Sunday, February 28, 2010

Sertai www.masayuahmad.com




Menjejaki bulan ke tiga 2010

Teks: Masayu Ahmad

Salam hari Isnin bersamaan 1 Mac 2010.

Pejam celik, pejam celik sudah mula memasuki bulan ke tiga untuk tahun ini, habis bulan ini kita mula ke suku tahun. Apa ya, yang sudah, sedang dan akan kalin rancang. Tidak kiralah untuk karier atau keluarga. Apa sasaran anda untuk tahun ini.

Bersama saya di blog ini untuk perkongsian maklumat berkaitan panduan bekerja di rumah. Sama ada anda belum bermula atau sudahpun bermula, sudah tentu ada matlamat yang ingin dicapai untuk tahun ini.

Segarkan kembali

Dalam dua bulan pertama ini sangat banyak cuti, terpulang kepada kalian untuk menikmati pengisian cuti yang sebaiknya. Mungkin bagi mereka yang sentiasa bekerja keras inilah masanya untuk berehat dan bersama keluarga.

Segarkan kembali perancangan dan matlamat, segarkan semula dengan mencatat menilai sasaran dan pencapaian. Sejauh mana gerak kerja dan tindakan anda. Maksudnya di sini sebelum awal tahun baru anda sudah merancang mahu bekerja sendiri, atau memulakan usaha menjana pendapatan di rumah.

Tindakan

Apa tarikh sebenar yang sudah kalian sasarkan untuk berhenti kerja. Apa jenis pekerjaan atau bisnes yang akan diusahakan kelak.

Mentor

Cari mentor dalam bidang pekerjaan atau bisnes yang anda pilih. Jika mahu bergiat dalam perniagaan internet, ianya sangat luas. Saya sendiri merasakan kini sudah semakin banyak info-info secara percuma yang boleh dibaca dan dimanfaatkan.

Laman web Irfan Khairi antara blog yang saya gemar baca. Bukan sahaja panduan, malah tips motivasi banyak sekali yang dikongsi. Ini adalah informasi maklumat yang boleh diperolehi tanpa membayar apa-apa. Hanya luangkan beberapa minit untuk membaca.

Saya suka membaca blog yang penuh informasi dengan mengkhatam keseluruhan entri, sama ada baca semula pada tahun mula, pertengahan atau mana-mana kategori. Baca berulang kali pun tidak mengapa, kadangkala ianya melekat di minda dan menjadi satu penggerak kepada usaha kita. Insya-Allah


Salam penuh kasih sayang

http://www.masayuahmad.com/

http://www.masayuahmad.blogspot.com/- Panduan Kesihatan & Kecantikan
http://www.naufalsayang.blogspot.com/- Panduan Bekerja Di Rumah

Big Dreams, Big Successes


The following is a list of individuals, some you may certainly recognize, who started out with a few dollars, a big dream, and a burning desire to blaze their own trails:

Micheal Dell:

At the age 12, Micheal Dell was already an entrepreneur selling thousands of dollars of mail order stamps from his parents’ home. As a senior in high school, Dell made $18,000 selling newspaper subscriptions to newlyweds. Against his parents’ wishes he dropped out of college at 19 to sell computers. Now in his 30s, Micheal Dell is a billionaire and his company, Dell Computers, is a top Fortune 500 company with sales in exess of $31 billion dollars.

Martha Stewart:

Martha Stewart’s love for cooking and entertaining was so strong that while living in a 19th century farmhouse in upscale bedroom community of Westport, Connecticut, she started a catering business. Her life has been in fast forward ever since. On October 19, 1999, Martha Stewart took her company public anda became a billionaire.

The Martha Stewart Living Omni-media, Inc.empire includes 4 magazines: over 50 books on cooking, entertaining, crafts, and decorating: a cable television show, a syndicated column: a radio show: an Internet site:mail order catalogs: and over$763 million in annual sales for home decorating and furnishing. Though she has recently taken a beating in the public eye, Martha seems to be a survivor.

Jeff Bezos:

In 1994, Jeff Bezos quit a successful career and jumped into the Chevy Blazer with his wife and dig. Bezos wasn’t exactly sure where he was going but figured he would know when he got there.

Bezos believed that selling products on the internet could be very successful and kept a list of products he wanted to sell online. When the couple landed in Seattle, Washington, they decided to stay.

They rented a tiny house, and with very little money to spare, converted the garage into a warehouse for books. Today, Amazon.com is the world’s largest bookstore. Bezos, now worth ove $10 billion dollars, has been coined the “king of cyber commerce.”

Margaret Rudkin:

In 1937, Margaret began baking and selling a variety of fresh breads from her home. Thirty years later, her little bread business, better known as Pepperidge Farms, was enjoying sales in excess of $32 million when she sold it to the Campbell Soup Company.

Sumber: Mukasurat tiga dan empat.
Buku: The 60-Second Commute: A Guide to Your 24/7 Home Office Life
Penulis: Erica Orloff, Kathy Levinson

Saturday, February 27, 2010

Anak kampung berubah status, siapa dia ya?

Sering kita baca atau dengar, wanita nafsunya sembilan akalnya satu dan sebaliknya lelaki. Tetapi bagaimana kita memahami dan menerokai maksudnya terpulang pada pandangan dan persepsi masing-masing.
Sukarnya mengawal nafsu, kerana kita mudah terpedaya dengan keadaan dunia material. Contoh terdekat diri saya sendiri, betapa rapuhnya iman kerana mudah tergoda dengan kebendaan. Pun begitu, masih melatih dan berusaha untuk mengawal nafsu. Nafsu yang tidak pernah puas.

Saya melihatkan persekitaran dan perhubungan secara maya, kini membolehkan wanita membeli belah tanpa batas. Semakin tebal isi dompet, maka makin galak tangan untuk membeli.

Kadangkala kita boleh menggunakan kembali garis panduan Islam bagaiman mengawal nafsu.

Apa yang paling digemari wanita, kepelbagaian corak pakaian, fesyen yang mengikut edaran masa, koleksi kasut yang melimpah ruah, tudung satu almari sebagai simpanan. Juga koleksi permainan berjenama, pakaian mahal-mahal. Kadangkala ianya dijadikan perbandingan, mudah terdorong untuk menunjuk-nunjuk.

Ketika bekerja dahulu, saya juga tergolong dalam wanita yang boros, namun sejak bekerja sendiri proses menghargai wang semakin meningkat. Melalui pembacaan pengurusan buku-buku kewangan, menjadikan saya lebih sedar diri.

Mengapa ya, jadi sedemikian?

Tambahan pula pelbagai program cepat kaya sudah menjadi perkara yang utama dalam kehidupan. Semua buru-buru dan celik mata apabila ada iklan wang sejuta dalam masa sebulan.
Bacalah mana-mana kisah kejayaan mereka yang berjaya, tiada istilah mudah, cepat dan jutawan sekelip mata.

Saya masih memegang prinsip bekerja dengan tekun, betul haluan, berkat caranya dan pastinya majikan kita tidak akan kedekut memberi rezeki buat hambanya. Mohon, usaha, ikhtiar, ikhtiar, ikhtiar, doa dan tawakal.

Bertawakal apabila sudahs sehabisnya berusaha. Bertawakal apabila sudah semua jalan diusahakan tetapi tidak nampak lagi kejayaan.

Mungkin ada sebaba mengapa majikan belum memakbulkan permintaan. Kembali memantau apa juga yang telah diperintahkan, tetapi kita masih lalai.

Saya masih teringat perbualan dengan kanak-kanak seusia saya. Apabila mahu dekat akhir zaman, semua orang kaya, semua orang mampu pakai kereta, semua orang mampu memiliki rumah besar.

Betapa pemikiran kanak-kanak kampung pada ketika itu masih naif, berfikir indahnya kehidupan dengan wang melimpah ruah.

Tetapi nilai menjadi budak kampung yang serba sederhana adalah lebih berharga. Saya kurang gemar apabila ada perbandingan dengan niat atau bukan niat seperti berikut.

“Si A masuk rumah baru, besar rumahnya.”

“Si B, bekerja sebagai Pengurus Besar, bekerja di luar negara.”

“Si C, anak-anaknya pintar dan cerdas.”

Kadangkala nada yang berkata-kata boleh memberi maksud menunjuk-nunjuk. Tetapi kita boleh menilai gaya percakapan sama ada jujur atau sebaliknya.

Benar, di alam maya mahupu perantaraan blog dan laman sosial (Facebook), kita secara langsung menemui banyak gaya begini. Masing-masing mahu menunjukkan status diri yang tidak boleh kalah.

Mengapa ya?

Saya berbincang-bincang dengan en.suami, mengapa ramai yang berkeadaan begitu, terikut-ikut mahu menunjuk-nunjuk.

Apabila digambarkan semula, ramai yang berasal dari kampung. Jika dulu hanya orang kampung, tidak kaya, tidak ada harta.

Selepas semuanya, dan kebanyakan kita berjaya belajar tinggi, perubahan dan status diri mula berubah.

Jika gaji isteri 3K, suami 3K. Maksudnya paling minima sudah 6K, pendapatan kasar bagi satu isi rumah. Gaya hidup mula berubah, pemikiran berubah, status berubah. Kadangkala teman-teman lama yang dianggap belum berjaya dipandang sepi, tidak mengenal kawan.

Sedihnya saya melihat situasi ini. Pun begitu, saya masih sedar diri dan hidup di dunia ini juga tersangatlah singkat. Pandanglah dengan mata hati, nescaya kehidupan yang hakiki adalah selepas kematian.

Salam penuh kasih sayang

http://www.masayuahmad.com/
 

Wanita biasa mempunyai cita-cita luar biasa- Mommy Lyna


Saya memakai tudung bawal sebab ianya mudah nak dikenakan dan simple saja. Saya ni bukan jenis suka pusing2 tudung segala :)


Status Kini:

Wanita bekerja dan mempunyai pendapatan sampingan.

Cabaran menjadi wanita bekerja dan mempunyai pendapatan sampingan:

Saya bekerja, di samping itu saya menguruskan perniagaan internet dan juga perniagaan vitamin saya, dan akan datang perniagaan yang baru saya cuba nak ceburi (banyak kan!). Saya juga adalah surirumah, sebab saya tiada pembantu. Saya menguruskan 2 anak lelaki saya tanpa bantuan.

Bekerja sepenuh masa, jadi saya perlu meninggalkan rumah seawal jam 6.45 pagi untuk ke pejabat. Anak-anak saya tinggalkan di taska, Saya telah memilih taska yang bagus untuk anak-anak saya, kerana bagi saya taska adalah rumah kedua bagi mereka. Jadi haruslah saya memilih taska terbaik yang dapat menjaga mereka dari segala aspek. Dan saya tak suka merungut-rungut tapi tak boleh buat apa-apa. Biarlah kita hantar mereka ke tempat yang betul-betul puas hati, bayar mahal sikit pun tak apa.

Kerja saya bukan sekadar duduk di pejabat saja. Saya perlu outstation, ke pejabat kontraktor dan perunding, ke lapangan, ke luar pantai dan mungkin ke luar negara. Ini adalah satu cabaran besar buat seorang ibu, kerana saya menyusukan kedua-dua anak saya. Jadi mereka berdua amat rapat dengan saya. Sebolehnya saya membawa anak-anak saya mengikuti setiap kali saya ke luar kawasan, tapi sejak akhir-akhir ini dek kerana ketiadaan penjaga, saya terpaksa meninggalkan mereka kepada suami.

Pendapatan sampingan, lain pula ceritanya. Saya terpaksa mengorbankan masa rehat, masa senggang untuk memberikan komitmen kepada kerja sampingan. Waktu tidur juga terpaksa dilewatkan. Namun saya tabahkan hati demi membangunkan cita-cita kami, dan demi kepentingan anak-anak.

Mempunyai anak istimewa, sesungguhnya dia telah memberikan sepenuh inspirasi kepada saya untuk meningkatkan cita-cita untuk memajukan diri. Demi anak-anak, saya harus kuat untuk mengubah nasib keluarga. Anak-anak saya berhak untuk mendapat peluang menjadi luar biasa, dan ia bermula dari ibu bapa mereka. Oleh itu saya tak kisah berjaga malam, tak cukup tidur demi sebuah impian yang kami lakar bersama.

Kadang-kadang saya terbabas juga. Maklumlah bila kepala dan sendat, kadang-kadang melimpah. Mujurlah suami seorang yang sangat memahami dan amat menyokong saya. Beliau menggalakkan saya terus bekerja menuju cita2 menjadi seorang jurutera professional, dan mengejar 'passion' saya sebagai seorang entrepreneur, di samping menjadi ibu yang mithali.


Oleh itu, saya harap saya dapat memiliki buku 'Bawa Hatimu Kepada Tuhan' supaya walau apa pun saya, sya tetap menjadi hamba Allah yang beriman dan taat pada-Nya.

Tips sihat untuk wanita hamil

Teks: Masayu Ahmad


Apabila hamil, terdapat banyak perubahan yang akan berlaku selama anda melalui tiga fasa kehamilan. Salah satu perubahan yang ketara adalah pola pemakanan yang berubah sama ada semakin berselera atau sebaliknya.

Sekiranya anda sudah pun menjaga pemakanan seimbang sejak sebelum hamil, ianya sudah tentu memudahkan anda walaupun sudah berstatus hamil. Maksudnya mengekalkan pemakanan seimbang sebelum hamil, semasa hamil dan selepas hamil memudahkan anda untuk berada dalam zon selamat. Dengan kata lain memudahkan anda kembali kepada berat badan ideal selepas bersalin.

Berikut adalah beberapa tips untuk memastikan diet yang sepatutnya sepanjang tempoh kehamilan
 
Baca selanjutnya di sini:http://masayuahmad.blogspot.com/2010/02/tips-sihat-untuk-wanita-hamil.html

Nota: Saya kembali aktif di blog Panduan Kesihatan Dan Kecantikan. Jemput ke sana ya.

Friday, February 26, 2010

Bertangas sesuai dilakukan semasa berpantang dan habis pantang

Bertangas adalah rawatan yang boleh dilakukan selepas mandi air rebusan. Rawatan bertangas boleh dilakukan setiap hari selama 44 hari.

Manfaat bertangas sangat baik agar luka cepat kering dan jahitan cepat sembuh.

Manfaat yang lain, bahagian sulit cepat kering dan ketat, mengecut rahim serta, mengelakkab keluar tombong (proplase). Berikut adalah ramuan dan penyediaan bertangas.

Baca selanjutnya di sini :http://masayuahmad.blogspot.com/2010/02/bertangas-rawatan-semasa-dan-selepas.html

Pengurusan masa untuk wanita

Teks: Masayu Ahmad

Surirumah mahupun wanita bekerjaya tetap mempunyai rutin harian yang pelbagai. Menguruskan pelbagai perkara serentak atau setiap hari. Tuntutan waktu menyebabkan anda mengutamakan apa yang lebih penting agar tidak terperangkap dengan kerja bertangguh yang terlalu banyak pada satu masa.

Rutin harian wanita terutama yang sudah berkahwin tidak akan habis, ianya sentiasa berulang-ulang setiap hari, minggu dan seterusnya.Pengurusan masa dan kerja sangat perlu untuk membolehkan anda tetap efektif setiap hari. Berikut beberapa tips mengurus masa agar lebih sistematik.

Mengurus dan terurus

Sekecil-kecil perkara apabila menjadi kebiasaan akan menjadi lebih mudah. Mendisplinkan anak-anak mengemas tempat belajar selepas habis belajar, menjadikan satu kebiasaan, Ini tidak lagi membebankan ibu mengulangi kebiasaan mengemas perkara yang sama setiap hari, sedangkan anak-anak boleh membantu.

Rutin pagi yang sibuk

Apa keutamaan anda pada waktu pagi, sama ada menyediakan sarapan, menguruskan anak-anak ke sekolah atau mengemas rumah. Pilih yang mana lebih penting. Bangun awal sebelum anak-anak bangun memberi peluang kepada diri untuk lebih bersedia pada hari tersebut.

Rancang rutin anda

Biasakan mempunyai kalender masa dan kerja untuk setahun, sebulan, seminggu dan sehari. Sebelum tidur buat senarai kerja yang perlu dilakukan esok hari. Selepas seharian anda boleh menyemak semula senarai, adakah anda berjaya menyelesaikan segala urusan atau sebaliknya. Ianya membuatkan anda rasa teruja dan bertenaga apabila melihat banyak kerja yang mampu diselesaikan dalam putaran masa 24 jam.
Salam penuh kasih sayang,
Selamat berhujung minggu.

http://www.masayuahmad.com/

Tips tingkatkan kemahiran urus rumahtangga

Menjalani rutin harian dengan senarai keutamaan yang perlu diselaras, disesuai dan diselesaikan dengan edaran masa 24 jam sahaja. Ada senarai yang menuntut anda untuk segera diselesaikan, ada boleh ditangguhkan dan ada perlu diselesaikan sehingga tarikh akhir.

Namanya surirumah, kerja tidak pernah selesai dan seharusnya kemahiran penguasaan masa perlu dilatih dan dikuasai.

Senarai tugasan harian

Senarai kerja boleh ditulis dan dicatat pada malam hari atau anda menulis dalam jadual untuk seminggu atau sebulan. Sekiranya anda bekerja jadual kerja sudah dirangka untuk tempoh setahun (12 bulan), jadual bulanan, mingguan, harian dan jam.

Ini sangat memudahkan anda merangka dan bertindak mengikut aturan dan perancangan. Namun jadual boleh fleksibel mengikut keutamaan dan kes-kes kecemasan.

Pelbagai tugas serentak dalam tempoh masa

Kemahiran melakukan tugas serentak dan kemampuan melakukan pelbagai tugas membolehkan anda menguruskan rumahtangga dengan lebih cekap. Latihan demi latihan dan seni memahirkan diri perlu ada bagi seorang surirumah.

Contohnya kebolehan memasak, mengemas dan menguruskan pakaian kotor serentak pada tempoh 15 hingga 30 minit. Cuba catat beberapa tugasan rumahtangga yang ingin anda selesaikan dalam tempoh 30 minit. Mula tugas anda dan setkan masa, dan lihat kembali prestasi anda selepas tugasan selesai. Jika kurang produktif anda masih boleh mencuba sehingga berpuashati.

Thursday, February 25, 2010

Sibuk atau terperangkap dengan kesibukan-tips buat wanita sibuk

Teks: Masayu Ahmad

Pengurusan masa bagi wanita yang berstatus ibu, pekerja, isteri dan anak antara perkara yang tidak boleh diambil mudah. Surirumah sepenuh masa mahupun wanita bekerjaya perlu mempunyai matlamat untuk mengurus dan mempunyai aturan sepatutnya setiap hari.

Ramai wanita yang berjuang untuk menyempurnakan peranan mereka dalam tempoh rutin harian yang kadangkala begitu memenatkan.

Menyempurnkan peranan sebagai ibu, isteri dan pekerja kadangkala memberikan tekananan fizikal dan mental yang cukup meletihkan. Justeru pengurusan masa yang tepat memberi ruang kepada wanita untuk memberi ruang berehat kepada diri sendiri dan pada masa yang sama mampu berkongsi masa berkualiti bersama keluarga.

Urus secara  teratur

Membiarkan diri dalam kesibukan atau mengurus kesibukan mengikut acuan sendiri. Sudah tentunya anda boleh mengenalpasti senarai keutamaan setiap hari, agar anda tidak terperangkap dengan kesibukan yang tidak sepatutnya.
 
Anda boleh mengurus kerja dan urusan keluarga mengikut kriteria penting dan tidak penting. Jangan membiarkan kesibukan kurang penting mendominasi masa 24 jam anda. Pilih dan tentukan yang benar-benar memberi manfaat buat diri dan keluarga.

Selawat dan salam sempena kelahiran junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W esok

Hendak gagal atau berjaya

Teks: Masayu Ahmad

Buku motivasi ibarat pemanas yang perlu dibaca selalu. Apabila enjin kerajinan saya sudah makin lebur atau mulai sejuk, saya akan kembali membaca mana-mana buku yang boleh mengembalikan semula semangat.

Buku tulisan Razzi Armansur ini adalah antara koleksi buku motivasi yang saya baca berulang kali.
Semalam antara perenggan yang saya baca, sikap suka menangguh-nangguh adalah antara sikap orang gagal.

Kadangkala saya suka juga menangguh-nangguh, walaupun tahu ada tugasan penting yang segera diselesaikan. Antara langkah untuk buang sikap menanguh, membaca semual matlamat saya, tulis semula tugas yang perlu diselesaikan. Jikalau sudah terlalu penat, saya akan tangguhkan dan kembali apabila badan dan minda sudah segar. Menanguh terlalu lama sangat tidak baik untuk prestasi kerja, tidak kiralah kerja sendiri atau kerja makan gaji.

Tuesday, February 23, 2010

Hitam putih kehidupan


Saya suka lagu ini dan senikatanya, begitu menghiburkan dan memberi makna yang mendalam. Jom layan, sambil memberi mood inspirasi untuk hari ini.

Hitam putih kehidupan (Shiela Majid)


Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu menyegarkan

Dengarlan disana sini
Beburung riang menyanyi
Berbungan aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Kusyukuti nikmat maha esa

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasan
Kalau turutkan hati ini
Kan menjadi korban

Tiada yang dapat lari
Dari masalah diri
Hadapi dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasi dengan keimanan


Sekadar buar renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan

Naufal Arif sudah tiga tahun ;D

Beberapa minggu ini ada sesuatu yang saya rasa saya tertinggal, masya-allah rupanya Arif menyambut kelahiran yang ke tiga. Dek kerana kesibukan saya sendiri, membuatkan saya terlupa. Disebabkan saya ini jenis bukan beriya sangat pun, tetapi sekadar mengingati semula kelahiran Arif dan tanda syukur kurniaa Allah s.w.t


Arif 1 tahun




Arif oh Arif
Betapa ibu sibuk mengejar masa
Mengejar komitmen
Demi anak-anak tersayang

Tidak mengapa
Ibu tetap sayangkan Arif
Sempena mengenang kembali
Momen kelahiran
Penuh sejarah
Ibu doakan
Arif, terus meningkat dewasa
Menjadi anak yang soleh
Menjadi khalifah yang penuh perjuangan
Mendoakan ibu dan ayah
Apabila kami sudah tiada

Sudah tiga tahun usia anakanda
Nantikan hadiah istimewa


Nukilan: Masayu Ahmad
7.10 petang
23 Februari 2010

Monday, February 22, 2010

Merancang beli belah berhemah

Teks: Masayu Ahmad

Mengapa bayar lebih pada kualiti yang sama. Merancang adalah lebih baik daripada mengikut sahaja naluri. Dalam hal beli belah wanita sangat sukar untuk mengikat nafsu membeli. Tetapi pasti ada cara yang boleh membantu kita lebih berjimat.

Dalam kalender setahun, anda sudah dapat mengenalpasti:

1. Musim perayaan-Lebih baik membeli awal daripada terkena perang harga dan anda berbelanja tanpa keperluan.

2. Musim persekolahan- Sudah tentu boleh mengenalpasti daripada awal apa keperluan yang perlu anda sediakan.

3. Musim percutian. Jika tidak ada wang tidak perlulah sibuk bercuti. Bercuti dengan menggunakan kad kredit lebih membahayakan kesihatan kewangan anda, mudah nanti anda terkena serangan sakit jantung jika tidak pandai menggurus kad hutang ini.

Kaedah pembelian menjimatkan.

1. Tawar harga selagi boleh tawar. Kadangkala sangat pelik harga dua kali ganda boleh ditawarkan separuh harga. Maksudnya, anda jangan mudah tertipu dengan harga yang mahal, jadilah pembeli berhemah.


2. Beli masa musim jualan gudang. Gunakan sepenuhnya kemudahan maklumat di hujung jari. Keperluan anak-anak kecil, keperluan rumahtangga dapat diperolehi dengan harga yang jauh lebih murah pada harga jualan gudang.


3. Pembelian pada pertengahan bulan. Sangat seronok membeli belah pada waktu pasaraya lenggang, tanpa perlu bersesak, beratur dan kadangkala anda tetap dapat harga runtuh.

Antara rutin pembelian yang saya suka ialah beli pada pertengahan bulan, jika ke Jalan TAR, sangatlah suka, kadangkala dapat harga yang tidak masuk akal. Disebabkan tiada pembeli dan pertengahan bulan, penjual berebut-rebut menurunkan harga.

Beli ketika tidak ramai pelanggan. Maksudnya hari bekerja, anda boleh mengambil cuti pada hari bekerja. Terutama untuk pembelian yang banyak seperti persediaan musim perayaan dan persekolahan.

Untuk surirumah dan wanita yang bekerja dari rumah inilah kelebihan yang boleh anda gunakan. Tidak perlu bersesak dengan pengunjung yang ramai, anda lebih selesa memilih dan bergerak. Masa tidak terbuang begitu sahaja.

Operasi bilik gelap

Aiman usia 2 tahun 1 bulan  dua  hari (14012010)

Kanak-kanak riang kembali ke bilik operasi mereka. Bilik setor yang gelap. Mari kita ikuti perbualan ringkas tiga beradik.


Arif (no.2): Atim takut (kedengaran suara menangis-nangis mengada-ngada)

Hakim (no.1): Janganlah takut, abang kan ada. Jangan takut ya. (ibu sangat pasti ini adalah ayat-ayat yang ditiru dalam mana-mana skrip kartun tv)

Aiman (no.3): Atim atut-atut (juga mengadu takut gaya mengada-ngada konon takut)


Selepas lima minit berbual dan beroperasi, mereka keluar dari bilik gelap tersebut.

Arif usia 3 tahun 2 hari (14022010)

kelas membuat DAGING BURGER & CHICKEN CHOP

Khas untuk kaum wanita@lelaki yang dihormati, kelas membuat DAGING BURGER & CHICKEN CHOP akan diadakan pada:

Hari: Sabtu 27hb Februari, jam 8.30 - 12.30 tghari
Lokasi: K SHOP FAMA, NO 10 JLN WAU C/11 SEKSYEN 11 SHAH ALAM
Pendaftaran RM50 seorang, sarapan disediakan. Kalau berminat sila datang.

Sekitar gambar kelas terdahulu








Smart Time Management For Busy Moms

Teks dan ulasan: Masayu Ahmad
When people complain that they do not have enough time to do something, what they really saying is that the thing is not a priority, and what they are doing is choosing another activiry in its place.

Let’s face it, time cannot be managed but people can!

You can tell time to last longer but it just will not do it. So instead of managing it, we must manage ourselves an use our time well. The best way to begin the discusson of time management is to take a look at your busy life an then develop a plan, a vision, or a program

-Karin Le Blance-

Home Speed Cleaning Tips & Clutter Control, an Organized & Happy Home. Muka surat 143.

Ulasan


Pengurusan masa untuk wanita, tidak kiralah surirumah, pelajar, wanita bekerja di rumah atau di luar rumah. Ramai yang mempunyai rutin yang sibuk setiap hari dan mengeluh seringkali kesuntukan masa.

Sibuk yang terurus

Suka saya nyatakan semua orang pun sibuk, tetapi sangat penting sibuk yang terurus. Setiap individu sudah mempunyai tanggungjawab yang perlu dilunaskan setiap hari, tetapi kadangkala kesibukan menjadikan diri tidak kreatif.
• Terkongkong dengan sibuk yang tidak bertempat.


• Tidak tahu membezakan situasi benar-benar sibuk atau membuang masa.


• Tidak mahir dalam agihan masa 24 jam.


• Tidak merancang dari awal penggunaan masa harian.


• Surirumah sepenuh masa sekalipun perlu ada perancangan masa, agar tidak dibazirkan dengan hanya melakukan perkara yang tidak menambah ilmu dan kemahiran.


• Tentukan masa bekerja, masa berkualiti, masa bersama keluarga, masa untuk diri sendiri.

minggu terakhir februari 2010

Bismillahirahmanirahim

Hari ini barulah boleh bernafas lega, menjejaki bulan ke 2 dalam tahun 2010, saya setakat ini sudah mencapai 70 peratus sasaran kerja. Secara peribadi masih belum berpuas hati selagi tidak mencapai 100 peratus atau melebihi sasaran.

Masih lagi dalam mood mengubah, mengatur dan menambah kesesuaian jadual kerja yang diboleh dikatakan padat juga. Saya sukakan suasana bekerja begini, walaupun ada sedikit tekanan, namun ianya masih dalam keadaan yang boleh dikawal.

Terima kasih atas kunjungan teman-teman baru yang berkunjung ke sini. Dalam masa yang terhad ini saya berlari juga menziarah kalian, tetapi tidak sempat meninggalkan jejak.


Juga dalam senarai blog list di sebelah kanan, sempat juga saya menziarah, bukannya tidak langsung. Cuma beberapa blog yang agak sukar untuk saya meninggalkan jejak. Beberapa kali cubaan gagal, jadi saya hanya berkunjung tanpa sebarang jejak.

Terima kasih juga kepada senarai follower di atas sana, saya mengikuti perkembangan kalian, cuma tidak sempat lagi bertukar link. Terima kasih sudi mengikuti blog yang tidak seberapa ini. ;D

Hari ini 22 Februari, masih berbaki seminggu atau enam hari sahaja untuk tamat tempoh bulan ini. Masa memang cemburu, apatah lagi ada beberapa tugasan yang perlu diselesaikan. Aduhai, moga saya kekal cergas dan dapat menyempurnakan komitmen ini.

Harapnya tempoh 24 jam sehari adalah panjang. Harapan sekadar harapan, saya perlu juga memecut kelajuan, tetapi hari ini terasa mahu berehat sebentar sebelum malam ini menyambung semula kerja.

Salam penuh kasih sayang

http://www.masayuahmad.com/

Sunday, February 21, 2010

Persediaan asas sebelum bekerja dari rumah

Teks: Masayu Ahmad

1. Penyelidikan iaitu senarai pekerjaan dan bisnes pilihan.

2. Senaraikan dan buat perbandingan.

3. Pilih kerja yang mempunyai keserasian, minat, ada kaitan dengan pengalaman, pendidikan dan kemahiran.

4. Penyelarasan semula segala sumber pendapatan, perbelanjaan dan hutang-piutang.

5. Tentukan tarikh anda akan bermula, setahun atau dua tahun lagi.

6. Selepas menetapkan tarikh mula membuat persiapan asas, langkah demi langkah.

7. Sekiranya ingin memulakan bisnes, pilih bisnes dengan modal yang minima.

8. Sekiranya memilih pekerjaan, mulakan secara sambilan, bertahap, konsisten dan sehingga anda sudah selesa untuk bermula dari rumah.

Baca@LRT di TV1 pada 8.53 - 9.00 malam ini

Subject: Baca@LRT di TV1
Sumber: Zamri Muhammad melalui laman sosial (FB)



Assalamualaikum wbt

Tuan dan Puan yang dihormati dan dirahmati Allah,

Malam ini Baca@LRT akan disiarkan dalam peristiwa antara jam 8.53 - 9.00 malam di TV1.

Informasi disampaikan olehTuan Mohd Hakim Zakaria di Wall Facebook.

Nota: Sudah banyak laporan dan gambar-gambar menarik untuk dikongsi bersempena kempen Baca@LRT, nanti saya akan kongsikan di sini.

Alhamdulillah selesai juga, walaupun tersasar dari jadual

Rekod 2 (2010)
Tepat jam 11.34
Tarikh: 22 Februari 2010
Kod: P (K), J (PBDRUW)

Saturday, February 20, 2010

Sejarah wanita bekerja zaman nabi

Nota: Disebabkan tiada mood menulis entri baru, jadi saya mengulang kembali entri ulangkaji :D, supaya lebih melekat dan sebagai panduan yang jelas kepada muslimah.

Sumber: http://www.zaharuddin.net/ (artikel PDF)



Foto:http://www.zawaj.com/askbilqis/wp-content/uploads/2009/12/muslimah.jpg
Sejarah wanita bekerja zaman nabi,

Kebanyakan wanita di zaman Nabi dahulu tidak bekerja di luar rumah dan hanya bekerja di sekitar rumahnya sahaja.

Ummu Atiyah sebagai contoh yang bertugas menguruskan jenazah wanita Islam di Madinah, merawati lelaki yang cedera di medan peperangan, disamping itu menyediakan makanan buat pejuang-pejuang Islam.

Termasuk juga Rufadyah Al-Islamiyah, yang merupakan doktor wanita Islam pertama yang mana Nabi SAW menyediakan sebuah khemah khas di masjid Nabi untuk tujuan rawatan bagi pejuang Islam yang cedera ketika peperangan “khandak”

Demikian juga Ar-Rabaiyyi binti Mu awwiz dan Ummu Sulaim yang bertugas di luar rumah untuk memberi minuman dan makanan ke[ada pejuang. Ash-Shiwa binti Abdullah pula pernah bertugas sebagai guru yang mengajat wanita-wanota Islam membaca dan menulis di ketika baginda nabi Muhammad SAW masih hidup

Ummu Mihjan pula bertugas sebagai pembantu membersihkan masjid nabi sehingga ketika ia meninggal dunia, nabi tercari-carinya dan diberitahu kemudiannya, ia telah meninggal dunia. Sebagai penghormatan, baginda Nabi SAW pergi di kuburnya lalu menunaikan solat jenzah buatnya.

Selain itu Khalifah ‘Umar ibn Al-Khatab juga pernah melantik wanita bernama Ash-Shifa’ untuk menjalankan tugas hisabah atau ‘shariah auditor’ di pasar di ketika iti bagi memastikan ia dijalankan menepati Shariah.

Semua ini menunjukkan keharusannya, Cuma semua keharusan tadi diikat dengan syarat tertentu sebagaimana yang disebut oleh Prof.Dr Md Uqlah Al-Ibrahim antaranya (Nizam Al-Usrah,2/282: Al-Mar’ah Bayna Al-bayt Wal Mujtama’, hlm 18):-

1) Terdapat keperluan: menyebabkan ia terpaksa keluar dari tanggungjawab asalnya (iaitu peranan utama kepada rumahtangga) seperti:-

• Kematian suami dan memerlukan belanja kehidupan

• Memberikan bantuan kepada dua ibu bapa yang sangat miskin atau suami yang uzur tubuhnya.

• Membantu bisnes suami yang memerlukan banyak tenaga dan kos

• Mempunyai keistimewaan yang hebat sehinggakan kemahiran ini sangat diperlukan oleh masyarakat umumnya

2. Mestilah kerja ini berseseuaian dengan fitrah seorang wanita dan kemampuan fizikalnya.

3. Mestilah keluar bekerja dengan menutup aurat dan sentiasa menjauhi fitnah di tempat kerja.

4. Mestilah kerjanya tidak memerlukannya berdua-duana dan bercampur baur dengan lelaki

Sebagaimana antara dalil yang menunjukkan keperluan untuk tidka bercampur dan berasak-asak dengan kumpulan lelaki sewaktu bekerja adalah firman Allah SWT:

Ertinya: “Dan tatkala ia (Musa a.s) sampai di sumber air negeri Mad-yan ia menjumpai di sana sekumpulan orang (lelaki) yang sedang meminumkan (ternaknya), dan ia mendapati di belakang lelaki-lelaki itu, ada dua orang wanita yang sedang memegang (ternaknya dengan terasing dari lelaki)


Musa berkata;”Apakah maksudmu (dengan berbuat begitu)?”Kedua wanita itu menjawab: “Kami tidak dapat meminumkan (ternakan kami), sebelum pengembala-pengembala itu memulangkan (ternakannya), sedang bapak kami adalah orang tua yang telah lanjut umurnya” (Al-Qasas : 24)

5. Mendapat izin wali atau suami

6. Mestilah kerjayanya tidak menyebabkan tertanggu dan terhentinya tanggungjawa di rmah terhadap anak serta suami. (Nazarat Fi Kitab As-Sufur, hlm 84)

7. Tujuan dan niat utama bekerja bukanlah kerana keasyikan dan keghairahan kepada mengumpul harta dan niat semata-mata menyaingi lelaki.

8. Mestilah berhenti sekiranya terdapat keperluan dan kecatatan dalam pendidikan anak-anak.

9. Digalakkan ianya dilakukan dalam tempoh tertentu sahaja dna bukan selama-lamanya sehingga pencen. Sepatutnya berhenti sejurus sumai mempunyai kemampuan menanggung seluruh keluarga dengan baik. Kecuali jika mmepunyai kualiti yang amat diperlukan oleh masyarakay umum.

Sebagai panduan buat suami isteri bekerja, disertakan keputusan majlis Fiqh Sedunia tentang perkara berkaitan.

Bersambung.

Memori nasi berlauk, siri 3



Teks: Masayu Ahmad

Haruman nasi lemak daun pandan mula menyengat pada deria hidung. Kemudian disusuli dengan gulai ayam dan ikan yang dipanaskan. Ianya bercampur-campur dengan kelentang-kelentung di kedai.

Seawal jam 4 pagi emak sudah bangun untuk memanaskan lauk-pauk jualan, memasak nasi, menjerang air. Apabila jam menginjak subuh hari kedengaran azan subuh berkumandang. Rutin saya pula mengantikan emak untuk turun membantu di kedai. Ayah seperti biasa mula membuka papan-papan yang tersusun sebagai penutup ruangan jualan.

Emak naik untuk solat dan saya pula turun ke kedai untuk meneruskan rutin. Sudah ada beberapa orang nelayan dan kanak-kanak sekolah menanti untuk membeli sarapan.

Ayah melayan Kak Nab yang menghantar donut dan roti goreng. Bau daun pisang yang membalut pulut panggang juga sudah ada ianya dibuat oleh Mok Noh. Tinggal beberapa jenis kuih lagi belum sampai. Setengah jam kemudian ruangan berjualan di hadapan sudah penuh dengan kuih muih. Di satu sudut pula, susunan peruk yang mengandungi gulai ayam, gulai ikan, lauk-pauk nasi lemak, budu, ulaman untuk nasi kerabu, daging dan ayam goreng. Juga ada bekas yang mengisi nasi putih, nasi lemak, nasi kerabu berwarna biru, dan juga keropok keping.

Saya mula membungkus nasi lemak, nasi kerabu, nasi berlauk seberapa pantas yang boleh. Pesanan bagi seorang nelayan biasanya tiga atau empat bungkus sebagai bekalan untuk turun ke laut.

Kemudiannya saya dibantu oleh kakak. Kami sama-sama membungkus nasi pesanan pelanggan. Kini semakin ramai, anak-anak sekolah, pekerja kilang, pekerja pejabat dan suri rumah. Para nelayan sudah hampir tiada, kerana sudah berduyun-duyun ke pantai atau kuala.

Baju sekolah yang saya pakai juga sudah berbau nasi berlauk. Saya bersegera menyiapkan beberapa bungkus nasi berlauk dan nasi kerabu pesanan teman sekolah. Sambil itu juga tangan sempat meraba dalam bekas duit mengambil wang lima ringgit sebagai belanja sekolah.

Saya meninggalkan kakak dan emak untuk meneruskan rutin berjualan di kedai yang hanya bersebelahan rumah sahaja.

Bersambung... (siri 2 belum lagi ;D)

Inilah pilihan saya, anda bagaimana?

Salam hari Sabtu bersamaa 20 Februari 2010.


Sudah lama saya tidak membebel di sini. Dalam 20 hari bulan ke dua tahun 2010 ini, saya mengalami pelbagai rencah kehidupan yang seronok, santai dan juga mengujakan. Banyak perkara baru yang memberikan satu mood inspirasi agar terus melangkah.

Melangkah kerana naluri dan gambaran minda saya sudah bersatu dan mengatakan, teruskan, teruskan. Maka saya perlu teruskan tanpa was-was. Semoga perjalanan kalian juga begitu. Walaupun ada tangan-tangan yang kurang murni kadangkala nakal cuba menguis-nguis dan menarik-narik agar saya meninggalkan trek. Tidak sama sekali, ini adalah pilihan saya sejak saya muda mudi dahulu lagi.

Kita buat bukan kerana ikutan. Kita lakukan kerana ianya adalah matlamat kehidupan dan ianya tidak mungkin atau sesiapa pun tahu apa perancangan kita yang sebenar.

Mengapa ya, saya berkata demikian?

Kadangkala kita akan menemui orang yang salah, sebelum kita menemui orang yang betul. Kadangkala Tuhan sudah ciptakan buat diri kita teman-teman yang pelbagai rupa, agar kita berfikir apa kebaikan yang boleh kita ambil daripada teman tadi.

Ambil sahajalah yang perlu dan tinggalkan yang tidak perlu. Ianya menyesakkan fikiran sahaja.

Saya ini orang yang mudah sahaja, tetapi dalam pada mudah itu, ada juga sikap yang tidak dapat ditafsir oleh orang lain. Bunyinya macam hebat, tetapi sebenarnya tiada yang hebat pun.

Saya adalah wanita yang mencari keredhaan Allah melalui jalan yang saya pilih. Sehingga pada satu hari nanti apabila saya disoal, adakah tugas sebagai isteri, anak, ibu dan ahli masyarakat telah sempurna saya laksanakan. Inilah peranan berat yang perlu dilaksanakan sesempurna mungkin, berjaya atau tidak itulah sedang diusahakan.

Tugas hakiki seorang wanita yang sudah berkahwin sudah tentunya adalah peranan utama sebagai isteri kepada pasangan yang sudah dipilih. Jadi tak perlulah sibuk-sibuk mengambil peranan lain, sekiranya peranan ini pun saya masih terkial-kial untuk menyempurnakannya, apatah lagi peranan yang lain.
Apalah daya saya sebagai wanita, tidak mahu melihat keindahan dunia semata-mata, tetapi cuba mahu melunaskan tanggungjawab yang ada ini sebaiknya.

Sekarang usia sudah 30,saya tidak tahu bilakah tarikh sebenar kematian. Jadi sebelum mata tertutup rapat, semoga saya dipermudahkan menyelesaikan apa yang sepatutnya diselesaikan.

Teruskan perjuangan

Dahulu sebelum saya menjejakkan kaki ke universiti, saya sering berfikir apa pekerjaan yang membolehkan saya sentisa bersama keluarga. Pada masa tersebut hanya tergambar menguruskan pusat jagaan kanak-kanak. Jauh benar akal merancang, maksudnya sambil menjaga anak saya saya masih menjaga kanak-kanak yang lain. Masih menjana pendapatan walau hanya berada di rumah.

Belum popular lagi pada masa tersebut istilah bekerja dari rumah. Sepanjang memulakan kerjaya, saya masih mencari peluang yang sesuai dengan kehendak saya. Masih mencari dan mencari. Selama beberapa tahun barulah saya bertemu jawapan selepas diuji dengan ujian yang kecil. Kesabaran, pengalaman menjadikan kita lebih matang dan tahu apa sebenarnya tujuan kehidupan dan tahu apa sebenarnya yang memberi kebahagian kepada diri sendiri.

Disebabkan diri saya ini tidak mahu serabut dengan suasana birokrasi, kesesakan jalan raya dan juga manusia-manusia yang suka berfikiran negatif dan berkata buruk sangka sepanjang masa. Aduhai, tidaklah saya mengatakan saya wanita yang terlalu sempurna, saya masih punya kelemahan diri. Disebabkan itulah tempat paling baik adalah di rumah sendiri. Bahagia bersama anak-anak lebih baik daripada meleyan kerenah teman yang pelbagai. Rumahku syurgaku, itulah jawapan muktamad.

Salam penuh kasih sayang
www.masayuahmad.com

Memori nasi berlauk, yang lama masih terkenang-kenang


Wanita dahulu sudah mencipta budaya buat duit dari rumah


Apabila menaip perkatan bekerja dari rumah pada carian google, angka carian tertera adalah 8,760,000. Bukan calang-calang angka sebenarnya. Betapa ramai umat manusia yang cuba mencari gaya hidup baru dengan bekerja dari rumah.

Wanita tradisional sudah memulakannya dahulu

Saya gemar kehidupan kampung yang tenang, tiada kesibukan, tiada pencemaran dan semuanya indah-indah belaka. Tatkala bangun pagi ibu sudahpun menyiapkan sarapan ataupun akan membeli sarapan di kedai atau gerai di sekitar kampung.

Sangat popular pada ketika itu ialah kedai Mok Doh Bulat, Kedai Mok Cik Mek dan Kedai Mok Doh Tok Mek Nik.

Kesemua pemilik kedai jualan nasi berlauk tersebut tergambar kemas dalam memori saya. Saya suka akan suasana pagi pada hari cuti sekolah saya mula mengayuh basikal memberi sarapan pagi.

Setiap kedai mempunyai cara dan citarasa yang berbeza dari rasa nasi berlauk. Tiga kedai tersebut memiliki aura tersendiri. Jika boring kedai Mok Doh Bulat, saya akan membeli kedai Mok Cik Mek, begitulah bertukar-tukar selera.

Kami sekeluarga sudah ada deria rasa mengenal nasi bungkus berlauk. Jika pendek dan comel sudah tentu nasi kedai Mok Doh Bulat. Kalau kuah pekat merah dan sedap, mesti kedai Mok Cik Mek dan kalau kuah sedikit dan baunya lain dari yang lain mesti dari kedai Mok Doh Tok Mek Nik.

Kedudukan kedai Mok Doh Bulat paling dekat, kalau mengayuh basikal hanyalah dua mint sahaja. Lokasi paling dekat dengan rumah saya kerana, berada pada kedudukan tepi jalan besar sahaja.

Kedai Mok Doh Tok Mek Nik berada di tepi pantai. Cuba bayangkan waktu pagi seorang kanak-kanak riang (saya lah tu) mengayuh basikal menelusuri rumah-rumah dan jalan yang berdekatan pantai.

Segar waktu pagi disapa pula angin pagi dari hembusan pantai sungguhlah mengujakan. Ketika menulis ini, saya seolah melihat skrin saya sendiri sedang mengayuh basikl mahu ke kedai Mok Doh Tok Mek Nik. Mok Doh mempunyai seorang anak perempuan, Kak Ani namanya. Kak Ani ini sangatlah bekeng dan mukanya masam sahaja. Sangatlah takut kalau mahu membuat permintaan kuah perlu banyak, atau kuah mahu diasingkan.

Kini setelah usia berganjak dewasa, apabila saya berjumpa Kak Ani di majlis kenduri kahwin di kampung, kami bertegur sapa dan memori saya terus mencanang bahawa Kak Ani sudah berkongsi kenangan indah saya semasa kecil. Terima kasih Kak Ani.

Bersambung…

Memori bubur kacang lompat tikam siri 2


Caption: Bangsal tempat mengaji saya dahulu lebih segak dari yang ini.

Teks: Masayu Ahmad
Foto:www.anjungsenama-warisan.blogspot.com

Loceng menandakan tamat sesi persekolahan untuk hari ini berdering. Bertebaran kanak-kanak kecil mengendong beg keluar dari bilik darjah.

Saya seperti biasa sebelum menapak pulang akan singgah dahulu untuk mengambil wang jualan karipap di kanten sekolah. Saya sangat puas hati apabila semuanya laris dijual. Kadangkala ada juga yang tidak habis barang seketul dua. Biasanya rakan-rakan yang pulang bersama saya akan mendapat habuan makan kuih karipapa. Saya bagi percuma sahaja. Rakan sekolah saya di kampung Hasni dan Sayani, kadangkala kami pulang berdua kadangkala bertiga. Sudah lama tidak berjumpa mereka.

Saya sangat teringin mengayuh basikal milik sendiri. Hanya melihat dengan perasaan membuak-buak sahaja rakan-rakan yang memiliki basikal BMX.

Tengahari selepas mandi dan makan tengahari saya perlu mengaji Quran dengan Pak Long Amat (Pok Long Amat panggilan loghat Kelantan). Kami mengaji dalam sebuah pondok yang dibina khas.

Di sebelah tempat mengaji itu, ada sebuah tempat yang besar juga ruangnya. Tempat tersebut mempunyai tapak yang kukuh dengan berlantaikan papan. Ruang tempat mengaji terdahulu.

Di situlah arwah emak berjualan bubur kacang. Kadang-kadang sebelum sesi mengaji bermula, budak-budak lepak di situ makan bubur kacang emak. Sedap kalau tambah pulut atau ais. Ada juga minuman sirap. Kadang-kadang emakl buat juga bubur kacang yang ditambah durian. Sangat enak dan sedap

Apabila semua makan habis semangkuk. Budak-budak akan naik semula ke pondok untuk mengaji. Kedengaran suara yang bersatu membaca bacaan Al- Fatihah dan beralih ke ayat-ayat seterusnya.

Siapa yang datang lambat kena libas dengan rotan. Perlu juga mengangkut air sebaldi dua jika tempayan kosong. Indahnya zaman kanak-kanak.

Emak meningkatkan pembuatan kuihnya karipap, donut, roti goring, roti kukus dan bingka (kuih beke). Setiap hari diselang seli dengan jenis kuih yang berlainan.

Biasanya pada sebelah malam emak akan uli tepung untuk buat doh roti. Saya bersama kakak membantu juga meletakkan isi karipan dan mengetipnya dengan menggunakan bekas acuan.

Dinihari sebelum subuh emak sudah bangun mengoreng kuih muihnya. Selalunya beberapa bungkusan sudah siap diletakkan berasingan. Saya seperti biasa meletak dalam bakul dan mula mengayuh basikal ke sekeliling kampung untuk meletak kuih di beberapa kedai makan. Kedai Mok Doh Tok Mok Nik, Mok Doh Bulat dan kedai Mok Cik Mek.

Sebelah petang dalam jam lima atau enam saya akan mengutip wang jualan dari kedai-kedai tersebut. Mengingatkan kembali nostalgia itu, membuatkan saya terkenang-kenang keseronokan di usia kanak-kanak. Rasanya emak sudah melatih saya berjualan sejak kecil.

Menginjak ke sekolah menengah Ayah membina kedai makan di sebelah rumah, daripada itu bermula episod baru berjualan kedai makan. Sangat memenatkan, kami adik beradik ada tugasan masing-masing.

Lepas pulang ke sekolah dan selepas mengaji Quran gilaran saya pula menjaga kedai sehingga jam 5 petang. Kakak yang tengah urusannya mengemas rumah dan mengopek bawang, adik lelaki saya turun membantu mengopek kelapa untuk mendapatkan santan. Selepas jaga kedai saya perlu ke kedai runcit untuk membeli barang mentah. Kakak yang sulung adalah teraju utama dalam masak-memasak membantu emak.

Kadangkala saya memberontak juga, kerana mahu belajar di rumah tidak mahu jaga kedai.
Ketika zaman inilah, badan saya gebu segebunya, dek kerana kelazatan masakan arwah emak. Haha, emak juga yang disalahkan.

Ketika di Tingkatan Enam di Sekolah Bachok, saya menyertai juga Persatuan Usahawan Muda (PUM). Geng saya berjualan juga di asrama dan sekolah.

Lima biji gula-gula dimasukkan dalam bungkusan plastik kecil, berharga dua puluh sen. Sebelum cikgu masuk ke kelas, urusniaga akan berlangsung. Bersimpang siur duit syiling di lambung ke arah saya, kemudiannya sebungkus gula-gula akan melayang ke arah pelanggan yang meminta. Urusniaga akan berehat seketika, kemudiannya apabila cikgu keluar dari kelas, akan bermula sekali lagi jualan dan permintaan.

Friday, February 19, 2010

Are you organized

You need to be organized in order to make good use of your time. Rest assured, your will never have all the time you think you need to accomplish what you feel needs to be done, but organization allows you to uses time in the most effective manner. In others word, you will get more done in less time.

How organized are you

Do you get thing done on tnem..always?

Can you always find what you’are looking for?

Do you keep a schedule? A to do list?

Are you on time for appointments?
- Robert Sullivan-
Muka surat 12, The small business start-up guide.


Ulasan

Kali ini saya mahu kaitkan petikan di atas dengan pengurusan masa seorang surirumah dan juga wanita yang bekerja di rumah. Selalunya gimik yang diberikan surirumah mereka boleh sahja memulakan hari dengan kerja atau rutin yang sama tanpa perlu ada jadual yang lebih teratur.


Rumahtangga adalah satu organisasi kecil yang perlu diurus oleh seorang pengurus profesional yang memainkan peranan sebagai ibu, isteri, wanita dan pekerja. Justeru organisasi yang terurus pastinya mempunyai perancangan, strategi dan pelan tindakan.


Pengurusan masa tidak terkecuali dalam hal ini. Apa yang perlu dikuasai surirumah tidak kiralah anda sepenuh masa di rumah atau anda wanita bekerjaya, masih memerlukan perancangan untuk organisasi anda.
• Perancangan kalender tahunan, bulanan, mingguan, harian.


• Senarai kerja yang dimasukan dalam jadual harian.


• Jumlah agihan masa untuk urusan kerja dan urusan rumahtangga.


• Selesaikan mengikut waktu atau masa terpantas menyelesaikan kerja, nilai tambah untuk anda berehat awal untuk hari tersebut.

Are you a “high energy” person?

Are you a “high energy” person?


Starting and running a business requires considerable energy and the ability to focus on your objectives. Long hours will be required which, if you are already employed full time, quickly takes its toll. A high-energy level is a must.

If you know in your heart that you’re a ball of fire, but just can’t get off the couch in the evening, you might want to look into your diet and exercise programs. Note at what times of day you are at your best. Some of us are “morning people” anda others are “night people.” A morning person migtht not do well running a business that requires late hours anda conversely, a night person should not consider an early morning delivery business

-By Robert Sullivan-
Rujukan: Muka surat 11, judul The small business start-up guide, tulisan Robert Sullivan


Ulasan

Saya rasa saya waktu produktif saya adalah fleksibel, jika mahu produktif awal pagi maka malam hari perlu tidur awal. Sekiranya mahu lancar menulis malam hari, maka siang hari perlu ada istirehat dan tidur sebentar waktu tengahari. Bagaimana dengan kalian?


Boleh juga mengikut pandangan dan cara bekerja yang disarankan dan digariskan Islam, sudah ada pengurusan waktu yang sesuai mengikut waktu solat, waktu rehat. Juga saranan malam hari untuk beribadat dan siang hari untuk bekerja (saya perlu semak semula nota tentang petikan ayat berkaitan ini).


Antara lain, sekiranya sudah berstatus usahawan masih perlu ada keseimbangan dalam segala segi. Rehat, riadah, keluarga, diri sendiri. Pada masa yang sama mereka yang memiliki kekuatan minda dan fizikal adalah mereka yang sesuai dan sanggup menghadapi dunia bisnes yang penuh cabaran. Apapun persediaan adalah kunci utama selain strategi dan perancangan yang tepat.

Jika ada kelapangan akan saya ulas lagi tentang petikan ini.

Minyak but-but- Produk pilihan minggu ini

Mengandungi ramuan pelbagai jenis herba. Termasuk jenis tumbuhan yang kebiasaannya di gunakan oleh Burung But-But untuk membuat sarangnya.



Kelebihan Minyak But-But seperti berikut :

Untuk patah tulang - Panaskan minyak dan sapukan pada bahagian yang patah dan terus balut dengan kain. Amalkan bersama Radix sebanyak 6 kapsul setiap hari.

Untuk Buasir - Sapukan minyak But-But dibahagian dubur atau anus yang terkeluar. Amalkan bersama Ficus, Pelawas dan Coscinium Plus.

Untuk Darah Tinggi dan Lumpuh - Panaskan minyak But-But dan disapukan di bahagian leher dan bahagian yang terasa sakit atau sengal/kebas.

Untuk urut - Minyak But-But bersifat sejuk di luar panas didalam, ini akan meresap ke lapisan epidermis mampu untuk mengubati saraf yang terganggu.

Sengatan serangga - Ambil kapas dan basahi minyak But-But dan letakan dibahagian yang terkena sengatan.

Luka-luka kecil - Ambil kapas dan sapukan pada bahagian yang luka.

Terkena air panas, luka terbakar - Sapukan dibahagian yang mengelembung.

Cirit birit - Minum 1 sudu kecil bersama air suam.

Kembung perut -Panaskan sedikit minyak But-But dan urut perlahan-lahan secara berulang kali di bahagian perut secara memutar. Untuk kanak-kanak gunakan bersama daun sirih dan disapukan di bahagian perut.

Athma ( asma ) - Minum 1 sudu kecil pada waktu malam dan sapukan dibahagian dada dan selimutkan.

Bayi yang sering menangis waktu malam - sapukan pada bahagian kening atas pada setiap malam.

Kanak-kanak yang sering kencing malam - Sapukan pada bahagian ari-ari sebelum tidur, disamping itu di cadangkan amalkan Madu asli.

Lemah tenaga batin - Lakukan urutan pada bahagian zakar pada setiap hari.

Wanita Menopause - Digunakan untuk menghilang rasa sakit ketika bersama suami.

Thursday, February 18, 2010

Cuci mata lagi





cuci mata

Cuci mata sekejap tengok rekabentuk rumah. Nanti kita cari dekorasi setiap ruang pula. Jomlah eksplorasi sekejap bersama saya. Otak saya kepenatan perlu rehat sekejap.
Seni
Pelan rumah seni

Seri

Pelan rumah seri

Infiniti downline haram atau tidak- isu panas dalam minggu ini

Klik di sini Infiniti downline haram atau tidak

Group ni untuk membincankan sama ada Infniti downline bercanggah dgn Islam atau tidak .

Terdapat banyak hujah yang menunjukkan infiniti downline mengamalkan money game dan tidak mengikut syariah Islam. Ahli infinity mengatakan business ni halal, dapat tolong family.So harap dapat buat penjelasan smua pihak yang cakap haram dan yang katakan halal.
Semoga kita dapat berkongsi Info demi kebaikan bersama.

Lagi baca ulasan ustaz zaharudin di sini:

Pada 12 April 2007 yang lalu, majlis fatwa kebangsaan telah sebulat suara memutuskan, bahawa pelaburan internet adalah haram di sisi agama islam. Kenyataan ini telah serba sedikit menggembirakan saya, kerana sejak dahulu lagi telah saya ketahui, skim-skim pelaburan yang dijalankan di internet ini sebenarnya adalah merupakan skim ponzi alaf baru yang hanya bertujuan untuk menipu masyarakat yang sememangnya terlalu mudah percaya dengan angan-angan untuk menjadi kaya dengan cepat.


Pengharaman tersebut juga telah serba sedikit menyedarkan beberapa pihak yang telah terjebak ke dalam perangkap skim pelaburan tipu tersebut untuk cepat-cepat kembali ke jalan yang betul dan mengeluarkan diri mereka dari terus hanyut dan menjadi barua kepada komplot penipuan tersebut.

Ditambah pula dengan liputan-liputan serta pendedahan yang dilakukan oleh pihak media, maka, semakin ramailah masyarakat yang tersedar dan mula berhati-hati dengan peluang-peluang membuat duit melalui inernet ini.

Namun begitu, sesuatu yang sedikit mengecewakan. Ramai masyarakat yang terkeliru dengan istilah PELABURAN INTERNET dengan PERNIAGAAN INTERNET. Pada mereka, apa-apa sahaja perkara yang berkaitan dengan "Buat Duit di Internet" adalah tipu dan tidak boleh dipercayai. Lebih menyedihkan lagi, bukan masyarakat biasa sahaja yang terkeliru dengan 2 perkara ini, malah pihak-pihak yang dianggap sebagai pihak yang handal ICT, seperti Pusat Keselamatan Siber Malaysia juga turut terkeliru mengenainya.

Baca seterusnya di sini:http://www.zaharuddin.net/content/view/485/100/

Juga artikel ini:
Infinity Downline atau ID semakin meriah kat Malaysia. Malah ada yang cuba cuba spam di wall facebook saya tentang peluang buat duit terbaru ini. Malah Tuan Zamri Mohamad juga ada bertanya tentang program ini. Pada pendapat peribadi saya ia adalah sejenis program money game atau head hunting.



Konsepnya adalah sama seperti skim piramid/ program yang ada kat Malaysia ni. Antaranya:

-amaljariah.net
- surerich.net
- binajutawan.biz
- dana2u.com
- smartinvest4u.com
- cb2u.net
- e-wallet2u.net
- myhomebiz2u.net
- penawar4u.com
-jutarm.com

Kredit kepada NazhaSecrets

Diatas adalah program yang saya kategorikan sebagai skim yang b erteraskan permainan duit atau head hunting. Mereka mengunakan pelbagai istilah seperti dana, sumbang ikhlas dan banyak lagi. Mereka mengunakan wang/duit sebagai gula untuk menarik minat orang malah mengunakan al quran dan hadis bagi menghalalkannya. Ada yang mendakwa ia untuk membantu sesama Islam la. Ikhlas untuk tolong semasa Islam dan banyak lagi alasan.

Bagaimana pulak dengan Infinity Downline?

Mereka yang teringin nak masuk tu. Fikir dulu la ye. Duit bukan segalanya. Teliti terlebih dahulu sebelum menyertai apa apa program di internet. Terdapat 2 perkara yang patut diberi pertimbangan iaitu undang undang malaysia dan juga agama.Saya sarankan untuk meneliti terlebih dahulu meneliti tentang Isu Syariah Dlm MLM tulisan UZAR dan juga Fatwa MLM Majlis Ulamak Indonesia.

Baca selanjutnya di sini:http://www.shamsuriyadi.com/2010/02/13/infinity-downline-konsep-money-game/

layari masayuahmad dot com, sertai saya untuk pengalaman yang lebih mengujakan


Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t


Akhirnya tercapai juga impian untuk menggunakan masayuahamad dot com, sebagai satu penanda aras kepuasan peribadi. Banyak lagi penambahbaikan yang akan dilakukan.

Insya-Allah beberapa pengumuman lagi akan dikongsi bersama kalian. Secara jujurnya tahun ini memberikan saya banyak peluang dan cabaran baru dalam dunia karier sebagai penulis.

Perjuangan saya baru sahaja bermula, namun matlamat utama yang masih belum kesampaian masih lagi tersemat dalam angan-angan. Cepat atau lambat untuk saya mencapai matlamat tersebut bergantung kepada usaha dan rezeki.

Insya-Allah sekiranya Tuhan sudah makbulkan doa saya, maka cepatlah matlamat tersebut direalisasikan.

Untuk makluman pembaca budiman. Fokus penulisan saya kini adalah bertumpu pada dua fokus berikut.

1. Panduan Kesihatan Dan Kecantikan- Ini adalah kesinambungan pengalaman saya di Dewan Kosmik, Mingguan Wanita dan Rapi. Kebanyakan penulisan adalah memberi fokus kepada kesihatan dan kecantikan.

Lantaran ini sudah diasuh, dibajai dan mula menjadi sebahagian nadi penulisan saya, maka saya teruskan dengan keutamaan ini. Bukan sekadar panduan, malah saya akan berkongsi berkaitan, bisnes kesihatan, kecantikan, karier, motivasi, panduan dan tips dalam aspek kesihatan dan kecantikan.

2. Panduan Bekerja Dari Rumah. Skop ini juga sangat luas selain berkongsi mengenai panduan dan peluang bekerja dari rumah, saya juga akan menyentuh tajuk-tajuk yang sesuai dan memberi informasi yang berkaitan.

-Panduan dan persediaan bekerja dari rumah.
-Peluang dan idea bekerja atau bisnes dari rumah.
-Cabaran, motivasi dan pengaruh.
-Inspirasi mereka yang sudah sukses bekerja dari rumah.


Pemilihan topik kesihatan dan kecantikan adalah berdasarkan penulisan saya dan akan banyak lagi informasi yang akan saya bawakan untuk pembaca.

Panduan bekerja dari rumah adalah cinta hati yang baru, banyak yang masih belum diterokai. Namun info-info yang cuba saya bawakan adalah sesuai dengan trend popular kini, kerana sudah ramai suri yang memilih bekerja dari rumah sebagai pilihan atau profesion idaman.

Salam penuh kasih sayang

http://www.masayuahmad.com/


Nota: Masih ada pembetulan dan penambahan ke atas laman web tersebut, saya cuba untuk memberikan yang terbaik dan lebih banyak informasi yang bermanfaat untuk dikongsi. Insya-Allah.

Siti Khadejah Apparel- keunikan butik online kelengkapan ibadah

Sumber: http://www.sitikhadijah.com/v1/
Kategori: Produk muslimah

Jengah ke sini untuk mendapatkan telekung untuk kegunaan muslimah. Contoh jualan online fokus produk kelengkapan ibadah. Fokus produk hanyalah telekung namun keunikannya memberi tarikan tersendiri.

Laman web Siti Khadijah Apparel ini menyediakan Maklumat Terbaru Koleksi Telekung Siti Khadijah dan Rencana Terkini Team Siti Khadijah Apparel. Telekung Siti Khadijah ini adalah Hadiah Istimewa buat setiap Muslimah.




Tampil Anggun, Selesa, Syariat Dipelihara dengan Telekung Siti Khadijah

Reka Bentuk yang Inovatif pada Bahagian Muka mempunyai ciri-ciri yang memenuhi citarasa pengguna. Pilihan Fabrik dan Material serta Ukuran pada setiap bahagian Telekung telah diselidik dan semakin bertambah baik mengikut citarasa pengguna.


Apa Keistimewaan Telekung Siti Khadijah?

Telekung Siti Khadijah adalah Telekung Inovasi Pertama

Selesa, Praktikal, Berkualiti dan Anggun dalam Satu Pakej

Telekung Siti Khadijah direka mengikut Citarasa setiap Individu

Koleksi daripada Pelbagai Jenis Fabrik

Sesuai untuk Kegunaan Harian sehinggalah Ibadah Haji & Umrah

Pilihan daripada Koleksi Ringkas dan Eksklusif
 




Wednesday, February 17, 2010

Idea kreatif gubahan istimewa-http://twinkywinkystars.blogspot.com

Foto:http://twinkywinkystars.blogspot.com/

Beberapa kali drama mama aka Baizurah meninggalkan jejak di sini, jadi dalam mencuri ruang yang ada beberapa kali saya menjengah blog beliau. Untuk blog pilihan kali ini saya tertarik untuk berkongsi dengan kalian hasil kreatif gubahan suri ini.

Hasil kreatif ini sangat sesuai dijadikan tanda mata sebagai hadiah istimewa sempena kelahiran baru atau sambutan ulang tahun kelahiran. Siapa yang mahu menempah gubahan menarik ini boleh berkunjung je blog beliau.





LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin