Thursday, September 30, 2010

Macam-macam Aiman

Teks: Masayu Ahmad

"Ibu Iman nak susu,"

"Ibu Iman nak air,"

"Ibu Iman nak yak,"

"Ibu Iman nak tido,"

"Ibu Iman nak starfall,"

Sekejap-sekejap merengek, sekejap ok, sekejap kembali merengek. Sejak dua menjak ini Aiman semakin mengada-ngada. Dengan kata lain menarik perhatian.

Jika mahu tidur.

"Itu tempat Iman, jangan kacau," Cuba menghalau Arif atau Hakim yang cuba berbaring atas lengan saya.

'Ibu jom tidur," padahal baru sahaja tidur. Layan sahaja kehendaknya sehinggalah Aiman berpuas hati.

"Ibu kerja ya ibu, deh, deh." (Loghat Kelantan)

Barulah boleh bernafas lega. Masa ini Aiman sudah mengikut Arif naik ke atas, masuk bilik berjemaah mereka. Sama ada bermain starfall, alif ba ta atau apa sahaja. Teori saya meletakkan barang permainan dalam bilik itu sahaja berjaya. Jadi kurang sudah barang permaian merata tempat di rumah ini. Hanya dalam bilik itu sahaja. Sebelum bersalin nanti, saya perlu simpan kesemuanya sekali, hanya mengeluarkan bola, dan beberapa jenis permainan yang tidak bersepah sahaja. Harapnya berjaya. ;D

Nota: Saya sudah pun menerima penyertaan dan jawapan mereka yang yang terdiri usahawan, bakal usahawan. Jadi kepada sesiapa sahaja yang berminat jangan lupa ya tarikh akhir, lagi cepat lagi bagus.

Al-kisah di petang Khamis

Teks: Masayu Ahmad

Kalau dah jodoh ketemu jua. Teringat kembali saya beberapa bulan lepas, saya perlu ke wad kecemasan kerana Aiman tidak sihat. Di situ saya bertemu dengan seorang balu. Beliau membawa anak-anak kecil sebaya lebih kurang anak-anak saya. Tiga orang juga kesemuanya lelaki.

Pada masa memberikan nebulizer kepada Aiman, saya berborak dan bertanya khabar. Masa itu jika tidak silap umat Islam akan menyambut bulan puasa beberapa bulan sahaja lagi. Beliau baru sahaja kehilangan suami lebih kurang sebulan.

Terkedu saya sebentar, menurutnya dia suri rumah sepenuh masa. Melihat ketenangan pada wajahnya dengan kesabaran melayan anak-anak masih kecil, membuatkan hati dipagut perasaan berbelah bahagi. Kasihan, sedih dan pada masa yang sama jika saya berada di tempat beliau, alangkah mamainya kehidupan. Tambahan pula si suami tidak meninggalkan apa-apa, hanya zuriat tiga orang.

Saya bertanya bagaiman dia mahu menyara kehidupan. Dia masih tidak tahu dan kehilangan punca. Saya mencatat nombor telefon dan alamat rumahnya. Ketika kalut.

Bersambung...

Wednesday, September 29, 2010

Bermula secara sambilan sebelum sepenuh masa ;D

Teks: Masayu Ahmad

Sumber: Buku Jana RM Dari Rumah, muka surat 63.

Sebaik-baik permulaan dan persediaan dengan melakukan secara sambilan, konsisten dan berkembang secara bertahap. Konsisten setiap bulan dan sasaran pendapatan mengikut tempoh yang ditetapkan.

Berkembang dengan memberi ruang diri mengasah latihan dan meningkatkan kepakaran. Kepakaran tidak akan diperoleh dalam sekelip mata, tetapi perlu diasah, dilatih sehingga anda pakar dalam bidang yang dilakukan. Kepakaran juga memerlukan anda menguasi sesuatu bidang, menjadi pakar rujuk dan juga mempunyai sijil kelayakan diiktirah

Memilih kerja atau bisnes secara sambilan, anda boleh lakukan pada hujung minggu atau selepas waktu pejabat. Pastikan jadual kerja yang sebenat tidak bertindih dengan perjalanan kerja sambilan yang anda lakukan.

Contohnya anda sudah pun mengambil kursus-kursus kemahiran dalam bidang kecantikan dan kesihatan. Pada hujung minggu anda bekrja di sapa sebagai perunding khidmat pelaggan, pegawai pemasaran produk atau jururunding kecantikan. Anda juga telah mengambil sijil secara sambilan. Apa yang adan perolehi di sini ialah, juru runding kecantikan, pegawai pemasaran produk dan jurulatih kecantikan.

Tempah Buku Jana RM Dari Rumah sekarang:

http://nilamberkat-kedaibukuonline.blogspot.com/

25 Idea Bisnes Kategori Ibu & Anak

Teks: Masayu Ahmad

Selalunya bagi bakal usahawan begitu sukar mencari idea untuk memulakan bisnes. Tidak kira sama ada bisnes online atau offline. Banyak kategori yang boleh dipilih sama ada untuk kanak-kanak, remaja, wanita, lelaki, warga emas. Juga pelbagai cabang yang boleh dikembangkan.

Ok, sekarang mari kita kembangkan idea bisens untuk kategori ibu dan anak. Pilih satu sahaja fokus produk dan sasaran pengguna.

Sebagai permulaan,fokus satu persatu. Katakanlah kalian mahu membuka pusat rawatan ibu berpantang, ambil produk yang berada dalam kategori yang sama sahaja.

Hadir kursus rawatan tradisional, jual produk berpantang dan selepas berpantang. Contohnya tungku moden, set bersalin, buku resipi bersalin, perkhidmatan penjagaan berpantang.

Anda boleh menawarkan produk dan perkhidmatan yang sama dibawah satu kategori atau bidang. Ini memudahkan pelanggan tahu akan keunikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

25 Idea Bisnes Kategori Ibu & Anak

1. Pakaian Terpakai
2. Tungku moden (elektrik)
3. Jualan Penghabisan Stok
4. Barangan Kait Untuk Baby
5. Barangan Terpakai
6. Pakaian ibu hamil
7. Pemborong Dan Pengedar Lampin Pakai Buang
8. Pakaian Bayi Berjenama
9. Jualan Murah Baju Bayi & Kanak-Kanak
10. Pembekal Pakaian Bayi
11. Pengedar Pakaian Bayi
12. Pengedar Lampin Kain
13. Pembekal Keperluan Barangan Bayi
14. Menjual Pakaian Bayi & Kanak-Kanak
15. Tungku Herba Tradisional
16. Menjual Pakaian Bayi Harga Borong
17. Barangan Bayi, Ibu Mengandung, Ibu Menyusu
18. Pembekal/Pemborong Beg Lampin
19. Bengkung Moden
20. Kursus Rawatan Dalam Pantang
21. Menjual Barangan Dalam Pantang
22. Urutan Tradisional
23. Rawatan/Penjagaan Ibu Berpantang
24. Peralatan Menyusu Pelbagai Jenama
25. Pusat Penjagaan Bayi & Kanak-Kanak

Bayi mati di pusat asuhan: Dilema wanita bekerjaya

Sumber: Kosmo

Oleh RAIS YEOP JOHARI
rais.johari@kosmo.com.my

SEORANG petugas HTJ membawa mayat Nor Azwa Safrina (gambar kecil) untuk pemeriksaan di Seremban semalam.

SEREMBAN – Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan meninggal dunia selepas dihantar ibu bapanya di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Paroi, dekat sini semalam.

Mangsa, Nor Azwa Safrina Hairul Anuar dikatakan dihantar ke pusat asuhan itu pagi semalam kira-kira pukul 7 pagi sebelum ibu bapanya ke tempat kerja.

Menurut nenek mangsa, Zadariah Ismail, 57, dia bergegas ke pusat asuhan itu kira-kira pukul 11 pagi selepas salah seorang penjaga pusat itu menghubunginya memaklumkan keadaan Nor Azwa Safrina didapati lemah.

“Selepas menerima panggilan dari pusat asuhan, saya terus membawa Nor Azwa Safrina ke Klinik Kesihatan Ampangan, di sini dan kemudiannya pihak klinik berkenaan mengarah agar di bawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) untuk rawatan segera.

“Punca kematian masih belum diketahui berikutan pihak hospital masih menjalankan siasatan,'' katanya ketika ditemui di bilik mayat HTJ.

Ibu bapa mangsa, Norhida Md. Noor, 26, dan Hairul Anuar, 28, yang tidak mahu diganggu berikutan kematian anak sulung mereka kelihatan sugul ketika menanti di bilik mayat.

Sementara itu, pengusaha Taska yang enggan dikenali berkata, dia tidak berada di tempat kejadian namun dimaklumkan melalui telefon oleh pengasuh kira-kira pukul 12 tengah hari.

Tuesday, September 28, 2010

Apa khabar suri sekelian?

Teks: Masayu Ahmad

Apa khabar suri sekelian, harapnya masing-masing sedang dan akan menyelesaika tugas hari ini dengan cemerlangnya. Saya mood bersantai-santai dan akan memulakan sesi marathon menyiapkan manuskrip. Pagi, petang, siang dan malam hanyalah manuskrip sahaja tatapan saya. Ya ke, macam tidak meriah sahaja kehidupan!

Memang tetap meriah kerana dikelilingi anak-anak.Pagi tadi membeli lagi sarapan, malam tadi siap juga menu kari ikan tongkol. Hakim dan Aiman kalau masak kari, mahunya bertambah-tambah nasi. Tetapi jika kari yang dibeli dikedai, makannya tidak bertambah. Mahu atau tidak, perlu jugalah saya memasak kari untuk kanak-kanak riang.

Aiman makin kemaruk dengan starfall.com

Al-kisahnya saya sudah ada pc utama untuk kerja saya. Selalunya gangguan kanak-kanak riang berebut dengan saya mahu menggunakan pc yang sama. Jadi beralah lagi. Ingat tak dahulu saya menyatakan sudah beralih ke tingkat atas. Sejak bulan puasa, berubah lagi kedudukan. Saya menggunakan laptop, manakala kanak-kanak riang menggunakan pc tersebut. Alih-alih sudah berubah bilik itu untuk Hakim sepenuhnya.
Meja belajar (yang bulat berwarna biru), barang permainan di dalam kotak dan katil bujang sudah dipindahkan sepenuhnya. Tinggal sedikit lagi, saya mahu menyediakan kotak khas untuk buku-buku Hakim. Sekarang ini mereka bertiga secara berjemaah suka berada dalam bilik itu. Jadi saya boleh fokus berada di bawah tanpa gangguan.

Sejak bulan puasa juga, Aiman suka berkongsi dengan Arif belajar di starfall.com. Si kecik ini yang berusia 2 tahun 7 bulan ini sudah mahir menggunakan tetikus pc, klik sana sini. Apalagi berebut pula dengan saya. Jika si Hakim dan Arif meninggalkan pc utama, maka Aiman lah punya.

Pagi-pagi sudah mintakan saya bukakan untuknya starfall. Ikut sahajalah ;D. Sementara ada lagi beberapa bulan mereka semua akan berada di tadika.Ada juga rasa kasihan untuk Aiman, tidak sampai hati pula. Sekejap sahaja nak, dua bulan sahaja ibu ambil masa untuk berehat. Nanti kembali berada di rumah bersama baby baru.;D

Cara mengekalkan motivasi suri rumah

Teks: Masayu Ahmad


Apakah caranya untuk mengekalkan motivasi suri rumah? Saya sendiri dalam dan sentiasa berada dalam keadaan turun naik. Situasi sekarang saya berada dalam mood super motivasi. Apakan tidaknya, banyak berita yang membuatkan saya tersenyum hari ini, tidak semua boleh disampaikan di sini. Apa sahaja yang berlaku, sejak bulan puasa sehingga sekarang banyak membantu untuk saya kekal konsisten berusaha.

Pernahkan saya merudum. Ya, pernah. Saya juga sebagaimana suri lain, tidak dapat tidak akan merasa juga perasaan merudum, malas dan tidak bertenaga.
Antara dilema wanita atau suri rumah yang tidak akan pernah habis.

Rutin sama yang membosankan

Bangun pagi, menyediakan sarapan, mengemas rumah, mengurus anak-anak. Waktu pagi adalah puncak kritikal bagi sesiapa sahaja sama ada suri rumah atau wanita bekerjaya.

Apa tindakannya.

Ubah rutin yang sama, mulakan dengan mendengar motivasi di tv (jangan amalkan selalu takut melekat hingga ke tengahari).

Siram pokok-pokok dan bercakap dengan tanaman hijau. Saya dalam mood angan-angan ingin membeli beberapa pasu pokok untuk halaman depan (masih dalam angan-angan).

Baca buku motivasi

Setiap kali saya mendesak diri menyiapkan manuskrip atau projek baru, saya baca, baca, baca dan baca buku tersebut (buku panduan penulisan). Alhamdulillah, saya kembali dengan momentum.

Jika kalian masih dalam persediaan bekerja dari rumah jadikan buku Jana RM Dari Rumah sebagai buku panduan. Baca, baca dan baca hingga lunyai. Bukan sekali tetapi sampai puas hati.

Rehat jika penat
Anda letih, banyak kerja di rumah juga di pejabat. Berehatlah, kasihan tubuh dan mental kerana didesak. Tidur awal dan bangun awal. Rasakan tenaga baru untuk permulaan baru. Jadikan setiap hari adalah tahun baru dengan semangat yang berkobar-kobar.

Monday, September 27, 2010

Apa khabar suri sekalian, harapnya segar hingga ke malam ';D

Teks; Masayu Ahmad

Alhamdulillah hari ini saya lebih sihat dan bertenaga berbanding semalam. Malam tadi cuba memulakan semula jadual tidur, tidur awal bangun awal. Semalam memasak juga untuk en.suami yang pulang lewat. Ikan tongkol sambal pedas. Anak-anak juga berselera makan.

Dari pagi sampai petang saya tidak lakukan kerja rumah. Kebetulan Sabtu dan Ahad sudah mengemas. Jadi hari ini kembali rutin biasa. Rasanya saya tidak boleh berjaga hingga awal pagi lagi, perlu juga memaksa diri tidur awal. Tenaga dan kesihatan tidak sebagaimana waktu muda (macam lah dah tua), tambahan pula keadaan sekarang. Jadi tidur awal lebih mujarab.

Insya-Allah selesai urusan rumah tangga, kembali ke trek untuk menyiapkan kerja-kerja saya.

Ok, saya mahu berkongsi cara kerja sebagai penulis bebas sepenuh masa. Menulis buku adalah berada dalam kategori menjana pendapatan pasif. Iaitu kerja sekali, pendapatan berulang kali. Maksudnya sekali buku diterbitkan, akan diulang cetak sehingga sepanjang hayat penulis.

Jadi saya berusaha bukan satu atau dua buku, sasarannya sangat tinggi. Jika semakin bertambah koleksi saya di sebelah ini, maka itulah apa yang sedang saya usahakan. Menulis,menulis, menulis sepanjang hayat.

Menulis sebagai ibadah dan perjuangan

Bukan sekadar menulis semberono, suka-suka mahu mendapatkan duit, tetapi inilah antara perjuangan saya mahu berkongsi agar dapat memberi manfaat atas bakat yang ada.

Berhubung dengan dunia buku

Dunia buku sangat menyeronokkan, apatah lagi dapat mengenali ramai teman-teman yang lama dan juga baru. Penerbit, barisan penulis baru dan lama, juga mereka yang terlibat dalam dunia buku. Saya anggap saya masih baru bertatih dalam penulisan buku, walaupun bermula sebagai wartawan sudah lapan tahun. Setiap hari adalah hari baru dan perlu meneroka dan mencerap seberapa banyak yang boleh ilmu baru.

Apa pilihan?
Banyak pilihan, jika pandai mencari peluang boleh sahaja menjadi penulis majalah iaitu penulis tamu. Ia dikira bayaran honorium. Saya pernah mengendalikan ruangan ini satu masa dahulu.

Editor sambilan

Jika mempunyai keupayaan, pengalaman dan pengetahuan yang luas, boleh menjadi editor sambilan. Banyak penerbit kini sudah menawarkan pekerjaan editor sambilan.

Penulis sambilan
Sudah ramai profesional yang melakukan dua kerja. Mempunyai kerja tetap dan pada masa yang sama masih mampu mencuri ruang menulis buku atau menjadi penulis bebas.

Penulis bebas sepenuh masa
Ini mengambil masa untuk mendapat pendapatan selesa. Tidak dinafikan di negara ini sudah mempunyai ramai penulis sepenuh masa yang hidup mewah hanya atas wang royalti. Bukan mudah dan ia perlu ada usaha berterusan, strategi yang betul dan pandai mengambil peluang. Bukan sekadar penulis buku, penulis novel, skrip dan apa sahaja berkaitan dengan bidang penerbitan ia adalah satu bidang yang menarik untuk diceburi.

Sunday, September 26, 2010

Kembali berjaga malam hingga ke subuh

Teks: Masayu Ahmad

Lagi tiga hari bulan September akan berakhir, maka pola tidur saya kembali tidak menentu. Semalam juga antara malam-malam permulaan, kurangkan tidur banyakkan siapkan senarai sebelum belayar lagi tiga bulan bersamaan 12 minggu. Ayo, hati tidak keruan, entah sempat atau tidak.

Hari Sabtu saya tidak kemana-mana hanya bertandang kejiranan yang dekat sahaja, masa sekarang waktu berkurun sedunia. Saya diamkan diri mahu siapkan kerja, tidak boleh ke mana-mana. Hari Ahad keluar selepas tengahari dan balik sebelum malam menjelma. Saya kembali bertemankan manuskrip.

Sempat atau tidak, laju atau tidak saya perlu siapkan juga senarai. Terima kasih buat en.suami yang menguruskan hal ehwal rumah tangga. Hati saya berbunga-bunga segala urusan beres. Apakan tidak selepas seminggu pulang berkemasnya tidak habis-habis. Nasib baik en.suami faham.

Tambahan pula saya masih lagi beranggapan kanduang masih empat bulan, padahal sudah 26 minggu iaitu sudah memasuki bulan ke 7. Mahunya saya tidak gelabah. Banyak lagi belum selesai, nasib baik juga semasa buat rawatan kesihatan pertama kandungan, semuanya ok. Maklumkan anak ke empat, saya kononnya tidak sempat ke klinik. Jantina masih 'tanda tanya', saya juga membiarkan sahaja, biru atau pink.;D

Saya perlu memasukkan semula jadual, berjalan kaki keliling taman. Moganya kali ini dipermudahkan dan tidak mengalami kontraksi yang lama. Harapnya juga dapat bersalin normal lagi.

Salam kasih sayang, saya mahu sambung marathon lagi menulis. Ebook juga sedikit sahaja lagi .;D. Jangan lupa mendapatkan ebook panduan bekerja di rumah khusus untuk wanita. .

Salam kasih sayang

http://www.janawangdirumah.com/

Thursday, September 23, 2010

Tip motivasi bekerja dari rumah

Buat apa yang kita suka

Sangat mudah untuk meniru orang lain tetapi belum tentu mudah untuk sukses sebagaimana orang lain. Minat cara kerja, kemahuan, tekad, disiplin adalah tidak sama untuk setiap orang.

Apabila memilih bekerja dari bisnes dari rumah, tetapkan dengan jelas apa minat, kemahuan, pengalaman dan daya usaha kalian. Anda melihat begitu banyak peluang, mahu direbut tetapi bisnes anda masih kurang berdaya maju berbanding teman pesaing.

Terokai diri sendiri

Apabila membuat penilaian, persediaan bekerja dari rumah faham dan tahu dahulu apa bakat, kemahuan diri dan daya saing paling menyerlah dalam diri kalian. Jika saya diberi peluang untuk menjual insuran belum tentu saya boleh buat, kerana kurangnya pengalaman, pendedahan dan sudah tentunya minat.

Minat boleh dipupuk, tetapi pengalaman yang ada dalam diri adalah salah satu cara bagaimana kita mengenalpasti apa ingin dilakukan.

Tidak dapat mendapat pendapatan

Ini isu kritikal kerana tujuan utama berhenti kerja selain kerana imbangan rumah tangga dan kerjaya, anda perlu mensasarkan pendapatan setelah bekerja sendiri. Itulah sebabnya banyak kali saya tekankan, bermula secara sambilan sebelum sepenuh masa. Persediaan kewangan sekurang-kurangnya untuk tempoh dua tahun adalah menjadi keutamaan sebelum kalian menghantar notis meletak jawatan.

Jangan bazirkan masa

Saya sangat sedih sebenarnya banyak suri rumah yang menyatakan boringnya, tiada ada perkara yang boleh dibuat, masa dibazirkan dengan bermain game di facebook, membiarkan masa tidak terisi. Sangat banyak sebenarnya perkara yang boleh dibuat. Apabila ada suri rumah yang kehilangan momentum begini, perkara pertama yang boleh dibuat adalah memulakan langkah mencatat apa perkara yang perlu diselesaikan dan diuruskans setiap hari. Ke dua mula mencari artikel motivasi yang boleh mencetus kembali semangat dan usaha dari bawah. Ke tiga senaraikan semula apa hobi yang boleh dilakukan yang boleh mengisi masa lapang. Ke empat cari idea kreatif hobi boleh disalurkan menjadi pendapatan tambahan. Tipu jika anda tiada ada, hanya alasan malas sahaja yang membantutkan usaha. Keluarlah dari kepompong zon selesa, masih banyak perkara yang boleh dilakukan.

Dapatkan komisyen dengan jualan ebook saya, di blog anda

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah, secara peribadi saya hampir melepasi kpi kerja sebelum menjelang Januari 2011. Tinggal lagi September, Oktober, November dan Disember. Tahun hadapan standardnya lebih tinggi, kebanyakan kerja saya adalah tertumpu kepada pendapatan pasif. Bermula Disember 2010, barulah saya akan memulakan pendapatan aktif.

Jika anda masih tidak faham atau tidak tahu apa itu pendapatan pasif dan pendapatan aktif. Ada diterangkan di dalam buku Jana RM Dari Rumah. Fikiran sekarang asyik memikirkan soal kerja sahaja. Perut yang makin memboyot, pergerakan makin perlahan, senarai kerja makin panjang. Moganya dapat dilunaskan walau apa cara sekalipun.
Kepala saya sudah agak berat dan hidung mula tersumbat. Mahu dapatkan lebih vitamin C, pergi jauh badan tidak sihat. Saya perlu gagahkan semangat untuk selesaikan kerja mengikut komitmen yang sudah dibuat.

Oh, ya ebook saya akan mula dijual secara rasmi mungkin minggu depan atau awal bulan depan. Tinggal sedikit sahaja lagi beberapa perkara, sebelum mula dijual. Harga adalah pada harga yang mampu kalian miliki. Jika mahu tambah pendapatan sertai dengan menyertai affiliate di www.klikjer.com. Boleh mula daftar sekarang. Jika anda tidak mampu menulis ebook, jadi ambil sahaja komisyen daripada jualan ebook tersebut.

Sekiranya saya ada menulis tentang panduan bekerja di rumah, info atau berkaitan SAHM, WAHM dan SOHO, kalian diberi kebenaran mengambil artikel saya. Tetapi perlu letakkan teks oleh: Masayu Ahmad dan boleh siarkan artikel di bawahnya. Paragraf akhir boleh letak ebook dan pautan affiliate yang sudah didaftar melalui www.klikjer.com.
Sambil berkongsi artikel, boleh juga tambah pendapatan. Kalian akan dibekalkan dengan banner, iklan dan apa sahaja yang kalian mahu letak di blog masing-masing.

Wednesday, September 22, 2010

Kelaziman suri rumah yang menyeronokkan

Teks: Masayu Ahmad

Kadangkala rutin yang sama ssetiap hari menyebabkan emosi dan sikap kita berubah-rubah. Hari ini rajin, esok belem tentu bersemangat. Hari ini rumah kemas 24 jam, esok belum tentu berada dalam keadaan sama.

Rumah berbau wangi

Kita suka sangat jika masukd ke rumah dalam keadaan berbau wangi. Memang ya, ia adalah terapi yang sungguh mempesona. Bayangkan kita melangkah masuk ke sebuah resort dan hotel.

Melangkah masuk, dengan susunan kemas perabot, bau yang wangi. Saya ada membuat penyuntingan buku aromaterapi. Salah satu cara yang boleh digunakan ialah, mengambil daun pandan hiris halus-halus. Letak dalam bekas biarkan kering di situ.

Juga boleh di isi dalam bekas pasu kaca dibuat hiasan dan aroma pandan akan merebak ke seluruh rumah.

Salah satu cara lagi ialah daun serai wangi, ambil seberapa banyak dan hiris halus-halus. Boleh menghalau lipas dan serangga yang halus secara tidak langsung.

Ubah suai kedudukan perabot

Tidak perlu bertukar perabot baru setiap kali mahu menyambut perayaan. Hanya tukar kedudukan dan cat dinding sahaja. Pilih warna minima. Buang segala jenis perhiasan remeh temeh yang memenuhkan ruang rumah dan dinding rumah anda. Biar ia kelihatan kosong. Minimakan barang perhiasan, suasana akan lapang selapangnya. Ia akan mengembalikan emosi yang malas dan kembali bertenaga.

Hobi baru dan lama diubahsuai

Antara hobi saya sudah semestinya membaca dan pelbagai koleksi buku. Angan-angan untuk mempunyai mini perpustakaan masih tidak kesampaian. Juga taman penuh dengan herba, pohon hijau yang menyejukkan mata memandang. Pastinya kalian juga ada hobi yang boleh membangkitkan nafsu untuk sentiasa bertenaga walau berada di rumah.

Buang jauh sikap, bangun pagi sudah menghadap facebook, dan meluahkan perkataan yang sia-sia. Sama-sama kita jadi suri yang bernilai buat suami dan anak-anak.

Salam kasih sayang.

www.masayuahmad.com

Senarai semak

Teks: Masayu Ahmad

Berikut senarai semak yang perlu saya selesaikan.

1. Siapkan manuskrip
2. Keputusan peraduan buku Jana RM Dari Rumah
3. Keputusan peraduan pengalaman berpantang
4. Senarai penerimaan artikel/ temu ramah online
5. Jadual kerja/ susunan semula, Oktober, November Disember (Janganlah bersalin dahulu sebelum selesai semua ini ;D)

Persediaan berpantang
1. Bajet bersalin
2. Lokasi bersalin
3. Resipi bersalin-stok seminggu pertama
3.1- Lada hitam, kunyit muda, halia muda
3.2- Ikan selar, ikan haruan,
3.3. Oren, pegaga, susu kambing, kurma
3.4. Set bersalin

Persedian kerja
1. Misi X- tarikh akhir Disember 2010
2. Senarai kerja semasa pantang

Kanak-kanak riang
1. Transit awal bermula Disember 2010
2. Jadual kanak-kanak riang Disember 2010, Jan-Jun 2011

Minggu ke 26


Minggu 26
Perkembangan Janin: Sudah boleh bernafas, mengatur suhu tubuh.
Perkembangan ibu: Mulai rasa kontraksi sedikit.
Jangkaan: 30 Disember 2010
Naluri saya : Januari 2011

Tuesday, September 21, 2010

26 minggu sudah

Teks: Masayu Ahmad

Tadi saya membuat rawatan buat pertama kali, kini sudah 26 minggu. Alhamdulillah semua ok, tiada apa-apa masalah. Juga sempat membuat satu tinjauan tempat Haki, Arif dan Aiman akan ditempatkan bermula Januari 2011. Semuanya berada dalam perancangan. Terdapat dua pilihan, sama ada ketiga-tiga berada tadika/ transit sehingga jam 6 petang. Memandangkan jadual kerja saya juga sangat padat bermula sekarang sehingga sepanujang tahun 2011.

Atau, saya hanya menghantar Hakim dan Arif sahaja, Aiman berada di rumah. Itu jika kembali mengambil pembantu. Masih dalam perkiraan dan penilaian. Banyak kerja perlu diselesaikan dengan masa berbaki 4 bulan dari sekarang sehingga sepanjang 2011.

Juga, saya bersedia bersama bayi sahaja di rumah untuk tempoh penyusuan eksklusif tanpa gangguan tiga kanak-kanak riang. Melihat akan persekitaran, bayaran, pengangkutan, kandungan pembelajaran, pemilik pusat jagaan saya sangat berpuas hati. Tinggal lagi membuat keputusan sahaja.

Lokasi bersalin juga ada dua pilihan sama ada di Hospital Ampang, atau Az-Zahra Bangi. Saya akan membuat rawatan pemeriksaan kandungan di ke dua-dua tempat. Insya-Allah. Sangat suka membuat perbandingan sebelum membuat keputusan akhir juga berdasarkan bajet, lokasi, persekitaran sokongan dan bantuan perubatan.

Selalunya saya mengalami tempoh kontraksi yang lama melebihi 12 jam atau 24 jam dan mendapatkan bantuan epidural untuk memudahkan proses bersalin. Untuk kandungan ke-4 saya membiarkan masa sahaja menentukannya. Alhamdulillah tidak ada alahan yang teruk. Juga masih berteka teki sama ada biru atau pink. Layanan juru rawat juga saya sangat berpuas hati. Memandangkan dekat sahaja lima minit daripada rumah. Memudahkan. Jangkaan penghujung Disember, namun naluri berkata biarlah Januari 2011.

Selepas rawatan bersalin saya gemar mendapatkan urutan tradisional, sauna, refleksologi dan bekam. Untuk kali ini akan mendapatkan rawatan tulang belakang. Kesihatan perlu lebih dititikberatkan memandangkan tempoh kelahiran yang agak dekat. Insya-Allah akan memilih kaedah merancang keluarga selepas bayi ke-4.

Saya akan fokus kepada karier penulisan, mahu lebih produktif menulis sama ada buku atau ebook. Juga satu lagi misi yang belum selesai, harapnya berjaya dilaksanakan sebelum bersalin, insya-Allah.

Monday, September 20, 2010

Sesegar embun pagi

Teks: Masayu Ahmad


Salam ceria salam ketenangan. Sungguh terasa keterujaan menyiapkan kerja yang berjela-jela serta urusan rumah tangga yang tidak akan pernah sudah untuk dikerjakan. Pagi ini selesai membeli sarapan nasi lemak untuk saya dan suami, roti canai dan bihun untuk anak-anak.

Alamdulillah permulaan pagi yang cukup baik untuk diisi. Dalam fikiran saya satu persatu senarai yang perlu diselesaikan. Kelapangan fikiran sangat membantu untuk saya segera menyelesaikannya. Sambil menemankan Hakim bersarapan roti canai, saya menyiapkan entri ini.

Mari kita semak apa yang perlu diselesaikan hari ini sama-sama. Ini khusus untuk suri rumah dan wanita bekerja dari rumah.

Urusan rumah tangga
1. Urusan pakaian kotor
2. Kemas rumah
3. Sarapan pagi, menu tengahari dan minum petang

Urusan anak-anak
1. Aktiviti, sama ada belajar membaca, menulis, bermain


Urusan kerja (senarai kerja saya hari ini)
1. Senarai segera-siapkan manuskrip, pos pesanan buku, proposal

Sunday, September 19, 2010

Apa yang membuatkan saya teruja

Teks: Masayu Ahmad

Saya gemar akan suasana kampung, membaca kisah anak-anak hingusan yang masih berada dalam suasana kekampunga. Ia realiti dalam suasana sebenar. Becak air tanah yang bercampur selut, anak-anak nelayan yang berlari dengan kain pelikat di tepi pantai. Orang-orang ta gigih bertani dalam suasana panas terik mentari.

Cerita-cerita lama, makanan cara orang lama, kisah ikan sepat dan tali air. Kisah budu dan ikan budu. Kisah pulut pagi dan ubi kayu rebus bersama kopi o. Penulis seperti Fatimah Busu, A. Samad Said adalah antara barisan penulis lama yang selalu saya suka akan karya mereka.

Minda saya akan kembali meneroka suasana kampung, air hujang jatuh menimpa atap zink, kanak-kanak bermain air hujan, raya yang sederhana dengan sehelai pakaian sahaja.

Masa sudah berubah, cara dan budaya juga berubah. Jika mahu kembali kepada cara lama sangat suka mengulit karya lama.;D Apa yang saya melalut, saya mahu kembali kepada cara lama dengan tradisi yang tidak masih berubah, tetapi pemodenan yang tidak dikabus dengan kebendaan semata.

Bersiaran dari dapur

Teks: Masayu Ahmad

Banyak kerja perlu dibuat dalam satu masa, jadinya kali ini saya bekerja dari dapur. Lima dalam satu, menulis, mengemas, basuh pakaian (mesin yang uruskan), jemur pakaian dan urus anak-anak. Rasa pergerakan sangat perlahan, tetapi saya teruskan juga. Jika bertangguh banyak pula yang takkan selesai.

Pagi ini bersarapan nasi kerabu dan sudah siap-siap bungkus nasi berlauk untuk dua anak teruna. Saya teruja menyiapkan banyak perkara. Perlu siapkan juga, tidak boleh mengharapkan orang lain hanya kepada diri sendiri sahaja.

Dengan perut semakin memboyot saya tidak boleh bertannguh lagi. Apakan tidak jika tidak selesai, alamak sakit mata saya nanti melihat senarai tugas yang tidak selesai. ;D

Untuk mengembalikan mood agar konsisten bekerja, saya mahu up date sahaja di sini. Jika saya tulis malas, maka makin malaslah saya. Kalau saya kata perlu buat dan siapkan, dengan sendirinya aura mahu selesaikan kerja buat saya sentiasa beringat, kerja perlu siap walau apa cara sekalipun. ;D

Selamat bertugas ya buat semua sama ada suri rumah mahupun wanita yang bekerja di luar rumah. Wanita yang bekerja dari rumah, juga sama sibuknya. Walau lemau mahu mengemas, mahu atau tidak perlu diselesaikan juga. Kelebihannya tidak limau melangkah ke pejabat dan kembali menempuh jalan sesak sahaja.

Selamat bertugas dan menguruskan rumah tangga.

http://www.masayuahmad.com/

Saturday, September 18, 2010

ketupat daun palas

Pic: Google

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulilah atas nikmat nyawa hari ini dan juga kesihatan yang masih terpelihara. Selamat sampai ke rumah malam semalam. Perjalanan lancar sebagaimana biasa. Raya tahun ini agak meriah juga walaupun saya beranggapan pada mulanya mahu bersederhana. Kunjungan ke rumah sanak saudara dan teman-teman berlangsung hampir setiap hari.

Raya pertama di rumah mertua, berjaya juga memasak nasi ayam, raya ke dua di rumah saya, kebetulan ada sedikit kesyukuran anak saudara baru. Raya ke tiga ke Terengganu ke majlis perkahwinan sepupu dan singgah di beberapa rumah saudara lagi. Raya ke empat, berjumpa teman-teman lama dalam majlis rumah guru kami. Semalam pun sebelum bertolak pulang singgah dahulu di majlis perkahwinan seorang teman. Gambar, tiada gambar. Memandangkan kononya mahu menyembunyikan kamera dari Hakim, saya sendiri lupa mana saya sembunyikan. ;D

Saya paling kemaruk mahu makan ketupat manis isinya serunding daging. Apa tidaknya, jika selalu memang banyak. Tahun ini bila ada di depan mata saya pula yang kekeyanngan. Tidak mengapa raya haji ini mahu cari. Juga tepung boko ubi kayu, tidak berkesempatan mencarinya. Perut saya mudah penuh dan kenyang.

Sebelum bertolak pulang juga berkesempatan, jumpa kak lah bidan kampung, ore kelate kata jamah perut. Saya tidak mahu jadi seperti sebelum ini semasa melahirkan Aiman, kedudukan bayi tidak berada dalam keadaan sepatutnya. ;D. Kali ini lebih beringat.

Saya masih mood bekerja, sudah ada senarai panjang yang baru yang perlu saya selesaikan. Tidak ada rumah terbuka tahun ini. Saya perlu segera lunaskan banyak perkara dalam, empat bulan ini. Mudah-mudahan akan dipermudahkan.

Juga perancangan tahun hadapan, agar semoga yang saya dan suami sedang doakan dan usahakan akan dipermudahkan. Jika benar ia menjadi kenyataan, ia adalah rezeki untuk bayi ke empat kami. Alhamdulillah. Sudah lama merancang dan menanti, harapannya agar menjadi kenyataan. Jika belum jadi kenyataan, kami tetap akan berusaha ke arah itu. Juga laluan-laluan yang perlu saya tebas semak, samun, jalannya sudah ada, tinggal hanya saya perlu menggandakan usaha.

Saya doakan dalam kembara ini, saya mampu merealisasikan impian saya. Bukan sebagai penulis tersohor, bukan sebagai seorang jutawan, tetapi sebagai anak kampung yang tahu akan menunaikan amanah dan berbudi pada yang sepatutnya.

Jika benar laluan ini diberi keberkatan, agar saya kerjakan dengan sesungguh hati, tidak mahu lagi menoleh ke belakang. Betapa banyaknya halangan, itulah nikmat kehidupan  yang perlu disyukuri. Alhamdulillah atas kurniaan rezeki yang sentiasa mencukupi. Moganya saya terus dapat berbakti kepada orang tua, walaupun sudah berpindah alam. Berusaha agar menyediakan bekalan secukupnya. Insya-Allah.

Sehari sebelum bertolak pulang, sudah tentunya menziarah ke makam arwah bonda seusai subuh. Nyaman dan hening suasana pagi menyambut kedatang kami. Saya bersama adik yang bongsu juga ayahanda. Doa dan bacaan sebagaimana biasa, dikirimkan harapnya arwah bonda tenang dan aman di sana. Sayu rasa hati melihat persekitaran tanah kubur. Cepat atau lambat saya juga akan dijemput pulang. Moganya saya bersedia dan diberi peluang umur yang berkat dan tidak melakukan perkara yang sia-sia. Al- Fatihah.

Monday, September 6, 2010

Senarai persediaan berpantang untuk ibu

Teks: Masayu Ahmad

Sepatutnya senarai ini saya perlu letakkan di blog satu lagi, tetapi disebabkan ini juga diari seorang wanita bekerja dari rumah jadi saya kongsikan di sini juga.

1. Bajet bersalin dan berpantang.
2. Lokasi bersalin
3. Penjagaan sendiri -maksudnya kali ini saya akan berpantang sendiri

Kelengkapan wanita berpantang

1. Set bersalin HPA
2. Bengkung HPA
3. Sauna
4. Batu tungku (batu sungai)
5. Kotak menyimpan peralatan dan kelengkapan bersalin-plastik
6. Bilik bersalin
7. Tukang urut
8. Baju butang dihadapan
9. Kain sarung
10. Tuala wanita
11. Senarai resipi berpantang
13. Penyusuan eksklusif- Insya-Allah

Bantuan penjagaan anak-anak
1. Hakim, Arif & Aiman- bersekolah dan transit sehingga jam 6 petang (sehingga ayah pulang dari kerja). Untuk Aiman hanya sebulan atau dua bulan sahaja. Manakala Hakim dan Arif meneruskan sesi sehingga jam 12 tengahari atau 3 petang selepas tempoh ibu berpantang (dua bulan)

Urusan rumah tangga

Ada beberapa pilihan berikut:
1. Mengambil pembantu rumah sementara untuk tempoh dua bulan.
2. Mengupah pembantu yang datang secara harian iaitu pagi dan petang sahaja.

Jadual Kerja bermula Januari sehingga Disember 2011 akan berubah secara drastik. Ibu akan menjaga empat kanak-kanak riang. Semoga dipermudahkan.

Catatan: 7 September 2010

KPI saya sehingga 1 September 2010

Teks: Masayu Ahmad

Ingat tak dulu saya perlu mencapai enam sasaran, sebelum tirai 2010 berlabuh. Alhamdulillah setakat ini sudah mencapai 70 peratus.

Iaitu.

1. BJRDRO-100%
2.PBDRW-100%
2.BDSPS-90%- September
3.BPPP-90%- September
4.RBPM- 90%-September
5.BB-10%- Oktober
6.BR-10%-November

Jadi saya tambah 3 lagi matlamat, tarikh akhir 30 Disember 2010

1. BSSINB- Oktober
2. BSWO- November
3.KBOMN-Disember


Januari-Februari 2011
1. Cuti bersalin
2. Suntingan manuskrip
3. Bahan & penyelidikan buku 2011

Dicatat: 6 September 2010

Sunday, September 5, 2010

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin


Pada kesempatan ini, saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri, Maaf Zahir Batin sepanjang saya berceloteh di alam maya.

Berhati-hati di jalan raya semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing.

Selamat pulang ke kampung halaman masing-masing

Teks; Masayu Ahmad

Saturday, September 4, 2010

Suasana meriah

Teks: Masayu Ahmad

Meriah dalam FB dengan status balik kampung. Saya, walau mood raya, tetapi persiapan ala kadar. Petang ini baru mahu carikan baju melayu untuk anak-anak. Alahai memang mood beli belah pun lari dalam keadaan berbadan dua ni. Cari berdikit-dikit, sebab tak mahu bersesak dalam orang ramai. Biasanya akan cari di PKNS Shah Alam tetapi hari ini cuba cari di tempat lain pula.

Semalam berjaya juga siapkan menu nasi kerabu dan daging goreng kunyit. Alhamdulillah, dalam terkedek-kedek mak buyung di dapur, dibantu en.suami.

Bagi yang sudah memulakan perjalanan pulang ke kampung, hati-hati memandu di jalan raya.

Thursday, September 2, 2010

Sana sini sibuk persiapan raya

Bakal Terbit 20 September 2010


Teks: Masayu Ahmad

Sana sini sudah sibuk dengan persiapan raya. Ada yang sudah mula merancang perjalanan pulang ke kampung. Apa pun tahun ini saya beraya sederhana sahaja. Disebabkan deretan tugas yang perlu disiapkan sepanjang cuti raya dan lepa raya. Maksudnya saya berehat hanya untuk waktu solat dan melayan anak-anak sahaja.

Tahun ini juga rasanya saya tidak membuat jamuan rumah terbuka. Bukan sahaja kerana perut memboyot, malah pergerakan juga agak perlahan beberapa tempoh ini. Insya-allah jika tahun depan panjang, umur masih ada peluang lagi.

Biskut, kuih-muih juga tidak seperti selalu, semua tunjuk sahaja. Saya langsung tiada masa minat untuk membuat biskut raya tahun ini. Biasa-biasa sahaja. Tumpuan sekarang menulis, menulis dan menulis menyiapkan manuskrip.

Raya pertama insya-allah di rumah mertua, tapi sebelum itu jika berkesempatan akan berbuka juga di kampung saya. Sangat sederhana tahun ini, mungkin juga kerana keadaan saya kini. Masih banyak perkara belum selesai, mengemas juga bertahap, tidak termasuk urusan lain.

Saya juga masih berhutang dengan kalian, jika tiada aral saya akan pergi mengambil buku untuk hadiah peraduan ulasan buku. Sabar menanti ya, akan saya lunaskan satu persatu. Juga peraduan di blog satu lagi. Saya akan tamatkan selepas raya, buku sudah ada untuk dihantar. Selepas beberapa tugasan penting ini selesai saya akan umumkan siapa pemenang buku Jana RM Dari Rumah. Oh ya, terdapat juga iklan buku saya yang sudah terbit di beberapa majalah Karangkraf seperti Nur, Midi dan beberapa lagi.

Sehingga ketemu lagi

Selamat menyambut lebaran dan maaf zahir dan batin.

Idea bisnes dari rumah musim perayaan

Teks: Masayu Ahmad

Sangat ramai yang mengambil kesempatan untuk merebut peluang menjana pendapatan sempena bulan puasa. Bukan sekadar boleh dijadikan satu batu loncatan, ini adalah cara untuk mendapatkan pengalaman dan permulaan sesuai untuk bisnes. Apa dia idea bisnes yang sesuai. Bulan ini boleh dikategorikan juga sebagai bisnes bermusim. Ada yang melakukan hanya setahun sekali sahaja, malah ada yang mula mengekalkan momentum untuk tahun-tahun seterusnya.

Mari kita kongsikan beberapa idea bisnes bermusim ini sebagai salah satu cara untuk meningkatkan pendapatan.

  • Jualan lauk pauk
  • Jualan kuih muih
  • Jualan kurma dan pemanis mulut
  • Jualan pakaian raya dewasa
  • Jualan pakaian raya kanak-kanak
  • Jualan biskut raya
  • Jualan hamper raya
  • Perkhidmatan katering hidangan berbuka puasa
  • Perkhidmatan katering majlis selepas terawih
  • Perkhidmatan katering majlis rumah terbuka
  • Pekhidmatan katering majlis perjumpaan semula (reunion)

Wednesday, September 1, 2010

Nantikan kelahiran E-book sulung selepas Aidilfitri


Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah, setelah sekian lama menanti, akhirnya akan terbit juga ebook sulung saya. Apa yang pasti banyak kali ditangguhkan disebabkan beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

Penyertaan kalian juga ada di dalam ebook ini. Ingat tak peraduan yang pernah saya buat satu masa dahulu. Ramai suri yang menghantar penyertaan pertandingan buku inspirasi yang sudah saya sunting semula artikel dimasukkan dalam ebook ini. Juga contoh-contoh usahawan yang boleh dijadikan panduan untuk yang baru bergelar usahawan.

Ebook ini adalah usahasama dengan saudara Suhaimy Abu Bakar, atau Shuth, pemilik WangCyber.com. Beliau mengendalikan seminar bagaimana menjana pendapatan melalui ebook. Jadi ini salah satu ruang untuk saya berkarya dan menambah pendapatan. Insya-Allah.

Saya menghadiri seminar sekitar Julai 2009 jika tidak salah, kemudian sepatutnya disiarkan selepas Hari Raya Aidilfitri 2009, tetapi kemudian barulah semalam pengesahan semula sudah siap dan akan diterbitkan selepas Aidilfitri 2010.

Apa yang saya mahu kongsikan?

Tidak mudah untuk senang, perlu banyak sabar, komitmen berterusan. Bercakap soal manuskrip saya kerap patah hati kerana banyak kali manuskrip saya ditunda-tunda. Kadangkala buat semula pun ada. Sekarang ini alhamdulillah, tidak perlu ditunda-tunda, pihak penerbit pula asyik bertanya bila manuskrip sudah siap? Saya pula yang tidak sempat.

Jika dulu saya perlu menunggu bagai bulan jatuh ke riba, mahu tunggu bulan jatuh, alahai sedih, kecewa. Tetapi alhamdulillah, sekarang ini saya hanya perlu menulis, menulis dan menulis, sunting, sunting dan sunting, terus hantar, tidak perlu tunggu-tunggu lagi.

Komitmen luar biasa.

Dalam apa-apa kerja sekalipun tidak boleh main separuh jalan, buat suka-suka. Kena buat sungguh-sungguh. Kerana apa? Kerana ia adalah karier. Ia adalah bidang yang kita dalami, suka buat dan mahukan perkembangan konsisten. Sesuai dengan peningkatan umur, maka karier juga perlu sentiasa meningkat.

Apa sasarannya?

Sasaran saya sangat tinggi, tetapi setakat ini apa yang saya mahu kongsi, sekiranya buku atau ebook saya sudah benar-benar terbit dan dapat memenuhi kehendak pasaran itulah kepuasan yang tidak terhingga. Juga, saya perlu mengejar sasaran saya yang saya letak peratusannya berbeza setiap tahun. Insya-Allah, akan saya usahakan sehingga menjadi realiti ;D

Jangan toleh lagi ke belakang, kiri dan kanan. Usah lihat siapa hebat di depan anda, usaha takut siapa pesaing, terus melangkah sehingga kalian menggengam puncaknya.

Salam kasih sayang.

http://www.masayuahmad.com/

Sedapnya puteri mandi

Pic: Google

Salam kasih sayang buat pembaca budiman. Hari ini terasa lapang sedikit, selepas menyiapkan tugasan yang banyak kali juga saya tagguhkan. Malam ini bermula pula tugasan untuk menyiapkan buku ke dua saya bersama Oasis. Memanglah kan tak siap-siap juga, padahal sudah pun mencapai 70 % siap. Saya kena pulun lagi sebelum balik raya berbaki beberapa hari sahaja lagi. Jika siap sebelum itu, saya hanya melakukan tugas penyuntingan sepanjang musim perayaan. Balik ke sini sudah siap-siap boleh dihantar ke editor dan bersambung pula buku ke tiga. Memang tidak boleh bertangguh tapi itulah kan, mood saya asyik turun naik. Mahu atau tidak saya perlu selesaikan juga sebelum bersalin. Faham-faham sahajalah kalau sudah ada anak kecil ;D. Pertarungan saya dalam tempoh empat bulan ini, akan saya kerjakan manuskrip saya sehingga lunyai. Kerja sampai pengsan ;P. Lepas tu nak bersalin, bersalinlah dengan tenang.

Tahun depan juga ada sisi perancangan penting dalam jadual karier penulisan saya. Insya-Allah. Dalam pantang mahu atau tidak pun saya perlu mengumpul kekuatan membuat penyelidikan dan mengumpul bahan. Alhamdulillah atas rezeki Allah, ilham yang tidak pernah padam. Buku ke dua dan ke tiga ini adalah kesinambungan daripada buku pertama. Apa lagi yang perlu dilakukan selepas persediaan asas, sudah tentunya memilih bisnes. Juga garapan khas untuk wanita-wanita super sibuk bagaimana menguruskan kerjaya, rumahtangga, diri sendiri, anak-anak tetapi tetap juga mahu cemerlang. Nantikan sahaja ya.


Oh ya, sangat teringin untuk makan puding karamel. Di dapur masik ada santan, daun pandan dan agar-agar. Rasa mahu buat agar-agar santan, tetapi teringin pula puding karamel. Jadinya sekejap lagi saya mahu buat salah satu menu pencuci mulut di atas

Oh ya, jika tiada aral nantikan ebook sulung saya yang akan diterbitkan selepas raya. Alhamdulillah akhirnya terbit juga ebook ini, setelah setahun menanti. Nanti akan berada di http://www.klikjer.com/. Nantikan ya.

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, hati-hati memandu. Maaf zahir dan batin atas segala salah silap saya sepanjang tempoh kita berkenalan di dunia blog. Sehingga berjumpa lagi ;D

Salam kasih sayang

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin