Tuesday, August 31, 2010

Selamat berbuka puasa

Teks:Masayu Ahmad

Salam suri sekalian, sementara menunggu waktu berbuka, layan tv sambil tulis entri. Hari ini menu berbuka gulai ayam ala Kelantan dan ikan masak pedas. Ingatkan mahu buat puding gula hangus, susu pula tiada dalam stok, malam ini sahaja buat operasi jika rajin.

Sambutan raya tahun ini sederhana sahaja dan biasa-biasa. Sementelah pula saya perlu menyelesaikan deretan tugasan. Alhamdulillah momentum saya sudah kembali laju dan sudah berada dalam trek. Lama juga saya mandom, menulis dan tidak. Tetapi senarai tugasan tetap juga dilihat dan ditanda setiap hari. Apabila selesai satu persatu sangat suka.

Juga perancangan untuk 2011, nampaknya membuka ruang dan jalan agar saya terus berusaha gigih. Sangat-sangat suka dengan situasi sekarang. Berada dalam situasi sibuk, insya-allah sementera rezeki masih lagi memihak akan saya usahakan sungguh-sungguh.

Kehamilan memasuki bulan ke empat, saya masih belum mendapatkan rawatan sepatutnya di klinik. Insya-Allah rasanya minggu ini sudah ada ruang untuk saya membuat pemeriksaan kehamilan. Orang dalam perut sudah menendang-nendang, sangat aktif. Kesihatan juga, alhamdulillah setakat ini ok.

Selamat berbuka puasa dan salam kasih sayang.

http://www.masayuahmad.com/

Monday, August 30, 2010

Penghujung ramadhan

Teks: Masayu Ahmad

Salam kasih sayang buat suri sekalian, nampaknya saya berkejaran masa. Tinggal lagi bulan 9,10, 11, 12. Tidak banyak masa yang ada. Saya perlu menyiapkan tugasan sebelum bersalin. Dalam pantang pun rasanya masih boleh bekerja, buat penyelidikan bahan sambil menjaga orang baru.

Raya tahun ini juga tidak macam raya. Rasanya saya perlu tingkatkan intensiti kelajuan menulis dan menyiapkan kerja. Alhamdulillah juga apa yang saya sasarkan pada bulan ini selesai juga menjelang 31 Ogos 2010. Bermula September bermula lagi deretan tugas baru yang perlu dikerjakan. Semoga saya dilimpahi kurnia kesihatan dan tenaga untuk menyelesaikan tugas. Tidak mengapa berada dalam kesibukan, itulah hakikat yang saya mahu.

Mahu dan memburu kejayaan dalam tempoh yang saya tetapkan. Alang-alang menyeluk pekasam, biar salam ke sampai lengan. Alang-alang mandi biar basah. Biar tidak laju tetapi konsisten. Biar lambat asal siap. Biar berjalan perlahan asalkan sampai ke garisan garisan penamat.

Kata-kata ini bukan ditujukan buat saya sendiri, malah sesiapa sahaja yang masih dalam mood mengejar sesuatu seperti saya. Keseimbangan antara keluarga dan rumahtangga, masa fleksibel dan sudah tentunya kehidupan yang sebagaimana yang ingin kita corakkan dan nikmati.

Salam ramadhan penuh keberkatan

Saturday, August 28, 2010

Promosi persiapan raya http://bawakupulang.blogspot.com/

Take Me Home menawarkan pelbagai koleksi busana dan aksesori untuk wanita sesuai untuk menghadiri pelbagai tema majlis dan keraian. Juga boleh diperagakan untuk koleksi pejabat dan juga pakaian harian.
Temui kami di Subang Parade, bermula jam 10pagi sehingga 10mlm setiap hari bermula 12/7/10 sehingga 12/9/10
Sempena sambutan perayaan tidak lama lagi, dapatkan koleksi pilihan seperti baju kurung ekslusif, koleksi batik, modern, jubah, blouse dan pelbagai aksesori peragaan yang menarik.

Kami menawarkan koleksi pakaian dengan harga berpatutan dengan kualiti yang baik. Juga dapatkan diskaun menarik. Boleh melihat pameran pakaian secara online di http://bawakupulang.blogspot.com/

Juga aluan kunjungan pelanggan terus ke tapak pameran kami. Butiran adalah seperti berikut.
Laman web: http://bawakupulang.blogspot.com/
Tapak pameran: Subang Parade
Tarikh promosi: 12/07/10 - 12/09/10
Lokasi: butik jasmin irisha, lot 12, GF Subang Parade
Jenis busana: baju kurung, batik, jubah, dress
Diskaun: sehingga 50%
Hubungi: ely 012 316 6131

Kepuasan pelanggan keutamaan kami dengan kepelbagaian koleksi pilihan terkini. Lawati tapak pameran kami untuk mendapatkan diskaun harga yang berpatutan. Jumpa anda di sana.

Sunday, August 22, 2010

Alhamdulillah, kembali bersiaran

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah selamat sampai ke kediaman di Hulu Langat dengan selamat. Percutian kali ini penuh bermakna, dua minggu talian internet tidak ada. Saya fokus semata-mata mahu berehat, dan menyiapkan kerja, tiada talian internet selama dua minggu.

Saya ada menyiapkan entri diari harian, tidak bernasib baik pula apabila tumb drive hilang ketika tiga hari mahu pulang ke KL.

Penginapan yang selesa dan harga yang berbaloi. Sebetulnya mahu menemankan suami yang perlu berada di Pulau Pinang atas uruas kerja selama dua minggu. Jadi kebetulan pula bermula pada minggu pertama puasa, jadi alang-alang kami sekeluarga berangkat bersama. Saya juga sudah lama tidak berkunjung ke Pulau Pinang, jadi penginapan kami di homestay amat berbaloi, kerana boleh memasak dan penginapan yang selesa. Ok, saya mahu rehat dahulu, nanti saya sambung lagi ;D

Salam kasih sayang dan selamat berpuasa.

Saturday, August 7, 2010

Keletihan

Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google

Saat dan ketika ini memang keletihan tahap gaban ;D. Sangat kepenatan fizikal dan mental. Sebetulnya betul-betul perlu fokus menyiapkan kerja. Masih banyak senarai panjang. Ada 6 senarai utama, 1 hampir selesai. Yang 1 itu pun status selesainya masih 70%, maksudnya berjaga hingga ke pagi lah saya hari ini. Bermula tengahari ini, berhenti sekejap makan tengahari dan solat dan sambung lagi.

Pakaian masih lagi separuh belum selesai berkemas. Terpaksa menunda jadual hari ini, ditunda kepada esok hari. Moga saya masih kekal bertenaga. Walau sekejap bangun, sambung, sudah lama tidak mengalami penat mental begini, hampir dirasai seluruh fizikal. Apa pun, esok tetap dengan jadual yang dirancang. Sehingga bertemu lagi. Doakan saya selamat dalam tempoh dua minggu ini, sasaran menyiapkan 2 lagi senarai utama. Berbaki lagi 3 senarai utama selepas dua minggu.

Wednesday, August 4, 2010

Selamat menyambut ramadhan, pertapaan akan bermula

Pic: Google
Teks: Masayu Ahmad

Lebih kurang seminggu sahaja lagi kita akan menyambut ramadhan. Justeru, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa dan menjalani ibadah di bulan penuh keberkatan ini. Saya akan sunyi seketika beberapa ketika. Mahu bertapa sebentar jauh dari Kuala Lumpur.

Masih berkira-kira menyiapkan entri sepeninggalan saya nanti. Insya-Allah saya akan kembali semula mengisi ruang di blog ini. Moganya pertapaan kali ini melahirkan hasil yang lebih berkualiti. Insya-Allah. Sama-sama kita raih ilmu dan amal dalam bulan mulia ini. Oh, ya jangan lupa bagi yang masih mahu mengikuti dan menyertai peraduan buku inspirasi ruang masih dibuka.

Juga saya akan meninggal satu tugasan kepada sesiapa sahaja yang berminat. Jika kalian suri rumah, usahawan online, usahawan sepenuh masa, usahawan blog, wanita bekerjaya, sertai saya dengan menjawab soalan-soalan yang mudah. Artikel dan jawapan kalian akan dimasukkan dalam mana-mana projek penulisan saya, insya-Allah.

Ada satu entri yang berkaitan dengan usahawan, jadi saya akan aktifkan semula entri tersebut. Sesiapa yang berminat, inilah peluang kalian untuk melihat nama kalian tertera pada salah satu halaman buku-buku saya. Insya-Allah. Jangan ketinggalan untuk menyertainya kelak. Saya akan sertakan soalannya pada masa terdekat, sebelum saya keluar bertapa.

Jika ada salah dan silap saya, mohon dimaafkan dari hujung rambut hingga hujung kaki ;D. Harapnya jalinan ukhwah di alam maya ini meninggalkan manfaat dalam hubungan silaturrahim.

Salam kasih sayang.

http://www.masayuahmad.com/

Tuesday, August 3, 2010

Keperluan berpantang

Teks: Masayu Ahmad

Jika mahu berpantang sendiri, persediaan keperluan berikut perlu ada dalam senarai barang untuk berpantang. Saya akan kongsikan dari masa semasa.

Batu tungku

Boleh didapati secara percuma, dapatkan di anak sungai atau kawasan terjun. Di Hulu Langat sangat mudah di dapati, bukan sahaja di Sungai Congkak. Jadi sambil berkelah di tepi air terjun, bolehlah mencari dua biji batu bulat untuk kegunaan bertungku, juga boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja.

Pic: Google

Serai wangi

Serai wangi bukan digunakan dalam masakan, daunnya direbus bersama air hingga mendidih. Boleh dicampur bersama daun pandan wangi. Campur air rebusan daun bersama air sejuk, mandi setiap hari atau sehingga habis 44 hari pantang. Boleh juga dibuat mandian pada waktu-waktu lain teruma ketika badan kepenatan.

Aktiviti minda




There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin