Sunday, January 31, 2010

Bengkel Membuat Roti

Tarikh: 6/2/2010

Hari :Sabtu

Lokasi : K SHOP, SEC 11 S ALAM,

Jam: 9 pagi hingga 12 tengahari
BAYARAN: RM50 SEORANG (SARAPAN DISEDIAKAN), Minggu ini belajar semua jenis roti.

Hubungi: Pn. Sarimah-0192867619

Saturday, January 30, 2010

Tiga status, isteri, ibu dan peguam

Peserta ke 8-LATHIFAH ULFA BINTI ISMAIL


Saya memilih untuk menceritakan Cabaran menjadi Wanita Bekerjaya dan Cabaran menjadi Isteri Solehah & Ibu Mithali.


Saya mula bekerja sebagai seorang peguam sebelum saya berkahwin lagi. Setelah berkahwin, suami mengizinkan saya untuk terus bekerja malah beliau menggalakkan saya cemerlang di dalam kerjaya saya. Kata beliau saya perlu mempunyai kerjaya yang stabil sebagai jaminan sekiranya terjadi apa-apa kepada dirinya.

Saya mengendalikan pelbagai jenis perjanjian terutamanya yang melibatkan urusan jual beli hartanah. Kerjaya ini memerlukan saya berurusan dengan pelbagai jens lapisan masyarakat kerana hampir semua orang mahu memiliki rumah tidak kira apa taraf kehidupan mereka. Alhamdulillah kebanyakan klien saya tidak mempunyai pelbagai karenah. Mereka memahami kadangkala ada urusan jual beli tidak berjalan lancar seperti yang diharapkan kerana ia melibatkan banyak pihak dan setiap pihak mempunyai prosedur dan cara kerja mereka yang tersendiri yang perlu dipatuhi.

Namun, ada juga di antara klien saya yang sukar untuk memahami realiti ini. Mereka beranggapan yang urusan jual beli hartanah semudah membeli barangan di pasar atau pun membeli kereta. Mereka inilah yang selalu mendesak kami untuk menyegerakan urusan sedangkan tidak semua urusan dapat disegerakan.

Inilah cabarannya. Biasanya saya akan menerangkan prosedur-prosedur tertentu dengan jelas dan memastikan mereka memahami penjelasan saya. Saya juga memberikan tempoh waktu yang biasanya sesuatu urusan itu dapat diselesaikan dengan memberikan beberapa pengecualian sekiranya timbul masalah-masalah yang tidak diingini.

Saya juga menghadapi cabaran untuk menguruskan staf-staf di pejabat. Sebagai ketua, saya perlu memastikan mereka menjalankan tugas dengan betul dan mengikut jadual supaya apa yang dikehendaki oleh klien dapat dijalankan sebaik mungkin. Setiap seorang staf saya berlainan dengan yang lain dan saya berhadapan dengan mereka menggunakan cara yang bersesuaian denga karektor mereka. Biasanya sekiranya mereka menghadapi masalah untuk melakukan sesuatu kerja, saya akan berbincang dengan mereka dan akhirnya kami akan mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Menjadi wanita bekerjaya dan di dalam masa yang sama juga seorang ibu dan isteri memberikan cabaran yang tersendiri. Memandangkan anak-anak saya masih kecil, mereka sangat rapat dengan saya dan mahukan segala perkara saya yang lakukan untuk mereka walau pun kami mempunyai pembantu rumah. Contohnya sebaik sahaja saya pulang ke rumah, mereka mahu saya bermain dengan mereka, menyuapkan mereka makan apabila saya makan (walau pun sebenarnya mereka sudah makan bersama pembantu sebelum itu), memandikan mereka dan sebagainya.

Walaupun letih, saya menganggap ini sebagai cabaran. Saya tahu mereka kesunyian dan merindui mama mereka sepanjang ketiadaan saya di rumah. Justeru dengan masa yang terbatas, saya cuba untuk memenuhi permintaan mereka. Saya akan memandikan mereka dan menyiapkan mereka di waktu pagi sebelum saya ke pejabat dan apabila pulang, saya akan mengajar mereka membaca Iqra’ dan mengulangkaji pelajaran sekolah. Kemudian, saya akan menidurkan mereka dimana kadang-kala saya juga turut tertidur bersama. Kini, saya juga mula mengajardan menggalakkan mereka untuk berdikari terutamanya untuk menguruskan diri sendiri.

Di dalam masa yang sama, saya juga turut membantu suami dengan urusan perniagaan beliau. Saya cuba untuk meluangkan masa sekurang-kurangnya 1 jam sehari untuk menjaga kedai supaya beliau dapat berehat sebentar. Sebenarnya apa yang suami saya perlukan adalah sokongan dan kefahaman daripada seorang isteri di dalam cita-cita beliau untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya suatu hari nanti.

Saya bukanlah superwoman yang mampu untuk menjalan kesemua peranan saya sebagai isteri, ibu dan pekerja dengan cemerlang. Saya akui masih terdapat banyak kekurangan di sana sini. Tetapi dari masa ke masa saya cuba untuk sentiasa memperbaiki diri. Di masa-masa terluang, sambil-sambil menidurkan anak atau di awal pagi sebelum Subuh, saya cuba untuk membaca bahan-bahan bermanfaat dan melayari blog-blog yang berkaitan dengan keibubapaan dan panduan wanita bekerjaya. Alhamdulillah saya bertemu blog Diari Naufal yang saya rasa banyak memberi panduan dan tip-tip berguna kepada orang seperti saya.

Mudah-mudahan Allah SWT akan memudahkan urusan saya di rumah dan pejabat juga ketika bersama masyarakat sekeliling kerana matlamat saya adalah untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.Amin.

Karnival Karangkraf

Friday, January 29, 2010

Bagan Lalang





Roti bakar dan roti telur untuk sarapan pagi.


                         http://www.rfg.com.au/images/bbs/static/menu_2005/big_breakfast.jpg


Teks: Masayu Ahmad

Lama sungguh saya tidak berceloteh di sini, alhamdulillah sudah menjejaki hari-hari terakhir bulan Januari, saya merasakan tersangatlah laju masa bergerak. Saya masih dalam mood, kerja, kerja, kerja. Kesibukan saya turut dirasai anak-anak. Jadual tidur semua berubah, manakan tidak saya berjaga, kanak-kanak riang turut berjaga. Sangat tidak bagus.

Masak pun jenis masakan yang cepat dan mudah. Hampir setiap hari menu cekodok, nasi goreng, hari ini baru ada variasi sedikit. Roti dicelup telur dan dibakar untuk kanak-kanak riang dan sandwich telur untuk saya.

Insya-Allah bulan Mac, keadaan akan kembali normal.  Hari ini sudah berlangsung karnival karangkraf, hasrat di hati mahu ke sana berjumpa teman-teman lama, apakan daya hajat tak sampai. Esok juga saya ada sesi perbincangan bermula jam 10 pagi hingga 1 tengahari.

Aktiviti aerobik taman sejak habis bulan raya tahun lepas belum bermula lagi, pengajarnya sangat sibuk dengan bisnes. Rancangan mahu berlari-lari dengan roha sekitar taman juga tergendala.

Petang semalam, kami berjaya juga mengeluarkan peluh. Dua mak dara terkedek-kedek memukul bulu tangkis depan rumah. Mulanya mahu main dalam pagar sahaja memandangkan rumah kami sebelah-menyebelah.

Kami ke laman depan, sebab anak-anak mahu mengiringi ;D. Seronok juga mengeluarkan peluh, barulah badan terasa lega. Treadmill saya, sekarang jadi perhiasan sahaja, selalu mengingatkan diri mahu berlari awal pagi, ingatan hanya tinggal ingatan.

Cepat bosan

Saya ini boleh dikategorikan individu yang cepat bosan dengan keadaan statik, jadi perlu pelbagaikan aktiviti barulah meriah. Saya melihatkan ciri ini pada Hakim (anak yang sulung), dia cepat bosan jika melakukan aktiviti yang sama, jadi saya faham sangat sebabnya hampir sama dengan karektor saya.

Berlainan Arif (nombor 2), sangat tekun dan boleh kusyuk sesuatu perkara dalam tempoh yang lama. Arif boleh sahaja melayan http://www.starfall.com/ dalam tempoh yang lama tanpa jemu. Dia tidak kisah apa yang berlaku sekeliling, hanya asyik dengan monitor sahaja.

Thursday, January 28, 2010

Santai sekejap


Teks: Masayu Ahmad

Tak dapat pergi, berangan dulu pun jadilah. Kepenatan yang amat sangat sejak dua minggu ini. Orang kata sibuk tahap dewa ;D. Melayan kepenatan sambil menikmati tempat-tempat idaman dulu. Banyak kekangan dan urusan sebelum mahu cuti-cuti Malaysia. Saya suka pilih bukan masa cuti sekolah, tidak bersesak-sesak dan orang pun tidak ramai. Jomlah cuci mata dahulu, nanti mahu sambung kerja lagi.;D



Angin sepoi-sepoi berbahasa, seronokkan sambil baca buku. Lepak-lepak ambil udara segar.


Sudah lama tidak tenggelam timbul dalam air.


Panorama yang memukau


Cantik kan.


Kalau mahu santai di sini, sila lah klik ke sini.

Wednesday, January 27, 2010

100 cara promosi dan tingkatkan trafik- Ebook percuma


Sertai saya di Fans Page MasayuAhmad.com



Saya ini bukanlah selebriti atau sesiapa yang penting, tetapi matlamat utama adalah berkenalan dengan kalian dengan lebih rapat di alam maya.

Pengkhususan saya kini berdasarkan di dua blog ini.

1.Panduan Kesihatan & Kecantikan (http://www.masayuahmad.blogspot.com/)

2. Panduan bekerja dari rumah (http://www.naufalsayang.blogspot.com/)

Justeru itu saya menjemput kalian untuk bersama saya, tujuan

1. Mengeratkan ukhwah.
2. Membentuk rangkaian dan jaringan wanita bekerjaya, surirumah, wanita bekerja di rumah, juga bakal usahawan dan usahawan

3. Bertukar-tukar pandangan.

4. Terus kemukakan persoalan, sama-sama berkongsi idea untuk meningkatkan lagi kualiti sebagai wanita dan muslimah

Terima kasih kepada yang sudah menyertai di Fans Page FB.

Saya sudah pun memulakan satu tajuk Salam perkenalan di petak' discussions FB', jemput kalian ke sana untuk lebih dekat dengan saya.

Tunggu Ketibaan 4 Gelombang Besar

1. Revolusi Internet.

Pengguna internet dunia diramal akan bertambah berlipat kali ganda, dari kurang 500 juta kepada 1.5 bilion. Menurut World Stat, jumlah penguna internet di Malaysia kini adalah 14.9 juta orang. Ia adalah 59% daripada jumlah penduduk di Malaysia! Amat merugikan jika anda tidak memanfaatkan peluang keemasan ini. Jika anda menfokuskan perniagaan internet anda di Malaysia sahaja pun sudah memadai. Trends pembelian dan penajaan di internet pun akan meningkat. Adakah anda sanggup melepaskan potensi perniagaan yang sebegini besar?

Jutaan pengguna internet tercari-cari cara mudah dan murah tanpa memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi bagi memulakan perniagaan internet. Kita di HPA sudah mempunyai prasarana yang dimaksudkan walaupun sistem yang digunakan sedia ada tidak secanggih sistem yang digunakan oleh MLM Besar di Amerika Syarikat. Namun, kami percaya ia adalah permulaan yang baik. Tidak dinafikan penambah-baikan kepada sistem sedia ada akan diteruskan oleh kami di DuniaHerba.net atau HPA sendiri di masa akan datang.

Kita sekarang berada di ambang zaman ledakan maklumat. Syarikat-syarikat yang mengamalkan cara lama melakukan perniagaan akan ketinggalan zaman dan perlahan-lahan lenyap ditelan zaman. Syarikat akan datang ialah satu komputer dan ANDA.

2. Revolusi Perniagaan dari Rumah

"Kita sedang berubah dari masyarakat pengurusan kepada masyarakat keusahawanan" - John Naisbitt.

Dengan keadaan ekonomi yang tidak berkembang, pasaran saham yang lemah dan pemberhentian kerja yang berleluasa, kepopularan perniagan dari rumah (Home Based Business) semakin meningkat. Jumlah perniagaan dari rumah dijangka berkembang dari kurang 40 juta kepada 95 juta dalam masa 2 tahun akan datang. Dari jumlah 1% orang kaya, 3 dari 4 orang berjaya mengumpul kekayaan melalui perniagan sendiri.

Adakah anda mengimpikan kebebasan dan potensi menjana pendapatan tiada had melalui perniagaan dari rumah? Lihat statistik berikut dari kajian yang dibuat di Amerika Syarikat mengenai perniagan dari rumah;
1. 86% pemilik perniagaan dari rumah lebih gembira menjalankan sendiri perniagaan mereka.

2. 84 % mencadangkan bekerja dari rumah kepada kawan-kawan mereka

3. 20% dari mereka menjana US100 – 500K tahun lalu.

4. 29% bekerja di rumah dengan kaum keluarga.

5. 76% yakin perniagaan dari rumah mereka akan berkembang (terus).

DuniaHerba.net melalui program HPA Autodownlines memudahkan kita semua untuk memperkembangkan perniagaan dari rumah samada secara sambilan atau sepenuh masa (memulakan perniagan sendiri).

3. Dentuman (kebangkitan) Industri Makanan Kesihatan

Menurut Paul Zane Pilzer, lebih ramai jutawan akan dicipta melalui Industri Makanan Kesihatan berbanding dengan kebangkitan industri hartanah di tahun-tahun lapan puluhan atau ledakan internet pada tahun sembilan puluhan.

Di dalam buku beliau yang terkenal "The Next Trillion" dan "The Wellness Revolution" beliau telah mengenal pasti Industri Makanan Kesihatan akan menjadi penggerak serta penyumbang utama ekonomi dunia dan sektor ekonomi yang akan menjadi penyumbang utama bagi menghimpun kekayaan.

HPA melalui DuniaHerba.net boleh membantu anda untuk mengambil kesempatan dari kebangkitan atau dentuman industri makanan kesihatan ini kerana produk HPA kebanyakannya merupakan produk makanan kesihatan. Di tambah dengan penggunaan elemen HERBA di dalam kebanyakan produk HPA, sesuai dengan frasa "Back to Basics" yang sedang popular di seluruh dunia.

Industri Makanan Kesihatan berkembang dari 0 pada tahun 1990 kepada 200 Billion pada hari ini. Pilzer meramalkan pada tahun 2010 industri ini akan mencapai nilai jualan sebanyak US 1 trillion dan dia juga percaya pemasaran bertingkat (multi level marketing) adalah cara terbaik menyebarkan maklumat mengenai produk baru di pasaran seperti yang dilakukan melalui MLM HPA sekarang ini. Dengan konsep MLM ini, tahukan anda penjualan Kopi Radix (killer product HPA) telah meningkat kepada RM5 juta sebulan dalam masa yang sangat singkat?

4. Di samping 3 gelombang besar di atas, sebagai seorang Muslim, kita tidak boleh ketepikan Gelombang ke 4 iaitu Gelombang Islamisasi.

Sebagai seorang Islam kita biasa mendengar akan kebangkitan Islam sebelum dunia ini kiamat. Dari segi penghayatan nilai-nilai Islam, kita boleh lihat dengan ketara akan kebangkitan Islam dalam kehidupan seharian kita sekarang ini. Buktinya cukup mudah. Lihat saja kehidupan kita berkeluarga. Kalau 30 tahun dahulu, ramai kaum wanita tidak bertudung tetapi sekarang ini amat jarang kita dapati kaum wanita keluar rumah tanpa memakai tudung.

Dalam kehidupan bermuamalat pula, kepopularan perbankan Islam sudah terbukti dengan kewujudan dan perkembangan Bank Islam sejak ditubuhkan 25 tahun dulu. Sekarang ini setiap bank konvensional sudah mempunyai cawangan bank Islam masing-masing. Bank-bank asing seperti HSBC dan Standard Chartered pun tidak mahu ketinggalan dan sudah menubuhkan cawangan bank Islam mereka.

Kalau dulu orang Islam tidak membeli insuran kerana faktor riba' tetapi sekarang Syarikat Takaful sudah tidak asing lagi kepada setiap orang Islam. Banyak lagi contoh islamisasi di bidang muamalat Islam umpamanya zakat, wasiat, pajak gadai dan sebagainya. Setiap bidang tersebut telah menunjukkan peningkatan kefahaman dan penghayatan yang sangat ketara.

Gelombang seterusnya ialah Barangan Halal 100% yang diusahakan oleh orang Islam sendiri. Barangan Halal yang saya maksudkan termasuklah makanan harian, makanan kesihatan dan barangan keperluan harian seperti ubat gigi, alat solek, sabun pencuci dan sebagainya. 12 tahun dulu jualan bulanan HPA hanya sekitar RM200,000 tetapi sekarang sudah mencapai RM15 juta. Sasaran HPA pada tahun 2010 adalah untuk mencapai RM20 juta. Lihatlah peningkatan jualan tersebut.

Faktor utama peningkatan ketara ialah kesedaran betapa pentingnya membeli barangan halal yang dikeluarkan 100% oleh orang Islam sendiri ditambah dengan kaedah pemasaran rangkaian bertingkat (MLM) yang telah terbukti berjaya dan berkesan. Dalam suasana perang di Palestine sekarang ini, telah mencetuskan kesedaran baru yang membuak-buak untuk memboikot barangan Israel yang berselindung di sebalik jenama USA yang terkenal.

Apakah alternatif kita di Malaysia ini? Inilah masanya yang paling sesuai untuk kita mempromosikan HPA. Inilah bezanya MLM HPA dengan MLM yang lain yang terdapat di Malaysia khasnya dan rumpun Nusantara amnya. MLM HPA bersangkut paut dengan nilai spiritual yang tidak boleh dipisahkan dengan jiwa setiap orang Islam sejati. Ia bersangkut paut tentang kehidupan abadi selepas kematian di dunia ini. MLM HPA adalah satu perjuangan seorang Muslim sejati, bukan sekadar mencari keuntungan semata-mata.

Keempat-empat gelombang di atas insyaAllah pasti akan datang dan kita tidak boleh lari darinya. Kenapa kita tidak mahu mengambil manfaat darinya?


Nota: Paul Zane Pilzer is an economist, entrepreneur, college professor and the author of eight best selling books. He attended Lehigh University, graduating in three years and he received an MBA from the Wharton School in 1976. He served as a professor at New York University for 21 years and he worked as an economic advisor in two presidential administrations.

JANA PENDAPATAN BERSAMA HPA


Sumber: http://www.duniaherba.net/



Menara HPA bernilai RM54 juta di Seksyen 13 Shah Alam telah siap untuk digunakan pada bulan Mac ini. Bermula Mac 2010 ini juga bermulalah penghijrahan Ibu Pejabat HPA dari Kompleks AlWahida di Jejawi Perlis ke Menara HPA di Shah Alam Selangor.





CIRI-CIRI PRODUK HERBA HPA:
  • Dikilangkan mengikut standard “Good Manufacturing Practice” (GMP).
  • Diluluskan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Diiktiraf HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
  • Menggunakan 100% herba.
  • Tidak mengandungi sebarang bahan kimia.
  • Tidak mengandungi steroid.
  • Melepasi ujian had kandungan logam berat. 
  • Melepasi ujian had Mikrob.
  • Melepasi ujian had kecairan.
  • Berkesan dan mujarab, bersih lagi suci.

Antara Produk Popular Keluaran HPA- Lihat di sini senarai produk: http://www.duniaherba.net/produk.asp

Ayam Organik, Sate Organik, Aiskrim Toyyibah, Kopi Radix, Set Bersalin, Coklat Radix,Syampu Pegaga
Sabun Susu Kambing, Deodorant Radix,Centella White (set kosmetik) Minyak Zaitun Air Mineral Cola Radix,Sarsi Radix ,Koko Radix, Bedak Talkum Berus Gigi Ubat Gigi Biskut Radix Lotion Cereal Radix Kismis Minda Habbatussauda Madu Asli Minyak But-but Kordial Kurma Kordial Mangga Kordial Pegaga Roselle Minyak Kelapa Dara Sos Kicap Tepung Goreng RFC dan bermacam-macam lagi.


JANA PENDAPATAN BERSAMA HPA-Daftar online di sini


Apa yang anda perlu lakukan ialah:

Pertama sekali anda perlu menjadi ahli HPA melalui DuniaHerba.net.

Kedua, anda perlu membeli produk HPA setiap bulan (50 Nilai Mata adalah syarat minima untuk layak mendapat bonus) di mana-mana stokis atau cawangan HPA seluruh Malaysia. Atau anda juga boleh membeli secara online melalui DuniaHerba.net. Rujuk disini. Guna, amal produk HPA yang anda telah beli. Anda juga boleh menjual jika mahu.

Langkah ketiga, promosi web replika anda (contoh: www.duniaherba.net/userid_anda) secara online di internet sama ada melalui emel, forum, chat, iklan teks, banner atau apa jua cara sekalipun untuk mendapatkan downline.

Dengan terlaksananya kesemua langkah di atas, anda akan menerima bonus setiap bulan daripada pihak HPA. Makin banyak anda menaja, makin besarlah bonus anda.

Jadi Ahli HPA –> Beli & Guna Produk HPA –> Menaja Menggunakan Web –> Terima Bonus

Daftar Online di sini


PLAN PEMASARAN HPA

Adil & Sukses

HPA menggunakan kaedah pemasaran yang berkesan untuk memastikan semua produk HPA dipasarkan ke seluruh Malaysia dan mencapai hasrat untuk menguasai pasaran global.

Berikutan dengan itu, HPA telah menubuhkan syarikat pemasaran sendiri iaitu Al Wahida Marketing Sdn. Bhd. pada 1 Februari 1996 dengan No. Pendaftaran 376131-A.

Mendapat lesen di bawah Akta Jualan Langsung dari Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, berfungsi untuk memasarkan produk HPA melalui konsep sistem Multi-Level Marketing (MLM).

Ia merupakan satu kaedah dan strategi yang cukup berkesan untuk memperkenalkan produk-produk kepada pelanggan.



Daftar Online di sini

KEAHLIAN DUNIAHERBA.NET
1. Keahlian DuniaHerba.net terbahagi kepada dua iaitu KEAHLIAN PERCUMA dan VIP.

2. KEAHLIAN PERCUMA bermaksud anda menyertai DuniaHerba.net secara percuma dan tidak upgrade keahlian anda dengan modal berbayar. Ia juga belum mengesahkan lagi anda menjadi ahli HPA secara rasmi. Kami tidak benarkan anda untuk melakukan penajaan secara online selagi anda belum upgrade kepada keahlian VIP.
3. KEAHLIAN VIP ialah pendaftaran berbayar dan secara rasminya anda menjadi ahli HPA melalui rangkaian DuniaHerba.net. Untuk upgrade kepada VIP, sila login web dan klik pada menu Upgrade VIP dan lakukan bayaran sebanyak RM 30 + RM 5/10/15 (kos penghantaran Kit Niaga HPA) ke mana-mana akaun Admin. Sila rujuk harga kos penghantaran dan no akaun Admin pada Menu Upgrade VIP. Isi maklumat pembayaran selepas bayaran dibuat.

Daftar Online di sini





http://www.kedairakyat.com

http://www.kedairakyat.com/




Kedai Rakyat adalah satu program bermuafakatan untuk memperolehi barangan runcit secara berencana. Inisiatif terbaharu oleh Yayasan Pembangunan Nur Hikmah selepas kejayaan MangkukTingkat.com dan BondaMama.com . Melalui program ini Yayasan Pembangunan Nur Hikmah melaksanakan penjenamaan semula (rebranding) kedai-kedai runcit dengan memberikan wajah dan inspirasi baru.


Tanpa mengubah atau menganggu sistem pengurusan atau akaun sesebuah kedai runcit Yayasan Pembangunan Nur Hikmah meletakkan mereka dibawah satu jaringan yang dinamakan Kedai Rakyat. Kedai-kedai runcit ini kemudiannya diberikan wajah dan nama baru bagi mengujudkan satu imej yang menjadikan mereka berada dibawah satu rangkaian kedai runcit yang terbesar di Malaysia.

Rangkaian Kedai Rakyat kemudiannya akan menawarkan barangan keperluan tetap pelanggan untuk dibeli dengan harga yang lebih rendah dari harga pasaran berserta imbuhan-imbuhan lain seperti mata ganjaran dan diskaun khas. Pelanggan perlu mendaftar sebagai Ahli Kedai Rakyat dan pendaftaran adalah PERCUMA.

Pelanggan kemudiannya boleh membeli barangan keperluan mereka secara online. Bayaran dibuat kepada Yayasan Pembangunan Nur Hikmah yang bertindak sebagai Urusetia.

Peruncit kemudiannya akan dihubungi oleh Urusetia untuk menerima pesanan barangan pelanggan beserta bayaran. Peruncit akan segera membuat penghantaran barangan yang dipesan terus kepada pelanggan.

Nazira.biz di Wanita Hari Ini (WHI), siaran Khamis minggu hadapan

Teks: Masayu Ahmad
Foto: Koleksi http://www.nazira.biz/



Nazira.biz adalah salah satu penaja hadiah untuk peraduan buku inspirasi. Pemiliknya kini bertugas sebagai peneraju program dan penyampai di radio 24.

Saya mengenali Nazira atau mesra dipanggil G, ketika kami sama-sama bertugas di Karangkraf  beberapa tahun dahulu. G dahulu bertugas sebagai wartawan di Majalah Rasa, kini beralih kepada bidang penyiaran. Apa yang saya kagum tentang beliau, dalam kesibukan bekerja masih lagi aktif berniaga. Nazira.biz sudah pun menjalani pengambaran untuk salah satu slot dalam  rancangan Wanita Hari Ini (WHI) TV3.

Akan disiarkan pada Khamis (4 Februai), 12 - 1 tengahari.






www.kedairakyat.com


Berminat Menyertai Franchise BondaMama ?

 Anda berminat untuk membuka taska atau tadika ? BondaMama boleh membantu
merealisasikan cita-cita anda. Hadir ke Taklimat BondaMama pada hari

Ahad 31 Januari 2010 jam 2.00 petang di Yayasan Pembangunan Nur Hikmah,

16-3, Jalan Mesra Niaga, Taman Mesra, 43000 Kajang, Selangor. Hubungi

Puan Norlela 03-8733 2411 untuk mendaftarkan kehadiran anda kerana tempat adalah terhad. Layari http://www.bondamama.com/ untuk maklumat lanjut.
 
 

 
BondaMama adalah satu konsep baru dalam mengujudkan pusat asuhan dan juga pusat pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia. Mula diperkenalkan pada awal Oktober 2008 oleh Yayasan Pembangunan Nur Hikmah. Asuhan BondaMama adalah sebuah pusat jagaan kanak yang berumur 0 hingga 4 tahun sementara BondaMama Kids Center adalah pusat pendidikan awal kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Pengalaman kami selama lebih 30 tahun dalam mengendalikan program-program pembangunan serta kecemerlangan anak-anak akan menjadikan BondaMama sebagai pusat perkembangan kanak-kanak yang terunggul di Malaysia. Jangan lepaskan peluang untuk mendaftarkan anak-anak anda di BondaMama yang berhampiran anda
 

 
Berminat Menyertai Franchise BondaMama ?


Skim Franchise BondaMama menyediakan peluang untuk anda memiliki dan menguruskan pusat asuhan serta pusat pendidikan awal kanak-kanak anda sendiri. Yayasan Pembangunan Nur Hikmah (YPN) menyediakan berbagai perkhidmatan bagi merealisasikan impian anda. Kami mempunyai pakar-pakar yang berpengalaman yang mampu menukar premis anda kepada sebuah pusat asuhan dan pusat pendidikan awal kanak-kanak. Kami juga akan membantu anda memahami tentang peluang-peluang didalam bidang asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak.

Cupcake Untuk Tempahan Di Kemaman - http://yatiezainibakingcupcake.blogspot.com/

Sumber: http://yatiezainibakingcupcake.blogspot.com/

Sebarang tempahan:


yatiezaini@yahoo.com.my

sms / call : 019-9539926












Menu cepat dan mudah untuk orang sibuk, order dihttp://www.packmelove.blogspot.com/

http://www.packmelove.blogspot.com/





















Nota: Saya masih menunggu karangan Bahasa Melayu Tingkatan Lima dari Ely. Jadi saya tidak mahu ulas lanju lagi, selepas ely siapak entri promosi, baru saya ulas tentang ini. ;D

Karnival Karangkraf


Riuh-Riuh PTS


Tuesday, January 26, 2010

Pesta Buku Antarabangsa 2010-Monday 22st - Friday 26th



Kuala Lumpur International Book Fair


Organised by the Ministry of Education, Malaysia through the National Book Council (MBKM), together with the Malaysian Book Industry Council that comprises of the major players of the local book industry, KLIBF is definitely of the major events in the global publishing calendar. Now in its 29th year, KLIBF provides a networking opportunity to meet with the local and international publishing community.

Over 1 million visitors attend the KLIBF every year. It is the perfect place for book lovers to get the latest books and promotions from publishers around the region. Book launches, seminars, conventions, and lots of other activities are in place to suit all levels of the reading community.

What's new in KLIBF 2010

For KLIBF 2010, several firsts are introduced. The first Guest of Honour was unanimously awarded to the state of Melaka.

Another first is the establishment of a "Trade Fair" section, specially dedicated for local and foreign trade exhibitors and visitors to encourage exchanging of publishing and distribution rights for the benefit of the local book industry players.

The "Trade Fair" will be held at the Tun Razak Hall 2 (across the river) during the 5 working days of KLIBF (Monday 22st - Friday 26th). Opening hours are from 10.00am to 7.00pm. Only trade visitors are allowed access to the trade area.


KLIBF 2009 Facts & Figures

Categories of books:

General titles, Philosophy & Psychology, Religion, Social Sciences,

Languages, Natural Sciences & Mathematics, Technology, Art,

Literature, Geography & History


Participation:

124 local publishers

29 foreign publishers

36 local government agencies

3 foreign government agencies

Countries:

Australia, Brunei, Egypt, India, Indonesia, Iran, Laos, Philippines, Turkey, UK, USA, Vietnam

No. of Booths: 665

No. of Visitors: 1.5 million visitors

Past Visitors' Record:

KLIBF 2006 - 700,000 visitors

KLIBF 2007 - 1,000,000 visitors

KLIBF 2008 - 2,200,000 visitors

Monday, January 25, 2010

Luahan dan air mata Fahrin Ahmad

Terharu juga melihat air mata lelaki, boleh tengok di fans page Fahrin Ahmad.

Panduan memulakan usaha di rumah



Teks: Masayu Ahmad

Tiada istilah kaya cepat sekelip mana


Banyak program kini yang cuba memujuk sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan cepat, mudah dan wang besar. Tiada jalan singkat, usaha mudah dan kejayaan sekelip mata. Semuanya memerlukan usaha, ketekunan, minat, semangat, cintakan ilmu baru, doa dan tawakal. Tanyalah mana-mana ikon yang sudah berjaya sekalipun tiada yang mudah.

Biasanya mereka yang cepat membuka mata, mahu jalan yang singkat akan kembali dengan kekecewaan dan sikap putus asa. Jika berusaha dan berusaha lagi, masih ada kegagalan, perlu kembali semula ke landasan asal, muhasabah kembali apa yang sudah dan telah dilakukan. Mengapa doa belum dimakbulkan.

Kadang-kadangkala disebabkan keterujaan luar biasa, masing-masing terburu-buru tanpa usul periksa. Itulah lumrah, terkejar-kejar mahu cepat dan mudah sahaja.

Panduan memulakan usaha di rumah
• Kenalpasti kemahiran, minat, hobi.

• Cari ikon yang sudah berjaya mengikut bidang contohnya dalam bidang masakan, jahitan, sulaman, bisnes online dan sebagainya. Ikut cara ikon tersebut berusaha.

• Berusaha berada dalam jaringan yang mempunyai minat yang sama\

• Kuasai pengurusan cekap rumahtangga.

• Kuasai pengurusan masa 24 jam.

• Buat senarai kerja harian (to do list, pada malam hari sebelum hari berikutnya.

• Maksimakan setiap jam pengunaan masa.

• Pastikan ada kualiti rehat yang secukupnya, walaupun anda surirumah anda masih dikira bekerja. Mengurus rumahtangga bukan tugas yang mudah.

• Mohon cuti pada suami, tetapkan 1 atau dua hari dalam sebulan.

• Gunakan hari cuti anda untuk rehat di salun, jumpa kawan lama atau apa sahaja untuk pulihkan tenaga dan merehatkan minda.

• Mulakan hari anda setiap hari dengan niat, ini adalah hari terbaik daripada semalam.

Salam penuh kasih sayang. ;D

Sunday, January 24, 2010

KARNIVAL KARANGKRAF 2010



KARNIVAL KARANGKRAF 2010


TEMA: MEMBINA TAMADUN BUDAYA MEMBACA

Tarikh: 29 Januari (Jumaat) hingga 1hb Februari (Isniin) - Cuti Hari WP

Lokasi: Kompleks Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Lot 2 Jalan Sepana 15/3, Seksyen 15, Off Persiaran Selangor, Shah Alam.

Antara Agenda:

- Lucky Draw

- Pertemuan bersama penulis, selebriti, ahli pollitik, anggota NGO, selebriti, VVIP pelbagai bidang dan lain-lain lagi.

Nota: Saya sendiri sudah lama tidak ke sana, sangat rindukan teman-teman dan juga bos-bos.Insya-Allah jika tidak ada aral saya akan sampai juga ke sana. Nasib baik ada FB, kami berjejak kasih dan mudah bertanya khabar perkembangan kawan-kawan lama. Ada yang sudah jadi editor, dan ada juga sudah bertukar ke pelbagai editorial

Biasanya kami tidak akan statik pada satu-satu majalah sahaja, Team Editoriaal berbeza untuk setiap majalah tetapi masih berada di bawah bumbung yang sama.

Masih ingat dahulu, kami beroperasi di Lorong Rahim Kajai, kemudiannya berpindah ke Shah Alam, sangat seronok ketika berpindah ke tempat baru kerana lebih luas, besar dan selesa.

Apapun kini saya masih berhubung dengan rakan-rakan lama, insya-Allah akan sampai ke sana, tetapi belum tahu bila lagi.


Tips bajet untuk rumahtangga

Teks: Masayu Ahmad



1. Memasak untuk anak-anak ke sekolah

Bangun awal dan masak untuk anak-anak ke sekolah. Variasikan menu setiap hari untuk memastikan anak jemu dengan hidangan yang sama. Boleh juga buat banyak, dan anak boleh jual kepada teman-teman yang mahu ambil tempahan.

Contoh ini saya pernah ke satu seminar, antara idea yang dikongsi penceramah, jika isteri beliau membuat bekalan sandwich untuk anak ke sekolah. Sandwich dibuat dalam bekalan yang banyak. Sandwich habis, anak pun belajar mengenai bisnes suka-suka skala kanak-kanak. Wang yang diperoleh disimpan sebagai wang tabungan.





2. Memasak untuk keluarga

Ramai yang merungut tidak sempat masak, anak ramai, kelam kabut waktu pagi dan banyak lagi. Kita kembali kepada pepatah, mahu seribu daya malas seribu dalih.

Buat senarai menu untuk seminggu, dan siapkan bahan mentah pada hujung minggu. Contoh bawang kisar, ikan sudah siap dibersihkan. Pilih menu yang mudah, pantas dan tidak menggunakan masa yang lama. Kemahiran memasak perlu diasah setiap hari, mengikut kemahuan dan keinginan.

Tahu dan kuasai apa masakan yang paling digemari oleh keluarga terutama suami dan anak-anak. Wujudkan satu koleksi resepi menu pagi, petang, malam. Kumpulkan senarai blogger yang suka memasak.

Masak, masak dan masak. Latih, latih dan rujuk. Kemahiran dan kepakaran boleh dikuasai melalui latihan dan rujukan yang berterusan.
Bak kata Kak Ma (AIM) –kak saya sebut nama akak ni ;D
“Orang rajin cari jalan, orang malas cari alasan”
3. Masak menu sihat  masak hanya satu menu utama pada satu masa. Contoh ikan bakar, sayur goreng, ulaman. Untuk sayur goreng hanya boleh guna minyak zaitun, ikan bakar tidak guna minyak, bakar semata-mata.



There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin