Thursday, December 23, 2010

Doa segala penawar penyakit

Doa segala penawar penyakit:

http://www.darussyifa.org/modules.php?name=Content&pa=showpage&pid=12

Dengan nama Allah yang maha menyembuhkan, dengan nama Allah yang maha sempurna, dengan nama Allah yang maha menyihatkan, dengan nama Allah yang maha menyempurnakan, dengan nama Allah yang memiliki langit dan bumi, dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi juga di langit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

Monday, December 20, 2010

14 hari, lagi 30

Teks: Masayu Ahmad


Sudah 14 hari, sekejap masa berlalu, tetapi lama lagi mahu habis, lagi 30 hari.

Menu dan rawatan sepanjang 2 minggu pantang.

Menu: Biskut, kopi, susu kambing, milo panas.

Lauk: Ikan bilis lada hitam, sayur sawi ikan bilis, ikan bakar, lada hitam tumbuk, sup ayam organik

Rawatan: Habiskan ubatan hospital, spirulina untuk buang toksin dan memudahkan pelawasan

Luka: Sapu manjakani (yang diasah atau ditumbuk hancur), jus pegaga, gamat healin (warna merah)

Rutin harian: Mandi rebusan (daun serai wangi), sapu minyak panas, bengkung,

Penyusuan ekslusif setiap sejam, si puteri kuat menyusu- Mempercepatkan pengecutan peranakan.

Sunday, December 19, 2010

Persediaan bekerja dari rumah, mereka sudah, kalian bila lagi?

"Keunikan bekerja di rumah berbanding kerja makan gaji sangat memberi kepuasan, terutama dalam mengimbangi urusan kerja dan rumahtangga. Lebih fleksibel dalam menjalankan perniagaan. Tidak perlu terkejar-kejar untuk ke kedai atau pejabat. Tidak perlu ada waktu tertentu untuk keluar dari rumah. Hanya akan keluar untuk temujanji, membeli barang atau stok, atau pergi ke bank untuk menyimpan duit. Itu pun kurang juga kerana kebanyakan pelanggan boleh membayar secara online.”
Wardi Othman,



Pemilik Tadika & Bisnes Aksesori Online




"Perancangan untuk bekerja di rumah memang telah saya lakukan sewaktu sebelum berumahtangga lagi. Alhamdulillah, pilihan itu sangat tepat, saya kini sangat gembira membesarkan anak-anak dan dalam waktu yang sama, mempunyai punca pendapatan yang lumayan dengan hanya berniaga dari rumah.”
Siti Noorhafezah Maarop


www.MyPermataHati.com


Apa yang terkandung di dalam ebook ini ialah :-
•Bab 1: Pendahuluan & Konsep

Merupakan bahagian pendahuluan dan mengandungi pandangan dari wanita-wanita yang telah menjalankan perniagaan dan juga pekerjaan dari rumah. Juga turut menyentuh konsep=konsep bekerja di rumah serta jenis-jenis sumber kewangan apabila bekerja di rumah.

•Bab 2: Masalah Mencentus Motivasi
Sedikit pencetus motivasi, iaitu, kisah benar dan pengalaman saya sendiri yang membuatkan saya berkobar-kobar untuk bertukar status dari pekerja di pejabat kepada suri rumah yang bekerja di rumah.
•Bab 3: Matlamat Bekerja Di Rumah

Antara matlamat-matlamat yang boleh anda gunakan untuk memacu semangat anda bekerja di rumah.

•Bab 4: Mengapa Anda Perlu Bekerja di Rumah
6 sebab kukuh mengapa anda perlu bertindak sekarang dan mula bekerja dari rumah.

•Bab 5: Mengapa Gagal Untuk Sukses Bekerja Di Rumah
10 sebab mengapa ramai yang gagal untuk bekerja dari rumah. Kenalpasti faktor ini dan elakkan ia dari berlaku pada diri anda.


•Bab 6: Panduan Persediaan Sebelum Bekerja Di Rumah
9 persedian yang perlu anda ketahui sebelum anda memutuskan untuk berhenti kerja di pejabat dan mula bekerja di rumah.

•Bab 7: Pelan Perancangan dan Bertindak
Contoh pelan perancangan dan bertindak untuk anda bekerja dari rumah.

•Bab 8: Rahsia Kejayaan & Motivasi
13 Rahsia kejayaan untuk bekerja dari rumah.

•Bab 9: Mencari Idea Bekerja Di Rumah
7 faktor yang perlu dipertimbangkan apabila mencari idea bekerja di rumah


Bonus lagi!
Dan lagi.

Semuanya ini dengan harga RM20 sahaja! ;D

                                                        http://www.janawangdirumah.com/

Nota 1:
 
1. Kalian boleh klik di sebelah atau link di atas untuk pembelian.
2. Jika mahu tambah pendapatan, boleh mula daftar sebagai affiliate dan letak banner atau gambar ebook do blog, link di face book.
3. Di atas adalah contoh entri promosi, jadi sesiapa yang sudah mendaftar boleh mengambil entri promosi yang saya buat ini letak di blog kalian. Lain-lain entri promosi khusus, saya akan letak di bawah label, Entri Promosi Ebook (kalian mesti peka ya ;D).
4. Saya tahu sudah ada yang menerima komisyen daripada jualan ebook ini di blog masing-masing. Jadi sesiapa yang belum, boleh mula daftar sekarang. Jika buntu idea untuk entri promosi, jangan risau saya akan bantu. Kalian hanya copy and paste, untuk kategori Entri Promosi Ebook (label pada blog).
5. Lebih banyak ebook yang menarik akan diterbitkan. Jika tidak mula sekarang, bila lagi?
6. Saya akan perah otak untuk tulis, kalian hanya ambil komisyen sahaja.Daftar di http://www.klikjer.com/ dan mula letakkn gambar ebook di blog kalian. Kalau mahu saya jejak, boleh tinggalkan pesanan kalian di sini. Dari masa ke semasa saya akan bantu kalian bagaimana menghasilkan idea penulisan untuk blog.
 
Salam kasih sayang.
 
http://www.janawangdirumah.com/

Saturday, December 18, 2010

Menghitung hari lagi...

Teks: Masayu Ahmad

Beberapa minggu sudah menghitung hari untuk kelahiran, sekarang menghitung hari untuk berhijrah pula. Sedar tak sedar sudah 18, rancangnya 25 sudah bertolak balik ke Cik Siti Wan Kembang. Apapun saya tetap rawat dan rehat. Dua pembantu memang cekap menjaga saya, kerja rumah juga beres.

Esok mahu mula untuk bersauna. Saya belum berurut lagi, hanya bertungku. Balik Kelantan nanti, saya sebagaimana biasa akan menggunakana khidmat Kak Lah tukang urut dan bertungku. Jika di sini berurut RM70 untuk satu badan, dengan Kak Lah sudah boleh tiga kali urut. Satu sesi hanya RM20.

Persediaan kelahiran normal

Teks: Masayu Ahmad

Setelah empat kelahiran saya sudah melalui proses bersalin berikut.

1. Pembedahan- Hakim
2. Epidural- Arif, Aiman
3. Induce, Entonox- si puteri


Untuk empat kelahiran ini juga tiada episiotomi, perinium, luka yang banyak mahu pun jahitan yang teruk. Amat perlu bagi ibu-ibu hamil membuat persediaan mental dan fizikal sebelum bermula proses perjuangan di bilik bersalin.

Mendapatkan maklumat yang betul dan hak yang sebaiknya adalah perlu untuk kalian mendapatkan perkhidmatan profesional semasa bersalin. Pun begitu amalan paling mujarab seawal kandungan adalah sentiasa berdoa agar dimudahkan bersalin agar tidak mengalami komplikasi yang kompleks.

Zikir perlu sentiasa di dalam hati dan bibir, tambahan pula ketika mula kontraksi pertama, zikir tidak boleh putus. Insya-Allah akan dipermudahkan.

Untuk kelahiran ke empat saya bersedia untuk bersalin secara normal tanpa apa-apa bantuan. Tetapi pada  tahap kesakitan 70%,  tekad saya tidak mahu mengambil entinox tidak menjadi kerana saya sudah letih. Kontraksi saya berlangsung sehari semalam, itu adalah sebagaimana biasa semasa Aiman dan Arif. Tetapi, proses meneran dua kali sahaja si puteri lahir dengan mudah.

Entonox akan memberi rasa kesan bius, iaitu rasa mengantuk dan mamun. Ketika kontraksi makin kerap, saya merasa sedikit senang kerana dapat mengurangkan sakit, tetapi lama-kelamaan masih terasa. Jadi saya terus sahaja menyedut gas.

Pada masa saya khayal, saya masih kekal fokus tidak terbuai dengan perasaan mengantuk. Fokus, menyimpan bekal tenaga untuk proses meneran. Alhamdulillah menjadi.

Selepas 10 hari pantang, badan kekal cergas dan sihat, juga tiada masalah pergerakan dan bangun, duduk sangat mudah dan selesa. Terima kasih bidan yang merawat, berkali-kali saya ucapkan terima kasih, semasa dia menyudahkan kerja-kerjanya.

Untuk entri penuh, nanti dahulu ya.

Friday, December 17, 2010

10 Muharam

Teks: Masayu Ahmad

Elok sepuluh hari tanggal 10 Muharam, tali pusat si puteri tanggal.

Wednesday, December 15, 2010

Azam 2011

Teks; Masayu Ahmad

Rasa badan semakin sihat, tetapi masih beringat dalam tempoh rawat dan rehat. Bagi mereka yang baru berangan-angan mahu bekerja dari rumah yang belum dan masih tidak kesampaian mari kita bermula semula untuk lanjutkan azam 2011.

Fasa 1 (Dua tahun)

2009, 2010- Saya meletak jawatan sekitar penghujung tahun 2008, jadi baru bermula perjalanan bekerja dari rumah

Fasa 2  (Dua tahun)

2011-2012- Untuk tempoh 2011, lebih banyak buku yang perlu disiapkan dan diterbitkan. Insya-Allah saya lebih perlu disiplin menyiapkan manuskrip mengikut tarikh yang ditetapkan. Sudah banyak yang terbabas. Pun begitu kpi sudah berjaya diselesaikan, tinggal lagi 2 minggu. Tarik nafas.

Untuk 2011 juga perlu saya selesaikan misi X- insya-allah saya bagi tempoh 3 bulan bermula Januari untuk persiapan tersebut, akan di uar-uarkan di sini. Impian yang sudah lama dicatat dan mahu dijadikan kenyataan. Ia memang berkait rapat dengan dunia penulisan sekarang. Apa dia, tunggu!!!.

Fokus anak-anak
Kanak-kanak riang adalah keutamaan, juga kekal dengan keputusan tanpa pembantu buat masa sekarang. Masih dalam kawalan insya-allah.

Rumah teres dua tingkat untuk disewa


Spesifikasi

Rumah teres dua tingkat (20 x 70)
4 bilik 3 bilik air
Dapur-kitchen kabinet

Ubahsuai
Dapur sudah dibesarkan
Tambahan 1 bilik

Tambahan
Ruang laman yang luas (boleh bercucuk tanam)
Lokasi pinggir bukit (bt 14 hulu langat)
Boleh parkir 3 buah kereta
Kejiranan Melayu sahaja (80 buah rumah sahaja)
Kawalan keselamatan yang cekap
Banyak pilihan sekolah rendah, tadika, tahfiz, pusat asuhan
Berdekatan pasar nanding, pasar malam, pasar basah, masjid, pejabat pos, klinik, perpustakaan desa

Kemasukan
Januari 2011


Boleh hubungi saya: 019-3776342 (masayu2010@gmail.com)

Nota: Gambar akan dimasukkan kemudian.

Tuesday, December 14, 2010

Penulis dicari

Kepada sahabat-sahabat sekalian,


OASISBUKU kembali dengan penjenamaan semula, iaitu menerbitkan buku-buku akademik untuk pasaran murid-murid sekolah. Untuk permulaan, menerbitkan buku kegunaan murid sekolah rendah.

Untuk makluman, saya sedang mencari guru-guru cemerlang atau guru pakar yang mengajar di sekolah rendah seluruh Malaysia, bertujuan untuk menawarkan menulis buku latihan mengikut topik bagi kegunaan murid tahun 4, 5 dan 6, bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Jika anda mempunyai kenalan yang berminat untuk menulis buku, diharap dapat menghubungi saya melalui emel ini atau menelefon saya.


Spesifikasi buku:

1.Bersaiz A4

2. Penulis hendaklah menulis menggunakan komputer menggunakan font bersaiz 12 pt, font Times News Roman, beserta ilustrasi contoh. (Bagaimanapun ilustrasi akan dilukis semula oleh pihak kami)

3. Penulis perlu memberikan komitmen kepada deadline yang ditetapkan.

4. Penulis perlu menyemak, memberikan fakta tambahan (jika diperlukan), sewaktu dalam proses membuat reka letak dilakukan. Selain itu, penulis perlu menyemak semua tulisan sebelum proses cetakan dilaksanakan.

5. Penulis akan dibayar secara royalti bagi setiap hasil tulisan mereka.


Pertanyaan lebih lanjut bolehlah menghubungi saya.

Terima kasih.
e-mel: siti.zarinah@karangkraf.com.my

03-55106636

Hijrah tahun baru ;D

Teks: Masayu Ahmad

Minggu ini dan minggu seterusnya adalah minggu sibuk. Sibuk dengan kerja dan sibuk hijrah baru kami sekeluarga. Hijrah ke mana, insya-allah kembali menetap di negeri cik siti wan kembang. Sudah lama menanti, bertahun merancang, alhamdulillah bonus untuk 2010, selain kelahiran si puteri sulung kami, juga encik suami akhirnya mendapat tempat juga menyambung perjuangan karier di negeri sendiri (en.suami bukan guru ya). Masanya untuk pulang berbakti.

Jika disenaraikan banyak perkara perlu dilunaskan. Tetapi saya mengambil pendekatan rehat dan rawat dahulu. Hanya en.suami membuat persiapan. Selain mencari tempat penginapan di Kelantan, lokasi tadika Hakim, juga urusan di sini.

Karier penulisan diteruskan sebagaimana biasa, memang banyak urusan tertunggak. Walaupun hati kurang enak, kerana banyaknya kerja tertangguh, saya pejamkan mata sekejap untuk berehat. Mungkin juga perlu selesaikan sebelum saya berpindah sepenuhnya akhir bulan ini.

Selamat tinggal Kuala Lumpur

Lokasi baru mungkin pinggir bandar, kampung sangat pun tidak, bandar sangat pun tidak. Persekitarannya mesti yang sesuai untuk ahli keluarga kami. Juga kerana saya masih turun Kuala Lumpur atas urusan kerja pernulisan saya.

Kuala Lumpur tetap saya kunjungi, namun pulang ke tanah kelahiran sendiri, adalah perancangan beberapa tahun sudah. Alhamdulillah rezeki 2011.

Monday, December 13, 2010

7 hari sudah

Teks: Masayu Ahmad

Sekejap sahaja hari ini sudah seminggu melahirkan si puteri. Seminggu juga berjaga siang dan malam.Si kecik suka sangat berjaga malam. Siang tidur malam berjaga. Setiap 10 atau 15 minit akan menyusu. Badannya nampak kecil tetapi berat mendahului semua abang-abang, 3.4 kg.

Saya masih berhutang entri saat kelahiran si puteri. Nanti ya. Antara menu pilihan setakat ini seperti berikut.

Pagi: Roti atau biskut. Minuman susu kambing campur kopi radix, atau air suam.

Tengahari: Nasi putih ikan bakar, sawi masak bersama lada hitam, ikan bilis, bawang putih. Hari ini dapat makan sup ayam. ;D

Malam: Kalau lapar sangat baru makan nasi, kebanyakannya adalah makan biskut atau roti bersama minuman panas.

Rawatan: Habiskan sepenuhnya ubatan yang dibekalkan doktor. Saya tidak mengalami perinium dan tiada episiotomi. Jahitan sedikit sahaja pada saluran bayi keluar. Jadi walau dua tiga hari, alhamdulillah selesa untuk duduk dan bangun. Tidak menganggu pergerakan. Pun begitu tetap juga menjaga pergerakan. Dalaman perlu jaga sepenuhnya.

Set HPA, saya ambil dahulu spirulina untuk membuang toksin dalam badan mencuci usus. Juga memudahkan penghadaman setiap pagi. Selang seli juga mengambil buah epal dan oren. Saya utamakan pemakanan seimbang, tetapi untuk makanan yang boleh mendatangkan mudarat atau alergi, saya tidak makan.;D

Tunggu lagi dua minggu agar bahagian luka baik sepenuhnya, saya akan memulakan sauna di rumah. Setiap hari selama 20 minit sahaj. Esok sudah boleh mula makan gamat HPA.

Alhamdulilah badan rasa sihat dan cergas walau malam adalah waktu kritikal saya berjaga, kerana si puteri suka bangun menyusu.

Setiap hari memang mandi air rebusan serai wangi dan pandan wangi. Memangs segar, sebelum berstoking sapu minyak panas daun serai wangi, meresap dan segar.

Thursday, December 9, 2010

Menu pantang

Hari pertama pantang (7.12.2010)

Selepas selesai bersalin, minum air suam segelas. Selepas sejam berehat minum kopi panas.
Makan malam, roti kosong dan milo panas.

Malam minum air suam.

Rawatan: Mandi air panas (masih di hospital). Sapu seluruh badan dengan minyak panas, bermula pada kaki, paha, perut sehingga lengan).Pakai stoking panjang. Rambut ikat kemas atau sanggul.

Ambil masa untuk tidur dan berehat.

Hari ke dua (8.12.2010.

Sarapan: Milo panas, biskut sayur.

Rawatan: Mandi air panas, sapu minyak panas dan krim but-but seluruh badan.

Menu tengahari: Nasi putih, ikan bakar, lada hitam, sayur sawi.

Petang: Susu kambing panas. Biskut.

Malam: Ikan bakar, lada hitam, nasi putih

Wednesday, December 8, 2010

Alhamdulillah, puteri kami tiba jua

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah, lebih kurang jam 3 petang 7.12.2010, bersamaa 1 Muharam, lahir jua puteri yang dinanti. Perjuangan yang sungguh meninggalkan kesan buat saya.

Nanti saya akan tulis sepenuhnya, catatan pengalaman bersalin kali ke empat ini. Ini sebenarnya cubaan pertama saya tanpa bantuan epidural, kelahiran normal tanpa apa-apa bantuan. Tetapi, saya tewas juga pada saat 70 peratus klimks.

Apa yang paling saya bersyukur, segala doa dimakbulkan, laluan yang saya rasakan cukup mudah, suasana hospital yang kondusif, petugas yang mesra lagi sangat membantu. Juga tiada episiotomi, perinium, hanya jahisatan sedikit sahaja. Bayi lahir melalui saluran yang betul, 'nikmat bersalin' hanya Allah sahaja yang tahu, moga menjadi penebus dosa-dosa saya. Lahir sebagai orang baru sempena kelahiran baru.

Masih membuat senarai akhir nama-nama pilihan, siapa yang mahu mencadangkan saya alu-alukan.

Salam kasih sayang

Monday, December 6, 2010

Masanya sudah tiba

Teks: Masayu Ahmad


Bismillahirrahmanirrahim, dengan ini saya ingin memohon maaf sekiranya ada salah dan silap saya selama kita berhubung, berinteraksi, ada kesalahan saya dalam sedar dan tidak.

Doakan saya agar dipermudahkan.

Wasalam.

Sunday, December 5, 2010

Masih menanti

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulilah saya masih lagi di sini, menanti detik-detik yang penuh debar. Walaupun sudah terasa tanda, itu bukan petanda yang betul-betul. Apa pun, doakan saya ;D.

Friday, December 3, 2010

New Promo Lot To Let

Dear lovers,
http://bawakupulang.blogspot.com/2010/10/new-promotional-lot-to-rent.html

There will be available promotional lot at upper floor Subang Parade starting Nov 8, 2010 - Jan 2, 2011 (56 days). We decided to sublet the lot with minimum rental price as below details

Rental period : 8.11.2010 - 2.01.2011 (56days)

Lot space : 8' x 10'

Location: Level 3, Subang Parade (near celebrity fitness)

Operational hours : 10am - 10pm everyday

Item to sell : fashion apparel - ladies blouses, shirt, scarf etc, accesories, breastfeeding kit, handmade, bags etc

Rental price : RM50/day (atleast one month rental)

Selling price range: RM10 and above

The lot will be under Take Me Home Resources license and can be share below benefits

* free use of merchant facilities - credit, debit cards

* free use of fitting rooms

* advantage on flea market at upper floor on weekends

* can be promoted by two lots

Please contact me - Ely at 012 316 6131 for further info & enquiries. Thank you
http://bawakupulang.blogspot.com/2010/10/new-promotional-lot-to-rent.html
 
Nota: Ini adalah iklan berbayar ;D

Buat renungan bersama

Aurat wanita apa sudah jadi

Sumber di sini:http://www.zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/288.html?task=view

Aurat : Apa Sudah Jadi ?




Oleh :Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/

Semasa saya memberikan kuliah kepada satu kumpulan wanita yang terdiri dari golongan professional termasuk para Datin di satu daerah, ketika itu, sedang heboh isu wanita seksi ditangkap di sebuah kelab malam. Lalu timbul isu hak peribadi wanita untuk memakai apa jua pakaian yang diingininya, termasuk yang seksi. Lalu, semasa kuliah ini saya mengambil peluang bertanya kepada kumpulan wanita ini soalan mudah berikut :-

"Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?"

Ada di antara mereka mula memberikan pandangan, tetapi kerana terlampau ramai yang bercakap, saya tidak mendengar butirannya. Apabila saya meminta seorang wakil, seorang menjawab dengan yakin.
" Untuk nampak cantik ustaz..." katanya sambil tersenyum malu.

Saya bertanya pula : "Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?"

"Tentulah kepada kaum lelaki ustaz, kaum wanita pun iye juga.." sambungnya.

"Baiklah, jika lelaki tersebut sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yang dilihatnya boleh tak ?" Tanya saya menguji.

" Isyh, ustaz ni.. tentulah tak boleh ustaz, dah kira ‘sexual harassment' (gangguan seksual) tu ustaz" dengan yakin sekali hujjahnya kali ini.

"Jika demikian, tidakkah para wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?" Tambah saya.

" Erm, macam mana tu ustaz?" Tanya mereka dengan nampak sedikit bingung sambil berkerut dahi.

"Ye la, bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal" .."Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya"

"Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh' yang digoyang-goyankan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga" Tambah saya lagi memberi keyakinan.

"Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar"

"Akhirnya, kerana suasana yang tak sesuai, mungkin kerana ramai orang dan di tempat awam pula, terselamatlah wanita seksi itu dari terkaman lelaki liar tadi. Masalahnya, anak-anak perempuan kecil berumur 7 hingga 12 tahun yang mungkin menjadi mangsa tempiasan nafsu lelaki begini. Dan di ketika itu, samada wanita itu bertudung, berjubah, kanak-kanak dan sebagainya tidak lagi mampu menahan nafsu si lelaki seperti ini, asalkan suasana cukup sesuai (sunyi dan jauh dari pandangan ramai), akan dilepaskan nafsunya secara kekerasan" Terang saya dengan panjang lebar, mereka mengganguk dengan wajah serius kali ini.

Lebih terangnya, sama-sama fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?. Benar, mungkin sesoerang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja. Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mugkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?.

BENARKAH MENUTUP AURAT DAPAT MENGELAK DARI WANITA DISAKITI?

Ramai wanita professional dan yang kurang didikan agama hari ini mencebik bibirnya apabila tajuk ini disebutkan, mereka tidak percaya langsung fakta yang saya sebut diatas. Malah ada yang berpendapat lelaki sengaja melakukan perkara buruk kepada wanita kerana ingin menunjukkan kekuasaannya terhadap wanita. Kerap benar saya dengar hujah ini di media massa.

Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman :-

"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam baju kurung untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.

Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan ‘illah (alasan) utama perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. Bukanlah ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau karena tidak percaya kepada mereka, sebagaimana anggapan sebahagian orang, tetapi ia adalah kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina. (Petikan dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan)

Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup aurat yang diletakkan oleh Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan wanita Islam dari diganggu dan disakiti.

BANTAHAN KAUM WANITA

"Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanak pun kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat la ustaz. Ha..macam mana ustaz nak jawab tu ?. Hujah balas yang selalu saya dengar bila isu ini ditimbulkan.

"Pernah tak anda merasa amat marah sepanjang hidup anda ?" Tanya saya kembali.

"Pernah juga ustaz..kenapa ustaz, apa kaitannya?" Bingung sekali lagi mereka nampaknya.

"Biasanya bila seseorang itu sedang amat marah, sempat tak agaknya ia berfikir bahaya atau tidak tindakan yang dibuatnya sebagai contoh; ada orang yang sedang marah kerana bising tangisan kanak-kanak, maka ditendang (seperti berita yang saya baca di akhbar baru-baru ini), ditolak jatuh tangga, ditekup wajah kanak-kanak itu dengan bantal dan macam-macam lagi bagi menghilangkan kemarahan atau gangguan bising itu, setelah beberapa ketika mungkin baru seolah-olah dia tersedar, lalu cemas dan mungkin menyesal"

"Demikianlah juga nafsu jahat, bila ia berada di tahap tinggi, ia tidak lagi melihat samada kepada pakaian dan umur wanita mahupun isteri orang dihadapannya, sasarannya hanya mendapatkan hajat jahatnya, kerana itulah wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta kanak-kanak perempuan juga terancam, tanpa dapat dinafikan juga peranan vcd, laman, akhbar, majalah dan novel lucah " terang saya.

"Tapi macam mana pulak ayat tadi kata tutup aurat dapat mengelakkan wanita dari disakiti ?" Balas mereka dengan penuh minat kali ini.

"Jika kita lihat dengan teliti, ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum wanita. Ini bermaksud, jika sebahagian besar wanita tidak mentaatinya dan memakai pakaian seksi pula. Di ketika itu, faedah dan kebaikan dari tutup aurat bagi menjaga semua kaum wanita dari disakiti secara umum akan tergugat dariu mencapai matlamat umumnya. Sebenarnya, ayat itu nak beritahu bahawa seluruh wanita bertanggung jawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing" Jelas saya

"Maka bila ada yang seksi, ini bermakna, ia sedang mengancam kaum sejenisnya yang lain dan di tempat lain kerana telah menghidupkan nafsu kebinatangan lelaki jahat yang sedang tidur"

PENGALAMAN MENUMPANG KE MASJID

Saya masih ingat, dalam perjalanan ke Masjid untuk menunaikan solat Jumaat di sebuah Masjid di Ibu Negara. Pejabat saya di Jalan Sultan Ismail dan pada hari tersebut saya menumpang kereta seorang rakan. Bersama kami beberapa rakan sekerja yang lain. Tiba-tiba semasa berada di lampu trafik, tiba-tiba suasana dalam kereta agak bising dengan bunyi..uiiiii..oii...peh..mengancam...dan sebagainya, diikuti dengan kata-kata :

"Astaghfirullah..korang ini teruk betul la, kan ustaz ada dengan kita ini.." Kemudian "disambut dengan kata rakan di belakang, ye la..ini la yang bagus kita pergi masjid dengan ustaz, terjaga sikit"

Anda tentu dapat menggagak apa yang dilihatnya? Alhamdulilllah saya tidak sempat melihat apa-apa kerana sedang membelek pelbagai mesej soalan hukum hakam tertunda yang memenuhi telefon bimbit saya. Bila saya tanya, kenapa? dengan malu-malu mereka menyalahkan sesama sendiri akibat ‘gatal mata' melihat skirt-skirt pendek wanita KL, samada wanita Melayu mahupun Cina disekitar kawasan segitiga emas itu.

Cuba bayangkan, perasaan lelaki-lelaki ini. Mereka dalam perjalanan ke masjid, semuanya juga telah berumah tangga, tapi nafsu masih teransang apabila didedahkan kepada permandangan seperti itu. Jahatkah mereka?
"Gatal dan dah miang sangat kot orang lelaki ni, memang teruk mereka ni, tak sangka, harap suami kita tak macam ni" mungkin itulah yang akan dikatakan oleh sebahagian besar pembaca wanita sekarang ini.

Tapi itulah cabaran terbesar lelaki wahai kaum wanita, iaitu ANDA, wanita dan seluruh kecantikan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya sebagai ujian, ia disebutkan oleh Allah SWT :
زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين ..

"Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta..."

Ayat ini dengan jelas menyebut syahwat utama lelaki adalah pada wanita. Nabi SAW juga pernah bersabda :

ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء

Ertinya : "Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa )

ANTARA LAWAK & HUKUM

Saya juga masih ingat, sewaktu di tempat lama, rakan-rakan sepejabat sering kali apabila mereka terlihat aurat wanita sebegini akan disebut .. "tak pe ustaz kan, pandangan pertama tak berdosakan?". Sedih saya melihat sikap sebahagian umat Islam hari ini yang kerap mempermainkan hukum hakam akibat kejahilan mereka.

Sebuah hadith : "Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!" (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya sebagainya datang dalam hadith Nabi kepada Sayyidina Ali r.a.

Apabila ia adalah sebuah hukum, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan apa jua berkaitan dengannya. Nabi SAW bersabda :-

ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب

Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)

Thursday, December 2, 2010

Istimewanya berada di rumah

Teks: Masayu Ahmad

Betapa kita tidak perlu menidakkan kelebihan berada di luar rumah berbanding berada di luar rumah. Mari saya senaraikan.

Berhias untuk diri dan suami

Tidak perlu bersusah-payah berpagi-pagi memilih baju apa, warna apa, tudung jenis apa. Mahu bergaya bermekap untuk siapa? Pakailah mengikut pilihan sendiri, kepuasan sendiri dan buat tatapan suami. Itu lebih bermakna dan mendapat pahala, berbanding beli pakaian mahal semata-mata kerana ingin membandingkan diri dengan orang lain.

Bermekap cantik dengan niat, cantinya aku, bergayanya aku untuk tatapan majikan, kawan-kawan. Bahawa kita tidak mahu kalah.

Lebih jimat

Duduk di rumah bukan tidak boleh bergaya, terpulang kepada keperluan dan niat masing-masing. Duit tidak lagi berbelanja boros membeli aksesori itu dan ini. Kadang kala beli, beli dan beli setiap bulan, pakaian, tudung, koleksi beg tangan, gelang tangan dan segala macam mak nenek barang-barang. Kadangkala ia memenuhkan ruang bilik, sampai masa ia menjadi sampah atau hanya disedekahkan. Cuba lihat kembali garis panduan aurat dan pemilihan pakaian yang disarankan agama kita. Serba serbinya sederhana. Jika benar-benar faham, memang lebih jimat dan banyak yang kita laburkan membazir semata-mata.

Bergaya biar berpada-pada

Saya memang tidak faham apa keperluan membeli barang mekap mahal-mahal, ratusan ringgit. Kepada siapa mahu berhias cantik dan apa tujuannya. Cuba selami kembali. Jika benar untuk suami semata tidak mengapa. Apa tujuan asal kita. Fikirkan kembali. Ini ingatan buat diri sendiri.
There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin