Thursday, May 28, 2009

Terima kasih Cik Yan 3.5

Friendship Award dari Cik Yan 3.5

Peraturan untuk menerima award ini ialah:-

1. Copy badge "Blogger Friendship Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.





2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

Award ini telah di anugerahkan oleh Cik Yan a.k.a CY3.5
http://apapaje.blogspot.com.
Saya sudah lama mengikuti blog CY, tetapi dalam beberapa hari ini, baru sampai seru untuk meninggalkan jejak.

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag)

1.Situasi saya dan CY sama sahaja dikelilingi oleh seorang lelaki dewasa dan tiga orang kanak-kanak lelaki

2.Jika CY ada Amir, Arif, Azri. Saya pula ada Hakim, Arif dan Aiman. Umur mereka lebih kurang sahaja bayanya (macam tak betul je ayat ni)

3.CY sudah mengandung anak ke empat, tetapi saya masih lagi berjaya mengekalkan rekod untuk tidak mengandung pada tahun ini.

4.Saya sangat produktif hampir setiap tahun saya bercuti bersalin. Nasib baik majikan terdahulu sangat2 memahami.

5.www.masayu-ahmad.com adalah laman web rasmi saya. Sekiranya di kalangan anda adalah pengusaha bisnes kesihatan atau kecantikan boleh hubungi saya untuk ditemuramah. Promosi.

6.www.nilamberkat.blogspot adalah blog jualan online saya untuk produk-produk kesihatan. Syarikat kami adalah berdaftar secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia sejak 2005. Jika anda mahu beli sauna ada lima pilihan menarik. Promosi lagi.

7.www.masayuahmad.blogspot.com juga blog yang ditubuhkan secara khusus sebagai back up untuk web www.masayu-ahmad.com. Segala artikel kesihatan dan bahan kajian saya akan ditulis dan disiarkan di kedua-dua blog ini. Promosi, promosi lagi. Lagi dan lagi.

8.Saya baru sahaja bergelar WAHM (Working At Home Mother) sejak enam bulan yang lepas. Dalam blog naufal ini saya akan berkongsi ilmu bagi menggalakkan lebih ramai ibu bekerjaya bekerja di rumah sambil menguruskan anak-anak. Memandangkan kerjaya terdahulu banyak melibatkan out station, Hakim pula selalu keluar masud ward, saya sebagai ibu penyayang meninggalkan kerjaya demi keluarga tercinta.

9. Home Wellness Centre adalah pusat kesihatan di rumah untuk ibu-ibu di kawasan perumahan saya. Sambil mengkaji pasaran sebenarnya saya ingin berkongsi dengan ibu-ibu yang sibuk bekerja sambil menjaga kesihatan. Pada masa yang sama duit masyuk. Promosi lagi.

10. Saya sebenarnya masih ada hutang tag Mama Adib dan juga Vogue yang belum dibayar sejak tahun lepas. Bagi seorang penulis acara menggoreng (menulis) sekejap sahaja selesai. Tak cukup sepuluh (perasan).

11. Kenapa saya rajin sangat hari ini, terlalu banyak posting. Saya akan bercuti untuk balik kampong. Jadi agak lama juga blog ini sepi. (Minta maaf sudah terlebih).

4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

The Blogger Award Friendship goes to:


Dengan rajinnya saya menyerahkan award ini kepada 10 sahabat saya di sebelah kanan. Silakanlahnya.(Arahan hanya 6, tetapi dengan suka hati saya memilih 10)

1. Kak Chik (Kini sedang ......)Alhamdulillah.

2.Jaja (kalau sempat n tak sibuk)Wartawan majalah NONA, dulu satu tiam dalam Mingguan Wanita.Kini sedang hamil anak ke-2.)

3.Kak yati (Idola dalam masakan, mahu masak best seperti beliau)

4.Elysuhaili (Mama kepada Samiul Maleek)

5 Kak Nik (Karyawan/Editor Majalah Muslimah)

7.Kak Zu a.k.a Ummu Najah (Sila dapatkan karya beliau di http://karya-zulinahassan.blogspot.com.)

8. Vogue di Colombo (PTD yang bercuti tanpa gaji mengikut suami di Colombo)

9. Zaidah Sikun (Sahabat saya, dulu satu tim dalam Mingguan Wanita, kini bekerja sendiri)

10. Mama Adib (Mek Kelate macam saya juga, menunggu kelahiran anak ke-2)

Bengkel sulaman di www.cheq-sue.com



Teks & foto: http://www.cheq-sue.com/blog

Aidilfitri bakal menjelma tak lama lagi. Kepada para suri atau kaum Hawa masih ada peluang untuk kalian menambah pengetahuan ilmu sulaman manik. Selain dapat melaram cantik dengan baju raya yang anggun bergaya, anda juga boleh menggunakan ilmu ini untuk menambah pendapatan dengan mengambil upah menjahit manik.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini.cheq-sue berbesar hati untuk mengadakan bengkel sulaman manik untuk area Utara (Perak, Pulau Pinang, Kedah & Perlis). Sila hubungi cheq-sue untuk aturkan lokasi dan tarikh bengkel sepanjang bulan Julai hingga September ini.

Sila klik BENGKEL untuk lihat Jadual Bengkel bulan Jun, Julai, Ogos & September 2009

Teks: Tuan rumah a.k.a masayu

Cheq-Sue a.k.a www.cheq-sue.com a.k.a adalah kakak ipar saya yang terlebih rajin orangnya. Walaupun sudah mempunyai karier yang mantap, masih aktif pada hujung mingu menganjurkan bengkel sulaman. Bagi yang berminat dalam sulaman bolehlah menjengah ke laman web beliau.

Buku untuk kanak-kanak dengan harga diskaun



Teks: Masayu Ahmad
Foto: Koleksi blog Zulina Hassan

Zulina Hassan a.k.a Ummu Najah adalah senior saya semasa bekerja di Kumpulan Karangkraf. Sdn.Bhd. Saya sudah mengenalinya sejak hari pertama menjalani praktikal sebagai wartawan di Kump. Karangkraf.Sdn. Bhd pada tahun 2001.

Kak Zu kini sudah pun menulis sepenuh masa di rumah. Karya-karyanya kini diterbitkan oleh Galeri Ilmu dan karya terbaru dengan penerbit PTS.

Bagi anda yang mempunyai anak-anak kecil sangat sesuai membeli karya beliau yang banyak menerapkan unsur-unsur nasihat dan teladan. Juga pendedahan kisah teladan berlandaskan al-quran dan hadis. Sangat elok untuk pembacaan anak-anak bagi pembinaan sahsiah diri dan motivasi.

Sila ke blog beliau untuk melihat karya-karya yang sudah diterbitkan di

http://karya-zulinahassan.blogspot.com.

Juga www.zulinahassan.blogspot.com untuk melihat diari catatan beliau.

Wednesday, May 27, 2009

House work



Teks: Masayu Ahmad
Foto:http://www.citynews.ca

Hari ni saya dalam mood mengerjakan segala kerja-kerja rumah sebelum bertolak balik ke kampung. Mop lain, lipat kain, bersihkan dapur, bersih bilik air adalah senarai kerja yang perlu diselesaikan sebelum meninggalkan rumah. Aktiviti memasak pun, hanyalah lauk yang senang dan mudah sahaja.

Panduan mudah untuk perjalanan jauh. Senarai semak berikut membantu anda sebelum memulakan perjalanan balik kampung atau percutian.

1. Pastikan kereta diservis terlebih dahulu.

2. Tutup atu 0ff kan semua plug elektrik.

3. Bersihkan dan pastikan semua makanan basah di dalam peti ais dimasak dan dihabiskan.

4. Bersihakan rumah dan basuh semua pakaian kotor. Agar apabila anda pulang bercuti anda senang hati rumah masih kelihatan kemas dan bersih.

5. Simpan beg pakaian lebih awal, jika mahu bertolak pada awal pagi. Malam hari beg-beg sudah diisi dalam bonet kereta. Ini untuk mengelakkan anda berkejar masa dan boleh bertolak pada masa yang dirancang.

6. Berehat dan tidur secukupnya, agar tidak letih untuk pemanduan jarak jauh.

7. Usah terburu-buru untuk cepat sampai. Tidak kemana kampung anda itu, utamakan keselamatan keluarga.

8. Balik semula ke rumah anda sehari lebih awal, kerana anda mempunyai masa untuk berehat sebelum memulakan tugas keesokan harinya.

Nota: Disebabkan saya sudah bekerja sendiri, tidak kisahlah suami mahu balik bila ke Kuala Lumpur. Jika tidak, saya akan mendesak untuk pulang awal, aktiviti tidur secukupnya adalah perlu, jika tidak kepala saya pusing. Inilah seronoknya jadi WAHM(Working At Home Mama).

Fadilat dan manfaat solat



Kredit: http://shima-ku.blogspot.com
Sambil saya merayau-rayau. Saya terjumpa entri ini yang menarik perhatian untuk dikongsi.

Solat boleh dilakukan oleh semua orang. Selain sebagai tuntutan agama, amalan solat juga boleh member kita manfaat senaman minda dan jasmani, juga member kita jiwa yang tenang dan sabar. Pergerakan solat yang dilakukan berulang kali setiap hari mampu dan menghindar dari segala penyakit jasmani seperti lemah jantung, darah tinggi, sakit sendi, sakit tulang, sakit mata dan berbagai penyakit fizikal yang lain.

1. POSISI PERTAMA
Berdiri lurus dan kedua tangan di angkat ke atas.

FAEDAH
Badan rasa mudah menanggung berat badan kerana beratnya terletak sama rata kepada dua kaki. Belakang lurus membuatkan badan tidak bongkok. Fikiran dapat dikawal dan lebih focus. Pandangan mata ke tempat sujud , otot-otot atas dan bawah bahagian belakang terasa tenang dan rehat. Pusat otak yang atas dan bawah bersatu.

2. POSISI KEDUA
Berdiri betul serta membaca Al-Fatihah dan Surah

FAEDAH
Menimbulkan konsentrasi minda. Merehatkan kaki serta bahagian belakang, menimbulkan rasa rendah diri, khusyuk dan tawaduk. Dalam bacaan, hampir semuanya bunyi dalam bahasa arab dituturkan, menggerakkan dan menyelerakkan semua getaran dari 99 nama Allah dalam keadaan yang terkawal dan sempurna ke seluruh badan, fikiran dan jiwa. Getaran vokal panjang a,i,u merangsang hati, kelenjar gondok (thyroid), kelenjar pineal, ritunitary, kelenjar adrenal dan paru-paru, membersihkan dan mempertingkatkan perjalanan semua anggota tersebut.

3.POSISI KETIGA
Rukuk

FAEDAH
Merenggangkan otot-otot bahagian bawah belakang, paha dan betis. Darah dipam ke badan atas. Melembutkan otot-otot perut dan buah pinggang. Lama-kelamaan gaya ini akan mempertingkatkan lagi peribadi, menimbulkan kebaikan hati dan mengharmonikan batin.


4.POSISI KEEMPAT
Iktidal- berdiri lurus selepas rukuk

FAEDAH
Darah yang baru bergerak masuk ke dalam semasa gaya rukuk kembali ke keadaan asalnya dengan membawa bahan tidak berguna iaitu sisa-sisa tubuh. Badan mendapat balik kerehatan dan melepaskan ketegangan.

5.POSISI KELIMA
Sujud

FAEDAH
Lutut terbentuk sudut tepat membangunkan otot perut dan mengelakkan perut buncit. Menambah aliran darah ke bahagian atas badan, khususnya bahagian kepala (termasuk mata, telinga dan hidung) serta paru-paru. ‘Mental toxin’ minda dibersihkan oleh darah. Menyesuaikan dan mewajarkan kedudukan janin wanita hamil. Membetulkan alat peranakan wanita. Mengurangkan tekanan darah tinggi, menambah keanjalan sendi-sendi. Menghapuskan egoism dan keangkuhan. Meningkatkan kesabaran dan tawakal kepada Allah. Meninggikan maqam roh dan menimbulkan tenaga jiwa yang tinggi ke seluruh badan. Kedudukan sujud ini adalah pati ibadat solat.

6.POSISI KEENAM
Duduk di antara dua sujud

FAEDAH
Tumit kaki kanan melentur serta berat kaki sebahagian badan terletak di atasnya. Posisi ini membantu mengeluarkan racun (toksin) dari hati jasmani dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar. Wanita membiarkan kedua kaki mereka bertapak tegak ke atas, di bawah badan mereka. Posisi tubuh badan memberikan kerehatan selesa dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan-kandungan perut ke bawah.

7.POSISI KETUJUH
Sujud kedua

FAEDAH
Memberikan pernafasan, peredaran darah dan nafas serta sistem urat saraf. Memberikan keringanan pada badan kebahagiaan emosi. Pengoksidaan seluruh badan lebih sempurna. Sistem urat saraf jadi lebih seimbang.

8.POSISI KELAPAN
Bangun semula dari sujud

FAEDAH
Peredaran darah kembali ke bahagian atas tubuh. Posisi ini membantu mengeluarkan keracunan (toksin) dari hati dan mengerakkan tindakan otot pada usus besar posisi tubuh. Ini memberikan kerehatan yang selesa dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan-kandungan dalam perut ke bawah.

Surah-surah pilihan untuk ibu hamil



Foto:http://alistishhad.files.wordpress.com

1. AL-FATIHAH
Makkiyyh : 7 ayat

2. AYAT QURSI
Surah Al-Baqarah ayat 255

3. SURAH YASIN
Makkiyyah : 83 ayat

4. SURAH AT-TAUBAH
Madaniyyah : 129 ayat

5. SURAH YUSUF
Agar memperolehi anak soleh, sihat, cantik & sempurna. Banyakkan membaca surah ini jika ingin memperolehi anak lelaki.

6. SURAH LUQMAN
Makkiyyah : 34 ayat
Agar memperolehi anak yang taat dan bijak.

7. SURAH MARYAM
Makkiyyah : 98 ayat
Memperolehi anak yang sabar dan taat. Doa dipermudahkan bersalin. Kalau ingin anak perempuan, banyakkan baca surah ni.

Info:

1.Ayat Alquran terdiri dari 6236 ayat.

2.Maksud Ayat Makkiyah : Ayat yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad s.w.t di Makkah sebelum hijrah.

3. Ayat Madaniyah : Yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad s.w.t di Madinah dan ada juga di Makkah selepas Hijrah.

4. Alquran mengandungi 114 Surah.

Nota: Sekiranya rakan-rakan sekelian ingin menambah maklumat dan info, silakan dan saya alu-alukan.

Surah Al-Waqiah untuk elak kefakiran



Dapatkan code html di sini

http://www.youtube.com/watch?v=I3PoGfC5DpE

Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Dipetik dari:http://www.afzaiafandi.com

Surah Al-Mulk untuk elak azab kubur



Dapatkan coding html di sini:

http://www.youtube.com/watch?v=CtW9sm-Jybg

Kelebihan surah Al-Mulk:

Diriwayatkan At Tirmizi dari Rasulullah s.a.w. sabdanya:
satu surah dari Al-Quran ayatnya 30, melindungi pembacanya hingga menghantarnya ke syurga.

Surah Al Mulk adalah penghalang siksa kubur. Bacalah surah Al-Mulk setiap malam sebelum tidur.

Surah Yassin di blog anda



Guna kod html ini, copy and paste letak di blog anda, sambil bekerja boleh mendengar surah ini sentiasa.

Sila ke sini untuk dapatkan coding html

http://www.youtube.com/watch?v=GoTxaUb9Lt8

Jika tidak dapat, boleh email pada saya pn.masayu@gmail.com

Barangsiapa yang membaca YASSIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah SALAAMUN QAULAMMIR RABBIN RAHIM,"diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insyallah dengan izin yang maha esa dan maha kuasa,semua hajatmu akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:
1) YA-ALLAH YA-RAHIM, Ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku.

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, Kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang dan mencintai islam.

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, Kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.

4) YA-ALLAH YA-JABBAR, Makbulkan penghantar maklumat yang aku dapat ini

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, Jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin.

6) YA-ALLAH YA-WADUUD, Kurniakan aku dan seluruh umat muhammad yang beriman kesihatan zahir batin.

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, Makbulkanlah semua hajatku, dan AMINNNNN.
Petikan: http://tazkirah.wordpress

Kelebihan Surah Yassin

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan”, iaitu:

Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
Jika terpenjara akan dibebaskan.

Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

Sabda Rasulullah s.a.w lagi, “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya”.

Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: “Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.” (Surah Al-Ahzab:71)
Petikan:http://dinulislam.wordpress.com

Manfaatkan Surah Yassin

Ayat 1 - 9 : Untuk keselamatan diri

Ayat 9 : Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. Dr kata janganlah digunakan utk elak Kastam. Tu dah niat lain.

Ayat 12 : Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 - 35 : Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22 - 23 : Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut & juga utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.

Ayat 30 : Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ayat 32 : Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad & kita orang Islam

Ayat 33 - 35 : Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur

Ayat 36 : Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 : Adalah untuk menetapkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 : Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 39 : Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 : Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41 : Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 : Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 - 48 : Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49 : Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan 1 - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan 11 - Hancur
Tiupan 111 - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.

Ayat 50 : Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.

Ayat 58 : Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Ayat 76 : Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan & jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa.Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.

Ayat 78 - 79 : Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan .Untuk doa ayat 78. "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?. Juga bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah berikan ayat ini.

Ayat 79 : Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ayat 82 : Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu bacalah 100x .
Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar.
Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.
Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut pastu baca pada air 100x & berdoa apa sahaja hajat

Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:
Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)
Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab
Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.

Seelok-eloknya dibaca :

1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 - Yassin baca 7x
4. Ayat 38 - 12x
5. Ayat 58 - 7x
6. Ayat 82 - 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
9. Perlu yakin, isyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.
Wallahualam.

Petikan:http://www.ashtech.com.my

Balik kampung


Teks: Masayu Ahmad
Foto:www.samuibeachvillage.com

Cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi. Kenduri kendara juga akan bermula. Kami akan bertolak balik ke kampung pada hari Jumaat. Pakaian masih belum dikemas dek kerana kerja yang masih belum selesai.

Apa yang pasti kali ini saya akan meluangkan masa pada dinihari selepas subuh untuk berlari-lari di tepi pantai. Rupanya selama ini barulah saya sedar betapa bertuahnya saya dilahirkan di kampung yang mempunyai pantai yang cantik lagi bersih.

Jika dulu pada masa bujang apabila balik ke kampung saya dengan bangganya membawa rakan-rakan untuk menikmati indahnya waktu petang, damainya melihat matahari naik pada subuh hari dan betapa bersyukurnya dapat menikmati keindahan ciptaan tuhan.

Biasanya sejak beranak pinak ini, saya akan bawa kanak-kanak riang ini ke pantai sambil makan lekor dan bermain-main pasir memutih.

Saya sebenarnya sangat jarang untuk mandi laut. Saya lebih gemar mandi air terjun. Itulah peliknya apabila ada kemudahan di depan mata, air terjun pula yang dicari. Manakala rumah mertua pula dikelilingi pokok-pokok buah-buahan. Jika musim berbuah, akan bergayutan rambutan yang masak ranum di depan rumah. Inilah kelebihan mempunyai kampung.

Budaya balik kampung dan membawa anak-anak pulang berjumpa dengan nenek dan atuk adalah saat yang paling menyeronokkan untuk anak-anak. Mungkin Hakim dan Arif sudah merasai suasana ini. Aiman belum lagi rasanya. Tidak ketinggalan juga untuk berjumpa dengan anak saudara baru yang bernama Rafiq. Tambah meriahlah kali ini rumah Tok Ayah.

Tuesday, May 26, 2009

Cerita dua tahun lepas



Teks & Foto: Masayu Ahmad

Selongkar punya selongkar jumpa gambar lama ketika sarat mengandungkan Aiman. Masa ni sambut Hari Raya Haji di sini. Tengah sarat tidak berani pula balik ke kampung memandangkan mahu bersalin sahaja di rumah sendiri.

Suami pulang ke kampung bersama Hakim. Tinggallah saya bersama Arif seminggu ditinggalkan mereka. Sekembalinya dari Kelantan, dibawa bersama pembantu rumah (Che Ye).

Disebabkan malam hari hanya tidur bersama Arif, habis satu rumah saya terang benderang. Itulah penangan takut punya pasal.

Monday, May 25, 2009

Hujung minggu yang berkualiti



Teks: Masayu Ahmad
Foto:http://www.toesocks.co.

Hujung minggu ini saya penuh dengan aktiviti yang bermanfaat. Pada hari Sabtu saya berkesempatan menambah ilmu dengan menyertai seminar bertempat di Hotel Quality, Kuala Lumpur. Banyak ilmu baru yang dapat saya serap.

Dari jam 8 pagi sehingga 6 petang. Jam 7 petang baru sampai di rumah. Anak-anak bersama-sama dengan ayah. Pada hari tersebut juga di taman ini diadakan jamuan makan-makan untuk isi rumah taman ini yang berjumlah 90 keluarga. Sangat seronok kerana memasak dilakukan secara bergotong royong pada awal pagi. Aktiviti aerobik dilakukan seperti biasa. Habis aerobik terus memasak. Sungguh rapat ukhwah di kalangan ahli-ahli keluarga di sini. Namun saya tidak dapat membantu sama menyinsing lengan menyediakan juadah.

Pada jam 8.30 malam kami mula berkumpul di bawah khemah yang ditempah khas. YB Hulu Langat juga turut serta merasmikan program ini. Apa yang menarik, ini dijadikan makan malam besar-besaran. Ianya akan dijadikan acara rutin tahunan.

Para isteri kini mula aktif dengan pelbagai program. Antara aktiviti wajib ialah aerobik pada setiap Sabtu dan Ahad. Saya sudah berkesempatan menyertai mereka pada Ahad. Sangat mengujakan. Berpeluh-peluh, diajar oleh seorang jurulatih bertauliah. Kami bertuah kerana setiap ahli di sini mempunyai kepakaran yang berbeza dan sanggup berkongsi kemahiran.

Manakala para suami pula pada setiap petang bermain takraw di gelanggang yang sudah siap sepenuhnya. Manakala malam hari bermain badminton. Aktiviti terkini pula berbasikal beramai-ramai, juga ada seorang jurulatih khusus dalam basikal ini. Mereka sudah memulakan berbasikal beramai-ramai ke Bukit Keluang. Sudah 11 orang yang sudah menyertai.

Pada tengahari Ahad, saya bersama keluarga yang lain makan tengahari di rumah Kak Liza dan Kak Ana, yang mengadakan majlis cukur jambul. Disebabkan ada dua rumah, jadinya satu rumah saya makan nasi, satu rumah lagi makan pencuci mulut.

Selesai ativiti bertandang, kami pulang ke rumah. Adik yang tinggal di Subang datang mengajak untuk bermandi-manda di Sungai Congkak. Jadinya aktiviti melipat kain setinggi gunung Everest terpaksa saya tunda lagi.

Kami bermandi-manda anak beranak. Desiran air, suasana yang segar, sudah lama saya tidak ke sini, padahal hanyalah 10 minit sahaja dari rumah. Anak-anak sungguh seronok bermain air. Saya mengambil kesempatan mandi dan berendam lama-lama.

Sungguh terasa segar, seolah-olah terapi air dek kesejukan yang menyerap dalam tubuh. Anak-anak dilayan oleh pakcik, makcik mereka. Saya dengan senang hati bersantai-santai seorang diri sambil mandi manda. Macam orang bujang pula. Gunakan peluang sepenuhnya.

Aiman walaupun menggigil tidak mahu naik. Mahu main air lama-lama. Jam 5 petang kami bertolak pulang. Saya sempat mengambil dua biji batu sungai untuk dijadikan batu tungku.

Adik membuat permintaan mahu makan pulut durian. Di pertengahan jalan kami memboorng durian. Saya sebagai kakak yang baik hati, meneruskan aktiviti masak-memasak. Selesai mereka makan pulut durian, masih ada permintaan mahu makan gulai ayam Kelantan pula.

Maka teruslah saya istiqamah di dapur. Selepas makan malam semua terbentang di ruang tamu menonton tv sambil minum kopi radix. Alahai semua kepenatan. Selama dua hari ini saya sangat puas hati dengan pengisian keluarga dan aktiviti taman. Walaupun penat ianya sungguh memberi makna.

Thursday, May 21, 2009

Working At Home Mama (WAHM)



Teks: Masayu Ahmad
Foto:www.amodernmama.com

Sesungguhnya rezeki Allah itu maha luas dan tidak tercapai dek akal. Setelah mengambil keputusan untuk bekerja sepenuh masa di rumah, impian itu sudah direalisasikan.

Alhamdulillah, dengan sokongan padu suami, saya meninggalkan kerjaya dan pendapatan yang sudah stabil. Menghampiri bulan ke-enam kini usaha yang dilakukan sudah mula menampakkan hasil.

Home Wellness Centre, sudah mula beroperasi sepenuhnya. Masa operasi hanya bermula jam 9 malam hingga 12 malam sahaja. Ini adalah permulaan untuk saya mengkaji pasaran sebelum melangkah ke peringkat seterusnya. Tumpuan pelanggan adalah untuk ibu-ibu di kawasan taman ini sahaja. Sambutan menggalakkan.

Aktiviti penulisan masih diteruskan disiang hari dan pada 12 hingga 3 pagi setiap malam. Saya tidak tahu dari mana datangnya tenaga dan kekuatan untuk melakukan semua ini. Namun ianya cukup memberangsangkan.

Dengan masa yang lebih fleksibel untuk menguruskan anak-anak. Kesyukuran yang tidak terhingga kepadaNYA. Maha Pemurah, Maha Pemberi Rezeki. Walaupun pembantu rumah masih bercuti sehingga hujung tahun, saya masih mampu menguruskan kerjaya dan rumahtangga.

Keutamaan kepada keluarga adalah menjadi perkara nombor wahid. Kerjaya adalah perkara susualan dan kini ianya mula memberikan hasil. Hujung minggu jadual saya masih bertumpu kepada seminar, bengkel dan aktiviti menambah ilmu.

Kepuasannya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Setiap perkara dan kejadian adalah hikmah yang tidak ternilai untuk disyukuri. Alhamdulillah

Bersambung.

Tuesday, May 19, 2009

Turunkan berat badan, hanya BERSAUNA di rumah



Kini anda boleh miliki sauna dengan harga yang berpatutan. Boleh dilakukan di rumah. Sangat sesuai untuk suami dan isteri.

Ada lima pilihan sauna mengikut citarasa anda.


1. Blue Steam Sauna BS001 - Harga jual : RM350
2. Myra Steam Sauna - Harga jual : RM390 ,
3. Diva Steam Sauna - Harga jual : RM460 ,
4. Ezy Infrared Sauna - Harga jual : RM660 ,
5. Salon sauna RM400.

Kos pengangkutan mengikut lokasi


Kelebihan sauna telah terbukti dari dulu lagi..pelbagai kaedah digunakan zaman dahulu..tetapi kini anda boleh bersauna hanya sambil menonton TV..kesan tetap sama..terbukti berkesan :

1. Menurunkan berat badan dengan ideal.
2. Tiada masa berjoging, sauna mampu mengeluarkan peluh dan toksik.
3. Melancarkan peredaran darah.
4. Mengurangkan sinus dan migrain.
5. Mengurangkan sakit2 badan dan sendi.
6. Merehatkan badan dan minda setelah seharian bekerja.
7. Membakar kalori anda seperti anda berjogging 2 km, 400 kalori terbakar


Sila klik, blog produk kesihatan di sebelah.

www.nilamberkat.blogspot.com

Monday, May 18, 2009

Kejiranan yang rapat



Teks: Masayu Ahmad
Foto:http://www.inmagine.com

Amat bertuah rasanya berada di kawasan kejiranan ini. Selain mempunyai pertalian silaturahim yang mesra, ianya memberi impak yang baik untuk menyemai semangat kejiranan yang semakin pudar.

Aktiviti berlari-lari sambil mengelilingi kawasan taman bukan sahaja dilakukan di hujung minggu, tetapi sudah menjadi rutin pada sebelah petang. Saya masih belum dapat menyertai memandangkan kecederaan akibat terseliuh pada bahagian lutut masih belum pulih sepenuhnya. Alasan sungguh! Saya mahu menyertai mereka, tetapi belum tiba masanya.

Rasanya tisu sebelah dalam sudah terkoyak dan kini saya sudah boleh berjalan seperti biasa. Cumanya lutut masih tidak boleh diluruskan sepenuhnya. Saya mendapatkan rawatan urutan tradisional India yang begitu memberi impak. Sebelum itu mencuba pelbagai urutan. Kali pertama diurut dengan kaedah akupuntur memberi kesan yang baik. Saya dinasihatkan mengambil kalsium dan kurangkan ikan. Jika pulih sepenuhnya, saya ingin kembali kepada aktiviti cergas seperti dahulu. Namun kini perlu lebih berhati-hati.

Berbalik aktiviti kejiranan pada minggu ini akan diadakan majlis makan beramai-ramai sempena siapnya Astaka iaitu dijadikan lokasi berkumpul, bermesyuarat dan beriadah. Aktiviti memasak untuk hidangan makan beramai-ramai ditugaskan kepada setiap blok dengan menu yang berbeza. Hasilnya setiap orang yang memberi sedikit tenaga dan mampu berkongsi juadah.

Dimulakan pada waktu petang sehingga malam. Pada hari Ahad pula ada majlis cukur jambul. Hanya kaum ibu sahaja yang dijemput untuk memeriahkan marhaban. Saya tidak pandai bermarhaban tetapi sebenarnya mahu belajar dan mencuba.

Saturday, May 9, 2009

Kasihnya Ibu



Al-Fatihah (Mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah ibu saya, Rakiah Daud)

Arwah cukup dikenali dengan seorang yang penyabar dan seorang ibu yang penuh dengan nilai kasih sayang. Saya akan mengagumi dan mencontohinya untuk menjadi seorang ibu yang cukup sempurna di mata anak-anak.

Air tangan ibu, tiada siapa akan menyangkal. Apabila pulang sahaja ke kampung halaman, minda sudah terbayang betapa enaknya masakan ibu. Walaupun hanya ikan singgang atau gulai ikan. Selera akan bertambah-tambah dan jika boleh tidak mahu melepaskan peluang makan sedikit walau sudah kenyang supaya tidak kempunan.

Arwah di zaman mudanya banyak menghabiskan usianya membantu arwah nenek menjaga anak-anak saudara. Memandangkan dua saudara perempuan meninggal dunia pada usia yang muda, maka nenek bertekad mahu membesarkan cucu-cucunya (anak yatim yang tidak beribu)

Arwah ibu saya merupakan anak bongsu daripada lima beradik. Arwah pernah mendapat tawaran untuk mendapat pendidikan UPSI kerana arwah antara pelajar cemerlang ketika belajar. Setiap tahun arwah akan melangkau kelas, sehinggalah sama sekelas dengan abangnya sendiri. Saya masih teringat cerita arwah dan masih segar kukuh.

“Kalau mek terima belajar di UPSI, sudah tentu sekarang ni jadi Ustazah” sambil tergelak halus.(Maktab Pendidikan Tanjung Malim kini dikenali UPSI).

Saya faham azamnya yang tidak kesampaian. Jika dulu dapat masuk belajar UPSI seolah-olah dapat menyambung belajar ke Jepun atau Amerika ketika zaman ini.

Namun arwah tidak pernah menyesal, kerana tanggungjawab membantu emaknya adalah menjadi keutamaan.

“Kalau dah jadi ustazah gak, tok jupo lah jodoh dengan ayoh” arwah gelak apabila saya cuba mengusiknya.

Itu semua adalah percaturan maha kuasa yang sudah ditetapkan dan kita hanya mampu merancang kerana Dia yang menentukan. Arwah berkahwin seawal usia 18 tahun, mungkin juga 16 tahun. Saya sudah lupa sebenarnya.
Arwah menerima seadanya calon yang dipertemukan keluarga.

Setiap kali saya bersalin, arwah berada di sisi untuk menemani. Banya disiplin ketat yang dikenakan semasa saya berpantang. Tetapi disebabkan saya ini agak nakal, terlangar juga disiplin yang arwah sudah tetapkan. Disebabkan kenakalan, saya mencuri lauk yang saya kempunan. Sungguh bersalah rasanya, tetapi arwah senyum sahaja. Anaknya ini belum matang walaupun sudah bergelar ibu.

Berpantang anak kedua, saya mampu berdisplin sebagaimana yang dinasihati arwah. Agaknya kali ini saya sudah tidak nakal lagi, baru matang selepas dapat anak dua orang. Nasi tidak boleh makan banyak sebab nanti badan mudah kembang. 40 hari tidak boleh ambil santan, berminyak dan berlemak.

Setiap kali anak bangun menangis, arwah lebih dahulu akan sedar sebelum saya.
Setiap kali datang ke Kuala Lumpur akan ditinggalkan anak-ank murid di kampung. Setiap kali itulah arwah akan berasa bersalah dan serba salah.

“Lamo sungguh mek mari sini, sie ko budok-budok tokleh ngaji”
(Lama sudah mek datang ke sini, kasihan budak-budak yang belajar mengaji Al-Quran tak dapat belajar).

Sesudah arwah kembali ke rahmatullah, bertempiaranlah anak-anak murid berjumlah 40 orang itu mencari guru mengaji yang baru.

Dua minggu sebelum meninggal.

"Nanti kalau mok cik tak do sapo nok ajar anok mu?" Tanya arwah kepada sepupu yang tinggal sebelah rumah.

"Mok cik nok gi mano? Ngaji ngan mok cik lah"

"Yo lah, nanti aku tak dok gak sie lah budok-budok sapo nok ajar ngaji"


Itu semua hanya tinggal kenangan.

Al-Fatihah


Ya Allah ya Tuhan ku, yang maha pemurah lagi maha penyayang
Ampunilah segala dosa ku dan dosa kedua ibubapaku
Engkau tempatkanlah arwah ibuku dikalangan orang-orang yang beriman
Cucurilah rahmat ke atas rohnya
Semadikan ibuku dalam keadaan tenang
Sampaikan doaku terus kepadanya

Ya, Allah ya Tuhanku
Maha Agung lagi Maha mengasihani
Jadikan aku anak solehah
Sentiasa mendoakan kesejahteraan orang tua ku
Kuatkan aku agar terus istiqamah menjaga kebajikan orang tua ku
Ya Allah ya Tuhanku
Jauhkanlan aku daripada sifat-sifat yang membelakangi ibu bapa
Jadikan aku sebagai anak yang berbudi

Al-Fatihah

Sejarah UPSI
Sumber:http://web.upsi.edu.my

LATAR BELAKANG


Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang penting dalam sejarah pendidikan negara. Institusi ini berkembang secara bertahap dari sebuah kolej kepada sebuah universiti. Agak menarik meneliti tahap perkembangan institusi ini, kerana ia meniti satu landasan sejarah yang sama, mendukung falsafah penubuhan yang sama dan mekar dalam taman yang sama.

Secara kronologi, perkembangan UPSI telah melalui tiga era, iaitu era SITC (29 November 1922 -1957), era MPSI (1957 - 1987), dan era IPSI (21 Februari 1987 – April 1997). Tiga era ini juga memperlihat wadah generasi pendidik yang dilahirkan oleh institusi ini dalam tempoh 75 tahun.

Tanggal 1 Mei 1997 bermulalah lembaran barunya sebagai sebuah universiti, apabila universiti ini diperbadankan di bawah Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997 menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 132 & 133 yang bertarikh 24 Februari 1997.


Peranan R.O Winstedt tercatat dalam sejarah SITC sebagai tokoh terawal yang mengilhamkan cadangan agar ditubuhkan sebuah maktab atau pusat bagi latihan guru dan bagi meluaskan skop pendidikan pada ketika itu. Ilham ini timbul setelah kepulangan beliau dari lawatan ke Tanah Jawa dan Filipina. Cadangan ini dibawa ke persidangan Residen-Residen pada 10 Mei 1917.


Beliau juga turut menyarankan supaya tapak tempat maktab yang bakal didirikan itu mestilah mempunyai tanah yang subur, bagi menampung keperluan kurikulum yang banyak dan berteraskan kemahiran dalam bidang pertanian. Tempat yang dipilih juga seharusnya berdekatan dengan rangkaian kereta api, jalan raya dan berhampiran dengan sungai. Satu lagi aspek yang difikirkan adalah komposisi penduduknya haruslah sederhana ramai.

Dalam proses mencari tempat yang sesuai itu, Tanjong Malim dilihat sebagai satu-satunya tempat yang paling menepati ciri-ciri lokasi dan faktor geografi sebagaimana yang dihasratkan oleh Winstedt. Pada 26 Mei 1917, Tanjong Malim secara rasmi dipilih sebagai tempat pembinaan maktab. Pada tarikh yang sama juga cadangan untuk memberikan nama maktab ini sebagai Sultan Idris Training College (SITC) telah dimaklumkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Abdul Jalil Shah. Cadangan ini diperkenankan Baginda.

Nama Almarhum Sultan Idris Shah diabadikan pada nama maktab ini sebagai mengenang jasa dan sumbangan besar Almarhum dalam bidang pendidikan. Almarhum DYMM Paduka Seri Sultan Idris Mursidul Adzam Shah ialah Sultan Perak yang ke-28 yang memerintah negeri Perak antara tahun 1889 – 1916.

Wednesday, May 6, 2009

www.masayu-ahmad.com

Alhamdulillah, anda boleh melayari www.masayu-ahmad.com yang kini hampir 90% siap sepenuhnya.

www.masayu-ahmad.com adalah satu laman web khusus untuk artikel-artikel berkenaan kesihatan dan kecantikan. Ianya adalah salah satu kesinambungan karier saya dalam bidang penulisan.

Sila klik pada laman web tersebut dalam senarai blog saya di sebelah kanan.

Insya-Allah akan ada lagi beberapa pengumuman penting dalam sedikit masa lagi.

Tuesday, May 5, 2009

seni kata yang mengesankan




Foto:sheikyermami.com

Senikata dan lirik nasyid ini mengesankan jiwa saya. Ianya seolah-olah terasa dekat di hati. Saya mendengarnya berulang-ulang kali.

Lagu ini di dengar dari blog www.cahayemata.blogspot.com aka surirumah, dari senarai blog list di sebelah kanan.

Akan tetapi saya tidak dapat mengenalpasti beberapa ayat yang kurang jelas dan ditandakan..... (dot, dot, dot), Ada dua tempat kosong (fill in the blank).

Sudilah kiranya sesiapa yang boleh membantu saya menyelesaikan lirik nasyid tersebut.

Tuhan kau telah memberitahu kami
Tentang peristiwa akhir zaman
Peristiwa di zaman kami ini
Melalui lidah nabi mu

Di zaman ini istilah banyak terjadi
Firqah sesat 72 banyaknya
Al-quran dijadikan barangan dagangan
Isinya sudah tidak dihiraukan
Tuhan kekasihmu memberitahu
Dunia dijadikan barang yang diburu
Muslimin disiksa dan dihina
Oleh tangan-tangan kafir durjana

Tuhan, nabimu terus bermadah
Ilmu akhir ditinggalkan orang
Dihujung dunia dijadikan rebutan
Perempuan-perempuan dijadikan hiasan
Rumah-rumah syaitan penuh riang
Rumah-rumah tuhan kosong dan lengang

Tuhan yang paling menakutkan
Nabimu pernah bersabda
Diakhir zaman yang paling jahat
Ulama yang memandang dunia
Tabiatnya busuk bak bau bangkai
Siapa kecil mati jiwanya

Tuhan nabimu menyambung lagi
Terhadap peristiwa akhir zaman
Perempuan hilang malunya
Anak tidak hormati ibu bapa
Bahkan keduanya dijadikan kuli
Atau sudah tidak dipeduli


Tuhan....(1) kami ceritakan
Dari lidah Nabi kekasihmu
Rezeki yang halal susah dicari
Ibarat mencari berlian berharga
Tuhan kekasihmu menjanjikan
Kedatangan mujjadid ....(2)

Muslimin nasibnya akan terbela
Rumah-rumah tuhan penuh ria
Rumah-rumah syaitan akan musnah
Perempuan-perempuan akan dilindungi
Anak-anak soleh dan solehah
Kebenaran kan pasti terbukti

Tuhan kau telah memberitahu kami
Tentang peristiwa akhir zaman
Peristiwa di zaman kami ini
Melalui lidah nabi mu
There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin