Sunday, October 31, 2010

Bermula pecutan November 2010

Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google


Hari ini sudah  1 November 2010, saya juga hanya ada 60 hari untuk menyelesaikan 4 tugasan penting dan dua tugasan tambahan, 1 misi dibawa ke tahun hadapan. Jika diagihkan hanya ada 15 hari untuk satu tugasan dan dua tugasan tambahan tersebut perlu menyelit mana-mana tempoh masa dalam 24 jam setiap hari.

Saya tidak mahu sesak nafas atau tertekan, tetapi hanya menyudahkan dan membuat jadual semula. Untuk buku-buku peraduan saya akan mula mengepos hari ini dan esok. Mohon bagi sedikit masa pada saya ya, agak sesak nafas juga dibuatnya. Semoga kalian mendapat manfaat dari pembacaan buku Jana RM Dari Rumah, kepada pembeli yang sudah menerima tempahan, saya ucapkan ribuan terima kasih, kerana tempahan buku adalah terus konsisten setiap minggu. Alhamdulillah.

Begitu juga jualan buku, walaupun tidaklah mencanak-canak jualannya, tetapi jualannya juga adalah konsisten. Saya harapkan juga yang sudah menyertai affiliate, boleh melakukan promosi berterusan. Boleh peka dengan promosi yang saya lakukan di sini.

Ok, patutnya juga ada beberapa sesi perjalanan jauh, tetapi saya membatalkan, kerana kesihatan diri dan juga senarai juga yang perlu saya usahakan agar selesai. Berbaki 60 hari dan 8 minggu untuk ke tahun 2011.

Ya Allah permudahkan segala urusan. Peraduan di blog satu lagi akan saya panjangkan sehingga Mac 2011. Sungguh panjang penantian kalian, tetapi terpaksa. Jangan risau ya, jika rezeki kalian tetap mendapatkannya. Ada beberapa orang yang belum memberikan maklumat untuk penghantaran. Sebaik-baik alamat adalah alamat di tempat kerja.

Ada beberapa kes buku-buku yang saya hantar tidak sampai, dan ada juga yang hilang. Jadi saya perlu mengantikan semula. Jadi sangat berharap agar kalian dapat memberi kerjasama. Saya hanya membuat pernghantaran sekali sahaja, tidak ada ulang-ulangan. Pun, begitu saya perlu bertanggungjawab ke atas setiap hadiah agar perlu sampai ke tangan kalian. Ia dikira amanah kan, cepat atau lambat buku tersebut perlu beredar ke tangan empunya diri.

Ok, saya mahu membuat susunan semula jadual kerja November, Oktober 2010. Harapnya 4 tugas utama dan 2 tugas sampingan ini dapat saya sempurnakan dengan cemerlang dan kekal produktif.

Thursday, October 28, 2010

Terapi buat wanita ;D

Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google


Bilik untuk urusa pakaian, sama ada membasuh, menjemur, mengosok. Sangat sejuk mata memandnag, keadaan tidak bersepah-sepah. Ini juga boleh dijadikan satu bilik terapi jika pandai menyesuaikan. Tengok pilihan warna asas hanya putih dan warna tanah sahaj. Tidak berserabut dengan pelbagai warna. Itu adalah kata kunci pemilihan warna untuk terapi mata dan fikiran. Cuba bandingkan dengan keadaan tempat membasuh atau tempat kalian menguruskan pakaian. Kadangkala seolah-olah tidak ubah seperti tempat stor untuk simpanan barangan terbuang. Rumah kita kan tempat lokasi untuk bersantai-santai dan bersenang-senang. Ok mulai hari ini cuba minimakan perkara atau perkakasan remeh temeh. Buang segala hiasan mak nenek yang serabut mata memandang.


Pada saya pilihan gambar ke dua adalah lebih tersusun dan kemas, semua perkakasan yang serabut, simpan dalam satu tempat dalam rak seperti di atas. Jika tidak ada kabinet, pilih kotak plastik yang banyak terdapat di kedai.


Kata kunci di sini:

1. Dua warna asas sahaja, kalau warna pulih ia akan nampak luas, bersih.

2. Jangan pilih padanan corak berbunga-bunga, abstrak- sila buang corak begini kalau mahu kediaman lapang-selapangnya.

3. Nyahkan segala perhiasan yang menyumbang kepada habuk, perhiasan semata-mata (perhiasan kecil-kecil yang memenuhkan ruang anda) ia hanya serabut mata memangdang. Cuba kalian bayangkan padang hijau yang lapang. Lapang bukan! Kosong tanpa apa-apa.Minimakan hiasan kecil di rumah.

4. Tidak perlu perabot baru, hanya beli cat sahaja. Jika tidak percaya cubalah cari warna cat cerah dan gabungkan dengan putih, rasa luas sahaja kediaman. Lenyapkan segala lakaran lukisan yang dilukis kanak-kanak.

Semasa bekerja sebagai wartawan dahulu, jika untuk tugasan mengambil dekorasi rumah, ada satu rumah pemiliknya gemar mengumpul barang jika melancong. Alamak! Saya mahu ke rumahnya, hanya tinggal ruang sempit sahaja untuk set sofa dan tv, yang lain penuh dengan barang hiasan. Habis semua ruang tamu dipenuhi barang. Macam stor pun ada, bukan lagi ruang tamu untuk beristirehat. ;D

Wednesday, October 27, 2010

Suri rumah adalah hebat, mengapa ramai yang tidak suka!

Teks: Masayu Ahmad

Apabila bergelar suri rumah ramai yang memberi pelbagai persepsi. Ini antaranya.

1. Saya tidak boleh jadi suri rumah, nanti saya boleh jadi gila.
-Habis tu kenapa kahwin, adakah kerana orang lain kahwin kita pun kahwin. Berapa ramai yang sudah menjadi suri rumah sakit mental? Apa yang saya lihat mereka mempunyai dunia sendiri dengan anak-anak. Bangun pagi ibu ada, balik sekolah ibu ada, mahu makan ibu masakkan. Kasihan bagi yang menilai suri rumah macam tidak ada apa-apa. Ingat tak lagi pada air tangan ibu kita, sampai sekarang masih lagi kita teringa-ingat akan masakan ibu. Termasuklah saya. Mereka adalah suri rumah, wanita tradisional yang dulu tinggal di kampung dan kebanyakan dari kita sudah berjaya sekarang. Terima kasih kepada status suri rumah.

2. Saya tidak boleh urus anak-anak, sebab nanti saya akan makin serabut. Lebih baik saya kerja.
Oh, sungguh kasihan yang mempunyai ibu-ibu yang memberi pandangan sebegini. Kahwin mahu, mengandung sembilan bulan, sanggup. Bersalin dengan penuh sukar, sanggup. Tetapi mahu urus anak-anak sendiri tak sanggup. Kasihan anak-anak. Terpaksa diswastakan kepada bibik, pengasuh, atau berkongsi kasih dengan penjaga di taska yang menjaga 10 orang anak-anak lain juga. Kasihanilah mereka.

3. Saya tidak boleh jadi suri rumah, nanti saya tak ada pendapatan, tak boleh beli belah, tak boleh nak ke sana ke sini. Dunia saya macam cacing kepanasan.
Semua ini boleh dilakukan hanya di hujung jari sahaja. Cari peluang itu.

4. Saya tidak boleh jadi suri rumah, nanti minda saya tidak terbuka.
Janganlah melayan movie sahaja, laman face book sahaja. Banyak perkara yang boleh kita pelajari dengan menghadiri kelas ilmu, seminar dan baca buku-buku bermanfaat.

5. Saya tidak boleh jadi suri rumah, nanti saya dipandang rendah oleh ipai duai, jiran tetangga, adik beradik. Setiap kali balik mesti mahu tayang kereta, baju baru, beg baru, barang kemas baru, gajet-gajet baru i-phone versi ke 10 ;D

Kalau kita meletakkan kehidupan sebagai perbandingan dengan kemewahan dan meterial atau kepuasan kaca mata orang lain. Oh, memang penatlah mahu melayan. Islam adalah sederhana, sederhana segala segi, carilah ia. Maka kalian akan temui jawapan sebenar.

Salam kasih sayang

http://www.janawangdirumah.com/

Fokus kepada penyelesaian, bukan kepada krisis atau masalah

Teks: Masayu Ahmad


Saya mengalami kelajuan mengejar masa yang amat dasyat pada masa ini. Dengan berbaki 60 hari ada 4 kerja utama yang perlu selesai, dua tugasan tambahan (utama juga) yang mencuri perhatian masa 24 jam saya. Semalam sepatutnya berjaga hingga ke subuh, tetapi akal kata, rehat, rehat dan rehat. Pagi ini maraton lagi menyiapkan tugas.

Apabila saya menulis berkaitan suri rumah menerima banyak respon, insya-allah lebih banyak artikel akan diselongkar dan dikongsi bersama. Untuk komen-komen, saya sangat menghargai, ambil masa sedikit untuk membalas setiap komen.

Semalam en. kekanda juga pulang lewat pagi. Kanak-kanak riang menanti ayah pulang. Biasa jam 6 sudah terpacak depan pintu. Aiman menanti dengan penuh mengharap.
Pagi ini Hakim bangun.

Hakim: Mana ayah, ayah tak balik ke?
Ibu: Ayah balik, tapi Hakim dah tidur.

Saya juga kiranya perlu berjaga sehingga Subuh, bezanya saya masih di rumah. Kekanda di luar rumah ;D. Kalau dua-dua balik lambat. Macam mana?

Ok, saya mahu teruskan kerja saya yang masih setia menanti, macam tak mahu surut-surut pula. Pada masa ini juga melayan kanak-kanak riang makan, basuh kain (mesin yang basuh) sambung lagi siapkan kerja.


Salam kasih sayang

http://www.janawangdirumah.com/

Tuesday, October 26, 2010

Beli buku Jana RM Dari Rumah- tempahan dibuka



Klik pautan di bawah untuk tempahan dan pembelian :


Testimoni 1:
Buku Jana RM Dari Rumah kini dalam proses penghayatan sepenuhnya oleh saya dan ister sebagai persediaan, andainya perancangan kami untuk beliau berhenti kerja menjadi kenyaaan beberapa tahun akan datang.

Insya-Allah untuk permulaan beliau akan memulakan perniagaan pastri dan roti tahun hadapan.
         -Nazri Kadir, Penulis buku Berfikir Gaya Trump-

Testimoni 2
- Pn. Durra Mohamed Jamri- http://www.artchetak.com/
Jana RM Dari Rumah bukan sahaja memberi pelbagai idea jenis perniagaan yang boleh dijalankan di rumah, malah menjelaskan pelbagai perkara yang berkaitan.

Terdapat panduan bagaimana untuk mengurus masa, cabaran bekerja dari rumah, pengurusan pemasaran, persaiangan dan kewangan turut diterangkan.

Bekerja dari rumah tidaklah semudah yang disangka. Sesiapa yang memasang niat, perlu mendapat maklumat apa yang bakal dihadapi. Insya-Allah semuanya ada di dalam buku ini. Begitu juga panduan motivasu diri sekiranya apa yang dirancang tidak membuahkan hasil
Testimoni 3:
Salam Kak Mas,


Saya nak beli buku Jana RM Dari Rumah untuk hadiahkan kepada ibu mertua saya. Sebab dia macam suka sangat baca buku ini. Mak juga seorang usahawan.
-Hadhatina Abdul Halim- http://adhatine2.blogspot.com/

Nota:

  • BERMULA 1 NOVEMBER 2010-Peraduan Beli dan Menang Sakan bersama MPH outlet bernilai RM 5,000.00 di outlet MPH terpilih seluruh tanahair. (bermula November-Disember 2010) Dalam peraduan ini, pelanggan MPH yang membeli majalah dan buku daripada Grup Buku karangkraf bernilai RM50 ke atas, berpeluang untuk menyertai peraduan bernilai RM 5,000.00. SILAKAN MEMBELI YA :)


  • Jangan lupa untuk ke FIESTA BUKU anjuran GRUP BUKU KARANGKRAF di Alaf 21, Lot 12, Persiaran Kemajuan 16/16 Shah Alam pada 29-31 Okt 2010, jam 9.00 pg - 6.00 ptg!!! Diskaun 30% untuk KESEMUA buku, PERCUMA sebuah buku dengan pembelian RM50 ke atas, Peluang beramah mesra dengan PENULIS kesayangan anda serta RM5 untuk buku-buku terpilih. Sebarkan berita baik ini..!


Monday, October 25, 2010

Segera bangkit suri sekelian!

Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google


Salam kasih sayang, sudahkah kalian urus dengan sukses segala kerja rumah untuk hari ini. Kanak-kanak riang belum bangun. Jadi ini adalah masa produktif bagi saya iaitu awal pagi untuk memulakan tugas. Tugas sebenar sebagai suri rumah, tugas sampingan sebagai penulis sepenuh masa. Bunyinya macam seronok. Ya, memang seronok kerana ini adalah pilihan saya. Kenapa pula tidak seronok kan?

Saya wanita bekerjaya

Jika kalian masih kekal sebagai wanita bekerja di luar rumah. Kekalkan ia, mungkin kerana tidak ada pilihan. Mengapa mahu bersedih, seronoklah dengan status kalian. Kerana apa. Kerana menyumbang dan membantu meningkatkan ekonomi keluarga. Cari keseronokan tersendiri. Sisihkan perasaan mahu berada di rumah, tetapi tiada pilihan. Jika tiada pilihan pada masa sekarang, teruskan sahaja dahulu. Mula la merancang-rancang dari sekarang apa yang akan berlaku lima tahun dan 10 tahun akan datang.

Saya suri rumah, tiada pendapatan!

Nikmati dan hargai, kerana tidak ramai yang mampu kekal sebagai suri rumah. Jadilah suri rumah yng efektif. Gunakan sepenuhnya masa yang ada untuk urus rumah tangga, anak-anak, jika ada peluang jana pendapatan sampingan, usahakan, fokus sehingga dapat mencapai apa yang dinginkan. Pendapatan lumayan tidak akan datang bergolek melainkan usaha, usaha, usaha. Perhalusi dan cari apa minat dan bidang anda.

Ini diari harian saya, rutin setip hari.

Membaca.

Adalah perkara wajib jika ingin menjadi penulis. Membaca beribu-ribu perkataan setiap hari adalah perlu agar banyak maklumat dapat kita serap dan hadam. Perlu membaca sebanyak yang mungkin. Perlu cintakan ilmu. Jika kalian mahu jadi penulis, tetapi tidak suka membaca, ucapkan selamat tinggal kepada bidang penulisan. Pilih bidang yang sesuai dengan minat dan kepakaran.


Kelengkapan. Komputer.

Ini juga wajib. Jika saya punya, tiada siapa yang boleh menganggu, kecuali si kecil Aiman. Jika dia datang terpaksa beralah sekejap. Pc kadangkala 24 jam perlu beroperasi, sedia bila-bila masa apabila idea datang atau waktu saya rasa mahu menulis. Tidak ada sempadan. Jika pcp khusus untuk saya, tiada orang lain boleh menganggu, kerana ia ibarat nyawa. Telefon hilang saya tidak kisah, tetapi jika komputer rosak, alamak tidak keruan namanya.

Catatan



Mencatat adalah salah satu kemahiran yang perlu ada. Apabila buntu di depan komputer saya akan limpahkan segala idea dalam bentuk catatan. Ini sudah diasa selama lapan tahu yang lalu. Kini, saya perlu terus mengasah kemahiran ini. Ia perlu, agar semakin lama semakin tajam. Ibarat pedang tumpul, jika setiap hari diasah, lama-lama akan tajam. Pun begitu saya perlu berlatih dan berlatih agar pedang saya perlu tajam, selari dengan usia kematangan yang kian meningkat.

Sekian dahulu, catatan penulis.

Jika mahu bekerja dari rumah boleh baca dan hadam buku Jana RM Dari Rumah. Boleh tempah di sini ya.
http://nilamberkat-kedaibukuonline.blogspot.com/


Salam kasih sayang

http://www.janawangdirumah.com/

Terima kasih Ummi Hani-http://diariniaga.com/

Sunday, October 24, 2010

Dari online ke offline, promosi, promos, promosi...

Teks: Masayu Ahmad
Foto: http://tintacomellote.blogspot.com/


                                                    http://www.comellote.com/v1/
 (Jemput semua ke kedai online wan anie, yang banyak pilihan produk menarik untuk kanak-kanak)
Ok, untuk blog pilihan kali ini saya memilih blog wan lagi. Bukan berkongsi pilihan produk, tetapi apa jenis promosi dan jenis bisnes yang dijalankan. Wan Anie, menjalankan produk jualan pakaian kanak-kanak secara online tetapi sudah mula bergerak mempromosi secara offline


Apa beza offiline dan online.

Bisnes offline atau dikenali juga bisnes konvensional. Iaitu dulu-dulu tidak ada kemudahan promosi internet seperti kini. Hanya promosi secara statik di kedai atau, diiklankan melalui media atau kaedah promosi tradisional yang lain seperti mulut ke mulut, brosur dan sebagainya.

Kelebihan kedai online

Kedai online boleh menggunakan semaksima mungkin bisnes sama ada pemasaran dan promosi secara online dan offline.

Kesemua stok barangan di rumah, kaedah jualan dan promosi secara online berlangsung seperti biasa. Tetapi menyertai tapak promosi (booth) adalah satu acara yang membantu peniaga untuk mengenali lebih dekat dengan bakal pelanggan baru dan berkemungkinan akan menjadi pelanggan tetap.

Promosi bergerak ini juga membolehkan kita mengenali pelbagai ragam pelanggan secara bersemuka. Jadi ada dua jenis pelangga, satu pelanggan yang suka membeli secara online dan yang sudah membeli secara offline. Juga pelanggan suka membeli secara online dan offline.

Manfaat yang lain, kemungkinan pelanggan yang teragak-agak membeli secara online, kemungkinan besar sudah yakin dengan produk yang dijual dan akan mencuba membeli dengan pekedai pilihan. Hanya perlu menejejaki melalui internet sahaja.

Pelbagai jenis promosi bergerak (booth)

Kiosk- Terdapat di pasaraya besar atau tempat-tempat jualan tertentu. Plihan kiosk sama ada boleh disewa hanya beberapa bulan, atau sepanjang tahun. Kalian perlu mengenal pasti sasaran pelanggan dan lokasi strategik agar ia ada kaitan dengan produk yang dijual.

Pameran bergerak lokasi (booth)- Ia boleh sahaja di tempat-tempat atau lokasi tertentu, contohnya atas adalah di hospital, boleh juga di kilang-kilang, di sekolah, di pusat aktiviti seminar dan kursus. Juga untuk program yang khas tertentu.

Pameran bermusim- Biasanya di bulan puasa dan sebelum menjelang perayaan besar. Lokasi panas yang selalunya mendapat tempat ialah PKNS Shah Alam, Jalan Tar dan pasaraya besar yang mempunyai tumpuan utama.

Melayan motivasi pagi!

Teks: Masayu Ahmad
Pic; Google

Assalamualaikum w.b.t. Salam kasih sayang buat suri sekelian. Apa ya menu pagi kalian hari ini. Bagi suri rumah dan suri bekerja dari rumah sudah tentu sudah siap menyediakan sarapan, hantar anak sekolah dan mengemas rumah. Ibu-ibu yang bekerja di luar rumah sudah tentu sudah sampai ke pejabat, menikmati cuti dua hari yang dirasakan cukup pantas.

Dua hari, Sabtu dan Ahad saya fokus melayan Arif yang selsema dan muntah-muntah. Ini penangan Arif berjangkit semasa Arif berada di nurseri tempoh hari. Alhamdulillah hari ini sudah kembali pulih dan makan seperti biasa. Dua hari badannya lemah, sudah kekeringan air. Petang semalam ke klinik apabila saya memberikannya antibiotik dan ubat penahan muntah, keadaan masih berlarutan. Mahu atau tidak bawa juga ke wad kecemasan, kerana keadaan badan anakanda sudah semakin lemah, muntah bertersan tanpa henti. Muntah pun sudah tidak ada apa-apa.

Selepas badannya dimasukkan air, saya rasa lebih kurang 5 liter, ada dua pek air kecil. Alhamdulillah Arif bangun dan mintak roti dan air. Dalam perjalanan beli sebji burger. Dimakannya habis separuh. Malam tadi Arif bertemankan botol air mineral, diminumnya apabila haus. Alhamdulillah sudah semakin pulih. Bangun pagi, minta kari dan roti. Sudah habis dimakannya. Lega hati, rasanya jika dia demam dan cirit birit ada kemungkinan besar ditahan wad. Nasib baik hanya muntah-muntah sahaja. Itu pun muntah air.

Pagi ini membuatkan saya bertenaga menyambung kerja dan urus rumah tangga. Sabtu dan Ahad saya berehat, en.kekanda yang baik hati menguruskan seluruh urusan rumah tangga. Semua beres. Saya juga bercuti semala, hanya memasak ikan singgang sahaja ;D.

Hari ini kembali tenang seperti biasa, membelikan sarapan, jemur pakaian dan akan kembali maraton menyiapkan kerja.

Dalam dua hari ini, saya dua kali khatam buku Dr. Tuah, laluan ke dua ke puncak. Kebetulan puan editor memberikan satu buku itu untuk saya. Untuk pemenang sabar menanti ya. Semua buku sudah ada di tangan, saya akan hantar secara berperingkat.

Lalui segala rutin hidup dengan tenang, jangan risau ia akan kembali pulih seperti biasa. Jom kita mulakan hari ini dengan perjalanan kerja yang lebih cemerlang berbanding semalam.

Buat Syahida- http://warkahdarimama.blogspot.com/, selamat ulang tahun kelahiran ke 33, semoga segala impian menjadi kenyataan.
Salam kasih sayang

http://www.janawangdirumah.com/

Saturday, October 23, 2010

Impian saya, anda bagaimana?

Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google

Salam hujung minggu sudah lama kan tidak berkongsi idea  dekorasi bilik kerja. Sekarang ini saya sangat meminati latar putih dan hitam. Gambar di atas adalah idea paling lenkap untuk dekorasi pilihan saya. Tetapi ada satu lagi ruang santai yang diperlukan. Iaitu seperti gambar di bawah, khusus untuk aktiviti menelaah, dan bersantai-santai dengan bahan bacaan.

Selagi saya tidak selesaikan apa yang sudah dirancang pada 2010 dan 2011, belum tentu saya akan dapat hadiah ini untuk diri sendiri. Maka, berusaha dan bekerja keras lah Masayu Ahmad!

Salam kasih sayang

http://www.janawangdirumah.com/

Friday, October 22, 2010

Impian super mama, keluhan wanita

Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google

Salam hujung minggu, mari kita fikirkan yang indah-indah sahaja. Mari kita selongkar apa yang wanita sibuk, super sibuk mahu pada hujung minggu.


1. Bangun pagi rumah sudah bersih

2. Kain baju semua sudah berbasuh, berjemur, berlipat, tersusun dalam almari dan stok pakaian seminggu bekerja sudah siap digosok dan tersusun cantik dalam almari.

3. Hanya pandangan yang indah-indah sahaja, lantai sudah dimop, kain baju bersih, bilik air bersih dan dapur suci murni.

4. Bangun pagi dengan tenaga luar biasa mahu menyediakan sarapan, tengahari dan malam.

5. Petang hari keluar beriadah, mahu membeli belah untuk keperluan seminggu.

6. Sabtu dan Ahad, masa bersantai-santai dan berehat-rehat khusus untuk anak-anak.

Realitinya

1. Ramai yang mengambil kesempatan untuk berehat pada sabtu dan Ahad kerana keletihan.

2. Selesai tugas seminggu mahu selesaikan tugasan rumah tangga yang tidak habis-habis.

3. Sabtu adalah waktu khusus untuk selesaikan kerja rumah, petang sudah keletihan, jadinya makan diluar sahaja.

4. Pulang ke rumah masih ada saki baki kerja rumah yang perlu diuruskan.

5. Sangat bertuah bagi isteri, yang mempunyai suami ringan tulang. Jika berat tulang Sabtu Ahad adalah sama sahaja seperti hari bekerja.

6. Alangkah indahnya semua kerja rumah beres semasa hari Jumaat. Jadi Sabtu dan Ahad khusus untuk berehat semata-mata.

7. Cepatnya Sabtu dan Ahad berlalu, oh Isnin sudah melambai-lambai. Tenaga yang baru berkumpul terus hilang semangat untuk memulakan Isnin yang penuh dilema.

8. Rehat yang cukup, petang Ahad bacalah buku yang memberi motivasi dan suntikan tenaga jadi Isnin adalah permulaan yang mengembirakan.

Salam kasih sayang


http://www.janawangdirumah.com/
Bangu pagi sudah ada yang membeli, walau sedang tidur urusniaga tetap berlaku. Siapa mahu sertai saya, boleh sahaja sertai affiliate http://www.klikjer.com/.

Thursday, October 21, 2010

Pengumuman Pemenang Peraduan Jana RM Dari Rumah

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualakum w.b.t

Ok, baru sahaja berkesempatan untuk mengumumkan pemenang peraduan buku aku mahu buku Jana RM Dari Rumah.

Ok, saya dengan sukacita,

Kategori- A

Senarai 10 orang yang saya menandakan -ada-
Maksudnya, kalian berjaya mengekalkan gambar buku Jana RM Dari Rumah sehingga kini, jadi ke semua 10 orang tersebut memiliki buku tersebut.

Amat dukacita yang sudah menyertai tetapi tiada gambar Jana RM Dari Rumah di side bar blog kalian.

Para pemenang tersebut sila kekalkan sehingga buku yang akan saya pos selamat sampai ke tangan kalian.


Kategori A

Peserta Kategori A (10 orang layak menerima buku Jana RM Dari Rumah)


1. Nadnye-http://keloncot.blogspot.com/2010/06/saya-mahu-buku-jana-rm-dari-rumah.html- ada buku di side bar

2.
3. Zaila-http://zailabinimdae.blogspot.com/2010/06/saya-mahu-buku-jana-rm-dari-rumah.html- ada

4.
5.http://zuhaira.blogspot.com/- ada

6.http://www.kakyong.com/2010/06/saya-mahu-buku-jana-rm-dari-rumah.html- ada (tak perasan)

7.http://seindahbayu.blogspot.com/2010/06/buku-jana-rm-dari-rumah.html- ada

8.http://lovelyblogshops.blogspot.com/2010/06/peraduan-saya-mahu-buku-jana-rm-dr.html-ada

9.http://nik-kingsyah.blogspot.com/2010/07/saya-mahu-buku-jana-rm-dari-rumah.html- ada

10. http://markay84.blogspot.com/2010/07/saya-mahu-buku-jana-rm-dari-rumah.html- ada


11.
 
12.http://adedory.blogspot.com/2010/07/saya-mahu-buku-jana-rm-dari.html- ada

13.http://dis-mysimpleworld.blogspot.com/2010/08/saya-mahu-buku-jana-rm-dari-rumah.html- ada

Kategori B

1. Wan Rohani Wan Ismail-http://tintacomellote.blogspot.com/2010/05/jana-rm-dari-rumah.html


2. Durra Mohamed Jamri-http://artchetak.blogspot.com/2010/05/jana-rm-dari-rumah.html

3.Syahida- http://warkahdarimama.blogspot.com/2010/06/jom-jana-rm-dari-rumah.html

4.http://www.ulfanur.com/2010/07/jana-rm-dari-rumah.html

5.http://keranakitahambanya.blogspot.com/2010/07/buku-motivasi-senarai-semak-saya-jrdr.html




Ke semua peserta yang menyertai adalah layak memiliki buku Dr. Tuah.


Mohon ambil perhatian:

Hantarkan

Naman penuh
Alamat tempat kerja atau rumah: (jika kalian bekerja perlu bagi alamat tempat kerja)
Nama blog:
Emailkan:

masayu2010@gmail.com

Saya akan mula menghantar/ pos buku-buku tersebut mulai bulan November 2010. Harapnya kalian bersabar.

Nama-nama yang tidak dapat menghantar alamat sebelum 30 November 2010, dianggap tidak menuntut hadiah dan kiranya hadiah dimansuhkan. Harap maklum.

Teringin lagi ;D



                                                                    Tepung boko

Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google

Ok, cuba lihat kuih di atas, itu dikenali sebagai tepung boko atau kat di sini dikenali sebagai Kuih Talam. Kuih Talam lebih pejal dan berbentuk empat segi. Iaitu akan jadi begini.

                                                            Kuih talam versi KL


Saya mahu ceritakan satau lagi jenis tepung boko aka kuih talam, iaitu tepung boko ubi kayu. Dua minggu sudah saya bercerita saya ke Kampung Baru untuk mencari. Betapa gumbira hati saya tepung boko ubi kayu memang ada.

Malam ini selepas menjemput en.kekanda, mahu ke sana lagi mencari tepung boko ubi kayu. Kalau kak chik terjumpa tepung boko ubi kayu yang lebih real, bolehlah berkongsi ya Kak Chik (kalau jumpa). Maklum lah kalau di Kelantan di mana-mana pasar pagi ada tepung boko ubi atau tepung boko biasa. Berapa lama saya mencari sudah kandungan fasa ke 3 baru lah dapat merasa. Tak adalah mengidam sangat, hanya teringin. Kalau kata mengidam mahu atau tidak kena cari juga. Dah kebetulan rezeki saya, terjumpa juga tepung boko idaman hati. Terima kasih google, menemui saya gambar ini dalama carian forum cari.com.

Dalam saya mencari, jumpa juga gambar sebenar tepung boko ubi kayu. Meh saya kongsi dengan kalian.
                   http//http://www.mira-sweetirish.blogspot.com/ (kalau tuan empunya blog, singgah ke sini saya tumpang gambar ni ya, mohon izin) Saya dah cuba meninggalkan jejak, tapi tak dapat. Nanti saya cuba lagi ;D. Sangat suka melihat gambar ini, hilang semua 'kempunan saya', dapat tengok pun dah ok, apatah lagi merasa dan menikmati. Teruk betul saya.

Temuramah untuk usahawan, saya lanjutkan sehingga 30 Oktober 2010

NOTA: TERUSKAN MENGHANTAR PENYERTAAN KALIAN KE EMAIL SAYA TANPA PERLU SENARAIKAN DI SINI:D

Sesiapa yang mengusahakan butik atau bisnes online, sila tinggalkan jejak di sini!

Anda yang memiliki butik online atau bisnes online, mohon tinggalkan jejak di sini, tidak kiranya anda sudah mempunyai pautan di sini, atau rakan-rakan maya yang belum saya kenali.

Saya memerlukan sekurang-kurangnya 20 orang usahawan bisnes online.

Respon: sila tinggalkan nama blog, nama penuh dan email !

1.http://wellness-sonata.blogspot.com/- salwa
2. http://belibeli.com/. cik yan
3. http://maribaca.blogspot.com/- kak chik
4. http://abayaelegan.blogspot.com/- kak chik
5. http://clothdnz.blogspot.com/- Nik Ha
6.http://chocville.blogspot.com/- fzya
7.dini-tupperwarekiosk.blogspot.com-mamaaqildini
8.http://kakyongshoppe.blogspot.com/- kak yong
9.http://marikelih.blogspot.com/
10.http://comellotecollection.blogspot.com/
11.http://www.blingboutique.biz/
12. http://www.scriptorybox.com/
  13.http://seribatikgallery.com/
14.http://yatiezainibakingcupcake.blogspot.com/
15.http://simplisiti.blogspot.com/
16.www.artchetak.com.
17.htt://anakkuwiraku.blogspot.com
18.http://everybodylovescery.blogspot.com/
19.kedaihuffaz.blogspot.com
20.http://ibuazshoppe.blogspot.com/
21.http://kedainiaga.net/
22.http://souvenier2u.blogspot.com/
23.http://saleathoneybunch.blogspot.com/

Pemilik dan senarai pemilik ini perlu bersedia dengan jawapan yang akan saya majukan seperti berikut.
Jawapan ini akan saya olah semula dalam bentuk artikel, akan dimasukkan dalam mana-mana projek penulisan yang sedang saya usahakan kini. Mungkin dalam versi ebook atau buku.
Semoga artikel ini sedikit sebanyak membantu promosi bisnes kalian. Insya-Allah.
Soalan A



1. Apa yang mendorong anda untuk memulakan bisnes.
2. Jenis bisnes apa yang sedang dirancang dan yang sudah dimulakan kini.
3. Apa persedian yang sudah dan sedang dilakukan
4. Apa komitmen anda untuk bisnes yang diusahakan

Soalan B (bagi yang sudah memulakan bisnes)


1. Apa cabaran terbesar dalam bisnes yang anda lakukan sekarang?
2. Apa strategi yang anda fikirkan untuk meningkatkan jualan?
3. Apa keunikan bisnes anda berbanding bisne pesaing?
4. Apa sandaran modal yang digunakan sekarang, simpanan, pinjaman?
5. Apa perjuangan anda dalam bisnes yang dilakukan sekarang
6. Apa rujukan, panduan yang anda gunakan dalam memulakan dan mengusahakan bisnes
7. Siapa inspirasi anda dalam mengusahakan bisnes
8. Apa dan siapa yang menjadi pendorong dalam meneruskan kelansungan bisnes


Soalan C


1. Apa jenis bisnes anda. Nyatakan sama ada secara online atau offline
2. Bagaimana anda mendapat idea memulakan bisnes tersebut.
3. Bagaimana anda mendapatkan modal
4. Bagaimana anda mendapatkan bekalan
5. Bagaimana anda membuat promosi dan pemasaran
6. Apa keunikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan
7. Apa persediaan dalam mengurus keuntungan dan kerugian
8. Apa yang menjadikan motivasi dan inspirasi.
9. Adakah anda bersedia untuk gagal dan bangkit semula
10. Apa momentum terbesar atau sasaran yang anda mahukan dengan apa yang dilakukan sekarang.


Majukan jawapan kalian, kalau lebih panjang lebih bagus. Memudahkan saya untuk mencari dan mendapatkan fakta yang bersesuaian.


Sila nyatakan:

1. Nama penuh mengikut IC
2. Email
3. Alamat
Sila hantar sebelum 30 Oktober 2010
Hantar terus kepada : masayu2010@gmail.com

Kalian boleh memilih untuk menjawab ketiga-tiga soalan atau mana-mana soalan yang diiginkan. Bagi sesiapa sahaja yang tidak tersenarai di atas, masih boleh menyertainya, peluang penyertaan saya masih mengalu-alukan.

Dilema anak-anak di nurseri, dengarlah rayuan mereka ibu-ibu sekalian..

Teks: Masayu Ahmad

Ok, ada satu catatan yang saya belum kongsikan iaitu pada 19 Oktober 2010. Hari tersebut saya perlu menyelesaikan urusan di luar rumah. Jadi macam biasa perlu transit anak-anak di rumah jiran atau di tadika. Ok, disebabkan minggu ini Cik Ha kesibukan kerana tempahan biskut coklatnya, pilihan ke dua adalah menghantar kanak-kanak riang ke nurseri.

Berpagi-pagi saya menyiapkan sarapan pagi bihun goreng, menu tengahari juga bekal minum petang. Saya tahu anak-anak saya makan banyak, jadi perlu sediakan. Sebelum itu pada waktu petang 18 Oktober saya ke nurseri tersebut bertanyakan boleh atau tidak menerima anak-anak saya. Saya lihat hanya dua orang penjaga sahaja dan seorang remaja. Maksudnya tiga orang sahaja, semuanya umur yang sudah mempunyai anak sekitar usia 30-an begitu.

Kakak itu ok, sangat berhemah namun dari pengamatan saya, kanak-kanak tersebut boleh dikatakan ramai lebih kurang 20 orang bayi dan kanak-kanak berusia bawah 6 tahun. Saya lupa mahu bertanya berapa orang.

Jadi dia bersetujua menjaga anak-anak saya sehingga jam 4 petang. Esoknya seawal pagi saya sudah menghantar kanak-kanak riang. Sudah dimandikan dan berbau harum. Juga saya memberikan sarapan anak-anak agar mereka sudah kenyang.

Apa yang kurang menarik pada pemandangan saya ialah:


1. Sebelum menghantar anak-anak, sudilah ibu-ibu memandikan anak-anak kalian. Kerana apa, saya melihatkan pengasuh seolah tidak cukup kaki tangan untuk memandikan seorang demi seorang. Alangkah molek air tangan ibu terus menyiapkan anak-anak di awal pagi. Tidaklah berada dalam keadaan berpagi-pagi. Kita tidak tahu jam berapa ke semuanya akan mandi. Saya tetap bersangka baik, bahawa semua pengasuh menjalan tugas mereka. Tetapi lebih bahagia untuk si anak, apabila ibunya sendiri menguruskan dirinya memandikan dan menukar pakaian bersih sebelum keluar rumah dan diserahkan kepada orang lain untuk diuruskan. Kasihan anak-anak kita kerana terpaksa berebut dan mennggu gilaran untuk dibersihkan.

2. Pastikan anak-anak sudah kenyang sebelum dihantar. Sangatlah berhemah seorang ibu atau bapa menyuap atau menyediakan sarapan pagi. Setidaknya jika dalam kereta sediakan siap-siap roti dan air kotak jika kalian terlampau sibuk. Biarlah perut anak kita terisi sebelum sampai ke nurseri. Bayangkan mereka perlu menunggu giliran untuk dimandikan, kemudian barulah diberi makan. Bayankan berapa lama proses meunggu. Sebagaimana kita juga jika ke pejabat, mahu terus mencari sarapan. Sangat kasihan anak-anak ini apabila ibu bapa pentingkan diri sendiri, membiarkan anak-anak tidak bermandi dan kelaparan. Hanya tahu menyerahkan bulanan dan serah tubuh badan sahaja setiap pagi. Petang hari mengambil terus sahaja pulang ke rumah dan sibuk pula bersilat mengurus rumah tangga. Macam mana kalau anak-anak itu masih kelaparan.

3. Luahkan dan dengarkan keluhan anak-anak kita. Memang mereka tidak mampu bersuara, walaupun penat bekerja, cuba peluk sebelum hantar dan selepas sampai ke nurseri. Ya, sememangnya setiap orang terlalu sibuk dengan urusan masing-masing.

4. Ketika saya sampai jam 4.30 anak-anak saya sudah bersih dimandikan Ya mungkin kakak itu sudah bersedia dari awal. Saya juga menyediakan makanan yang  banyak agar kalau anak-anak lain mahu, saya sudah berpesan berikan sahaja kepada mereka.

Bersambung...

Wednesday, October 20, 2010

Apa jantina? ;D

Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google

Sememangnya hari ini cadangya mahu tengok apa jantina orang dalam perut. Tetapi disebabkan status kesihatan semua sukses, jadi tak payah jumpa doktor. Memang sungguh membuatkan perasaan ingin tahu itu, berada dalam keadaan tahu ke tak nak. Sebetulnya perasaan saya biasa-biasa sahaja. Biru ok, pink pun ok. ;D

Alhamdulillah atas layanan semua juru rawat yang semuanya baik hati dan berhemah. Kini sudah mencecah 30 minggu. Kepala juga sudah berpusing ke bawah. Cuma saya selalu bercakap-cakap dengan orang dalam, jangan keluar dulu ya, tunggu ibu selesai semua kerja, barulah keluar. Boleh ke macam tu? Boleh sahaja. Saya juga tidaklah lasak sangat, kalau lasak cepat pula keluar nanti. Suka suki saya punya teori. Insya-Allah fikiran dan minda saya kekal tenang dan fokus untuk menikmati hari-hari terakhir perjuangan seorang ibu.

Semasa jururawat meletakkan alat pengesan denyut jantung, terasa rindu dan sekali bunyi helaan denyut nadi dari dalam. Sungguh besar kuasa Tuhan, hanya mereka yang pernah mengalami sahaja mengetahui.

Juga Aiman yang semakin hari, semakin mula menunjukkan reaksi akan menerima adik. Selalu mahu berkepiti, tidur perlu peluk-peluk, mudah sensitif dan mahu pelbagai ragam muncul.

Kadangkala ibu biarkan sahaja, sengaja Aiman mahu menduga ibu dengan aksinya. Mahu perhatian lebih sementara keluar lagi adik untuk Aiman.

Aiman suka merengek-rengek dan melarat dengan tangisan. Kadangkala saya biarkan sahaja seketika, biarkan dia dengan perasaannya. Lepas puas menangis, Aiman dengan sendiri datang kepada saya.

"Ibu Iman mintaa maaf, man janji tak buat lagi." :D

Sungguh, Aiman pun faham keadaan ibu, tetapi sengaja sahaja buat-buat tak faham. Kemudian dengan sendirinya dia akan kembali bersuka. Jika buat lagi skrip yang sama akan diulang. Aiman, Aiman.

Uniknya tarikh 20.10.2010. Alhamdulillah.


Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google


Alhamdulillah, tidak terhitung banyaknya nikmatnya yang saya terima setakat ini. Menginjak setahun lagi mendekati kematian. Usia kini sudah menginjak 31 tahun. Apa yang telah dan sudah saya lakukan pada dan sehingga saat ini.

Hanyalah bermohon, berat timbangan amalnya. Jika ajal menjemput sekarang, betapa banyak lagi perhitungan yang belum selesai.

Apapun tarikh untuk tahun ini sangat istimewa. Saya sudah melahirkan dua bayi sulung, buku sulung dan ebook sulung. Ia adalah harapan setahun yang sudah. Insya-Allah akan muncul lagi lebih banyak hasil karya agar dapat dimanfaat oleh sesiapa sahaja diluar sana.

Sudah tentu terima kasih buat en.kekanda tersayang, betapa banyak jasa, pengorbanan, sokongan moral, sokongan kewangan yang tidak berbelah bahagi. Tidak mampu dibalas, hanya mendoakan agar saya sentiasa menjadi isteri diredhai suami. Itu sahaja hadiah yang saya inginkan. Agar mudah melangkah masuk ke syurga idaman hati. Namun betapa busuk, buruk, baik, kelemahan diri mohon agar en.suami ampunkan setiap detik dan setiap hari.;D

Selamat datang 2011, walaupun tirai 2010 belum berlabuh. Akan saya gunakan setiap saat berbaki untuk menyelesaikan segala komitmen yang sudah dijanjikan.

Moganya saya lebih istiqamah dalam perjuangan, mahu melihat lebih ramai suri muslimah kembali berada di rumah. Hanya melalui sandaran bakat dan mengatur ayat, moga lebih ramai yang mendapat manfaat.

Terima kasih kepada semua pembaca yang sudi bertandang, meninggalkan jejak, Salam ukhwah kepada yang baru menjengah. Saya izinkan mana-mana informasi di sini disiarkan di blog kalian, hanya kalian perlu meletakkan nama saya dan blog ini sebagai sumber petikan dan rujukan.

Terima kasih yang sudah membeli, membaca, mengkritik dan memberi sokongan terhadap penulisan dan karya saya. Terima kasih. Hanya Allah sahaja membalas jasa kalian. Ini adalah kesinambungan daripada catatan anak kampung, hanya mahu kekal jadi manusia biasa-biasa sahaja. Hanya mendokan timbang berat amal yang luar biasa.


Salam kasih sayang,

Selamat ulang tahun ke 31, buat diri sendiri. (20.10.79)

Tuesday, October 19, 2010

Bilik bayi vs bilik SOHO



Teks: Masayu Ahmad

Pic; Google

Ok, saya ada satu entri berkaitan catatan meletakkan anak ketika melakukan aktiviti atau urusan luar. Saya berjanji akan ceritakan kelak ya, entri tertinggal untuk catatan harian 19 Oktober 2010. Iaitu tip meninggalkan anak untuk WAHM apabila ada urusan diluar. (Tolong ingatkan saya jika terlupa)

Sebetulnya mahu menulis tip penjagaan anak-anak semasa kita berada diluar rumah, tiba-tiba idea tentang bilik bayi datang menerjah pula jadi saya teruskan dengan entri ini dahulu ya.

Ok, disebabkan ramai ibu muda seperti saya masih lagi mempunyai anak-anak kecil sekitar umur 6 tahun ke bawah dan juga keperluan bilik untuk bayi dan ibu berpantang.

Sebetulnya dua pilihan di atas sangat sesuai untuk situasi saya sekarang dan selepas bersalin kelak. Satunya kerana mempunyai bayi kecil dan insya-allah keselesaan untuk memberi penyusuan penuh. Perlukah bilik sedemikian. Ya perlu, kerana kita sentiasa berada di rumah dan perlukan suasana selesa, mengembirakan dan rasa tidak mahu keluar-keluar dari rumah. Perlu membina keasyikan tersendiri.

Pernah tak kalian ke resort atau hotel, dekorasinya simple, tiada simpanan hiasan remeh temeh. Jadi sekarang panduan berikut membantu mengubah semula susnan bilik anak yang penuh serabut dan hiasan remeh temeh.

1. Pilih dua warna asas sahaja, warna cerah dan sedikit gelap. Dua warna sahaj.
2. Selaraskan dengan warna yang sama untuk perabot.
3. Gunakan segala bahan atau perabot sedia ada sahaja, jangan beli yang baru nanti membazir. Hanya beli cat sahaja untuk memberi suasana baru dan segar.
4. Simpan semua sekali perhiasan remeh temeh yang tidak perlu. Simpan dalam kotak dan sembunyikan di bilik stor. Syarat di sini tiada langsung hiasan remeh temeh yang menyerabutkan mata memandang.
5. Pilih hanya kelengkapan asas yang diperlukan sahaja. Ia sangat mewarnai rasa ingin berada di bilik yang baru diubah suai.
6. Permainan anak-anak simpan dalam kotak yang berasingan. Buka jika ingin digunakan. Jangan biarkan bersepah-sepah. Kekalkan aturan dan disiplin ini.

Sunday, October 17, 2010

Jadilah bidadari syurga dan rumah tangga, Nabi sedih ramai wanita penghuni neraka!

Teks: Masayu Ahmad


Rumah ku syurga ku, rumah tempat terbaik sesebuah institusi keluarga bermula. Sebuah kerajaan kecil, yang perlu dijaga dibajai. Banyak perkara yang bermain di fikiran dan ia seringkal berasak-asak mahu diluahkan. Ok, mungkin entri kali ini ada kaitan dengan setiap pandangan yang ingin saya lontarkan. Kelak jika saya rajin akan saya kupas mengikut susunan dan kesinambungan yang lebih baik. Hari ini sekadar menyatakan pandangan, ulasan dan peringatan buat diri sendiri.

Matlamat wanita sebenar

Sudah tentu ingin menjadi penghuni syurga, malah mahu kekal juga sebagai bidadari buat suami. Dianugerahkan cahaya mata sebagai penghibur dan juga untuk mewarisi dan memberi kebaikan dunia dan akhirat.

Anak-anak terabai

Ketika berada diluar saya suka mencerap sekeliling, dari sudut pandangan hati. Alangkah rasa sedih melihat muda mudi anak-anak yang tingkahnya kurang beradab. Mana mahu salahkan siapa, ibu bapa, masyarakat atau corak pendidikan yang diberikan.

Saya masih tradisional dalam hal ini, pendekatan agama masih lagi langkah asas dan ia adalah perlu untuk pencerapan anak-anak ketika masih di dalam kandungan dan bayi.


Dilema wanita

Ok, apa kaitan wanita dan pendidikan anak-anak. Kerana ibu adalah pemula terbaik sejak awal kandungan. Malah bapa tidak boleh melepaskan 100 peratus tanggungjawab tersebut kepada ibu sahaja. Harus ada kerjasama dan toleransi dalam usaha ini.

Fasa perkembangan keluarga

Jika dicerap melalui pengalaman sendiri dan juga pengalaman sekeliling, kita dapat melihat beberapa fasa dalam tempoh awal permulaan keluarga.

Fasa perkahwinan
Permulaan ke jinjang pelamin, menyatukan dua hati. Matlamat baru bermula.Jika dilihat kedudukan ekonomi pada masa ini tidak ada masalah. Kerana ke dua-duanya sudah bekerja dan mempunyai pendapatan untuk menyara keluarga. Kelahiran anak pertama membuka ruang baru dalam hidup berkeluarga. Pada yang bijak sudah merancang awal ketika fasa-fasa seterusnya akan berkembang.

Fasa pengembangan keluarga

Anak pertama, ke dua, ke tiga dan seterusnya. Pada masa ini ibu bapa mula memikirkan perancangan terbaik hala tuju keluarga. Sama ada ekonomi iaitu kewangan, pendidikan anak-anak, simpanan, pelaburan.

Dilema akan bermula

Proses pembesaran anak-anak, sedikit sebanyak mengambil faktor kewangan mengambil kira. Bayangkan pendidikan awal kini, jika mahu selesa kosnya juga mencecah ribuan ringgit untuk tempoh setahun. Pendaftaran awal sekitar RM500 hingga RM1000. Itu tidak mengambil kira bayaran bulanan. Untuk seorang anak perlu mengambil kira kos permulaan RM200 hingga RM250 ketika usia bayi, iaitu selepas habis pantang, 3 bulan sehingga usia 3 tahun. Kita lihat seperti berikut:

3 bulan- 3 tahun:
Peruntukan bulanan RM200-250 (penjagaan)

Pendidikan awal
Usia 3 tahun 6 tahun
Pendaftara RM500-RM1000:
Bulanan RM200-300


Kos ini tidak termasuk makanan, pakaian dan perkara-perkara lain. Itu sekiranya anak-anak adalah seorang. Apa pula dua, tiga dan seterusnya.


Berapa orang anak?
Pandangan pakar kesihatan usia 25 hingga 35 tahun adalah tempoh yang sesuai untuk hamil dan melahirkan anak. Lima orang adalah jumlah yang banyak dan sesuai untuk famili moden kini. Tetapi dua dan tiga adalah pilihan ibu bapa kini. Ini berdasarkan pandangan saya semata dan tiada fakta yang jelas (perlu merujuk dahulu).

Apa yang saya mahu sampaikan sebenarnya?

Empat perkara yang saya mahu sampaikan, bilangan anak, merancang hala tuju keluarga, pendidikan dan sandarana ekonomi keluarga.

Empat perkara ini perlu difikirkan sejak sebelum berkahwin lagi. Namun dilema yang paling ketara akan bermula setelah anak-anak bertambah, perlu memikirkan kos pendidikan, pengurusn keluarga dan sumber pendapatan.

Dilema wanita

Anak satu dan dua pada saya tidak akan menjadi masalah. Ia akan bermula tuntutan mengimbangi keluarga dan kerjaya apabila umur sudah semakin meningkat dan anak-anak mula mengambil perhatian khusus. Jelas sekali perkara ini tidak boleh diambil mudah.

Juga sama ada meneruskan kerjaya untuk keperluan asakan ekonomi, atau mula kembali berada di rumah kerana ahli keluarga terutama anak-anak yang sedang membesar memerlukan perhatian yang tidak sedikit.

Ini berdasarkan pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain. Situasi kelam kabut dalam pengurusan akan bermula. Sejauh mana super mama boleh lakukan untuk mengimbangi ke semuanya sekali. Ya, benar ada wanita hebat luar sana boleh melakukannya. Namun setakat mana? Dan tidak semua wanita mampu bergelar super mana, sedikit sebanyak ia akam kembali kepada fitrah wanita agar kembali berada di rumah.

Apa pilihan?

Pilihannya adalah sandaran pendidikan, kemajuan IT kini perlu sebaiknya digunakan untuk meningkat sumber pendapatan keluarga. Dengan kata lain, masih mencari sumber pendapatan walau di mana sahaja anda berada.

Tahu batas-batas
Batasannya ialah, kita adalah muslimah yang sudah diberikan panduan yang boleh dan tidak boleh. Masih boleh memberi sumbangan dan pada masa yang sama tahu batasannya.

Apa batasannya

Apa berada diluar kita sudah tahu bahawa kita sudah berkahwin, tahu menjaga aurat dan tahu batas pergaulan sosial.

Apa sudah jadi keadaan sekarang
Berlumba-lumba menunjukka perhiasan diri, aku cantik, bergaya, berpendidika, gaji besar dan juga pangkat besar. Tidak salah semua ini, asalkan kembali kepada apa peranan asal wanita itu sendiri.

Apa peringatan?

Perempuan Mudah Masuk Syurga Tetapi Ramai Di Neraka


Bagi isteri hanya 4 syarat untuk mereka ke syurga “Apabila seorang isteri mengerjakan solat 5 waktu, mengerjakan puasa sebulan, memelihara kehormatannya (aurat) serta mentaati suaminya, nescaya dia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam Bazzar melalui Anas r.a)

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Nabi sedih ramai wanita penghuni neraka

Saidina Ali berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah SAW. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?"


Baginda SAW menjawab: "Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka."

Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?" Rasulullah SAW menjawab: "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair di-curah ke dalam halkumnya (tekak).

"Aku lihat perempuan yang digantung kedua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri.

"Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

"Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar berbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka."

Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?"

Rasulullah menjawab: "Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.

"Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa suaminya. Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

"Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid nan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.

"Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.


"Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.

"Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya."

Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah."

Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, ku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan."

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan."

Rasulullah SAW ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup." (Hadis riwayat Bukhari)

Ulasan:

Carilah jawapa terbaik dalam urusan hari ini, agar kita kekal dalam kebaikan untuk hari-hari mendatang.

Salam kasih sayang

http://www.janawangdirumah.com/

Friday, October 15, 2010

Malam minggu di Kampung Baru

Teks: Masayu Ahmad


Assalamualaikum w.b.t

Salam kasih sayang, alhamdulillah untuk kurnia rezeki dan kesihatan. Walaupun keadaan saya turun naik sekarang, apa-apa pun segala amanah dan komitmen diterusnkan juga. Sebetulnya dalam bulan ini saya dan anak-anak boleh ke Pulau Pinang, mengikuti suami. Memandangkan sudah badan pun rasa tak larat, jadi abaikan sahaja percuitian berpakej kerja.

Alasan kukuh pertama banyak kerja saya belum siap lagi. Kalau saya ke sana dan berpoya-poya, alamak pengsanlah. Ke dua badan pun kurang mengizinkan. Mudah sangat cepat penat, kalau jemur kain, jemur separuh berehat sebentar dan sambung lagi. Kalau duduk tekun mengadap pc, lama-lama, mula lah sakit belakang. Saya selalu terlupa saya tidak boleh tekun lama-lama, sekurang-kurangnya 15 minit perlu bangun untuk buat gerakan sikit dan lancarkan aliran darah mana-mana bahagian anggota. Alasan ke tiga, oh saya sudah tidak larat kemas baju masuk beg, basuh bertimbun-timbu dan kemas masuk beg lagi. Biarlan kekanda seorang sahaja.


Semalam saya menjemputnya pulang bersama anak-anak. Alang kepalang sudah keluar rumah terus melencong ke Kampung Baru. Saya mahu cari pulut mangga. Pulut mangga tidak ada, yang ada pulut lain. Hanya pekena teh tarik sahaja dan pulut yang dalamnya ada pisang dan diluarnya ditabur kelapa. Sangat sedap, itu menu ke dua pilihan saya selepas pulut mangga jika ke kampung baru.

Wallah, lama juga rupanya saya bertapa dalam rumah. Jika keluar hanya urusan penting sahaja,  ke pejabat pos, atau membeli sarapan, ke klinik. Itu sahaja setakat ini. Dua minggu saya suda batalkan pertemuan dengan Kak Siti akak Editor Oasis, kerana mahu datang mengambil buku. Saya terima hakikat saya tidak sihat, nantikan kalau dalam kenderaan tak pasal-pasal. Saya juga yang susah. Itulah sebabnya asyik menunda-nunda sahaja pengumuman peraduan. Buku dalam stok saya juga sudah kehabisan, jadinya saya menutup dahulu tempahan buat sementara waktu. Terima kasih kepada pembeli, memang ramai yang lebih kepada pembaca senyap sahaja di sini (silent reader), harapnya jangan diam selalu ya, menyampuk lah kalau perlu. Kadang-kadang saya suka kalian meninggalkan komen, boleh kita bersilaturrahim. Walaupun saya kadang-kadang tidak sempat membalas komen kalian. Tetapi meninggalkan jejak di sini, membuatkan saya rasa blog ini dapat diterima kalian semua.

Masih berbaki 10 minggu ini, saya berkejaran dengan masa. Harapnya dapat selesai dengan jayanya. Kalau agak-agak ada sedikit berbaki, rasanya dalam pantang saya boleh dan masih boleh usahakan untuk selesai. Kalau tak selesai bertambah parah lah jadual kerja untuk 2011.


Salam kasih sayang.

http://www.janawangdirumah.com/

Hari sudah petang

Teks: Masayu Ahmad
Foto: Google

Hari sudah petang, kerja masih banyak tersusun. Namun alhamdulillah juga apa yang sudah diselesaikan. Masa kritikal berbaki 15 hari untuk bulan Oktober 2010, saya perlu gunakan sebaiknya. Setiap saat, setiap minit dan setiap jam adalah masa yang sangat berharga.

Mohon dipermudahkan segalanya. Bulan seterusnya menanti adalah November dan Disember. Dua minggu sebelum menjelang tahun baru.

Apa KPI saya untuk tahun ini berdasarkan kod berikut.

1.klasa;lidao'd- selesai
2.ladiodie-selesai
3.llkdside-selesai
4.l;side0-90 %
5.;lkeireo- 70 %

Misi X- 20%


Harapnya perkara 4 dan 5 selesai juga sebelum 31 Disember 2010. Juga Misi X, jika tidak sempat tahun ini nampaknya perlu lah diganjakkan pada Januari atau Februari 2011.

Semoganya saya dapat mencapai KPI 2010 dan kemudiannya menjalani rutin sibuk bermula Januari 2011.

Salam kasih sayang.

Thursday, October 14, 2010

Peraduan sudah tamat, pemilihan sedang dijalankan ;D

Saya mahu buku Jana RM Dari Rumah

Syarat-syarat
Kategori A
1. Letak Cover buku ini di side bar blog dan pautan link terus ke blog ini. (Tulis: Saya Mahu Buku Jana RM Dari Rumah)

2. Siarkan entri tentang peraduan ini.

3. Pemenang dipilih berdasarkan cabutan. Mungkin seorang, dua orang atau tiga orang. Tertakluk kepada keputusan penganjur.


Kategori B

Buat ulasan tentang buku Jana RM Dari Rumah, ulasan yang menarik akan memiliki buku berikut. Pemilihan dan penilaian akan dibuat oleh editor Oasis.

Buku terbitan Oasis


Nota Peraduan:
1. Boleh menghantar seberapa banyak peraduan, jika ada 10 blog sekalipun.

2. Tarikh tamat: sehingga dimaklumkan kelak

3. Sila sertakan maklumat berikut:

Nama: (Mengikut kad pengenalan)
Email:
Blog:

Peserta Kategori A

1. Nadnye-http://keloncot.blogspot.com/2010/06/saya-mahu-buku-jana-rm-dari-rumah.html- ada buku di side bar
2. Ieda-http://www.zamieda-lifeline.blogspot.com/2010/06/peraduan-saya-mahu-buku-jana-rm-dari.html- tak ada buku di side bar
3. Zaila-http://zailabinimdae.blogspot.com/2010/06/saya-mahu-buku-jana-rm-dari-rumah.html- ada
4.littlehumblelynn-http://mama-wisyah.blogspot.com/- tak ada
5.http://zuhaira.blogspot.com/- ada
6.http://www.kakyong.com/2010/06/saya-mahu-buku-jana-rm-dari-rumah.html- tak ada
7.http://seindahbayu.blogspot.com/2010/06/buku-jana-rm-dari-rumah.html- ada
8.http://lovelyblogshops.blogspot.com/2010/06/peraduan-saya-mahu-buku-jana-rm-dr.html-ada
9.http://nik-kingsyah.blogspot.com/2010/07/saya-mahu-buku-jana-rm-dari-rumah.html- ada
10.http://markay84.blogspot.com/2010/07/saya-mahu-buku-jana-rm-dari-rumah.html- ada
11.http://ummuabdullahdanhajar.blogspot.com/2010/07/peraduan-saya-mahu-buku-jana-rm-dr.html- tak ada
12.http://adedory.blogspot.com/2010/07/saya-mahu-buku-jana-rm-dari.html- ada
13.http://dis-mysimpleworld.blogspot.com/2010/08/saya-mahu-buku-jana-rm-dari-rumah.html- ada




Peserta Kategori B

1. Wan Rohani Wan Ismail-http://tintacomellote.blogspot.com/2010/05/jana-rm-dari-rumah.html
2. Durra Mohamed Jamri-http://artchetak.blogspot.com/2010/05/jana-rm-dari-rumah.html
3.Syahida- http://warkahdarimama.blogspot.com/2010/06/jom-jana-rm-dari-rumah.html
4.http://www.ulfanur.com/2010/07/jana-rm-dari-rumah.html
5.http://keranakitahambanya.blogspot.com/2010/07/buku-motivasi-senarai-semak-saya-jrdr.html





NOTA: MAKLUMKAN PENYERTAAN ANDA DI RUANGAN KOMEN INI SAHAJA

Wednesday, October 13, 2010

Kekal fokus! ;D

Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google


Assalamualaikum w.b.t, salam kasih sayang buat pengunjung budiman. Apa menu kalian pagi ini. Oh sudah jam 10.10 pada tarikh 14 Oktober 2010.

Saya masih dalam situasi mengejar dan dikejar masa. Apa pun harapnya kalian juga sukses untuk susunan aktiviti hari ini. Terima kasih yang terus menempah buku, nampak saya sudah kehabisan stok, perlu mengambil stok buku yang baru.

Juga terima kasih yang membeli dan melanggan terus dari Mall Karangkraf dan Alaf 21. Saya tanya juga perkembangan buku ini daripada editor. Alhamdulillah permintaan dan pembelian terus konsisten.

Juga pada hari Selasa yang lepas, diuar-uarkan dalam slot Dr. Irfan Khairi, terima kasih Dr.Ik kerana membaca juga nama penulis buku yang tidak seberapa ini.

Sudah tentu terima kasih buat sahabat saya, Nazira Noran penyampai Radio24 yang mengendalikan slot bersama Dr.Irfan Khairi.

Mudah-mudahan buku ini sentiasa mendapat permintaa dan ini memberi satu semangat kepada saya menyiapkan seberapa buku, selepas buku Jana RM Dari Rumah.

Ok, sebelum itu saya ingin menguar-uarkan bengkel menjana pendapatan dari rumah yang akan dikendalikan oleh Lyna pemilik http://www.mysuperkids.net/.

http://mysuperkids.net/work-at-home-working-mom-wohowo-mom-workshop-series/

Ramai ibu bekerja yang berminat untuk membuat pendapatan sampingan, tapi ramai juga yang tidak tahu caranya, dan ada juga yang buat sekadar melepaskan batuk di tangga kerana rasa tiada urgensi untuk melakukan kerja-kerja di luar pejabat.


Perlukah seseorang itu, terutama ibu rumahtangga mempunyai pendapatan sampingan?

Apakah kerja dari rumah yang sesuai bagi ibu/bapa/mereka yang sibuk, tiada pembantu rumah, beranak kecil, menyusukan anak dan sering rasa tiada masa?

Bagaimanakah menguruskan masa untuk membuat kerja dari rumah, sedangkan mempunyai pekerjaan tetap dan menguruskan keluarga?

Apakah yang perlu ada bagi seorang ibu yang mahu memulakan kerja dari rumah?

Dapatkan jawapan bagi persoalan2 di atas, dan persoalan2 lain dalam siri workshop yang kami susunkan sesuai untuk ibu bekerja yang berhasrat untuk menjana pendapatan sampingan, dari rumah!
Gunakan masa anda di pejabat untuk menyara kehidupan, dan masa anda di rumah untuk mencapai impian.

Memperkenalkan…

WoHoWo Who?


Tarikh : 30&31 Oktober 2010

Tempat : Scriptory Box, Tingkat 1, Wisma Bling Lustre, Tmn Meranti Jaya,Puchong

Masa : 9am-1pm (minum pagi disediakan)

Yuran penyertaan : RM 299 RM 199…

RM 70 sahaja!

Untuk 3 peserta pertama yang berdaftar dapatkan harga istimewa RM 50 (bagi kedua-dua sesi)

Bagi penyertaan bersama pasangan (suami isteri sahaja), dapatkan harga diskaun RM 120 untuk satu pasangan dan RM 80 untuk satu pasangan early birds.

Insentif menarik untuk peserta bagi siri pertama WoHoWo Mom Workshop Series

- Voucher Diskaun untuk WohoWo Mom Siri #2

- E-book istimewa Mommy Cash by Mommy Lyna worth RM50 (Previously only dimiliki 8 orang saja)

- E-book istimewa Ada Apa Dengan China by Mummy Assie worth RM 50

- Voucher Diskaun Bling Buubies tajaan Bling Boutique

Berminat?

Tuesday, October 12, 2010

Yuhu, semua orang sibuk, sibuk, sibuk!

Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google

Semua orang pun sibuk. Sibuk urus diri sendiri, rumah tangga, keluarga, kerjaya. Masa hanya ada 24 jam sahaja. Justeru hanya orang yang bijak sahaja yang mampu mengimbangi banyak kerja dalam tempoh yang ditetapkan.

Tekanan positif

Menetapkan matlamat untuk menyiapkan sesuatu perkara mengikut tempoh. Tekanan boleh sahaja membuatkan ibu mampu untuk menyelesaikannya atau sebaliknya.

Tekanan negatif

Bebanan yang keterlaluan menyebabkan individu tidak dapat melunaskan amanah yang diberikan. Kadangakala menyebabkan tekanan emosi dan fizikal. Justeru perlu tahu keupayaan diri, tetapkan matlamat mengikut tempoh dan berusaha menyelesaikannya. Jika gagal, perlu terima kegagalan dengan hati terbuka dan cuba untuk lakukan penambahbaikan pada masa hadapan.

Kelebihan operasi skala kecil

Sumber: Buku Jana RM Dari Rumah
Muka surat: 84
Salah satu kesalahan yang sering kali berlaku di kalangan usahawan baru dan kurang berpengalaman ialah beranggapan perlu mengeluarkan kos yang tinggi bagi memulakan bisnes. Brian Amstrong dalam bukunya, Breaking Free; How to work at Home with Perfect Small Business Opportunity menyarankan beberapa kriteria penting dalam memulakan bisnes skala kecil terutamanya perlunya mengurangkan kos dan berjimat.

Tidak perlu menyewa pejabat


Boleh menjadikan salah satu ruang atau bilik sebagai operasi bisnes. Bukan sahaja bebas daripada membayar sewa, malah anda sangat beruntung berada di pejabat yang terletak di rumah sendiri.

Tidak memerlukan pekerja

Terdapat jenis bisnes yang tidak memerlukan bantuan pekerja, anda boleh melakukannya sendiri. Memandangkan operasinya kecil, jadi penjimatan masih berlaku kerana tidak perlu mengeluarkan kos upah.
Elakkan menghadiri mesyuarat yang kurang penting

Sudah semestinya sebagai pemilik, anda mahu sasaran pendapatan bulanan. Bagi perkara-perkara yang kurang penting, anda tidak perlu menghadirinya. Hanya perlu fokus kepada perkara yang boleh member kesan kepada peningkatan pendapatan syarikat. Contohnya mesyuarat bersama bakal pelanggan adalah lebih baik daripada menghadiri mesyuarat wanita yang mahu melakukan rombongan beli belah pada hujung minggu. Anda boleh pilih yang mana menjadi keutamaan.
Tidak perlu membeli peralatan bukan keperluan

Anda boleh menyenaraikan peralatan sokongan yang membantu perkembangan operasi bisnes. Sudah tentu peralatan yang penting didahulukan dan kurang penting boleh dibeli ketika anda sudah mempunyai kewangan yang stabil


Untuk tempahan dan pembelian terus melalui penulis: sila kilik pautan di bawah,

http://nilamberkat-kedaibukuonline.blogspot.com/2010/04/beli-jana-rm-dari-rumah.html

Monday, October 11, 2010

Nikmati pagi indah dengan nilai kasih sayang

Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google


Salam pagi Selasa bersamaan 12 Oktober 2010. Masa terus cemburu pada saya, mahu terus meninggalkan saya. Apa pun saya tetap berusaha agar kpi saya cemerlang untuk tahun ini. Hanya saya dan Dia sahaja yang tahu.

Kritikal sungguh masa yang ada, bayi semakin aktif menendang-nendang. Sabar dulu dik jangan keluar dahulu. Banyak perkara lagi ibu belum selesaikan. Ada sedikit kontraksi gurauan dari orang dalam perut. Aduhai, moganya keluar pada tarikh tahun baru 2011. Jangan tahun ini. Saya seboleh mungkin memecut dengan laju berkejaran masa. Harapnya yang dikendong dapat, dan tidak ada pula yang keciciran.

Sakit belakang akan mula terasa apabila saya duduk terlalu lama fokus untuk menulis dan menyunting manuskrip. Sampai kadangkala terlupa yang saya mengandung, tidak boleh duduk lama-lama. ;D.

Biasanya kalau saya bertukar posisi kurang selesa. Arif akan datang dan membelakangi.

"Ibu sakit? Meh Arif urut." Perlahan-lahan diurut dan ditumbuk. Arif memang pandai mengambil hati. Tumbukan perlahan dan ulangannnya memang terasa. Gumpalan tangan comel ini meresap ke naluri saya. Penuh kasih sayang.

Aiman.

"Ibu sakit ya, meh, meh Iman tolong." ;D

Rutin sekarang juga Aiman  sudah pandai membuang sendiri lamping pakai buang yang dipakai.

"Iman buang ya bu, nanti sepah-sepah ibu marah.'

Hakim

" Iman jangan ganggu ibu, ibu sakit tu."

Atau pun mengadu pada saya.

"Ibu, tengok Iman dan Arif sepah-sepah."

"Tegur, jangan sepah-sepah." Arah ibu.

Mula bercekak pinggang, arahan tegas akan dikeluarkan.

"Aiman, Arif, jangan sepah-sepah, nanti ibu marah. Buang sekarang!"

" Ye lah," serentak jawapan Arif dan Aiman. Lalu membuang pakaian kotor yang dipakai dalam raga atau kembali mengutup mainan dan simpan.

Susah mahu pisahkan tidur

Paling ketara dan kesukaran saya sendiri adalah berpisah tidur dengan anak-anak. Biasanya saya sudah menidurkan mereka di bilik berasingan. Aiman baring atas lengan kanan, Arif lengan kiri, Hakim lena sambil memeluk tangan saya atau tapak tangan saya perlu ada di bawah pipinya. Dapat hujung pun tak apa asalkan bersentuhan. Jika semua lena, saya akan bangun berubah tempat tidur di bilik lain. Bangun atau tersedar jam dua atau empat pagi, masing-masing sudah bergelimpangan di celah ketiak hujung kaki, ada yang memeluk erat pinggang. Apakan daya, hajat tak sampai.

Sebelum tidur, mereka tidak mahu lena selagi saya sendiri yang tidak menidurkan. Ikut sahaja. Masih berusaha memisahkan tempat tidur, dan masih belum berjaya. Kalau saya bertegas kedengaran pula tangisan yang panjang di luar bilik. Kita pula yang tidak sampai hati. Biarkan dahulu, saya juga yang tidak bertegas, anak-anak masih perlukan sentuhan ibu, saya juga jenis yang tidak sampai hati. Biarlah dahulu, sehingga sampai masanya.;D

Oh, sekarang ini masih bergelimpangan tidur. Semalam Hakim dan Arif bersusah payah menarik toto dari tingkat atas turun ke bawah. Kerana saya kembali bekerja di bawah. Bilik bawah hanya ada satu katil. Bangun pagi semua sudah berada atas katil, ;D. Habis sakit satu badan dihempap kanak-kanak riang.

Mereka masih tidur lena, saya meneruskan kembara menyiapak manuskrip. Sarapan belum buat, hanya mahu beli roti canai dan buat kari ikan buat kanak-kanak riang.


Rai kasih sayang yang tiada nilai, kerana ia mungkin akan dibawa pergi satu hari nanti.

http://www.janawangdirumah.com/

Sunday, October 10, 2010

Bagaimana saya tekad untuk berhenti kerja?

Teks: Masayu Ahmad
http://www.janawangdirumah.com/

Bagaimana saya bertekad untuk berhenti kerja?


Saya rasa belum menulis artikel kenapa saya mahu bergelar suri bekerja dari rumah. Untuk membacanya kalian boleh ke http://www.janawangdirumah.com/ dan dapatkan laporan percuma.

Fasa permulaan saya berhenti kerja dan menghantar notis perletakan jawatan ada dalam salah satu bab ebook Panduan Bekerja Di Rumah Untuk Wanita. Ia sudah dua tahun berlalu, tetapi langkah tersebut adalah tekad saya untuk bergelar status wanita bekerja dari rumah.

Sudah tentu kalian juga mempunyai alasan sendiri kenapa perlu berada di rumah.

Juga bagaimana mengubah masalah kepada langkah penyelesaian masalah. Lihat masalah dari sudut positif dan ubah mengikut pendirian dan gaya hidup yang diinginkan.

Salam kasih sayang

http://www.janawangdirumah.com/

Salam pagi Isnin, 11 Oktober 2010


Teks: Masayu Ahmad
Pic;Google

Salam kasih sayang buat pengunjung blog ini di pagi Isnin yang tenang. Kalian sudah sarapan? Saya sudah, hirup dua cawan kopi. Dua cawan! Bersama roti lapik telur mata, letak kicap. Memang sedap. Mulanya mahu secawan. Rasa tak cukup, tambah lagi satu. Kanak-kanak riang masih lena. Tidurlah nak, sebelum bermula rutin baru Disemberi 2010.

Sekarang ini saya masih beri kebebasan kepada anak-anak bermain sepuas mungkin. Nampaknya Aiman sangat lah produktif dan cepat belajar. Hakim masih dengan kemaruk ultraman dan Ben 10, tetapi selalu diingatkan dan dipantau apa yang dibuat. Arif lebih fleksibel, kalau bosan belajar dengan Aiman, dia akan bersama Hakim di atas.

Selepas pulang bercuti, tv kami rosak, jadi sepanjang beberapa minggu ini saya menampakkan beberapa perubahan. Lebih baik tidak ada tv, atau hanya mengantikan dengan cd berbentuk pendidikan cd mengaji sahaja. Saya sudah membuat tinjauan semasa Pesta Buku 2010, sudah ada senarai yang perlu saya buat menjelang Pesta Buku 2011, Insya-Allah. Ia semestinya memudahkan saya dan memberikan manfaat kepada anak-anak. Arif dan Aiman boleh memberi tumpuan untuk tempoh yang lama, berbanding Hakim dia cepat bosan dan dia seperti saya.

Perlu pelbagai, tetapi dia lebih kepada otak penggunaan

Fungsi otak kanan

  • Imaginasi
  • Berfikir secara kreatif
  • Irama
  • Khayalan
  • Emosi
  • Ilham
  • Intuisi (gerak hati)
  • Warna
  • Muzik
  • Apa saja aktiviti-aktiviti kreatif.
 

Fungsi otak kiri


  • Mengingati ilmu, pengetahuan atau maklumat

  • Menyimpan data dan fakta

  • Menganalisis

  • Memahami logik, bahasa dan matematik
 
Otak hemisfera kanan mengawal bahagian kiri badan manakala otak kiri mengawal bahagian kanan badan
 
Hakim-Otak Kanan
 
Sangat suka aktiviti penyelesaian masalah, contohny dia memilih jenis permainan yang mencabar, kemudian boleh menyelesaikannya. Suka akan bentuk permainan yang kreatif. Tidak suka aktiviti yang sama yang mudah jemu.
 
Arif- Otak Kiri
Boleh menumpukan sesuatu perkara dengan penuh tumpuan dan dalam tempoh yang lama.
 
Aiman- Otak Kanan
Aiman nampak lebih seimbang, boleh mencerap dengan cepat apa yang diajar. Juga cepat bosan jika diajar perkara yang sama. Sama seperti Hakim, kerana kedua-duanya kidal.

Saturday, October 9, 2010

Rezeki datang dalam pelbagai bentuk, alhamdulillah

Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google


Alhamdulillah atas nikmat rezeki hari ini. Hari ini saya tidak ke mana-mana, mahu fokus atau dengan kata lain memberi tumpuan menyiapkan kerja sahaja. Pagi tadi ada sedikit masalah yang perlu diselesaikan, bukan lah masalah sebenarnya, tetapi sedikit urusan yang perlu dilunaskan hari ini sebelum menjelang esok. Mujur ada hamba Allah yang baik hati memberi khidmat bantuan. Syukur juga kerana urusan tersebut perlu diselesaikan hari ini. Terasa lapang sungguh. Tidak tahu mahu kata apa, kadangkala ketika buntu, selalu sahaja bantaun datang segenap corok tanpa disangka-sangka. Ini juga dinamakan rezeki.

Menjelang petang, saya ambil masa untuk berehat sekejap sebelum memecut untuk menyambung penulisan. Berkata saya kepada suami, teringin pula makan hidangan raya, ;D, alahai teman baik aka teman rapat menelefon sudah menyiapkan rendang ayam, nasi himpit dan kuah kacang. Alahai, terima kasih Yah bersusah payah menyiapkan. Bagai diseru-seru pula, bertimpa-timpa rezeki datang silih berganti. Syawal kali ini memang saya lelah mahu memasak. Hanya menyediakan juadah biskut dan kekacang sahaja untuk tetamu bertandang. Saya sungguh terharu, Yah selalu tidak berkira, masak pula untuk mak buyung yang suka makan. Semuanya sedap, terima kasih daun keladi.

Malam ini ada jamuan raya di taman ini, jadi saya tidak memasak lagi. Itu pun rezeki juga kan. :D

Salam kasih sayang


Friday, October 8, 2010

Menjejaki 9 Oktober 2010

Teks; Masayu Ahmad
Foto: Google

Hari ini 9 Oktober 2010, tik tok tik tok, masa terus bergerak laju. Tidak akan sesekali menunggu saya. Saya yang perlu mengguna dan mengejar masa sebaiknya. Moganya hari ini lebih cemerlang berbanding semalam. Lebih banyak senarai kerja surut untuk disiapkan.

Laju, laju, laju lah gerak jari menulis.
Menyiapkan apa yang belum siap.
Kerjakan penuh semangat apa yang sudah dirancang.
Laju, laju, laju lagi wahai jemari

Segera santunkan ayat
Pautkan perkataan
Sematkan baris

Laju, laju dan laju
Siapkan segala senarai
Kerjakan sampai selesai

Laju, laju dan laju
Baca, baca dan baca
Faham, faham, faham
Khatam, khatam dan khatam
Cerna, cerna, cerna
Ulang, ulang, ulang

Baca sampai pengsan
Tulis sampai nokhtah akhir
Sunting sampai pengsan


Siapkan segera,
Segera, segera, segera

Salam kasih sayang

http://www.janawangdirumah.com/

Thursday, October 7, 2010

Minum air gula

 Teks; Masayu Ahmad
Pic: Google

Lebih kurang banyak inilah yang perlu saya teguk jam 7.30 tadi di klinik, dengan kata lain minum air gula. Semalam dan pagi ini perlu berpuasa. Ini rutin biasa untuk ibu hamil. Tiga kali untuk tiga fasa. Aduhai nak menghabiskannya sangatlah naik muak, telan air gula. Apa yang tak biasanya, hamil ke empat inilah kali pertama merasa minum air gula. ;D. Pandai tak saya mengelak. Hihihi.

Saya ini kadangkala nakal juga, kalau saya tak suka, saya taknak. Tetapi memikirkan usia sekarang jadinya perlu lah tahu situasi sebenar, walaupun rasanya status kesihatan masih ok. Bawa sebuah buku, sambil menunggu, terlena juga saya. Balik ke rumah sudah siap en.kanda belikan nasi kerabu. Terima kasih ya suamiku ;D.

Ok, saya mahu sambung makan, dan siapkan kerja untuk hari ini. Nanti jika ada kelapangan saya masukkan juga entri motivasi untuk hari ini.

http://www.janawangdirumah.com/

Wednesday, October 6, 2010

pengurusan masa untuk supermama

Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google


Hari ini bersamaan 7 Oktober 2010, maksudnya selangkah lagi menikmati hari sibuk. Sibuk? Sibuk yang terurus. Kebetulan dalam bulan ini saya banyak membaca buku pengurusna masa dan analisa pengagihan masa terbaik untuk ibu-ibu supersibuk.

Secara tidak langsung mempengaruhi juga rutin harian saya. Hari ini belum pun jam 8 pagi sudah selesai segala.

Saya ingin memetik paragraf berikut, muka surat 133, buku Jana RM Dari Rumah

Mempunyai jadual kerja yang fleksibel, tetapi kadangkala anda seolah-olah tidak mampu mendisplinkan diri menyiapkan kerja tepat masanya.

Setelah menetapkan jam kerja, anda sudah merancang untuk menyelesaikannya, tetapi kekangan awal anak-anak kecil mula mengambil kesempatan meminta perhatian.

Contohnya awal pagi adalah waktu paling produktif untuk bekerja, tetapi gangguan anak kecil kadangkala membuatkan anda terpaksa membatalkan dahulu untuk menelefon prospek pelanggan.

Suara si kecil boleh mengurangkan kredibiliti sebagai seorang usahawan profesional. Contohnya berurusan dengan pelanggan melalui telefon, namun suasana masih belum dalam keadaan terkawal, kedengaran suara si kecil menangis dan anak-anak meminta perhatian. Sudah tentu ini memberi gambaran yang kurang baik pada pendengaran bakal pelanggan dan majikan.

Analisa;

1. Siapakan segala kerja rumah tangga sebelum anak-anak kecil bangun dari tidur.

2. Setkan temujanji untuk menelefon pelanggan atau majikan ketika anak-anak tidur atau ketika mereka sedang asyik dengan aktiviti.

3. Tentukan masa dari awal untuk menelefon dan menerima panggilan.

4. Letak jauh telefon untuk kegunaan kerja atau bisnes dari gangguan anak-anak kecil.

Tempah dan beli buku Jana RM Dari Rumah:
http://nilamberkat-kedaibukuonline.blogspot.com/

Salam kasih sayang

http://www.masayuahmad.com/
http://www.janawangdirumah.com/
There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin