Wednesday, December 30, 2009

Sasaran Untuk SAHM & WAHM menjelang tahun baru

Salam tahun baru 1431 Hijrah & Masihi 2010

Memegang status anak, isteri, ibu, pekerja dan ahli masyarakat menjadikan kita perlu memegang amanah dan tanggungjawab yang cukup berat. Wanita versi moden perlu berdepan dengan pelbagai cabaran. Memandangkan tahun baru sudah menjelma, mari kita ubah diri ke arah peningkatan yang lebih baik muslimah moden sejati, isteri soleha dan ibu mithali. Insya-allah

Muslimah moden

Tahu batas-batas seorang isteri apabila keluar bekerja, perlu mendapat izin dan redha suami terutama ketika berurusan dengan lelaki bukan muhrim. Batas-batas perhiasan seorang isteri walau dimana sahaja berada membawa aset seorang suami. Malu, tingkahlaku, bud bicara semunya tersingkap keluar apabila kita mula menonjolkan diri di khalayak. Bengtenglah ia sebaik mungkin, agara kita kekal terserlah sebagai permata yang sentiasa mahal di mata suami dan juga majikan sejati (Allah s.w.t)

Bidadari buat suami

Impian tahun baru perlu realistik dengan tempoh masa, sasaran, usaha dan sokongan yang lain. Kalau tembam, mahu langsing lagi. Tidak pandai memasak, asah lagi kemahiran masak-memasak. Rujukan dan carian google memang banyak memudahkan isteri versi siber. Rakan-rakan alam maya juga banyak yaang memberi tips dan panduan untuk aktiviti masa-memasak. Saya juga masih lagi dalam usaha meningkatkan ilmu masak-memasak

Ibu idola buat anak-anak

Saya selalu membayangkan apabila membasuh atau cebok anak-anak, bagaimana agaknya keadaan mereka ketika dicebok orang lain maksud saya pengasuh atau penjaga. Adakah mereka ikhlas, buat kerana terpaksa atau sebagainay. Selalu mengembalikan semula prasangka baik, semua yang menjaga anak-anak adalah insan mulia yang sanggup berkhidmat ketika ibu bapa keluar bekerja.

Ketika menyuap anak-anak makan, saya terus berfikir, bagaimana agaknya situasi apabila anak-anak makan bersama penjaga. Juga saya kembalikan prasangka baik, mereka (penjaga) sudah ikhlas berkhidmat, jika tidak masakan sudi menjaga anak-anak kecil. Semoga anak-anak yang tidak dijaga dan diasuh sendiri oleh ibu mereka, sentiasa dilindungi malaikat pengiring dan juga Yang Maha Kuasa.

Bakal penghuni syurga atau neraka

Setiap hari setiap detik, apa sahaja yang kita lakukan akan dicatat dikiri dan di kanan. Baik buruk walau sebesar zarah akan dihitung, ditimbang dan diadili. Apakah saya sudah melakukan yang terbaik untuk hari ini. Bermula fajar menyinsing, matahari terbenam. Adakah saya sudah melakukan segala yang diperintahkan? Ilmu yang diamalkan, doa buat ibu bapa, sedekah jariah dan amalan-amalan yang lain. Sangat takut mengenangkan ini. Penghuni syurga atau neraka, hanya ada dua pilihan ini.Masih banyak kekurangan dan dosa untuk menghuni syurga, tetapi jelas sekali sangat takut jika menjadi ahli neraka.

Wahai Tuhan aku tak layak untuk ke syurga mu
Tetapi aku tidak sanggup untuk ke neraka

Bunga-bunga mekar menjelang tahun baru

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
Salam penghujung tahun masihi 31 Ogos 2009. Lama saya tidak mencoret dan meluah rasa di sini. Apa khabar suri sekalian. Terima kasih sudi bertandang, walau tidak meninggalkan jejak.

Semoga tahun baru hijrah 1431 dan juga masihi 2010 memberikan kita lebih tenaga, kesihatan, motivasi, dorongan dan semangat untuk berusaha mencapai apa sahaja matlamat.

Matlamat saya sebagai anak, mohon yang Maha Esa diberikan ruang dan kesempatan untuk terus berbakti kepada ayahanda tersayang. Masih banyak khidmat yang perlu saya hulurkan.

Menjengah ke kampung beberapa hari lalu, hati rasa begitu sayu melihat ayahanda yang semakin dimamah usia. Dia tidak lagi secergas dahulu. Ternyata saya sebagai anak begitu lalai dengan kehidupan, masih banyak yang perlu saya usahakan agar dapat membahagiakan ayah lewat penghujung usia. Sangat bersyukur, memandangkan ayahanda tidak ada sebarang penyakit.

Dirinya ceria selepas anak cucu sampai. Hakim dan Arif seperti biasa akan dibawa pusing kampung. Hati saya tidak begitu gembira sebenarnya meninggalkan ayahanda di kampung. Puas dipujuk untuk tinggal bersama saya, biasalah orang tua mahu juga berada di rumah sendiri.

Ayah kini ditemani adik lelaki yang bongsu dan juga Puteri Arora. Namun saya tidak boleh mengambil mudah akan kebajikan ayah, semoga saya masih berpeluang memberi khidmat terbaik buat ayah. Jasa dan pengorbanan ayah tidak sama sekali terbalas. Saya masih berusaha untuk memberikan yang terbaik.Insya-Allah.

Ya Allah
Kupanjatkan kesyukuran dengan nikmatmu
Tidak terhitung setiap persatu

Ya Allah,
Maha Pemurah
Lagi Pemberi Rezeki
Limpahkan kurnia
Berkati kehidupan kami

Ya Allah
Padamu aku memohon
Penuh harapan
Jadikan aku anak yang soleha
Kuatkan kudratku
Untuk terus berbakti
Jadikan aku anak yang mengenang budi

Ya Allah
Berikan kesempatan untuk terus berkhidmat
Jangan biarkan aku lalai

Ya Allah
Berikan keberkatan dalam kehidupan kami
Kesihatan terbaik buat ayahanda
Kekalkan dalam iman sehingga penghujung nyawa

Salam penuh kasih sayang,

http://www.masayuahmad.blogspot.com/

Patience and fortitude conquer all things. -Emerson-

Tuesday, December 29, 2009

Ke Mana Wang Anda? Buku Pilihan Peraduan

Nampaknya masih ramai yang bercuti-cuti hujung tahun. Alhamdulillah saya sudah sampai dengan selamat. Sayu rasa hati meninggalkan ayahanda di kampung. Tahziah juga buat Salwa, http://ibukauthar.com/blog/
 ayah beliau mengalami kemalangan dan keadaan agak kritikal juga. Apabila ditimpa musibah atau ujian, sudah tentunya kesabaran akan teruji. Buat Salwa sabarkan hati, semoga ayah sal cepat pulih ya.

Saya belum menerima apa-apa respon sempena Peraduan Buku Inspirasi 2010. Mungkin semua orang masih dalam mood bercuti. Mungkin juga terma dan syarat agak ketat, (kemungkinan saya akan longgarkan sedikit terma dan syarat. Kerana benar-benar mahu hadiahkan buku ini. Ok, mari kita selongkar pengisian salah satu buku pilihan berikut.


Anda perlu memiliki buku ini jika anda mahu:


- BEBAS daripada masalah kewangan pada masa hadapan

- BEBAS daripada belenggu hutang

- MENAMBAH pendapatan diri dan keluarga

- TAHU tentang risiko jika pendapatan meningkat
- MENCAPAI matlamat kewangan dari mula bekerja hingga bersara

- JAMINAN kewangan

- TIP mengurus wang pinjaman pengajian tinggi dengan bijak

- BELAJAR mengawal perbelanjaan

- MERANCANG kewangan keluarga

- TIP merancang perbelanjaan untuk anak sejak lahir hingga dewasa

- MENDIDIK anak jimat berbelanja

- TAHU cara bijak berbelanja untuk persiapan raya

- PANDUAN merancang perbelanjaan majlis perkahwinan

- MELABUR secara bijak

- MENAMBAH pengetahuan tentang pengurusan kewangan dengan lebih Islamik


KANDUNGAN BUKU
BAHAGIAN 1 – MERANCANG KEWANGAN

Merancang Kewangan Dalam Fasa Kehidupan

Menyiapkan Peta Perjalanan Kewangan

Pendapatan Yang Berkat

Berlatih Mengurus Wang Sendiri

Merancang Wang Pinjaman Pengajian Tinggi

Suami Sebagai Pemberi Belanja

Isteri Sebagai Pengawal Bajet Keluarga

Naik Gaji Naik Pelaburan



BAHAGIAN 2 – MENGURUSKAN PERBELANJAAN

Berapa Lama Ringgit Berada Di Poket?

Semewah Manakah Diri Anda?

Survival Dalam Keadaan Serba-serbi Mahal

Taubat Daripada ‘Dosa’ Kewangan

Duit Bolos Di Depan Mata

Ayuh ‘Diet’ Belanja!

Boleh Jadi Jutawan Tanpa Rokok

Tingginya Kos Untuk Makan!

Belanja Makan Di Luar Biar Patut

Belanja Raya Yang Berpada

Wang Masuk Dan Keluar Seusai Raya

Merancang Percutian Keluarga

Merancang Keperluan Kenduri-kendara

Polisi Takaful Hantaran Kahwin Era Terkini

Miliki Rumah Dengan Kaedah Selesa



BAHAGIAN 3 – PELABURAN UNTUK ANAK-ANAK

Belanja Untuk Anak-anak

Sediakan Polisi Takaful Untuk Anak Bakal Lahir

Melabur Untuk Masa Depan Anak

Pemilihan Instrumen Kewangan Anak-anak

Pelaburan Saham Vs Saham Akhirat

Masa Untuk Melabur Ke Atas Anak-anak

Roti Goreng Dan Air Masak

Terapkan Congak Orang Niaga Kepada Anak-anak

Permainan Untuk Celik Kewangan Anak-anak



BAHAGIAN 4 – HIDUP SELESA TANPA HUTANG

Banyak Hutang Hati Bimbang

Bebas Dari Belenggu Hutang

Imbangi Status Hutang Anda

Awas! Perangkap Hutang

Kad Yang Lebih Berkat

Pembiayaan Semula Pinjaman Perumahan

Risiko Apabila Pendapatan Meningkat



BAHAGIAN 5 – PELUANG TINGKATKAN PENDAPATAN

Menjana Ekonomi Keluarga

Berhijrahlah Sekarang Juga!

Mendapatkan RM Yang Lebih

Jangan Lepaskan Peluang

Peluang Dan Risiko Melabur

Tip Mengurus Perniagaan Di Rumah



BAHAGIAN 6 – PERSEDIAAN MASA DEPAN

Wang Masa Depan

Konsistenlah Menabung

Sediakah Anda Untuk Bersara?

Merancang Untuk Persaraan

Lindungi Diri Daripada Risiko Kewangan

Takaful dan Pelaburan Sama Penting

Langkah Awal Untuk Pulangan Masa Depan

Sudahkah Menulis Wasiat?

Sunday, December 27, 2009

Adam Bersama Tiga Naufal


Adam & Aiman

Adam & Aiman lagi


Gambar ini ketika sambutan Hari Lahir Adam yang ke-dua yang diadakan semasa bulan syawal. Adam anak kepada sahabat baik (Azlin) ketika di tingkatan dua dan tiga. Selepas itu kami terputus hubungan kerana Lyn melanjutkan pelajaran di sekolah teknik. Lama juga kami tidak berhubung lantaran masing-masing punya cita-cita dan impian yang berbeza. Namun walauu hanya dua tahun bersama, kebetulan kami sama-sama pelajar baru semasa di Kelas Khas 2A, saya masuk kelas hari ini, esoknya Azlin baru masuk kelas. Jadi sama-sama berstatus pelajar baru pada masa tersebut.

Jika berjumpa memang tidak cukup masa untuk bersembang, namun Azlin antara teman rapat yang saya anggap lebih daripada teman biasa. Saya ada beberapa teman rapat semasa di sekolah dan juga universiti. Jika berjumpa memanglah tidak cukup masa, tetapi dunia siber kini semakin membantu untuk merapatkan semula hubungan yang dulu hilang dibawa arus masa.

Saya kini bersiaran di kampung halamann, sangat seronok menghirup udara segar pantai. Sudah berapa hari tidak membuat entri baru. Nampaknya masih ramai yang bercuti-cuti Malaysia.

Nota 1: Buat Ely & Ida, Insya-Allah saya akan hantar buku kalian selepas saya sampai di rumah. Lusa sudah bertolak pulang. Malam saya bertolak ke Kelantan baru menerima  alamat Ely, jadi mahu hantar kedua-duanya serentak.

Nota 2: Enam peserta dalam senarai pemenang top 12, Peraduan Buku Inspirasi 2009, akan dimasukkan dalam Projek Penulisan A. Saya hanya memilih enam calon terawal yang menghantar gambar sebagaimana yang sama mohon.

Nota 3: Enam peserta lagi akan dimasukkan dalam Projek Penulisan B. Buat anamarza saya belum hantar lagi hadiah saguhati. Isnya-Allah habuan anda tetap ada.


Wednesday, December 23, 2009

Panduan urus kerja rumah


Teks: Masayu Ahmad


Tips surirumah hebat


Kerja surirumah tidak pernah habis 24 jam 7 hari bekerja. Tetapi anda boleh meletakkan had dan batas dalam setiap pergerakan waktu. Seimbangkan jadual kerja rumah, aktiviti anak-anak, untuk suami dan untuk diri sendiri.

Apabila anda merasakan kepenatan, sakit mata melihat sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak dicuci, kain baju banyak yang tidak berlipat. Rasa letih dan marah apabila kemas di sini, di sana berselerak, kemas di atas di bawah pula lintang pukang.


Apabila menghadapi situasi ini apa yang perlu dilakukan.

Amanah vs pahala

Bekerja juga adalah satu amanah, majikan kita sudah tentunya Dia, yang maha kuasa. Betapa sayangnya pada wanita kerana banyak memberi ruang dan pahala berlipat ganda. Setiap apa yang dilakukan setiap hari akan siap sedia dicatat oleh Malaikat di sebelah kanan. Tetapi jika kita buat dan kita merungut, sudah tidak ada keikhlasan di situ, macamana majikan mahu bagi upah yang sewajarnya jauh sekali bonus.

Ibaratnya seorang pekerja yang produktif yang sentiasa patuh pada arahan bos, setiap apa yang bos arahkan, pasti dibuat dengan penun teliti dan tekun. Oleh kerana prestasi yang bagus, bukan sahaja dapat kenaikan gaji malah dapat bonus pula.

Surirumah yang terisi

Bagaimana pula kita sebagai surirumah memang banyak peluang yang diberikan majikan untuk mendaptkan gaji yang lumayan (pahala) dan juga bonus (mahu masuk syurga). Betapa tidak sememangnya banyak ruang dan peluang yang perlu diraih. Tidak semua wanita yang bernasib baik untuk berada di rumah. Tidak semua juga yang sanggup untuk menguruskan sendiri anak-anak. Sedangkan mengandung sembilan bulan sanggup, menyusu penuh selama dua tahun sanggup, tatapi menguruskan anak-anak tidak berapa sanggup.

Kesesuaian mengikut masa

Kecekapan untuk menjadi wanita dan surirumah yang efisien ada juga garis panduannya. Garis panduan yang jelas sudahpun diberikan oleh majikan kita yang sebenar (Allah s.w.t). Daripada sekecil-kecil urusan sehinggalah sebesar-besar urusan. Tinggal sahaja lagi kita perlu mencari, mempraktik, memilih kesesuaian mengikut gaya hidup masing-masing.

Ada surirumah gemar basuh kain tetapi tidak berapa gemar lipat kain (saya lah tu). Ada yang gemar memasak tetapi tidak rajin basuh pinggan mangkuk belanga (saya juga). Jadi apa tindakannya.

Saya buat dahulu perkara yang saya kurang gemar sebagai senarai keutamaan yang perlu disiapkan. Seterusnya barulah lakukan perkara yang saya suka. Ini memudahkan dan melapangkan fikiran. Apa tidaknya saya tidak dapat bekerja dengan senang hati selagi kain baju tidak diuruskan.

Tidak sempat dan amat sibuk

Saya juga sebagaimana wanita lain, jika terlampu banyak senarai yang perlu diurus, kain baju akan diasingkan dalam tiga bakul berlainan mengikut kategori. Bakul-baku akan disusun cantik dalam sebuah bilik. Rumah rasa lapang tanpa ada pemandangan kain berselerak dan timbunan pakaian yang tidak dilipat. Apabila ada masa yang sesuai pada waktu sibuk, saya curi masa mengambil bakul A. Begitulah seterusnya, bakul B, C. Alih-alih semua sudah dilipat. Tetapi saya juga masih mencari formula dan meningkatkan diri dalam ilmu kemahiran rumahtangga. Saya bukan contoh terbaik, tetapi berkongsi kadangkala memberi kita idea. Setiap surirumah mempunyai cara masing-masing menguruskan rumahtangga.

Ada juga suri yang gemar membuat pilihan sama ada hujung minggu atau hari-hari tertentu sebagai hari melipat pakaian atau menggosok.

Setiap hari boleh peruntukkan 10 minit untuk menyiapkan tugasan pasal kain. Jika sudah lebih daripada masa yang ditetapkan, tangguhkan dahulu tugasan tersebut dan bergerak ke tugasan lain. Tetapi jika anda sudah cekap menggunakan 10 minit setiap hari, maka ianya akan sebati. Perubahan akan berlaku setiap masa namun kecekapan boleh dilatih setiap hari mengikut kemahuan dan keinginan diri.



Menu dalam pantang

Teks: Masayu Ahmad





Selalunya apabila berpantang, kerapkali wanita yang bersalin didedahkan dengan banyak pantang larang mengenai makanan yang sesuai. Kurangnya pendedahan menyebabkan ramai yang kekurangan zat dan tenaga semasa menjalani pantang.

Apa yang sepatutnya adalah masih boleh mengambil makanan yang seimbang namun jenis sumber yang diambil perlu lebih jelas kegunaan manfaatnya.

Sumber protein

Sumber protein yang baik boleh diambil daripada sumber ikan. Ini membantu anda mendapat zat yang cukup. Manakal kaedah penyediaan boleh dipelbagai sama ada rebus, memanggan atau kukuh. Pilih kaedah mengikut citaras atau pelbagaikan menu setiap hari. Barulah anda tidak jemu dan masih menikmati hidangan walaupun dalam pantang

Baca selanjutnya di http://www.masayuahmad.blogspot.com/ (Panduan Kesihatan & Kecantikan)

Permulaan hari penuh tenaga

Teks: Masayu Ahmad

Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirrahmanirrahim

Salam buat suri sekalian, agaknya kini semua orang dalam suasana bercuti, saya masih lagi dalam suasana kerja. Insya-Allah akan jika tidak aral melintang akan berangkat pulang juga ke kampung. Tetapi blog ini akan bersiaran seperti biasa. Saya juga bukan dalam mood cuti yang sebenar, bercuti sambil bekerja. Bukan bawa minda yang kosong, tetapi bersama himpunan kerja yang perlu disiapkan mengikut tarikh akhir.

Bermula awal pagi saya sudah sibuk menyiapkan kelengkapan anak dan juga membeli sarapan. Sempat juga goreng nasi untuk sarapan pagi, hanya beli kuih muih sahaja. Perbincangan tadi bermula sekitar jam 10 pagi, jadi saya keluar awal jam 8.40 dan tiba ke destinasi 9.30.
Dua sesi perbincangan berlansung, sesi pertama sekitar jam 9.40 hingga 11 tengahari, dan yang kedua 11 tengahari hingga jam 12 tengahari. Alhamdulillah harapnya segala perancangan berjalan dengan lancar.




Berehat ambil tenaga

Selesai jam 12 tengahari saya memecut laju pulang ke rumah. Sangat rindu akan kanak-kanak riang walau hanya tinggal setengah hari. Kepala rasa berat, sebabnya sudah masuk angin. Sebab pagi tadi mahu cepat, saya hanya minum sampai terlupa mahu makan sedikit. Biasa saya akan makan sebagai alas, tadi agaknya mahu cepat.

Selepas pulang, saya mandi air dingin, sunguh menyegarkan. Kemudian sambung tidur untuk pulihkan badan dan tenaga. Inilah bezanya kalau kerja sendiri, penat boleh tidur dulu, kerja sambung kemudian ;D. Tetapi pastikan produktiviti konsisten walaupun berehat. Sambil memeluk Aiman kami sama-sama lena. Mulanya layan Aiman borak sekejap. Si tembam lena, saya pun turut sama hanyut.

Alhamdulillah bangun tadi, badan saya kembali segar. Nasib baik kanak-kanak riang memberi kerjasama. Terima kasih buat Cik Ha tempat anak-anak menumpang teduh setengah hari.

Dua penerbit untuk dua peraduan

Ini rezeki pengikut blog ini, alhamdulillah sambil berbincang saya masukkan juga mohon tajaan untuk pengikut dan pembaca blog ini. Saya harapkan hubungan kita tidak akan habis di sini, selain berkongsi dan memberi panduan setakat mana yang mampu, saya juga ingin memberi buah tangan sebagai tanda ingatan bahawa anda tidak pulang kosong apabila menziarah saya di sini.

Akan ada dua peraduan berasingan, satu di blog ini iaitu tajaan buku dari penerbit Galeri Ilmu. Manakala satu lagi akan berlangsung di blog http://www.masayuahmad.blogspot.com/.  Saya mahu seimbangkan penulisan artikel di kedua-dua blog ini.

Panduan di blog ke dua saya, hadian tajaan buku yang menarik juga, iaitu dari penerbit PTS. Masih lagi mencari buku-buku yang sesuai, tetapi sudah ada buku pilihan semasa sesi perbincangan tadi. Bukan satu, tetapi tiga buku juga. Lebih ramai yang terlibat, lebih ramai yang dapat manfaat. Jika anda gemarkan penulisan kesihatan dan kecantikan, bolehlah mula-mula meninjau ke sana juga, nanti peraduan akan belangsung serentak. Rezeki ini saya mahu berkongsi bersama-sama kalian.

Salam penuh kasih sayang

Keletihan


Tuesday, December 22, 2009

Tiga buku inspirasi untuk Contest 2010

Penaja Hadiah Untuk Contest 2010 adalah seperti berikut:

Teks: Masayu Ahmad

Ada tiga hadiah utama dan tiga atau 10 hadiah penghargaan

1. Penaja Buku

Buku motivasi islami untuk wanita http://www.galeriilmu.com.my/blog/?page_id=35
Pilihan 1


Pilihan 2


Pilihan 3


Pilihan 4


Pilihan 5


Pilihan 6


Pilihan 7


Pilihan 8

Bantu saya pilih tiga yang paling menarik dan sesuai untuk contest!

Saya hanya sekadar menunjukkan contoh sahaja, belum buat keputusan mahu pilih yang mana satu.
Bolehlah anda mula klik-klik ke galeri Ilmu untuk melihat-lihat buku idaman hati. Boleh cadangkan pada saya tiga buku pilihan untuk hadiah
Pertama, Kedua, dan Bonus, sila klik pada URL yang saya sertakan.
Mana tahu apa yang dicadangkan menjadi milik kalian.

2. Penaja tudung


Produk Muslimah dari nazira.biz http://www.nazira.biz/

Nota: Tarikh peraduan dan terma dan syarat akan disiarkan pada tahun baru. Insya-Allah.

Nota 2: Ida bersabar ya, Kak Mas akan cuba poskan buku Ida minggu hadapan bersama buku Ely.

Nota 3: Ely, saya masih menunggu Ely emailkan saya alamat rumah. pn.masayu@gmail.com
Sudah tidak sabar mahu pos buku ini. Tak nak ke ? ;D

Monday, December 21, 2009

Herba dan aromaterapi bangkitkan kesegaran minda & tenaga

Teks: Masayu Ahmad
Baca lagi di http://www.masayuahmad.blogspot.com/

Selalunya wanita semasa menjalani tempoh berpantang banyak kaedah yang digunakan untuk memulihkan dalaman dan luaran. Luka dalaman diubati dengan mengambil ubatan kimia mahupun jenis herba seperti akar kayu, spirulina dan sebagainya.

Jarang sekali atau mungkin kurang pendedahan wanita cuba mengambil inisiatif untuk memberi ruang yang lebih relaks dan mampu membantu kesegaran minda dan tubuh badan. Beberapa tips berikut mungkin boleh membantu;

Aromaterapi

http://www.candlebay.com/CandlePics/Med/596.jpg

Selain mandian herba, bauan aromaterapi juga sangat membantu untuk memulihkan rasa penat yang anda alami. Wanita mahupun lelaki, sememangnya memerlukan rawatan mudah dan murah yang hanya boleh dilakukan di rumah.

Minyak aromaterapi yang hanya berharga RM5 dan juga beka pembakar tanah liat (seperti dalam gambar) juga berharga RM5. Anda hanya perlu menitiskan beberapa titis sahaja minyak aromaterapi dan campur sedikit air. Apabila kepanasan mula mereseap, bauan tersebut akan mula berserakan di dalam ruang atau bilik.

Kaedah ini boleh digunakan oleh wanita dalam pantang dan juga boleh diletakkan di bilik utama bilik tidur. Pastinya tidur anda nyenyak dengan bauan harum yang menyegarkan minda.

Baca selanjtnya di sini http://www.masayuahmad.blogspot.com/

Sunday, December 20, 2009

Transit anak-anak ketika ibu berurusan diluar

Teks: Masayu Ahmad

Foto:http://www.ebizcounsel.com

Bismillahirrahmanirrahim

Salam hari Isnin buat suri sekelian.

Untuk tips hari ini, kebiasaannya ada beberapa pilihan penjagaan anak-anak untuk ibu bekerja di rumah. Keadaan ini berlaku, apabila anda ingin berurusan di luar jika ada mesyuarat, bertemu pelanggan, menghadiri kursus dan sebagainya.

Pusat jagaan harian

Anda boleh membuat tinjauan dan perbandingan beberapa tempat pusat jagaan harian. Pastikana anda ada senarai pusat jagaan pilihan, no tel untuk dihubungi. Ini memudahkan untuk anda jika ada mesyuarat yang dilakukan secara segera (emergency case). Jadi pada malam hari boleh menelefon pengurusan pusat jagaan untuk memastikan dan memudahkan anda untuk meninggalkan anak-anak untuk hari-hari yang diperlukan.

Jiran tetangga

Ada juga jiran-jiran yang menyediakan perkhidmatan pengasuh atau menjaga anak-anak kecil. Anda perlu menjaga hubungan baik jiran tetangga untuk memudahkan anda meninggalkan anda. Anda perlulah memberitahu awal niat anda, agar jiran bersedia menerima kehadiran anak-anak. Dalam kes saya saya ada dua talian hayat (bantuan), satunya jiran belakang rumah dan satu lagi jiran sebelah rumah. Ini sudah dimaklumkan dari awal dan perlu menerangkan keluar jam berapa dan pulang jam berapa.

Suami

Bantuan suami sangat diperlukan terutama jika anda ada urusan luar pada hari minggu. Jalan terbaik adalah suami yang menguruskan anak-anak pada waktu hujung minggu. Jika urusan anda perlu dilakukan pada hari bekerja, maka pilihan yang lain seperti pusat jagaan atau jiran boleh dijadikan pilihan.

Adik beradik

Dalam kes tertentu, sekiranya ada adik-beradik yang sukarela ingin menjaga anak-anak anda sekejap, tidak menjadi masalah. Bukan sahaja boleh menjaga hubungan silaturrahim malah anak-anak juga lebih selesa dan selamat dengan keluarga sendiri.

Kes saya

Saya pernah menggunakan semua perkhidmatan di atas. Untuk hari ini, saya menggunakan khidmat adik. Sekejap lagi kami akan berangkat ke Subang dan seterusnya saya akan terus ke destinasi saya atas urusan kerja.


Salam penuh kasih sayang


You cannot create experience. You must undergo it. -A Camus-

Saturday, December 19, 2009

Teknik cepat dan sihat untuk suri bekerja di rumah

Teks: Masayu Ahmad

Selalunya apabila bekerja di rumah ada tiga perkara yang menjadi keutamaan iaitu urusan kerja, urusan rumahtangga dan urusan anak-anak. Ianya perlu dirancang dan perlu dilakukan mengikut turutan atau teknik cepat dan pantas.

Ok, untuk hari ini saya bagi panduan mudah cepat dan sihat memasak sambil bekerja.

Untuk pilihan memasak yang cepat dan masih lagi mengekalkan menu sihat kita boleh menggunakan kaedah membakar, mengukus dan merebus. Sajian cepat, mudah dan sihat. Bagi yang kurang mahir memasak jangan putus asa, kemahiran anda boleh ditingkatkan dengan melakukan banyak kali sehingga anda berjaya dan mampu menguasi kemahiran memasak untuk keluarga.
Masak nasi


Masak nasi mudah sahaja kan, basuh dan masukkan dalam periuk. Boleh ditinggalkan begitu sahaja.
Lauk

Untuk pilihan ikan dan atau ayam. Boleh gunakan oven khas uantuk membakar lauk pauk. Saya menggunakan jenis oven yang boleh membakar ikan, roti, ayam dan daging, bakar kuih bingka juga.
Masukkan ikan dan setkan masa sama ada lima atau 10 minit. Boleh ditinggalkan begitu sahaja juga. Tak perlu susah payah menggoreng, jimat masa dan sajian lauk yang menyihatkan kerana menggunakan kaedah bakar tanpa minyak.
Sup


Biasanya ada anak-anak kecil, sup boleh masakkan siap-siap awal pagi atau malam hari. Jadi boleh panaskan dalam periuk elektrik yang ada tulis untuk panaskan (warm). Jadi boleh tinggalkan sahaja juga.

Jadi anda boleh gunakan masa lima hingga 10 minit sahaja pada waktu tengahari untuk menyiapkan tiga menu di atas. Kita memang mengejar masa dan pengurusan masa memang penting walaupun berada di rumah.

Sekian sahaja untuk tips hari ini.

Salam penuh kasih sayang

http://www.masayuahmad.blogspot.com/

Patience is concentrated strength. -Bulwer-Lytton-

Top 12 peserta Peraduan Buku Inspirasi

ILA SKROL KE BAWAH UNTUK ENTRI TERBARU

1. Suhaili Bt.Punali


2.Nur Hidayah Nazahiyah Bt Erham


3
4
5
6. Faziatun Nisa'





7.Normi Bt. Mat Yusof





8.
9. Zubaidah Bt. Arbai'





10. Kak Chik



11.
12.

Nota 1 :Saya masih menunggu 6 lagi peserta yang lain. Mohon hantar sebelum atau pada 21 Disember 2009. Bas akan bertolak selepas tarikh 21 Disember 2009.

Nota 2: Gambar dan jawapan peserta akan dimasukkan dalam Projek Penulisan 'A'. Insya-Allah saya akan maklumkan apa dia projek penulisan tersebut apabila sudah tiba masanya.

Nota 3: Saya akan mengubahsuai atau penyuntingan semula jawapan anda berdasarkan jawapan yang diberikan berdasarkan tajuk artikel sama ada dalam blog pilihan atau dimasukkan dalam Projek Penulisan 'A' saya.

Nota 4: Bagi peserta yang tidak sempat menghantar gambar, saya akan menggunakan apa yang ada sahaja. Sekiranya anda mempunyai blog atau produk, saya akan memilih yang sesuai sahaja.

Nota 5. Segala kerjasama yang diberikan, saya ucapkan ribuan terima kasih. Mohon maaf di atas segala kekurangan bagi pihak saya selama kita berhubung dan selama peraduan ini berlangsung.

GIVEAWAY IRFANKU SAYANG




NOTA: Saya ingin membantu promosi GIVEAWAY IRFANKU SAYANG  anjuran http://nurshahfamily.blogspot.com/. Jemput ke blog Nur ya.

http://nurshahfamily.blogspot.com/2009/12/giveaway-irfanku-sayang.html

Terma & Syarat

1) Mesti jadi follower nurshahfamily & dnurboutique & nur-jusmate5
2) Buat satu entri khas bertajuk " GIVEAWAY IRFANKU SAYANG"
3) Letakkan banner pada sidebar & link
4) Teka hadiah apa dan bagi pendapat you hadiah untuk Muhammad Irfan Hazim sempena sambutan kelahiran pertamanya

5) Add link nurshahfamily & dnurboutique & nur-jusmate5 dlm blog list you all
6) Tinggalkan jejak pada ruangan komen.

Hadiah ditaja oleh dnurboutique & nur-jusmate5

Nasi berlauk pembuka selera

Teks: Masayu Ahmad

Foto:http://media.photobucket.com



Foto:http://jilc-makassar.com

Bismillahirrahmanirrahim,

Salam hari Sabtu 19 Disember 2009 bersamaan 2 Muharam 1431.

Segar udara pagi ini, angin sepoi-sepoi sampai ke bilik saya. Usai solat subuh tadi, saya buka luas-luas pintu utama. Agar masuk segala nikmat Allah bersama rezeki. Sudah fikir semalam hari ini mahu masak nasi berlauk. Bukan ikan tongkol tetapi gulai ikan kembung. En.suami yang minta, sebab saya dah lama tak masak gulai ikan kelantan.

Jadinya semalam segala bahan sudah en.suami beli. Cili padi pun sudah dibuat stok dua minggu, dalam satu bekas besar. Memanglah en.suami kurang seleranya kalau tak ada cili padi atau sambal lada panggilan Kelantannya. Stok kopi radix tidak ada, jadi hanya teh o panas sahaja. Kuih hari ini, saya buat lagi kuih bakar untuk kanak-kanak riang. Memang sangat suka, petang semalam sekejap sahaja habis diangkut Hakim, Arif dan Aiman. Malam tadi minta lagi. Mintalah nak, mudah sahaja nanti ibu buat lagi. Bukan minta emas permata pun, minta kuih bakar sahaja. Alhamdulillah.

Jadual sepanjang tahun

Saya tidak kemana-mana, jadual kerja sangatlah tidak membenarkan saya ke mana-mana. Alhamdulillah saya masih komited dengan keadaan ini. Insya-Allah tahun ini semoga saya tidak dibelengu sifat malas, lebih bersemangat dan bermotivasi. Sekitar Januari ada 2 seminar yang besar dan 1 kursus yang perlu saya sertai. Ianya sangat penting dalam kelansungan karier saya. Salah satu seminar itu, memang saya tangguh dari beberapa bulan yang lepas, memang ada sahaja aral yang datang. Tetapi tidak mengapa, tengok nanti kalau ada kelapangan dan peluang.



Hari Isnin, 21 hb pada sebelah petang, ada satu sesi perbincangan juga dan perlu ke Kota Damansara. Saya akan bawa bersama kanak-kanak riang. Pastinya mereka gembira sebab boleh jalan-jalan. Saya akan tinggalkan mereka sekejap di rumah adik, kemudian akan memecut dengan laju ke destinasi.

Hari Rabu 23, hb saya ada satu lagi mesyuarat/perbincangan. Perbincangan ini berlangsung sekitar 10 pagi, jadi kanak-kanak riang akan transit sekejap di mana-mana pusat jagaan. Sekejap sahaja jam 8 hingga 12 tengahari. Mereka mungkin akan menangis sekejap, selepas itu ok sahaja. Beginila jadual saya sekiranya ada apa-apa urusan yang berlangsung pada hari bekerja, tetapi sekiranya hujung minggu, ayahnya lah yang mengambil giliran.

Apa yang saya sibuk-sibukkan ya? Agak-agak boleh teka tidak? Sampai masanya saya akan terangkan satu persatu kisah di sebalik tabir ini. Selebihnya saya suka agar kalin membuat andaian sendiri. Tetapi itulah jadual bagi wanita yang bekerja di rumah seperti saya. Sibuk juga tetapi sibuk yang boleh diurus. Sibuk juga, tetapi keluarga tetap menjadi perkara yang paling diutamakan. Apa yang pasti saya gembira dengan keadaan ini dan ini adalah pilihan muktamad saya. Keluarga dan karier, kedua-duanya penting tetapi apa yang lebih penting kepuasan.

Perkembangan anak-anak


Saya sudah mula menyimpan sebahagian mainan. Penat saya mengemas dan sudah menjumpai teori saya sendiri berdasarkan permerhatian dan keadaan anak-anak sehari-hari. Saya memutuskan hanya tiga jenis permainan satu hari. Boleh pilih mengikut kesesuaian.

Pagi hari sebelum kanak-kanak riang bangun saya perlu menyiapakan dahulu apa yang patut seperti memasak dan mengemas. Apabila mereka bangun mereka akan segera mengacau saya. Jadi disebabkan waktu pagi adalah waktu terbaik untuk fokus, saya biarkan sahaja monitor dengan siaran http://www.starfall.com./ Ini menjadi satu kelaziman setiap hari. Hakim akan menguasai tetikus (mouse spec), jadinya dia juga akan melakukan dua paparan pada skrin. Satu boleh tengok upin dan ipin dan satu lagi sambil belajar di starfall. Memanglah kanak-kanak di zaman siber sangat cepat penaakulannya. Perhati dan buat. Salah satu aktiviti yang saya sembunyikan dari Hakim, bagaiman simpanan semua bahan-bahan saya, kalau tidak. Habislah ;D.

Apa tidaknya selepas saya bangun dari duduk, dia akan menyambung.
“Ibu pergi, Hakim nak buat kerja.” Sambil tangannya dengan laju mengetik-ngetik keyboard, kononya sedang menulis dan berfikir dengan pantasnya.

Aduhai anakku sememangnya pemerhatian mu sangat tajam dan peka.

Dia sudah tahu mencari starfall melalui internet explorer, tidak perlu tulis, sebab disitu sudah ada tertulis starfall. Kemudiannya hanya perlu ‘klik’ sahaja.

Jika tidak dia buka sahaja pada laman web naufal, memang sudah ada capaian di situ.

Anak-anak suka memerhati dan pastikan pemerhatiannya terarah pada sesuatu yang positif kerana mereka akan mengaplikasinya dengan pantas sekali.

Kini Aiman mula menguasai komputer utama. Sangatlah marah kalau saya cuba-cuba mahu tunjuk.

“Tok leh.” Sambil mulutnya yang muncung dan pipinya yang temban. Marah kalau saya cuba tunjuk macamana mahu gerak-gerak mouse dan klik. Dia sudah pandai klik tetapi gerakan mouse itu masih kurang tetap dan fokus. Ke sana dan ke sini dan tidak terkena pada sasaran. Jika tidak dia akam panggil semula ibu.
“Bu, bu, tok leh, tok leh.” Si pipi tembam ini akan memanggil-manggil saya kerana dia tidak berjaya. Ibu segera berkejaran sebab tahu nanti pipi tembam ini akan bising dan mula menangis.
Arif sepenuhnya sudah berdikari, sudah tahu memilih yang mana dia suka dan tidak. Jika tiada Hakim, maka Arif akan mengemudi komputer utama bersama Aiman setia di sisi.

Selepas boring tengok upin dan ipin dan starfall. Mereka akan bergerak keluar melihat tv dan sambil itu akan sambung membuat sambungan ABC. Petak-petak ABC yang warna-warni yang besar-besar itu memang saya sengaja beli. Selain melatih kreativiti ianya juga memudahkan mereka mengenal ABC.
Petak-petak ABC itu ada yang dibuat bentuk empat segi besar, buat jejantas yang panjang, ada juga bentuk zip zap dan mengikut kreativiti mereka. Petak-petak ABC ini akan berada banyak lokasi, jika saya naik ke atas, semua sekali akan di bawa bersama. Jika solat di bilik utama, juga akan dibawa bersama. Akan disambung-sambung keliling kaki katil. Sesudah siap mereka bertiga akan merosakkan sambungan petak yang sudah siap, dengan kiraan 1,2,3. Dengarlah gelak ketawa kanak-kanak riang.
Alif Ba Ta


Kebetulan juga pc lama saya ketika di univerisiti dulu masih boleh dipakai. Jadi en.suami melatakkan di ruang bersebelahan bilik utama. Pada waktu makgrib memudahkan saya solat, kanak-kanak riang akan menyanyi-nyanyi alif ba ta bersama muzik. Jadi tidak akan mengganggu saya. Sangat mujarab.

Barani tanpa gagal
Waktu petang atau pagi, mereka akan bermain-main basikal di laman, melompat, memanjat jeriji besi. Sudah namanya anak-anak lelaki memang lah lasak. Ada satu hari tu, saya kusyuk di dapur, Sudah siap sepinggan keropok goreng, saya bentangkan tikar di laman depan, mereka akan bersila dan makan seperti berkelah. 10 minit kemudian tidak ada.

Rupanya, sangat cantik. Hakim bersila bersama Arif menjamu selera di atas bumbung kereta. ;D, Mahu marah jadinya saya rasa mahu gelak. Tapi saya tahan-tahan ketawa, nanti Hakim ingat saya tak marah. Siap bekas air semua di bawa naik. Mereka panjat melalui bahagian depan kereta, kerusi dijadikan alas pemijak. Alahai anakku gelagat kalian menduga sabar ibu.
Salam penuh kasih sayang

I am not afraid of storms, for I'am learning to sail my ship -LM Alcott-

Jom pekena kopi radix dan keropok lekor, memang terangkat








Surirumah vs Seri Ummah,

Penulis Bersama: Masayu Ahmad & Norudin Deraman


Apa yang membezakan surirumah dan seriummah. Sangat banyak dan jauh berbeza.

Surirumah :Hiasan rumah semata

Surirumah gemarkan sekali menghabiskan masa mencari waktu yang sesuai untuk keluar membeli belah, berlibur bersama rakan-rakan dan teman. Di hatinya sangat gemar dan mempunyai perancangan yang dirasakan ‘surprise’ untuk keluarganya. Sambutan ulangtahun perkahwinan sangat perlu baginya. Jika tidak dirai, membuatkan hatinya tidak tenteram dan duka nestapa

Seri ummah :Cinta Agung buruannya, sederhana pegangannya

Lain pula suri ummah gayanya cukup sederhana. Segalannya hanya kerana kecintaan pada Maha Esa, cinta agung yang menjadi buruannya. Segalanya sederhana, maharnya murah namun benihnya subur. Melahirkan srikandi pejuang islam yang perlu mewarisi kegemilangan agama Allah.

Surirumah : Tekadnya mahu gah di mata dunia

Surirumah gemar sekali akan ilmu-ilmu yang boleh membahagiakan jasadnya. Buruannya hanya kemilau dan keenakan dunia yang lazimnya membuatnya di hanyut. Acapkali dirasanya dirinya yang terbaik dan bijak laksana. Egonya tinggi, usah ditegur. Kerana apa sahaja yang dia pelajari, mudah akalnya menerima. Namun itu hanya ilmu keduniaan yang diburu semata. Dunia perlu baginya agar dia gah nampak bijak bistari.
Seri Ummah :Penuh Ilmu di dada
Seri ummah, dia mahukan terbaik buat diri dan keluarga.  Ilmu dunia  dicari, akhirat tidak dilupa. Berjaya di dunia, akhirat juga. Tidak kedekut mencurah ilmu, merendah diri sentiasa.

VCR: Dambaan Muslimah Sejati

Friday, December 18, 2009

Dilema Su Berhenti Kerja Atau Tidak

Nota: Setelah membaca luahan Su ini, saya harap kalian semua boleh memberi sokongan dan kepada Su berupa kata-kata semangat. Bantu Su dalam dilema yang dihadapinya agar beliau mampu membuat pilihan tepat untuk diri dan keluarganya. Ini mungkin salah satu bantuan yang tidak seberapa agar Su bangkit semula dan kembali bersemangat sempena tahun baru ini. Mudah-mudahan. Sila ke sini.

Hasrat untuk berhenti kerja telah saya suarakan kepada beberapa orang kenalan dan juga ahli keluarga. Bermacam-macam pendapat yang saya terima. Rata-rata tidak bersetuju dengan hasrat saya itu. Mungkin ramai yang kurang jelas kenapa dan mengapa saya berhasrat untuk berhenti. Untuk berterus terang kepada semua orang, mungkin tidak rasanya. Ianya hanya membuka kepincangan pengurusan di pejabat saya yang juga akan memalukan saya. Paling tidakpun saya hanya berkata 'Nak duduk rumah pulak, jaga anak-anak'.


Saya senaraikan beberapa pandangan yang saya terima tentang hasrat saya berhenti kerja ni.

Dari seorang Ustazah :

Tak sayang ke? Ada kawan saya, juga nak berhenti kerja, saya tanya dia balik 'Kalau laki kau cari lain, macammana? Kalau kau bercerai macammana? Kalau laki kau mati macammana?Anak-anak kau kecil lagi. Jangan berhenti'. Termenung saya sekejap mendengar hujah seorang Ustazah. Begitu jauh pandangan negatif seorang Ustazah. Tiada nada positif untuk menasihatkan kawan. Saya jawab balik 'Ustazah, saya berfikiran positif untuk berhenti kerja ni. Kalau kita fikir negatif macam yang Ustazah cakap tu, akan negatiflah jadinya'. Pada mulanya saya fikir Ustazah ni akan mengalu-alukan hasrat saya untuk menumpukan pada rumahtangga, tapi sebaliknya.

Dari kawan-kawan :

Tak boring ke nanti duduk rumah aje. Kan dah biasa kerja. Saya jawab, 'Boring atau tidak terpulang pada kita. Banyak aktiviti kita boleh buat, bukan sekadar duduk rumah menunggu suami dan anak-anak balik atau memerhati pusingan jam'

Dari adik beradik/saudara mara :

Tidak memberi komen kerana keputusan di tangan saya. Dan mereka juga tahu situasi saya. Tapi ada juga yang cakap 'Bertahanlah kat tempat kerja tu, selagi boleh bertahan'

Dari anak-anak :

Tidak bersetuju kerana nanti kawan-kawan tanya ibu kerja apa? Jawabnya surirumah. Lagi satu nanti jadual ibu berubah. Saya kata nanti jawab dengan kawan-kawan, ibu kerja dengan abah sebab abah yang bayar 'gaji' ibu setiap bulan. Ha ha ha... anak-anakpun suka tengok ibunya berkerjaya.

Dari suami :

Abang tak kisah. Terpulang pada Su.
Secara peribadi memang saya sangat sayang kepada syarikat tempat saya bekerja sekarang. Saya sudah sebati dengan kerja-kerja di sini. Tapi bayangkan telah 10 tahun tiada kenaikan gaji langsung kepada semua kakitangan. Saya rasa benar-benar tidak dihargai oleh majikan. Ramai rakan-rakan sekerja yang telah terlebih dahulu berhenti kerja. Tiga empat tahun masa zaman gawat mungkin masih boleh bertahan. Tapi sekarang ekonomi agak memberangsangkan. Kenapa gaji masih di takuk lama.
Saya pula masih boleh bertahan sehingga ke hari ini kerana saya tak boleh berhijrah ke tempat lain. Rumah saya di sini. Dan Alhamdulillah saya juga tiada tanggungan yang berat dan masalah kewangan yang kritikal. Gaji saya hanya untuk keperluan saya. Segala perbelanjaan rumah, anak-anak, bil telefon, kereta, rumah dan segala-galanya dijelaskan suami.

Semoga Allah memberi petunjuk dan jalan kepada saya dalam membuat apa juga keputusan.

Kalian boleh terus ke blog Su.

Tiga kunci persediaan bekerja di rumah

Teks: Masayu Ahmad
Pengurusan masa





Pengurusan Kewangan



3. Ruang kerja/ work station


Saya letak gambar dulu, nanti saya sambung ya. Mahu temankan en.suami sarapan dulu.
Nota: Saya dalam proses membiasakan diri menggunakan aplikasi baru blogspot yang sudah dinaiktaraf. Pastinya kalian juga kan! Masih kekok lagi sebenarnya. Kejap lagi saya sambung lagi ok.
Salam Maal Hijrah 1431
Semogaa tahun ini memberikan kejayaan yang melimpah ruah
http://www.masayuahmad.blogspot.com/

Azam gaya hidup sihat sempena tahun baru

Teks: Masayu Ahmad



Mengamalkan pengambilanan makanan seimbang


Ambillah semua jenis makanan berasaskan piramid makanan Malaysia. Lelaki dan wanita tidak sama keperluan kalori. Ambil makanan dalam semua jenis sumber berdasarkan keperluan kalori harian.

Ambil protin dan karbohidrat untuk keperluan tenaga. Vitamen dan mineral untuk keperluan dan manfaat tubuh. Lebihkan makanan berserat, ulaman yang kaya dengan fiber. Pilih cara memasak mengukus, memanggang dan merebus. Kurangkan menggoreng, bersantan, berminyak dan berlemak. Elakkan makanan segera, produk olahan dan minuman berkarbonat.

Baca selanjutnya di  Panduan Kesihatan & Kecantikan.

Thursday, December 17, 2009

Akhirnya

Teks: Masayu Ahmad


Pagi tadi saya memikirkan mahu makan nasi kerabu. Tadi memang tidak masak apa-apa untuk en.suami penangan keletihan saya. Jadi saya fikir apa yanga ada di dapur. Semua bahan cukup untuk buat kuih bakar. Tadi operasi saya berjaya. Cuma tak ambil gambar sahaja.

Alhamdulillah, jadi juga kuih bakar saya, biasanya orang kelantan panggil kuih 'beke'
(bingka). Kononnya juga mahu buat nasi lemak. Jadi saya keluarkan semula oven pembakar lauk/ikan/ayam/kuih. Serba guna oven ni(hadiah perkahwinan).

Antara kejayaan kecil saya, sudah sebulan saya tidak ke kedai membeli kuih muih dan lauk pauk. Saya cuba memasak sepenuhnya untuk anak-anak dan bapak anak-anak ;D. Mudah-mudahan saya dijauhi sifat malas. Jika tak hampir setiap hari pergi beli ke kedai. Mungkin saya akan beli untuk sekali sekala sahaja.

Apa yang ada saya cuba kreatifkan diri memasak sepenuhnya untuk anak-anak. Kecuali kalau tak sempat nak buat, saya beli karipap frozen sebelah rumah. Kami suka tukar-tukar kuih.

Tahniah buat jiran saya



Roha selain jual karipap frozen, sudah pun mendapat tempahan buat handmade coklat untuk perkahwinan dan majlis. Roha, kalau baca ni sila senyum-senyum.

Blognya masih lagi dikemaskini, katanya malu nak tunjuk kat orang. Memang pemalu jiran saya ni. Kalau ada masa saya memang ke rumah Roha untuk membantu setakat mana mampu. Kiranya dia sudah berjayalah dalam skala bisnes kecilnya.

Untuk coklat handmade Roha sudah pergi bengkel dan kemudiannya, saya mula register blog untuk dia. Pegawai pemasaran Roha sangat cekap (Kakak, anak sulung Roha yang masih berada darjah satu, selalunya bawa ke sekolah. Jadinya kanak-kanak yang suka coklat akan tunjuk pada mak-mak masing-masing. Walaupun dilihat teknik pemasaran yang simple, tetapi cukup berkesan. Kadangkala ada juga dia beri karipap frozen sebagai saguhati kepada guru-guru yang mengajar kakak.

Roha sudah menerima tempahan pertamanya 700 biji untuk gift hari perkahwinan. Tahniah ya Cik Ha (entah dibacanya tidak blog ni ;D

Salam Maal Hijrah 1431 H




DOA KHUSUS AKHIR TAHUN - 30 ZULHIJJAH 1430
Khamis 17hb Disember 2009 (selepas waktu `Asar)





Segala puji hanya layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam. Selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad dan juga keluarganya dan juga para sahabat seluruhnya. Ya ALLAH, apa-apa kami lakukan pada tahun ini yang sesetengahnya ENGKAU larang dari kami melakukannya sedangkan kami belum bertaubat, dan ENGKAU pun belum meredainya,

walaupun ENGKAU belum mahu melupakannya, namun ENGKAU masih mengasihi kami setelah menghukum kami, dan ENGKAU masih menganjurkan kepada kami supaya bertaubat selepas kami melakukan maksiat, maka dengan ini kami memohon ampun, maka ampunilah kami.

Dan manakala apa-apa kebaikan yang kami lakukan mendapat reda-MU, ENGKAU janjikan pula pahala untuk kami, maka dengan ini kami memohonnya kepada ENGKAU wahai TUHAN yang punyai ketinggian dan kemuliaan, terimalah apa jua dari kami dan janganlah ENGKAU kecewakan harapan kami ini. Semoga ALLAH merahmati Saidina Muhammad dan kaum keluarganya, juga para sahabatnya. Dan sekali lagi ditegaskan segala puji hanya
layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam. Amiin...

DOA KHUSUS AWAL TAHUN HIJRAH – 1 MUHARRAM 1431
* Doa ini dibaca selepas menyempurnakan solat Maghrib




Segala puji hanya layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam. Selawat dan salam ke atas saidina Muhammad semulia-mulia Rasul dan kaum keluarganya, juga para sahabat seluruhnya.

Ya ALLAH, ENGKAU-lah yang kekal, yang sedia ada dari awalnya lagi, dan ENGKAU-lah yang mempunyai limpah kurnia yang besar dan pemurah yang melimpahi, maka pada tahun yang baru menjelang ini, kami memohon benteng perlindungan dari gangguan syaitan yang direnjam dan pemimpinnya, juga tentera-tenteranya. Juga minta bantuan dari gangguan nafsu amarah yang sentiasa mengajak kepada kejahatan, dan dipohon pertolongan dengan apa-apa yang boleh mendekatkan aku kepada-MU wahai TUHAN yang punyai ketinggian dan kemuliaan, wahai TUHAN yang amat Mengasihi. Dan semoga ALLAH rahmati Saidina Muhammad, Nabi yang ummi dan kaum keluarganya, juga sahabatnya. Dan segala puji-pujian untuk TUHAN Semesta alam. Amiin..

Ta`qabbalallahu mingkum minna wamingkum, taqabbal ya kariim...

* Doa ini dibaca selepas Maghrib malam 1 Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata, “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana ALLAH telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”
Kelebihan solat Tahajud

SATU cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah s.w.t ialah dengan bangun mengerjakan ibadat, khususnya sembahyang Tahajud atau sembahyang di tengah malam.

Tetapi satu persoalan boleh ditimbulkan berhubung perkara ini ialah kenapa Allah meletakkan masa untuk sembahyang tahajud pada tengah malam ketika suasana sunyi, sejuk dan penuh keheningan.

Jawapannya kerana Allah mahu menguji sejauh mana taatnya seseorang makhluk yang mengaku bertuhankan Allah.

Sesungguhnya, bukan satu perkara mudah untuk bangun daripada tidur nyenyak pada waktu dinihari ketika orang lain sedang dibuai mimpi.
Juga bukan satu perkara mudah untuk berwuduk dalam suasana dingin malam yang mencengkam dan bukan mudah untuk mengangkat takbir menghadap Allah dalam keadaan mata yang masih terkebil-kebil kepedihan.

Dengan kata lain, amalan bangun bertahajud adalah perbuatan amat berat untuk dikerjakan. Keadaan tubuh yang letih dan lesu kerana sehari suntuk bekerja pada siang hari menyebabkan sesetengah orang yang tidur seperti mati. Ia amat susah untuk disedarkan walaupun puas dikejut.

Matanya akan menjadi bertambah mengantuk dan tubuhnya akan menjadi bertambah penat apabila mereka tidur lewat malam kerana asyik menonton tayangan gambar larut malam di kaca TV atau mereka melakukan kerja tambahan lain.

Keadaan sejuk dan suasana sunyi sepi di tengah malam juga menjadi faktor untuk membuatkan seseorang nyenyak tidur dan berasa keberatan untuk berhubungan dengan Allah di tengah malam.

Iman yang kurang tebal akan membuat seseorang yang tidur nyenyak menarik selimutnya dengan lebih kemas lagi. Sesungguhnya ketika itu adalah masa paling nikmat untuk tidur.

Namun, pada kesukaran inilah tersembunyi suatu rahsia Allah yang hanya sedikit sekali diketahui hamba-Nya. Sekalipun sembahyang Tahajud sekadar sunat, tetapi kelebihannya amat besar di sisi Allah dan tinggi nilainya. Firman Allah s.w.t bermaksud:

“Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk sembahyang) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji.’ (Surah Al-Israk: Ayat 79)

Ayat ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya sembahyang Tahajud. Ia peluang keemasan yang ditawarkan Allah kepada manusia untuk mengukuhkan hubungan mereka dengan Penciptanya.

Sesungguhnya segala kesusahan dan kepayahan itu hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, namun bagi mereka yang biasa, ia menjadi suatu kenikmatan pula.

Bagi yang dapat menghayatinya, mereka akan berasa satu kerugian besar jika meninggalkan sembahyang Tahajud.

Di waktu inilah - iaitu sepertiga malam, pintu langit akan terbuka luas untuk menerima taubat hamba Allah dan Malaikat akan membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti mahu membakar tubuh manusia di akhirat nanti.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis Riwayat: Abu Daud)

Sesungguhnya untuk mendapat kasih sayang daripada Allah bukan sesuatu yang mudah. Allah mengasihi orang yang beriman dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan yang dilarang.

Sembahyang Tahajud satu suruhan Allah dan oleh itu Allah menyayangi mereka yang mengerjakan sembahyang ini.

Bagi manusia yang benar-benar yakin dan patuh kepada Allah tidak akan keberatan untuk bangun melakukan Tahajud di tengah malam.

Sebaliknya, orang yang lemah imannya akan berasa berat untuk menolak selimutnya walaupun berat selimutnya tidak sampai setengah kilogram.

Sembahyang Tahajud sesungguhnya satu daripada sembahyang sunat yang mempunyai nilai dan kedudukan tinggi berbanding sembahyang sunat lain.

Sembahyang Tahajud adalah amalan orang soleh yang sentiasa mahu mendekatkan diri kepada Allah.

Amalan sembahyang Tahajud bukan hanya diamalkan umat Nabi Muhammad malah umat nabi sebelumnya.

Ini bererti perintah Tahajud bukan dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad sahaja.

Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya: “Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:

a. Jauh daripada segala penyakit

b. Lahir kesan takwa pada wajahnya

c. Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia

d. Percakapannya mengandungi hikmat

e. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).

Sementara empat perkara di akhirat ialah:

a. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri

b. Dipermudahkan hisab

c. Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat

d. Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.

Walaupun manusia sedar ketinggian kedudukan sembahyang Tahajud, namun sedikit sekali manusia yang mengaku beragama Islam sanggup dan bersedia melakukan sembahyang ini. Bagi mereka, tidur lebih seronok dan lebih utama daripada bersembahyang.

Sesungguhnya, manusia akan berlumba-lumba untuk bersembahyang Tahajud sekiranya mereka dapat merasai betapa nikmatnya melakukan amalan itu.

Keheningan dan kedinginan malam seolah-olah memberi kesempatan kepada seseorang untuk merapatkan lagi jurang hubungan antara makhluk dan Khalik.

Apa yang dibaca seseorang ketika bersembahyang itu seolah-olah didengar dan mendapat layanan daripada Allah Yang Maha Berkuasa. Orang yang khusyuk dalam sembahyang akan berasa hubungannya dengan Allah begitu hampir.

Biasanya, permohonan seseorang untuk mendapat sesuatu itu cepat mendapat layanan apabila tidak ramai orang memohonnya.

Oleh itu, mohonlah keampunan dan limpahan rahmat Allah ketika orang lain sedang tidur nyenyak.

Berhubunglah dengan Allah ketika peluang masih ada, umur masih muda dan pintu taubat masih terbuka. Insya-Allah kita akan mendapat limpahan rahmat dan nikmat daripada-Nya.

Sebaik-baik permohonan dan masa untuk berhubung dengan Allah ialah pada waktu malam. Sebab itu, kurangkanlah tidur dan banyakkanlah bersembahyang di tengah malam.

Note: Sumber Harian Metro

Wednesday, December 16, 2009

Buat 8 peserta yang tidak berjaya mohon tinggalkan email.

SILA SKROL KE BAWAH UNTUK ENTRI TERBARU SETIAP HARI



Assalamualaikum w.b.t

Buat 8 lagi peserta lagi, jangan risau saya ada saguhati buat anda semua! Ini sebagai penghargaan saya buat anda semua yang sudi menyertai peraduan ini.

Mohon tinggalkan email anda di sini dan nama penuh mengikut kad pengenalan.
Mudah bagi saya untuk memaklumkan saguhati tersebut melalui email.
Moga saguhati yang tidak seberapa ini, sebagai persediaan untuk menjadi suri yang hebat dan bersedia untuk bekerja di rumah. Insya-Allah

Contoh:
Masayu Ahmad - pn.masayu@gmail.com (www.naufalsayang.blogspot.com)

1.Hanisah Fadzil-honey_sapphire@hotmail.com
(http://ummi-hanie.blogspot.com)


2.Putri Nazatul Akmar- putriz1011@gmail.com
(http://pu3zdini.blogspot.com)


3.Noor Afzan Tamsir- dnurboutique@yahoo.com (http://nurshahfamily.blogspot.com/http://dnurboutique.blogspot.com)

4.Hanizawati Jamaludin(prefer Hanz Jamaludin)-thehoneybunch@gmail.com
(thehoneybunch.blogspot.com)


5. Nursalvia Abu Zahrin- syanurzk10@hotmail.com
(http://annourhabeebah-cahayakasih-mama.blogspot.com)


6.Nor Marlisa Saudi- shazlis_xtrem@yahoo.com
(http://erynaraisya.blogspot.com)


7.Suri Mawarne Kaidar-Email- budakm2@yahoo.com
(http://xarafatima.blogspot.com)


8.

Lapan orang tersebut sila tinggalkan jejak di sini dan sertakan alamat email yang lengkap.

Nota: Mana lagi seorang, cepat-cepat! Bas nak bertolak ni.;D

Nota 2: Saya sudah pun selamat menghantar saguhati tersebut semalam. Sila respon kepada saya sekiranya anda belum menerimanya. Saya masih menunggu anamrza memberikan email untuk dihubungi. Terima Kasih.

Keputusan Penuh Peraduan Buku Inspirasi 2009

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t. Tanpa membuang masa, berikut adalah pemenang-pemenang untuk peraduan buku inspirasi 2009. Tahniah diucapkan kepada semua peserta.



Hadiah Pertama
Ely Hasrul- http://mrspapi.blogspot.com/

Emaikan alamat: pn.masayu@gmail.com)

Ely antara pengikut terawal blog ini. Ely seringkali meninggalkan jejak walaupun saya sangat jarang meninggalkan komen di blog beliau. Beliau pernah berhenti kerja dan mula mengintai peluang untuk menjana pendapatan hanya dari rumah.

Namun Ely kembali memegang status wanita bekerjaya memandang masih ada beberapa kekangan baginya untuk membantu ekonomi keluarga.Saya doakan impian Ely untuk kembali memegang status wanita bekerja di rumah menjadi kenyaataan.

Buku ini diharapkan menjadi salah satu sumber maklumat dan persediaan awal sebelum Ely bertekad berhenti kerja kelak.

Hadiah ini juga ibarat penghargaan daripada saya buat Ely, memandangkan dalam pembabitan awal saya dalam dunia blog, beliau antara yang paling setia sering meninggalkan komen. Ianya ibarat usaha yang sangat saya hargai, walaupun komen yang ringkas ianya memberi semangat kepada saya untuk terus berkongsi dengan lebih ramai wanita yang mempunyai matlamat dan impian yang sama. Terima kasih Ely Hasrul.

Jawapan Ely

1 Apakah status anda kini?

Wanita bekerjaya mempunyai pendapatan sampingan/sambilan (Nyatakan); as i'm a tupperware dealer now and i make so little extra money for that (sbb buat sekadar suka suki) but i think i just answer Wanita bekerjaya dulu for now.

2.Apakah impian anda pada masa hadapan?

Impian saya dimasa akan datang ialah ingin menjadi WAHM. Saya tidak mahu menjadi wanita bekerjaya sebenarnye. I'm a mother with expenses.

Sekarang saya sedang menyelaraskan semua hutang piutang saya, restructure balik bak kata kakak (she's a bank manager anyway), menghalang diri dari berbelanja (agak susah juga) dan menggunakan sumber yang ade untuk menambah pendapatan (kena buat yard sale nih).

Diharap dalam masa 2 tahun saya berjaya bangkit semula dan dapat juga duduk dirumah bersama Sami (yg dah pandai pakai seluar sendiri di umur 21bln huh sedihnye). Tahun 2011 nantikan saya. Samada tahun itu menjanjikan kegembiraan (sbb umah dah siap) atau juga mendapat dugaan (sbb expenses dah bertambah)


Tempat Ke dua

Nurhidayah Nazahiyah- http://hidanaza.blogspot.com/




Semangat dan perjuangannya yang mahu merealisasikan matlamat bekerja benar-benar menarik perhatian. Persediaan yang dilakukan lain dari yang lain dan ianya perlu dikongsi dengan surirumah.(Emailkan alamat di Malaysia:pn.masayu@gmail.com)

Nurhidayah atau panggilan mesranya Ida adalah antara silent reader. Namun baru kebelakangan ini Ida berusaha meninggalkan jejak.

Ida begitu komitmen dalam pengurusan kewangan berhemah. Persediaan asas dari aspek pengurusan kewangan berhemah adalah salah satu persediaan yang perlu dijadikan keutamaan. Ida sudah berusaha sejak mula bekerja untuk membebaskan diri daripada pinjaman pendidikan.

Ini sangat memudahkan bagi Ida, jika kelak beliau sudah bermula untuk berhenti kerja, tanpa perlu memikirkan lagi membayar tunggakan ataupun hutang piutang.

Persediaan kewangan yang dilakukan Ida boleh dijadikan contoh kepada surirumah yang lain dalam pengurusan kewangan berhemah. Tidak ramai wanita yang sanggup memendam hasrat membeli belah semata-mata untuk menyimpan dan melangsaikan hutang piutang. Namun itulah yang dilakukan Ida. Jarang sekali kita jumpa wanita yang mampu berdepan dengan cabaran jualan murah, pakain baru lagi bergaya. Tetapi Ida sudahpun membuktikannya. Tahniah Ida.

Jawapan Ida

Apakah status anda kini?


c.Surirumah sepenuh masa (SAHM)

Buat sementara waktu ( 1 tahun sahaja bercuti tanpa gaji), saya adalah surirumah sepenuh masa kerana menemani suami yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana di United Kingdom. Masih mempunyai kerjaya tetap sebagai eksekutif di syarikat multinasional. Punya keinginan untuk mempunyai perniagaan online tetapi masih tercari-cari kesesuaian. Baru berjinak-jinak dengan dunia online kerana semasa bekerja tidak sempat untuk mencari maklumat akibat kesuntukan masa.

2.Apakah impian anda pada masa hadapan?

2.Mahu sukses sebagai wanita bekerjaya dan mampu mengimbangi urusan keluarga dan kerjaya.

Buat masa sekarang, nampaknya oleh kerana belum ada sumber pendapatan sampingan yang boleh dibuat belanja sebagai elaun ibubapa maka saya masih perlu bekerja. Saya tidak bermimpi untuk menjadi pengurus besar syarikat tetapi cukuplah punya wang untuk berbelanja sederhana dan berbakti kepada ibubapa disamping bebas dari belenggu hutang. Alhamdulillah, semua hutang sudah saya langsaikan sepanjang 6 tahun bekerja. Itupun kerana menyekat nafsu dari berbelanja bonus tahunan dengan membayar hutang pengajian.

Saya juga impikan perniagaan online yang saya boleh lakukan di mana-mana sahaja kerana tugas suami yang perlu berhijrah ke cawangan syarikat yang berbeza. Saya tidak mahu keluarga berjauhan antara satu sama lain sekiranya kami tidak punya peluang untuk bekerja di tempat yang sama. Andai saya punya sumber kewangan sampingan, maka saya tidak ragu-ragu untuk melepaskan jawatan yang disandang sekarang.

10 Pemenang Kategori Penghargaan

10 Pemenang Penghargaan (Artikel akan dimasukkan dalam salah satu projek penulisan, blog pilihan dalam diari naufal)

1.Sitisifir- http://sitisifir10.blogspot.com/
2.Wan Anie- http://tintacomellote.blogspot.com/
3.Nor Azura Abdullah - http://comeybelako.blogspot.com/
4.Faziatun Nisa - http://fazya.blogspot.com/
5.Normi Hj. Mat Yusof http://kedaihuffaz.blogspot.com/
6.Siti Mariam binti Mohamad Morshidi- http://gerairizqi.blogspot.com/
7.Ummu Hanani- http://ummihanani.blogspot.com/
8.Kak Chik - http://keluargakusayang.blogspot.com/
9.Mommy Lyna-http://mysuperkids.net/
10.Salwa-IbuKauthar.Com (Mohon emailkan saya jawapan peraduan- pn.masayu@gmail.com)


Buat peserta-peserta yang lain, anda semua memang wanita hebat. Anda semuanya layak mendapatkan buku pilihan, namun sudah adat peraduan. Anda sudah menang kerana sudah ada matlamat yang jelas iaitu ingin berada di rumah dan menjana pendapatan, jadi teruskan berusaha dan bersama komunit bekerja di rumah di blog ini.

Insya-allah masih banyak buku dan peraduan yang lebih menarik untuk disertai. Anda layak untuk menyertai peraduan seterusnya. Dapatkan maklumat peraduan dari masa ke semasa.

Salam penuh kasih sayang,peluk cium penuh kemesraan. Saya mohon maaf jika ada terlebih dan terkurang selama peraduan ini berlangsung. Selalulah meninggalkan jejak, sekurang-kurangnya saya lebih kerap mengikuti perkembangan anda. Ianya memudahkan saya mengikut dan mengetahui perkembangan anda dari jauh.

Kepada 12 pemenang, perlu bersedia. Hantarkan sebelum 20 Disember 2009.

1. Nama mengikut Kad Pengenalan (cth. Masayu Ahmad)

2.Gambar pilihan, sama ada gambar profile anda atau gambar bersama anak-anak atau gambar di pejabat di rumah anda. Gambar ini akan digunakan dalam projek penulisan saya.

Contoh gambar seperti berikut. Jika tidak ada, gunakan gambar terbaik dari koleksi album anda. Jika ada terlalu banyak, pilih tiga yang terbaik dan letakkan di blog anda. Saya akan memilih mana yang lebih sesuai. Terima kasih.


Contoh 1


Contoh 2


Contoh 3


Contoh 4


Contoh 5


Contoh 6


Contoh 7


Contoh 8


Contoh 9


Contoh 10



Senarai 10

1. SITI NURAZLINA NOH-sauberlina@gmail.com (http://mysuperkids.net/)
There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin