelum itu masak dulu nasi. Kemudian pecut pula siapkan semua beg, beg Hakim, Arif dan Aiman dan kelengkapan seharian untuk mereka di transit termasuk Arissa. Kemudian usai solat subuh, ayah uruskan mereka bertiga. Saya kung kang kung kang di dapur. Alhamdulillah siap juga. Usai Hakim dihantar en.suami ke sekolah, kemudian saya siapkan pula Aiman dan Arif, Arissa sudah lena dalam buai.
Tenaga sudah habis, barulah saya urus diri sendiri pula. Arif dan Aiman sudah siap sedia dalam kereta, tinggal lagi bawa masuk Arissa dan barang keperluan. Selepas menghantar mereka bertiga saya di sini menyiapkan entri, dan juga siapkan iklan. Petang nanti ada temujanji. Insya-Allah.

Monday, January 2, 2012

Kerja apa?

Teks: Masayu Ahmad


"Ngaja mana," tanya makcik pemilik kedai runcit seberang jalan.

Saya hanya tersenyum,

"Tok ngajar," tahukah pembaca budiman sekalian. Guru atau cikgu adalah pilihan kerjaya popular. Atau soalan ini.

"Ore rumah ngajar mano."

Atau ini.

"Menantu yang ini ngajar mano pulok."

Sesiapa jadi saya sila jawab apa jawapan yang sesuai. Selalunya dalam fikiran saya.

Makcik kerja saya beri tip atau panduan bekerja di rumah, sayalah salah seorang wanita bekerja di rumah.

Takkanlah pula saya nak jawab begitukan. Tahukah saudara dan saudari sekelian, jawapan saya selalunya senyum, atau saya jawab, saya tulis buku.

"Buku gapo, novel ke?"

Sentap dibuatnya. Kalau saya cakap tulis buku, mesti sambungannya, tulis novel. Aduhai. Tetapi banyak kali saya akan jawab bali. Tulis buku umum. Disebabkan yang bertanya faham, tidak faham, atau buat-buat faham. Jadi topik seterusnya berkisar topik lain pula.

Juga bagaimana mahu memahamkan persekitaran bahawa saya berada dalam 'zon kritikal' tetapi nampak dari segi luaran bahagian duduk di rumah tak buat apa-apa.

Jadinya untuk menyelamatkan situasi ini, saya selalu menyatakan kepada Hakim,

"Jaga adik sebentar, ibu mahu sambung kerj,"

"Sekarang ibu mahu kerja!"

Dengan harapan ini adalah saluran pemahaman dan ia akan menukar persepsi tinggal di rumah duduk saja-saja tanpa buat apa-apa. Kerana persekitaran di luar lembah klang masih lagi 'terpana' dengan ayat 'bekerja dari rumah'. Jadi pandai-pandailah menyesuaikan diri.

Iklan sebentar bersama http://www.xpresszoom.com/

                                                http://www.xpresszoom.com/sriserojainn-4
There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin